Artikel "Semasa" Terkini
Tengku Muhammad Ismail Berangkat Ke Pelong
Tengku Muhammad Ismail (duduk tengah) berkenan melepas anak ikan di Santuari Kelah Kampung Pelong, Setiu.SETIU, 19 September - Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Pelong di sini hari ini.Tengku Muhammad Ismail berangkat dari Istana Syarqiyyah singgah terlebih dahulu di Masjid Ar-Ridhuan Sungai Tong di sini untuk menunaikan solat zohor diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman.Turut mengiringi baginda, kekanda Tengku Puteri Utama RajaTengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan adindaTengku Sri Setia Makhota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal AbidinHadir sama, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri To’ Puan Azizah Aziz.Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan) mengacau Bubur Asyura di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.Rombongan itu disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Mohd Azahar dan isteri, To’ Puan Hajah Sharifah Nor Madiah Syed Omar, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan isteri, Najah Naimah Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Fakhrol Ruzi Ibrahim dan isteri, Fadilah Mohamed Nor.Setibanya di perkaragan masjid itu rombongan berkenaan dihiburkan dengan persembahan pencak silat diikuti dengan santapan tengahari.Tengku Muhammad Ismail berkenan memetik buah Dokong Johor di Dusun Warisan Pelong, Setiu.Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada pelajar sekolah dan penduduk setempat.Baginda berkenan melawat ke Tapak Demonstrasi bagi menyaksikan sendiri anyaman kercut dan lekar, masakan lemang Periuk Kera, masakan Kuih Benderam, Kuih Rempeyek dan Bubur Asyura yang dibuat oleh penduduk setempat.Baginda bertiga juga berkenan mengacau bubur Asyura di tapak berkenaan.Rombongan Di-Raja berkenan menyaksikan persembahan Pecak Silat di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.Seterusnya Rombongan Di-Raja, berangkat ke Santuari Kelah Kampung Pelong untuk Upacara Pelepasan Anak Ikan Kelah.Tengku Muhammad Ismail berkenan melepaskan anak ikan di kawasan itu diikuti oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu seterusnya berangkat ke Dusun Warisan menghadiri majlis santapan buah-buahan tempatan.Tengku Puteri Utama Raja (tiga dari kanan) berkenan menggoreng cempedak di Dusun Warisan Pelong, Setiu.Sebelum itu Tengku Muhammad Ismail diberi taklimat mengenai kemajuan dusun tersebut oleh pengurusnya, Syakirin Ghazalee.Baginda turut berkenan memetik sendiri buah Dokong Johor di dusun berkenaan.Majlis diakhiri dengan keberangkatan pulang Yang Di-Pertuan Muda diiringi Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri dan isteri, Tengku Sri Setia Makhota Raja, Tengku Puteri Utama Raja, Dato’ Shaikh Harun dan isteri.
19 Sep 19
1264
Galeri ‘Skybridge’ Rekod 5,000 Pengunjung Dalam Tempoh Empat Hari
KUALA TERENGGANU, 19 September- Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya TI Properties Sdn. Bhd merekodkan hampir 5,000 pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi galeri ‘Skybridge’ yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ di Kuala Terengganu dalam tempoh empat hari pembukaan.Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn. Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, jumlah kehadiran pengunjung ‘Skybridge’ yang dibuka pada 15 September lalu sangat membanggakan, terutama pada pertama pembukaan dan Hari Malaysia lalu.Katanya, melihat situasi itu, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran jumlah pengunjung lebih 50,000 sehingga akhir tahun ini.“Kehadiran orang ramai luar jangka itu, mungkin disebabkan harga tiket yang masih dalam promosi iaitu serendah RM5 untuk semua warga Malaysia, percuma bagi kanak-kanak bawah lima tahun manakala bagi bukan warganegara RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.“Faktor lain, keterujaan orang ramai dan pelancong luar yang menyiarkan gambar kenangan masing-masing dalam pelbagai laman sosial terutama facebook dan instagram,”katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman, di Skybridge , hari ini.Galeri yang dibuka kepada umum pada setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam itu mempamerkan pelbagai jenis lukisan milik pelukis tempatan dan bermungkinan akan ditukar kepada pameran lain pada bulan berikutnya.Untuk keselesaan antara 70 hingga 80 orang dihadkan berada di atas skybridge berkenaan dalam satu-satu masa. Pembukaan galeri ini turut memberi impak limpahan ekonomi kepada pemain industri pelancongan lain termasuk bot penambang.Drawbridge yang juga jambatan angkat pertama di Asia Tenggara mula dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 1 Ogos lalu.Jambatan ikonik bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir, Kuala Nerus.Sebelum ini, jambatan berkenaan dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun lalu sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
19 Sep 19
197
Terengganu Tawar TUGAS Bantu Penjaja Jalanan
Nurkhuzaini.KUALA TERENGGANU, 19 September- Kerajaan Terengganu menawarkan bantuan perniagaan melalui dana Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) kepada penjaja jalanan yang berleluasa di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) juga sedang menilai cadangan dan meneliti halangan untuk para penjaja terus menjalankan aktiviti peniagaan mereka.“Kita ada tabung-tabung pembiayaan yang boleh dimanfaatkan sekiranya mereka ingin memperbaharui cara perniagaan mereka. Namun, khusus untuk penyelesaian isu ini masih tiada.“Cuma, mungkin apa yang kita tawarkan tidak sesuai dengan cara mereka. Ini kerana, kebanyakan mereka bukan pengusaha produk tersebut, sebaliknya hanya mengambil upah menjaja,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan faedah pengurusan mayat berjumlah RM4,000 kepada kepada waris pasangan suami isteri, Mohd Hanafi Ismail dan Salimah Mohd Shafei yang maut kemalangan dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi-Mersing di Johor, Jumaat lalu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, di sini, semalam.Nurkhuzaini menyampaikan replika cek kepada anak pasangan tersebut, Nur Syazwani dan Muhammad Akmal.Awal Ogos lalu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menghentikan aktiviti perniagaan jalanan yang menyalahi undang-undang secara serta-merta.Nurkhuzaini bagaimanapun memaklum, hasil daripada perbincangan antara kedua pihak, kerajaan negeri bersetuju menangguhkan tindakan penguatkuasaan. “Kerajaan negeri memberi tempoh untuk mereka mencari alternatif perniagaan baharu sebelum kita menguatkuasakan undang-undang yang telah diputuskan sebelum ini, bermula November depan.“Dalam masa yang sama, perbincangan terus berlangsung untuk mencari jalan membantu mereka. Insya-Allah hujung oktober ini , kerajaan negeri akan cuba kemukakan satu langkah yang sesuai dengan mereka,” katanya. Menurutnya, kerajaan sedia menerima sebarang cadangan berkenaan lokasi yang sesuai untuk meneruskan perniagaan dan penjaja terlibat boleh memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).“Setakat ini, satu lokasi iaitu di Jalan Sultan Omar dikatakan sesuai untuk tujuan tersebut, tetapi perkara ini masih dalam perbincangan dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) optimis tentangnya,” jelasnya.Tambahnya, penguatkuasaan itu nanti akan dilaksanakan empat agensi iaitu MBKT, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).“Mereka mempunyai bidang kuasa berbeza, jadi kita di pihak kerajaan sentiasa memberi nasihat supaya penguatkuasa tidak melihat penjaja sebagai pelaku kesalahan yang besar. “Perlu diingat, kita cuma melaksanakannya kerana peraturan dan undang-undang serta kerajaan negeri amat berharap tidak berlaku isu-isu keganasan, sebagaimana yang pernah terjadi di tempat lain,” katanya.
19 Sep 19
88
Pelumba TSG Muncul Pendahulu Keseluruhan ‘Tour Of China 2’
Youcef menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.KUALA TERENGGANU, 19 September - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Youcef Reguigui muncul pendahulu keseluruhan selepas peringkat kedua perlumbaan dalam kejohanan 'Tour Of China 2'.Youcef melonjak ke tempat teratas selepas menamatkan kayuhan di tempat ketiga dalam peringkat kedua hari ini yang melalui jarak 127.8 kilometer di bandar Anshun, China.Kemenangan itu sekali gus mengenepikan pendahulu sebelum ini dari pasukan Androni Giocattoli - Sidermec, Marco Benfatto.Dia sekali lagi mengekalkan kedudukan podium selepas berjaya menduduki tempat kedua semalam.Lebih manis, seorang lagi pelumba TSG, Artem Ovechkin turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan peserta terbaik apabila berada di tempat kedua keseluruhan.Esok, akan berlangsung peringkat keempat yang akan melalui laluan di bandar Mengdingshan.'Tour of China 2' yang bermula 16 September lalu akan berakhir pada 22 September ini dengan lima peringkat keseluruhan.
19 Sep 19
47
Gabung Sawah : Selesaikan Masalah Utama Pesawah Dahulu - Dr Azman
Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU, 19 September – Kerajaan Pusat disaran menyelesaikan pelbagai isu berbangkit melibatkan soal pertanian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang baharu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh pesawah selama ini seperti sistem perparitan, isu kualiti benih, padi angin dan sebagainya adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.Katanya, para pesawah setiap tahun berhadapan dengan masalah tersebut sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.“Isu-isu tersebut sedang menghantui pesawah-pesawah dan ia perlu diselesaikan dahulu, kalau kita kata nak gabungkan sawah padi supaya ia menjadi luas, sebenarnya ini dah ada (di Terengganu).“Sawah padi yang ada juga tidak terbiar kecuali yang tidak dapat diusahakan kerana masalah pengairan, punca inilah yang harus diteliti, gabung ini kalau ada yang kecil digabungkan menjadi besar,” katanya ketika ditemui media di Wisma Darul Iman, semalam.Azman meninjau sawah padi di Terengganu.Menurut beliau, isu penggabungan padi tidak timbul di Terengganu memandangkan semua sawah padi telah diusahakan dan beroperasi secara bersama cuma dengan milikan yang berbeza.“Ada yang memiliki sawah seluas lima ekar, ada yang 10 ekar dan soal gabung tanah pesawah bagi kami di Terengganu tidak ada.“Kemudahan di kawasan jelapang padi juga memang dibina secara bersepadu dan semua perkara termasuk jadual menabur, menuai, membajak, dan bekalan air memang diselaraskan,” tambah beliau.Untuk rekod, keluasan sawah padi di Terengganu adalah melebihi 12,00 hektar yang meliputi kawasan jelapang sebanyak 5,000 dan luar jelapang seluas 7,000 hektar.Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masalah kemiskinan yang membelenggu golongan pesawah padi hanya dapat diatasi jika mereka bersedia menerima kaedah menggabungkan tanah sawah mereka untuk diusahakan sebagai estet perladangan.Perdana Menteri berkata, mempelajari daripada kejayaan penggabungan tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanakan penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.
19 Sep 19
742
Pasar Payang 2 Kini Semakin ‘Viral’
Ustaz Ahmad Shah Muhamed mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang 2Foto ; Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 19 September – Pasar Payang 2 yang baharu beroperasi sebulan kini semakin tular atau ‘viral’ dan menjadi tumpuan kepada para pengunjung dalam dan luar negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, para peniaga juga dapat berniaga dengan baik sejak beberapa minggu ia beroperasi.“Pasar Payang kita ini mendapat sambutan yang begitu hangat dengan kunjungan yang bertali arus ini dan kita mendapat laporan bahawa perniagaan yang dijalankan oleh peniaga begitu baik dan bagus serta berlipat kali ganda daripada asal.“Ini merupakan suasana yang sangat baik dan mudah-mudahan para peniaga dapat berniaga dengan baik seterusnya mendapat pulangan yang lumayan, insya Allah,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada hari ini.Menurutnya, pasar baharu tersebut turut menjadi tumpuan untuk menikmati sarapan pagi oleh para pengunjung yang datang ke situ.“Kita dapati bahawa para peniaga yang berkait dengan makanan, mereka begitu gembira dengan suasana pasar baru dan dengan kunjungan ramai daripada para pengunjung.“Suasana Pasar Payang baru yang agak terbuka dan mudah lihat daripada jauh serta suasana yang selesa. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan suasana baru serta hasil jualan yang meningkat dan makanan yang disediakan habis berbanding dengan pasar lama,” ujar beliau.Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri amat menitikberatkan masalah kebersihan Pasar Payang.“Melalui kempen bersama Majlis Bandaraya dan masyarakat setempat, kita mengharapkan dapat memperlihatkan kepada masyarakat bahawa negeri Terengganu dan pasar payang kita ini juga menjadi satu tempat yang sangat senang dikunjungi kerana keadaan yang bersih, suasana yang begitu menarik dan para peniaga yang sangat berbudi bahasa.“Kesedaran perlu dipupuk dan kalau semua pihak mengambil peranan dan beri kerjasama dalam hal ini, insya Allah masalah kebersihan dapat kita sama-sama jaga."Jadi kita mengatur program tertentu untuk memastikan kebersihan kekal di jaga samada oleh para peniaga dan pengunjung,” tambah beliau.Sementara itu, seorang peniaga rempah ratus pasar tersebut, Muhammad Bin A. Rahman telah menularkan perniagaannya apabila menggunakan rangkaian pernaiagaan atas talian 'Shoppe' sebagai salah satu agen pemasarannya sejak setahun lalu.“Kita jual rempas ratus......macam-macam rempah ada, dalam shoppee pun kita jual. Kalau nak beli melalui shoppee pun boleh...,” katanya.
19 Sep 19
738
Syarikat Telco Perlu Tingkatkan Kualiti Perkidmatan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 19 September – Semua syarikat telekomunikasi (Telco) disaran meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan pengguna mendapat akses yang terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi memenuhi keperluan rakyat, syarikat terlibat perlu bersedia untuk melabur dan menyelesaikan masalah itu.Katanya, di sepanjang jalan utama Jerteh ke Kuala Terengganu, terdapat banyak tempat yang tiada liputan talian telefon terutama dalam Daerah Setiu dan Kuala Nerus. “Kita pengguna sebenarnya tidak banyak pilihan. Talian ‘A’ ok di sini, tidak ok di tempat lain, talian B pula sebaliknya. Ini belum lagi cerita, tempat perhimpunan ada orang ramai sikit, talian terus bermasalah.“Bukan di kampung malah di tengah ibu kota semasa Himpunan Perpaduan Ummah baru-baru ini pun talian bermasalah juga. Di Padang Arafah jutaan manusia berkumpul, talian telefon tiada masalah,” ujarnya menerusi laman sosial ‘Facebook’ rasminya, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, di laluan utama Jalan Persekutuan dalam negeri Terengganu, masih terdapat tempat yang tidak mempunyai sebarang akses.“Laluan yang kita lalu hampir setiap hari. Terasa betapa ketinggalannya kita, ketika negara lain bercakap tentang 5G dan 6G, kita masih ada lagi tempat tiada akses di laluan utama Jalan Persekutuan. Kalau ada signal ‘E’ pun kira dah ok.“Setahu kita, Malaysia antara negara dengan nisbah jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di dunia. Maknanya bisnes Telco sangat menguntungkan,” tambah beliau.
19 Sep 19
42
Tubuh Segera RCI Tumpaskan Sindiket MyKad 'Haram'
Ahmad AmzadOleh: Ammar RozlanKUALA TERENGGANU, 18 September - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat siapakah dalang utama di sebalik sindiket penjualan kad pengenalan palsu (Mykad)."Dalam operasi yang dijalankan, dikatakan sejumlah 20 individu termasuklah pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, ejen, orang tengah, penganjur dan pemilik kad pengenalan, sijil lahir serta pasport Malaysia secara 'fraud' telah ditahan. "Penubuhan RCI sangat diperlukan pada waktu ini memandangkan sindiket penjualan MyKad adalah suatu tragedi kepada negara serta melibatkan kepentingan awam," katanya ketika dihubungi pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan kewujudan sindiket berkenaan dan kenyataan medianya turut memberikan indikasi bahawa ia belum ditumpaskan sepenuhnya.Amzad turut menjelaskan, pemberian MyKad kepada warganegara asing ini umpama bom jangka kepada penduduk tempatan. Menurutnya, sejak sekian lama, media melaporkan warga asing ini terlibat dengan pelbagai jenayah antaranya pemerdagangan manusia, sindiket judi atas talian, sindiket jual emas palsu dalam talian, penyeludupan dadah sehinggalah kepada sindiket pelacuran di premis-premis maksiat. "Banyak persoalan yang memerlukan kepada siasatan yang bebas daripada pengaruh politik. Rakyat mahu tahu apa motif utama MyKad ini diberikan secara besar-besaran? Berapakah jumlah sebenar yang telah dijual dan adakah mereka akan didaftarkan sebagai pengundi secara automatik pada pilihanraya akan datang?"Adakah ribuan MyKad yang diperoleh secara tidak sah ini hanya dikeluarkan di Pulau Pinang sahaja, bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Adakah lebih ramai pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat?" soalnya.Beliau juga merujuk peristiwa yang berlaku pada tahun 2008 yang mana terdapat cubaan seorang warga asing di Sabah yang telah menggunakan kad pengenalan diri palsu untuk memohon menjadi anggota tentera. Oleh itu, katanya, situasi tersebut dilihat sangat membimbangkan kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan mengancam keselamatan negara. "Paling mengejutkan adalah apabila Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Ariffin dan lima lagi tertuduh yang kesemuanya rakyat tempatan telah ditangkap atas dakwaan terlibat dengan sindiket ini. "Sekiranya sindiket ini tidak terbongkar, bayangkan apa akan jadi kepada Pulau Pinang apabila individu ini dinaikkan pangkat kelak," tegasnya.Menurut beliau lagi, tanpa suruhanjaya siasatan yang bebas, dikhuatiri penangkapan pegawai tinggi JPN itu hanyalah untuk menutup pengkhianat sebenar yang menyerahkan negara kepada yang tidak berhak.Amzad juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil serius dalam menangani perkara berkenaan dengan segera.
18 Sep 19
67
73 Kekosongan Jawatan PPP Perlu Diisi Segera
Mohd Zabidi berucap di di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel hari ini.KUALA TERENGGANU, 18 September - Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia (KKPPPSM) memohon agar Kerajaan Malaysia mengisi segera sebanyak 73 kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) gred U41.Presiden KKPPPSM berkata, Mohd Zabidi Mohd Taha berkata, jawatan itu masih kosong sejak tahun 2015 lagi.Katanya, beberapa sesi perjumpaan dengan pihak tertentu telah diadakan untuk memohon agar kekosongan jawatan tersebut diisi segera.Ahli KKPPPSM di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel di sini hari ini.Kira-kira 300 orang ahli KKPPPSM hadir di majlis berkenaan.Kesatuan itu katanya turut memohon supaya mengurangkan tahun bagi pengisian gred flexi PPP U41, U42 dan U44 dari lapan tahun kepada hanya enam tahun sahaja.“Begitu juga PPP U44 ke gred U48 selama tiga tahun sahaja kerana mengambil kira perkhidmatan sebagai PPP di gred sokongan sebelumnya.“Kebanyakan anggota terlibat telah berkhidmat sebagai PPP lebih dari lima tahun di gred U29 atau U32 atau U36 sehingga gred U41 atau U42.“Kesatuan merasakan adalah wajar perkhidmatan sebelumnya diambil kira bagi tujuan naik pangkat yang lebih tinggi,” jelasnya.Kesatuan juga menurutnya memohon supaya kerajaan mewujudkan gred PPP U48 sekurang-kurangnya satu penyandang bagi setiap negeri sebagai Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri (KPPPN) dan menaik taraf serta memperakui pengisian gred flexi U44 yang telah sedia ada di setiap hospital negeri berpakar sebagai Ketua Penyelia atau PPP.Kesatuan juga memohon agar kajian dibuat ke atas Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).“Kesatuan memohon supaya bayaran ini disamaratakan dengan profesion kejururawatan di mana 10 peratus untuk gred P&P dan 15 peratus untuk gred sokongan.“Perkara ini telah lama dibincangkan dan telah ditangguhkan dahulu kerana masalah kegawatan ekonomi.“Besarlah harapan kesatuan agar BIPK ini dipertimbangkan semula secepat mungkin menjelang tahun depan,” ujarnya.
18 Sep 19
430
Satu Juta Benih Udang Galah Dilepas Untuk Tingkat Pendapatan B40
Nor Aieni (dua dari kiri) menunjukkan benih udang galah yang akan dilepaskan ke Sungai Nyatoh.Oleh : Ariss AliasSETIU, 18 September - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (AKUATROP) melepaskan satu juta benih udang galah di beberapa sungai Terengganu bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk masyarakat setempat.Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, program seumpama itu bukan sahaja memberikan impak kepada universiti tetapi komuniti setempat turut akan merasai kesannya.“Program penyelidikan ini sebagai sumbangan UMT dalam meningkatkan pendapatan masyarakat setempat khususnya golongan B40.“Apabila anak benih sudah mencapai usia matang kelak, ia bukan sahaja menstabilkan populasi udang galah, malah membawa limpahan rezeki kepada masyarakat di sini yang rata-rata bekerja sebagai nelayan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu, di NR’ Nyatoh, di sini hari ini.Shaharizukirnain (dua dari kanan) mendengar penerangan Nor Aieni.Sementara itu, Pengarah AKUATROP, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah memaklumkan, penggunaan penanda biologi udang galah yang pertama di Malaysia itu diyakini dapat meningkatkan stok populasi udang galah Terengganu.Ujarnya, projek kali ini merupakan kesinambungan dari Projek Fasa 1 yang telah dijalankan pada tahun lalu.“Pemilihan lokasi pelepasan anak benih ini berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan usaha tangkapan per unit (Catch Per Unit Effort, CPUE) yang paling rendah di antara tiga sungai iaitu Sungai Nyatoh, Sungai Paka dan Sungai Terengganu.“Melalui projek pelepasan benih ini dijangka dapat meningkatkan stok populasi dan memastikan pengurusan sumber udang galah yang mapan dilaksanakan di Sungai Nyatoh khususnya dan sungai-sungai di negeri Terengganu, amnya,” jelasnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang turut hadir memberitahu, UMT terus membuktikan keunggulannya dengan pelbagai penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.“Sungai Nyatoh ini merupakan salah satu daripada tiga sungai utama di Terengganu selain daripada Sungai Paka dan Sungai Terengganu yang mendapat manfaat hasil program ini.“Melalui program ini, seramai 20 orang penduduk setempat telah dicalonkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Setiu serta Jabatan Perikanan untuk mengikuti latihan teknikal berkaitan pembenihan udang galah,” tambah beliau.
18 Sep 19
241