lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SMK Belara Gondol Pingat Gangsa Sempena Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
Timbalan Pengerusi PIBG, Ustaz Harun Esa menyampaikan sampul hadiah berupa wang tunai kepada Pengetua SEMBARA  Md Nasir IsmailOleh : MawardiHULU TERENGGANU, 24 September -  Sekolah Menengah Kebangsaan Belara (SEMBARA) buat pertama kalinya mengharumkan nama sekolah apabila muncul tempat ketiga (Gangsa) dalam pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) 2019 yang diadakan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 21 - 23 September baru-baru ini.Ketiga-tiga pelajar, Muhammad Amir Arsyad Sharmali Izwar, Muhammad Aqil Hilman Mohd Norhisham, Muhammad Haikal Zakaria, dari kelab robotik SEMBARA bertanding kategori Regular Rookie Lowwer Secondry.Kejayaan pingat gangsa itu membolehkan anak didik guru dan juga mentor, Cikgu Suhairi Sulong membawa pulang pingat, sijil dan trofi kemenangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, beliau teruja dengan pencapaian berkenaan seterusnya ia dapat menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah yang lain untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan."Platform seperti ini mencabar minda para pelajar untuk menghasilkan produk inovasi diantaranya kelab robotik yang merupakan salah satu alat bantuan peningkatan pembelajaran." ujarnya selepas dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Ustaz Hilmi yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SEMBARA mewakilkan Timbalan Pengerusinya, Ustaz Harun Esa menyampaikan sumbangan berupa wang tunai di atas kejayaan tersebut.Sementara itu Pengetua SMK Belara Md Nasir Ismail berkata, beliau dan warga sekolah bersyukur dengan kejayaan diraih kumpulan itu yang pertama kali menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan."Kejayaan ini berkat kesungguhan mereka menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu dan syukurlah, semua latihan serta ilmu dan diperoleh berjaya digunakan sepenuhnya pada pertandingan itu," katanya.
24 Sep 19
1154
Empty Image
Tubuh Pusat Dakwah Ummah Di Pulau Perhentian
Oleh : Muhammad Syafiq SyakirinBesut, 25 September – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Pusat Dakwah Ummah  (PDU) di perkarangan Masjid Pulau Perhentian dalam tempoh terdekat  bertujuan memperkasakan ilmu agama dan menghidupkan ‘roh’ islamiah kepada masyarakat di pulau itu.Pengerusi JawatanKuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan , Mohd Nor Hamzah berkata pada masa sama mampu melahirkan lebih ramai  masyarakat berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia dengan terbinanya pusat itu kelak.“Langkah itu sejajar dengan hasrat kepimpinan negeri yang mahukan masjid-masjid di negeri ini dihidupkan dengan pelbagai program berfaedah.,”katanya.Beliau berkata sedemikian ketika diminta memberi ulasan semasa lawatan ke Pulau Perhentian, semalam.Katanya, kewujudan PDU di pulau itu dianggap sangat penting  kerana saluran penyampaian ilmu agama sangat terhad  berbanding dengan kehidupan masyarakat di tanah besar yang boleh menimba ilmu melalui pelbagai saluran termasuk program-program anjuran kerajaan .“Dengan penerapan ilmu yang sempurna mampu berupaya mengelak daripada terpengaruh dengan budaya asing,”katanya
24 Sep 19
936
Empty Image
Skuad Kawalan Keselamatan Jaga Kampung
Oleh: AminjiKEMAMAN, 24 September - Biro Keselamatan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Minal telah mengambil inisiatif melancarkan program kawalan keselamatan kampung untuk mencegah kegiatan maksiat, kecurian, pecah rumah dan pelbagai jenayah yang semakin berleluasa pada hari ini.Susulan dari aduan penduduk kampung, skuad kawalan keselamatan ini telah mula beroperasi sejak Julai lalu. Skuad rondaan ini melibatkan 25 orang petugas lengkap beruniform. Mereka akan melakukan rondaan secara bergilir-gilir ke seluruh kawasan kampung bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 1.00 pagi.Ketua Biro Keselamatan Kampung Pasir Minal, Syed Yuslem Bin Syed A. Ghani menyeru golongan belia khususnya untuk sama-sama turun padang dan memberikan komitmen sepenuhnya demi meningkatkan keselamatan dan keharmonian kampung.Menurut beliau yang ditemui pemberita baru-baru ini, Biro Keselamatan dengan kerjasama Biro Belia Majlis Keselamatan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Minal turut menyelitkan program  Usrah Pemuda yang diadakan setiap minggu bertempat di pos kawalan keselamatan sebelum operasi rondaan kampung dimulakan.Ini adalah bertujuan sebagai pengisian rohani kepada belia-belia kampung disamping mengeratkan silaturrahim sesama mereka.Usaha murni yang dilakukan oleh Biro Keselamatan ini telah mendapat pujian dan disambut baik oleh penduduk kampung apabila mereka turut sama bergotong-royong untuk membina pos kawalan keselamatan kampung yang diadakan 2 minggu lalu."Harapan saya semoga petugas-petugas kawalan keselamatan ini terus istiqomah dalam menggalas amanah untuk mencegah maksiat dan jenayah di kampung kita ini dan dapat dijadikan contoh ikutan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) lain," katanya.
24 Sep 19
1046
Empty Image
PPD Setiu Rintis Pertandingan 'War Cry' Di Terengganu
Mohd Yasmin bersama juara sekolah menengah dan rendah.Oleh : Ariss AliasSETIU, 24 September - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu menjadi perintis bagi pertandingan 'War Cry' di Terengganu.Pegawai PPD, Mohd Yasmin Yusof berkata, pertandingan tersebut adalah yang julung kali diadakan di negeri pantai timur itu."Pertandingan ini adalah sebagai 'spin off' atau penambahbaikan 'war cry' yang sedia ada agar dapat menjadi pencetus semangat kepada para pelajar, di mana sebelum ini ia hanya menjadi pengisian untuk menyambut pemantau dari pegawai-pegawai yang melawat ke sekolah."Saya melihat persediaan sekolah-sekolah yang terlibat amat hebat dan saya akan cadangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) supaya adakan pertandingan di peringkat negeri," ujarnya ketika ditemui media semasa kejohanan.Dalam kategori sekolah rendah, pasukan 'Reign of Sequeen' dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permaisuri meraih johan dengan mengenepikan 'Sehebat Fighter' yang mewakili SK Batu 29 di tempat kedua dan tempat ke-3 digondol SK Lembah Jaya.Sementara itu, bagi kategori sekolah menengah, SM Sains Setiu (SAIS) menerusi pasukan 'Victorious Pride' muncul juara, manakala naib johan milik 'Isetian Warrior' dari Sekolah Menengah Imtiaz Setiu dan tempat ke-3 jatuh kepada 'Soaring Smegs' dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong.Mengulas tentang kemenangan itu, Guru Pembimbing 'Victorious Pride', Zalizan Nordin berkata, beliau berbangga dengan pasukannya yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki itu."Mereka melakukan latihan sendiri dalam tempoh satu minggu untuk mencapai kejayaan tersebut."Selepas ini, saya merancang untuk mereka mengajar pelajar-pelajar lain pula agar pihak sekolah dapat menghasilkan bakat-bakat baharu," tambah beliau.Pertandingan 'War Cry' yang diadakan di Dewan Bijaksana, Perpustakaan Awam Daerah Setiu disertai oleh 12 pasukan sekolah rendah dan 14 buah sekolah menengah.Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, sijil, piala pusingan dan hamper. Naib johan pula, RM150 beserta sijil dan hamper,  tempat ketiga menerima RM100, sijil dan hamper.
24 Sep 19
1213
Empty Image
SESMA Kuasa Baharu Muzik Gamelan Terengganu
Sekolah SESMA dinobatkan sebagai juara edisi 2019.KUALA TERENGGANU, 24 September - Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang memperlihatkan persembahan berirama segar dan kreatif muncul sebagai juara Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu 2019 walaupun baru menyertainya buat kali pertama.Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negeri sejak semalam, sekolah itu menewaskan 16 lagi sekolah yang bersaing kali ini.Kemenangan itu melayakkan mereka untuk membawa pulang piala pusingan dan iringan bersama hadiah wang tunai RM1,500 serta sijil penghargaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan kecintaan terhadap seni muzik warisan negeri.Katanya, penganjuran program kali keempat tersebut juga mampu mencungkil bakat-bakat baharu yang secara tidak langsung akan mewarisi budaya itu.“Tahun ini kita boleh menyaksikan peningkatan daripada segi kualiti persembahan pasukan-pasukan yang bertanding termasuk sekolah yang baru kali pertama menyertai kejohanan ini.SM Sains Hulu Terengganu turut menyajikan aksi yang memukau untuk menggondol tempat kedua“Bagi penganjuran akan datang, Insya-Allah kita akan buka seluas-luasnya kepada sekolah yang ingin turut serta, namun penyertaan mereka juga bergantung kepada kelengkapan dan tenaga pengajar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pertandingan berkenaan, di sini hari ini.Sementara itu, naib johan pula disandang oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu dengan hadiah wang tunai RM1,000, dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu sekali gus menerima hadiah RM750. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek menerima anugerah khas juri bagi persembahan gamelan Melayu tradisional.Lain pasukan yang turut serta termasuklah dari SMK Tengku Mahmud, SMK Mak lagam, SMK Dato’ Haji Mohd Said, SMK Guntong, SMK Jenagor, SMK Padang Negara, SMK Seri Serating, SMK Ibrahim Fikri, SMK Bukit Diman, SMK Sultan Sulaiman, SMK Kompleks Gong Badak di samping MRSM Kuala Berang dan SMK Seri Nilam.Ariffin Deraman berucap merasmikan majlis penutup.
24 Sep 19
1231
Empty Image
Terengganu Rintis Program Latihan Kemahiran Bagi Pelajar Pondok
HULU TERENGGANU, 24 September - Terengganu menjadi negeri perintis yang memberi fokus kepada pelajar pondok melalui program latihan kemahiran yang telah diperkenalkan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memperkasakan inisiatif ini di pondok supaya lebih  tersusun dan sistematik untuk memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.Katanya, untuk permulaan seramai 30 pelajar Pondok Ibtida'i Ajil mengikuti kursus pertukangan dan perkayuan di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) yang beroperasi di Kampung Teris, Hulu Terengganu."Hasil respon pelajar ini yang pergi dua kali seminggu latihan, sangat teruja dan 'excited' dapat lihat kemahiran mereka daripada tidak ada pengetahuan hingga boleh membina wakaf dan membuat kerja pertukangan dan macam-macam. "Saya rasa ini adalah salah satu cara di pihak kerajaan negeri untuk memperkasakan mereka dan kita akan lebar luaskan di seluruh negeri...akan buat secara bertahap," ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran Di Pondok Tahun 2019 di Pondok Ibtida'i Ajil, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur,Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi  Arshad dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim.Ahmad Samsuri juga berkata satu kaedah atau cara paling sesuai akan difikirkan bagi kawasan yang tidak mempunyai tempat latihan kemahiran dan kosnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3.875 juta kepada 103 Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini.Beliau berkata, jumlah ini merupakan sebahagian dari 140 institusi pondok yang telah berdaftar dengan kerajaan negeri."Saya berharap bakinya hampir 40 yang belum berdaftar akan berbuat demikian dengan segera bagi memudahkan proses pengurusan," ujarnya.
24 Sep 19
144
Empty Image
EPIC Jayakan Latihan Kecemasan KEMA
'Kami Tuntut Gaji Tak Berbayar!'... Satu rusuhan olok-olok di Dermaga Whest Wharf Telok Kalong diadakan dalam Siri Latihan Kecemasan 'HSE Week 2019' hari ini.KEMAMAN, 24 September - Program Latihan Kod keselamatan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS) serta Pertubuhan Bantuan Bersama Kecemasan Kemaman (KEMA) 2019 disifatkan berjaya dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan bencana di kawasan industri minyak dan gas.Pengurus Kanan Keselamatan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Kamal Md Tan berkata, ia termasuk dalam Program Minggu Keselamatan Kesihatan 2019 ('HSE Week 2019') yang dianjurkan oleh pihaknya bermula semalam hingga 26 September ini.Kamal Md Tan.Katanya, latihan membabitkan perbelanjaan RM133,000 di Dermaga Whast Wharf Telok Kalong di sini hari ini disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Daerah Kemaman dan KEMA sendiri.Beliau berkata demikian di Sidang Media di pejabat EPIC di sini hari ini.Kecederaan anggota ditangani segera dalam Latihan Kecemasan KEMA di Telok Kalong Kemaman hari ini.Turut hadir Pengurus Besar Konsortium Pelabuhan Kemaman atau Sukma Samudra Ashari Mohamad, Pengurus Keselamatan Syarikat Bitumen Kemaman, Abdul Rohim Mohd dan Pengurus Operasi (MFSO) EPIC Berhad, Hazle Hazumi.Latihan bermula dengan rusuhan lapan orang pekerja di kapal berhampiran dermaga berkenaan kononnya pihak perusuh menuntut gaji dari majikan yang tidak dibayar selama enam bulan.Perusuh berjaya ditangkap.Perbincangan antara Perusuh dan PDRM serta pihak pengurusan syarikat diadakan untuk selesai masalah tetapi gagal.Perusuh mula membakar aset tertentu di kapal berkenaan sehingga suasana semakin mencemaskan.Anggota penyelamat menjalankan tugas.Tindakan kawalan dibuat oleh beberapa agensi keselamatan termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan APMM sehingga akhirnya api dapat dipadamkan serta rusuhan dapat ditamatkan.Pihak Hospital Daerah Kemaman kononnya membantu menyelesaikan beberapa insiden kecederaan perusuh dan pihak petugas operasi dan semua mangsa dibawa ke Hospital.
24 Sep 19
647
Empty Image
TSG Unggul Atasi 43 Pasukan Jelajah Asia
Pelumba TSG berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik Tour Of China 2. Foto ihsan - Media TSG KUALA TERENGGANU, 24 September – Terengganu Inc. Cycling Team (TSG) kini mendahului senarai 43 pasukan dalam saingan Jelajah Asia apabila mengumpul 1,965 mata mengatasi Team Sapura Cycling (TSC) yang mengumpul 1,956.97 mata di kedudukan kedua.Dua pasukan dari Malaysia itu bakal berentap bagi memburu kedudukan pertama Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berakhir bulan depan.Ia dilihat persaingan dua penjuru apabila pasukan di kedudukan ketiga, Team Ukyo dari Jepun sudah tidak mampu mencabar apabila sekadar mengumpul 943.17 mata.TSG pernah muncul juara Jelajah Asia pada 2012 berbanding TSC yang belum pernah memenangi kejuaraan itu sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.Youcef Reguigui menyarung jersi kuning.Pasukan dari Terengganu itu telah memenangi beberapa pencapaian terbaik seperti kejayaan Mohd Harrif Saleh menjuarai peringkat kedua LTdL, jersi kuning Tour de Siak menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dan Youcef Reguigui yang menyarung jersi pecut dalam Tour of China 2.Sementara itu, sepanjang musim ini, TSC meraih beberapa pencapaian cemerlang termasuk juara peringkat di perlumbaan berstatus 2HC (hors class) di Le Tour de Langkawi (2 peringkat) dan Tour of Qinghai Lake (1 peringkat).Selain itu, mereka turut meraih dua jersi kuning menerusi Benjamin Dyball (LTdL) dan Mario Vogt (Tour de Iskandar).
23 Sep 19
53
Empty Image
Keperluan Rakyat Diagih Mengikut Keutamaan - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 24 September – Keperluan rakyat yang menjadi agenda terpenting kerajaan negeri akan diagih mengikut keutamaan agar permasalahan utama dapat diselesaikan dengan menyeluruh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Islam menekankan Fiqh Awlawiyyat atau Fiqh Keutamaan dengan memberi penekanan kepada keperluan mendesak berbanding urusan yang hanya menjadi pelengkap.“Contohnya, kita (pihak berkuasa) ada duit RM5,000, kemudian ada permohonan untuk baiki atap rumah rakyat yang bocor sementara satu lagi permintaan bagi memasang penyaman udara di surau.“Tentunya saya akan beri keutamaan peruntukan untuk baiki atap yang bocor dahulu. Permohonan pasang aircond di surau bukan kita tak lulus, cuma ‘Keep In View’ (KIV) untuk kita selesaikan urusan yang lebih terdesak,” jelasnya dalam satu kenyataan di ‘Facebook’ rasminya semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, antara contoh lain adalah seperti permohonan bantuan rakyat bagi pembiayaan pembedahan dan perbiayaan bagi lawatan sambil belajar. “Lawatan sambil belajar pun perlu. Tapi saudara kita yang kritikal di hospital lebih mendesak keperluannya, kita utamakan bantuan pembedahan.“Selain itu, permohonan untuk masukkan bekalan air ke rumah rakyat kita akan dahulukan berbanding dengan permohonan mengecat dinding dewan orang ramai. Ini sekadar beberapa contoh mudah,” tambah beliauDalam pada itu, katanya, manusia tidak akan mampu melakukan semua perkara secara sekali gus namun ia bukanlah alasan untuk tidak memenuhi keperluan masyarakat.Ujarnya, dialog serta program secara berkala banyak membantu dalam menyediakan segala kelengkapan rakyat“Ia penting supaya masyarakat mendapat info terus daripada pihak yang berautoriti dan mereka boleh bertanya terus apabila ada perkara yang tidak jelas.“Alhamdulillah, rakyat kita boleh faham bila diberikan penjelasan yang baik. Komunikasi ini penting dan jurang antara kita yang mengurus dengan rakyat yang diurus perlu diminimakan,”.
23 Sep 19
152
Empty Image
KOSPEN Bantu Perkasa Komuniti Ke Arah Hidup Sihat
Afiq Hadri Amil.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 24 September - Program bersama Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) mampu memperkasa komuniti satu-satu kawasan ke arah gaya hidup sihat.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Afiq Hadri Amil berkata, inisiatif ini merupakan transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui peningkatan pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan mengabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar umbi.“Secara ringkasnya, tujuan program ini adalah untukmendidik komuniti ke arah gaya hidup dan sihat melihat peningkatan pengetahuan yang seterusnya membawa kepada perubahan amalan dan tingkahlaku yang diingini."Ia juga sebagai salah satu usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease atau NCD) di negara ini," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu program berkenaan bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di  Masjid Tok Jamal, Sabtu lalu.Jelasnya, inisiatif tersebut dilaksanakan secara agresif dengan penubuhan unit-unit yang terdiri daripada sukarelawan di kalangan masyarakat seluruh negara.“Kumpulan itu bertindak sebagai agen perubahan kesihatan dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM dan merupakan tunggak utama pelaksanaan aktiviti KOSPEN,” katanya dalam program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wakaf Mempelam itu.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK, Azmi Ali  berharap program seperti itu perlu diadakan secara kerap kerana ia memberi kebaikan kepada komuniti kampung. "Selain membantu masyarakat lebih prihatin kepada kesihatan diri, program ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung,” katanya.
23 Sep 19
743