Artikel "Semasa" Terkini
‘Bermainlah Demi Lencana Di Dada’ – Zairo Anuar
Zairo Anuar Zailani.KUALA TERENGGANU, 27 September – Menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, bekas kapten skuad Penyu, Zairo Anuar Zailani mahu pemain Terengganu bermain dengan sepenuh hati menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam esok.Ujarnya, walaupun bermain di stadium keramat JDT dan ketinggalan 0-1 mengikut aggregat, ia tidak bermaksud pasukan Terengganu telah mengaku kalah atau tersungkur daripada persaingan.“Bermainlah sepenuh hati demi lencana di dada dan ingatlah kepada setiap peminat yang selalu memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.Zairo yang juga bekas pemain kebangsaan turut menegaskan, kunci untuk meraihkan kejayaan dalam perlawanan adalah memberikan fokus terhadap segala perancangan jurulatih. “Apa yang penting, setiap pemain harus fokus dalam 90 minit permainan dan dengar setiap arahan serta taktikal jurulatih, bagi 100 peratus untuk kalahkan JDT, Insya-Allah kita mampu.“Setiap pemain mesti beraksi lebih baik malam esok lebih-lebih lagi Stadium Larkin adalah kubu kuat JDT.“Saya yakin keupayaan pemain Terengganu, mereka mampu mengatasi JDT malam esok untuk melayakkan mereka ke separuh akhir,” tambahnya.Untuk rekod, Zairo merupakan skuad emas Terengganu yang berjaya merangkul Piala Malaysia pada tahun 2001 di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris.
27 Sep 19
845
Operasi Ajak Umat Islam Solat Jumaat
Oleh: Aslam WiraMARANG, 27 September - Operasi seruan menunaikan solat Jumaat yang bertujuan memberi peringatan awal kepada umat Islam di daerah ini dimulakan di kira-kira 12.30 tengah hari ini.Langkah itu bertujuan untuk membuat menghebahkan kesalahan undang-undang syariah kerana tidak menunaikan solat Jumaat bagi lelaki yang waras, baligh dan berakalKetua Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR), Nasaruddin Samsudeng, berkata dalam memperkasakan syariah dan menyahut seruan kerajaan negeri ‘Terengganu Maju Berkat Sejahtera, operasi itu diteruskan sebelum membuat tangkapan bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran“Untuk pengetahuan umum, kesalahan tidak menunaikan solat jumaat adalah di bawah seksyen 16, Enakmen kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, yang akan dikenakan denda maksimun RM3000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.” katanyaBeliau berkata berkata demikian ketika ditemubual Urusetia Penerangan Darul Iman di Pejabat Agama Daerah Marang sebaik sahaja selesai operasi tersebut.Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Marang, Yusuf Abdul Hadi menjelaskan, usaha untuk memperkasakan syariah ini akan terus disokong dan dibantu supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai lebih-lebih lagi muslim.Katanya, program hebahan dan seruan pada hari ini, dengan cara memasang pembesar suara di kawasan penjaja, dan tempat awam adalah salah satu langkah memberi kesedaran awal sebelum Pejabat Agama Daerah Marang mengambil tindakan“Saya telah mencadangkan satu usaha kepada Majlis Daerah Marang bagi mewujudkan dan menambah bilangan papan tanda peringatan tentang kesalahan-kesalahan syariah.”katanyaMenurutnya, papan tanda tersebut akan dipasang di tempat-tempat rehat dan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai seperti di Pulau Kekabu serta Pantai Peranginan Kelulut."Saya berharap orang ramai dapat bersama-sama melakukan amar makruf nahi mungkar di tempat dan kawasan kita, supaya memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah SWT."Operasi kali ini disertai oleh lebih 10 orang sukarelawan termasuk dua Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) daripada Pejabat Agama Daerah Marang," katanya.
27 Sep 19
71
Enam Teras, 60 Strategi Dan 130 Program Dalam Pelan Strategik Pertanian
KUALA TERENGGANU, 27 September - Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu yang dirangka untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2019 hingga 2023 mengandungi enam teras strategik, 60 strategi dan 130 program.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan tersebut melibatkan golongan sasar dalam industri pertanian yang terdiri daripada rakyat awam .“Golongon belia yang bakal memacu tampuk pemerintahan, persatuan, koperasi, syarikat-syarikat, pelabur, GLC dan yang berkenaan yang mana golongan ini adalah amat penting dalam merealisasikan usaha pelan strategik halatuju pertanian terengganu 2019 – 2023. “Pelan strategik yang dirangka ini adalah kemas, lengkap dan dapat dijadikan rujukan akademik dan oleh semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian ketika berucap dalam Program Hari Penternak, Peladang dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, disini, semalam.Oleh itu , menurutnya pelan tersebut yang telah dilancarkan pada 4 ogos yang lalu telah pun melalui fasa pertama iaitu fasa pemulihan semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan industri asas tani yang telah sedia ada“Strategi (yang) kedua ialah fasa menyenarai dan mengemaskini semula status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan di bawah seksyen 62 kanun tanah negara (ktn) bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan.“Strategi ketiga pula. fasa memanfaatkan tanah-tanah kosong serta memperkayakan sumber perikanan dan penternakan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau yakin ramai pengunjung yang akan mengambil peluang dalam industri tani di samping berkongsi idea sepanjang empat hari sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan tersebut.“Di samping memberi manfaat kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian.“Kita juga berhasrat melahirkan ‘agropreneur’ muda supaya masyarakat peladang, penternak dan nelayan berjaya menukar minda tradisional kepada lebih moden.“Dengan mempraktikkan amalan pertanian baik dengan teknologi terkini yang merupakan kunci kejayaan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan berpendapatan tinggi,” tambah beliau.
27 Sep 19
325
Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’
KUALA TERENGGANU, 27 September - Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran.Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza.“Pandangan Profeser Jomo itu adalah pandangan seorang ahli ekonomi dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika. “Jadi pada saya ahli-ahli ekonomi seperti Profeser jomo sebenarnya ada pendapat dia berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam.Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta kehendak kerajaan.“Jadi pada saya ikut (pendapat) Perdana Menteri dalam bab ini,” tegasnya.Menurut laporan media, Dr Jomo berkata, kerajaan kini tidak ada sebab untuk meneruskan komitmennya kepada projek ECRL selepas terbongkar yang projek itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.Namun demikian menurut Tun Dr Mahathir, kerajaan tetap komited melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana pandangan Dr Jomo adalah pandangan peribadi beliau.
27 Sep 19
155
MKTS Peluang Rakyat Bertemu Pemimpin
Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil.KUALA NERUS, 27 September- Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) 2019 Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing Seberang Takir di sini diadakan bertujuan memberi peluang rakyat bertemu mata dengan kepimpinan kerajaan negeri.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan)Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, kesihatan dan alam sekitar negeri, Dr Alias Razak merasmikan program tersebut.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula kelmarin dan akan berakhir Sabtu ini.Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus.Pelbagai acara menarik disediakan termasuk Pertandingan Kacau Bubur Asyura melibatkan 80 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Nerus, Ceramah oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus dan cabutan bertuah.Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.
26 Sep 19
72
Berita Palsu Wujudkan Suasana Tidak Harmoni
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 27 September- Penyebaran berita palsu yang berleluasa tanpa batas di kalangan masyarakat bakal mewujudkan suasana tidak harmoni dan tidak stabil.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesan daripada berita yang tidak benar akan menimbulkan reaksi yang buruk oleh masyarakat terhadap sesuatu perkara.“Maka, saya hendak mengingatkan dan menasihati pada rakan-rakan kita supaya melaporkan berita yang benar dalam melaksanakan kerja ataupun tangungjawab kita sebagai seorang wartawan.“Jangan sekali-kali kita membuat telahan ataupun sangkaan yang tidak benar dan tidak menepati konteks yang dikehendaki oleh orang yang menyampaikan maklumat tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di Primula Beach Hotel, semalam.Beliau turut memuji kerjaya wartawan yang bertindak sebagai penyampai maklumat dan pembentuk minda masyarakat melalui isu-isu yang disampaikan.“Lakukanlah atau buatlah apa saja kaedah sekalipun, yang penting kita mesti melaporkan dengan cara yang benar kerana ia satu tugas yang mulia.“Elakkan daripada mewujudkan berita yang memberi persepsi buruk kepada orang yang menyampaikan berita kerana persepsi masyarakat dibentuk melalui berita dan maklumat yang disampaikan dalam media,” katanya.
26 Sep 19
54
Ubah Pertanian Dengan Teknologi Digital Dan IR 4.0
SETIU, 26 September - Setiap Jabatan dan agensi pertanian negeri Terengganu mesti mengubah cara dan kaedah pendekatan untuk menarik minat golongan muda menerusi penggunaan teknologi digital dan IR 4.0.Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, golongan tersebut lebih terdedah dengan kecanggihan teknologi berbanding kaedah tradisional sebelum ini.Oleh itu, katanya, pihak yang terlibat perlu proaktif dan mempergiatkan usaha bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat dan halatuju pertanian.“Evolusi teknologi dalam pertanian hari ini membantu dalam pelbagai aspek. Bermula dengan penggunaan gajet atau peralatan, kaedah atau sistem yang digunakan, kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan dilakukan."Hasilnya, kos operasi, tenaga buruh, masa dan penggunaan ruang dapat dikurangkan. Begitu juga teknik persembahan serta pembungkusan hasil pertanian juga telah jauh lebih bersih, kemas dan menarik semata-mata bagi memenuhi permintaan pasaran dan minat pengguna,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Pekan Jabi, disini pada hari ini.Menurutnya, golongan muda sekarang tidak berminat dalam bidang pertanian berbanding orang tua.“Kebanyakan peladang, petani dan nelayan majoritinya adalah terdiri daripada warga emas. Oleh itu, negara kekurangan pelapis generasi muda untuk memperhebat dan meneruskan kerancakan bidang pertanian negara kita.“Oleh kerana itu, adalah jelas bahawa bidang pertanian bukan bidang yang berkelas rendah. Bidang pertanian merupakan sebuah bidang yang menjadi sumber rezeki yang kukuh kepada para petani, penternak dan nelayan,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan menyarankan agar para ibubapa dapat memupuk minta anak-anak muda mendekati bidang pertanian.“Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membuka peluang kepada pelapis dan pemain baharu dalam bidang pertanian.“Walaupun tempat kerjanya tidak di pejabat berhawa dingin, namun jika dilaksanakan dengan tekun dan mengikut kaedah yang tepat, InsyaAllah anak kampung mampu menjadi usahawan dan jutawan kelak kerana berbudi kepada tanah,’’ tambah beliau.
26 Sep 19
455
Kerajaan Negeri Bantu 2,270 Ibu Tunggal Bebas Dari Belenggu Kemiskinan
Dato' Dr Mohd Khairuddin (kiri) merasmi Kursus Perniagaan Usahawan Wanita untuk 32 Ibu Tunggal Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 26 September– Kerajaan negeri membantu kira-kira 2,270 ibu tunggal daerah Kuala Nerus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan dan tekanan hidup antara lain melalui bantuan pinjaman dan khidmat nasihat perniagaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana usahawan di kalangan ibu tunggal dan fakir miskin perlu dibantu demi meningkatkan taraf hidup mereka.“Demi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup di kalangan rakyat Kuala Nerus terutama mereka yang berstatus ibu tunggal dan fakir miskin yang ingin berniaga, mereka perlu dibantu.Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus dirasmikan oleh Dato' Dr Mohd Khairuddin.“Antara bantuan yang boleh kita beri kepada mereka ialah kita perlu memberi latihan dan pendedahan tentang ilmu-ilmu asas tentang perniagaan makanan dan memberi bantuan modal agar mereka dapat membuka perniagaan secara kecil-kecilan sebagai permulaan," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Usahawan Wanita Parlimen Kuala Nerus (Batch 1), di Marina Duyong & Resort, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS) , baru-baru ini.Seramai 32 ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah hadir dalam kursus tersebut. Antara 32 peserta Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus bergambar beramai-ramai.Dr Mohd Khairuddin juga berharap, program sebegini dapat melahirkan ramai usahawan wanita bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Sementara itu Pembantu Pembangunan Masyarakat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Saifulnizan Harun @ Hashim ketika dihubungi hari ini menjelaskan bahawa seramai 4,087 orang ibu tunggal Kuala Nerus berada dalam senarai YPK.Katanya dari jumlah itu seramai 2,270 orang menghadiri pelbagai program kesejahteraan YPK termasuk program hafazan Al-Quran, taklif, kaunseling, kursus perniagaan, latihan kemahiran, senaman tai chi dan lain-lain.
26 Sep 19
99
Rakyat Perlu Bersiap Sedia Hadapi Musim Banjir- APM Terengganu
Pegawai APM menunjukkan isyarat arahan pengendalian bot kepada pasukannya dalam simulasi menyelamat semasa banjir.MARANG, 25 September- Rakyat Terengganu khususnya dinasihatkan bersiap siaga untuk menghadapi bencana banjir akibat monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal November nanti.Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMN) Terengganu, Mejar (PA) Amer Sarifudin Zalman berkata, walaupun ia merupakan keadaan biasa bagi penduduk di negeri itu keselamatan tetap perlu diutamakan.“Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita sedang berada di musim peralihan monsun Barat Daya ke monsun Timur Laut sehingga awal November. Mejar (PA) Amer.“Nasihat saya kepada penduduk tempatan yang sudah semestinya tahu di mana kawasan berlaku banjir supaya mempersiapkan diri. Jika ada arahan daripada pasukan penyelamat atau makluman daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), di minta jangan ragu-ragu berpindah ke pusat pemindahan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Latihan UlangKaji Pengendalian Bot APM Terengganu di Sungai Kerak dan Kampung Jenang, semalam.Dalam sesi tersebut, seramai 70 pelatih APM terdiri dari seluruh Terengganu hadir menyertai simulasi pengendalian bot dan menyelamatkan mangsa.Berkenaan dengan persediaan menghadapi bencana banjir, Amer memaklumkan APM Terengganu memiliki kekuatan 320 anggota serta 24 hingga 32 biji bot yang bersedia. Simulasi menyelamatkan mangsa dalam air turut dilakukan.“Bagi seluruh negeri Terengganu pula, kita mempunyai keseluruhan 2,725 anggota terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.“Selain itu, kita juga bersedia untuk menghadapi kecemasa lain yang berlaku dan semasa banjir jumlah anggota akan ditambah mengikut keperluan,” katanya.Bagi negeri Terengganu, MetMalaysia menjangkakan taburan hujan pada kadar normal iaitu antara 350mm hingga 700mm dan bencana banjir dianggarkan seperti tahun 2018.Namun, agensi-agensi yang terlibat turut bersedia untuk menghadapi fenomena banjir besar yang tidak dijangka sebagaimana yang berlaku pada tahun 2014.Anggota APM yang menyertai latihan.
26 Sep 19
1351
Edisi Pertama 'Tour Of Peninsular 2019' : Terengganu Taja RM500 Ribu
Kerajaan Terengganu penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa 'Tour Of Peninsular 2019'. Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama Muhd Opandi (dua dari kanan) memperkenalkan penaja utama dan promosi untuk acara tersebut.KUALA TERENGGANU, 26 September - Kerajaan negeri menaja sebanyak RM500,000 sekali gus menjadi penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa Tour of Peninsular 2019 bermula dari Dungun ke Setiawangsa, 15 hingga 19 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penajaan itu akan kembali kepada negeri Terengganu melalui program sewaan bilik hotel dan promosi pelancongan negeri sepanjang program berjalan.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bercakap dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.Katanya, kira-kira 20 pasukan bertaraf antarabangsa akan turut serta dalam lima pentas (stage) pertandingan, berakhir di Setiawangsa, Kuala Lumpur."Kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran perlumbaan bertaraf antarabangsa bukan sahaja kerana acara itu menyediakan ruang promosi dan penjenamaan yang cukup besar kepada sektor sukan pelancongan negeri, tetapi juga menyediakan ruang bagi rakyat negeri ini menyaksikan pasukan dan pelumba-pelumba negeri bertanding dalam perlumbaan yang cukup besar di laman mereka sendiri," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, perlumbaan 'Tour Of Peninsular' ini juga akan membawa jenama 'Visit Beautiful Terengganu' ke serata dunia melalui siaran 'live streaming' yang jelas dan lebih berkesan berbanding siaran televisyen konvensional.Ustaz Wan Sukairi (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelumba Terengganu. "Acara berbasikal antarabangsa itu juga akan mempromosikan Terengganu kepada pelancong domestik kerana perlumbaan ini juga akan dibawa ke negeri-negeri lain pada peringkat seterusnya," jelas beliau.Masyarakat antarabangsa juga katanya berpeluang melihat dengan lebih dekat keindahan jambatan angkat atau 'drawbridge' Terengganu melalui beberapa acara dan perlumbaan yang melibatkan penggunaan jambatan itu sendiri.Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Motoshoot Event Sdn Bhd, Dato Muhd Opandi Che Wook selaku pengajur, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesungguhan membantu melancarkan penganjuran acara tersebut.Antara pelumba Terengganu akan turut serta dalam acara tersebut."Penajaan ini amat besar maknanya untuk kami. Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan perbelanjaan kewangan yang agak besar, tetapi menggerakkan hampir keseluruhan jentera pentadbiran negeri dalam membantu memastikan acara ini dilangsungkan dengan jayanya khas penganjuran acara pra-perlumbaan dan acara di Peringkat 1 dan 2."Tour of Peninsular 2019 itu akan berlangsung pada 15 hingga 19 Otober ini dengan penganjuran bertaraf UCI2.1 lebih rendah satu mata berbanding Acara Berbasikal Antarabangsa Tour De Langkawi dengan penyertaan 20 pasukan professional UCI dan kebangsaan dari serata dunia," tambahnya.Laluan peringkat pertama bermula dari Dungun ke Kuala Terengganu sejauh 196 kilometer pada 15 Oktober, peringkat kedua, Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 197.8 kilometer (16 Oktober), peringkat ketiga, Pasir Mas ke Gerik sejauh 200 kilometer (17 Oktober), peringkat keempat, Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 110.5 kilometer (18 Oktober) dan peringkat kelima, Tapah ke Setiawangsa sejauh 146.4 kilometer (19 Oktober).
25 Sep 19
317