lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pertahan Trofi Sumbangsih, Piala TNB Sasaran Awal Terengganu
Pasukan THT bersama Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Terengganu Hockey Team (THT) meletakkan sasaran awal untuk mempertahankan Piala Sumbangsih dan Trofi TNB yang dimenangi tahun lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas berbincang dengan pengurusan THT dan melihat kesungguhan para pemain, beliau yakin target itu akan berjaya dicapai.“Ada dua kejohanan besar yang akan disertai, pertama TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) yang dijuarai UniKL tahun lalu dan kedua, Piala TNB yang kita muncul juara tahun lalu, dan sudah tentu tahun ini kita berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan itu termasuk Piala Sumbangsih.“Jika diikutkan semua kejohanan kita mahu letakkan sebagai juara termasuk kejuaraan TNB MHL, namun kita berhasrat untuk pertahan apa yang dimenangi tahun lalu dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Jersi Pasukan serta Memperkenalkan Pemain THT dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT), di Hotel Permai semalam.Jersi baharu pasukan THT dan TLHT.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Penaung Persatuan Hoki Terengganu, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Ahmad Samsuri, beliau turut berbangga dengan pencapaian THT sejak ia mula ditubuhkan lebih-lebih lagi ramai anak jati Terengganu yang berada dalam skuad itu.Ujarnya, tajaan sebanyak RM2.5 juta daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat besar lain pastinya merancakkan lagi perkembangan pasukan. “Musim 2020 kita mempertaruhkan 10 pemain tempatan daripada kesemua 22 pemain dalam THT, gandingan pemain tempatan dan luar ini mampu melonjakkan prestasi pasukan,” tambah beliau yang teruja dengan kehadiran Ketua Jurulatih THT yang baharu, Dhaarma Raj Abdullah.THT akan memulakan musim 2020 pada 10 Januari nanti apabila akan berhadapan dengan juara MHL 2019, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.TLHT turut tidak ketinggalan dalam menghadiahkan kejayaan buat rakyat Terengganu.
07 Jan 20
41
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Penerima-penerima bantuan Kad Sejahtera bersama Dr Azman.       Oleh : Ariss Alias Foto : Hidayah Azlin   SETIU, 7 Januari - Penerima Kad Sejahtera menyifatkan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Terengganu itu amat bernilai bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat kesihatan sempurna.   Warga emas, Awang Jusoh, 69, dari Kampung Chalok berkata, dengan RM70 diperuntukan bagi setiap rawatan nilai berkenaan sudah sangat besar buat dirinya.   “Isteri dan anak-anak juga dapat menumpang sama manfaat ini. Sudah rahmat buat kami, kami sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kad Sejahtera peringkat DUN Langkap semalam.   Bagi penduduk Kampung Rahmat, Mariam Chik, 76, dia terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat mendapatkan kesihatan yang terbaik.   “Insya-Allah mak cik akan gunakan kad ini dengan sebaiknya. Selepas ini mudah untuk mak cik dapatkan rawatan daripada klinik swasta, dapat menjamin kesihatan kami,” ujarnya. Awang Jusoh. Dalam majlis berkenaan, seramai 364 pemohon menerima Kad Sejahtera yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim semalam di Dewan Sivik Chalok Kedai.   Sementara itu, Dr Azman menyifatkan bantuan tersebut akan memudah dan menyenangkan penerima untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka terutamanya warga emas di kawasan luar bandar.   “Nilai dalam Kad Sejahtera berjumlah RM500, penerima dan ahli keluarga apabila hendak mendapatkan rawatan di klinik panel, hanya perlu membawa kad ini sahaja dan nilai akan dipotong mengikut kadar kos rawatan.   “Mungkin ada yang mengatakan kenapa tidak membuat tuntutan insuran, tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan duit yang bayar kepada insuran itulah kegunaan untuk pembelanjaan asas. Bantuan ini adalah dalam bentuk sebenar keperluan masyarakat,” tambah beliau lagi. Mariam Chik (kiri). Program Kad Sejahtera merupakan satu program ‘Bantuan Subsidi Rawatan Kesihatan Asas’ yang mensasarkan 20,000 penerima daripada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM10.9 juta pada tahun 2019 sebagai permulaan.    
06 Jan 20
261
Empty Image
Sambutan Tahun Baru 2020 Kemaman Capai Matlamat
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 6 Januari - Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru yang berlangsung di Dataran Padang Astaka, Kemaman menjelang awal tahun baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya dengan mesej yang tersendiri.Pengarah program, Mohd Nakhaie Mohd Nafiah berkata, semangat menyambut tahun baharu pada kali ini berlainan dengan tahun-tahun yang lalu."Kita tidak mengadakan pertunjukan bunga api dan kita mengadakan pengisian yang berjaya menyentap hati pengunjung yang hadir dengan Pentomen Sakaratul Maut," ujarnya.Program pada kali ini juga berjaya membawa kumpulan nasyid tanah air yang terkenal, Rabbani. Sebelumnya, penganjur turut mengadakan solat jemaah dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan kepada rakyat Uighur di China yang ditindas.Selain itu, program pada kali ini turut menampilkan pertunjukan silap mata yang berjaya memukau semua pengunjung yang hadir dengan aksinya.Tambahnya lagi, beliau mengharapkan mesej yang dibawa kepada semua sama ada yang hadir ke tapak program ataupun yang menonton siaran langsung di Facebook memberi impak berkesan lebih-lebih lagi apabila pengunjung diingatkan tentang kematian dalam persembahan Pentomen itu.Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang memberi peluang dan kepercayaan kepada mereka (Pemuda PAS DUN Cukai) melaksana dan menjayakan program."Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja yang turut menyumbang dan kepada jawatankuasa program yang memberikan komitmen yang sangat baik," katanya lagi.Sehari sebelum itu turut diadakan program yang diadakan di Kemaman iaitu Bicara Menjelang 2020 Ke Arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Hadir sama, penceramah dan pakar motivasi, Ustaz Abdullah Khairi bergandingan dengan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Kedua-dua program tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu.
06 Jan 20
81
Empty Image
‘Tolong… Elakkan Pembakaran Terbuka’
Wan Sukairi menerima cenderahati penghargaan daripada pihak Bomba Kuala Terengganu.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 6 Januari- Orang awam dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca semasa yang kering dan mungkin menyebabkan kebakaran.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, cuaca kering itu dijangka berlanjutan hingga bulan Mac ini berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. “Walaupun ada hujan sedikit, tetapi cuaca telah mulai panas. Jadi, kami perlukan kerjasama dari masyarakat supaya tidak membuat kebakaran terbuka. “Jika perlu buat juga, ia mesti dikawal supaya tidak merebak ke tempat yang lebih luas,” jelasnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu melakukan kunjungan hormat bertemu Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah di Wisma Darul Iman, hari ini.Rozizah berbincang bersama Wan Sukairi untuk membina masyarakat peka menangani situasi kecemasan seperti kebakaran.Beliau turut mengingatkan bahawa kebanyakan kebakaran terjadi dan sukar dikawal adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang pencegahan kebakaran.“Kaedah-kaedah pencegahan dan mengawal kebakaran perlu ditekankan kepada masyarakat. Contohnya, jika api dapur terbakar apa yang perlu dilakukan, mana puncanya?“Sebenarnya ia senang dan mudah untuk kita tangani, tetapi oleh kerana masyarakat tidak tahu teknik dan cara terbaik untuk memadamkan kebakaran ia menjadi sukar,” katanya.Tambahnya, statistik mengatakan bahawa punca kebanyakan rumah daripada dapur, jadi pihak Bomba cuba mengambil insiatif untuk mendedahkan kepada masyarakat dengan mengadakan Program Bomba Bersama Rakyat.“Kami ingin mengetengahkan program ini bagi mendedahkan masyarakat kaedah mencegahkan dan menangani kebakaran untuk meningkatkan kepekaan dalam komuniti.“Kita mahu agar tahun 2020 ini, kes-kes kebakaran dirumah-rumah kediaman dapat dikurangkan,” katanya.
06 Jan 20
88
Empty Image
Projek Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Jadi Hab Pelancongan
HULU  TERENGGANU, 6 Januari - Kerajaan negeri memberi jaminan Projek Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir di sini, tidak akan menjadi projek 'gajah putih' dan akan disiapkan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai hab pelancongan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dimaklumkan terdapat 15 projek yang dirancang di bawah zon itu. Rata- rata projek telah siap melebihi 50 peratus dan ada yang mencapai 90 peratus.Katanya, manakala bagi  projek jeti di Pulau Poh sudah siap sepenuhnya, hanya menunggu tarikh serahan."Kerajaan memerlukan peruntukan tambahan sekitar RM70 hingga RM80 juta untuk menyiapkan sepenuhnya keseluruhan projek itu yang dijangka siap dalam  tempoh dua tahun akan datang."Saya telah mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan memberi tempoh masa sebulan untuk mereka kemukakan perancangan bagi membolehkan projek ini  diteruskan."Sama ada projek itu perlu melalui beberapa pengurangan di beberapa aspek, itu kita akan pertimbangkan kemudian kerana keutamaan ialah kita mahu projek ini siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Tasik Kenyir, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, apabila projek tersebut siap kelak, pihaknya menjangkakan dapat menarik seramai satu juta pelancong setahun berbanding 700,000 setahun pada tahun lalu."Pulau Poh dalam bulan Ogos atau September akan siap, Pulau Bayas pula mungkin dalam tempoh setahun setengah hingga dua tahun lagi."Kita harap apabila semua fasiliti ini siap, bilangan pengunjung ke Tasik Kenyir akan meningkat kepada satu juta orang," katanya.
06 Jan 20
629
Empty Image
50 Pelajar Terima Bantuan Pada Program 'Kembali Ke Sekolah'
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 6 Disember - Seramai 50 orang pelajar yang  terpilih dari setiap DUN menerima sumbangan berupa barangan sekolah pada program "Kembali Ke Sekolah" dari Parlimen Besut.Penyelarasnya, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, ia bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kurang berkemampuan."Walaupun agak terlewat sedikit, kita akan agihkan juga bagi meringankan beban keluarga asnaf ini."Ia sekaligus dapat meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka apabila menjelang musim sekolah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di Pusat Tahfiz Annur, disini, pada semalam.Menurutnya, sumbangan berupa beg sekolah,alat tulis itu ditaja oleh Muslim Care Malaysia Society dan sedikit pemberian daripada Penyelaras Parlimen berbentuk wang tunai."Walaupun kerajaan telah agihkan bantuan sekolah ,tapi tidak mustahil ada yang tercicir dikalangan mereka," jelasnya.Sementara itu, salah seorang penerima bantuan tersebut, Hashim bin Abdullah yangberasal dari Kampung Batu Tumbuh berkata, beliau berterima kasih kepada pihak penyelaras kerana membantu meringankan perbelanjaan merek."Saya amat berterima kasih kepada Ustaz yang selama ini banyak membantu masyarakat kawasan Besut khususnya," kata Hashim.
05 Jan 20
69
Empty Image
Ibu Halalkan Buah Pinggang Ini Untukmu Sayang
Juliani menunjukkan tangan anaknya yang merupakan kawasan terbaharu ditebuk untuk rawatan hemodialisis   HULU TERENGGANU, 6 Januari - Kasihnya ibu membawa ke syurga perumpamaan tepat bagi Juliani Jaafar, 42 yang rela berkorban jiwa dan raga serta bergadai nyawa  apabila  sanggup kehilangan salah satu buah pinggangnya untuk didermakan kepada anak tersayang Nurul Azimah Mohd Fauzi, 23.Kehebatan wanita ini, yang juga ibu kepada tujuh anak, kini dalam proses saringan empat sebagai persediaan saat-saat akhir untuk mendermakan buah pinggang kepada anak sulungnya yang juga merupakan lepasan Diploma Perladangan dan Teknologi Agro di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang.Sebagai seorang ibu, Juliani berkata, dia sanggup berkorban mengambil segala risiko menjalani pembedahan itu untuk memastikan anaknya sembuh dan tidak lagi berulang alik ke hospital untuk rawatan walaupun dirinya bakal kehilangan sebelah buah pinggang.“Saya tidak sanggup melihat penderitaan  Nurul setelah menghadapi masalah kegagalan buah pinggang sejak November 2018 dan sanggup derma buah pinggang untuk anak saya kerana perjalanan hidupnya masih jauh."Saya halalkan buah pinggang ini untuk anak saya kerana hanya itu yang mampu saya tolong untuk meringankan penderitaannya sejak kedua-dua buah pinggangnya disahkan gagal berfungsi pada tahap lima dan sedia hadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita ketika lawatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu ke rumahnya di Kampung (Kg) Tapah, semalam.Pegawai JKM Daerah, Norazemy Adenan (dua dari kiri) bertanyakan khabar serta melihat keperluan Nurul Aziemah di rumahnya semalamKeadaan suaminya, Mohd Soberi Mohd Ghazali, 46, yang sering sakit akibat kegagalan injap jantung menyebabkan dia terpaksa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.Dengan berpendapatan hanya RM600 sebulan hasil mengambil upah mencucuk sate, Juliani terpaksa bijak menggunakannya untuk persekolahan anak-anak, perubatan anak dan suami serta pengurusan rumahtangga."Syukurlah, JKM ada beri bantuan persekolahan sebanyak RM200 sebulan bermula tahun 2019 dan Maidam sebanyak RM1,000 secara ‘one off ’ hampir empat tahun.“Namun begitu, dengan keadaan sekarang, perbelanjaan makin besar dan saya sudah tidak mampu bertahan dan perlukan bantuan mana-mana pihak yang sudi membantu kami sekeluarga,” tambahnya lagi.Nurul Aziemah yang ditemui berkata, dia mula dikesan mengidap penyakit itu apabila anggota badannya membengkak di samping mengalami masalah darah tinggi ketika masih menuntut di UiTM."Bila buat pemeriksaan dekat hospital, barulah  tahu yang saya menghidap kegagalan buah pinggang pada tahap lima dan sejak dari itu, saya perlu melalui proses hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu, memang menyakitkan tetapi saya redha dengan keadaan itu yang mana kehidupan saya tak sama seperti orang lain.“Rasa terharu sangat apabila mak sanggup derma sebelah buah pinggangnya kepada saya, sudah terlalu banyak dia berkorban untuk kami semua dan saya nekad akan balas jasanya dan akan ubah nasib keluarga kami setelah bekerja nanti,” katanya.Sementara itu, Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata pihaknya melalui mesyuarat jawatankuasa penimbang bersetuju meluluskan bantuan am sebanyak RM300 di atas nama Nurul Aziemah  mulai Januari 2020 dan bantuan sedia ada masih diteruskan.“Manakala bayaran rawatan Nurul Aziemah dan Mohd Soberi juga dikecualikan di hospital dan klinik kerajaan kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM.‘”Kita juga meluluskan bantuan RM8,000 untuk membaiki rumah termasuk ruang bilik bagi pesakit (Nurul Aziemah) bagi menyediakan ruang yang lebih bersih untuk rawatan dan keselesaan penama,” katanya.Menurut Zuhami, pihak JKM juga akan memajukan nama penama untuk pendaftaran ekasih bagi penyelarasan bantuan dari agensi berkaitan.“JKM juga akan membantu pihak keluarga dengan bimbingan kaunseling dan cara bagaimana untuk meningkatkan pendapatan bagi mengurangkan bebanan keluarga.“Ini termasuk pesakit (Nurul Aziemah) yang mana kita akan beri pendedahan bagaimana menjana pendapatan walaupun mempunyai masalah kesihatan seperti menggunakan cara atas talian (online)supaya dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupannya,” tambahnya.
05 Jan 20
150
Empty Image
Tahap Kesedaran Mengenai Lembaga Rayuan Perlu Dipertingkat
KUALA TERENGGANU, 5 Januari- Tahap kesedaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang awam mengenai Lembaga Rayuan perlu dipertingkatkan, ujar Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Katanya, orang awam khususnya perlu diberi pendedahan yang lebih meluas agar mereka maklum mengenai hak mereka sekiranya mereka terkilan dengan keputusan perancangan Kebenaran Merancang (KM) yang dibuat oleh pihak PBT.“Sehingga tahun 2019 Lembaga Rayuan di Negeri Terengganu telah mengendalikan sebanyak 29 kes sejak ditubuhkan pada tahun 1995.“Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes ditolak, 4 kes diterima dan 11 kes ditarik balik oleh perayu. Manakala sebanyak 2 kes yang didaftarkan pada tahun 2019 sedang menunggu perbicaraan,” ujarnya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Terengganu Sesi 2019 hingga 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, PBT juga diharap akan lebih telus dan berintergriti dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan perancangan KM selaras dengan peruntukkan undang-undang sedia ada yang digunapakai di negeri ini.Menurut beliau, Lembaga Rayuan ditubuhkan di bawah Bahagian Enam (IV), Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang berfungsi sebagai “Mahkamah Perancangan” untuk mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa.“Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan dilihat sebagai satu platform bagi Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan pertikaian di antara dua pihak iaitu PBT dan orang awam atau perayu yang terkilan dengan sesuatu keputusan perancangan oleh PBT.“Tujuan penubuhan Lembaga Rayuan adalah memberi peluang atau saluran kepada orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya mereka terkilan atau tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan perancangan oleh PBT untuk dipertimbangkan semula,” ujarnya.Katanya, dengan adanya Lembaga Rayuan, ia akan menjadi medium dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul berkaitan perancangan bandar dan desa.“Justeru, semua yang dilantik diharapkan dapat menjalankan amanah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab, seterusnya meletakkan Lembaga Rayuan Negeri Terengganu setanding dengan Lembaga Rayuan di negeri-negeri lain,” ujarnya.
05 Jan 20
68
Empty Image
JKR Serah Taska Permata Wisma Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Projek Menaiktaraf Kafetaria Wisma Darul Iman kepada Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) siap sepenuhnya akhir tahun lalu dan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini.Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ir Yusof Abd Ghani kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Taska Permata Keluarga di Tingkat 1, Wisma Darul Iman, di sini.Mohd Zahari turut menandatangani plak peletakan nama Taska Permata Wisma Darul Iman (TPWDI).Taska di bawah kelolaan Yayasan  Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang diubahsuai Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada kafetaria kepada taska melibatkan kos RM300,000.Dengan adanya TPWDI secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI sekali gus merasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka keluar bekerja.
04 Jan 20
94
Empty Image
Terengganu, UMT Jalin Kerjasama Perkasa Industri Pertanian
Dr Azman (dua dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MOU antara TADC dan UMT.KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini bagi membangunkan industri pertanian dan akuakultur di negeri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerjasama melalui anak syarikat kerajaan negeri itu merupakan langkah permulaan kepada detik penting dalam gerak kerja untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluar makanan.Katanya, persefahaman tersebut meliputi perkongsian pintar dan beberapa bidang lain yang telah dikenal pasti berpotensi untuk dimajukan bersama institusi pengajian itu.“UMT memiliki kepakaran dalam kajian, TADC pula mempunyai aset-aset dan projek-projek yang boleh dijadikan bahan kajian, sekali gus memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.“Projek-projek seperti Melon Manis Terengganu (MMT), penyelidikan dalam sektor bekalan makanan ternakan berasaskan napier juga menjadi fokus kita, di samping Projek Rimbunan Kaseh (akuakultur) terus diperkasakan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani MOU terbabit, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Dr Azman percaya Terengganu mampu menjadi negeri pengeluar makanan utama di Malaysia.Hadir sama, Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Prof Dr Mohd Effendy Abd Wahid dan Pengurus Besar TADC, Azhar @ Wahab Jusoh.Menurut Dr Azman yang juga Pengerusi TADC, melalui kerjasama itu pihaknya juga bercadang untuk meneroka peluang-peluang baharu yang mampu menjana ekonomi rakyat.“Kita juga sedang merangka untuk menceburi bidang ternakan ketam di kawasan Setiu Wetland dan ternakan ayam di Besut,” tambah beliau.Sementara itu, Mohd Effendy berkata, kemahiran UMT dalam sektor perikanan dan sains akuatik akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar para petani serta nelayan tidak menghadapi banyak masalah.“UMT juga sedang berusaha untuk memperkayakan sumber-sumber berasaskan marin, contohnya kita telah melepaskan benih-benih udang di perairan Setiu, dan MoU ini adalah pertama kita buat sebagai tanda keseriusan kita,” jelasnya.Mohd Effendy (paling kiri).
04 Jan 20
827