Artikel "Semasa" Terkini
Mendapan Pasir : Solusi Terbaik Sedang Dirangka
Dr Azman Ibrahim berkata solusi mendapan pasir berada di fasa terakhir.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 6 September - Kerajaan negeri sedang merangka solusi terbaik bagi menyelesaikan isu mendapan pasir yang menyebabkan kesukaran pergerakan keluar masuk bot para nelayan di seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan rungutan tersebut tanpa melibatkan kos yang terlalu tinggi. Katanya, kawasan Kuala Merang dan Kuala Mangkuk yang mengalami masalah sama turut akan diselesaikan secepat mungkin apabila rangka operasinya sudah berada di peringkat akhir.“Dengan cara memberi hak kepada Syarikat untuk mengalihkan pasir yang ada di kuala ini, dia keluarkan pasir dan ia boleh jual. Dalam masa yang sama kerajaan negeri dapat cukai dari peralihan pasir itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Program melabuh Unjam Negeri Terengganu 2019 di Pengkalan Nelayan Rhu 10, di sini semalam.Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bahri Abdul Rahman.Katanya, Terengganu merupakan negeri yang paling banyak terlibat dengan kawasan laut dan pantai, dianggarkan sebanyak 14 kuala bermula dari Kemaman hingga Besut.“Semua kuala kita berhadapan dengan masalah mendapan pasir yang menyukarkan pergerakan keluar masuk bot. Alhamdulillah, pasir ini bernilai tinggi untuk kerja-kerja penambakan dan ia menjadi rebutan.“Sekarang ini berada di peringkat kerajaan menyusun rapi daripada Merang, Kuala Mangkuk, Kuala Ibai, Merchang dan lain-lain. Saya berharap kita semua di sini bersabar sekejap sahaja lagi kerana ia berada dalam perhatian dan tindakan kerajaan,” tambah beliau.
06 Sep 19
52
Sumber Perikanan Terengganu Akan Terus Diperkaya - Dr Azman Ibrahim
Dr Azman melabuhkan tukun bersama jabatan perikanan.Oleh: Hidayah AzlinFoto : Fahmi IzzuddinSETIU, 6 September - Kerajaan Terengganu akan terus memperbanyakkan program untuk memperkaya sumber perikanan demi kelangsungan dan penambahan hasil para nelayan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, labuh unjam atau tukun akan memberi manfaat khususnya kepada nelayan yang menangkap ikan dalam kawasan lima batu nautika dari pesisir pantai.Ujarnya, manfaat tersebut akan lebih dirasai oleh para nelayan apabila tibanya musim tengkujuh. “Kalau tahun ini satu daerah satu program, insya-Allah untuk tahun hadapan dalam bajet 2020 kita cuba untuk tingkatkan satu kali ganda supaya menjadi satu daerah dua program unjam atau tukun.“Ia akan dibuat secara berterusan dan dibantu penguatkuasaan undang-undang di laut. Kita yakin sumber perikanan akan dipulihkan sedikit demi sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Program Melabuh Unjam Negeri Terengganu 2019 di Pengkalan Nelayan Rhu 10, semalam.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bahri Abdul Rahman.Tambah beliau, pada tahun ini Pulau Redang merupakan lokasi terakhir bagi program melabuh unjam dan tukun. “Unjam komuniti melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan setempat. Kos peralatan, bahan-bahan, kos majlis ditanggung oleh Jabatan cuma nelayan turun bergotong-royong supaya menganggap bahawa unjam adalah hak mereka.“Dengan unjam ini, ada tempat untuk mereka menangkap ikan. Sekiranya berlaku perubahan cuaca para nelayan boleh balik terutama di musim tengkujuh,” katanya.
06 Sep 19
452
SUTERA Terengganu : Dungun Rampas Tiga Pingat Petanque
Para pemain bergambar bersama selepas perlawanan.KUALA TERENGGANU, 6 September- Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun mempamerkan aksi terbaik sekali gus berjaya merampas tiga pingat dari enam pingat yang dipertandingkan dalam acara Petanque kategori Shooting di Sukan Terengganu (SUTERA) 2019, semalam.Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali menggondol pingat emas dalam Shooting Wanita setelah mengatasi peserta jemputan dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Wan Noor Fatin Atikeh Wan Zakaria (Perak) serta rakan sepasukan, Nurnadirah Burhan Shahidi yang meraih gangsa.Manakala, bagi kategori Shooting Lelaki, wakil Dungun, Syed Afiq Fakhri Syed Ali sekadar meraih perak dalam pertandingan yang dimonopoli MSD Besut melalui Adib Rifqy Azman (emas) dan Muhammad Rahmat Azizi (gangsa).SUTERA memasuki hari kedua pertandingan dan menawarkan pingat dalam acara Berbasikal, Tenpin Boling, Boling Padang (Lawn Bowl) dan Olahraga, hari ini.
05 Sep 19
1047
'Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge' Janji Pamer Aksi Terbaik
KUALA TERENGGANU, 6 September - 'Festival Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge 2019' menjanjikan aksi terbaik buat peminat permotoran Terengganu dalam perlumbaan yang bermula hari ini.Seramai 35 peserta terdiri daripada pelumba profesional terkemuka negara bakal menggegarkan kawasan Gong Badak sepanjang dua hari pertandingan berlangsung.Turut serta, 10 artis terkenal Malaysia yang menyertai perlumbaan kategori selebriti, antaranya ialah Janna Nick, Wany Hasrita, Nabil Ahmad dan Shukri Yahya.Buat kali pertamanya, penganjur Toyota Gazoo Racing turut mengadakan perarakan Meet & Greet (temu mesra) artis bersama peminat mereka di Pasarnita, Kuala Terengganu yang dihadiri kira-kira 300 peminat tempatan, semalam.Untuk rekod, tahun ini merupakan musim ketiga festival berkenaan diadakan di Terengganu.
05 Sep 19
406
Ciapan Twitter Biadab, Hina Sultan
Mohd Nasir (tengah) bercakap kepada media selepas membuat laporan polis petang tadi.KUALA TERENGGANU, 5 September - Dewan Pemuda PAS Terengganu memberi tempoh 24 jam agar pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Tg Haslinda memadamkan status berisi gambar palsu yang disunting.Ketuanya, Mohd Nasir Abdul Razab berkata, sekiranya pemilik akaun berkenaan enggan berbuat demikian, dewan pemuda itu mendesak agar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik akaun tersebut dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.Katanya, perbuatan itu menghina Kebawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud dan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Justeru, Dewan Pemuda memohon PDRM segera bertidak ke atas individu tidak bertanggungjawab itu.Mohd Nasir (tengah) dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu mempamerkan salinan laporan polis berkenaan ciapan Twitter individu bernama Tg Haslinda.Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang tadi.Dalam laporan polis itu, Mohd Nasir menyebut bahawa beliau telah melihat satu ‘posting’ Twitter yang boleh disifatkan sebagai biadab terhadap Sultan Mizan dan Dato’ Seri Abdul Hadi.Ciapan Twitter itu jelas bertujuan untuk memburukkan Sultan Terengganu dan Ahli Parlimen Marang itu.“Saya sesungguhnya percaya kenyataan yang dikeluarkan olehnya merupakan satu penghinaan, mempertikai, mempersenda serta bermaksud merendahkan nama, kedudukan dan batang tubuh Tuanku serta Institusi DiRaja,” tegas beliau.
05 Sep 19
37
Manuskrip Al-Quran Terengganu Tercantik Di Malaysia
Sultan Mizan (kiri) mencemar duli menyaksikan surat-surat Raja Melayu zaman silam di Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu 2019 di Kompleks Muzium Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 5 September - Manuskrip Al-Quran Terengganu merupakan yang terindah dan halus dari segi tekniknya berbanding manuskrip al-Quran dari negeri-negeri lain.Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) , Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata, daripada penyelidikan seorang sejarawan, Datuk Dr Annabel Teh Gallop ke atas ratusan manuskrip al-Quran Alam Melayu dalam koleksi Malaysia, Indonesia dan Eropah, didapati manuskrip Terengganu terindah dan halus.“Dr Annable Teh mendapati wujudnya gaya iluminasi Pantai Timur yang kemudiannya secara jelas memperincikan dua gaya utama Pantai Timur iaitu ‘Gaya Terengganu’ dan 'Gaya Patani’.Sultan Mizan (kiri) berkenan menyaksikan Warkah Emas DiRaja Terengganu di Kompleks Muzium Kuala Terengganu.“Daripada penyelidikannya ke atas ratusan manuskrip al-Quran Alam Melayu dalam koleksi Malaysia, Indonesia dan Eropah, beliau berpendapat manuskrip al-Quran Terengganu merupakan yang terindah dan halus dari tekniknya berbanding manuskrip al-Quran dari negeri-negeri lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu 2019 yang julung kali diadakan di Kompleks Muzium Negeri, di sini hari ini.Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli dan berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan melawat pameran tersebut.Katanya, secara amnya seni iluminasi ini merupakan aspek keindahan, kehalusan dan ketelitian yang menekankan disiplin yang tinggi dalam karya dan penghasilannya.Jelasnya, sejajar dengan larangan Islam menggunakan bentuk mahkluk bernyawa dalam kesenian, kebanyakan manuskrip Islam menggunakan motif sulur dedaun dan bunga.Dato’ Mohd Fadzli Yusof.“Selain itu, iluminasi manuskrip Alam Melayu juga menggunakan rekaan dan ukiran kayu seperti gerbang, takhta dan mimbar,” jelasnya.Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pemeran itu berkata, surat-surat Melayu berhias pula merupakan manifestasi kesenian Melayu yang paling indah.Katanya, bahan yang paling penting untuk menghiasi surat Melayu ialah emas yang melambangkan keagungan dan kebesaran.“John Anderson, seorang pekerja Syarikat India Timur (East India Company) di Pulau Pinang ketika melawat Siak pada tahun 1823, satu hari dia menulis, “saya tidak pernah melihat Raja (Siak) berpakaian dengan sebegitu hebat. Baginda sebenarnya seperti sekeping emas yang beradun cantik”. “Kata-kata yang sama boleh digunakan untuk memeri, salah satu daripada warkah Sultan Ahmad dari Terengganu kepada Gabenur Jeneral di Batavia, Baron Van Der Capellen yang bertarikh 1824,” ujarnya.Menurutnya, pameran selama sebulan itu dapat memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kehebatan iluminasi dan warkah emas DiRaja Terengganu.“Ia sekali gus dapat memberi nafas baharu dalam usaha mencambahkan kembali warisan seni ragam hias atau iluminasi Melayu Terengganu khasnya.“Yang demikian, ia dapat memberi kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat tentang betapa pentingnya langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dan seni iluminasi Melayu Terengganu.“Pada keseluruhannya, ia akan memberi kefahaman tentang salah satu lagi bidang kesenian Terengganu dan kecintaan kepada khat,” jelasnya lagi.
05 Sep 19
1090
Sultan Mizan Rasmi Pameran Warkah Emas DiRaja Terengganu
Sultan Mizan (tiga dari kanan) mencemar duli, berkenan merasmikan Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu di Kompleks Muzium Negeri di Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 5 September - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli, berkenan merasmikan Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu di Kompleks Muzium Negeri, di sini hari ini.Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan bertitah dan seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian pameran tersebut dengan memasukkan replika logo pameran ke dalam tempat khas yang disediakan.Sultan Mizan kemudiannya berkenan melawat pameran di Ruang Foyer kompleks tersebut.Sultan Mizan (tengah) mencemar duli dan berkenan menyaksikan corak keindahan 'Ragam Hias' Mushaf al-Quran di Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu di Kompleks Muzium Negeri di Kuala Terengganu hari ini.Baginda diiringi oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), Dato' Mohd Fadzli Yusof.Sultan Mizan (tengah) berkenan menyaksikan tulisan khat hasil karya anak tempatan di Kompleks Muzium Terengganu hari ini.Turut mengiringi baginda, Pengarah Lembaga Muzium Negeri serta Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan Ahli Jawatankuasa Induk Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja itu.Selepas selesai lawatan itu, Kebawah Duli Sultan Mizan berangkat pulang ke istana.
04 Sep 19
500
Penyelaras Turun Padang, Dengar Masalah Rakyat
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 5 September - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mengambil langkah 'turun padang' bagi mendengar sendiri apa-apa perkara yang menjadi kesusahan rakyat di dalam kawasannya.Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, rakyat merupakan tunjang utama sesebuah pemerintahan yang wajar disantuni dan diberikan perhatian.“Segala permasalah mempunyai jalan penyelesaian, rakyat perlu diutamakan bagi menjamin kelangsungan dan keharmonian persekitaran."Maklumat dan isu-isu semasa juga dapat diulaskan serta difahami oleh golongan masyarakat agar tidak menimbulkan pandangan negatif terhadap kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Dialog Pejabat Penyelaras Jerteh bersama rakyat di Kampung Pulau Panjang, Jerteh, semalam.Menurutnya, program tersebut amat penting untuk membuka mata pihak atasan terutamanya agar sentiasa peka terhadap segala jenis bentuk permasalahan.Selain itu beliau menambah, hubungan silaturahim juga dapat dipupuk antara pihak pejabat dan rakyat agar membentuk sebuah negeri yang sejahtera.Seramai 80 orang penduduk kampung hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
04 Sep 19
68
SUTERA 2019 : ‘Kemaman Kemah Keming’ Suntik Semangat Atlet
Foto: Ahmad Syahid AdnanOleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 5 September - Slogan ‘Kemaman Kemah Keming’ menjadi penyuntik semangat kepada atlet Kemaman untuk beraksi cemerlang di Sukan Terengganu (SUTERA 2019) yang bermula hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, persiapan kental dari segi fizikal dan mental yang diterapkan sepanjang latihan sangat bersesuaian dengan slogan dicipta.“Suntikan semangat ini perlu supaya atlet Kemaman dapat mendominasi SUTERA 2019 sekali gus menjadi juara keseluruhan temasya pertama kali ini,” kata beliau kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Kenderaan ke temasya tersebut, di sini semalam.Ir Saiful Azmi juga memberitahu, SUTERA 2019 adalah medan terbaik kepada atlet membuktikan kemampuan masing-masing yang mungkin membuka laluan kepada mereka beraksi mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.“Penganjuran SUTERA 2019 yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran SUKMA melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya,” tambah beliau.Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Ridhwan Abdul Rahman menggalas cabaran sebagai ketua kontinjen ke temasya yang akan berakhir pada 9 September 2019 ini.“Kontinjen Kemaman diwakili 246 atlet dan 34 pegawai dalam temasya sukan yang pertama kali diadakan ini, ia juga model kejohanan sukan patuh syariah pertama di negara kita.“Sebanyak 13 sukan dengan 98 acara dipertandingkan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.“Jumlah keseluruhan pingat yang dipertandingkan adalah 68 emas, sasaran kutipan pingat Kemaman adalah 22 emas, 23 perak, 19 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan pingat sebanyak 64,” ujar beliau.Sementara itu, Burung Macaw sejenis burung terancam yang mempunyai ekor panjang dan berwarna warni dipilih sebagai maskot kontinjen Kemaman.
04 Sep 19
386
KQT Berjaya Bikin Semula Warkah Emas DiRaja Terengganu
Orang ramai menyaksikan 'Ragam Hias' Mushaf al-Quran di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. KUALA TERENGGANU, 5 September - Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) berjaya melakukan pembikinan semula replika Warkah Emas DiRaja Terengganu dan iluminasi al-Quran berdasarkan falsafah kehalusan kaligrafi dan ragam hias atau iluminasi (zukhruf).Ketua Pegawai Eksekutif KQT, Profesor Madya Dr Mohd Safri Ali berkata, seperti mana kemuncak keindahan tilawah al-Quran adalah melalui seni suara (tarannum) maka kemuncak keindahan penyalinan al-Quran adalah melalui kehalusan kaligrafi dan ragam hias atau iluminasi (zukhruf)."Berdasarkan falsafah tersebutpihak KQT melalui Unit Kaligrafi, berusaha melestarikan warisan kesenian iluminasi Terengganu dan berjaya melakukan pembikinan semula replika Warkah Emas DiRaja Terengganu dan iluminasi Al-Quran Terengganu," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kata-kata aluan dalam Buku Cenderamata Sempena Majlis Perasmian Pameran Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu Anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, di sini hari ini.Beberapa orang pelajar sekolah turut tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri Seni 'Ragam Hias' Mushaf al-Quran yang dipamerkan di Galeri Khas Iluminasi dan Warkah Emas DiRaja Terengganu di Kompleks Muzium Negeri, Kuala Terengganu hari ini.Majlis itu disempurnakan oleh Kebawah Duli Tuanku Al Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Dr Mohd Safri mengucapkan sekalung tahniah kepada jawatankuasa penganjuran kerana berjaya merealisasikan sebuah pameran yang julung kalinya diadakan di negeri Terengganu.Katanya, pihak KQT juga sangat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh YDSM yang telah memilih KQT sebagai penganjur bersama pameran ini."Tidak lupa juga kepada pihak Muzium Negeri Terengganu, KQT mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyediaan tempat pameran yang kondusif, secara langsung menjadikan pameran ini lebih berprestij."Kolaborasi ketiga-tiga institusi ini sangat penting dalam melestarikan khazanah warisan keilmuan Terengganu khususnya dan Alam Melayu umumnya," ujarnya.
04 Sep 19
504