Artikel "Semasa" Terkini
Takraw Acara Tahunan DUN Tepoh
Pasukan Tanjung Gelam merentap bersama KSTJ. Tanjung Gelam menang set penentuan, 19-21, 21-18 dan 15-9.Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 3 September - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh akan menjadikan kejohanan sepak takraw sebagai acara tahunan, bertujuan menghidupkan permainan tradisional Melayu sejak turun temurun.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan tanah air di kalangan anak muda dan ahli masyarakat. "Memupuk semangat ini amat perlu agar usaha menterjemahkan rasa cintakan tanah air bukan sahaja di bulan kemerdekaan bahkan dalam seluruh kehidupan.Hishamuddin (tengah) menyarung madel ke leher peserta kejohanan dari Pasukan Tanjung Gelam."Saya kira sepak takraw merdeka ini akan dijadikan acara tahunan kita. Pada tahun lepas, penganjuran ini telah dimulakan dan insyaallah ia akan kekal sebagai acara tahunan Tepoh,"ujar Hishamuddin.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Merdeka DUN Tepoh di Tok Jiring di sini 31 Ogos lalu.Sebanyak 17 pasukan berentap bagi menjuarai kejohanan tersebut. Pasukan Juara Tanjung Gelam menerima hadiah dari Hishamuddin (tengah).Pasukan Sepak Takraw Tanjung Gelam muncul juara kejohanan berkenaan setelah menewaskan Kelab Sepak Takraw Tok Jiring (KSTJ) dalam set penentuan, 19-21, 21-18 dan 15-9.Kejohanan ini adalah kali kedua dianjurkan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan di bawah kelolaan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS)Tepoh dan Pusat Khidmat DUN Tepoh.
03 Sep 19
87
Penutupan Kilang Padi Melayu Tidak Berlaku Di Terengganu
Azman Ibrahim.SETIU, 3 September - Penutupan kilang padi milik orang Melayu akibat kekurangan sumber tidak berlaku di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menegaskan, penghasilan padi yang banyak di Besut dan Setiu menyebabkan kilang padi di negeri berkenaan mendapat sumber cukup untuk beroperasi.Jelasnya, dua buah syarikat yang beroperasi iaitu Kilang Bernas di Bukit Kenak, Jerteh serta Kilang Mutiara Timur di Kerandang adalah milik orang melayu sepenuhnya."Berbeza dengan kilang padi di negeri lain seperti Kedah yang tidak cukup padi untuk dikilangkan, di Terengganu pula padi tidak cukup kilang terutama ketika kemuncak musim menuai."Lori yang bawa padi terpaksa beratur sehari semalam menunggu giliran di hadapan Kilang Bernas untuk buang padi."Malah padi dari Terengganu sebahagiannya hanya dikeringkan di Kilang Bernas sebelum dihantar untuk diproses di Kedah," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan masalah kekurangan kilang untuk menampung padi di Terengganu akan diselesaikan secepat mungkin."Insya-Allah semua itu akan selesai apabila Kilang Padi milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Baruh Masin, Hulu Besut mula beroperasi dalam masa terdekat dengan kapasiti pemperosesan sebanyak 400 tan sehari," tegas beliau.
03 Sep 19
242
Karnival Kebangsaaan Silat Olahraga Piala Menteri Besar Bakal Dipertandingkan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 30 Ogos – Kerajaan negeri bercadang menganjurkan Karnival Kebangsaan Silat Olahraga Piala Menteri Besar dalam tempoh terdekat bertujuan meraikan ahli-ahli Persatuan Silat Terengganu.Yang Dipertua Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata perkara tersebut telah dipersetujui Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya, beliau mencadangkan perkara itu ketika hadir merasmikan satu program Gema Merdeka Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Kampung Medan Jaya. baru-baru ini.“Dengan penganjuran program ini, saya berharap lebih ramai pesilat profesional dan berbakat dapat dilahirkan seperti Ratu Silat Negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang telah mengharumkan nama ke peringkat antarabangsa, tidak lupa juga saudara Razak Ghazali dan lain-lain.“Saya yakin apa yang kita usahakan ini adalah merupakan satu cetusan bahawa kita orang Terengganu mampu pergi lebih jauh sekiranya diberikan peluang.” ujarnya.Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Yang Dipertua PESAKA telah memberikan sumbangan RM3,000 bagi membantu majlis persiapan program Gema Merdeka tersebut.Menurutnya lagi, dalam dunia persilatan, bukan menjadi tujuan untuk mencari lawan, tetapi adalah untuk memperjuangkan hak dan ketuanan kita apabila berada dalam keadaan yang tergugat.“Dalam sejarah negeri kita, ramai pejuang yang mahir dalam persilatan Abdul Rahman Limbong, Syed Abdul Rahman Al-Idrus ataupun Tokku Paloh yang menentang penjajah pada masa dahulu, mereka adalah pejuang yang memberikan sumbangan untuk membagkitkan kesedaran kepada orang melayu dalam mencapai erti kemerdekaan,”katanya.
02 Sep 19
214
HIJRAH Ajak Remaja Berhijrah
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 3 September - Seramai 300 pelajar sekolah menengah terpilih di daerah ini, hadir pada Himpunan Remaja Sejahtera (HIJRAH) 1.0 yang bertujuan menyuntik semangat hijrah di kalangan remaja.Penolong Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Aswadi Mohamad, berkata, remaja khususnya pelajar yang berada di hadapannya ini haruslah sentiasa meningkatkan potensi diri dalam setiap aspek.“Jaga akhlak, adab dan tingkah laku sama ada berada di kawasan sekolah mahupun luar sekolah demi masa depan Islam yang lebih baik,” katanya ketika merasmikan program tersebut yang berlangsung di Pusat Sains dan Kretiviti Terengganu, Kampung Laut, di sini semalam.Pengarah program 'HIJRAH', Luqman Roomali memaklumkan, program itu bertujuan menyuntik dan meningkatkan motivasi remaja agar lebih cemerlang dengan mengaplikasi tips dan teknik yang berkesan.“Pengisian penuh himpunan ini disampaikan menerusi dua slot iaitu pertamanya Slot Motivasi Tips Belajar Terbaik yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan penulis buku 5 Magic Bullets Teknik Belajar Universal, Dr. Sharif Ahmad.“Slot kedua yang bertajuk 'Tips Remaja Terbaik ' yang telah disampaikan oleh motivator dari Dynamic Solutions Training & Consultancy (DSTC), Zool Amali Muhd Nor,” katanya.Turut serta pada majlis tersebut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang (SAHABAT SEJAHTERA MARANG), Yusuf Abdul Hadi dan Presiden Kluster Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin.
02 Sep 19
53
Konsep Sukan Patuh Syariah Dilaksanakan Selepas Rangka Garis Panduan Yang Jelas
KUALA TERENGGANU, 3 September - Kerajaan Terengganu tidak akan melaksanakan pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan di negeri itu sehingga pihak mereka menemui jalan penyelesaian serta merangka garis panduan yang jelas .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya masih belum ada keputusan muktamad mengenai pelaksanaannya yang mana mesti mematuhi syariah yang diturun oleh Allah Taala dalam agama Islam dan ia bukan sesuatu yang mudah serta mampu meliputi semua aspek berkaitan dengan konsep berkenaan.“Kerana itu dalam konteks patuh syariah sukan di negeri Terengganu ini , kita perlu melihat dalam konteks yang luas seperti bukan hanya berkaitan dalam sukan bola sepak sahaja, ia juga berkaitan dengan sukan olahraga, renang, gimnastik dan ada kaitan dengan semua sukan yang ada dalam negara kita ini samada yang kita sertai dalam sukma atau yang atlet sertai dalam sukan diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Olimpik dan sebagainya.“Erti patuh syariah ini bukan dalam erti yang sempit, kaitkan dengan menutup aurat sahaja (tidak) ia juga termasuk dalam pergaulan, perkara-perkara teknikal dalam sukan-sukan tersebut termasuk pemulihan bila berlaku kecederaan dan sebagainya…semuanya berkait dengan patuh syariah.“Sebab tu bila kita sebut Terengganu nak laksana konsep sukan patuh syariah ia bukan bermaksud kita nak atlet kita pakai pakaian menutup aurat semata-mata sebab dalam konteks menutup aurat ni bukan semata-mata tutup..ia ada syarat dia,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Bengkel Syariah Sukan di Primula Hotel, di sini hari ini.Tambah Wan Sukairi, bengkel berkenaan diadakan selepas pihaknya memohon Mufti Terengganu, Sahibul Samahah Dato’ Dr Zulkiply Muda membuat kertas lengkap garis panduan berkaitan dengan patuh syariah untuk sukan negeri Terengganu dan ia merangkumi semua bidang-bidang sukan yang ada di negara ini.“Hari ini bila siap kertas, maka kita buat bengkel untuk dapat pandangan pelbagai pihak kerana menurut Mufti, Islam ini sangat luas dan tidak tertakluk kepada satu pandangan."Jadi kita kumpulkan cendikiawan Islam, yang berilmu dan punyai keutamaan dalam agama, pensyarah-pensyarah Universiti , pegawai-pegawai sukan negeri Terengganu dan Kelantan serta wakil-wakil dari persatuan sukan supaya mereka beri pandangan mereka sebab kita nak tahu kesesuaiannya,” katanya lagi.Sementara itu, pihaknya juga mengalu-alukan pereka-pereka fesyen tempatan dan luar bagi menyumbang idea untuk konsep pakaian patuh syariah. “Saya setuju mana-mana pereka fesyen dapat cadangkan kepada kita satu sampel pakaian wanita untuk bersukan , tak kira lah berbasikal ke atau sukan apa-apa pun, datangkan kepada kita satu sampel dan pada masa yang sama kita akan berusaha untuk mencari pereka fesyen yang boleh buat pakaian sukan patuh syariah untuk wanita khususnya mengikut jenis apa yang dikehendaki oleh sukan berkenaan.“Ambil kira jenis fabriknya, cara jahitan dan apa yang digunakan semua kita ambil kira…kalau ada, kita bersetuju kita lantik dia sebagai pembekal untuk sukan patuh syariah di Terengganu,” tambahnya.
02 Sep 19
221
Jaya Diri Bantu 74 Keluarga Pendapatan Rendah Berniaga
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 3 September - Seramai 74 orang keluarga berpendapatan rendah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik berjaya memulakan perniagaan selepas menyertai Program Jaya Diri (PJD) kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata PJD bertujuanmemberi pinjaman tanpa faedah kepada golongan kurang berkemampuan memulakan perniagaan."Penyertaan peserta disasarkan kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan belia-beliawanis daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah atau mempunyai pendapatan per kapita di bawah RM600.“Melalui PJD, setiap peserta layak menerima pinjaman antara RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan seperti kedai makan, jahitan, kedai runcit, pertanian, penternakan dan salun kecantikan,” ujar beliau.Ir Saiful Azmi juga berkata, program ini juga bertujuan melatih keluarga miskin termasuk ibu tunggal dengan kemahiran asas pengurusan diri untuk meningkat pendapatan keluarga.“InsyaAllah, sempena program Karnival Kemasik Sejahtera yang akan diadakan di Bandar Baru Kertih pada 5 hingga 7 September 2019 nanti, pihak YPKT akan membuka booth promosi untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan juga borang pinjaman,” tambah beliau.Ir Saiful Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek PJD berjumlah RM26,000 kepada tiga peserta baharu program berkenaan, di pejabatnya di Kertih, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT.“Selain mendapat bantuan modal, peserta turut didedahkan dengan program-program untuk meningkatkan kefahaman dan motivasi serta menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi,” jelas Kamarulzaman.
02 Sep 19
43
Permohonan Pinjaman Pelajar Akan Dibuka
Oleh: Amiirullah Mansor KUALA TERENGGANU, 3 September – Permohonan Pinjaman Pelajar bakal diwujudkan bagi pelajar yang tidak menerima apa-apa pinjaman mahupun biasiswa.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pinjaman ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat biasiswa tetapi mereka mendapat tempat (menuntut) di Universiti dalam mahupun luar negara.“Mereka juga dikalangan yang tidak mendapat bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya, berhak memohon pinjaman ini dan khusus untuk pinjaman bayaran yuran sahaja manakala kos sara hidup seperti makan minum perlu ditanggung sendiri,” katanya.Jelasnya, setelah mereka (pelajar) selesai menghabiskan pengajian mereka perlu membayar balik pinjaman itu.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Persediaan Luar Negara dan Penyerahan Wang Saku Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2019 bertempat di Terengganu Digital Hub (TD1303) Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kasim dan Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Menurutnya lagi, terdapat masyarakat yang merungut ekoran pelajar yang mengambil pengajian Islam tidak ditawarkan pinjaman buat mereka sebab Maidam Terengganu telah memberi bantuan pendidikan kepada mereka.Manakala jurusan yang tidak berkaitan pengajian Islam boleh memohon dengan Yayasan Terengganu (YT).“Maidam Terengganu telah memberi zakat bagi pelajar yang mengambil jurusan berkaitan Islam sama ada belajar di Mesir ataupun Jordan sebagainya dan YT bagi jurusan yang bukan pengajian Islam,” ujarnya.Seramai 52 orang pelajar yang terdiri 13 pelajar ke Jordan, 3 pelajar ke Mesir dan 36 pelajar dalam negara yang menerima wang saku biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT 2019.
02 Sep 19
79
"Makang Durian Sapa Kenyang" Masuk Dalam Kalendar Pelancongan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 3 September 2019 – Kerajaan negeri bercadang menjadikan program "Makang Durian Sapa Kenyang" sebagai aktiviti tahunan bertujuan menarik lebih pelancong ramai bertandang ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu YB Ustaz Ariffin Deraman, program itu juga akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan mulai tahun depan."Insyaallah, pada tahun hadapan saya berjanji akan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik untuk kawasan Marang bahkan di Terengganu." katanya,.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui semasa program itu, di Bukit Sungai Serai, di sini, baru-baru ini.Lebih 2,000 pengunjung terutama peminat durian hadir menyertai program yang julung kali dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Serai, Pejabat DUN Pengkalan Berangan dan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Marang serta Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Sementara itu Sulaiman bersyukur pihaknya berjaya memperkenalkan dua destinasi tanah tinggi sebagai lokasi pelancongan iaitu Bukit Sungai Serai berketinggian 320 meter dan Bukit Temiang Agro Hiking 328 meter di peringkat DUN.“Di dua lokasi itu dianjurkan program "Makang Durian Sapa Kenyang" sempena bulan kebangsaan sekaligus membolehkan peserta merasai suasana, mengetahui susah payah pekebun mencari dan membawa turun raja buah itu,”katanya.
02 Sep 19
43
SUTERA 2019 : Kontinjen Kuala Nerus Sasar Emas Acara Bola Jaring, Berbasikal
Kontinjen Kuala Nerus sedia berentap.Oleh : Izzat Al QushairiKUALA NERUS, 3 September – Kontinjen Kuala Nerus meletakkan acara bola jaring dan berbasikal sebagai sasaran utama untuk meraih emas bersempena Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak Khamis nanti.Ayah angkat bola jaring dan berbasikal Kuala Nerus, Mohd Shafizi Ismail berkata, kejohanan kali pertama yang akan berlangsung 5 hingga 9 September itu akan dijadikan medan terbaik untuk memperaga kekuatan pasukan dalam dua sukan berkenaan.Jelasnya, beliau yakin dan percaya dengan perancangan serta latihan rapi, Kuala Nerus mampu mencapai target itu.“Saya ingin melihat kejayaan anak angkat kami dalam SUTERA tahun ini.“Kekuatan fizikal dan mental perlu dimanfaatkan untuk memastikan kemenangan dibawa pulang pingat emas ke Daerah Kuala Nerus,” katanya.Shafizi Ismail (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Hishamuddin (tengah)Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera, Jersi, Sijil Penghargaan dan Sumbangan Kepada Persatuan Daerah sempena SUTERA 2019 di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, semalam.Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Dalam pada itu, menurut Hishamuddin, pihaknya mengharapkan, 196 atlet daerah itu dapat mempamerkan aksi terbaik bagi menjulang gelaran juara keseluruhan sekali gus akan membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000.Sementara itu, katanya, naib juara pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 untuk dan ketiga RM15,000, selain RM1,000 masing-masing untuk olahragawan dan olahragawati.SUTERA 2019 Khamis ini bakal menyaksikan pertembungan lapan daerah di Terengganu bagi merebut kejuaraan.Tidak ketinggalan, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan yang menjadi kontinjen jemputan turut sama menghangatkan pertandingan.Atlet bola jaring Kuala Nerus.
02 Sep 19
58
Program Anak Angkat Tingkat Kualiti Pemimpin Pelapis
Shaharizukirnain bersama peserta program anak angkat.Oleh : Makhtar HashimSETIU, 2 September – Program anak angkat yang melibatkan pelatih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadi medan terbaik untuk meningkatkan kualiti pemimpin pelapis.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, melalui program berkenaan para peserta telah didedahkan dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang.Jelasnya, perkara itu bakal menguji dan memantapkan kebolehan berkomunikasi peserta sekali gus tahap keyakinan diri mereka akan meningkat."Ini medium terbaik untuk pelajar berinteraksi dengan penduduk di sekitar Kampung Bahagia, Kampung Bintang, Kampung Alor Serdang dan Kamoung Bukit Grebar yang berbeza pemikiran."Ia akan melahirkan pegawai-pegawai pentadbir yang mahir bermuamalat dengan masyarakat secara berhemah," ujar beliau dalam majlis perpisahan program tersebut semalam.Turut hadir dalam majlis perpisahan itu ialah AJK Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bahagia, Kampung Bintang, Alor Serdang dan Bukit Grebar disamping pelatih dan keluarga angkat yang terlibat.Mengulas lanjut, Shaharizukirnain turut menjelaskan, ilmu agama adalah bonus tambahan yang diperolehi pelajar dalam program itu.Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan.Katanya, ini kerana masyarakat kampung merupakan masyarakat yang sentiasa peka dengan hukum agama terutamanya dalam perkara muamalat."Batas-batas aurat dan agama semasa bersama keluarga angkat hendaklah dijaga sepanjang program berlangsung, agar usaha yang dilakukan mendapat redha Allah," tambah beliau.Program anjuran MPKK Mukim Guntung itu bermula sejak 24 Ogos lalu dan berakhir semalam.Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dalam program berkenaan sepertimembina papan tanda dalam kawasan kampung, menghias Pasti dan Tadika, gotong royong, dan memberi sumbangan kepada asnaf zakat.
02 Sep 19
210