lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
326 Pingat Dipertandingkan Dalam SUTERA 2019
KUALA TERENGGANU, 5 September- Sebanyak 326 pingat membabitkan 13 acara sukan dipertandingkan dalam  Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang bermula hari ini.Daripada jumlah itu, pingat emas dan perak masing-masing 98, manakala gangsa sebanyak 130 pingat.Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap dalam kejohanan yang diadakan di lokasi pertandingan utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan lokasi-lokasi sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selama empat hari sehingga 9 September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini.Penyertaan untuk SUTERA 2019 melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Marang dan Setiu.Manakala, Kontinjen SUKMA Negeri Kelantan turut dijemput untuk memeriahkan edisi yang julung kali dianjurkan itu.Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, bola sepak, berbasikal, badminton, pencak silat, sepak takraw serta olahraga bagi acara wajib.Dan bola tampar, pentanque, pingpong, tenis, tenpin boling dan law bowls untuk acara pilihan.
04 Sep 19
298
Empty Image
SUTERA Terengganu : Dungun, Marang Raih Emas Pertama
Pemenang kategori lelaki.KUALA TERENGGANU, 5 September - Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun dan Marang masing-masing membuka catatan pingat dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara berbasikal (ujian masa perseorangan) yang tamat, sebentar tadi.MSD Dungun menggondol emas dalam acara kategori lelaki yang diwakili Kee Zhe Yie setelah mencatat masa terbaik kejohanan menewaskan Muhammad Shahmir Aiman dari MSD Kuala Terengganu yang memperoleh Perak dan Mohd Afiq Iskandar dari MSD Setiu (Gangsa).Peserta dilepaskan dari garisan permulaan.Manakala, MSD Marang mengungguli kategori wanita melalui Siti Nur Adibah Akma yang mengatasi Ezzatie Fifiyana Shazwanie dari MSD Kuala Terengganu dan Siti Nur Alia Mansor dari MSD Kuala Nerus untuk meraih emas pertama daerahnya.Peserta kategori wanita.Bagaimanapun, MSD Kuala Terengganu berjaya mendominasi pungutan pingat apabila mengumpulkan dua perak dalam acara pertama itu.Acara berbasikal kategori 200m Sprint akan berlangsung pagi esok di Litar Permotoran  Terengganu, Gong Badak.
04 Sep 19
530
Empty Image
Pencerobohan Nelayan Vietnam : Apa Kesannya Lawatan PM?
Bot nelayan asing dikesan di perairan Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 4 September - Apa kesan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Vietnam berkait dengan hubungan dua hala antara kedua-dua anggota ASEAN khususnya mengenai sekatan kemasukan nelayan Vietnam ke Perairan Malaysia?Tun Dr Mahathir berpendapat Pemilik Lesen Bot Laut Dalam atau diistilahkan sebagai nelayan tempatan sepatutnya tidak 'mengalibabakan' lesen bot mereka sebaliknya turun ke laut menangkap ikan sendiri.Beliau membidas mereka terbabit tidak memanfaatkan lesen untuk menangkap ikan sebaliknya mereka tinggal di rumah membiarkan lesen mereka digunakan orang lain termasuk nelayan asing menangkap ikan di perairan negara.Bidasan itu dibuat selepas selesai lawatan kerja tiga hari beliau ke Vietnam baru-baru ini.Namun persoalan timbul kenapa berterusan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak putus-putus menahan nelayan asing dengan bot dan hasil tangkapan berjumlah berjuta-juta ringgit Yang terbaru di Kemaman dilaporkan, sebanyak dua buah bot nelayan asing yang dinaiki 17 nelayan termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu berserta nilai rampasan RM1.7 juta selepas menceroboh perairan negeri ini kelmarin.Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli dilaporkan sebagai berkata, dua bot bersama 17 nelayan Vietnam berusia 20 hingga 53 tahun itu ditahan pukul 9.30 pagi dan 11.15 pagi Ahad lalu pada kedudukan 145.2 kilometer hingga 147.4 kilometer timur laut Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman.Beliau memberitahu, selain dua bot yang ditahan itu, sebanyak 2,000 kilogram ikan campur, 2,000 kilogram ikan baja, diesel dengan anggaran 2,000 liter dan peralatan menangkap ikan turut dirampas."Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM1.7 juta, bot serta hasil rampasan bersama nelayan Vietnam ini telah dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman pukul 2.35 petang semalam. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen dan kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia.“Selain itu mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan juga Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah." katanya ketika ditemui media di sini baru-baru ini. Muhammad Suffi berkata, Op Naga Barat Siri 1/2019 yang bermula pada 26 April 2019 hingga sekarang telah berjaya membuat 1,637 pemeriksaan dan 96 tangkapan yang merangkumi semua pemeriksaan dan tangkapan pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi itu."Jika sabit kesalahan, tekong berkenaan boleh didenda RM1 juta atau penjara sehingga dua tahun dan awak-awak boleh didenda RM100,000 setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan dilucutkan hak ke atas vesel berkenaan,” jelasnya.Beliau memberitahu, kesemua nelayan asing itu dikenakan tahanan reman selama 14 hari berakhir 17 September ini.Muhammad Suffi menarik perhatian, sehingga 31 Ogos lalu, Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia berjaya memungut sebanyak RM8.8 juta hasil daripada denda yang diperintahkan oleh mahkamah dan sebanyak 25 buah bot daripada 96 kes dilucut hak.Jelasnya lagi, operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.Difahamkan antara sebab kenapa nelayan Vietnam sentiasa menceroboh perairan Malaysia ialah kerana Kerajaan negara itu sendiri menggalakkan rakyatnya pergi menangkap ikan di luar laut negara mereka.Dikatakan, perairan mereka tidak terdapat banyak ikan seperti di perairan Malaysia.Difahamkan juga di Vietnam, sebuah bot laut dalam dikeluarkan sebanyak sebuah setiap hari. Ini menunjukkan betapa seriusnya golongan nelayan asing berusaha menangkap ikan ke merata tempat di seluruh dunia termasuk di perairan Laut China Selatan.
04 Sep 19
528
Empty Image
Agihan Nasi Bungkus Tanda Kerinduan YBC
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 4 September - Kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai yang mewakili ADUN Cukai, Hanafiah Mat telah mengagihkan sebanyak 400 bungkus makanan di kedai sekitar Yellow Town dan Casa Limbong, tengah hari kelmarin.Pembahagian nasi bungkus melibatkan 9 orang petugas diagihkan kepada peniaga dan pekerja di sana bermula sekitar jam 11.30 pagi.Hanafiah Mat ketika dihubungi mendoakan kesejahteraan seluruh peniaga dan pekerja agar berada dalam keadaan baik dan memperoleh keuntungan dalam perniagaan masing-masing."Mewakili Pejabat DUN Cukai, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakan agihan nasi bungkus ini."Terimalah sedikit sumbangan daripada saya ini, sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya sentiasa berada di hati mereka.Beliau yang ketika ini masih bercuti selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dijangka akan kembali bertugas pada 1 November.
04 Sep 19
180
Empty Image
Maraton Berkasut 'But', Imbau Kenangan Patriot
Mamat Ismail. Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 4 September - Pesara tentera, Mamat Ismail, gembira dapat melepaskan kerinduannya sewaktu berkhidmat kepada negara dalam acara Marathon Merdeka 2019 yang pertama kali diadakan sempena Hari Kemerdekaan ke-62, baru-baru ini.Lelaki berusia 65 tahun berasal dari Kampung Baloh itu mencipta kejutan menamatkan larian sejauh lapan kilometer dalam acara anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN)Buluh Gading, apabila berlari dengan memakai kasut tentera sahaja.“Saya sudah biasa berlari menggunakan kasut ini, apatah lagi dalam tentera dahulu hanya kasut ini dan kasut kawad sahaja digunakan. Peserta maraton memulakan larian. “Walaupun tidak berjaya mendapat kedudukan teratas, saya bersyukur kerana dapat menamatkan larian ini sekali gus mengimbau kenangan semasa dalam perkhidmatan dahulu,” katanya ketika ditemui sewaktu program tersebut di Bangunan Serbaguna DUN Buluh Gading.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim memaklumkan, pihak penganjur menghargai penglibatan warga emas dalam program yang dianjurkan. “Hari ini, pihak penganjur mengambil inisiatif menyampaikan anugerah khas kepada encik Mamat sebagai inspirasi bahawa usia bukan penghalang untuk menyertai aktiviti lasak seperti ini.“Program maraton ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan buat masa ini, satu kategori sahaja dibuka iaitu kategori 17 tahun ke atas.InsyaAllah kita akan anjurkan lagi pada masa akan datang kerana sambutannya menggalakkan,” katanya.
04 Sep 19
37
Empty Image
Pertanian Tingkat Pendapatan Penduduk Pulau Redang
Oleh : Hidayah Azlin Foto : Izzat Al QushairiSETIU, 4 September - Kerajaan Terengganu akan terus menggalakan aktiviti pertanian di semua kawasan termasuk Pulau Redang bagi menambahkan lagi sumber ekonomi penduduk di sana.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri , Dr Azman Ibrahim berkata, aspek pertanian tidak akan dipinggirkan walaupun Pulau Redang merupakan destinasi pelancongan dan perikanan berprestasi tinggi di Malaysia."Kita tidak meminggirkan daripada aspek pertanian kerana ada kebun-kebun milik penduduk yang terbiar dan tanah kerajaan yang masih lagi kosong. "Kita nampak ada satu peluang yang sangat luas untuk kita manfaatkan agro pelancongan memandangkan tanah di Pulau Redang sangat sesuai dan subur untuk durian Musang King."Kita akan galakan masyarakat untuk terlibat dalam industri pertanian secara kecil-kecilan (dahulu) supaya sekurang-kurangnya kos sara hidup mereka boleh dikurangkan sedikit dengan mereka ada barang-barang keperluan yang boleh dipetik di halaman rumah sendiri," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Dialog Bersama Nelayan Pulau Redang di Balai Raya Kampung Pulau Redang, semalam.Menurut Dr Azman, golongan wanita turut akan diketengahkan dalam kursus-kursus yang berkait dengan industri asas tani seperti pembuatan satar ikan dan industri hiliran berasaskan perikanan."Insya-Allah ia akan diambil perjalanan oleh jabatan perikanan untuk mengadakan kursus-kursus jangka pendek bagi memberikan mereka ilmu yang ingin diceburi," tambah beliau.Mengulas tentang masalah kemudahan di jeti, isu tanah, bekalan minyak diesel bersubsidi untuk nelayan dan permohonan pembinaan tukun rekreasi khusus untuk masyarakat Pulau Redang, beliau memaklumkan, perkara tersebut akan diberikan perhatian."Walaupun bukan semua perkara berada di bawah bidang kuasa kita untuk memberikan jawapan dan solusi tapi kita tidak akan tinggal semua perkara itu."Setiap perkara yang dikemukakan ada jalannya. Insya-Allah semua isu-isu dikemukakan ini akan diambil perhatian dan ada beberapa perkara yang akan diambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.
04 Sep 19
222
Empty Image
Semangat Kesukanan Bawa Kubang Bemban Jadi Juara
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 4 September - Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh Kubang Bemban membawa pasukannya sebagai juara dalam perlawanan bola sepak.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kunci utama yang menentukan sesebuah kejayaan ialah kerja secara berpasukan."Semangat berpasukan amat penting bagi mengatasi dan menyelesaikan apa jua masalah yang melanda."Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan mampu untuk melahirkan satu suasana persekitaran yang sejahtera," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Jerteh di Padang Astaka, Jerteh, semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan kerana ia dapat mengisi masa lapang anak-anak muda daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Kata beliau, perlawanan bola sepak bermula pada jam lima petang yang memperlihatkan serangan bertubi-tubi diantara pasukan Kubang Bemban dan Simpang Tiga."Kelalaian pertahanan Simpang Tiga diminit akhir masa pertama membawa padah apabila Muhd Naim menolak masuk bola ke gawang lawan."Kelebihan satu jaringan Kubang Bemban membawa pasukannya layak dinobat sebagai juara," ujarnya.Tambah Azhar, kejohanan tersebut berlangsung selama satu bulan yang melibatkan lapan pasukan dari DUN Jerteh.
04 Sep 19
570
Empty Image
Program 'Food Bank' Akan Diperluas Ke UMT
KUALA TERENGGANU, 4 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Terengganu akan memperluaskan program Food Bank Siswa Malaysia ke beberapa universiti lain termasuk Universiti Malaysia Terengganu mulai Oktober ini.Program sama yang mendapat kerjasama dengan beberapa pasaraya terkenal, Primula Beach Hotel, Harolds Bread (M) Sdn Bhd dan Pasaraya Xiri Sdn Bhd itu telah dimulakan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) pada April lalu.Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd. Kia berkata, apa yang telah dilaksanakan di universiti itu sangat membantu pelajar, terutama yang kurang berkemampuan.“Kira-kira 700 pelajar UniSZA sehingga hari ini mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran Halal Kepada Penjawat Awam di Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.Katanya. apa yang membanggakan sehingga sekarang, pelbagai pihak dan yang terbaru Pasaraya Sabasun dan Duyong Marina Resort tampil menyatakan hasrat untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar. “Initiatif ini amat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan yang terhad. Bila berhadapan dengan masalah kewangan, pelajar turut berhadapan dengan masalah untuk mendapat keperluan makanan,” katanya.
03 Sep 19
208
Empty Image
Lima Beranak Terselamat Rumah Terbakar
DUNGUN, 4 September - Tindakan pantas seorang murid tahun lima mengejutkan ibu dan adik-adiknya dari tidur berjaya menyelamatkan mereka lima beranak daripada terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Sura Tengah di sini kelmarin.Nur Adriana Batrissya Abdullah, 11, yang juga anak sulung daripada empat beradik menyedari rumahnya terbakar kira-kira jam 1 pagi.Ibunya, Aslinda Jusoh, 32, berkata, dia bersyukur kerana anak sulungnya bertindak cepat sebaik menyedari rumah mereka dijilat api."Saya tergamam seketika apabila anak sulung kejutkan saya sambil beritahu rumah terbakar, dia juga kejut semua adik-adik."Kami kemudian cepat-cepat keluar dari rumah kerana api marak dengan cepat dan saya cuma sempat capai kad pengenalan dan dokumen penting sahaja," katanya.Ekoran kejadian itu rumah mereka musnah 100 peratus dan mereka tinggal sehelai sepinggang.Aslinda yang juga pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Dungun berkata, ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Melaka.Susulan insiden, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa sekeluarga.Menurut Wan Hapandi, bantuan segera seperti pakaian sekolah, pakaian harian dan makanan akan diserahkan secepat mungkin."Kita juga akan cuba berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu keluarga ini dari segi bantuan membina rumah baharu atau apa juga bantuan sekalipun yang dapat meringankan beban keluarga ini," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN
03 Sep 19
169
Empty Image
Setiap DUN Disaran Tubuh PKK
KUALA TERENGGANU, 3 September - Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) disaran menubuhkan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) bagi membendung jenayah dan melahirkan masyarakat sejahtera.Yang Dipertua DUN, Dato' Yahaya Ali berkata, setiap Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) digesa mengambil peluang untuk menubuhkan PKK di setiap kampung masing-masing."Persatuan Kepolisan Komuniti ini adalah sebuah persatuan yang disertai oleh pihak polis sendiri dengan masyarakat setempat."Sebab itu saya sebut dalam  pertemuan tadi alangkah baiknya MPKK ini dapat meneruskan (tindakan), sebab ia boleh banyak membantu pihak polis sendiri dari segi isu-isu gejala sosial yang berlaku," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu pada hari ini.Turut hadir ialah Ketua Polis Terengganu DCP Datuk Aidi Ismail dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.Menurutnya, pihak MPKK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh bekerjasama bagi meneruskan persatuan tersebut untuk jangka masa yang panjang."Saya ingat yang berlaku dulu di MPKK Durian Burung boleh dikatakan setakat yang saya tahulah isu rempit  macam tidak berbangkit sekarang ini," ujarnya.Tambah beliau, lawatan kerja tersebut bertujuan membawa Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan isu -isu yang berbangkit dalam dewan secara 'first hand'."Sebab dalam dewan ia masih terhad jadi kadang - kadang ADUN kita nak tanya  banyak tak boleh."Jadi dalam peluang macam ini  dapat maklumat secara teratur  isu-isu yang berbangkit."Kita tak boleh hanya bercakap dalam dewan  melainkan ada perkara yang kita perlu perhalusi  untuk  dapat maklumat secara 'first hand'," tambahnya.Kata Yahaya, melalui pihak MPKK dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sedia bekerjasama dengan PDRM menangani masalah isu gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat."Walaupun pihak PDRM mempunyai kekuatannya sendiri  tapi ada  ruang yang boleh kita bersama  berkait dengan masyarakat," tambahnya.Sementara itu, PDRM berazam akan meningkat usaha  mengadakan  operasi bersepadu terutamanya di daerah Besut.Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Aidi Ismail berkata, mengikut rekod ada sedikit penurunan jenayah di kawasan tersebut."Sekarang ini ada sedikit peningkatanlah  berbanding 2018 lebih kurang 12 peratus.Alhamdulillah mengikut rekod  kita  apabila kita buat operasi ini  ada sedikit penurunan di besut (berkenaan) kes kecurian dan pecah rumah," katanya.Justeru itu, beliau menambah, operasi tersebut akan dibuat di semua daerah agar jumlah kes jenayah akan berkurangan pada akhir tahun.
03 Sep 19
56