lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jadikan Tiga Pesanan Rasulullah SAW Untuk Bina Komuniti Madani
HULU TERENGGANU, 8 September – Orang ramai  dinasihatkan supaya tidak berlumba mengejar kebanggaan, saling dengki mendengki, benci membenci dan saling berjauhan kerana ia mengajar tentang konsep pembinaan komuniti yang madani dalam kehidupan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri, Dr Mamad Putih, berkata  ketiga-tiga pesanan ini terkandung dalam hadis riwayat muslim dan jangan berlumba dalam kebanggaan menjadi asas paling utama yang mana sikap individualistik mestilah dijauhi kerana tidak akan membawa keuntungan dalam kehidupan bermasyarakat .Katanya, tidak salah mengejar kebanggaan dan kepentungan masing-masing  tetapi perlu diingatkan agar berpada-pada dalam tindakan supaya tidak sedikitpun memberi kesan tidak baik kepada kerukunan kemasyarakatan.“Teras kedua, Baginda SAW mengajar kita untuk menjaga hati dalam kehidupan iaitu menjauhi sikap dengki mendengki serta saling benci membenci sesama kita dan hubungan antara kita seharusnya didasari dengan ketulusan dan keikhlasan.“”Yang tua dihormati , yang muda disayang, yang berat ditampung, yang ringan dijinjing, yang baik disokong, yang tidak baik patut ditegur dengan hikmah jauhilah kitbah dan umpat cela apalagi fitnah dan tipu daya , kesemuanya amalan buruk ini boleh membunuh anggota masyarata kita secara halus lalu meleraikan perpaduan yang telah dibina,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutup Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, di sini semalam. Tambahnya lagi, saf juga perlu dirapatkan termasuk menguatkan ikatan persaudaraan kerana dapat membentuk perpaduan.Sementara itu, Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata Pekan Budaya merupakan program acara tahunan yang dianjurkan untuk mengumpulkan seluruh komuniti daerah Hulu Terengganu dengan pelbagai aktiviti .“Program yang semestinya dapat mengeratkan komuniti tempatan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan fikiran malah inisiatif penganjuran program seperti ini patut dipuji kerana inilah satu medan untuk kita membina hubungan sesama kita.“Di sini adalah tempat untuk kita mendapatkan pelbagai informasi berkaitan khidmat yang disediakan daripada pelbagai jabatan samada dari pihak kerajaan mahupun dari pihak luar yang membuka booth pameran mereka di sini,” ujarnya.Menurut beliau, program sebegini sedikit sebanyak mengalakkan percambahan ekonomi  antara satu sama lain yang disulami dengan aktiviti santai dan ilmiah yang telah dirangka oleh penganjur.
07 Sep 19
157
Empty Image
‘Sate Ikan Aya’ Inovasi Terbaharu Di Jabi
Dr Azman merasmikan produk sate ikan aya.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 7 September – Jabi cukup terkenal sebagai lubuk sate yang tersedia dengan pelbagai menu sama ada ayam, daging atau pun arnab sehingga menarik pengunjung dari seluruh negara.Terbaharu, produk ‘Sate Ikan Aya’ dilancarkan hasil kajian Jabatan Perikanan dan inovasi sejak setahun lalu yang diubah daripada ikan tuna kepada ikan aya (tongkol).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, inovasi tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempelbagaikan industri hiliran daripada produk-produk mentah.“Kita keluar sedikit daripada penggunaan ikan aya ini orang selalu buat nasi dagang, ikan singgang, rebus goreng dan sebagainya. Kali ini kita cuba pelbagaikannya. “Alhamdulillah petang ini memberi peluang kepada para tetamu dan masyarakat sekitar untuk merasainya. Kita juga ada dapatkan komen daripada mereka dan saya yakin bahawa produk baru ini boleh pergi jauh,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sate Ikan Aya di Kedai Sate Suria, di sini petang kelmarin. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, produk itu akan diperkenalkan sempena Hari Peladang dan Penternak Negeri Terengganu yang  diadakan di Dataran Pekan Jabi pada 25 hingga 28 September akan datang.“Saya mengambil kesempatan untuk mengundang seluruh rakyat negeri Terengganu malah seluruh rakyat Pantai Timur yang berjiran untuk memenuhi Dataran Pekan Jabi untuk bersama mengambil manfaat daripada program tersebut.“Mungkin selepas ini jabatan bersedia untuk mengadakan kursus dalam bentuk kursus Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi kita menambah lagi bilangan pengusaha dan kemahiran dalam menghasilkan sate,” tambah beliau.
07 Sep 19
531
Empty Image
Bantu Untuk Hidup Lebih Baik
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 7 September - Golongan warga emas akan dibantu agar mereka boleh meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh turun padang menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan dan duit kepada mereka."Ziarah ini merupakan aktiviti wajib kerana warga emas perlu diberi perhatian akan kebajikan mereka."MPKK (juga) perlu memainkan peranan bagi memastikan nasib warga emas terus terbela," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program dekat sini, semalam.Menurutnya, beliau bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Beris Pak Abu telah menziarahi empat orang warga emas di Kampung Beris Pak Abu dan Gong Lapang.Turut sama dalam program tersebut ialah Pengerusi MPKK Kampung Beris Pak Abu, Tuan Kamarudin.
07 Sep 19
35
Empty Image
Wany Hasrita Ungguli 'Toyota Gazoo Racing' Terengganu 2019
Selebriti terkenal, Wany Hasrita muncul juara.KUALA NERUS, 7 September – 'Toyota Gazoo Racing' (TGR) Festival 2019 di Litar Permotoran Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, di sini hari ini menyaksikan Wany Hasrita muncul sebagai pemenang bagi kategori selebriti.Kemenangan pada pusingan pertama perlumbaan kedua tersebut dicapai selepas menewaskan Nabila Razali serta Shukri Yahya yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan artis dalam kejohanan anjuran syarikat Toyota membuktikan garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri tidak menjadi penghalang untuk mereka turut serta.Bahkan beliau berkata, kerjasama yang diberikan pihak penganjur sangat profesional dan menarik minat kerajaan negeri untuk meneruskan penganjuran program tersebut pada musim akan datang. “Kalau kita tengok penampilan setiap acara hari ini termasuk yang disertai para artis, penampilan mereka sangat sopan dan baik, dan ia tidak menjadi masalah pada kita.'Flag Off' dilakukan Wan Sukairi sebagai gimik perasmian kejohanan.“Kita nak menonjolkan bakat mereka, bukan nak ekploitasi apa-apa daripada mereka, kita juga telah meletakan garis panduan dan ia diikuti dengan baik oleh pihak penganjur,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kejohanan tersebut, di sini hari ini.Menurut beliau, bagi meningkatkan kualiti sukan permotoran di Terengganu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk membina satu lagi litar yang akan berpusat di Kemaman.“Kita telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjayakan pembinaan tersebut, memandangkan beliau sendiri bercadang untuk membina satu litar permotoran di setiap negeri.“Kita dah ada satu litar, di sini (Kuala Nerus) tetapi ini di bawah kerajaan negeri, jadi peruntukkan kerajaan pusat itu kita bercadang untuk bina di Kemaman,” tambah beliau. Festival yang berlangsung sejak 4 September lalu dan berkahir hari ini itu turut menampilkan tujuh lagi pelumba selebriti antaranya Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Ain Edruce, Syafiq Kyle dan Akio Takeyama.Wan Sukairi (tengah) bersama barisan pelumba TGR. Acara-acara seperti pameran dan sesi pandu uji kenderaan baru Toyota, persembahan 'drift', cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti turut menghangatkan program.Pusingan kedua TGR 2019 akan berlangsung di Lembah Klang dan seterusnya Johor bagi tiga bagi melengkapkan empat pusingan.
07 Sep 19
713
Empty Image
Guan Eng Tak Perlu Melenting! - Dr Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 7 September - Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak perlu melenting mengenai Kempen Beli Produk Muslim kerana menjadi hak orang Islam dalam sistem demokrasi membeli produk keluaran rakan mereka sendiri.Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman  Razali berkata, mengutamakan produk muslim adalah hak rakyat Muslim."Tentulah setiap orang lebih mengutamakan saudaranya sendiri yang berniaga. Itu adalah hak persaudaraan Islam. Itu juga hak demokrasi pengguna untuk memilih dan mengutamakan produk yang mereka suka," ujarnya.Beliau mempertikaikan kenapa Menteri Kewangan itu panas punggung mengenai tindakan tersebut."Adakah ia memberi kesan kepada ahli perniagaan DAP yang menjadi pendokong dan pembiaya utama DAP. "Kalau benar, maka betullah tindakan umat Islam mengutamakan produk muslim sebagai respon terhadap sikap biadap pendokong DAP terhadap Islam dan Melayu akhiran ini," katanya dalam satu kenyataan media di status Facebooknya baru-baru ini.Beliau berkata, Nabi s.a.w. membina pasar baru untuk orang Islam di Madinah apabila kehadiran Nabi s.a.w. berniaga di pasar Bani Qainuqa yang didominasi oleh Yahudi tidak dialu-alukan. Akhirnya kata beliau, para pengguna Arab dan Muslim mengutamakan pasar Nabi s.a.w. sehingga memaksa pedagang Yahudi juga akhirnya berniaga di pasar Nabi. "Tetapi tentulah mengikut peraturan pasar Nabi iaitu tiada penipuan, tiada monopoli, tiada riba dan tiada cukai."Saya menyokong kempen utamakan produk muslim," jelasnya.
07 Sep 19
38
Empty Image
Sukan Rakyat Bukit Berangan Tarik 200 Penyertaan
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 7 September – Pesta Sukan Rakyat Kampung Bukit Berangan Tepoh di sini menarik penyertaan seramai 200 penyertaan dari penduduk pelbagai lapisan masyarakat dari kampung tersebut semalam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wan Khalid Wan Embong berkata, dengan penyertaan ramai itu menunjukkan bahawa sukan tradisonal masih terpahat di hati masyarakat.Di samping itu katanya ia juga boleh memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan bagi melahirkan masyarakat saling bantu membantu antara satu sama lain.“Program yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur itu bertujuan untuk mengeratkan ukhawah silaturahim dengan lapisan masyarakat disamping untuk menyihatkan badan,” jelas beliau ketika ditemui di tapak pesta berkenaan semalam.Tambahnya, sukan rakyat yang diketengahkan itu juga membolehkan peserta dan penonton menghayati suasana kehidupan kampung."Sambutan daripada peserta amat menggalakkan terutamanya golongan muda dan mereka tidak kekok ketika bermain pancing botol dan sebagainya," katanya. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merasmi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pelbagai acara pesta tersebut.
06 Sep 19
378
Empty Image
Sukan Terengganu Rancakkan Pembangunan Atlet Pelapis
Wan Sukairi Wan Abdullah (dua dari kanan).KUALA NERUS, 7 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang secara rasminya bermula semalam adalah medan membangunkan atlet pelapis di setiap peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jika sebelum ini pembangunan sukan lebih tertumpu di satu daerah, namun menerusi SUTERA 2019 ia akan lebih menyeluruh apabila semua daerah terlibat dalam mencari bakat-bakat muda bagi setiap acara.Jelasnya, penganjuran tersebut menjadi pentas buat atlet untuk mempamerkan potensi masing-masing supaya dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.“Penganjuran SUTERA 2019 adalah kali pertama selepas temasya sukan seumpama ini dihentikan pada 2007. Selepas 12 tahun, kita mengembalikan sukan supaya dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan atlet di Terengganu sebagai pelapis untuk akan datang.Atlet Kelantan turut menyertai temasya SUTERA.“Malah ia juga peluang kepada atlet sedia adakan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sukan selain kerajaan negeri juga mahu mengaktifkan majlis sukan di peringkat daerah supaya dapat memberi peluang kepada akar umbi untuk berkecimpung dalam sukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian SUTERA 2019 di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, malam tadi.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Tambah beliau, bagi menyemarakkan lagi industri tersebut, kerajaan negeri bersedia untuk memajukan sukan secara saintifik serta memperkasakan penggunaan Sains Sukan di Terengganu.Pelapis sukan silat Terengganu.Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menubuhkan Bahagian Teknologi Sukan di Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk tujuan mengaplikasikan teknologi dan sains dalam latihan atlet.“Atlet muda wajar didedahkan sejak daripada awal dengan Sains Sukan supaya negara dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi.“Melalui bahagian ini nanti, kita akan melabur dalam aspek kepakaran Sains Sukan dan peralatan agar atlet mendapat bantuan alatan dan teknologi sukan terkini,” katanya.
06 Sep 19
240
Empty Image
Sukan Terengganu 2019 Buka Tirai
Piala SUTERA menjadi rebutan sembilan kontinjen.KUALA NERUS, 7 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini malam tadi.Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah tepat jam 9.00 malam dengan lafaz perasmian disusuli gimik penyerahan baton.Ribuan penonton dan penyokong setiap pasukan bertanding hadir seawal jam 7.00 petang bagi menyaksikan temasya bersejarah itu.Hadir sama, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim serta Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri.Gimik penyerahan baton dijayakan oleh atlet-atlet kelahiran Terengganu yang berjaya di peringkat antarabangsa.Lintas hormat itu dijayakan 2110 atlet dan pegawai daripada sembilan kontinjen yang diketuai oleh Kuala Terengganu, diikuti Kemaman, Dungun, Besut, Hulu Terengganu Marang, Setiu, Kuala Nerus, dan Kelantan selaku kontinjen jemputan.SUTERA 2019 berlangsung dari 5 hingga 9 September melibatkan 96 acara dengan menawarkan 319 pingat keseluruhan daripada 13 jenis sukan.Penganjuran SUTERA 2019 adalah kali pertama selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2007 yang lalu.
06 Sep 19
551
Empty Image
Semai Patriotisme Peringkat Pra Sekolah
KUALA TERENGGANU, 7 September - Menanam  perasaan cinta terhadap tanah air  sejak kanak-kanak lagi adalah sangat penting agar mereka bangga dan sayang kepada watan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, program perarakan Kemerdekaan dan Maal Hijrah anak-anak taska dan tadika adalah sangat bermanfaat.“Daripada kecil lagi kita mendidik anak-anak kita dengan semangat patriotik ataupun cintakan  negeri kita.“Kita memupuk perasaan  bangga menjadi rakyat Malaysia sekaligus  bangga menjadi rakyat negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas merasmikan program perarakan Kemerdekaan dan Maal Hijrah  taska dan tadika swasta negeri Terengganu di Batu Buruk dekat sini, kelmarin.Oleh itu kata beliau, sifat mulia itu akan berkesan dan membekas dalam diri mereka apabila mereka membesar dan meningkat dewasa kelak.“Mereka ada jati diri yang baik  dan mereka ada perasaan bangga serta sayang kepada negeri mereka  sekali gus mereka akan melibatkan diri dalam masyarakat  dan program yang bermanfaat,” jelas beliau.Justeru itu, beliau menyokong penuh program tersebut dan berharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
06 Sep 19
155
Empty Image
1,000 Bantah Penindasan Terhadap Rakyat Kashmir
Foto oleh : Aslam Wira.MARANG, 6 September - Kira-kira 1,000 orang menyertai Himpunan Solidariti Untuk Kashmir di perkarangan Masjid Titian Baru, di sini hari ini bagi menyatakan penentangan terhadap tindakan Kerajaan India yang menarik status autonomi wilayah Kashmir.Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT), Nasir Abdul Razak menegaskan, demontrasi itu juga sebagai tanda sokongan dan solidariti umat Islam terhadap rakyat Kashmir yang ditindas dengan sangat kejam.Jelasnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu berada di luar prinsip kemanusiaan dan undang-undang, maka perbuatan itu seharusnya dikecam semua pihak.“Kita tidak mahu peristiwa yang pernah berlaku di Arakan (Myanmar) merebak ke Kashmir, kita sangat mengharapkan tindakan daripada pihak berkuasa seperti Liga Arab supaya mengambil tindakan yang segera.“Tindakan segera harus diambil segera bagi membantu dan membela masyarakat di sana, anak-anak muda juga diseru bersatu dan mengambil tahu perkembangan sebenar yang berlaku,” ujarnya ketika ditemui media selepas himpunan.Nasir Abdul Razak.Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) berkata, Kerajaan Malaysia yang mempunyai lebih autoriti dalam isu tersebut digesa bersuara bagi membela umat di sana.“Kerajaan boleh menghantar utusan (surat) ataupun adakan perjumpaan dan perbincangan dengan Kerajaan India.“Sekiranya itu tidak berlaku, kita akan terus beri kesedaran (kepada rakyat) dan mendesak Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam hal ini sehingga umat Islam Kashmir mendapat pembelaan sewajarnya,” tambah beliau.Pada 5 Ogos lalu, Kerajaan India menerusi satu dekri presiden secara tergesa-gesa membatalkan status khas Kashmir dan mengetatkan kawalan keselamatan secara besar-besaran di sebahagian besar rantau bergolak itu.Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi juga mengusul satu rang undang-undang untuk membahagikan wilayah itu kepada dua rantau yang akan diperintah secara langsung oleh New Delhi.Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, sekutu rapat Modi memberitahu Parlimen bahawa presiden India sudah menandatangani satu perintah memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang memberi kuasa autonomi istimewa kepada rantau Himalaya itu.Sekali gus membatalkan kedudukan istimewa wilayah Himalaya Kashmir dan memutuskan komunikasi serta menghalang pergerakan bebas rakyat rantau itu.
06 Sep 19
136