lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar Cekup 9 Pelaku Sumbang Di Ambang Merdeka
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 September – Seramai sembilan pelaku sumbang berjaya ditangkap dalam satu operasi melibatkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar dan Pegawai Penguasa Syariah (PPS) Marang bersempena malam Sambutan Merdeka, baru-baru ini.Operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Pegawai Penguatkuasa Syariah, Sharimah Mamat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Daerah Marang  bermula seawal jam 11.00 malam sehingga 7.00 pagi.Serbuan yang disertai oleh 30 orang anggota PSS termasuk sukarelawan telah dijalankan di tempat-tempat yang menjadi titik panas seperti, hotel, rumah tumpangan dan kawasan tertentu di seluruh daerah Marang.Antara yang ditahan adalah lima lelaki dan empat perempuan didalam lingkungan umur 16 tahun sehingga 42 tahun, di mana satu kes telah melibatkan tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan di dalam satu bilik hotel.Sharimah Mamat berkata, dalam operasi tersebut, mereka yang ditangkap diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 3 Disember 2019 untuk dibicarakan atas satu kesalahan bawah seksyen 29 dan dua kesalahan seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.Dalam perkembangan yang sama, Syarimah menjelaskan bahawa dengan penubuhan dan bantuan sukarelawan Skuad Amar Maruf Nahi Mungkar ini, usaha membanteras jenayah syariah dapat dilipat gandakan.“Di samping membuka mata masyarakat bahawa kerja ini adalah tanggunjawab bersama, ia juga dapat memberi peluang untuk komuniti memahami masalah jenayah syariah ini perlu diberi perhatian serius kepada masyarakat," ujarnya lagi.Manakala Ketua Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar, Nasaruddin Samsudeng berkata, skuad ini telah ditubuhkan buat kali pertama melibatkan sukarelawan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Badan Bukan Berajaan (NGO) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Dengan penubuhan skuad ini, mereka juga akan terus bergerak dengan kerjasama JHEAT dan Polis Diraja Malaysia untuk mencegah masalah jenayah syariah daripada terus berleluasa lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.‘Kami juga sedia memberikan bantuan sepenuhnya memandangkan, Pihak PPS sendiri mempunyai kekangan seperti kenderaan dan tenaga sukarelawan untuk menjalankan operasi seperti ini,” tambahnya.
02 Sep 19
276
Empty Image
Buku Jambatan Ilmu
Oleh : Jusmawari JusohBESUT, 2 September - Membaca buku merupakan jambatan ilmu pengetahuan yang berguna dalam sesebuah kehidupan.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, salah satu tujuan Pesta Buku Besut Sejahtera diadakan adalah untuk menarik dan memupuk minat orang ramai membaca."Buku merupakan jambatan kepada ilmu yang mana sejarah Islam yang gemilang bermula di zaman Ar-Rasul SAW."Dengan budaya ilmu dimana ahli suffah yang berhimpun di Masjid Nabi kerja mereka tidak lain tidak bukan untuk 'memugar' budaya ilmu." jelasnya.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut pada Sabtu, 31 Ogos.Menurutnya, pesta tersebut yang berlangsung selama enam hari bermula pada 26 hingga 31 Ogos di Dewan Merdeka Kota Putera Square (KPS),Kampung Raja julung kali diadakan di bumi Besut. "Insya Allah dengan sambutan diluar jangkaan ini, kita akan adakan lagi program seperti ini dimasa-masa akan datang," ujar beliau.Turut hadir sama Pegawai Daerah Besut Tuan Haji Razali Saleh.
02 Sep 19
96
Empty Image
100 Orang Sertai 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 1 September - Seramai 100 orang peserta pelbagai peringkat umur menyertai program 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengucapkan tahniah kepada mereka dan mempelawa anak-anak muda menyertainya pada masa akan datang."Insya Allah, kita akan adakan program seperti ini sekerap mungkin mengikut keadaan yang sesuai untuk belia kita."(Ia bertujuan) agar (remaja) tidak terjebak dengan masalah sosial dan tidak bermoral yang boleh membawa kepada kelalaian," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut, semalam. Justeru itu, beliau menyeru kepada anak-anak muda diluar sana tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati tentang hari yang penuh bersejarah."Saya berharap,agar anak-anak muda selepas ini dapat bersama-sama kita dalam program-program akan datang."Kita akan cuba mendekati mereka untuk memahami erti Merdeka dalam Islam," ujar beliau.Turut hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Besut, Hakim Zulfikri dan 10 anggota Amal Besut yang diketuai Rahim Mohd Zain.
01 Sep 19
533
Empty Image
Usahawan Muda Tokoh Maal Hijrah OKU Terengganu
Ahmad Safuan.KUALA TERENGGANU, 1 September - Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 31, yang mencipta kejayaan dalam perniagaan seluar jeans sehingga ke peringkat antarabangsa menerima Anugerah Tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.Pemilik jenama pakaian ‘Raw Denim House’ (RDH) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Ahmad Safuan yang mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan itu memulakan perniagaan di Jerteh, Besut pada tahun 2011 bersama abang dan rakan karibnya.“Alhamdulillah, sehingga kini banyak tempahan telah diterima daripada pelanggan bukan sahaja dari dalam negara tetapi dari seluruh dunia seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan Switzerland.“Anugerah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus fokus dalam bidang ini agar RDH menjadi satu jenama terkenal di peringkat global dan mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau yang memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti TATI berkata pada tahun ini, RDH turut menerima pembiayaan dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebanyak RM200,000 untuk operasi kilang baharu syarikatnya di Jertih.Ketika ini, beliau turut bergerak aktif sebagai penceramah dalam program keusahawanan yang melibatkan golongan belia di seluruh Terengganu.“Dalam masa terdekat, syarikat saya akan melancarkan laman web sendiri dan bekerjasama dengan sebuah platform perniagaan dalam talian untuk memasarkan produk RDH secara lebih sistematik,” tambah beliau.
01 Sep 19
761
Empty Image
‘Pahang FA’ Bolot Trofi Merdeka Kampung Kolam
'Pahang FA' juara trofi merdeka.Oleh : Fahmi Azizi KUALA TERENGGANU, 1 September – Pasukan ‘Pahang FA’ muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam 2019 selepas menewaskan ‘Pulau Pinang’ semalam.Pengerusi MPKK Kampung Kolam, Muhammad Hamdi Abas memaklumkan, pertandingan yang berlangsung selama sehari itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan yang disambut di kampung itu.Jelasnya, secara tidak langsung ia juga mampu menarik anak muda untuk menyertai aktiviti yang membina semangat patriotik dan berfaedah.“Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap pemain supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.“Antara yang paling menarik dalam kejohanan ini, hadiah berupa sepasang kasut milik penjaga gol Terengganu FC (TFC 1), Wan Muhammad Azraie Wan Teh yang didermakan beliau kepada MPKK Kampung Kolam untuk diberikan hadiah cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi media hari ini.Kasut yang disumbangkan Wan Azraie.Tambah beliau, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 16 pasukan dari seluruh kampung berkenaan.“Yang mana ia terbahagi 12 pasukan dewasa dan empat pasukan kanak-kanak, ini menunjukkan kejohanan yang diadakan sempena kemerdekaan ini sangat mendapat sambutan.“Melalui usaha ini juga, kanak-kanak yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini,” tambah beliau.
01 Sep 19
316
Empty Image
Gadai Nyawa Buru ‘Emas’ Tualang
Rosli Hashim (dua dari kanan).Oleh : Ariss AliasSETIU, 1 September – Kualiti madu tualang atau madu lebah hutan banyak diperkatakan sebagai madu terbaik sehingga menyebabkan orang ramai membayar pada harga yang tinggi untuk mendapatkannya.Perkara itu menyebabkan sesetengah orang kampung bergadai nyawa mencari manisan ‘emas’ demi meningkatkan taraf ekonomi, kumpulan terbabit dikenali sebagai kumpulan ‘Tualang Chalok’.Pengasas kumpulan itu, Rosli Hashim, 49, berkata, beliau mula mengambil madu lebah bunga Gelam sebelum timbul minat untuk mengutip madu lebah Tualang kerana memberikan hasil yang lebih lumayan.“Saya menubuhkan kumpulan ‘Tualang Chalok’, ahlinya seramai tujuh orang berasal dari sekitar Mukim Chalok pada tahun 2003 dan kekal sehingga sekarang bagi memudahkan kerja seharian.“Rekod bagi kami ialah kami pernah mengutip madu daripada 37 buah sarang dalam satu pokok. Tempoh masa untuk ambil mengutip madu biasanya dalam lima hingga enam jam, biasa bermula selepas Isyak dan akan selesai sebelum Subuh.“Hasil paling banyak kami pernah perolehi pernah mencecah RM40 ribu yang akan dibahagikan antara ahli kumpulan,” ujarnya ketika ditemui pemberita.Madu tualang.Bagi anggota kumpulan terbabit, Ridzwan Hussin, 37, mengatakan dia menghadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan perhutanan dan pihak Agro Setiu sebelum mahir dalam kerja itu.“Kaedah ini (yang dipelajari) diakui sebagai paling moden dan selamat menjadikan saya yakin untuk bekerja.“Masa yang diambil untuk mengutip madu bagi satu adalah sekitar 30 minit,” katanya lagi.  Bagi veteran kumpulan itu yang berpengalaman lebih 20 tahun, Abdul Majid Deraman, 56, pelbagai lokasi telah dikunjungi di Terengganu untuk mencari madu lebah.“Jenis madu yang dikutip terdiri daripada jenis madu lebah Kampong, lebah Bunga Gelam hinggalah ke madu Tualang, Kumpulan kami biasanya ke kawasan Tasik Kenyir dan paling jauh ke daerah Kemaman,” ujarnya.Gadai nyawa demi sesuap nasi.
01 Sep 19
453
Empty Image
Hormati Asas Perpaduan Kaum Dalam Perlembagaan - MB Terengganu
Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 1 September – Negeri dan negara akan dihormati sekiranya asas perpaduan kaum yang dibina dalam Perlembagaan negara dihormati semua pihak.Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, piagam Madinah merupakan satu Perlembagaan lengkap yang mengandungi ciri-ciri perpaduan, peraturan kenegaraan, menanam semangat patriotik dan cintakan negara berpandukan Islam.Jelasnya, orang-orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi disatukan dibawah satu pemerintahan iaitu dibawah pemerintahan Islam.“Asas kejayaan Nabi sewaktu menyatukan kaum di Madinah sehingga diwujudkan satu piagam lengkap ialah prinsip penampilan akhlak dan etika yang tinggi yang direalisasikan semua pihak sebagaimana perjanjian dalam piagam tersebut. “Perkara yang sama perlu dilakukan oleh kita selaku rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Terengganu, asas perpaduan kaum yang dibina dalam perlembagaan negara dan kontrak sosial mesti dihormati oleh semua kalangan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az serta Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar dan barisan kepemimpinan kerajaan.Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut mengajak seluruh rakyat negeri itu agar menghayati dan menginsafi peristiwa hijrah Nabi.“Peristiwa tersebut mengungkapkan pelbagai hikmah dan makna yang amat mendalam kepada seluruh umat Islam secara khususnya. “Penghijrahan yang berdasarkan kepada keimanan, ketakwaan dan menuntut keredaan Allah akan memperolehi kejayaan gilang-gemilang,” tambah beliau.
01 Sep 19
47
Empty Image
Perkasakan Tulisan Jawi Dan Khat - Titah Sultan Terengganu
Sultan Mizan Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 1 September – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah supaya semua pihak harus terus menyemarakkan program-program bagi memperkasakan tulisan jawi dan penghayatan seni khat.Baginda bertitah, tulisan serta seni berkenaan perlu terus diperkasakan dan ia tidak seharusnya dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu.“Beta merasa khuatir dengan tindakan golongan-golongan tertentu yang cuba menghalang dan mengganggu pelaksanaan tulisan jawi daripada diamalkan dalam masyarakat Islam,” titah baginda bersempena sambutan Maal Hijrah 1441, di Stadium Negeri Terengganu, hari ini.Dalam pada itu, baginda turut berharap agar semua anggota masyarakat mementingkan keharmonian dan kestabilan dalam kehidupan.Justeru, titah baginda, umat Islam mestilah berpandu kepada perkara tersebut sebelum melakukan apa-apa sikap, polisi dan tindakan.“Ini termasuklah dalam hal peraturan perjalanan dakwah Islamiah iaitu dengan menetapkan tenaga pengajar yang mengajar di negeri ini mesti mempunyai tauliah dan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.“Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat Islam di Terengganu terpelihara daripada anasir-anasir yang menyeleweng dan sesat.“Di samping ia dapat menjamin wujudnya kemampuan para pengajar dalam memberikan ilmu yang sebenar bersumberkan kitab-kitab yang muktabar,” titah baginda.
31 Aug 19
147
Empty Image
Abdul Hadi Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 1 September – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 72, dianugerah sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M yang berlangsung di Stadium Negeri, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada Presiden PAS itu.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az serta Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar dan barisan kepimpinan kerajaan.Abdul Hadi bersama isteri.Abdul Hadi yang dilahirkan di Kampung Rusila, Marang, Terengganu pada 20 Oktober 1947 merupakan tokoh ulama dan ahli politik gerakan Islam yang terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara khususnya kepada negeri ini sejak dahulu lagi.Sehingga kini beliau telah menghasilkan 108 buah karya antaranya Kuliah Tafsir Al-Baqarah, Muqaddimah Aqidah Muslimin dan Islam Memimpin.Dalam kategori tersebut, beliau menerima wang tunai RM10,000 di samping tajaan umrah, set persalinan, piala dan sijil penghargaan .Beliau yang ditemui selepas program menyatakan rasa syukur dengan anugerah yang diberikan itu dan percaya ia akan memberi kekuatan padanya untuk meneruskan usaha mendaulatkan Islam di bumi ini.“Alhamdulillah saya bersyu­kur dan berterima kasih kepada semua pihak atas penghargaan ini, sebenarnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menerima anugerah ini,” tambah beliau.Dalam majlis sama, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan 13 lagi anugerah untuk pelbagai kategori.Sultan Mizan Mencemar dulu berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H.Masjid Kerajaan Terbaik dianugerahkan kepada Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kemaman sekali gus menerima wang tunai RM8,000 diikuti Masjid Kampung Batu 2 1/2 juga di daerah sama dipilih Masjid Mukim Terbaik dan Surau Terbaik diungguli Surau Al-Hijrah, Kampung Hulu Takir, Kuala Nerus.Anugerah Keluarga Mithali diraih Alisah Mohamad dari Kampung Semanyor, Kemasik, Kemaman manakala Zaimah Sulong memenangi anugerah Keluarga Tunggal Mithali, manakala Nur Zalea Jasmin Abdullah, Ngah Yusof  dan Mohamad Md Ali masing-masing dinobatkan sebagai Aktivis Saudara Kita, Imam Cemerlang serta Bilal Cemerlang.Penerima Anugerah Tokoh Hafizah pula diberikan kepada Radhiah Ab Rahman di samping Dr Mohd Hamdan Muhamed diumumkan sebagai Tokoh Dakwah, Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, Tokoh Orang Kelainan Upaya, MGV Industries Sdn. Bhd.,Premis Halal Terbaik dan Muhamad Muda muncul pemenang Kembara Warisan Kayuhan Hijrah 2019.
31 Aug 19
458
Empty Image
Lupakan Persengketaan, Semai Kasih Sayang Dalam Tahun Baharu - MB Terengganu
Ahmad Samsuri menyampaikan ucapan khas sempena menyambut kedatangan tahun baharu 1441H.MARANG, 1 September - Seluruh rakyat Terengganu diseru melupakan segala persengketaan lampau dalam mengharungi tahun baharu Hijrah.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertelingkahan berpanjangan menyebabkan rakyat dan umat islam senang digugat oleh anasir-anasir luar.Jelasnya, persaudaraan antara Muhajirin dari Mekah dan Ansar di Madinah patut dijadikan contoh kerana ia berjaya melahirkan kuasa rakyat yang kuat di Madinah ketika itu."Semailah semangat kasih sayang sesama kita sebagaimana tersemat kasih sayang antara Muhajirin dan Ansar."Begitu juga semarakkanlah semangat perpaduan atas nama persaudaraan sesama insan dengan kalangan bukan Islam sebagaimana pembentukan Piagam Madinah antara umat Islam dan Yahudi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena Sambutan Ambang Maal Hijrah 1441H, di Masjid Bukit Payung, semalam.Ahli Dewan Negara, Dato' Husin Awang (dua dari kanan) turut hadir dalam sambutan itu.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Zahari Md Azahar serta  Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMKN).Menurut Ahmad Samsuri lagi, kejayaan dan kemenangan yang dicapai dapat dilihat dan dinilai dengan kesungguhan serta kegigihan setiap individu."Bertindak secara berjemaah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dengan mengenepikan segala kepentingan sendiri semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah," tambah beliau.Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk setempat.Solat hajat dan tahlil sempena menyambut kedatangan tahun baharu hijrah itu turut diadakan serentak di seluruh masjid dalam negeri berkenaan.
31 Aug 19
82