lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kempen Anti Dadah Tarik Minat Anak-Anak Pondok
Kempen anti dadah sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaanya.  Oleh: Norekwan MamatBESUT, 1 Oktober - Kempen anti dadah yang telah diadakan di daerah Besut selama sebulan telah menarik perhatian dan minat anak- anak pelajar  Pondok Ubudiyyah tentang bahaya penyalahgunaanya.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, program tersebut telah dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.  “kita perlulah bekerjasama antara Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)   untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang bahaya penyalahgunaan ini menerusi pelbagai kempen mahupun di dalam kuliah- kuliah.“Melalui kerjasama antara agensi berkenaan, banyak program dapat dilaksanakan dengan berkesan serta pelbagai maklumat penting dapat disalurkan kepada orang ramai,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas forum subuh di Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar, Hulu Besut pada hari ini.Menurutnya, kempen tersebut sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaan ini. Turut hadir sama ialah Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Riduan Mohd Nor, selebriti Bob Lokman dan  Zuar XPDC.
01 Oct 19
862
Empty Image
Kemahiran Pentadbiran MPKK Terus Diperkasa
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 1 Oktober - Penerapan ilmu pentadbiran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan terus diperkasa dari semasa ke semasa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia bagi mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan setiap pemimpin masyarakat lebih dekat dengan rakyat.Walau bagaimapun, beliau menjelaskan, kemahiran MPKK dalam mengurus hal ehwal organisasi memerlukan sedikit masa untuk diasuh dan mencapai kejayaan.“Tiada orang yang pegang sesuatu jawatan terus mahir dan pandai dalam semua segi, ada tempoh belajar dan memahirkan diri yang perlu dilalui, kerajaan terdahulu melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mentadbir 60 tahun berbanding kita yang baru setahun lebih.“Sudah tentu ia tahap pengurusan itu berbeza, tetapi daripada segi semangat dan keterbukaan untuk berkhidmat kepada rakyat, MPKK telah menunjukkan kecemerlangan,” katanya di ‘Facebook’ rasminya hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, semangat itulah yang disemai dan diasuh supaya kemahiran anggota MPKK mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Daripada semangat yang ada itu, kita akan manfaatkan, gunakan semangat itu untuk kita asah dengan kemahiran yang lain,” jelasnya.Tambah beliau, dalam konteks Kerajaan Terengganu, Penghulu dan Pengerusi MPKK ialah orang yang berbeza.“Penghulu ialah penjawat awam, bermula sebagai Penghulu Mukim kemudian boleh dinaikkan gred menjadi Penghulu Kanan, Penghulu Tinggi dan Penghulu Tertinggi.“Pengerusi MPKK atau sebelum ini JKKK dilantik oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh dua tahun, selepas itu, pelantikan semula akan dibuat. “Bidang kuasa perlantikan MPKK telah diputuskan oleh kabinet di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan di bawah MPKK ada lima belas ahli jawatankuasa,” tambah beliau.
01 Oct 19
53
Empty Image
22 Tahun Saya Tunggu Saat Ini - Mek Tang Na
Mek Tang Na.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 1 Oktober - Tiada ungkapan yang mampu diluahkan melainkan perasaan gembira bagi seorang penduduk tempatan, Siti Aslina Abdullah, 48, apabila menerima hak milik tanah semalam.Menurut Aslina yang juga mesra dengan panggilan Mek Tang Na, impiannya untuk memiliki tanah sendiri sejak menjadi penduduk di Pulau Redang 22 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan.Katanya, dia begitu teruja dan tidak sabar menanti hari penyerahan hak milik oleh kerajaan negeri setelah melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan tanah berkenaan.“Saya bersyukur kerana diterima menjadi penduduk yang terbukti telah banyak mengubah hidup keluarga saya memandangkan saya tidak mempunyai tanah sejak menjadi penduduk di sini.Aslina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Peserta-Peserta Bagi Rancangan Penempatan Semula  di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.Shafizi dan Satiful bersama-sama penerima.Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang hadir sama berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah-wajah penerima geran tersebut.Beliau juga berharap agar penerima mampu menguruskan tanah itu dengan baik demi manfaat generasi akan datang.“Ia adalah hadiah kepada penerima setelah hampir 30 tahun menunggu saat ini. Mereka berhak memohon dan baru sekarang ia dapat direalisasikan dengan penyerahan rasmi geran hak milik ini.“Kerajaan negeri terus komited penyelesaikan isu tanah rakyat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PAS,” ujarnya.Dalam majlis tersebut, seramai 105 pemohon yang menanti sejak program tersebut diluluskan kerajaan negeri pada tahun 1994 telah mendapat geran hak milik. 
30 Sep 19
227
Empty Image
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan TM One
KUALA TERENGGANU, 1 Oktober- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani perjanjian perkhidmatan dengan Unit Rumusan Perniagaan Perusahaan dan Awam Telekom Malaysia Bhd (TM), TM One bagi penyediaan kapasiti baharu jalur lebar untuk sambungan internet berkelajuan tinggi melalui TM ONE Direct Internet Access dan Internet protocol Virtual Private Network (IPVPN).Perjanjian itu ditandatangani Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Ketua Pegawai Eksekutif TM One, Ahmad Taufek Omar dalam satu majlis yang diadakan di Paya Bunga Hotel, semalam.Hassan Basri berkata, jalinan kerjasama itu membolehkan UniSZA dan TM One melaksana transformasi digital bagi memacu ke arah era Pendidikan 4.0 yang dipengaruhi Revolusi Industri 4.0.Katanya, dibawah perjanjian tersebut, TM akan menyediakan kapasiti baharu jalur lebar berkelajuan lima GBPS (Gigabit Per Saat) bagi tempoh lima tahun bermula Oktober tahun ini yang akan memberi manfaat kepada 13,000 warga UniSZA di tiga lokasi iaitu kampus utama Gong Badak, kampus cawangan di Tembila, Besut dan Kampus Perubatan, Kuala Terengganu.“Sambungan internet yang dinaiktaraf ini adalah sebahagian daripada perjalanan tranformasi digital UniSZA ke arah mencapai Revolusi Industri 4.0 dan meningkatkan lagi kecekapan operasi universiti,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan itu.Sementara itu Ahmad Taufek berkata, kapasiti jalur lebar berkelajuan lebih tinggi itu akan meningkatkan lagi produktiviti UniSZA dan membolehkan komuniti kampus mengakses aplikasi berkaitan pendidikan yang kreatif dan inovatif dengan cara yang cepat dan lebih teratur.“Dengan peningkatan penyambungan, pentadbir kampus, ahli akademik serta pelajar akan dapat berhubung dengan kampus lain dengan lebih pantas dan efisyen,” ujarnya.
30 Sep 19
108
Empty Image
71 Periuk 'Sughe' Mewarnai MKTS
Mohd Fazil (tengah) melihat hasil masakan bubur Asyura Gong Kijang.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 30 September - sebanyak 71 periuk 'Sughe'(bubur Asyura) mewarnai Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Telaga Daing di sini Sabtu lalu.Pertandingan memasak bubur Asyura itu melibatkan 66 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kuala Nerus dan lima agensi kerajaan.Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, program ini bertujuan melihat kreativiti dan kerjasama antara MPKK yang bertanding.Mohd Fazil ( tengah) menyaksikan pertandingan bubur asyura di MKTS Seberang Takir."Kita lihat setiap MPKK mempunyai kreativiti masing-masing dan semangat kerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut."Disitulah kita dapat melihat eratnya silaturahim  dan keistimewaan mereka dalam mengubah serta mencantikkan  dekorasi 'Sughe' itu," katanya ketika ditemui di program tersebut.Johan bagi acara tersebut ialah MPKK pengkalan Arang, tempat kedua dimenangi oleh MPKK Telaga Batin dan tempat ketiga Perumahan Wakaf Tembesu.Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Timur dan lain-lain.
30 Sep 19
100
Empty Image
Silat Jatuh Gegarkan Pekan Jabi
Pesilat Terengganu dan Kelantan berentap merebut kejuaraan.Oleh: Hidayah AzlinFoto : NorekwanSETIU, 30 September - Pesilat Jatuh Terengganu dan Kelantan menggegarkan Pekan Jabi dalam pertarungan epik sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun aktiviti berkenaan agak asing di Terengganu, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan."Kehadiran paling ramai berbanding dua hari lepas yang dihadiri bukan setakat dari negeri Terengganu malah Kelantan dan Pahang turut hadir memeriahkan program.“Melihat keberjayaan pada program malam ini, insya-Allah kita bersedia untuk menganjurkan lagi di masa depan sebagai acara tahunan,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut di Dataran Pekan Jabi, di sini.Dr Azman menyampaikan hadiah kepada pemenang.Sementara itu, pemenang Pesilat Terbaik Keseluruhan, Azwan Yaacob, 28,  berkata, dia yang juga anak jati Jabi dari Kampung Kerandang tidak menyangka memperoleh kejayaan tersebut."Ini kali kedua masuk pertandingan silat. Sebelum ini pernah masuk di Tanah Merah, Kelantan, tetapi tiada rezeki menang.‘"Sudah sepuluh tahun belajar silat di kampung, hanya kerana minat, sejak tingkatan tiga lagi yang kemudiannya memulakan pengajian ilmu pertahankan diri ini," katanya.Di samping itu, seorang lagi pemenang yang berasal dari Kampung Kerandang, Jabi, Nadzri Ghazali, 47, turut berasa gembira atas kejayaan sulong yang diperolehinya."Ini kali pertama saya menyertai dan menang dalam pertandingan Silat Jatuh berbanding sudah lima tahun berturut-turut saya menjadi dalam pertandingan Silat Tari Tercantik di peringkat Daerah," katanya yang mula belajar ilmu persilatan sejak 18 tahun lagi.Kehadiran yang luar biasa.
30 Sep 19
74
Empty Image
Terengganu Anjur Himpunan Lembu Sado Khamis Ini
Antara lembu sado yang mencuri perhatian ramai.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Persatuan Penternak Ruminan Terengganu bakal menganjurkan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) pada tiga hingga lima Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas melihat sambutan yang luar biasa daripada pengusaha lembu sado dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019.Katanya, pameran dan pertandingan lembu sado turut menjadi tumpuan utama pengunjung HPPNT sejak program itu bermula Rabu lalu."Lantaran permintaan tinggi daripada para pemilik lembu sado dan juga ramai yang tidak dapat menyertai HPPNT kerana kuota pada kali ini sangat terhad."HLSPT bertempat di Dataran Pekan Jabi pada tiga hingga lima Oktober ini dengan hadiah sebanyak lima ekor lembu, Insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Lembu Sado sempena HPPNT, di Dataran Pekan Jabi, di sini kelmarin.Azman turut berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua lembu yang dipelihara di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan konsep pasar ternakan."Insya-Allah, kita akan menghimpunkan seramai yang mungkin. Ia  juga akan dibuat dengan konsep pasar ternakan. Bagi yang membawa lembu tetapi tidak mahu membawa balik, dia boleh jual terus di pasar ini."Kita akan jadikan acara HLSPT ini sebagai acara tahunan dengan dataran Pekan Jabi ini akan jadi tuan rumah," tambah beliau.Orang ramai yang berminat untuk menyertai HLSPT dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Amirul di talian 019-9222757.
30 Sep 19
864
Empty Image
'Bulat' Dinobat 'King Of Sado' HPPNT 2019
Amirul (dua dari kiri).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September – Lembu baka Belgium Blue, Bulat dinobatkan juara pertandingan lembu sado dalam kategori senior di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 kelmarin.Pemiliknya, Amirul Firdaus Sasfarizam, 17, berkata, disebabkan minat mendalam terhadap lembu sado, dia berkecimpung dalam bidang itu sejak di bangku sekolah lagi.Anak muda yang berasal dari Chalok, Setiu itu mengusahakan penternakan lembu sado tiga tahun lalu bersama bapa saudaranya."Memang hobi berada bidang ternakan ini sejak daripada kecil. Dulu saya menternak lembu kampung, sekarang semuanya sudah dijual. Kini lembu baka Belgium Blue, Limousin dan Charolaise menjadi pilihan saya dan kesemuanya berjumlah 16 ekor."Sebanyak sepuluh kilogram dedak dan rumput Napier sehari diberi kepada ‘Bulat’ dan dimandikan tiga  kali sehari pagi, petang dan malam," ujarnya ketika ditemui pemberita.Dr Azman bersama 'bulat'.Menurut Amirul, dia pernah mendapat naib juara dalam pertandingan sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA), di Manir, tahun lalu."Saya rasa sangat gembira sebab dengan niat saya bawa lembu berumur dua tahun empat bulan ini, saya sudah dapat merasakan nombor satu dalam genggaman."Alhamdulillah, dengan izin Allah, Tuhan bagi sebuah kejayaan kepada saya," tambah beliau.HPPNT yang bermula 25 hingga 28 september itu diadakan sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap sektor pertanian.Jawatankuasa gerai pameran dan jualan melaporkan berjaya mengutip hasil jualan berjumlah RM562,273.60 selama empat hari.
30 Sep 19
500
Empty Image
Hampir 5000 Pengunjung Meriahkan MKTS
Oleh : Hailmey MansorKuala Nerus, 30 September - Hampir 5000 pengunjung memeriahkan Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing,Seberang Takir dari 26 hingga 28 September lalu.Pengarah program MKTS, Hamidi Jusoh menyifatkan program ini berjaya kerana menarik ramai pengunjung menyertai pelbagai acara yang diatur oleh pihak penganjur."Saya berpuas hati kerana program ini berjaya dan ia merupakan julung-julung kali diadakan dan berjaya menarik hampir 5000 pengunjung."Walaupun ada perkataan 'mini' tetapi saya dapat rasakan ia sebagai 'mega' kerana berjaya menarik ribuan orang untuk hadir," kata Hamidi ketika ditemui pemberita selepas program itu berakhir Sabtu lalu.Program sepanjang tiga hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat termasuk Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.Sementara itu Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat dan agensi kerajaan."Program ini berjaya kerana ia dapat merapatkan hubungan agensi kerajaan dengan orang awam."Orang ramai boleh beramah mesra dan boleh tahu apa agensi kerajaan tawarkan khidmat kepada mereka,"ujar Fazil Wahab.
29 Sep 19
32
Empty Image
Karnival Main Ga'yong Pantai Timur Berpencak
Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 29 September - Karnival Main Ga'yong Pantai Timur dijangka menggamit seribu kenangan buat warga Perguruan Persilatan di negeri Terengganu apabila ianya bakal diadakan pada 3 hingga 5 Oktober ini di Kijal.Karnival tersebut akan menghimpunkan seluruh guru silat dari Pantai Timur malah turut melibatkan Perguruan Persilatan dari Selangor, Melaka, Johor, Kedah dan negara jiran iaitu Thailand yang akan berkampung selama tiga hari di Pantai Penunjuk, Kijal.Karnival yang julung kali diadakan itu adalah hasil kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan Pertubuhan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA) dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya Demontrasi Seni Silat Tradisi, Demontrasi Pergendangan, Himpunan Busana Tradisi, Pameran Senjata Melayu, Kejohanan Silat Olahraga dan Santai Ilmiah yang bertajuk Ulama dan Pendekar Berpisah Tiada.Selain pameran dari agensi kerajaan, turut diadakan adalah Sukan Rakyat, gerai jualan, Pertandingan Memancing Pantai, Explore Race, Musang Berjanggut, Bola Sepak Pantai, Tarik Tali, Panjat Tiang licin dan Gusti Bantal.“Semua warga Pantai Timur dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival yang akan dijadikan sebagai acara tahunan di Kemaman ini,” seru Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Haji Hazri Jusoh ketika ditemui di Pantai Penunjuk, Kijal.“Di samping pelbagai acara menarik yang disediakan, kita juga menghidangkan jamuan rakyat gulai kawah bagi pengunjung yang bertandang di karnival tersebut pada hari kemuncak iaitu hari Sabtu 5 Oktober ini,” ujar beliau lagi.Karnival ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara Perguruan Persilatan di seluruh Pantai Timur.Majlis perasmian dijadualkan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali selaku Khalifah Gayong Terengganu.
29 Sep 19
1992