lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Cinta Mat Dan Bersemi Di Terengganu
Muhammad  Khalil (kanan) hadiah dua buah buku kepada Mat Dan.KUALA TERENGGANU, 24 September - Kata pepatah, 'jika tak kenal maka tak cinta', begitulah cintanya Ikon Pelancongan, Mat Dan kepada negeri Terengganu.Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 29  begitu cinta kepada Terengganu kerana sering mengelak dari membicarakan naratif tanah tumpah darahnya, England.Insan lebih gemar menggunakan dialek Terengganu itu, ketika ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengelakkan dari bercerita tentang England sebaliknya mengajak ADUN itu bercakap tentang hobi memancing di laut.Perkara ini diceritakan sendiri, Muhammad Khalil dalam status Facebooknya Sabtu lepas.Mat Dan (dua dari kiri) dalam satu pertemuan dengan Muhammad Khalil (kanan)."Mengopi dengang (dengan) Mat Dang dan saing-saing ( sahabat) kat bandor. Orang nak sembang bab negara Englang, dia duk konar (pusing) bab ngail sokmo (sentiasa) betul ah macang (macam) mung kata, jiwa mung memang Tranung. "Suker ngat dia boleh buku dua butir , mudoh-mudohan bermanfaat," tulis Muhammad Khalil.Mat Dan atau nama Inggerisnya, Daniel Tyler, lahir di Bristol, England pada 18 Oktober 1989 merupakan seorang pengembara dan pengacara England yang berwarganegara United Kingdom, menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Marang dekat sini.Pada 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel.Dia juga telah berkahwin dengan Nadifa Adnan gadis berasal terenganu pada 2017.Kini Mat Dan sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki kacukan bernama Muhammad Zayne Danial James Tyler, berusia setahun.
23 Sep 19
287
Empty Image
Iran Bakal Hadapi Ancaman Amerika Syarikat, Israel - Muhammad Khalil
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 23 September - Iran bakal menghadapi ancaman terbesar daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel apabila pakatan mereka mendapat alasan untuk menyerang negara itu melalui loji penapisan minyak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata,  pakatan AS dan Israel yang berupaya menimbulkan perang dunia akan turut menjayakan hasrat mereka untuk melemahkan Iran“Setelah berjaya mengekang pengaruh Iran dan mengasingkan Iran daripada dunia antarabangsa, AS mahupun Israel kali ini mendapat alasan yang cukup kuat untuk menyerang Iran."Baru-baru ini loji penapisan minyak Abqaiq, yang terbesar di dunia milik Aramco, syarikat minyak dan gas milik Arab Saudi telah diserang oleh drone yang dipercayai milik tentera Houthi di Yaman," ujarnya.Menurut beliau, serangan ke atas loji penapisan minyak tersebut menyemarakkan lagi api peperangan yang sememangnya sudah sedia membara di rantau Timur Tengah.Namun, yang dikesali adalah sikap membisu organisasi-organisasi yang sepatutnya lantang bersuara menentang kezaliman."Yang paling menyedihkan sekali ialah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab, semenjak berlakunya konfrontasi ini mereka langsung tidak bermaya dan diam seribu bahasa."Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul Mahdi memberi gambaran bahawa peperangan besar akan berlaku akibat daripada peristiwa tersebut dengan bumi Iraq akan menjadi medan pertembungan utama Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Iran," tambah beliau.
23 Sep 19
57
'Terengganu Beach Games Bukan Program Kerajaan Negeri'
'Terengganu Beach Games Bukan Program Kerajaan Negeri'
Poster iklan kejohanan yang menimbulkan pertikaian warga net, sebelum ini. KUALA TERENGGANU, 23 September-  Terengganu Beach Games bukan program anjuran  kerajaan negeri, itu kenyataan yang dikeluarkan pengurus acara Terengganu Beach Games, Mohd Fazli A.Rahman kepada Urus Setia Darul Iman (UPDI). Beliau yang ditemui di pejabat UPDI, hari ini menafikan penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran program berkenaan serta acara-acara yang dipertandingkan. "Cuma, kita ada mendapatkan kelulusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi lokasi program sahaja, secara berbayar (sewa tapak)," katanya. Beliau turut memohon maaf berikutan timbul isu dan persoalan warga net tentang percampuran atlet lelaki dan perempuan pada Kejohanan Dodgeball Pata 2019 yang bakal berlangsung dalam program tersebut. "Kami maklum dengan isu ini dan Persatuan Dodgeball Terengganu juga mengakui mereka tidak merujuk kepada pihak berkaitan sebelum melaksanakan kejohanan itu. "Pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah  berkenaan hal ini," jelasnya. Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang dikaitkan dengan Persatuan Dodgeball Terengganu menafikan perkara tersebut. "Baru-baru ini, memang saya ada menerima kunjungan Dodgeball Terengganu yang berhasrat mencadangkan saya sebagai penaungnya, namun itu baru diperingkat cadangan tidak rasmi tanpa sebarang surat pelantikan. "Dalam pertemuan itu, saya turut dimaklumkan tentang kejohanan yang akan diadakan tetapi sama sekali tidak mengetahui percampuran atlet lelaki dan wanita dalam satu pasukan sebagaimana yang diiklankan," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini. Bagaimanapun, beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera oleh persatuan tersebut dengan merujuk exco Sukan negeri. "Mereka telah mengatur pertemuan dengan YB Wan Sukairi dan semoga dapat diselesaikan dengan baik kerana ia melibatkan prinsip patuh syariah yang dipegang kerajaan negeri," katanya. Sebelum ini, poster iklan berkenaan Kejohanan Dodgeball Pata 2019 sempena Terengganu Beach Games yang memaparkan kategori terbuka 3 lawan 3 akan melibatkan dua atlet lelaki dan satu wanita dalam acara tersebut. Ia kemudiannya mengundang persoalan warga net berkaitan dasar patuh syariah yang dipromosikan kerajaan negeri dalam penganjuran sukan di negeri itu. Untuk rekod, Terengganu Beach Games yang akan berlangsung 26 September itu nanti merupakan anjuran Jawatankuasa Terengganu Beach Games terdiri daripada Persatuan Taekwando Terengganu, Persatuan Dodgeball Terengganu, Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan Kuala Terengganu Residen (KUTERER).  
23 Sep 19
1152
Empty Image
Cinta Kepada Ilmu, Contohi Sultan Perak
Sultan Nazrin (kanan) berkenan bergambar dengan Hishamuddin di Kinokuniya.KUALA LUMPUR, 23 September - Siapa sangka kunjungan ke Kinokuniya di sini hari ini berpeluang menemui Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang begitu tekun sekali membelek buku gedung berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, jika seorang Sultan begitu akrab dengan ilmu, alangkah segannya bila rakyat biasa culas menambah ilmu pengetahuan."Saya mengira Tuanku Sultan telah mempersembahkan model terbaik buat rakyat jelata. "Bukan mudah seorang Sultan untuk mencemar duli berada di tempat tumpuan seperti ini. "Baginda bukan sahaja penggemar bahan bacaan. Malah baginda juga berjaya menghasilkan bahan bacaan," tulis Hishamuddin di status Facebooknya hari ini. Setakat ini katanya, dua buah buku tulisan baginda telah diterbitkan iaitu 'Memacu Ekonomi’ dan ‘Striving For Inclusive Development: From Pangkor To A Modern Malaysia State'. "Baginda juga merupakan Timbalan Yang Di-Pertuan Agung diharap akan terus membimbing rakyat jelata dengan aman makmur."Saya tiada apa-apa mesej buat kawan-kawan, cukuplah mesej saya, sama-sama kita contohi Tuanku Sultan."Menjunjung kasih tuanku atas perkenan untuk bergambar dengan patik. Daulat Tuanku," ujar Hishamuddin.
23 Sep 19
850
Empty Image
KDN Digesa Bertindak Terhadap Akhbar Cina Cetus Sentimen Perkauman
Ahmad Amzad (tengah) bersama rakyat berbilang kaum di Kuala Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 23 September - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa bertindak tegas terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina kerana didakwa meniup sentimen perkauman melalui karikator yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, KDN juga perlu menyiasat tindakan tersebut kerana ia dipercayai boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini."Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berbudi bahasa supaya mengecam penyiaran gambar yg diubah suai sebegitu rupa oleh sebuah akhbar berbahasa Cina."Ia adalah penyiaran tidak beretika, melampau dan biadab yang mengguris perasaan orang orang Islam, Melayu dan tidak baik dalam memupuk keharmonian antara kaum," jelas Ahmad Amzad dalam satu kenyataan medianya hari ini.Beliau yang  turut menyesali tindakan akhbar itu sambil menambah surat khabar yang diberi permit penerbitan bukannya menjadi agen memupuk keharmonian tetapi sebaliknya memilih untuk memanaskan lagi kebencian antara kaum dengan penyiaran gambar karikator diubahsuai yang kurang ajar itu."Di saat orang Islam dan Melayu dua parti terbesar Melayu Islam mengajak perpaduan ummah seluruh rakyat dan disahut parti MCA, MIC, DHPP, IKATAN  dan pelbagai kaum yang cintakan keharmonian, kestabilan dan perpaduan,  mereka memilih untuk menyinggung usaha ini dengan menyemai kebencian. "Saya sekeras-kerasnya mengutuk penyiaran berkenaan dan menuntut Kementerian Dalam Negeri melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Ahmad Amzad.Sebuah akhbar berbahasa Cina telah menyiarkan satu sketsa karikator yang menggambarkan dua orang pemimpin parti Melayu Islam berkahwin dan ia disifatkan sebagai satu tindakan biadab dan melampau.
23 Sep 19
88
Empty Image
50 Ribu Pengunjung Dijangka ‘Serbu’ HPPNT 2019
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 23 September – Lebih 50,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan pekan Jabi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 yang bermula 25 hingga 28 September nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, HPPNT 2019 yang diadakan dua tahun sekali itu adalah sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemain dalam sektor pertanian.Katanya, banyak jasa dan sumbangan yang telah mereka berikan terhadap pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri.“HPPNT juga menjadi satu medan untuk memudahkan orang ramai bertemu dengan agensi berkaitan pertanian bagi mendapatkan maklumat terkini serta khidmat nasihat.“Dengan penuh takzim, bagi pihak Jawatankuasa Induk HPPNT 2019, saya mempersilakan semua tetamu untuk berkunjung menjadi sebahagian dari kejayaan dan kelangsungan program ini selama empat hari,’’ beliau berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, pengunjung yang hadir dalam program tersebut akan dihidangkan dengan pelbagai acara menarik.“Antara yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung ialah pertandingan dan pertunjukan lembu sado, kambing comel, pameran penyu, kerapu gergasi, dan pertandingan silat jatuh.“Kita juga serikan program tersebut dengan forum perdana hal ehwal Islam pameran jentera dan peralatan pertanian, pameran hasil pertanian unik, karnival jualan, pameran pelbagai jabatan dan agensi serta banyak lagi,” tambah beliau.Katanya lagi, beliau menjemput seluruh warga Terengganu untuk tidak melepaskan peluang bagi turut serta dalam program terbabit.
23 Sep 19
107
Empty Image
Para Pendidik Dan Pengusaha Taska Swasta Dihargai
KUALA TERENGGANU, 23 September – Pengorbanan para pendidik dan pengusaha pusat–pusat taska swasta di negeri Terengganu amat dihargai oleh kerajaan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, YB Zuraida Md Noor berkata, mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai yang mahu memulakan pekerjaan di sektor tersebut.“Saya sangat teruja dan menghargai yang berusia (lingkungan ) bawah 40 tahun sanggup berkorban masa memulakan kerja seawal 6.30 pagi sehingga 6.30 petang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu yang diadakan di Anggullia Beach Resort, Marang pada hari Jumaat, 20 September.Oleh itu, katanya, program tersebut yang disertai seramai 132 peserta terdiri daripada pendidik dan pengusaha Taska yang mewakili lapan daerah di Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu (PPTNT).Menurut beliau, objektif program tersebut adalah untuk membuka minda pengusaha dan pendidikbahawa pentingnya mencari ilmu baru bagi mendidik dan menjaga anak-anak seawal umur dua bulan sehingga empat tahun.Terdapat juga, beberapa pengisian seperti motivasi, jati diri, kerja berpasukan dan sahsiah diri di terapkan di dalam program tersebut.Sehubungan dengan itu, Pengerusi PPTNT Puan Laila Akma binti Abd Malek, menegaskan bahawa, program tersebut merupakan kali pertama diadakan bagi mengumpul para pendidik dan pengusaha di negeri Terengganu"Ini menunjukkan bahawa keterbukaan minda para pendidik dan pengusaha taska terhadap persatuan PPTNT amat positif," tambah beliau.
22 Sep 19
74
Empty Image
Murid Tahun Satu Ditemui Mati Lemas
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 September - Seorang murid tahun satu ditemui mati di Sungai Kuala Ibai petang tadi.Faqih Abdul Rahman Mohd Amran, 7, ditemukan lemas kira-kira pukul 6.30 petang selepas mandi bersama rakan-rakannya di sungai berkenaan.Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.55 petang."Pihak bomba telah mengadakan operasi menyelam dan mayat mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa disyaki lemas," ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita di Muara Kuala Ibai, di sini sebentar tadi.Muhamad Azhar.Sementara itu, menurut saksi kejadian, Muhamad Azhar Mohammad, 30, dia yang sedang berbual bersama rakannya dikejutkan dengan kehadiran rakan mangsa yang meminta tolong."Dia memberitahu dua kawannya lemas, saya bergegas ke lokasi mereka dan berusaha menyelamatkan mangsa, namun hanya sempat menyelamatkan seorang daripada mereka."Ketika itu, budak yang terselamat berada dalam keadaan lemah sementara rakan yang lain menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya.Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
22 Sep 19
92
Empty Image
Masyarakat Cina, India Gembira Tinggal di Terengganu
Ahmad Shah bersama Amzad, pegawai khas Hal Ehwal Bukan Islam MB Terengganu, Dr Balachandran serta penduduk Kg. Cina.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 22 September- Sekalipun bergelar golongan minoriti di Terengganu, rata-rata masyarakat Cina dan India melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak mengabaikan mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, sepanjang Program Agihan Kuih Bulan di Kampung Cina yang berlangsung hari ini, beliau mendapat pelbagai komen positif daripada sebahagian masyarakat bangsa berkenaan yang sempat disantuninya.“Saya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk (Cina dan India) di sini, kesemuanya menyatakan terima kasih kepada pimpinan negeri kerana wakil rakyat (ADUN & Ahli Parlimen) kawasan sering turun bertanya khabar dan tidak mengasingkan mereka dari manfaat yang diberikan Kerajaan Terengganu” katanya ketika ditemui pemberita dalam program di lokasi berkenaan, hari ini. Ahmad Shah mengagihkan kuih bulan kepada penduduk yang ditemui.Beliau yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri berkata, selain meraikan masyarakat kampong tersebut, program itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kaum.“Jika dilihat di laman media sosial kebelakangan ini, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggunjawab menanamkan persepsi bahawa PAS adalah parti yang rasis dan menerapkan perkauman.“Namun, program hari menjadi bukti wujudnya keharmonian antara pelbagai kaum dalam negeri yang ditadbir oleh kerajaan PAS, sekali gus menangkis dakwaan kotor musuh politik,” jelasnya.Program Agihan Kuih Bulan pecuma sempena ‘Moon Cake festival 2019’ itu merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dengan kerjasama bersama ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Cina dan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu.
22 Sep 19
765
Empty Image
Lupakan Persengketaan Lama
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 September- Masyarakat  di sarankan agar melupakan persengketaan lama yang disebabkan oleh perbezaan ideologi politik.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, mereka juga perlu  memandang ke hadapan bagi bersama-sama menghadapi cabaran yang lebih besar."Kita jangan jadikan perkara kecil sebagai penghalang untuk kita duduk bersama bagi menghadapi musuh yang lebih besar."Kita perlu menjaga perpaduan di antara kita bagi mewujudkan suasa yang harmoni dalam masyarakat,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Puteri pada semalam.Menurutnya, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kesihatan Daerah Besut, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Gong Kedak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS).Tambah beliau, terdapat aktiviti menarik yang diadakan antaranya cabutan bertuah dan jamuan rakyat.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
22 Sep 19
56