Artikel "Semasa" Terkini
Tiket RM5 Dorong Orang Ramai Kunjungi Galeri Skybridge Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 September - Harga serendah RM5 untuk semua warga Malaysia antara faktor hampir 1,000 orang pengunjung melawati Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge di sini pada setiap hari sejak dibuka pada 15 September lalu.Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn. Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, harga itu termasuk percuma bagi kanak-kanak bawah lima tahun manakala bagi bukan warganegara RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak akan dikekalkan sehingga akhir tahun ini .Katanya, harga yang ditawarkan itu antara yang termurah berbanding menara tinjau di negeri lain yang menetapkan harga RM15 sehingga RM25 seorang untuk warga Malaysia.“Langkah itu bagi memperkenalkan jambatan ikonik kepada orang ramai terutama pelancong luar Terengganu dan pelancong asing,” katanya.Pengunjung dari Kuantan, Nur Hazwani Husna Mohd Razali ,27, berkata, tidak rugi dia datang ke Terengganu semata-mata mahu mengunjungi galeri skybridge dan merasai pengalaman melalui jambatan angkat.“Sebaliknya cukup rugi sekiranya ke Terengganu, tidak mengambil peluang ke galeri skybridge kerana bukan saja harga tiket yang ditawarkan sangat rendah malah lebih menarik boleh melihat hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu apabila berada di atas skybridge,” katanya.Guru Sekolah Berasrama Penuh Intergasi Kubang Pasu, Kedah, Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik ketika ditemui berkata, dia bersama 20 orang pelajar teruja sebaik tiba di Terengganu, terutama dapat menjejak kaki ke galeri skybridge.Katanya, harganya sangat berpatutan, jadi tidak perlu risau untuk membawa ahli keluarga dlam jumlah yang ramai. “Insya-Allah, jika ada kelapangan saya dan keluarga akan kembali ke sini dan beberapa lokasi menarik lain di Terengganu,” katanya.
22 Sep 19
393
Pemuda Berlawan Kerana Piala YB ADUN Air Putih
Oleh: AminjiKEMAMAN, 22 September - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih melabuhkan tirai baru-baru ini dengan gelaran johan menjadi milik Paman FC.Kejohanan berlangsung di Padang Bola Sepak Batu 4, Binjai, menyaksikan pasukan Paman FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala pusingan dan medal.Pasukan Seberang Tayur Hulu bergelar naib johan serta tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Bukit Mentok dan Batu 4B FC.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik di samping turut menghormati pasukan lawan.“Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan dapat mengikat silaturrahim antara pasukan lawan.“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap terus berusaha pada masa yang akan datang,” ujarnya.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood, Penyelaras Pemuda DUN Air Putih, Dasuki Tahir, Ketua DACS Kemaman, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paman dan Seberang Tayur Hulu.
21 Sep 19
376
Perlawanan Gasing Tradisional Cungkil Bakat Cilik
Oleh: AminjiKEMAMAN, 22 September - Perlawanan Gasing Tradisional di Kampung Seberang Tayor diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak sekali gus menarik minat generasi muda dalam permainan tradisional bagi memastikan warisan nenek moyang itu tidak lapuk ditelan zaman.Pengerusi Kelab Peminat Gasing Kampung Seberang Tayor, Idris Salleh berkata, perlawanan gasing tradisional itu melibatkan kategori kanak-kanak bawah 12 tahun dan dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2019."Semoga perlawanan gasing tradisional ini dapat diadakan setiap tahun dan mendapat perhatian pihak berkaitan khususnya YB (Yang Berhormat) Cikgu Ab Razak Ibrahim bagi mempromosikan permainan ini di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada kejohanan berkenaan di Padang Futsal Seberang Tayor, di sini baru-baru ini.Majlis anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Tayor itu mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan. Setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang peserta dengan menyaksikan 9 pasukan berentap untuk menjuarai pertandingan.Sementara itu, beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung khususnya kerana berjaya menghidupkan kembali nostalgia permainan gasing tersebut.
21 Sep 19
441
Muslimah Kaki Pancing, Curi Perhatian Ramai
Khaalishah (paling kanan).MARANG, 22 September - Kebiasaannya apabila sebut kaki pancing, hobi itu pasti dimonopoli golongan lelaki namun ia berbeza dengan sekumpulan wanita yang aktif dalam aktiviti memancing sejak daripada zaman remaja lagi.Kumpulan ‘Lady Jiggers’, yang turut serta dalam kejohanan ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ di Pulau Kekabu semalam ternyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya mengharungi cuaca berangin dan berjerebu sejak pagi.Ketua Pasukan, Nur Khaalishah, 33, berkata, disebabkan minat mendalam dalam aktiviti berkenaan, dia bersama empat lagi sahabatnya yang berasal dari luar Terengganu nekad untuk menyertai kejohanan itu.“Kami dah biasa aktiviti memancing dengan orang ramai, jadi perasaan (kekok dan takut) itu tak ada sangatlah pada kami, bahkan kami sangat teruja untuk sertai pertandingan ini pada kali pertama,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Pulau Kekabu semalam.Ujarnya, menyertai pertandingan memancing di pelbagai negeri dalam Malaysia memberikannya pengalaman dan kenalan baharu seperi ‘otai-otai’ dalam sukan pancing yang datang dari merata tempat.Katanya lagi, dia sangat menyokong sekiranya aktiviti tersebut dijadikan sebagai acara tahunan dan diperluaskan ke kawasan lain.“Insya-Allah kami juga akan turut serta, sukan memancing ini perlu ditambah baik, bukan hanya dibuat di satu tempat, boleh dibuat di tempat lain, lebih-lebih lagi Terengganu sangat sesuai untuk sukan memancing.“Bila adanya sukan ini juga, pelancong dan orang-orang luar akan lebih berminat untuk datang ke Terengganu,” tambahnya.Kumpulan ‘Lady Jiggers’ antara 150 peserta yang menyertai ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ edisi ketiga pada tahun ini.
21 Sep 19
127
‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ Tarik 150 Kaki Pancing
Nasir Abdul Razak.MARANG, 22 September - ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ yang berlangsung semalam menyaksikan kira-kira 150 peserta dari dalam dan luar Terengganu bersaing bagi merebut kejuaraan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Nasir Abdul Razak memaklumkan, aktiviti tahunan yang sudah memasuki edisi ketiga itu lebih meriah berbanding tahun lepas dengan peningkatan peserta luar negeri.Jelasnya, habuan yang diperolehi para peserta kali ini juga berganda apabila hampir 100 ekor ikan tenggiri berjaya ditangkap, sekali gus mengangkat program itu ke tahap yang lebih tinggi.“Penganjuran dan sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak dalam edisi kali ini sudah tentu akan menonjolkan lagi imej Terengganu sebagai negeri pelancongan utama.“Melihat kepada penyertaan hari ini yang majoritinya terdiri daripada anak muda, ia memberi gambaran bahawa orang-orang muda di Terengganu sangat terbuka dan kita akan perbanyakkan aktiviti seperti ini,” ujarnya.Mohammad Dzulfeqree.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan tersebut di Pulau Kekabu semalam.Sementara itu, juara ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’, Mohammad Dzulfeqree Mohd Yasin, 30, berkata, kejuaraan yang diraih dalam kejohanan kali ini adalah pencapaian yang terbaik sejak kali pertama menyertainya pada tahun 2017.Menurut anak kelahiran Kelantan tersebut, kejohanan seumpama itu turut berjaya memperkenalkan destinasi-destinasi percutian yang ada di Terengganu.“Sebelum ini saya juga ada menyertai ‘Terengganu Jigging Cup’ dan hanya mendapat tempat kelapan, jadi pada saya ini adalah pencapaian terbaik saya setakat ini.“Saya berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang, ia bukan sahaja pertandingan biasa tetapi mampu merapatkan hubungan sesama kaki pancing di seluruh Malaysia,” katanya.
21 Sep 19
181
Wisma Putra Perlu Hantar Nota Bantahan
Ahmad Amzad (kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed (kanan), minum pagi di Bandar Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 22 September - Kerajaan Malaysia didesak supaya menghantar nota bantahan serta mengecam perlakuan Bot Penguatkuasa Maritim Vietnam yang menceroboh masuk sejauh lapan batu nautika ke dalam Perairan Negara pada Rabu lalu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan tersebut disifatkan boleh menggugat kedaulatan negara dan aktiviti itu tidak boleh dipandang ringan."Saya difahamkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar nota kepada Wisma Putra meminta dihantar nota bantahan."Bagi pihak Parlimen Kuala Terengganu, saya mendesak kerajaan supaya mengecam perlakuan bot milik Kerajaan Vietnam itu, sekali gus menghantar nota bantahan serta meminta mereka mengambil tindakan sewajarnya kerana kita tidak boleh memberi sebarang perakuan kepada sebarang tingkah laku bersifat mencemar Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. "Kapal asing tidak boleh sewenang-wenangnya masuk menceroboh di dalam perairan kita," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut beliau, sekalipun Kerajaan Malaysia sedang menjalankan 'Ops Naga', namun operasi mengawal perairan negara perlu diperketat dan dipertingkatkan.Ini katanya, termasuk menahan kapal-kapal nelayan asing yang masuk ke perairan Malaysia dan diambil tindakan sewajarnya."Saya harap supaya ini (insiden itu) tidak melemahkan semangat anggota keselamatan kita untuk terus berusaha dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan dari pihak asing," jelas Ahmad Amzad.Beliau berharap dengan adanya nota bantahan itu perairan negara selamat dari pencerobohan nelayan dan bot asing."Saya difahamkan 'European Nation' (EN) mengenakan kad merah kepada negara-negara tertentu dan hasil tangkapan nelayan mereka diharamkan untuk dijual ekoran daripada tindakan melanggar undang-undang antarabangsa."Begitu juga saya harap tekanan yang sama dapat dibuat supaya di pihak Vietnam terus mengawal aktiviti bot-bot nelayan mereka daripada menceroboh kedaulatan negara-negara lain."Ini kerana ia tidak baik untuk ekonomi dan tidak baik untuk hubungan antarabangsa, lebih-lebih lagi Vietnam merupakan sebahagian daripada negara ASEAN yang dianggap sahabat kita dalam kesatuan Asia Tenggara," jelasnya.Terdahulu dilaporkan sebuah kapal penguat kuasa Vietnam bertindak biadap apabila menceroboh perairan negara dan mengganggu aset Maritim Malaysia di 167 batu nautika timur laut Tanjung Mat Amin, Terengganu, 18 September lalu.Dalam kejadian jam 9.48 pagi itu, kapal FRS KN205 Vietnam itu cuba menghalang Kapal KM Langkawi milik Maritim Malaysia yang menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menceroboh perairan negara bagi mencuri hasil laut.Bagaimanapun, tindakan pantas kru KM Langkawi berjaya menggagalkan usaha kapal penguatkuasa Vietnam itu sekali gus mengusirnya keluar dari perairan negara.
21 Sep 19
38
Semak Semula Keputusan Gabung UMT - UniSZA - Ahmad Amzad
Ahmad Amzad (tengah) dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 21 September - Kerajaan Pusat diminta menyemak semula keputusan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana penggabungan dilihat bukan pilihan dan prioriti pada masa kini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan boleh terus membantu memperkasakan kursus-kursus tujahan di UMT dan UniSZA tanpa perlu kepada satu proses penggabungan yang memerlukan kepada kos yang tinggi. "Ditambah dengan protes berterusan daripada ahli akademik, mahasiswa dan masyarakat setempat, proses yang tidak perlu ini akan menjadi rumit sekali untuk diselesaikan kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di status Facebooknya pada Khamis.. Ahmad Amzad turut meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik berhubung dengan penggabungan UMT dan UniSZA. Faktor utama penggabungan ini dikatakan kerana faktor pencapaian UMT yang tidak memuaskan terutamanya kegagalan universiti itu mengetengahkan kursus maritim sebagai kursus rujukan di peringkat antarabangsa. Seterusnya, Dr Maszlee juga mewajarkan keputusan kerajaan itu dengan memberi alasan bahawa kebolehpasaran kerja bagi graduan universiti ini adalah rendah di samping kedua-duanya mempunyai kursus dan professor dalam bidang yang sama. Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Maszlee ini menimbulkan banyak keraguan. "Tidak wajar perbandingan dilakukan melalui 'ranking' universiti dengan mengambil kira usia penubuhan UMT jika dibandingkan dengan universiti-universiti terkemuka tempatan yang lain. "Jika 'ranking' menjadi punca, bukan tidak wujud universiti-universiti yang berada di bawah UMT."Sekadar persamaan kursus juga bukan alasan yang kukuh untuk satu penggabungan kerana universiti yang mempunyai kursus tujahan sendiri juga masih mempunyai kursus-kursus lain yang ditawarkan," ujarnya. Katanya, alasan kebolehpasaran kerja pula hanya menunjukkan kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang graduan. "Paling tidak boleh diterima adalah apabila menteri sendiri menidakkan pencapaian UMT dalam bidang marin. "Walhal, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri sebagai Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) kluster Maritim kerana sumbangan dan kerjasamanya dengan universiti luar dalam pemfokusan bidang yang sama," jelas beliau lagi. Ahmad Amzad juga berkata, di sebalik usia penubuhannya yang masih muda, ia juga diiktiraf oleh badan profesional iaitu The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) dalam bidang pengangkutan dan logistik maritim dengan penubuhan Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MALTrac) yang pertama di Malaysia. Menurutnya, UMT turut menubuhkan Pusat Pelayaran dan sedang giat membangunkan sebuah Pelabuhan Pengajaran (teaching port) UMT dan Pusat Repositori Marin Kebangsaan."Banyak lagi pencapaian UMT di peringkat antarabangsa yang menjadi kebanggaan warga UMT. "Saya percaya UMT sudah pun berada di trek yang betul untuk terus cemerlang dan menjadi rujukan universiti-universiti lain," ujar Ahmad Amzad.
21 Sep 19
135
Daerah Besut Catat Aktiviti Dadah Yang Membimbangkan
Oleh:Jusmawari JusohBESUT, 21 September - Daerah Besut di antara kawasan mencatatkan aktiviti penagihan dadah antara yang paling membimbangkan.Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)Puan Nor Hafizza Mat Zin berkata, keadaan sekarang amat membimbangkan kerana terlalu banyak kes yang melibatkan masyarakat tempatan terutama lelaki."Dadah ini adalah bahan sintetik ataupun bahan asli yang boleh merosakkan organ badan manusia apabila diambil secara tidak betul."Contohnya ubat batuk, dos dia dua mililiter tapi kita ambil satu botol," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Anti Dadah Daerah Besut anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut di Medan Ilmu Jertih pada semalam.Menurutnya, perubatan kampung menyarankan supaya ambil daun ketum untuk seminggu dalam perubatan."Tapi kita ambil tiap-tiap hari, dicampur pula dengan ubat batuk dan di tambah pula dengan ubat nyamuk," ujarnya.Sehubungan dengan itu, Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor berkata, kempen Anti Dadah akan diadakan selama sebulan dengan mengadakan forum di sekolah dan masjid untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada masyarakat."Kita (juga) akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk kempen "Anti Dadah Daerah Besut","Turut hadir sama ialah Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut,Tuan Najib dan Pegawai Daerah Besut,Tuan Rozali Saleh bagi menjayakan kempen tersebut.
21 Sep 19
66
Semangat Gotong-Royong Asas Untuk Masyarakat Sejahtera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 21 September- semangat bergotong-royong yang diamalkan oleh penduduk adalah asas untuk melahirkan masyarakat sejahtera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Haji Azbi Salleh berkata, ia juga untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat.“Komuniti setempat ialah satu struktur sosial yang penting bagi terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.“Masyarakat juga perlu saling bertolak ansur bagi mewujudkan suasana yang baik seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya permusuhan dalam kalangan kita," jelasnya.Beliau berkata ketika merasmikan Majlis Gotong-royong Perdana dan Kecerian Kampung Taman Tasek, Kuala Besut di Balairaya Kampung Taman Tasek pada semalam.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi MPKK Kampung Taman Tasek, Mahusin Salleh.Oleh itu, katanya, selain gotong-royong membersihkan kawasan kampung, aktiviti seperti pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak juga turut diadakan."Gotong-royong ini yang dianjurkan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Tasek mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Besut, BOMBA Besut dan Majlis Daerah Besut," ujarnya.Justeru itu, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
21 Sep 19
300
Tambah Tempat Letak Kereta Untuk Kemudahan Pengunjung Pasar Kedai Payang
Tapak tambahan tempat letak kereta di sebelah pasar sayurKUALA TERENGGANU, 21 September - Kerajaan negeri sedang menyiapkan tempat letak kereta tambahan bagi memudahkan para pengunjung dan peniaga kedai Pasar Payang 2.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, lokasi parkir tersebut terletak di sebelah pasar sayur akan disiapkan pada fasa yang seterusnya."Parkirnya walaupun (tak banyak) tetapi boleh letakkan kereta di sepanjang jalan pesisir pantai."(kawasan tempat letak kereta yang baru) itu tak luas (tapi) insya Allah (akan selesai masalah) (namun begitu) ada ketikanya ramai pengunjung (pada) hari cuti, hari kelepasan am memang tidak boleh nafikan (akan kekurangan tempat parkir)."Biasala (pemikiran orang) kalau nak parkir nak masuk dekat dengan kedai tapi takkan berlaku macam itu kerana parkir mungkin jauh sikit tapi tak la jauh mana," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada Khamis, 19 September.Oleh itu, beliau berharap orang ramai mengikis kebiasaan mahu meletakkan kereta berhampiran atau dihadapan kedai ataupun premis."(Tapi) saya harap takkan berlaku macam itu) parking mungkin sedikit jauh tapi taklah jauh mana," ujarnya.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Terengganu dan persatuan yang membantu kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat."Alhamdulillah walau macam mana pun kita akan usaha yang terbaik selesaikan masalah," tambah beliau.
20 Sep 19
855