lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tapir Pulang Ke Habitat Asal
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 18 September - Tapir seberat hampir 80 kilogram yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam longkang di Kampung Kubang Tepak, Manir telah dikembalikan semula ke kawasan hutan berhampiran.Hidupan liar ini telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut bagi melindunginya daripada kepupusan.Pengarahnya, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata Tapir itu telah di pulangkan ke habitat asal di hutan berhampiran."Penduduk sekitar juga tidak perlu bimbang kerana spesis ini tidak membahayakan dan sebab itu dikembalikan semula ke hutan. "Ia secara langsung dapat mengekalkan populasi hidupan liar berkenaan daripada diancam kepupusan," ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Tepak, Yusoff Umar berkata, terdahulu tapir yang dipercayai sesat dari hutan berhampiran kampung tersebut, bagaimanapun bertindak agresif dan lari sebaik sahaja diselamatkan sepasukan anggota bomba dengan dibantu penduduk kampung."Tapir melarikan diri ke hutan berdekatan selepas terlolos dari ikatan tali hasil daripada tangkapan malam tersebut."Binatang berkenaan akhirnya berjaya ditangkap semula ketika ditemui dalam keadaan lemah tidak jauh dari lokasi dia terjatuh pada kira-kira sejam kemudian dan diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan seterusnya," ujar Yusoff.
18 Sep 19
204
Empty Image
Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera Bakal Gegar Kemaman
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 18 September - Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera dijangka akan menggegarkan warga Kemaman apabila ianya bakal berlangsung dalam suasana yang cukup meriah pada 19 hingga 21 September ini, bertempat di Padang Astaka, Kemaman.Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya program itu, antaranya YBC Fun Ride, Kejohanan 'Penalty Street Soccer' Piala YBC, YBC Senamrobik, tarik tali dan Pertandingan 'Beyblade Burst'. Turut diadakan jamuan rakyat, sumbangan fakir miskin, Soopa Doopa percuma serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menanti para peserta dan pengunjung yang hadir.Malam kebudayaan pula akan berlangsung pada hari Jumaat dan menampilkan artis yang popular pada masa kini iaitu Syafiq Farhain bahkan pertunjukan Zapin Johor serta penampilan otai yang masih berbisa, Ijam Medicine dan kemunculan bakat baru anak muda, 'Energy' dan Obeymanan.Program berunsur keagamaan dan dakwah tidak kurang hebatnya  apabila karnival pada kali ini membawakan penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada hari Sabtu jam 9.30 pagi dengan tajuk 'Selangkah Ke Alam Barzakh'.Dan di sebelah malam diadakan forum perdana yang bakal menampilkan Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan juga moderatornya, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah.Bagi wanita dan kanak-kanak juga akan disajikan dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik seperti 'Girls Penalty Soccer', pertandingan mewarna ibu dan anak, congkak, gubahan tuala, menjahit perca kain, kupas buah epal, menantu mithali, bowling padang, isyarat rahsia dan bom belon.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat ketika ditemui mempelawa dan menjemput seluruh warga Kemaman untuk hadir memeriahkan karnival tersebut."Semoga di karnival kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kita tidak kira bangsa, sama ada tua atau muda," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.
17 Sep 19
514
Empty Image
PERHILITAN Pantau Kemunculan Harimau Kumbang
Foto ihsan - GoogleKUALA TERENGGANU, 18 September - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu terus melakukan pantauan di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah dan kawasan sekitarnya berikutan aduan penduduk tentang seekor harimau kumbang yang ditemui berkeliaran di kawasan tersebut sejak dua minggu lalu.Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya telah bertindak selepas  menerima aduan penduduk dan beberapa kakitangan telah pergi ke lokasi tersebut untuk memasang perangkap.“Pihak kami masih lagi membuat pantauan di kawasan berkenaan dan sekitarnya untuk mengesan harimau ini.“Sehingga hari ini, pasukan yang ditugaskan masih lagi tidak dapat mengesan jejak binantang berkenaan namun pantauan berterusan akan dibuat demi keselamatan penduduk sekitar,” ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) ketika dihubungi hari ini.Beliau turut menasihatkan penduduk agar terus berhati-hati dan segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya terserempak dengan haiwan itu untuk memudahkan tindakan dibuat.Terdahulu, harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Besul Lama, menimbulkan kerisauan penduduk di sekitarnya.Salah seorang penduduk, Nur Mazila Mohd Salleh, 37, telah memuat naik sekeping gambar harimau terbabit di Facebook dengan meminta bantuan untuk mendapatkan nombor telefon PERHILITAN Terengganu. Bagaimanapun, status tersebut dipadam sebaik sahaja aduan dibuat kepada PERHILITAN.Sementara itu, pada masa sama seorang penduduk, berkata, kejadian terbaharu berlaku yang mana dia melihat sendiri seekor harimau kumbang berkeliaran di sekitar rumahnya, di blok H taman perumahan itu.“Ini kali ketiga saya melihat haiwan itu dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, namun ada jiran mendakwa sudah melihat harimau itu berkeliaran sejak sebulan lalu,” katanya.
17 Sep 19
2115
Empty Image
Selepas Bedal PKNS, Terengganu Ke Suku Akhir
Foto oleh - media TFC.KUALA TERENGGANU, 17 September - Terengganu Football Club (TFC) garang membelasah PKNS FC 2-0 pada aksi terakhir Piala Malaysia peringkat kumpulan A di Stadium Shah Alam sebentar tadi.Dua jaringan pada 10 minit pertama perlawanan masing-masing menerusi Sanjar Shaakmedov dan Tchetche Kipree membawa TFC ke suku akhir.Turun beraksi dengan kesebelasan yang  berbeza berbanding menentang Kedah tempoh hari, TFC pantas melancarkan serangan seawal minit pertama.Hasilnya, pada minit ke-4 hantaran cantik Ashaari Samsudin disudahkan dengan bergaya oleh Sanjar, rembatan kencang Sanjar gagal ditepis penjaga gol PKNS menjadikan kedudukan memihak kepada pasukan pelawat.Tersentak dengan jaringan awal pasukan TFC, PKNS cuba bangkit dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kotak penalti TFC pada minit ke-7, namun, gagal dimanfaatkan oleh Romel Morales apabila sepakannya melepasi palang gol.Berselang satu minit kemudian, gerakan pantas Lee Tuck yang menewaskan pemain tengah PKNS dirembat kencang Kipree untuk jaringan kedua TFC.Aksi berbalas serangan berlanjutan hingga tamat babak pertama, namun tiada tambahan gol dihasilkan.Bersambung separuh masa kedua, PKNS cuba merapatkan kedudukan, peluang itu hadir menerusi gerakan Mahali Jasuli pada minit ke-46 tetapi digagalkan Penjaga Gol TFC, Wan Azraie.TFC yang mengendurkan sedikit permainan sesekali hadir melakukan serangan merbahaya, antaranya sepakan deras Lee Tuck pada minit ke-51 dan 67.Beberapa percubaan daripada kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan, menyaksikan kedudukan dua gol tanpa balas kekal hingga tamat perlawanan.TFC menamatkan saingan Piala Malaysia Kumpulan A di kedudukan kedua dengan 12 mata di belakang Kedah yang mengumpul 13 mata.Kedudukan itu menyaksikan TFC bakal membuat perhitungan dengan JDT di peringkat suku akhir.
17 Sep 19
120
Empty Image
Tiada Arahan Guna Aset Kerajaan Ke Himpunan Penyatuan Ummah - Satiful
KUALA TERENGGANU, 17 September- Kerajaan negeri menegaskan tidak ada arahan diberikan kepada jabatan dan agensi negeri untuk menggunakan aset pengangkutan mereka bagi membawa rombongan parti politik di Terengganu ke program himpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata jika pengangkutan itu disewakan oleh jabatan dan agensi berkenaan kepada pihak luar dan itu bukan satu kesalahan, malah jabatan dan agensi itu dapat menjana pendapatan.Katanya, kerajaan negeri tidak menghalang jika jabatan dan agensi kerajaan negeri menyewakan bas atau van kepada pihak luar."Mungkin banyak kemudahan bas sewa sudah habis ditempah menyebabkan ada pihak mencari alternatif menyewa bas jabatan dan agensi kerajaan negeri."Tetapi secara khusus kita memang tidak ada keluarkan arahan supaya guna aset pengangkutan kerajaan untuk tujuan membawa peserta rombongan parti politik ke himpunan itu," katanya.Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kolokium Tiga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Timur, di sini, hari ini.Turut hadir Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali; Yang Dipertua DUN Kelantan, Dato' Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Seri Ishak Muhamad.Beliau diminta menjawab dakwaan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang mempersoalkan pengunaan bas milik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) oleh PAS Terengganu untuk tujuan itu.Berkongsi hantaran dan gambar bas berkenaan yang dimuat naik laman Facebook Ana Tahu, Noor Amin berkata beliau belum pernah mendengar bas milik jabatan kerajaan disewakan terhadap mana-mana parti politik.
17 Sep 19
143
Empty Image
500 Peserta Terengganu Bertanjak Warnai Hari Terakhir Karnival Pantai
Sulaiman Sulong (tengah) dan Mat Dan bersama peserta Terengganu Bertanjak.Oleh : Syed KamalKUALA TERENGGANU, 17 September - Program ‘Terengganu Bertanjak’ yang disertai hampir 500 peserta mewarnai hari terakhir Karnival Pantai Terengganu 2019 di Pantai Batu Burok di sini semalam.Penyelaras program berkenaan, Mohd Rafi Kori berkata, aktiviti yang diadakan pada Hari Malaysia itu juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan tanah air dan seni warisan melayu yang kian dilupakan.Ujarnya, walaupun ada yang menganggap usaha berkenaan hanya sekadar ikutan dan tidak bertahan lama, tetapi dia percaya aktiviti itu akan menjadi pencetus kesedaran rakyat terhadap khazanah melayu.“Ini satu permulaan walaupun hanya sekadar ikutan pada awalnya, lama kelamaan saya yakin anak muda boleh memahami dan boleh terima (warisan ini) yang akhirnya berbusana lengkap,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Batu Burok semalam.Menurut Mohd Rafi, generasi muda hari ini kurang didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan sebenar terhadap seni warisan bangsa melayu berkenaan. “Justeru dengan aktiviti ini, sedikit sebanyak pengetahuan dapat disebarkan kepada masyarakat tentang kebudayaan dan kesenian Melayu.“Sekali gus industri pembuatan pakaian tradisi busana Melayu akan meningkat dan mampu merancakkan lagi industri pembuatan tradisi melayu seperti kraftangan melayu, kesenian warisan melayu dan pengajian akademi budaya tradisi Melayu,” tambah beliau.Dia juga mencadangkan agar kerajaan negeri menetapkan satu hari untuk semua rakyat Terengganu termasuk penjawat awam mengenakan busana melayu Terengganu.“Mungkin kerajaan boleh memikirkan untuk mewujudkan Hari Busana Terengganu, dengan adanya hari tersebut orang ramai pastinya akan terbiasa dengan busana Terengganu,” katanya.Tanjak yang juga digelar tengkolok atau destar merupakan pakaian kepahlawanan melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana. 
17 Sep 19
763
Empty Image
‘We are Sibling’ Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik - PP DUN Batu Rakit
Mohd Shafizi bersama anak muda DUN Batu Rakit.Oleh : Izzat Al-Qushairi SETIU, 17 September – Slogan ‘We are Sibling’ (kita semua adik-beradik) berjaya menyatukan semua rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit walaupun berbeza fahaman politik.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pihaknya mula bergerak mengaplikasikan agenda Peryatuan Ummah dengan membawa slogan tersebut ke peringkat bawah.Jelasnya, usaha tersebut telah dimulakan dalam setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Rakit sempena program sambutan Hari Malaysia semalam“Setiap MPKK dalam DUN Batu Rakit menganjurkan program Sambutan Hari Malaysia dan kesemuanya sambutan itu mendapat sambutan yang sangat hebat dari pelbagai latar politik penduduk.“Bersama kita lebih 3,000 masyarakat melaungkan ‘We are Sibling’ semasa Program Hari Malaysia peringkat MPKK Dun Batu Rakit,” ujarnya ketika ditemui pemberita semasa program tersebut semalam.Mohd Shafizi melaungkan slogan 'We are Sibling'.Katanya lagi, semangat Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) beberapa hari lepas harus dikekalkan dan dilaksanakan di setiap peringkat agar ia mampu memperbetulkan kembali segala kepincangan pentadbiran yang berlaku dalam negara ini. “Seluruh masyarakat kampung bergembira dengan penyatuan ini. Buktinya, mereka sama-sama hadir dalam program anjuran MPKK tanpa mengira warna parti.“Sudah sampai masa, kita antara dua parti melayu terbesar ini bersatu atas dasar agama Islam yang menjadi rujukan kita.“Penyatuan dan kerjasama ini juga mampu membangunkan kembali negara ke tempat yang selayaknya,” tambah beliau.Sambutan Hari Malaysia.
17 Sep 19
214
Empty Image
Kolokium YDP DUN Pantai Timur Realisasi Muafakat Nasional
 KUALA TERENGGANU, 17 September – Kolokium bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Timur yang melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang menjadi detik permulaan dalam merealisasikan Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang baharu dibentuk untuk manfaat bersama.Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata fokus utama kolokium ini ialah bagi bertukar fikiran dan pengalaman untuk memperkasakan badan legislatif atau DUN di negeri masing-masing.“Ianya lebih  untuk merealisasikan muafakat ummah yang  di tandatangani baru-baru ini  supaya kerajaan yang dipimpin oleh PAS  mahupun UMNO …kita akan usahakan untuk menjadi sebuah kerajaan  yang kuat dan sihat. “Melalui peranan badan legislatif yang dilihat sebagai rakan kongsi kepada badan eksekutif, ia (DUN) mesti dilihat sebagai pembantu badan tersebut bagi menguatkan kerajaan."Kita tidak mahu timbul isu dalam soal kuasa atau semak dan imbang yang ekstrem seumpamanya dengan badan eksekutif," katanya.Beliau berkata demikian di sidang media Program Kolokium bersama Yang dipertua DUN Pantai Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang) serta rombongannya di Dewan Gamelan 3 di Hotel Primula, di sini hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari MamatTurut hadir, Yang Dipertua DUN Kelantan, Dato' Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Seri Ishak Muhamad.Tambahnya, kolokium ini akan dilanjutkan di Kelantan dan Pahang pada satu tempoh tertentu dan secara bergilir-gilir bagi memperkasakan sidang dewan melalui perbincangan yang diadakan.“Apa yang kita bincang pada hari ini lebih kepada soal penyelarasan beberapa perkara yang berkait dengan pengurusan, perjalanan sidang dewan  bajet, speaker dan seumpamanya.“Yang pada saya, ada yang baik di Terengganu dan ada yang baik di Kelantan dan Pahang…kita kongsi bersama.Yang boleh kita selaraskan, kita selaras sebagai mukadimah dalam memperkasakan ketiga negeri di pantai timur dan Insha Allah akan datang kita libatkan Perlis bersama,” ujarnya.
17 Sep 19
200
Empty Image
IPU Negeri Terengganu Tahap Sederhana
Satu pemandangan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Keadaan IPU ditahap sederhana.KUALA TERENGGANU, 17 September - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Indeks Pencemaran Udara (IPU) negeri Terengganu berada pada tahap sederhana sehingga jam lapan pagi tadi.Pengarahnya Ramli Abd Rahman berkata, IPU pada tahap hijau (sederhana) itu diukur di empat daerah terpilih termasuk Kemaman, Paka, Kuala Terengganu dan Besut.Katanya, Besut mempunyai tahap kualiti udara agak baik iaitu pada tahap IPU 54, Kuala Terengganu (68), Paka (87) manakala Kemaman (96).Ramli Abd Rahman.Tahap IPU meningkat di Besut kepada 57, Kuala Terengganu (70), Paka (88) dan Kemaman menurun kepada 94, dicatat pada jam 1 petang tadi.Carta IPU  Terengganu setakat jam 1 petang  tadi.Ketika dihubungi hari ini beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh mengadakan aktiviti luar rumah tetapi  perlu memakai penutup hidung dan mulut (mask).Difahamkan jerebu memberi kesan tidak baik kepada mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti Asma dan lain-lain.Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri, Roslidawati Ramli ketika dihubungi memaklumkan bahawa setakat ini tidak ada sekolah ditutup kerana jerebu di Terengganu."Jika ada perkembangan baharu berhubung dengan sekolah ditutup berkait dengan IPU di Terengganu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri akan memaklumkan kepada media dengan segera," jelasnya.
16 Sep 19
232
Empty Image
Lebih 700 Peserta Sertai Kayuhan Malaysia Sejahtera
Peserta Kayuhan Malaysia Sejahtera disempurnakan oleh Wan Sukairi.Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 September - Lebih 700 peserta menyertai program Kayuhan Malaysia Sejahtera di sekitar bandar raya ini bersempena Hari Malaysia semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, aktiviti yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.Di samping itu juga, program berkenaan yang melalui jarak sejauh 35 kilometer adalah sebagai langkah pihak kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. “Sempena Hari Malaysia ini saya mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua, dan semoga program ini memberi kesan kepada rakyat Terengganu bagi mendepani hari-hari mendatang,” ujarnya ketika berucap melepaskan peserta kejohanan di Dataran Batu Burok, semalam.Turut hadir memeriahkan aktiviti tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Ikonik baharu Terengganu, ‘Drawbridge’ dan Jambatan Sultan Mahmud menjadi dua lokasi utama yang dilalui para peserta. Selain untuk menikmati keindahan suasana dan destinasi menarik di setiap laluan, para peserta turut mengibar Jalur Gemilang sepanjang kayuhan itu berlangsung.Peserta melalui jambatan angkat.
16 Sep 19
78