lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Piala Belia : ‘Kami Mahu Juara’ - Terengganu FC IV
Foto ihsan - Media TFC IVKUALA TERENGGANU, 26 September - Menjelang aksi akhir kedua Piala Belia 2019 Sabtu ini, Terengganu Football Club (TFC) IV yang hanya selangkah menjulang trofi itu bertekad mahu memastikan kejuaraan itu menjadi milik mereka.Ketua pasukan, Tuan Ahmad Muqris Tuan Noor Marzuki, 19, berkata, setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan akhir pertama minggu lalu, skuadnya pada kali ini lebih bersedia mengatur strategi bagi merobek pintu gol PKNS FC.Katanya, tidak mustahil pasukannya akan muncul juara setelah melihat rakan sepasukannya mempamerkan semangat yang tinggi dalam latihan bermula sejak tiga hari lepas.“Kali ini kami lebih teliti mempersiapkan diri kami untuk menghadapi saingan akhir kedua pada hari Sabtu ini setelah kami tidak mendapat mendapatkan bekalan gol di tempat lawan tempoh hari.“Kami tidak berputus asa dan terus komited dalam latihan, masing-masingg berusaha kerana kami meletakkan target untuk menjulang menjulang Piala Belia,” ujarnya ketika dihubungi media hari ini.Skuad Muda Terengganu.Dalam pada itu, Ahmad Muqris sangat mengharapkan agar seluruh peminat bola sepak Terengganu hadir memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) hujung minggu ini“Harapan saya kepada penyokong yg berada di Terengganu supaya dapat datang ke stadium pada Sabtu ini bagi memberi sokongan dan semangat lagi kepada kami.“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan hadiah juara untuk semua penyokong dan rakyat Terengganu,” tambahnya.Dalam aksi pertama di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) 21 September lalu, TFC IV berjaya menghalang PKNS daripada mendapat bekalan selesa di halaman sendiri apabila berjaya mengikat keputusan 0-0.Keputusan itu juga sekali gus memberi kelebihan kepada skuad bawah 19 tahun Terengganu untuk merangkul gelaran juara.Muslihuddin Atiq ayam tambatan TFC IV.
25 Sep 19
507
Empty Image
Terengganu Lancar Video Pendek Cegah Jenayah Syariah Dalam Pawagam - Mohd Nor
KUALA TERENGGANU, 26 September - Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) melancarkan tayangan video pendek kempen pencegahan kesalahan jenayah syariah dengan kerjasama Lotus Five Star (LFS) Cinema bertempat di LFS Cinema di PB Sentral, hari ini.Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam JHEAT, Azan Alwi serta Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Mohd Nor berkata, video pendek berdurasi 51 saat itu  akan ditayangkan di kesemua 11 skrin panggung wayang tersebut sebelum tayangan filem bermula bertujuan mendidik, menasihati, berdakwah dan memberi peringatan untuk bersama-sama mencegah perbuatan jenayah syariah. Katanya, LFS Cinema menyambut baik usaha ini dan beliau yakin kerjasama seumpama itu mampu memberi impak positif dalam mendidik orang awam berkaitan kesalahan jenayah syariah terutama yang berkunjung ke pawagam LFS.“Kita bergerak seiring dengan melakukan pencegahan dan penguatkuasaan di dalam panggung wayang di mana dengan pencegahan, kita cuba untuk menyekat sebelum berlakunya kesalahan yang berkaitan dengan dosa dan maksiat berdasarkan enakmen jenayah syariah.“Sementara langkah penguatkuasaan pula akan diambil apabila berlakunya kesalahan dan aduan terhadap kesalahan itu khususnya dua kesalahan yang biasa diperhatikan iaitu kelakuan kurang sopan dan tidak menutup aurat,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan video pendek tersebut.Mohd Nor berkata, beliau berharap usaha pencegahan ini dapat mengelakkan masyarakat daripada terlibat dan bergelumang dosa melakukan kesalahan di bawah jenayah syariah.Tambah beliau, pihaknya berhasrat agar tayangan seumpama itu akan diperluaskan ke pawagam lain di negeri ini.
25 Sep 19
258
Empty Image
529 Pelajar Setiu Terima Manfaat CSR Repsol
Pelajar-pelajar yang terlibat.Oleh : Ariss AliasSETIU, 26 September - Seramai 529 pelajar daerah Setiu menerima manfaat daripada program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) yang dilaksanakan Repsol Oil & Gas Limited (Repsol) semalam.Pengurus Keselamatan Repsol, Mohd Nor Hairi Mat Sidi berkata, pihaknya amat menitikberatkan tanggungjawab sosial yang dibahagikan kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.Katanya, tujuh buah sekolah yang melibatkan pelajar tahun tiga dan empat turut berpeluang mendengar pengisian keselamatan melalui program Kempen Keselamatan bersama Pelajar Sekolah Rendah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok. “Kempen ini diadakan sebagai satu landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan diri bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah.“Ini kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri ini,” ujar beliau ketika ditemui media.Kuiz kesselamatan antara sekolah.Turut hadir Pegawai Khas Ko-Akademik PPD Setiu, Khairiah Abd Manan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Chalok, Abd Rahman Hussein.Dalam pada itu, Penolong Pembangunan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu, Rosmadi Nasir yang turut hadir merasmikan majlis amat menghargai usaha Repsol menjayakan program yang telah kali kedua diadakan di daerah Setiu itu dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM50,000.“Pengalaman dan ilmu pada hari ini tidak terdapat dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Melalui program seperti inilah, mereka mendapat maklumat tambahan,” kata beliau.“Tahniah kepada pihak Repsol dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dapat memberi manfaat kepada pelajar yang hadir,” tambah beliau lagi.Dalam sesi kuiz keselamatan antara sekolah, SMK Chalok (Model Khas) dinobatkan sebagai johan manakala naib juara disandang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek dan tempat ketiga milik SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Chalok Barat.
25 Sep 19
907
Empty Image
15,200 Benih Ikan Lampam Sungai Dan Kelah Untuk Galak Pembiakan
Dr Azman (tiga dari kiri) melepaskan benih ikan.BESUT, 25 September - Jabatan Perikanan Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri telah melepaskan 15,200 benih ikan Lampam Sungai dan Kelah di Hutan Lipur Lata Belatan, di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan  Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) itu adalah sebagai usaha bagi memastikan kelestarian sumber spesies tersebut di sungai-sungai utama negeri ini.Ujarnya, melalui langkah yang dijalankan secara berkala tersebut juga hasil pendapatan nelayan darat mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Dalam tahun ini bermula Januari hingga awal bulan ini, lebih 480,000 benih ikan dan udang telah dilepaskan ke perairan umum, sama ada sungai atau laut.“Pelepasan benih ikan di sini dijangka turut memberi manfaat kepada enam orang nelayan tulin (daerah Besut) yang menjadikan sungai sebagai sumber utama mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program pelepasan benih ikan berkenaan.Kata beliau, kesedaran orang awam berkaitan pemeliharaan spesies ikan asli perlu ditingkatkan agar hasrat kerajaan untuk memperkayakan sumber tersebut tidak sia-sia.Justeru menurut Dr Azman, kerjasama penduduk setempat amat diperlukan bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan proses didikan dan penguatkuasaan terhadap pihak yang menggunakan peralatan terlarang.“Kesedaran orang awam tentang penggunaan peralatan yang dilarang seperti bom ikan masih di tahap yang rendah agar spesies ikan asli di sini tidak pupus.“Orang awam perlu sedar jika peralatan menangkap ikan tidak mesra sumber masih digunakan usaha mendapatkan kembali populasi ikan asli amat sukar apabila ia pupus,” tambah beliau.
25 Sep 19
642
Empty Image
Rumah Tidak Terjual, Elak Manipulasi Warga Asing
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (kanan) berbincang sesuatu dengan wakil-wakil syarikat perumahan di Perkarangan DUN di Wisma Darul Iman hari ini. KUALA TERENGGANU, 25 September – Menyelesaikan masalah lambakan rumah mewah tidak terjual berjumlah kira-kira  RM100 bilion di seluruh negara hari ini tidak semudah ucapan.Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia perlu dilihat secara lebih komprehensif supaya Kerajaan Pusat dapat mengurangkan tekanan terhadap lambakan rumah berkenaan.Katanya, Kerajaan Pusat perlu memikirkan bagaimana Skim Rumah Kedua (Second Home) supaya pembeli warga asing tidak memanipulasi skim tersebut bagi tujuan mendapat Status Penduduk Tetap.“Saya rasa dengan skim pemilikan rumah sebagai 'second home' (rumah kedua) ini pun haruslah dilihat bagaimana cara supaya mereka ini tidak berada di Malaysia mempunyai objektif yang lain.“Seperti untuk mendapat status penduduk tetap dan akhirnya terus menetap di negara kita.“Jadi ini sudah lari dari objektif dasar rumah kedua negara. Jadi saya rasa ini tidak semudah kita ucapkan tetapi perlu dilihat secara lebih komprehensif supaya kita dapat mengurangkan tekanan terhadap lambakan rumah belum terjual itu,” katanya Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perumahan Bercampur Kampung Bukit Cina Pasir Akar Besut di Perkarangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Terdahulu sebuah portal berita melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan Penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.Bagaimanapun, Dr Ahmad Samsuri menjelaskan ia hanya lontaran idea dan tidak ada sebarang keputusan dari mesyuarat kabinet.“Saya difahamkan apa yang disebut oleh YB Menteri Perumahan adalah satu lontaran yang dibuat semasa satu majlis perasmian dan belum ada lagi kertas kabinet dibuat ataupun apa-apa keputusan kabinet tentang perkara ini.“Pada saya ianya harus dilihat lebih menyeluruh, bukan sekadar kita ada lambakan rumah, nak selesai dan nak jual rumah begitu sahaja.“Perlu ada perbincangan yang khusus bagaimana cara untuk menyelesaikan lambakan rumah ini,” tambahnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata ia bukan masalah pembeli dan penjual semata-mata tetapi ia juga melibatkan institusi perbankan dan lain-lain institusi.“Jadi saya rasa semua pihak perlu duduk mencari jalan. Bagaimana cara terbaik  rumah-rumah ini dijual, difahamkan ada yang berharga RM1 juta sebuah.“Ada lebih kurang RM100 bilion lambakan rumah yang belum lagi terjual, tentulah dengan harga demikian, dengan kesukaran pihak-pihak yang mahu mendapatkan pinjaman semacam ‘dead lock’ (terkunci mati), rumah berkenaan tidak dapat dijual.Sebab itu katanya, isu ini perlu dirungkai secara menyeluruh bukan sekadar berfikir untuk menjual rumah tanpa mengambil kira siapa pembelinya.“Bukan sekadar kita ada rumah, kita cari orang asing untuk membeli rumah termasuklah kalau isu orang asing beli rumah sekalipun ada cara penyelesaiannya perlu dibuat,” ujarnya.
25 Sep 19
80
Empty Image
Sarkas Ekstrem Dibenarkan Bersyarat
KUALA TERENGGANU, 25 September - Kerajaan negeri membenarkan penganjuran Sarkas Ekstrem oleh Great British Circus yang dijadualkan berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 5 hingga 28 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kebenaran tersebut diberikan susulan permohonan baharu oleh pihak penganjur pada Ogos lalu yang memenuhi syarat dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.Menurut Ariffin, sebelum ini surat permohonan oleh pihak penganjur untuk mengadakan program ‘Circus On Ais’ pada Jun lalu tidak diluluskan kerana bertentangan dengan prinsip patuh syariah yang dipegang kerajaan negeri berikutan ada percampuran antara lelaki dan perempuan ketika persembahan.“Pihak penganjur telah membuat permohonan pada Jun lagi untuk mengadakan pertunjukan sarkas ini tetapi setelah kita bincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), mereka dinasihatkan untuk mengubah beberapa perkara.“Kemudian, mereka hantar balik surat permohonan pada Ogos lalu yang menyatakan mereka bersetuju mematuhi syarat yang kita tetapkan termasuk hanya membenarkan artis sarkas lelaki yang beraksi dan melakukan persembahan yang tidak keterlaluan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Ariffin berkata, isu ini timbul apabila ada sesetengah pihak didakwa menyangkal prinsip patuh syariah yang diperkenalkan kerajaan negeri sedangkan setiap penganjuran program perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
25 Sep 19
84
Empty Image
Kerajaan Usaha Pendekkan Tempoh Kelulusan
Oleh : Mustaqim AfandiKEMAMAN, 25 September - Kerajaan negeri sedang cuba memendekkan masa bagi kelulusan setiap permohonan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) kepada para usahawan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia bertujuan agar mereka tidak perlu menunggu lama proses untuk kelulusan sesuatu perkara.Antaranya, kata beliau ialah, projek dalam pembangunan pembiayaan dan perniagaan serta premis perniagaan.Menurutnya, kerajaan negeri juga menyediakan platform yang sangat baik kepada usahawan iaitu menghimpunkan semua agensi kerajaan dibawah satu bumbung untuk bermesyuarat dan berbincang dinamakan sebagai Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).“PEUTER akan menjadi satu medan untuk permudah cara kepada usahawan bertemu dengan agensi yang berkaitan dengan keusahawanan bagi menyampaikan maklumat dan membantu.“Antara agensi-agensi dibawah PEUTER yang terlibat ialah Sme Corp, Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), Lembaga kemjuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TEKUN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPHNHEP) dan lain-lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Himpunan Usahawan Terengganu 2019 di Dewan Berlian, Majlis Perdana, Kemaman, pada semalam.Seramai  2,000 orang  usahawan daripada Daerah Dungun dan Kemaman yang mewakili zon selatan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman hadir dalam program tersebut.Tambah beliau, sebanyak 30 agensi-agensi dari kerajaan negeri dan persekutuan hadir  bagi menyampaikan maklumat yang tercicir dan membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah berkaitan keusahawanan.“Dengan adanya program seperti ini usahawan boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak yang menawarkan khidmat bantuan dalam perniagaan.“Ini adalah penanda aras menunjukkan semakin ramai usahawan yang cakna dengan program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU),” kata beliau.Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah dan berharap agar para usahawan faham  dengan jelas dan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah.
25 Sep 19
55
Empty Image
Laksana Manifesto, RM3.875 Juta Untuk 103 Sekolah Pondok Dan SAR Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri menyerahkan replika cek berjumlah RM310 Ribu bagi lapan institusi kepada wakil sekolah pondok di Kuala NerusHULU TERENGGANU, 25 September – Kerajaan negeri terus melaksanakan salah satu manifestonya sebagaimana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke 14 dalam  bentuk sumbangan kewangan sebanyak RM3.875 juta  kepada 103 Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap usaha yang dilakukan oleh mereka yang telah berjuang dalam memartabatkan pembangunan insan dikalangan masyarakat.Katanya, sumbangan kali pertama ini mencakupi untuk sekolah-sekolah pondok yang diusahakan dengan jerit perih mereka sendiri yang mana mereka mencari dan membangunkan tanah wakaf serta membina bangunan dengan kudrat hasil usaha mereka dan masih mengekalkan pengajian kitab mereka.“Dan sekolah-sekolah pondok ini banyak melahirkan individu-individu serta tokoh-tokoh yang telah beri khidmat kepada masyarakat dalam membangunkan pembinaan insan bukan hanya di Terengganu tetapi juga di luar negeri.“Bahkan mereka menyambung pengajian yang lebih tinggi di institusi –institusi terkenal di seluruh dunia dan kembali berkhidmat di tanahair mereka sendiri atau di luar negeri Terengganu.Oleh itu, kerajaan melahirkan rasa prihatin untuk memberi sumbangan setakat kemampuan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran Di Pondok Tahun 2019 di Pondok Ibtida'i Ajil, semalam.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. ahmad Samsuri Mokhtar dengan penyerahan sembilan replika cek kepada wakil institusi pondok, tahfiz dan SAR yang berdaftar dengan pihak kerajaan negeri.Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin;; Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi  Arshad dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim.Satiful berkata sumbangan ini turut merangkumi pusat-pusat tahfiz al-Quran ,sama ada yang bergabung dengan pendidikan konvensional mahupun dengan maahad tahfiz yang sedia ada yang dibina daripada sumbangan wakaf dan derma dari kalangan masyarakat.
25 Sep 19
443
Empty Image
‘Mesin ATM Besar Maknanya Pada Kami’ - Abdul Rahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 25 September - Rata-rata penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi mengucapkan syukur dan terharu dengan kemudahan ‘Automated Teller Machine’ (ATM) yang berjaya direalisasikan sejak beberapa bulan lalu.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jabi, Abdul Rahim Ghazali, 52, berkata, sejak kewujudan mesin ATM itu, penggunaannya boleh dikatakan umpama ‘pisang goreng panas’.Katanya, beban masyarakat Jabi yang terpaksa berulang alik sejauh 16 kilometer dan berbelanja sebanyak RM15 ke bandar Jerteh semata-mata untuk mengeluarkan wang kini sudah tiada.“Sejak ada mesin ATM ini, budak-budak kampung kata ‘laku keras’ kerana ia sangat memberi kemudahan tanpa perlu pergi jauh ke Pusat Bandar Jerteh, ia sangat besar maknanya pada kami.“Alhamdulillah, rakyat Jabi amat bersyukur sebab keperluan ini sepatutnya dah lama ada. Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim atas usaha keras beliau merealisasikan impian kami untuk mempunyai mesin ATM di Jabi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian ATM Agrobank yang disempurnakan Dr Azman di Stesen Minyak Caltex, di sini semalam.Dalam pada itu, menurut Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain. “Dalam membentuk kerjasama ini bukan semua perkara kena kira untung rugi sebab kita manusia ini bukannya mesin kira di kaunter pasar raya.“Walaupun ada yang mengatakan agak keterlaluan mengadakan majlis perasmian sebuah mesin ATM, biarlah kecil bagi orang lain, tapi bagi penduduk di sini ia berbeza.“Hari ini bukan setakat majlis perasmian, pihak Agro Bank juga bermurah hati mengagihkan zakat kepada asnaf terpilih dan pihak Caltex menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan setia mereka,” tambah beliau.Beliau turut berterima kasih kepada pihak Agro Bank dan Pengurusan Stesen Caltex Jabi yang memberikan keizinan untuk menempatkan ATM di premis mereka tanpa sebarang sewa. “Dalam tempoh hampir tiga bulan dipasang, penggunaannya sangat menggalakkan. Ada potensi untuk dinaik taraf kepada kiosk pula dimasa depan,’’ katanya.
24 Sep 19
233
Empty Image
40 Media Antarabangsa Lawat Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 25 September - Dalam usaha mempromosi destinasi serta produk pelancongan tempatan seramai 40 wakil media antarabangsa seluruh dunia akan dibawa melawat Terengganu dalam Program Pembelajaran Media dan Agensi Pelancongan (Famtrip) bermula 23 hingga 27 Oktober depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kehadiran mereka turut disertai media utama, pelancongan serta blogger terkenal daripada Eropah, Australia, Jepun dan China.Jelasnya, wakil-wakil media itu akan dibawa melawat beberapa lokasi pelancongan utama seperti Taman Tamadun Islam (TTI), jambatan angkat dan muzium agar mereka dapat mempromosi tempat-tempat tersebut melalui akhbar, laman sosial atau blog masing-masing.“Famtrip sebagai satu cara kita mempromosikan Terengganu di peringkat dunia, secara tidak langsung orang luar lebih tahu tentang negeri ini dan berminat ke sini.“Setakat ini kita jemput 40 orang dan mereka ini ada daripada akhbar, majalah pelancongan dan sebagainya yang sesuai untuk kita promosi produk pelancongan kita,” ujar beliau.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu, di sini semalam.Dalam pada, Ariffin berkata, kedatangan musim monsun yang bermula Oktober ini dijangka tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini.Ini kerana katanya, Terengganu mempunyai tarikan lain selain pulau-pulau yang biasa dikunjungi pelancong.“Kita sedang tingkatkan promosi bagi menarik mereka ke sini, seperti di Kenyir kita ada jalankan ‘monsoon casting’ dan jambatan angkat (drawbridge) pula kita dah buka galeri kepada orang ramai.“Walaupun pulau-pulau ditutup ia tidak menjejaskan jumlah pelancong terutama pada musim cuti sekolah akhir tahun yang biasanya lebih meriah dengan pelancong dari luar Terengganu,” tambah beliau.
24 Sep 19
82