lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Karnival Pantai Terengganu Dibuka Penuh Meriah
Ariffin Deraman 'mengangin' padi sebelum merasmikan karnival.KUALA TERENGGANU, 14 September - Karnival Pantai Terengganu 2019 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung sejak hari pertama penganjurannya yang bermula kelmarin.Majlis perasmian karnival yang berlangsung di Pentas utama Dataran Batu Burok itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Ujarnya, program kali ini bukan sahaja memaparkan mengenai seni dan budaya, tetapi turut menonjolkan pertunjukkan memasak makanan tradisi serta penjualan pelbagai kuih-muih asli Terengganu untuk pengunjung."Saya yakin dengan kesungguhan semua pihak melakukan promosi, sasaran seramai 100,000 pengunjung, akan dapat dicapai apabila berakhir karnival ini," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Karnival itu, di sini semalam.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola karnival berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.Ariffin Deraman berucap merasmikan program.Menurut Ariffin lagi, kerjasama erat antara jabatan serta agensi kerajaan menjadikan program berkenaan lebih teratur dan menarik berbanding tahun sebelum ini.Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menjaga kebersihan dan mematuhi arahan yang menetapkan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan larangan merokok.Program yang bermula pada jam 9.00 pagi pada Khamis itu turut diserikan dengan persembahan artis terkemuka tempatan termasuk Iklim, Hijjaz dan Syafiq Farhain.Selain persembahan hiburan, program juga dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan termasuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Bicara Wanita, Sukan Rakyat di Pantai, Bicara Santai Artis Hijrah dan Pertandingan Mewarna.Pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan juga diadakan sempena karnival tersebutOrang ramai membanjir tapak karnival.
13 Sep 19
464
Empty Image
25,500 Peserta Sertai Larian Antarabangsa Sultan Mahmud
Peserta-peserta memulakan cabaran.KUALA TERENGGANU, 14 September - Acara tahunan penuh gemilang, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019 (LAJSM19) yang bertemakan ‘vacay-run’ (berlari dan melancong) mencatat penyertaan seramai 25,500 orang untuk bersaing dalam 24 kategori.Acara pelepasan bagi jarak 42 dan 21 kilometer disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di dataran Batu Burok, di sini tepat jam 12.01 pagi tadi.Manakala Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali membuat pelepasan peserta bagi jarak 12, lapan dan lima kilometer bermula jam 7.00 pagi ini.LAJSM19 mencatat kejayaan tersendiri dengan berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 peserta dari luar Terengganu.Peserta pertama bagi jarak 42 kilometer tiba di garisan penamat.Di samping itu, acara 42 kilometer merekodkan peningkatan penyertaan dengan 210 peserta antaranya dari Kenya, Papua New Guinea, Somalia, Yaman, Brunei, India, Bangladesh, Jordan, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, India, Singapura, dan Thailand.Kemeriahan dan cabaran tahun ini juga berbeza apabila para peserta melalui laluan baharu, Jambatan Angkat sebagai destinasi akhir sebelum menamatkan larian di dataran Batu Burok.LAJSM19 edisi kali ini menawarkan hadiah keseluruhan RM165,500 buat semua jarak pertandingan.
13 Sep 19
320
Empty Image
Rakyat Perlu Peka Usaha Kerajaan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 September - Rakyat negeri Terengganu perlu peka dan menghayati usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyampaikan hasrat dan kehendak rakyat.“Rakyat berhak untuk mengetahui usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi membentuk sebuah negeri Terengganu yang maju,berkat dan sejahtera," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengagihkan risalah dari Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) kepada pengunjung di Pasar Tani Jerteh, semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai kerana ia dapat memberi kesedaran dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan pihak pejabat."Ia juga dapat menggalakkan para pengunjung untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu benda yang berfaedah.” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap usaha itu dapat menimbulkan kesedaran terhadap rakyat tentang permasalahan yang berlaku dalam persekitaran sekarang.Turut hadir sama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh bagi melancarkan lagi agihan risalah.
12 Sep 19
67
Empty Image
Projek KTCC ‘Game Changer’ Pelancongan Terengganu - MB
Ahmad Samsuri sedang mendengar taklimat perancangan projek pembangunan KTCC. KUALA TERENGGANU, 13 September - Projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) bakal menjadi 'game changer' (titik perubahan) kepada industri pelancongan di negeri berkenaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya bersama beberapa pasukan yang merancang pembinaan projek tersebut akan memastikan pembangunan secara menyeluruh di muara utara (Seberang Takir) dan selatan (Kuala Terengganu).Ujarnya, pembangunan di kawasan terbabit akan mengambil kira pelbagai perkara termasuk keupayaan setiap tempat untuk dibangunkan.“Saya telah berbincang dan melihat secara menyeluruh dengan pihak Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi tujuan pembangunan di sana dan kita juga mempunyai satu pelan utama yang boleh diikuti.“Komponen yang ada di muara utara dan selatan ini sangat terbaik, insya-Allah ini akan menjadikan persekitaran yang terbaik untuk Terengganu dan menjadi tumpuan. Saya percaya ia ‘game changer’ untuk pelancongan bandar Kuala Terengganu,” jelasnya.Pembangunan akan mengikut pelan utama yang telah siap digarap bersama beberapa pihak.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di Hotel Primula, di sini semalam.Mengulas lanjut tentang projek itu, beliau menegaskan, perbincangan tentang kos masih belum diputuskan kerana konsep pembangunan adalah perkara asas yang perlu dimuktamadkan.“Kita tengok proses, pelaksanaan, cara paling optima dan macam mana nak cari bajet dahulu. “Kita akan mencari jalan penyelesaiannya. Bagi saya apa jua pembinaan kalau boleh kita nak buat mengikut jalan yang paling efisien dan tidak melibatkan kos yang besar termasuk tidak membebankan kerajaan negeri atau pusat,” tambah beliau.KTCC meliputi kawasan seluas tujuh kilometer dari muara Sungai Terengganu dan akan dibangun dengan pelbagai kemudahan termasuk hotel, pusat beli-belah dan kemudahan pelayaran bertaraf antarabangsa.Jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ merupakan komponen utama projek pembangunan KTCC.
12 Sep 19
798
Empty Image
Pertandingan Nasyid Serikan Hari Pertama Karnival Pantai Terengganu
Antara kumpulan nasyid yang memeriahkan pertandingan. Foto oleh - Afif FideeKUALA TERENGGANU, 13 September - Lima kumpulan nasyid dari pelbagai sekolah menengah di negeri ini antara yang terawal mengisi aktiviti yang disenaraikan sempena Karnival Pantai Terengganu di Pantai Batu Buruk  selama lima hari, berakhir Isnin ini (16 September).Kumpulan yang menyertai Pertandingan Nasyid itu adalah Al Iman Voice dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Brotherhood Voice dan  Al Fanwan masing-masing dari SMA Sheikh Abdul Malek, New Generation (Sekolah Menengah Kebangsaan Sura) dan Shoutil Zahabi dari Pondok Moden.Aktiviti lain yang turut mewarnai hari pertama karnival itu termasuk demontrasi masakan tradisional Terengganu, anyaman dan kraftangan, mencanting batik, ukiran kayu, pembuatan keris, pisau dan parang, tenunan songket dan produk kraf tempurung kelapa.Orang ramai turut  berpeluang melihat keunikan setiap daerah di Terengganu menerusi bangsal-bangsal yang disediakan misalnya bagi Kemaman terdapat demonstrasi ayam bawah perkop dan tarian sewang semoq beri.Manakala untuk Besut (kuih tonyoh), Hulu Terengganu (silat kura-kura), Setiu (anyaman kercut dan lekar), Kuala Nerus (permainan tradisional ting ting bulu ayam), Marang (jahit pukat), Dungun (pembuatan keris) dan Kuala Terengganu (kuih lok lit).Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi itu mendapati orang ramai terutama pelajar sekolah mula memenuhi tapak  karnival seawal jam 9 pagi tadi. Rata-rata mereka tertarik dengan aktiviti yang disajikan.Karnival Pantai Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Pesta Pantai, dijenamakan semula bermula tahun lalu dengan masih mengekalkan sebahagian besar pengisian acara yang pernah diadakan sebelum ini, namun ditambah baik dengan elemen patuh syariah.Penganjuran karnival itu secara tidak langsung dapat memperkenal dan melestarikan seni, budaya dan warisan negeri yang menjadi identiti rakyat Terengganu kepada masyarakat luar.Pada masa sama orang ramai turut berpeluang menyertai Pertandingan Wefie De' Pantai yang diadakan setiap hari dengan ganjaran hadiah bernilai RM100 untuk dua pemenang harian manakala bagi hadiah utama sebanyak RM350 untuk johan, tempat kedua (RM250) dan ketiga (RM150).Peserta diwajibkan mengambil gambar secara 'wefie' di tapak karnival dan untuk penyertaan utama mereka perlu bergambar dengan plat 'Beautiful Terengganu Malaysia' dan 'Terengganuku Comey' yang boleh didapati di bangsal Tourism Terengganu.
12 Sep 19
1493
Empty Image
Sepakat Perkasa Dewan Undangan Negeri
Yahaya Ali (paling kiri).KUALA TERENGGANU, 12 September - Bengkel Memperkasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selama dua hari yang berakhir baru-baru ini menyerlahkan kesepakatan semua negeri untuk melakukan tranformasi DUN negeri masing-masing.Program yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali itu menggariskan lima resolusi dan cadangan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.Sebelum itu, pembentangan dan perbincangan kertas kerja daripada beberapa tokoh dalam negara menjadi agenda utama.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Shamrahayu Abd Aziz menekankan kepada keperluan reformasi dan perimbangan kuasa badan legislatif supaya dapat membantu pihak eksekutif menjadi sebuah kerajaan yang sihat dan demokratik.Perasmian penutup program dilakukan oleh Sahruddin Jamal.
12 Sep 19
39
Empty Image
Kunjungi 'Booth' UPDI Di Karnival Pantai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 September - Orang ramai dijemput mengunjungi 'booth' Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) bernombor 39 di Karnival Pantai Batu Buruk yang kini sedang berlangsung dan berakhir pada 16 September 2019.Pegawai Penyelidik UPDI, Sumaiyah Zakaria berkata, UPDI turut membuka pondok pameran bersama jabatan dan agensi lain."Penyertaan UPDI dalam Karnival Pantai membantu dari sudut teknikal seperti menyediakan kemudahan 'PA System' dan liputan bagi melancarkan program," ujarnya.Beliau yang juga penyelaras pameran berkata demikian ketika ditemui di pejabat UPDI, di sini pada hari ini.Menurutnya, tujuan booth dibuka adalah untuk memperkenalkan agensi itu kepada pengunjung yang datang ke karnival tersebut."Rata-ratanya rakyat Terengganu (tahu) fungsi UPDI sebagai medium penerangan rasmi kerajaan negeri," jelasnya.Tambah Sumaiyah, pengunjung juga akan menerima cenderahati berupa risalah penerangan berkaitan kerajaan negeri.
12 Sep 19
758
Empty Image
E-Hailing Teksi Terengganu Bakal Dicipta
Haji Mohd Khuzaini (kiri) ketika mengunjungi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 12 September - Kerajaan negeri bercadang untuk mencipta Aplikasi Teksi Terengganu bagi mengimbangi teknologi e-hailing yang popular masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi berkenaan boleh digunakan oleh 1,000 pemandu teksi negeri itu untuk berdaya saing dengan e-hailing lain yang tumbuh bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.Katanya, perancangan kerajaan itu bertujuan untuk bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dalam tempoh  empat tahun akan datang.Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan program yang dinamakan  GO I.R bagi membudayakan pekerja khususnya dan masyarakat amnya berkait kepentingan IR4.0."Ia akan dilaksanakan melalui kempen kesedaran seperti kursus, taklimat dan sesi dialog," jelasnya.Kerajaan negeri juga katanya mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan teknologi maklumat dan aplikasi secara optimal bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih meluas dan berkesan.Kerajaan negeri merancang membina 'database' pekerjaan yang holistik bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti penawaran dan permintaan tenaga kerja masa kini dan akan datang."Kerajaan negeri juga turut bekerjasama dengan TD 1303 bagi menjadikan pusat teknologi maklumat itu sebagai pusat untuk melahirkan usahawan yang mampu membina aplikasi-aplikasi tertentu bagi kegunaan jabatan, agensi dan usahawan," tambahnya.
12 Sep 19
189
Empty Image
Penggabungan UMT, UniSZA Perlu Kajian Mendalam - MB Terengganu
Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 12 September - Hasrat uerajaan Pusat untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) perlu melalui kajian terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak termasuk pemegang taruh, kakitangan dan juga pelajar-pelajar mestilah turut sama dilibatkan dalam perbincangan bagi menentukan solusi terbaik.Jelasnya, usaha berkenaan juga mampu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai matlamat sebenar dan juga keperluan ke arah penggabungan tersebut.“Memang menjadi hak Kerajaan Pusat untuk menggabungkan ataupun memecahkan institusi itu, namun mereka harus belajar daripada isu-isu penggabungan di tempat lain di luar negara.“Kriteria terpenting pada saya adalah keputusan itu perlu diperjelaskan untuk mengelak kekeliruan ramai di samping apakah model penggabungan tersebut sama ada untuk menyelamatkan sesebuah universiti atau bagi tujuan strategik dengan mengenal pasti alternatif lain dan kesannya dari segi perundangan, kos, sosial, nasib kakitangan serta institusi berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di Hotel Primula, di sini hari ini.Katanya lagi, Kerajaan Pusat turut disaran untuk melibatkan kerajaan negeri dalam apa-apa perbincangan sebelum sebarang tindakan dibuat dalam isu penggabungan dua universiti yang berpangkalan di Terengganu itu.“Ini kerana inisiatif tersebut tentunya turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di Terengganu,” jelasnya.Namun tambah beliau, penggabungan kedua-dua universiti itu secara luarannya dilihat tidak akan merencatkan usaha Terengganu untuk muncul sebagai negeri anjung ilmu sebagaimana yang dihasratkan.Semalam, Kabinet melalui satu kenyataan media memutuskan telah bersetuju secara prinsip untuk menggabungkan UMT dan UniSZA.Ia sebagai satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutama dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi.
12 Sep 19
93
Empty Image
Kes Denggi Besut Turun Mendadak Tahun Ini
Dr Alias (tengah) melawat pameran sempena Majlis Penutup HOPE di Pulau Perhentian Kecil, Besut. Foto oleh - Pok AbasBESUT, 12 September – Kes demam denggi di daerah Besut menurun secara drastik sebanyak 80.2 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, sehingga semalam kes denggi menurun kepada 22 kes berbanding 111 tahun lepas.Beliau menjelaskan bahawa ia satu kejayaan membanggakan dan prestasi itu perlu mencapai tahap lebih baik di masa akan datang.Dr Alias (tengah) menerima buku cenderamata dari pengajur setibanya di Jeti Pulau Perhentian Kecil, Besut semalam.Katanya, ia juga perlu diikuti oleh tujuh daerah lain di negeri ini dengan pelbagai cara termasuk mengadakan gotong royong setiap minggu di Kawasan-kawasan Keutamaan 1 Denggi, kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Daerah serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk setempat.Dr Alias berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor di Pulau Perhentian Kecil di sini semalam.Dr Alias Razak.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, di Daerah Besut, pemantauan kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit, diperingatkan melalui edaran aplikasi whatsapp atau facebook setiap minggu secara berterusan.“Turut juga dilaksanakan hebahan awam bergerak di kawasan keutamaan 1 terutama musim perayaan dan cuti sekolah, ceramah denggi di masjid-masjid atau sekolah-sekolah di kawasan keutamaan 1 dan aktiviti kawalan denggi yang konsisten dan diselia oleh penyelia khusus untuk wabak berkenaan.“Dan yang dimaksudkan kawasan keutama itu ialah apabila sesuatu lokaliti pernah ada salah satu kejadian dalam masa enam bulan termasuk kematian denggi, wabak denggi, kekerapan berlaku kes denggi setiap dua minggu sekali dan bacaan indeks nyamuk aedes yang tinggi (Aedes Index AI > 1, Bruteau Index > 5),” jelas beliau. Pemantauan Kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit.Sementara itu ketika berucap di majlis penutup Prestasi Kesihatan Persekitaran (Health Of Precious Environment - HOPE) itu beliau mengucapkan tahniah kepada pejabat kesihatan dan penduduk daerah itu kerana berusaha mengawal penyakit berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Beliau juga menyeru penduduk setempat terus aktif menjaga kebersihan persekitaran rumah agar kes itu tidak mengancam kesihatan dan nyawa mereka."Bila kebersihan persekitaran dijaga dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk aedes maka kes demam denggi menurun dengan mendadak."Besut telah melaksanakan gotong royong secara besar-besaran selepas berlaku dua kes kematian akibat denggi hujung tahun lepas," katanya.
11 Sep 19
112