lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Bergerak Ke Arah Ganti KUSZA - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 29 September - Kerajaan Terengganu sedang mengkaji semua aspek untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebagaimana dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri telah melihat pelbagai aspek termasuk tempat dan kursus yang akan dilaksanakan."Kita (kerajaan negeri) kena tengok kalau kita nak buat sebuah institusi pengajian tinggi (seperti KUSZA contohnya), bukan boleh tengok apa yang akan kita buat tahun depan.Dato' Sri Syed Zainal Abidin menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi."Kita kena tengok empat tahun lima tahun akan datang bagaimana keadaan (pelaksanaannya). Jadi banyak perkara perlu dibuat untuk mengkaji semua perkara ini."Kita akan cuba realisasikan sama ada ianya wujud pada peringkat awal itu sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sama ada satu kursus atau satu diploma dahulu, pelaksanaan itu akan kita tengok dan kerajaan betul-betul berhasrat untuk merealisasikan setakat mana boleh kita buat dahulu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Bicara Darul Iman di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman di sini hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi di majlis tersebut.Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang seterusnya berkata mewujudkan institusi pengajian tinggi tidak semestinya pada hari pertama terus 'full flash' (buat sepenuhnya)."Ia mungkin bermula dengan menumpang tempat sementara dahulu, tengok kesesuaian tempat terlebih dahulu dan ini yang sedang kita kaji sekarang ni."Apa yang kita cuba bentuk dan rangka sekarang ini ialah kewujudan sebuah institusi seumpama KUSZA dan namanya belum diputuskan lagi."Pada peringkat ini kita sedang melihat kesesuaian, mana yang lebih sesuai, melihat kepada perkembangan peraturan-peraturan yang sedia ada," jelasnya lagi.Jelasnya, kerajaan negeri perlu kesinambungan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah Islam yang sedang dan akan dilaksana. "Kita sudah membentuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga dalam proses pelaksanaan untuk tahun 2020 (tahun depan), sekurang-kurangnya sebuah sekolah seumpama itu (SMIDI) akan diwujudkan," tambah beliau.
29 Sep 19
261
Empty Image
Bubur Asyura Tanda Penyatuan Masyarakat Setempat
penduduk ketiga-tiga kampung berpadu tenaga menjayakan program Mesra Kasih As-Syura.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU,29 September - Ketibaan Muharam turut disambut dengan penganjuran majlis memasak bubur asyura (sura) yang telah sebati dan menjadi sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat terutama di Terengganu dan Kelantan.Ketika Muharam menghampiri penghujungnya, majlis seumpama itu semakin banyak diadakan yang mana ia menjadi aktiviti menyatukan masyarakat setempat.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Tok Nasek, Abdul Rahim Abdul Rashid berkata, budaya mengacau bubur sura merupakan tradisi bagi masyarakat Islam di negeri Terengganu.“Aktiviti ini menjadi batu asas kepada perpaduan masyarakat yang cinta akan keamanan dan keharmonian dalam kampung setempat yang diadakan saban tahun bagi menyambut permulaan tahun Hijrah."Hari ini sebanyak enam kawah disediakan dan juadah tersebut dimasak secara bergotong royong antara penduduk setempat melibatkan tiga buah kampung iaitu kampung Gong Tok Nasek,Gong Baru dan Gong Parit," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam Program Mesra Kasih As-Syura di Perkarangan Masjid Gong Tok Nasek, Sabtu lalu.Program berkenaan dianjurkan oleh tiga MPKK kampung dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa masjid yang julung kali dibuat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ketiga-tiga kampung.
29 Sep 19
574
Empty Image
Selepas Julang Piala Belia, Wira Terengganu Enggan Dabik Dada
'Atiq watak penting Terengganu B-19 yang menjulang Piala Belia semalam.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 29 September – Selepas meranapkan impian PKNS FC yang ingin mempertahankan Piala Belia semalam, Wira Terengganu FC IV, Muhammad Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid enggan mendabik dada.Katanya, walaupun menyumbang satu gol yang juga jaringan kemenangan untuk TFC IV, dia tetap mahu fokus bagi terus meningkatkan prestasi permainan.“Saya gembira kerana dapat membantu Terengganu untuk menjadi juara pada malam ini, persiapan yang rapi diadakan sebelum perlawanan malam ini dengan mengenakan latihan intensif membantu saya untuk menjaringkan gol tadi.“Walau bagaimanapun, saya tidak mahu berhenti setakat ini, saya mahu terus meningkatkan mutu permainan dan mencapai lebih kejayaan termasuk bersama skuad kebangsaan,” ujarnya semasa ditemui pemberita selepas tamat perlawanan semalam.Sementara itu, Pemain Tengah Terengganu FC IV, Muhammad Azam Azmi Murad yang turut terpilih menyertai pemilihan Skuad Kebangsaan bagi menghadapi kelayakan AFC B-19 2020 pada 31 Oktober ini gembira dengan pencapaiannya bersama TFC IV.Azam tekad untuk terus mencipta kejayaan bersama Terengganu dan Malaysia.Ujarnya, dia yang gemar berada di bahagian tengah diletakkan untuk bermain pada posisi pertahanan kanan dalam pasukan Malaysia B-19.“Apa pun posisi yang diberikan, saya akan buat yang terbaik dan mengikut arahan jurulatih.  “Saya akan terus fokus untuk pemilihan skuad negara sejurus selepas ini dan pasukan Terengganu tetap menjadi keutamaan saya,” jelasnya.Untuk rekod, dalam karier ‘Atiq dan Azam sebagai pemain kebangsaan, mereka telah menjaringkan satu gol apabila membantu Malaysia muncul naib juara dalam Kejohanan AFF B-18 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini. Seorang lagi pemain Terengganu FC IV yang terpilih untuk menyertai latihan Skuad Kebangsaan bersama ‘Atiq dan Azam ialah Muhamad Rahadi Azli Rahalim yang beraksi di posisi penjaga gol.
28 Sep 19
1561
Empty Image
Terengganu FC B-19 Juara Piala Belia
Skuad 'Ubi' Terengganu berada pada kelas tersendiri apabila hanya bolos lapan gol sepanjang kejohanan. KUALA TERENGGANU, 28 September - Skuad bola sepak bawah 19 tahun Terengganu muncul juara Piala Belia 2019 selepas menewaskan PKNS FC B-19 1-0 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.Beraksi di stadium keramat Terengganu FC IV, PKNS FC turun dengan kesebelasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu selepas terikat 0-0 pada saingan akhir pertama minggu lalu.Segala-galanya bermula baik buat PKNS FC apabila hadir menerusi ancaman Ezry Fashli Halimi seawal minit ke-3, namun sepakannya tinggi melepasi palang gol.Tersentak dengan serangan itu, TFC IV bangkit melakukan serangan pantas, hasilnya pada minit ke-5 rembatan leret Muslihuddin 'Atiq dinafikan pertahanan PKNS.Pada minit ke-20 serangan pantas TFC IV melalui gerakan Muhammad Aiman Hakim hampir membuka jaringan pertama, namun sekali lagi dinafikan pertahanan PKNS FC.Perlawanan terus berlangsung sengit dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan, namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan tiada jaringan terhasil.Bersambung babak kedua, TFC IV memperkemaskan rentak permainan, serangan bertali arus menerusi kepantasan sayap kiri dan kanan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan mereka.'Atiq muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan.Minit ke-50 gerakan cantik dari tengah padang hampir-hampir memecah kebuntuan gol, apabila ‘Atiq bijak menyelinap dari sayap kanan sebelum melepaskan rembatan kencang yang ditepis penjaga gol.Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil, pada minit ke-62 hantaran dari tengah padang berjaya dihidu ‘Atiq sebelum menggelecek pertahanan dan penjaga gawang PKNS.Gawang yang terbuka luas terus dimaanfaatkan ‘Atiq untuk jaringan pertama yang juga gol kemenangan buat pasukan TFC IV sekali gus menggembirakan 1,225 penyokong.PKNS yang sesekali hadir melancarkan serangan ternyata buntu untuk untuk merobek pertahanan TFC IV yang diketuai Muhammad Ikhwan Hakim.Keputusan 1-0 terus kekal hingga tamat perlawanan walaupun PKNS hampir menjaringkan gol beberapa minit sebelum permainan tamat.Dengan kemenangan itu, TFC IV membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta piala kejuaraan, manakala, PKNS yang muncul sebagai naib juara menerima RM50,000.
28 Sep 19
598
Empty Image
Sukan Dapat Jauhkan Gejala Negatif
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 28 September – Anak-anak muda diharap dapat menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dengan melibatkan diri dalam acara sukan antaranya bola sepak.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, dengan adanya program ini dapat mengelakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini.“Dengan adanya program-program sebegini,semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat,” jelasnya.Ustaz Riduan berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak Penalti Piala beliau, di sini, pada hari ini.Menurutnya, sebanyak 44 pasukan berentap di padang Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2 yang dianjurkan sempena "Kempen Anti Dadah 2019".Program tersebut telah dirasmikan baru-baru ini di Medan Selera Jertih Oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Nor Hafizza Mat Zin.Oleh itu, Ustaz Dr. Riduan berkata, Pejabat Penyelaras Parlimen Besut akan mempelbagaikan program seumpama itu untuk anak-anak muda."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini. Dengan adanya program-program sebegini, semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat.“InsyaAllah kita akan adakan program berbasikal "FUN RIDE" peringkat Parlimen Besut pada hujung Bulan 10 nanti dan diharap dikalangan anak muda paling ramai yang akan menyertai nanti,” ujarnya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan program tersebut.
28 Sep 19
321
Empty Image
XOCM Bantu Promosi Terengganu
Peserta XOCM Ganu East Coast Ride 2019 bersama Wan Sukairi (tengah) dan Ahmad Amzad (lima dari kanan) di Pantai Batu Buruk.KUALA TERENGGANU, 28 September - Kerajaan negeri mengharapkan agar Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Korporat dan Swasta tampil bagi menjayakan program-program pelancongan dalam merealisasikan industri pelancongan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata badan-badan itu dialu-alukan untuk membantu kerajaan negeri menerapkan didikan terutama di kalangan golongan belia dan remaja tentang pengendalian motosikal dan cara menunggang berhemah."Ia  sebagai satu usaha mengurangkan gejala-gejala negatif seperti merempit, buli jalanan seterusnya membantu meminimakan kadar kemalangan jalan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan XOCM Ganu East Coast Ride 2019 di Pantai Batu Buruk di sini semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim. Ahmad Amzad (kiri) menandatangani patung penyu (ikon Terengganu) seorang peserta XOCM Ganu East Coast Ride 2019.Acara itu bermula dari Kuala Lumpur semalam dan berakhir di Batu Buruk hari ini.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri berharap agar program sebegini membuktikan pengendalian kenderaan bermotor secara positif boleh memberi manfaat terutama kepada generasi muda yang meminati permotoran sama ada menjadikan permotoran sebagai karier atau mengambil peluang-peluang keusahawanan di dalam industri permotoran.“Program sebegini sememangnya dialu-alukan oleh kerajaan negeri kerana ia mampu memberi impak kepada kempen promosi Beautiful Terengganu, Malaysia berdasarkan ’participation event’ (acara penyertaan) yang boleh menarik penyertaan pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara berdasarkan ’spectator event’ (penonton acara) yang boleh membawa kehadiran ramai peminat-peminat motor berkuasa tinggi dalam dan luar negara,” jelasnya.Ahmad Amzad (kanan) turut serta dalam Acara XOCM Ganu East Coast Ride 2019.Beliau juga mengharapkan peserta acara tersebut membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Terengganu.“Di samping itu ia boleh merapatkan ukhwah sesama rakan permotoran di samping menjadikan ahli-ahli kelab sebagai duta pelancongan Negeri Terengganu dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Terengganu,”ujarnyaWan Sukairi juga berkata, negeri Terengganu sentiasa menjadi pilihan di kalangan pemilik dan peminat motosikal yang mengambil kesempatan untuk aktiviti berkonvoi menghabiskan percutian mereka di negeri ini.
28 Sep 19
635
Empty Image
Roket Air Bawa SMK Tengku Ibrahim Ke Jepun
SMK Tengku Ibrahim turut membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berbentuk tajaan daripada Yakult Malaysia.Oleh : Ariss AliasSETIU, 28 September - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Roket Air Asia Pasifik yang akan berlangsung pada bulan November nanti di Tokyo, Jepun.Kejayaan itu tercipta apabila SMK Tengku Ibrahim yang bertanding mewakili negeri Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Roket Kebangsaan 2019 (KRK 2019) setelah menewaskan 20 pasukan lain termasuk 15 SMK setiap negeri dan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).Pengetua SMK Tengku Ibrahim, Che Adam Che Muda ketika dihubungi berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pasukan yang diketuai guru pengiring, Azmi Jaafar dan Nik Mohd Zulkifli Tuan Ismail serta dua orang pelajar tingkatan empat, Aqlan Che Nazri dan Muhammad Isyraf Sukor.“Bagi pihak pengurusan sekolah, saya ucapkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu dan ibu-bapa pelajar sendiri atas kerjasama erat yang diberikan,” ujarnya.Sementara itu, menurut Azmi, dalam pertandingan berkenaan, setiap pasukan perlu melancarkan roket sejauh 80 meter bagi melayakkan mereka memenangi kejohanan itu.“Semasa peringkat akhir pasukan SMK Tengku Ibrahim berjaya menyasarkan lebih kurang 12 inci daripada pusat bulatan dan telah dinobatkan sebagai johan KRK 2019.“Kami turut meraih johan kategori roket inovasi buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun lepas.“Roket inovasi ialah roket yang dihasilkan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga botol minuman bergas terpakai dan dilancarkan tegak 90 darjah ke udara,” katanyaKRK 2019 dianjurkan oleh Planetarium Negara dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada 23-26 September lalu di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Puncak Alam, Selangor.
27 Sep 19
1254
Empty Image
Taekwando Pantai Tawan Hati Pengunjung TBG
Peserta sekolah tadika yang berjaya mengondol pingat.KUALA TERENGGANU, 27 September - Pertandingan taekwando pantai yang menjadi acara utama dalam ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) 2019 berjaya menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara untuk menyaksikan sukan itu.Presiden Persatuan Taekwando Negeri Terengganu (PTNT), Dato’ Din Adam berkata, Terengganu merupakan pemula dan satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan tersebut.Selain itu ujarnya, sukan ‘dodgeball’ turut mencuri perhatian pelancong apabila ramai antara yang mereka turut serta mencuba permainan berkenaan.“Kemeriahan sambutannya dirasai apabila acara-acara itu memperlihatkan peningkatan penyertaan peserta tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.“Sambutan hebat daripada peserta dan pengunjung itu sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada penduduk sekitar yang membuka perniagaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian TBG 2019 yang disempurnakan oleh Penaung PTNT dan TBG, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Sri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud di Batu Burok, di sini hari ini.Din Adam mencadangkan agar TBG dijadikan acara tahunan.Sementara itu, menurut Pengarah TBG 2019, Mohamad Ramlan Mohd Farook, beliau berbangga dengan sokongan dan penyertaan peserta pada kali ini yang menunjukkan peningkatan mendadak.Katanya, peningkatan peserta dalam acara taekwando kategori sekolah tadika mampu memberikan impak yang positif dalam pembangunan sukan itu pada masa hadapan.“Untuk sekolah tadika, yang mengumpulkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam mencatatkan 159 peserta manakala sekolah menengah menyaksikan 192 orang bertanding.“Penyertaan untuk ‘fun ride’ juga membuktikan TBG ini mampu memberikan pulangan lumayan kepada negeri, apabila seramai 700 peserta akan berkayuh malam ini” tambahnya.Dalam pada itu, Ramlan memaklumkan, pihaknya yakin lebih 10,000 pengunjung akan hadir menyaksikan kemeriahan TBG 2019 yang akan berakhir esok.Mohamad Ramlan. 
27 Sep 19
134
Empty Image
Cadangan ‘Terengganu Beach Game’ Jadi Acara Tahunan Akan Diteliti
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 27 September - Kerajaan negeri akan meneliti cadangan untuk menjadikan program ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) sebagai acara tahunan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu bergantung kepada penganjuran berkenaan sama ada ia mampu memberikan impak yang positif kepada beberapa sukan yang dilaksanakan dalam program berkenaan.Jelasnya, pembangunan rakyat dan perkembangan ekonomi negeri adalah dua aspek lain yang akan diberikan perhatian sekiranya program itu mahu dimasukkan ke dalam kalendar negeri.“Kita juga akan melihat sejauh mana garis panduan yang telah kita berikan kepada penganjur diikuti dan dilaksaakan dalam TBG ini.“Sekiranya ini semua menunjukkan perkembangan yang baik, saya rasa tiada masalah TBG ini untuk dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri,” ujarnya.Wan Sukairi bersama Persatuan Dodgeball Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengunjungi program tersebut di Dataran Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.Mengulas lanjut tentang garis panduan yang diutarakan kerajaan negeri untuk sukan pantai itu, beliau berkata pihak penganjur memberikan kerjasama yang baik.“Hari ini saya turut melihat pelaksanaan dan bagaimana cara permainan ini berlaku, Alhamdulillah beberapa penambahbaikan telah dilakukan selepas pertemuan sebelum acara berlangsung sebelum ini.“Beberapa syarat telah kita sepakat bersama dan hari ini saya melihat tidak berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu pasukan,” tambah beliau.TBG yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok menyajikan beberapa jenis sukan, antaranya Taekwando, ‘Dodgeball’ dan berbasikal.Sukan taekwando turut dipertandingkan.
27 Sep 19
237
Empty Image
Bicara Ilmu HPPNT Tarik Minat Ribuan Penduduk Jabi
Antara pengunjung yang hadir.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Spertember - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 yang berlangsung empat hari turut disajikan dengan pengisian ilmu agama selain pameran lembu sado.Mohd Razak Ramli, 51, salah seorang pengunjung HPPNT yang juga seorang petani berkata, usaha berkenaan mampu memupuk jati diri sebagai seorang muslim sejati lebih-lebih lagi anak muda yang baru melibatkan diri dalam dunia pertanian. “Memang sesuailah program ini diselit dengan majlis ilmu sebegini selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera. “Teruskanlah program sebegini untuk meningkatkan dan menambah ilmu agar lebih mendalam lagi supaya para petani ini faham bukan setakat kerja semata-mata tetapi ilmu mesti ada dalam dada sedikit sebanyak,” ujarnya ketika ditemui media selepas Bicara Ilmu sempena HPPNT 2019 semalam. Katanya, sejak dahulu lagi ramai anak-anak muda yang bersama dalam bidang pertanian masih ‘tenat’ yang terkadangnya tidak menunaikan solat. “Sejak menceburi dalam bidang pertanian padi ini kebanyakan anak muda banyak lalai padahal sembahyang yang dituntut oleh agama. Kalau dikira, rezeki ini datang dari Allah SWT tetapi manusia ini kebanyakannya lalai dengan benda tu,” ujarnya.Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung, Nur Aina Akilah Abd Athwah, 23, berkata, dia begitu teruja untuk menyaksikan para panel yang biasanya hanya dilihat di kaca televisyen. “Alhamdulillah, malam ini bukan sekadar boleh lihat kambing lembu sado tetapi disuburi dengan majlis ilmu oleh Ustaz Harryanto Rizzal Rokman dan Ustaz Fauzi Mustaffa.“Tahniah kerajaan negeri kerana pandai ‘tackle’ hati orang muda seperti kami untuk turut serta. Ia pun sesuailah untuk ‘menegur’ sesetengah penternak, nelayan, petani serta orang ramai. Kena pada sasaran,” katanya.
27 Sep 19
248