lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Berhati-Hati Penipuan Permohonan Tanah
Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 10 September – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan beliau dalam proses meluluskan tanah.Jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, aduan dan dakwaan yang timbul baru-baru ini terutamanya melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang beliau wakili adalah sangat tidak berasas.“Isu aduan itu ialah berkenaan mereka yang telah membayar kepada seseorang yang bukan pegawai pejabat tanah, tetapi mengaku boleh berurusan dengan pejabat tanah, (bayaran) dengan sejumlah wang yang besar, dan lebih malang, tanpa apa-apa bukti pembayaran pun diberikan. “Mereka mempercayai orang itu kerana dia mendakwa baik dan kenal rapat dengan saya. Kemudian apabila orang itu menghilang, mereka mencari saya. Sedangkan ketika mereka berdua berurusan, saya tidak mengetahui langsung,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Tegasnya lagi, beliau tiada mempunyai orang tengah atau ‘runner’ untuk sebarang proses kelulusan tanah.“Jika ada yang mengaku, bermakna dia pembohong. Juga jangan dipercayai sebarang pengakuan itu dengan hanya sekeping gambar. Sekiranya anda layak, insya-Allah permohonan tanah anda akan diluluskan,” tambah Mohd Nor.Mengulas lanjut, tuduhan yang dikaitkan dengan namanya sangat dikesali dan beliau mengharapkan agar orang ramai berhati-hati sebelum membuat sebarang urusan dalam apa jua perkara.“Adalah tidak adil kepada saya, apabila dengan mudah mangsa menuduh saya tidak prihatin semata-mata mereka ditipu oleh seseorang yang saya tidak kenal dan tidak tahu hujung pangkal pun apa yang berlaku. “Suka untuk saya nasihatkan jika mahu berurusan berkenaan tanah, pergi ke pejabat (tanah) dan terus berurusan dengan pegawai di sana. “Jangan membayar apa-apa kepada orang luar dan jika bayaran dikenakan oleh Pejabat Tanah, ambil resit sebagai bukti pembayaran,” katanya.
10 Sep 19
49
Empty Image
Dato' Dr Mohd Khairuddin Dilantik Bendahari Pemuda ICAPP
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kanan) menyertai Persidangan ICAPP di Azerbaijan baru-baru ini.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 10 September - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Bendahari Sayap Pemuda, Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (PAPPA) Sesi 2019-2021 di Baku, Azerbaijan, 7 September lalu.Beliau berkata, jawatan itu merupakan satu amanah yang berat dan tidak mampu dipikul seorang diri sekali gus memerlukan kerjasama dari semua pihak.“Itu adalah amanah yang berat namun ia perlu digalas sebagai khidmat bakti kepada masyarakat dunia.“Antara tindakan awal selepas saya dilantik ialah saya akan mewujudkan satu pasukan kecil yang boleh membantu melaksanakan tugas dengan pelbagai idea kerana tugasan yang berat ini tidak mampu digalas oleh saya sendirian.“Mudah-mudahan saya dapat melaksanakan amanah ini dengan cara yang paling baik dan dapat diwarisi oleh orang terkemudian yang akan menggalas amanah itu selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. Suasana Pesidangan ICAPP di Azerbaijan.Menurut beliau lagi, jawatan tersebut adalah amanah yang perlu ditunaikan bukannya satu pangkat kemuliaan yang perlu dibangga-banggakan.Katanya, PAPPA atau 'International Conference of Asian Political Parties' (ICAPP) merupakan forum antarabangsa menghimpunkan parti-parti politik seluruh Asia sama ada yang menjadi kerajaan mahupun pembangkang. "Ia diasaskan sejak tahun 1990 yang dipengerusikan oleh Speaker Parlimen Filipina, Jose de Venecia yang juga pengasas kepada program ini," jelasnya.
10 Sep 19
49
Empty Image
Anak Muda Perlu Hargai Jasa Pejuang Kemerdekaan - Wan Sukairi
KUALA TERENGGANU, 10 September - Generasi muda diingatkan supaya tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang dan pemimpin terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tindakan tersebut bagi memastikan golongan itu menghargai kemakmuran negara dengan memahami, menghayati dan mendukung sejarah kemerdekaan.“Perjuangan menuntut kemerdekaan merupakan suatu sejarah terpenting yang perlu dihadam oleh generasi muda.“Ianya supaya  mereka (generasi muda) yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan atau mereka yang akan memimpin pada masa akan datang merupakan golongan yang berpengetahuan dan faham apa yang pernah dialami oleh negara dan rakyat sebelum ini.“Sekiranya kita tidak tahu sejarah dan pengorbanan nenek moyang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan, maka sudah tentu rasa kasih dan sayang kepada agama, bangsa dan negara akan berkurangan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Anak Muda Merdeka, ''Kehebatan Yang Tersembunyi : Di Mana Sinar Anak Muda'' yang diadakan di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said dan Pengarah Urus Setia Belia Sukan Dan NGO Terengganu (UBSNT), Nasir Abdul Razak.Forum anjuran UBSNT dengan kerjasama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) menampilkan panel hebat iaitu Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UTM, Profesor Dr. Kamaruzaman Yusof dan Zaharah Sulaiman yang merupakan Penyelidik Sejarah dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM).Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah adalah selaku moderator.Sementara itu, Pengarah Program Forum Anak Muda Merdeka, Nur Hidayah Ali berkata, penganjuran forum edisi kedua itu antaranya bertujuan untuk melahirkan generasi anak muda yang celik sejarah serta menanam semangat patriotik kepada negara.“Ini adalah inisiatif kepada anak muda khususnya untuk menyelami dan memahami sejarah Tamadun Melayu dan penganjuran kali ini kita buka penyertaan yang lebih meluas di mana berjaya menarik kira-kira 900 peserta,” ujarnya.
09 Sep 19
240
Empty Image
Terengganu Sasar 70 Peratus Sukan Patuh Syariah
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri meletakkan sasaran antara 60 hingga 70 peratus aktiviti sukan patuh syariah di negeri Terengganu di masa akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau percaya untuk mencapai seratus peratus kesempurnaan, amalan tersebut agak sukar namun tidak mustahil target berkenaan boleh dicapai. "Oleh kerana kita berusaha untuk patuh syariah dalam aktiviti sukan walaupun tidak mencapai seratus peratus, paling tidak, kita dapat mencapai 60 hingga 70 peratus."Itu adalah satu perkembangan yang sangat positif untuk kita kembangkan pada masa yang akan datang," jelasnya.Katanya, sasaran itu tidak berjaya dicapai melainkan mendapat sokongan daripada semua warga sukan negeri Terengganu termasuk kepimpinan sukan dan atlet-atlet dari kalangan rakyat negeri Terengganu sendiri.Hishamuddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.Turut hadir,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Beliau yang juga ADUN Tepoh berkata, apa yang perlu dibuat adalah semua pihak perlu berusaha gigih untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Allah walaupun berada di dalam gelanggang sukan."Saya percaya dan saya yakin kita tidak akan dapat mencapai seratus peratus kesempurnaan, apatah lagi bengkel yang dibentuk untuk memberikan garis panduan patuh syariah ini belum lagi lengkap disiapkan oleh pihak jawatankuasa kita."Insya-Allah sedikit masa nanti akan diterbit dan ditampilkan (garis panduan tersebut) kepada semua berdasarkan kepada nasihat Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu yang terlibat sama dalam bengkel yang kita adakan tempoh hari," tambahnya.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa atlet bukan Islam yang terlibat dalam temasya sukan tersebut."Mereka telah menampilkan imej yang sopan, dalam masa yang sama mereka juga berusaha gigih untuk patuh syariah seperti yang kita terap."Bagi atlet yang belum lagi bersedia, marilah kita sama-sama bergerak dan mengatur langkah bagi memulakan perubahan dengan meletakkan tanggungjawab kita kepada Allah mengatasi segala-galanya walaupun untuk kita meraih emas dan seumpamanya," ujarnya lagi.
09 Sep 19
52
Empty Image
Floria Diraja Putrajaya 2019 : Terengganu Raih Gangsa
KUALA TERENGGANU, 10 September - Laman Darul Iman hasil rekaan pereka dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu) berjaya memenangi gangsa bagi kategori Anugerah Taman Floria (Floria Garden Award-Corporate) pada penganjuran Floria Diraja Putrajaya (RFP) 2019.Laman yang menampilkan konsep moden, ‘Drawbridge’ dan tradisional, batu bersurat bersaing hebat dengan Majlis Bandar Raya Johor Bharu dan Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri yang masing-masing memenangi Perak dan Emas.Hasil kemenangan di tempat ketiga itu, mereka membawa pulang trofi dan sijil penyertaan.Sementara itu, pengiktirafan tertinggi iaitu ‘Floria Garden Prime Award’ pula digondol oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).Hadiah disampaikan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya semalam.RFP edisi ke-11 yang berkonsepkan Bonsai & Orkid itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Ogos lalu.Pameran yang bermula pada 31 Ogos hingga 8 September tersebut dimeriahkan dengan beberapa bahagian utama antaranya Magical Garden, Musical Garden, Royal Garden, The Magic of Bonsai & Suiseki dan Pertandingan Orkid Antarabangsa.Istimewanya pameran tersebut ialah penampilan bunga orkid yang dinamakan sebagai Vanda Queen Azizah Iskandar sempena nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
09 Sep 19
570
Empty Image
Kerajaan Teliti Prestasi Atlet SUTERA 2019
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat prestasi atlet Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 termasuk mengenal pasti kejayaan mereka memecah rekod sukan di mana-mana peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai prestasi tersebut dan perkara ini akan diketahui sedikit masa lagi.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Temasya SUTERA 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Sementara itu, dalam satu kenyataan media, MSNT merekodkan sebanyak 312 pingat berjaya dirangkul atlet SUTERA kali ini termasuk masing-masing 96 Emas dan Perak serta 120 Gangsa selepas penutupan temasya itu semalam.Dari jumlah itu, kontinjen Kuala Terengganu memperolehi 67 pingat termasuk 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa sekali gus muncul Juara Keseluruhan kejohanan itu.Kuala Nerus pula mengondol 57 pingat termasuk 19 Emas, 17 Perak dan 21 Gangsa, meletakkan kontinjen itu sebagai Naib Juara Keseluruhan.Sementara Dungun mengutip 41 pingat termasuk 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa meletakkan kontinjen itu di tempat ketiga.
09 Sep 19
45
Empty Image
NR Sofea Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YBC
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 10 September - Pasukan NR Sofea telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBC Tertutup DUN (Dewan Undangan Negeri) Chukai selepas berjaya menundukkan lawannya dari pasukan Kuala 48 dengan kemenangan selesa 2-0 dalam aksi yang cukup mendebarkan.Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari bermula Jumaat melibatkan 24 pasukan berlangsung dalam suasana cukup meriah di Padang Sintetik, Stadium Mak Chili, Kemaman.Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Chukai, Hamka Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS DUN Cukai (PPDC) dan juga Department Of Arts, Culture & Sport (DACS) DUN Chukai di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan yang dianjurkan pada kali ini."Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang memperuntukkan RM5,000 dan juga Pejabat ADUN Cukai yang turut menaja RM5,000 bagi menjayakan program ini," ujarnya lagi.NR Sofea membawa pulang wang tunai RM2,500, medal berserta Piala YBC. Tempat Kedua yang menjadi milik Kuala 48 pula membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal. Tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pengkalan Pandan FC dan Al-Farabi FC dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 berserta medal.Manakala KFJ Team, Habiel 66 FC, CMC Team dan NR team yang mara sehingga ke peringkat suku akhir turut membawa pulang wang tunai RM250. Johan dan naib johan pula layak secara automatik ke Piala Parlimen yang akan diadakan nanti.Hadiah disampaikan oleh Penyelia Pejabat ADUN Cukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood dan Penyelia Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) DUN Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.
09 Sep 19
1032
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Ekspedisi Sumber Air Negara 2019
Peserta bergambar sebelum memulakan ekspedisi.HULU TERENGGANU, 9 September - Terengganu membuka tirai Ekspedisi Sumber Air Negara 2019 sebagai tuan rumah, hari ini.Berlangsung di Tasik Kenyir sebagai lokasi utama, Terengganu dipilih sebagai tuan rumah ketiga bagi acara tahunan itu selepas Perak dan Kedah.Peserta yang tiba semalam disambut dengan dipakaikan persalinan Melayu.Program berkenaan melibatkan 77 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dari seluruh negara, institusi pengajian tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi keselamatan dan media.Para peserta akan menjelajah ke beberapa lokasi, antaranya Gua Bewah, Santuari Kelah, Stesen Jana Elektrik Kenyir dan Loji Rawatan Air Hulu Terengganu.Lawatan itu bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan sumber air, ekosistem selain mengukuhkan kesedaran untuk memelihara sumber air yang ada.Ekspedisi tersebut turut melawat beberapa lokasi menarik negeri Terengganu sebagai 'serampang dua mata' mempromosikan negeri berkenaan kepada pengunjung luar.
09 Sep 19
248
Empty Image
PADM Dan Skuad AMAR Tahan Dua Pasangan Kekasih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 10 September - Pejabat Agama Daerah Marang (PADM) mencekup dua pasangan kekasih dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR), awal pagi semalam.Dalam operasi kali kedua bersama Skuad AMAR itu, antara yang ditahan di hotel berasingan itu adalah pelajar institut pengajian tinggi awam dan anggota perkhidmatan awam.Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah PADM, Sharimah Mamat, berkata dua pasangan kekasih yang ditahan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di atas kesalahan seksyen 31 dan seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.“Operasi dijalankan bersama 30 anggota penguatkuasa PDAM dan Skuad AMAR dibahagikan kepada dua kumpulan itu melibatkan beberapa kawasan yang dicurigai di kawasan Marang,” katanya.Dalam perkembangan sama, Ketua Skuad AMAR, Nasaruddin Samsudeng menjelaskan, operasi kali kedua ini adalah bukti bahawa skuad yang ditubuhkan ini bersungguh-sungguh untuk menyahut seruan kerajaan dalam membanteras aktiviti yang tidak bermoral dalam negeri Terengganu.“Operasi ini lebih kepada mendidik, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi keluarga dan masyarakat agar tidak hanyut dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.“Seramai 15 ahli sukarelawan skuad telah terlibat secara langsung, malah masih ramai yang menghubungi kami menandakan keprihatinan masyarakat di daerah Marang ini.” katanya."Selain itu, kehadiran kami juga adalah bagi membantu masalah PSS Marang dari sudut bilangan anggota, kenderaan dan juga bantuan kewangan“Suntikan sumbangan dan sokongan ini adalah daripada Pejabat Parlimen Marang serta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang sendiri,” tambahnya.
09 Sep 19
189
Empty Image
Kuala Terengganu Juara Keseluruhan SUTERA 2019
Dua atlet dari Kuala Terengganu dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019.  KUALA NERUS, 9 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 diungguli oleh Kontinjen Daerah Kuala Terengganu dengan pungutan pingat 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa.Kenyataan media Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang diedarkan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini menyebut bahawa kontinjen itu juga meraih gelaran Juara Keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM70,000, Piala Pusingan dan Piala Iringan.Manakala Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kontinjen Daerah Kuala Nerus dengan pungutan pingat 19 Emas, 17 Perak, 21 Gangsa serta membawa hadiah wang tunai RM45,000 dan Piala Iringan. 'Kami Juara!'... Kontinjen Kuala Terengganu muncul Juara Keseluruhan SUTERA 2019.Kenyataan itu menyebut lagi bahawa Kontinjen Daerah Dungun hanya berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan dengan mengutip pingat 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa serta membawa pulang Piala Iringan dan Hadiah Wang Tunai RM15,000.Anugerah Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019 juga turut dibolot oleh atlet dari Kontinjen Kuala Terengganu.Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada Abdul Wafiy Roslan kerana berjaya meraih Empat Pingat Emas dalam Sukan Olahraga bagi Acara 200 Meter (M), 400 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M. Abdul Wafiy (kanan) menerima hadiah  sebagai Olahragawan SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Sementara Olahragawati pula disandang oleh Ezzati Fifiyana Shazwanie Hisham yang cemerlang dalam Sukan Berbasikal dengan memenangi Lima Pingat dari Lima Acara yang dipertandingkan termasuk Tiga Emas bagi Acara 500 M Ujian Masa (Time Trial), Lepas Beramai-ramai Individu dan Kriterium serta Dua Perak masing-masing bagi Acara 100 M, 200 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M."Ini melayakkan beliau bergelar Ratu Pecut SUTERA 2019. Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa Pulang Piala Iringan dan Hadiah Tunai sebanyak RM1,000 seorang," jelas kenyataan itu. Ezzati Fifiyana Shazwanie (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawati SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Temasya SUTERA 2019 ditutup dengan Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan penyerahan bendera itu serta Buku Manual Pengelolaan SUTERA kepada Majlis Sukan Daerah Kuala Nerus yang bakal menjadi Tuan Rumah SUTERA 2021.
09 Sep 19
750