Artikel "Semasa" Terkini
Menteri Pendidikan Baharu Diminta Kaji Semula Penggabungan UMT Dan UniSZA
KUALA TERENGGANU, 5 Januari- Individu yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik diminta mengkaji semula cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya berpandangan penggabungan universiti tersebut merupakan satu proses yang merugikan, kurang strategik serta tidak mendatangkan apa-apa faedah.Katanya, tugas sebagai Menteri Pendidikan adalah salah satu tugasan di kementerian yang paling mencabar kerana perlu berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat berbanding kementerian lain.“Oleh kerana itu kami mengharapkan Menteri Pendidikan yang baharu dan akan dilantik nanti memahami keperluan untuk meletakkan keutamaan dalam dasar pendidikan negara.“Termasuk dengan menjadikan apa yang telah ada dalam perlembagaan itu sebagai asas dari segi bahasa melayunya, dasar pendidikan kebangsaan, dan lain-lain perkara tanpa menafikan hak-hak kelompok minoriti untuk kebebasan isu pendidikan ini.“Tetapi haruslah melihat kepentingan umum dan majoriti serta mengelakkan daripada melakukan apa-apa kontrovesi,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan Dr Mazlee selepas menyempurnakan majlis penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Terengganu Sesi 2019 hingga 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, apa juga dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kementerian pendidikan haruslah dilakukan konsultasi dan perlu mendapatkan maklumat lengkap sebelum diperkenalkan untuk mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat.
04 Jan 20
50
Kenaikan Tarif Air Tidak Bebankan Pengguna Berpendapatan Rendah
KUALA TERENGGANU, 5 Januari- Kerajaan Terengganu memberi jaminan bahawa kenaikan tarif air di negeri ini tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya masih dalam proses meneliti cadangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dalam menentukan tarif air di Terengganu dengan mengutamakan kesan kenaikannya kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.“Tetapi kita masih lagi belum sahkan setakat mana kenaikan itu, masih ada dalam pertimbangan dan ianya akan diumumkan oleh pihak kementerian bila pelaksanaannya.“Sebelum adanya pelaksanaan itu, kita masih lagi menimbangkan perkara ini selepas mengambil kira kadar tarif di negeri ini tidak pernah disemak lebih 20 tahun lalu.“Sekiranya berlaku kenaikan, jaminan kita ialah ianya tidak membebankan kepenggunaan domestik kategori B40,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan tarif air selepas menyempurnakan majlis penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Terengganu Sesi 2019 hingga 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kenaikan tarif air di negeri ini lebih berfokus untuk kawasan industri dan beberapa penggunaan berskala besar seperti sektor perkapalan.
04 Jan 20
90
PASTI Bestari As-Siddiq Tampil Kelainan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 5 Januari- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq di Kampung Bukit Che Ali, di sini yang menekankan pembelajaran elit memulakan sesi persekolajhan pada 1 Januari lalu.PASTI yang mempunyai 50 bilangan pelajar berusia antara empat hingga enam tahun itu menjanjikan kelainan berbanding PASTI lain di negeri ini Pengurus PASTI Bestari As-Siddiq, Ahmad Nazirul Ismail berkata, kelas pengajian ditawarkan di sini adalah berbentuk PASTI Plus atau kelas petang dalam bentuk latihan membaca dan pra Tahfiz.Katanya, medium dan cara pembelajaran juga sedikit berbeza di mana ianya lebih moden dengan kaedah Media Learning dan Fun Learning.“PASTI itu akan menjadi penanda aras dalam sistem awal pendidikan kanak-kanak yang merupakan generasi penting masa hadapan.“Pasti baru ini juga, menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selesa dan pelajar akan diajar untuk berdikari seperti membasuh pinggan sendiri.” Katanya.Beliau berkata ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu meninjau ke PASTI tersebut di Kampung Bukit Che Ali, Marang, baru-baru ini.Menurutnya yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan pastinya tidak membebankan ibu bapa.“Untuk sesi persekolahan 2020, kita buka kepada tiga buah kelas, masing-masing satu kelas untuk pelajar berumur empat, lima, dan enam tahun membabitkan seramai 50 pelajar.“Guru-guru kami juga adalah hasil temuduga dan mempunyai lulusan pendidikan di peringkat ijazah dan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebelum ini,” tambahnya lagi.
04 Jan 20
627
Berita Gembira: MAIDAM Tawar Bantuan Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 4 Januari – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan zakat kepada anak Terengganu yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara.Menurut satu pengumuman yang dikeluarkan MAIDAM bahawa permohonan dibuka mulai 1 Januari lalu hingga 31 Mac ini. Penghantaran “hardcopy” dan dokumen berkaitan perlu dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2020.Permohonan dalam dan luar negara perlu dicetak dan dihantar ke daerah masing-masing atau unit pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) MAIDAM Kuala Terengganu.Manakala syarat penuh, maklumat lanjut dan cara mohon boleh layari www.maidam.gov.my.Syarat umum permohonan termasuk beragama Islam, baligh dan merdeka, rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian.“Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester. Sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan pengajian daripada tarikh menghantar permohonan ke pejabat,” jelas pengumuman itu.Pemohon juga tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.Pengumuman itu menyebut bahawa permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.Syarat khusus penuntut IPT dalam negara ialah surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pointer GPA 3.00 ke atas keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkenaan.Pelajar Diploma dan Ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman atau pembiayaan dan tidak bekerja.Pelajar sijil atau matrikulasi atau asasi hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman atau dermasiswa atau biasiswa atau tidak bekerja. Wajib kepilkan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.Pelajar master atau PhD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman atau penbiayaan atau dermasiswa atau biasiswa atau MyBrain atau MyPhD atau tidak bekerja.Pemohon wajib kepilkan bersama surat pengesahan akuan pendapatan yang terkini.Syarat Khusus Penuntut IPT Luar Negara ialah bahawa surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia.Pelajar tiada pinjaman atau pembiayaan atau dermasiswa atau biasiswa atau tidak bekerja dan keputusan keseluruhan semester atau tahun pengajian.Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) ditalian 09-6223500, Kuala Terengganu (Ibu Pejabat) 09-6303030, (Dungun) 09-8452810, (Marang) 09-6183317, (Kuala Nerus) 09-6622488, (Besut) 09-6975323, (Setiu) 09-6090307, (Hulu Terengganu) 09-6817809, (Kemaman) 09-8594545 dan (Kerteh) 09-8266463.
03 Jan 20
1845
Abdul Hadi Kecam Serangan Ke atas Qassem Suleimani
Qassem Suleimani (kiri) dan Abu Mahdi al-Muhandis (kanan) terkorban dalam serangan udara tentera Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq pagi ini.KUALA LUMPUR, 3 Januari – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam serangan ke atas Jeneral Qassem Suleimani di bandar udara antarabangsa Baghdad Iraq.Serentak itu beliau yang juga Presiden PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Suleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.“PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden 'keganasan antarabangsa' yang melampaui batas ini, dan mengecam campur tangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.“Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
03 Jan 20
52
Mutu Perkhidmatan Kerajaan Dipertingkat Menerusi SISPAA
Suhailawati (tengah) menunjukkan aplikasi SISPAA.KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Terengganu mahu menjadikan setiap aduan dan cadangan daripada rakyat sebagai pemangkin untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat negeri itu.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat), Suhailawati Saigai berkata, kerajaan telah melaksanakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang diyakini mampu meletakkan aduan rakyat sebagai keutamaan bagi mengenal pasti serta mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.Katanya, sebagai contoh aduan seperti jalan berlubang, bantuan kewangan dan pendidikan dapat disalur dan diselesaikan dengan mudah antara kedua-dua pihak sama ada rakyat serta kerajaan negeri atau pihak berkuasa.“Melalui SISPAA ini juga, kita dapat tingkatkan keseragaman sistem di setiap jabatan, supaya maklumat dan manfaat ini boleh disusun dan sampai kepada kumpulan sasar secara teratur.“Ia adalah sistem aduan yang amat mudah digunakan, aduan yang diterima disaring sebelum diagihkan kepada jabatan yang berkaitan. Komunikasi secara dua hala antara jabatan dan pengadu dapat diwujudkan serta fungsi kerahsiaan maklumat pengadu dilindungi sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman hari ini.Mengulas lanjut, Suhailawati memaklumkan, pada tahun lalu sebanyak 97 peratus aduan yang diterima menerusi SISPAA telah berjaya diselesaikan.“Setakat ini banyak aduan berkenaan yang melibatkan isu setempat diselesaikan menerusi jabatan-jabatan yang telah diberikan kepercayaan dan berdasarkan bidang masing-masing.“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri menerima aduan tertinggi dengan 301 aduan setakat Disember 2019 berbanding Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Anak Syarikat Kerajaan Terengganu dan beberapa lagi jabatan utama lain,” tambah beliau. Sebanyak 82 jabatan dan agensi negeri Terengganu telah melaksanakan sistem tersebut bermula pada 1 Januari 2018, orang ramai boleh melayari laman web SISPAA di https://terengganu.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau muat turun aplikasi telefon pintar Reponz Rakyat untuk sebarang aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan.
02 Jan 20
507
SRIDI AMBS Semakin Diterima Baik
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) yang memasuki tahun kedua pengoperasiannya semakin diterima baik oleh para ibu bapa di daerah ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, jumlah pelajar yang dahulunya 18 orang telah pun bertambah kepada 26 orang.“Saya juga dimaklumkan bahawa jumlah guru juga bertambah lima orang menjadikan jumlah tenaga pengajar sekarang 12 orang termasuk guru besar.“Dijangkakan setiap tahun jumlahnya akan bertambah dan alhamdulillah ianya menunjukkan perkembangan positif dan mula menjadi pilihan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembukaan penggal baharu sekolah berkenaan, semalam.Dalam pada itu, Ghazali berkata, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga akan memulakan operasi tidak berapa lama lagi di daerah itu.“Alhamdulillah DUN Bukit Besi terpilih untuk dilaksanakan manifesto kerajaan negeri, kita mendoakan agar sekolah berkenaan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi pilihan utama ibu bapa,” ujarnya.
02 Jan 20
364
SRIDQ Marang, Hidupkan Budaya Islam
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 Januari - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) Marang memulakan sesi pertama persekolahan tahun baharu 2020 dengan terasnya menerapkan pendidikan Islam di kalangan pelajar.Ketua Mudir SRIDQ Marang, Najmuddin Rani, berkata, sekolah itu ditubuhkan bagi menghidupkan peranannya sebagai penyebar budaya Islam.Katanya, setakat tahun ini, kita sudah mempunyai dua buah kelas dan hanya dibuka kepada Tahun Satu sahaja.“SRIDQ menekankan tiga sistem pendidikan utama iaitu subjek agama dan pra tahfiz tanpa mengabaikan bidang akademik bersesuaian dengan moto Membina Generasi Bertaqwa.“Semalam merupakan hari pertama persekolahan dan ianya berjalan dengan lancar," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau sekolah berkenaan.Sementara itu, bapa pelajar, Mohd Hafizol Mohamad berkata, tujuan utamanya mendaftarkan anaknya supaya dapat menguasai al-Quran, ilmu tauhid, akhlak, sirah dan sebagainya seiring mata pelajaran akademik diterapkan dalam diri masing-masing.“Pengajian al-Quran yang diterapkan dalam sistem pendidikan memudahkan anak-anak lebih faham kepada ilmu akhirat.“Ini juga menjadi impian kepada ibu dan bapa untuk melihat anak mereka yang di dadanya dibudayakan ilmu dan akhlak yang baik,” tambahnya lagi.
01 Jan 20
520
Hari Kedua, Anak-Anak SRIDI Bertambah Ceria
Pelajar perempuan SRIDI.KUALA TERENGGANU, 2 Januari – Sesi persekolahan yang memasuki hari kedua di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam hari ini memperlihatkan keceriaan di wajah pelajar-pelajar.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, hasil tinjauan yang dilakukannya pagi tadi, kanak-kanak jelas sangat gembira.Katanya, hari ini juga Ibu bapa tiada masalah meninggalkan anak-anak Tahun Satu walaupun masih ada seorang pelajar yang menangis kerana berpisah seketika dengan keluarga.“Saya tinjau ruang setiap kelas memang sangat lega keluasannya. Ada ruang besar untuk aktiviti kelas masing-masing selain ruang kerusi meja pelajar dan guru.“Dan bayangkan, setiap masing-masing kelas ada bilik air dan tandas sendiri. guru kelas tidak perlu bersusah memantau pergerakan pelajar yang ke tandas kerana jauh,” katanya dalam ‘Facebook’ rasminya.Suasana dalam kelas yang dilengkapi kemudahan baharu seperti kerusi dan meja, tidak berlaku sebagaimana didakwa.Menurut beliau, isu kekurangan fasiliti serta kelengkapan yang berlaku semalam tidaklah seteruk seperti yang disangka malah ia telah berjaya diselesaikan dengan pantas.Tambah Ahmad Amzad, ia juga tidak mengganggu pembelajaran serta emosi para pelajar.“Insya-Allah semua bilik kelas pelajar akan dipasang penghawa dingin dalam minggu depan dan saya yakin dalam tempoh yang tidak lama.“Sebaik kelas dilengkapkan dan dihiaskan, ia akan menjadi antara sekolah yg paling selesa dan kurikulum yang terbaik,” jelasnya.Beliau juga memberi penghargaan kepada semua pihak yang membantu mempromosikan SRIDI ke serata negeri dan negara.Ahmad Amzad (dua dari kanan).
01 Jan 20
55
Tiada Kenaikan Bayaran Urusan Tanah Terengganu - Dr Azman
Dr Azman (kiri) tetap menemui rakyat dan menyantuni mereka tanpa mengira parti mana mereka memberi sokongan. KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Tidak ada kenaikan kadar bayaran urusan tanah akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Terengganu dengan jumlah kenaikan sebagaimana yang diviralkan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kadar fi bayaran pejabat bagi urusan tanah yang diguna pakai oleh negeri Terengganu sekarang adalah kadar fi yang diwartakan pada tahun 1987 dan telah berusia 32 tahun. Katanya, memang ada kajian dan semakan semula kadar fi yang sedang dibuat oleh kerajaan. Jelasnya lagi, kajian semakan semula untuk mencadangkan kadar baru telah dilakukan sejak tahun 2016 lagi. "Ia perlu disemak semula bersesuaian dengan kadar harga tanah semasa sebagaimana negeri-negeri lain iaitu Kelantan (2019), Pahang (2017), Kedah (2016), Johor (2005) dan Selangor (2003)."Tetapi tentunya kepentingan rakyat adalah faktor utama yang akan diambil kira dalam menentukan kadar baru agar ia tidak membebankan," jelasnya dalam satu kenyataan media semalam.
01 Jan 20
60