Artikel "Semasa" Terkini
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Bakal Berlangsung Pada 21 Hingga 23 Januari Ini
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri (MTHQN) Ke-63 selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Januari 2020 bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square (KPS), Kampung Raja, Besut.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Mat Arsyad berkata, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri dan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan serentak seperti tahun yang lalu. “Untuk makluman Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri akan bermula pada jam 8.40 malam hingga 11.00 malam.“Pembukaan Majlis Tilawah al-Quran akan disempurnakan oleh , Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 8.30 malam. Manakala Majlis Perasmian Penutup dan Pengurniaan Hadiah pula akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 8.40 malam,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.Menurut beliau, pemilihan tema “Negara Rahmat Ummah Sejahtera” bagi penganjuran MTHQN pada kali ini adalah memberi signifikan bahawa usaha melahirkan Negara Rahmat mestilah dibina asas prinsip akidah yang syumul iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t."Berlandaskan kekuatan akidah dan sistem syariah Islam, ia dapat memberikan impak yang besar kearah kemakmuran dan kesejahteraan ummah."Akhirnya wujudlah sebuah negara yang disifatkan sebagai “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur” (Negara yang baik dan diampuni Allah)," ujarnya lagi.Tambahnya, bagi acara Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri pula, Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Dato' Seri Ahmad Samsuri pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 10.45 pagi. Oleh itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyaksikan secara langsung alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh para peserta dan kemeriahan penganjuran majlis ini.
08 Jan 20
2050
Masalah Pengagihan Benih Padi Perlu Ditangani Segera
Shaharizukirnain Abdul Kadir.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa menangani masalah pengagihan benih padi dengan segera bagi mengelakkan pesawah menanggung derita.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, beliau cukup terkilan dengan isu pesawah yang kerugian RM4.5 juta disebabkan oleh kelewatan pengagihan benih padi sedangkan mereka amat bergantung kepada subsidi benih tersebut.Tegasnya, pihak berwajib seharusnya memastikan benih padi yang disalurkan benar-benar sampai kepada pesawah tepat pada masanya. “Kelewatan pengagihan benih padi memberi impak yang besar bukan sahaja kepada mereka malah kepada hasil pengeluaran beras negara. “Para pesawah menghadapi masalah kekurangan bekalan, malah bekalan yang diterima kurang berkualiti turut membawa implikasi negatif kepada hasil beras tempatan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya lagi, perkara itu turut memberi kesan kepada sasaran kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri beras (SSL) negara. “Berdasarkan jawapan lisan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Sidang Dewan Negara baru-baru ini, tahap sara diri beras masih pada paras 70 peratus.“Ia agak mustahil untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 75 peratus bagi tahun 2020 jika isu pengagihan serta penambahbaikan kualiti benih padi tidak diselesaikan,” jelasnya.Tambah beliau lagi, pengeluaran padi sepatutnya mencapai 70 peratus hasil beras tempatan dan hanya 30 peratus sahaja adalah beras import.Namun katanya, kualiti beras tempatan yang semakin berkurang mendorong kepada permintaan beras import yang lebih tinggi.“Kerajaan wajar bertanggungjawab terhadap isu kelewatan pengagihan benih dengan segera memberi pampasan kepada pesawah bagi menampung kerugian yang dialami,” ujarnya.
08 Jan 20
92
Penyokong Terengganu FC Sangat Luar Biasa – Faris Ramli
Faris Ramli.KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Pemain baharu Terengganu Football Club (TFC), Faris Ramli, 27, mengakui teruja dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh penyokong pasukan itu semenjak beliau melengkapkan perpindahan.Pemain pasukan kebangsaan Singapura itu berkata, pengalaman tersebut pastinya akan menjadi sesuatu yang baharu dan sangat berharga buat dirinya dalam mengharungi saingan Liga Malaysia.“Alhamdulillah, semua penyokong TFC sangat terbaik, sebelum ini saya bersama PKNS dan Hougang United, tetapi ‘fans’ TFC ini sangat luar biasa.“Selepas saya menyertai TFC, ramai penyokong yang selalu menghantar mesej kepada saya di Instagram dan tak sabar melihat saya beraksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan TFC di Gong Badak kelmarin.Menurut Faris, disebabkan itu beliau sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan pertama menentang Perak FA 29 Februari depan.“Saya sangat bahagia di sini, jadi apa yang harapkan kepada mereka adalah terus menyokong TFC dan saya akan buat yang terbaik buat TFC.“Sebagaimana harapan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang mahu satu piala pada musim ini, insya-Allah kami akan usahakan,” jelasnya.Tambah beliau, pemain seperti Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov pastinya akan menjadi gandingan terbaik buat dirinya bagi mencetak jaringan untuk TFC.“Mereka adalah pemain utama dan arkitek TFC yang saya sangat tidak sabar untuk bermain bersama,” katanya.Faris menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad TFC bagi mengisi kuota pemain Asean yang sebelum ini menjadi milik pemain dari Kemboja yang dilahirkan di Perancis, Thierry Chantha Bin yang digugurkan TFC sebelum ini.
08 Jan 20
516
Krisis Iran-AS : Iraq Bakal ‘Hancur’ Sekali Lagi
Oleh ; Hidayah Azlin SETIU, 8 Januari – Krisis yang berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini sudah mula menampakkan bibit-bibit yang akan membawa bumi Iraq ke kancah peperangan dahsyat sekali lagi. Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata walaupun mereka bersemangat bersorak dan bergembira di atas kematian komander tertinggi Iran iaitu Jeneral Qassem Soleimani terbunuh namun akhirnya yang bakal menerima bencana ialah warga Iraq. “Sehingga sekarang saya tidak nampak AS akan serang negara Iran atau Iran akan serang negara US,’’‘’Memang taktik AS, dia akan makan belaka depan belakang kiri dan kanan. Peperangan dialihkan supaya berlaku jauh dari bumi Amerika,’’ katanya dalam status di laman sosial miliknya, pagi ini.Tambahnya, peperangan ini dikatakan penting bagi ekonomi AS. “Bagaimana kepentingan peperangan kepada ekonomi AS, insyaAllah saya akan tulis satu artikel.‘’Kita hanyut dalam krisis Sunni-Syiah, AS datang dengan armada untuk memanfaatkan setiap ruang dan peluang dari krisis yang berlaku demi kuasa hegemoni mereka.’’ ujarnya.
07 Jan 20
179
Gandingan Dua YB Santuni Rakyat
Norshaha (tiga dari kiri) menerima rumah PPRT.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 8 Januari - Gandingan dua Yang Berhormat (YB) dalam program ziarah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading kelmarin menarik perhatian ramai.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim turun bersua muka bersama rakyat di Kampung Kebor Besar dan Kampung Guntong.Kedua-dua wakil rakyat tersebut memulakan aktiviti dengan menziarahi beberapa buah keluarga yang diuji dengan kesakitan dan penderitaan hidup.Salah seorang rakyat yang ditemui, Norshaha Abd Rahman, 57, berkata, beliau melahirkan rasa teruja dengan keprihatinan serta kesudian Mohd Khairuddin dan Ustaz Ridzuan menziarahi keluarganya.“Saya telah diuji dengan penyakit saraf yang menyebabkan saya memerlukan bantuan daripada keluarga untuk berjalan,” katanya ketika ditemui pemberita. Turut hadir dalam program ziarah itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebor Besar, Wan Lawi Wan Awang.Dalam program berkenaan juga turut berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Norshaha merupakan salah seorang penerima PPRT yang bernilai RM60,000 di DUN Buluh Gading.
07 Jan 20
81
Terengganu Sedia 40 Kiosk Solusi Elak Menjaja Di Persimpangan Jalan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan kira-kira 40 kiosk bagi membantu para penjaja di jalanan mengubah cara perniagaan mereka.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, usaha itu merupakan salah satu langkah penyelesaian yang ditampilkan pihaknya sejak tempoh rundingan bersama penjaja tamat, Oktober lalu.“Kita masih ada baki kiosk (gerai) dan boleh beri kepada penjaja jika mereka ada pilihan lokasi yang sesuai dan memohon tapak-tapak gerai tersebut,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kuala Terengganu, hari ini.Beliau mengulas kritikan sebahagian warga net keatas tindakan penguatkuasa yang menjalankan operasi dengan menyatakan pelbagai langkah telah diutarakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.Perkara tersebut turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab yang memaklumkan, YPU dengan kerjasama beberapa agensi terlibat pernah mencadangkan untuk mewujudkan 'pasar pandu lalu' di Jalan Sultan Omar tetapi tidak dipersetujui wakil penjaja."Kami sentiasa mencari jalan dan terus berbincang dengan penjaja untuk menyelesaikan masalah ini, namun rata-rata mereka lebih suka bergerak di persimpangan jalan kerana lebih menguntungkan."Namun, kita juga dapati, ramai penjaja yang masih ada hari ini adalah 'muka-muka' baharu kerana kebanyakan penjaja yang berbincang dengan pihak kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah konsep dan cara perniagaan mereka,” katanya.
07 Jan 20
37
Mangsa Kebakaran Terima Rumah
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 8 Januari - Mangsa kebakaran rumah pada bulan Ogos tahun lalu telah merima bantuan rumah daripada kerajaan Negeri.Katanya, Puan Norizan Abd Rahman, 50, yang juga dikenali Kak Zan bekerja sebagai tukang cuci tandas Majlis Daerah telah ditimpa musibah apabila rumah kediamannya dijilat api.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peruntukan tersebut adalah inisiatif daripada kerajaan negeri melalui tabung bencana Darul Iman (TDI) diberi secara percuma kepada mangsa bencana yang layak menerima."Sumbangan berkenaan adalah satu tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin pihak kerajaan kepada rakyat.“Biarpun kecil, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mangsa,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas majlis penyerahan anak kunci, di sini, pada Selasa, 7 November.Menurutnya, rumahnya siap dibina sepenuhnya pada awal bulan Disember yang lalu di kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Raja Selatan.Tambah Khuzaini, beliau juga telah melancar kempen sifar bocor atap rumah pada tahun 2020 di kawasan DUN Kota Putera."Saya telah umumkan kepada MPKK untuk mencari penduduk yang mempunyai masalah atap bocor untuk diperbaiki," ujarnya.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua MPKK dan penduduk setempat yang hadir bagi menjayakan majlis."Mudah-mudahan Allah membalas amal kebaikan kita kelak," tambah Khuzaini.
07 Jan 20
86
Kerajaan Negeri Sedia Bantu Nurul Aziemah Dan Keluarga
Hanafiah menyampaikan replika cek bernilai RM8,000 dari JKM untuk kos baik pulih rumahHULU TERENGGANU, 7 Januari - Kerajaan negeri sedia membantu dan membuat pemantauan secara berkala kepada pesakit kronik Nurul Aziemah Mohd Fauzi, yang mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggang beserta keluarganya di Kampung Tapah, Hulu Telemong.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi membantu keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka dari semasa ke semasa."Saya minta kepada penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk melihat keadaan keluarga ini dari semasa ke semasa dan bantu setakat yang kita mampu."Untuk hari ini, kita memberi sedikit bantuan untuk membaiki rumah lebih kurang dalam RM8,000 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya sebahagian bilik yang ada di belakang itu akan dibaik pulih bagi keselesaan pesakit."Mungkin pagi esok saya akan minta MPKK beli tikar getah baru dan selepas itu kita akan lihat macam mana proses perpindahan buah pinggang ibu kepada anak untuk tindakan seterusnya melalui Tabung Darul Iman," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menziarahi Nurul Aziemah dan keluarganya di sini hari ini.Turut hadir Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar; Pegawai JKM Daerah, Norazemy Adenan; wakil-wakil Pejabat Daerah dan pengerusi MPKK Kg Tapah.Sementara itu, ibu kepada Nurul Aziemah, Juliani Jaafar menzahirkan perasaan terharu dan ucapan terima kasih atas kecaknaan pihak kerajaan negeri terhadap masalah yang menimpa keluarganya."Terima kasih sangat-sangat kepada yang membantu tu terutama kerajaan negeri dan bantuan yang diterima cukup meringankan beban yang ditanggung oleh kami sekeluarga," ujarnya lagi.Terdahulu, semalam tular kisah menyayat hati mengenai sebuah keluarga yang berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk kewangan.Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga ini semakin diduga apabila anak perempuannya disahkan mengidap kegagalan kedua-dua buah pinggang tahap lima pada November 2018.Sekali lagi pada tahun lepas, tunggak keluarga, suami kepada Juliani pula disahkan mengalami masalah jantung bengkak kronik dan tidak mampu lagi mencari sesuap nasi untuk mereka.
07 Jan 20
59
‘Cukuplah Bergaduh’ - Dr Azman Ibrahim
Dr Azman.Oleh : Hidayah Azlin BESUT, 7 Januari – Setiap anggota masyarakat diseru untuk membina suasana damai dan menyelami keindahan kehidupan dengan mencari titik persamaan selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kemakmuran yang dikecapi hari ini perlu dijalinkan seerat mungkin dengan mengetepikan perbezaan sesama sendiri. “Marilah kita ketepikan perbezaan dan cari titik persamaan yang menjadi asas penyatuan ummah terutamanya di negeri ini.“Perbalahan tak membawa kita ke mana-mana. Iraq dan Iran mengakhiri perang selama lapan tahun tanpa dapat apa-apa sebaliknya jutaan rakyat yang gugur di medan perang,” katanya yang kali pertama menyampaikan kuliah di Masjid Kampung Telaga Nibong, Hulu Besut, semalam.Katanya lagi, tidak wajar setiap rakyat menjadikan perbezaan parti politik sebagai alasan untuk terus bergaduh dan tidak bermanis muka.“Walaupun Hulu Besut diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), saya pesan kepada pengerusi masjid, selepas ini jangan lupa jemput Nawi Mohammad pula memberi kuliah.“Di zaman penyatuan ummah ini ketepikan perbezaan, cari titik persamaan. Bina ukhuwwah dan kurangkan berbalah,” tegasnya.
07 Jan 20
33
Terengganu Atur Langkah Sasar Kehadiran 5 Juta Pelancong
Ariffin menampal logo Tahun Melawat Malaysia 2020 dibantu Che Sulaiman (kedua dari kiri), Sulaiman dan Ahmad Zulfa (kanan). KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Kerajaan Terengganu mengatur langkah untuk mengangkat pelancongan negeri dengan menawarkan pelbagai program menarik sepanjang tahun 2020.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyasarkan untuk mencapai kehadiran lima juta pelancong dengan mengetengahkan beberapa aspek kekuatan negeri.“Program terdekat yang akan diadakan ialah pada bulan Februari ini iaitu aktiviti kayuhan TSG Shimano Fellowship Ride 2020.“Selain itu, Terengganu juga akan mengadakan Perhimpunan Pendikir Muda 2020 yang mengetengahkan bakat-bakat baharu pewaris tradisi masyarakat,” katanya.Ariffin yakin peningkatan pengunjung bagi tahun 2020 ke Terengganu.Beliau berkata demikian keitika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Sempena Tahun Melawat Malaysia anjuran bersama Tourism Malaysia Wilayah Timur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), baru-baru ini.Turut hadir ialah timbalannya, Sulaiman Sulong, Pegawai Pelancongan Kanan TIC Kuala Terengganu, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Ahmad Zulfa Shafie dan Pengurus Malaysia Airport Berhad LTSM, Che Sulaiman Che Pa.Sebagai program pertama di negeri Terengganu bagi tahun 2020, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan atau 'goodies' dari Tourism Malaysia Wilayah Timur kepada pengunjung yang tiba dari penerbangan pertama ke Kuala Terengganu.Sumbangan turut diagihkan kepada pemandu-pemandu teksi lapangan terbang sebagai simbolik memberi semangat untuk mereka lebih cemerlang pada masa akan datang.Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada pengunjung yang tiba.
07 Jan 20
82