lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kayuhan Amal Rekreasi Sambil Berkebajikan
Oleh: Saifullah JusohFoto: Norekwan Mamat, Jusmawari JusohBESUT, 1 Januari - Disamping aktiviti menyihatkan tubuh badan, Kayuhan Amal Daerah Besut telah memberi bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Pegawai Daerah Besut Rozali Salleh berkata, mereka juga menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada golongan tersebut."Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringakan beban asnaf-asnaf di Mukim Kuala Besut."Dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut di sini, pada hari Selasa, 31 Disember.Turut menyertai ialah Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Kayuhan tersebut dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, YB Haji Nurkhuzaini Abd Rahman di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Besut.Menurut Rozali, seramai 300 orang peserta telah menyertai kayuhan ini."Saya melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama dengan masyarakat dalam program sebegini."Dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kayuhan ini kerana ianya berjalan dengan lancer,” tambah beliau.Program itu diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta kayuhan yang bertuah.
01 Jan 20
208
Empty Image
Sistem Perisian Direktori Jimat Wang Kerajaan RM362,442
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kewujudan sistem perisian bagi menggantikan penggunaan direktori dalam buku harian rasmi Kerajaan Terengganu dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM362,442.Menurut rekod, kos tempahan buku harian rasmi itu dari 2013 sehingga 2019 mencatatkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 31 peratus iaitu daripada RM398,445 pada 2013 sehingga RM525,442.00 pada tahun 2018 melibatkan tempahan 14,000 unit buku pada setiap tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun ini, tempahan dikurangkan kepada 5,000 unit sahaja yang melibatkan kos RM163,000.Katanya, penggunaan sistem yang dibangunkan Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM362,442.“Proses pembangunan sistem yang menyediakan capaian kepada maklumat secara efisien dan tersusun ini tidak melibatkan sebarang peruntukan.“Sebaliknya  mampu menjimatkan perbelanjaan seiring prinsip perbelanjaan berhemat yang disarankan oleh pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Sistem I-Direktori Terengganu, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Katanya, sistem i-Direktori itu boleh diakses menggunakan pautan ttel.terengganu.gov.my. Capaian kepada sistem ini juga turut terdapat dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.“Setakat hari ini, hampir 10,000 maklumat sudah dikemas kini dan dijangka meningkat sehingga 13,000 maklumat yang merangkumi semua jumlah kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya.Maklumat yang boleh diperolehi daripada sistem termasuklah nombor telefon, nombor faks, emel jabatan dan emel peribadi kakitangan. Antara pilihan menu dalam sistem tersebut ialah Yang Berhormat, SUK Terengganu, Ketua Jabatan, Jabatan / Agensi Negeri, Jabatan / Agensi Persekutuan, Pejabat Daerah / Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti / Institut Pendidikan Negeri Terengganu, Hotel dan Syarikat Utama dan Media.
01 Jan 20
292
Empty Image
Skim Permata Terengganu Sejahtera 2019 Dilanjutkan Hingga 31 Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Tempoh Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 dilanjutkan sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan ibu bapa bayi yang dilahirkan tahun lalu membuat permohonan segera.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Hanafiah Mat berkata, borang permohonan skim itu boleh diperolehi di pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di lapan daerah di seluruh negeri termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.Katanya semua bayi dilahirkan bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu berhak mendapat manfaat dari skim tersebut dengan syarat ibu atau bapa bayi terbabit mesti rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di negeri ini."Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan MyKAD ibu dan bapa serta MyKID atau Sijil Lahir Bayi berkenaan," jelasnya ketika dihubungi hari ini.
01 Jan 20
398
Empty Image
Anak Terengganu KSN Baharu
Datuk Seri Mohd Zuki Ali.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkuatkuasa hari ini."Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Zuki Ali kerana telah diperkenankan pelantikannya sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu (oleh Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)," ujarnya.Beliau yang merupakan anak kelahiran Terengganu amat berpengalaman dalam perkhidmatan awam."Semoga diberikan kemudahan dalam menjalankan amanah ini," tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebooknya hari ini.Mohd Zuki sebelum ini menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar.Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas perakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, memperkenankan pelantikan itu.Mohd Zuki, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam.Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.Sementara itu seorang netizen, Afendi Ismail dalam komentar di status tersebut turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Zuki sambil mendoakan agar dipermudahkan segala urusan serta diberkati Allah."Hebat orang-orang ganu kite sekarang," kata seorang netizen lain Khairul Mirza.
01 Jan 20
172
Empty Image
Penjelasan Isu Kenaikan Yuran Tadika
Azhar Jusoh.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam Terengganu menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menular tentang kenaikan 100 peratus yuran bulanan tadika di bawah kelolaan agensi tersebut.Pengarahnya, Azhar Jusoh berkata, dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya kenaikan yuran bulanan hanya dikenakan kepada mereka yang berkemampuan sahaja."Kerajaan negeri telah bersetuju untuk kenaikan yuran bulanan tadika daripada RM20 kepada RM40 sebulan bermula pada tahun 2020."Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM2,500 ke bawah akan dikekalkan yuran bulanan sebagaimana biasa. Makan dan minum juga juga kekal macam biasa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media hari ini bagi mengulas tentang isu tersebut.Menurutnya, kenaikan tersebut adalah bagi menampung kos operasi."Kita menampung kadar kos yang banyak, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kos operasi kita."Kadang-kadang orang masuk tadika kita ini sampai  tahap menunggu sebab ramai yang ingin menghantar anak mereka ke pusat tersebut," tambah beliau.
31 Dec 19
2360
Empty Image
SRIDI : Kritikan Diterima, Jangan Manipulasi Isu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan negeri akan memastikan masalah ketiadaan bekalan elektrik dan air yang berlaku di bangunan baharu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam di sini hari ini tidak akan berulang pada masa akan datang.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengakui terlepas pandang mengenai perkara itu dan pastinya akan membuat pemantauan agar kejadian yang berlaku hari ini tidak akan berulang.Namun beliau berharap agar pihak tertentu tidak memperbesar dan memanipulasi isu berkenaan seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab.Oleh itu, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran pada hari seterusnya,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Sistem I-Direktori Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ahmad Samsuri turut memberitahu, SRIDI Wakaf Mempelam adalah bangunan baharu dan hanya sementara di situ, pastinya ada kekurangan yang berlaku. Bangunan kekal akan dibina di kawasan yang bersesuaian pada masa akan datang.Katanya, untuk bangunan kekal, kerajaan perlu mencari tanah selain melihat pelbagai kesesuaian lain, termasuk peruntukan yang ada dan bilangan pelajar.“Sekiranya hanya ada 20 pelajar, mungkin perlu ditempatkan di bangunan sementara terlebih dahulu dan akan berpindah jika pelajar sudah melebihi kapasiti yang ditetapkan,” katanya.Penubuhan SRIDI adalah antara manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, iaitu menyediakan sekolah rendah Islam di semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu secara berperingkat dalam tempoh lima tahun, termasuk dengan mengambil alih SRAYIT daripada YIT untuk diuruskan oleh JHEAT.Pada 2018, SRIDI beroperasi di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus) serta Kampung Raja (Besut).Manakala SRIDI Wakaf Mempelam (Kuala Terengganu) sebelum ini berada di Losong, berpindah ke bangunan baharu untuk sesi persekolahan pertama dengan bilangan 109 pelajar pada hari ini.
31 Dec 19
136
Empty Image
Bantahan Keras Tulisan Jawi, Dong Zong Gugat Perpaduan
Oleh : Sulaiman HafiziDUNGUN,1 Januari - Bantahan keras sesetengah kelompok terhadap pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular menggambarkan usaha yang berterusan untuk menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.Bantahan yang dikelola pihak Dong Zong dan Jiao Zong melalui kongres itu seharusnya dipandang secara serius kerana ia memberi petanda bukan sahaja mereka mengikis nilai kebangsaan dengan penulisan Jawi bahkan mendorong jurang perpaduan yang semakin melebar dalam kepelbagaian kaum di negara ini.Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan bantahan ini dikemukakan sebagai “counter argument” terhadap cadangan pemansuhan sekolah vernakular yang dibangkitkan ramai pihak sebelum ini.“Tulisan jawi telah digunakan secara meluas di beberapa negeri khususnya di papan-papan iklan dan kedai di Kelantan, namun ia tidak pula menjadikan kelompok Cina Kelantan sebagai orang Melayu, malah identiti mereka sebagai masyarakat Cina masih terpelihara.“Justeru sudah pasti bantahan terhadap tiga muka surat pembelajaran Jawi ini menimbulkan persoalan utama; apakah mereka sememangnya anti-Jawi atau sebenarnya mereka sedang berusaha mengikis nilai kebangsaan yang menjadi warisan negara ke arah Malaysia yang baharu?,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.Katanya, isu pembelajaran Jawi mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman serta campur tangan parti politik berteraskan kaum Cina seperti MCA atau dengan keahlian majoriti dari kaum berkenaan seperti Gerakan.“Maka, tidak pelik jika banyak lagi cabang-cabang lain selain masalah pembelajaran tulisan Jawi yang akan dipertikai pada masa akan datang kelak. Oleh hal yang demikian, perkara ini wajar diambil perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab supaya perpaduan negara tidak terus dicarik oleh sikap melampau sesetengah pihak.”ujarnya lagi.
31 Dec 19
407
Empty Image
DUN Bandar Cipta Kelainan Tradisi Hari Asyura
Ahmad Shah mengacau dodol sambil diperhatikan petugas-petugas program. Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 1 Oktober- Tidak sebagaimana kebaiasaan, Pusat Khidmat & Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar mencipta kelainan dalam sambutan Hari Asyura tahun ini apabila turut memasak dodol dan bubur lambuk di samping menu utama, bubur ‘sura’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed memaklumkan, tujuan  penambahan juadah berkenaan disediakan bagi memberi kelainan dalam sambutan kali ini.“Kami masak dua kawah, tidak sangka pula mendapat perhatian ramai sehingga tidak mencukupi. Jadi, mungkin untuk tahun depan kita akan masak lebih lagi, insya-Allah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), dalam program Program Kacau Sura Perdana, Sabtu lalu. Bubur asyura disediakan secara gotong-royong.Dalam program tersebut, pihak penganjur juga mengagihkan bubur Asyura kepada agensi-agensi kerajaan di sekitar DUN tersebut.“Setiap kali program, kami tidak akan melupakan agensi-agensi kerajaan sekitar bagi menjaga hubungan baik dengan mereka dan ini merupakan tanda yang kami sentiasa ingat kepada mereka.“Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chabang Tiga, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Jabatan Veterinar dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” jelas Ahmad Shah.Dalam program itu, sebanyak enam kawah juadah iaitu tiga kawah  bubur ‘Sura’, dua kawah dodol dan sekawah bubur lambuk. Program itu bermula jam 7.00 pagi dan pengagihan dibuat sekitar jam 2.00 diketuai oleh Ahmad Shah bersama Lajnah Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO (JKS) Dun Bandar dan diringi oleh Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Bandar, Sayyid Hassan Mohamad.Sumbangan bubur asyura disampaikan kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
01 Oct 19
129
Empty Image
Atlet TatiUC Terengganu Kutip 2 Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan
SEGAMAT, 1 Oktober - Empat atlet Kolej Universiti Tati (TatiUC) Terengganu mencatat keputusan membanggakan di Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Kebangsaan Siri 2 yang berlangsung di Segamat apabila mengumpul 2 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa.Kejohanan yang bermula 28 September lalu dan berakhir sebentar tadi disertai oleh Mohammad Zafrul Zainol Abiddin dan Umar Abdul Aziz Muhd Bustaman dari program pengajian pemesinan.Sementara Muhammad Hanafi Hamizi Abd Ghani dan Ahmad Fayyadh Zainal Abidin dari program Diploma in Non-Destructive Testing.Pingat emas disumbangkan oleh Zafrul yang berjaya membuat angkatan keseluruhan 201 kilogram (snatch 86 kg, jerk 115 kg) bagi kategori 55 kg. Sementara Umar (kategori 61 kg), Hanafi (kategori 89 kg) dan Fayyadh (kategori 96 kg) masing masing mencatat jumlah angkatan terkumpul 233 kg, 275 kg dan 206 kg.
01 Oct 19
315
Empty Image
49 Pelatih AKT Tamat Pengajian
MARANG, 1 Oktober - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Giatmara Malaysia (GIATMARA) kelmarin menganjurkan Majlis Graduasi Akademi Kulinari Terengganu (AKT) Kali Ke-6 bertempat di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre, Marang Terengganu.Seramai 49 orang pelatih bagi sesi 10, 11 dan 12 yang terdiri daripada anak-anak asnaf dari seluruh negeri Terengganu menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery di dalam majlis yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Dato’ Haji Osman Muda,Bersempena Majlis Graduasi ini juga turut diadakan Kursus Keusahawanan bagi pendedahan kepada graduan mengenai cara-cara meraih pendapatan melalui pelbagai kaedah serta mempelajari kaedah-kaedah pemasaran dalam perniagaan. Turut diadakan gerai jualan oleh usahawan AKT bagi memberi pendedahan kepada mereka terhadap perniagaan.AKT telah dibangunkan oleh YWM melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 di atas tanah milik MAIDAM seluas lebih kurang 5 ekar di Pulau Kerengga Marang Terengganu. Setelah siap, YWM bersama pihak MAIDAM telah bekerjasama dengan pihak GIATMARA yang menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun latihan bulanan kepada pelatih berasaskan strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan.Pembangunan AKT ini juga merupakan program bersepadu yang melibatkan instrumen wakaf dan zakat. Kedua-dua instrumen ini disepadukan untuk mencapai objektif pembangunan bagi mewujudkan pusat latihan kemahiran di atas tanah wakaf bagi melahirkan modal insan menjadi usahawan dan tenaga kerja yang berkemahiran daripada kalangan anak-anak asnaf melalui pembiayaan dana zakat. Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga seterusnya membantu pembangunan ekonomi negara sebagimana dasar Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi tercapai.AKT pada ketika ini hanya boleh menampung seramai 40 orang pelatih pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan kemudahan bengkel latihan, pejabat, bilik warden, asrama, surau dan juga kios jualan. Sebanyak 18 modul dalam bidang Confectionary & Bakery yang melibatkan 20% teori dan 80% praktikal akan diajar dengan tempoh latihan selama 6 bulan. Bermula daripada tahun 2012 sehingga kini, seramai hampir 356 anak-anak asnaf daripada negeri Terengganu telah berjaya menamatkan latihan di sini termasuklah yang akan bergraduasi pada hari ini.
01 Oct 19
1022