lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Sedia Terima Kembali UniSZA
KUALA TERENGGANU, 12 September- Kerajaan negeri sedia menerima kembali Universiti Sultan Zainal Abidn (UniSZA) jika pihak kerajaan pusat meneruskan hasrat menggabungkan institut pengajian tinggi itu dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Satiful Bahri Mamat  berkata, walau bagaimanapun pihaknya belum mendapat maklumat lengkap berkenaan isu berkenaan.“Kita tiada maklumat kenapa UMT dan UniSZA hendak digabungkan.“Tapi, pihak kerajaan negeri bersedia untuk menerima kembali  UniSZA jika kerajaan pusat nak serahkan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.Terdahulu, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jemaah Menteri pada 4 September lalu telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan UMT dan UniSZA.Kenyataan itu menyebut, penggabungan itu merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada pelajar, fakulti serta komuniti setempat.Malah, penggabungan UMT dan UniSZA dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.Lantaran itu katanya, kementerian amat positif dengan cadangan penggabungan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaannya."Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil dari kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar, serta juga wakil dari pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan," ujarnya.
11 Sep 19
51
Empty Image
‘Jom Bersih Pantai’ Ajak Masyarakat Cakna Kebersihan
Peserta yang terlibat menjayakan program 'Jom Bersih Pantai'. Foto oleh - Wan Mohd Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 11 September – Bersempena Karnival Pantai Terengganu 2019 yang akan bemula esok, sekitar 500 peserta menyertai 'Program Jom Bersih Pantai' di Pantai Batu Burok hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, program gotong-royong itu berjaya menarik kehadiran komuniti setempat termasuk beberapa agensi dan jabatan negeri yang sekali gus membuktikan tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan semakin meningkat.Jelasnya, Terengganu antara negeri yang berbelanja besar demi menjaga kebersihan alam sekitar bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.“Dengan peruntukan yang diberikan itu kita jayakan program-program seumpama ini, sebelum ini kita buat Kuala Ibai, Kuala Nerus (Pantai Seberang Takir) juga termasuk Besut dan Kemaman.“Ia sebenarnya lebih kepada pendidikan, supaya pelancong luar dan tempatan yang mengunjungi Terengganu berasa selesa apabila isu sampah diberi keutamaan (tidak berlaku),” ujarnya ketika ditemui media semasa program tersebut.Ariffin Deraman berkata, pantai yang bersih akan dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir ke karnival.Sementara itu, Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan yang turut serta dalam aktiviti tersebut menegaskan, Terengganu mempunyai lokasi percutian yang menarik untuk dilawati berbanding negeri lain namun tercemar dengan sikap negatif segelintir orang.“Pantai kita cantik, negeri kita indah tetapi saya sedih apabila melihat segelintir masyarakat yang membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, padahal tong sampah tidak berada jauh dari tempat mereka berada.“Tetapi alhamdulillah, sekarang saya melihat kesedaran masyarakat dalam aspek ini telah meningkat sejak akhir-akhir ini, dengan usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dan kerajaan,” tambah beliau.Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema 'Tradisi Diwarisi' yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.Mat Dan terharu dengan sambutan peserta-peserta dalam kempen kebersihan berkenaan.
11 Sep 19
968
Empty Image
UMT Dan UniSZA Bergabung?
KUALA LUMPUR, 11 September - Jemaah Menteri pada 4 September lalu telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penggabungan ini merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada pelajar, fakulti serta komuniti setempat.Malah, penggabungan ini dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.Lantaran itu katanya, kementerian amat positif dengan cadangan penggabungan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaannya."Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil dari kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar, serta juga wakil dari pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan," ujarnya.
11 Sep 19
95
Empty Image
Yakin Sasaran Kehadiran Pelancong Ke Terengganu Dicapai
KUALA TERENGGANU, 11 September - Kerajaan negeri yakin sasaran kehadiran pelancong ke negeri Terengganu seramai lima juta dapat dicapai sehingga ke penghujung tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Arifin Deraman berkata, dijangka pelancong tetap datang ke negeri Terengganu terutama Tasik Kenyir.“Kita tiada angka lagi tapi kita buat kaji selidik dengan adanya suku pertama Mac,  suku kedua Jun, dan suku ketiga bulan Ramadan dan kita ambil kira semua.“Memang kita jangka sebenarnya angka lebih kurang sahaja dengan angka tahun lepas dan lonjakan sehingga bulan 12 insya-Allah. Angka sebenar sehingga Jun kita tak dapat lagi,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian dalam sidang media di Marina Duyong Resort, di sini semalam.Menurutnya, memang berlaku pengurangan pelancong datang pada bulan November, Disember sehingga bulan Mac kerana pada waktu itu adalah musim tengkujuh.“Kalau sebelah pantai pada tahun lepas kerajaan negeri tidak membenarkan pelancong datang  bulan  Oktober, November, Disember ke pulau.“Pengusaha sendiri atas dasar keselamatan tidak membawa  penumpang pada tarikh tersebut  dan memang berlaku pengurangan pelancong pada November,  Disember hingga bulan Mac sehingga pulau dibuka kembali,” ujar beliau.Oleh itu, kata beliau, pelancong ada yang tetap datang ke mana-mana pulau yang ada di negeri Terengganu tetapi tidak seramai waktu biasa kerana faktor musim.“Maksudnya ada sahaja orang di pulau itu tetapi tidak  seramai yang biasa dan ambil masa bulan Jun, Julai, Ogos, September sehingga Oktober,” tambahnya.
11 Sep 19
46
Empty Image
Rumah Milik Pesakit Usus Kronik Dibaik Pulih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 11 September - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan membaik pulih  rumah daif milik seorang penduduk yang menghidap penyakit usus kronik  Mat Yusoff Nor, 55 dari Kampung Gong Beris, di sini.Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya bersedia membaik pulih rumah Mat Yussof yang serba serbi kekurangan dengan mengantikan atap, dinding dan lantai yang baru dalam tempoh terdekat.“Kami juga telah membawa beberapa agensi kerajaan, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Daerah Marang dan  Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan sama.“MAIDAM bersetuju menghulurkan bantuan sara hidup kerana Mat Yussof yang dahulunya bekas pekerja Felda hanya bergantung kepada pendapatan isterinya Kemala Mamat, 52, yang berkerja sebagai penoreh getah,'' katanya.Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman, Pengerusi Kabinet MPKK Dun Rhu Rendang dan Pengerusi MPKK Gong Beris Zolkefly Bin Sulaiman.Dalam perkembangan sama, Nasaruddin menjelaskan, sedikit bantuan berbentuk kewangan ataupun zakat daripada individu juga telah diagihkan kepada mereka.
10 Sep 19
57
Empty Image
GPB Terengganu Catat Pendapatan RM15.4 Juta
KUALA TERENGGANU, September 11 - Anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad (GPB) merekodkan prestasi positif dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 dengan mengumumkan pendapatan syarikat suku kedua berakhir Jun 2019 berjumlah RM15.40 juta.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, keputusan kewangan syarikat mencatatkan momentum keuntungan yang memberangsangkan apabila keuntungan tersebut adalah keuntungan lapan suku berturut-turut sejak suku ketiga pada tahun 2017.Syarikat pembalakan itu turut memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM260,000.Katanya, kewangan GPB meningkat kepada RM260,000 berbanding RM130,000 pada suku yang sama tahun lalu.“Mengenai prospek di masa hadapan, kumpulan GPB menyasarkan keputusan kewangan yang lebih baik di suku hadapan tahun ini walaupun ada peningkatan kos operasi dan peraturan baharu yang ketat oleh Jabatan Perhutanan.“Sementara itu, segmen kaca masih lagi perlahan berikutan penurunan permintaan dalam sektor pembinaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.Nadza berkata, kumpulan itu menjangkakan operasi venir akan mula menjana keuntungan kepada pendapatan syarikat apabila anak syarikatnya telah memasuki Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan pihak luar bagi meningkatkan kapasiti penghasilan venir kering.
10 Sep 19
267
Empty Image
Terengganu Berpesta Gol Benam Kedah 5-1
Foto oleh - Terengganu FC Futsal Team.KUALA TERENGANU, 11 September - Terengganu FC Futsal Team meneruskan rentak kemenangan selepas membenam cabaran Kedah dengan jaringan 5-1 dalam aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) di Stadium Negeri Terengganu, semalam.Terengganu yang turun beraksi di halaman sendiri terpaksa menunggu sehingga minit ke-19 untuk mencetak jaringan pertama menerusi pemain tengah, Muhammad Alif Mat Amin sekali gus menggamatkan kira-kira 350 peminat setia.Jaringan itu terhasil menerusi serangan balas hasil umpanan cantik Haziq Shahiran Marzuki dari sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.Skuad kendalian Mohd Rozairi Ahmad terus mengasak untuk mendapatkan jaringan kedua, namun keampuhan benteng skuad Helang Merah menafikan hajat Terengganu.Bersambung separuh masa kedua, Terengganu menggandakan jaringan menerusi tolakan mengelirukan Mohd Hafizi Ismail dalam kotak penalti pada minit ke-24 hasil hantaran kapten, Amirrul Izzad Adang.Sembilan minit kemudian, kombinasi serangan balas Mohd Hafizi dan Amirrul Izzad terus menjadi pemusnah Kedah apabila gandingan mereka disempurnakan Mohd Hafizi untuk meledak gol kedua peribadinya sekali gus menjadikan kedudukan 3-0.Skuad TFCFT.Namun kegembiraan itu tidak lama apabila pelawat yang dibimbing Samsul Abd Latiff berjaya menghasilkan jaringan pertama berselang seminit menerusi rembatan kencang Muhammad Nazren Ramli.Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Terengganu untuk menambah gol keempat apabila Azlan Nasti Azwar mudah menolak masuk hasil hantaran silang Muhammad Alif pada minit ke-35.Muhamad Alif terus menambah derita pelawat apabila meledak jaringan kelima pasukannya yang juga gol kedua peribadinya melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol, Muhammad Nashrul Helmy Rusdi pada minit ke-36.Dengan kemenangan itu, Terengganu kini mengumpul 21 mata di kedudukan keempat liga manakala Kedah kekal di tangga kedua tercorot dengan mengutip 12 mata.Skuad Terengganu akan bertandang ke Shah Alam pada 15 September ini bagi berhadapan dengan pendahulu liga, Selangor di Stadium Panasonic.Muhammad Alif Mat Amin dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
10 Sep 19
661
Empty Image
JPN Nasihat Penternak Ikan Guna Kaedah Sesuai
Ahmad Amzad (dua dari kanan) turut melawat kawasan bencana.KUALA TERENGGANU, 11 September - Jabatan Perikanan Negeri (JPN) menasihatkan penternak ikan dalam sangkar di negeri ini agar mengurangkan kepadatan ikan dan menggunakan alat bantuan oksigen sama ada 'pum', 'blower' atau sebagainya bagi memastikan ikan peliharaan mereka mendapat oksigen yang cukup.Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali juga menasihatkan mereka supaya turut memastikan jaring sangkar tidak dipenuhi lumut bagi melancarkan pertukaran atau pergerakan air.Mereka juga katanya perlu menyusun atur semula sangkar dan memastikan ada laluan air di tengah sangkar.Beliau berkata demikian selepas menghantar lima pegawai pemantau membuat lawatan ke lokasi kematian ikan Kampung Kuala Bekah, Sungai Terengganu, di sini semalam.Zawawi Ali.Zawawi menerima aduan berkait beribu-ribu ikan air tawar pelbagai spesis mati tengah hari semalam dipercayai akibat sistem penjagaan sangkar kurang sesuai.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Zawawi juga menasihatkan penternak supaya melupuskan ikan mati secara menimbus dalam tanah atau membakarnya.“Menurut laporan awal, kematian ikan Baung dan Talapia Merah di sangkar berkenaan adalah akibat keadaan sangkar terlalu padat dengan jumlah ikan setiap sangkar antara 1,000 hingga 1,500 ekor, sementara sangkar pula hanya berukuran 20 kaki persegi,” tambahnya.Ikan mati mendapat perhatian JPN.Katanya, akibat tidak ada aliran air bersesuaian dalam sangkar boleh menyebabkan kematian ikan berkenaan.“Kematian ikan melibatkan ikan Baung dan Tilapia bersaiz antara 800 gram hingga 1 kilogram dengan anggaran kerugian dan jumlah penternak terlibat masih dalam siasatan Pejabat Perikanan Daerah,” jelasnya.Menurut laporan yang diterima kematian berlaku pada jam 9 malam kelmarin. Bacaan pasang surut air (0.5 meter-low tide) dan sehari sebelum kejadian kematian ikan, hujan berlaku di sebelah petang.Ikan mati dipercayai akibat sistem pengendalian sangkar tidak mengikut kaedah yang sesuai.Katanya, berdasarkan pemerhatian morfologi ikan, keadaan ikan berada dalam keadaan normal termasuk insang, mata, sisik, sirip dan organ dalaman.“Bacaan parameter air berada dalam julat optima dan dalam Kelas 1 (National Water Quality Standard) dan sampel air telah diambil untuk tujuan analisa Jabatan Kimia,” jelasnya lagi.
10 Sep 19
88
Empty Image
100,000 Pengunjung Dijangka Hadir Karnival Pantai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 September - Seramai kira-kira 100,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Program Karnival Pantai Batu Buruk yang akan diadakan pada 12 hingga 16 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Arifin Deraman berkata, karnival tersebut diadakan bertujuan untuk menarik penggiat seni budaya warisan dan  pelancong untuk datang ke negeri Terengganu.“Tahun lepas kita jangka 20,000 lebih, tahun ini paling kurang 50,000 dijangka boleh cecah sampai 100,000 orang. Dengan acara  yang bertambah kita memang jangka  boleh mencecah sehingga 100,000 orang.“Kita juga cuba memperkenal dan mengekalkan tradisi yang ada ini  dengan sedikit sentuhan elemen ke arah  menambah baik mengikut syariah dalam kita mengekalkan identiti  budaya warisan  negeri  Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian dalam sidang media di Marina Duyong Resort, di sini semalam.Hadir sama, Timbalannya, Ustaz Sulaiman Sulong dan  Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.Menurutnya, kerajaan negeri berhasrat  untuk menjadikan karnival pantai sebagai  tempat rujukan  dan  tempat tumpuan kepada pelancong sama ada di Terengganu ataupun di Malaysia untuk menikmati sesuatu yang unik di Terengganu .“Sebagaimana kita sedang promosi untuk  mengubah dan memperkenalkan negeri cantik, budaya menarik dan orang baik-baik,” ujar beliau.Justeru itu, beliau meyeru kepada semua agar hadir beramai-ramai hadir bergotong-royong membersikan kawasan pantai pada hari ini bermula jam lima petang.
10 Sep 19
56
Empty Image
Gerak Kerja Perlu Dipertingkat Dari Akar Umbi
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 11 September - Gerak kerja daripada peringkat akar umbi perlu dipertingkatkan supaya maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri dibawah pengetahuan MPKK sekaligus disalurkan kepada penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan di peringkat negeri masih lagi mengekalkan momentum sepertimana  diperingkat awal perlantikan."Kita sedia maklum bahawa bermula daripada pihak MPKK  disinilah bermulanya kekuatan kerajaan itu sendiri."Apabila kita membentuk MPKK, kita melihat acuan yang kita mahu bina diperingkat MPKK ialah bagaimana acuan kerajaan yang akan dilaksanakan dikawasan kita dapat dihayati dan difahami oleh jentera pelaksana diperingkat bawah," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Exco bersama MPKK di Dewan Gong Kemuntong, Jertih pada hari Isnin, 9 September.Oleh itu, katanya, perjumpaan tersebut adalah bukti bahawa pihak kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam mengambil tahu permasalahan daripada pihak MPKK.Program tersebut mendapat sambutan yang baik dan  dihadiri seramai 400 orang sekitar daerah Besut.Turut hadir sama ialah Penyelaras DUN Jerteh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad,Naib Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Ahmad Shukri Bin Wan Isa, Penyelaras Dun Kuala Besut, Haji Azby Bin Salleh, Penyelas DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohammaddan dan Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar.
10 Sep 19
90