lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sembilan Orang Dijangkiti Influenza Di Setiu, Terengganu
Foto ihsan - GoogleKUALA  TERENGGANU, 13 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu  merekodkan dua  kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai sembilan individu dijangkiti influenza dalam kluster itu pada 5 dan 7 Januari 2020 di daerah Setiu.Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, data itu diperoleh berdasarkan pengawasan yang dijalankan pihaknya di klinik sentinel terpilih di seluruh negeri itu.“Seramai sembilan orang dilaporkan dijangkiti influenza bagi kluster tersebut.  Di mana  terdapat lima kes positif influenza A dan tiga kes positif influenza B melibatkan mangsa yang berusia antara tiga dan 38 tahun yang kini dilaporkan stabil.“Kesemua kes telah disahkan oleh fasiliti swasta dan telah diberi rawatan  Tamiflu.Keadaan semua kes adalah stabil dan Kluster ILI ini dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau kejadian ini.Justeru itu, orang awam dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin.Masyarakat juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Manakala bagi golongan berisiko dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta.
12 Jan 20
53
Empty Image
Kejayaan Tidak Datang Bergolek- MB Terengganu
MB (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Marang,  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (duduk) di Kuala Lumpur.KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Pencapaian negeri yang dinikmati pada hari ini adalah hasil kerjasama, usaha, tawakal dan doa dari seluruh rakyat Terengganu tercinta. Serentak itu, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih untuk satu tahun pentadbiran kerajaan kepada semua rakyat Terengganu. "Mari bersama membina dan mengekalkan prestasi negeri untuk tahun-tahun mendatang," katanya dalam status 'Facebook' beliau hari ini.Kejayaan setahun pentadbiran kerajaan Terengganu dirakamkan oleh TV Darul Iman dan dimuatnaik ke laman Youtube di link https://www.youtube.com/channel/UC-kFfAkwxKH1GzPqOZlU3oQOleh itu, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menjemput subscribes TV Darul Iman untuk menyaksikan pelbagai video menarik mengenai Terengganu.
11 Jan 20
68
Empty Image
G25 Sedang Mempromosi Pemikiran Sesat dan Mengelirukan
KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata G25 adalah satu kumpulan yang sedang bergerak mempromosi pemikiran yang merosakkan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam meskipun anggotanya terdiri di kalangan orang yang mengaku Islam.Katanya, pendirian mereka yang menolak tindakan dan hukuman dikenakan kepada pesalah yang melanggar hukum agama Islam adalah jelas sesat dan tersasar. Ia lahir dari keyakinan yang salah dan songsang terhadap hakikat sebenar agama Islam yang menjadi agama bagi negara Malaysia menurut perlembagaan. Tambah beliau lagi, agama Islam bukan hanya agama yang mengandungi hukum-hakam dan peraturan yang melibatkan pahala dan dosa yang dihukum di Akhirat tetapi ia adalah agama yang mencakupi undang-undang melibatkan kehidupan manusia yang dikenakan tindakan dan hukuman di dunia. “Islam menetapkan bahawa mengambil tindakan dan hukuman atas kesalahan berlandaskan hukum agama itu adalah kewajipan dan tanggungjawab mereka yang berkuasa dalam sesebuah negara dan negeri bagi menjamin dan memelihara keselamatan agama, nyawa, jasad, harta, maruah dan akal rakyat. “Persetubuhan luar nikah dan minum arak sebagai contoh adalah kesalahan agama dan jenayah yang mesti dikenakan hukuman di dunia bukan hanya di Akhirat bagi menjamin kesucian nasab dan kesejahteraan akal manusia,” ujarnya dalam satu kenyataan dalam laman sosialnya hari ini.Jelasnya, ini termasuklah jenayah membunuh, mencederakan, mencuri dan merompak yang merupakan kesalahan agama yang mesti dikenakan hukuman di dunia bagi menjamin keselamatan nyawa, jasad dan harta manusia. Menurut Mohd Khairuddin, pemikiran G25 secara keseluruhannya bertujuan untuk membuang agama daripada kehidupan manusia dan seterusnya membuang agama daripada pengurusan bernegara. Ia pemikiran yang bahaya dan sesat bagi umat Islam. “Sebaran pemikiran mereka juga bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Ia juga bercanggah dengan undang-undang negeri-negeri dalam Malaysia yang memperuntukkan hak dan kuasa kepada kerajaan untuk mengenakan hukuman dunia terhadap pesalah-pesalah agama. “Kerajaan Persekutuan dan juga negeri di mana pemikiran mereka disebar dan diwacanakan perlu segera bertindak terhadap kumpulan ini yang dilihat semakin berani mempromosi pemikiran songsang mereka,” katanya.Untuk rekod, G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.Terbaharu, satu kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Asiah Abu Samah yang juga merupakan wakil G25 bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam” telah dibentangkanJelas G25 dalam laporan tersebut, tindakan undang-undang terhadap individu tidak bersolat jumaat misalnya adalah tidak wajar dan mengatakan perkara dilakukan seorang Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan.Laporan itu juga mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
11 Jan 20
37
Empty Image
Ditarik Ombak Kuat, Dua Pelajar UiTM Dikhuatiri Lemas
Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat, tadi.KUALA TERENGGANU, 11 Januari- Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Chendering, di sini, dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Pandak, di sini, petang tadi.Penuntut berkenaan, Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, Kelantan, dan Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, Perak difahamkan datang ke lokasi kira-kira jam 5.30 petang, untuk mandi sebagai menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama 16 lagi rakan mereka.Menurut sumber, ketika leka mandi, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Muhammad Nazrim Mat Asri, 20, Kelantan, dikatakan secara tiba-tiba ditarik ombak sebelum hilang di bawa arus.Salah seorang rakan mangsa menceritakan situasi kejadian kepada pemberita."Panik melihat situasi itu, rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkan mereka namun gagal disebabkan arus yang kuat, sebelum meminta pertolongan penduduk yang berada berhampiran."Hanya seorang daripada mereka (Muhammad Nazrim) berjaya diselamatkan berikutan keadaan ombak yang kuat," kata Muhammad Nazrim  ketika ditemui di lokasi.Penuntut berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini untuk rawatan selanjutnya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.40 petang.Keadaan di lokasi sejurus kejadian."Sejurus itu, seramai 17 anggota dikerahkan ke lokasi termasuk pasukan penyelamat di air (PPDA)," katanya.Operasi mencari dan menyelamat disambung awal pagi esok disebabkan keadaan ombak yang kuat.
11 Jan 20
351
Empty Image
Gagal Manfaat Peluang, THT Berputih Mata
Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional.KUALA LUMPUR, 11 Januari - Kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan menyebabkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa berputih apabila gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu.Ketua Jurulatih THT, Dhaarma Raj Abdullah berkata, anak buahnya bermain baik apabila mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, ia terbukti dengan dua jaringan THT terhasil menerusi gerakan menarik para pemainnya."Dalam beberapa masa kita menunjukkan permainan yang cukup bagus, tetapi apa yang membezakan UniKL dan THT adalah peluang pukulan sudut penalti."UniKL cukup klinikal dalam peluang itu, manakala kita pula gagal, apa pun kita cemerlang dengan dua jaringan padang," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.Dhaarma Raj.Sementara itu, Kapten THT, Fitri Saari pula mahu rakan sepasukan terus bangkit mencari mata penuh dalam perlawanan selepas ini."Malam ini kita kehilangan piala dan mata, untuk perlawanan seterusnya menentang TNB kita harap penyudah kita akan lebih tajam," katanya.Menurut penyerang THT, Faizal Saari, beliau mengakui ketumpulan menyudahkan pukulan sudut penalti menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan."Pukulan sudut penalti hari ini kita gagal mungkin kerana pihak lawan sudah mengkaji THT punya taktikal, dan disebabkan itu kita kehilangan mata," ujar penjaring dua gol THT itu.Dalam perlawanan pembukaan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) itu, UniKL meraih gelaran Piala Sumbangsih buat kali pertama dalam sejarah selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas THT di Stadium Hoki Nasional semalam.Fitri dan Faizal Saari.Kedua-dua pasukan tampil dengan corak permainan terbuka namun jaringan yang dinantikan hanya tiba pada minit ke-19 apabila Muhammad Razie Abd Rahim memberikan pendahuluan buat UniKL hasil pukulan sudut penalti.Faizal Saari pada minit ke-26 dan ke-36 kemudiannya menemui sentuhan jaringan apabila berjaya meletakkan THT 2-1 di hadapan.Namun ia tidak bertahan lama, seminit berselang UniKL mengikat kedudukan apabila Razie sekali lagi memanfaatkan pukulan sudut penalti sebelum Pemain import baharu UniKL dari Belanda, Roel Bovendeert melengkapkan malam gemilang UniKL minit ke-50.
10 Jan 20
154
Empty Image
Kempen Solat Berjemaah Di Terengganu Terus Diperhebat
Wan Sukairi melancarkan kempen.KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Kerajaan Terengganu terus memperhebat kempen solat berjemaah dalam setiap kalangan masyarakat bagi membina suasana harmoni dan sejahtera di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha itu seiring dengan penekanan prinsip Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) kerana pegangan agama dapat menghindarkan daripada pengabaian terhadap amanah dan tanggungjawab."Kita semua maklum akan kepentingan solat berjemaah, yang mana ia akan membentuk sebuah masyarakat bersatu padu dan menjadi penyelesai terhadap sesuatu isu."Usaha ini juga mampu mendidik golongan kanak-kanak dan belia supaya mereka terbiasa dengan suasana solat berjemaah yang sekali gus berupaya melahirkan pelapis pemimpin berkualiti," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Jom Solat Berjemaah dan Logo Masjid Gong Tok Nasek di masjid berkenaan semalam.Jemaah masjid yang hadir.Ujarnya, beliau mahu setiap institusi masjid dan surau di seluruh Terengganu memainkan peranan tersebut semaksima mungkin."Semoga usaha ini mampu mencapai matlamat kita untuk menjadikan negeri ini maju, berkat dan sejahtera," jelasnya.Mengulas tentang pusat pengajian al-Quran braille, Wan Sukairi berkata, ia akan beroperasi sebagaimana yang telah dirancang bersama badan terlibat."Dua pusat pengajian al-Quran bagi golongan cacat penglihatan itu akan berjalan selewat-lewatnya pada Februari ini dengan melibatkan kos sebanyak RM3 juta."Satu di Kemaman (Kerteh) dan satu lagi di Kampung Raja, Besut, di samping satu pusat ini di Seberang Takir telah pun beroperasi," tambah beliau.Wan Sukairi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Gong Tok Nasek.
10 Jan 20
259
Empty Image
Sesuap Kasih 'Platform' Kebajikan Masyarakat
 Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) menyampaikan bungkusan makanan kepada pengguna jalan raya di hadapan Masjid Wakaf Tembesu.KUALA NERUS, 9 Januari –Penganjuran Program Sesuap Kasih yang menjadi ‘platform’ kerajaan negeri dalam melaksanakan kerja kebajikan di kalangan masyarakat umat Islam, kini berlangsung di peringkat Daerah Kuala Nerus.Program itu dianjurkan melalui  Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus, Sabasun Sdn Bhd, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pengurusan Masjid Wakaf Tembesu dan pihak swasta lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program itu merupakan platformkepada seluruh masyarakat untuk berbakti dan melakukan kebajikan dengan memberikan sumbangan makanan kepada penduduk di sekitar daerah ini.Penduduk di sekitar Masjid Wakaf Tembesu menyertai Program Sesuap Kasih di perkarangan masjid itu hari ini.Katanya, kerajaan negeri berhasrat mengadakan program ini seminggu sekali di setiap hari khamis di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini, manakala di Kuala Terengganu akan dimulakan semula tahun ini pada setiap hari Rabu bertempat di Hentian Bas di hadapan JHEAT Kuala Terengganu.“Paling kurang pun sebulan sekali bergantung kepada dana yang kita (kerajaan) ada.“Sebab itu saya menyeru kepada umat Islam seluruh negeri Terengganu khususnya dan seluruh Malaysia amnya untuk sama-sama mengambil saham dalam menjayakan program yang sangat baik ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program itu di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini hari ini.Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat kawalan agar penunggang motosikal menerima bungkusan makanan dari pihak penganjur ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Wakaf Tembesu.Sementara itu Ustaz Azmi Tengah ketika ditemui berkata, di Kuala Terengganu bermula Februari tahun lalu, hampir 200 orang diraikan dalam program tersebut setiap hari Rabu dengan menerima makanan disediakan di hadapan Hentian Bas berkenaan.Katanya, program itu akan diteruskan di tempat yang sama mulai bulan ini.
09 Jan 20
45
Empty Image
RM18,000 Zakat Diagihkan Kepada Pelajar Madrasah
Tiga orang pelajar menunjukkan zakat yang diterima.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 9 Januari – Sebanyak RM18,000 bantuan zakat telah diagihkan kepada 90 orang pelajar Madrasah Darul ‘Ulum dalam Majlis i-Asnaf yang diadakan di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Chendering, hari ini.Jumlah berkenaan merupakan zakat daripada kakitangan Petronas yang sebahagiannya dipulangkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan pihak Petronas mengambil inisiatif untuk mengagihkannya kepada Sekolah Agama Rakyat dan golongan-golongan yang memerlukan di seluruh negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi merakamkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pihak Petronas atas sumbangan tersebut.Muhammad Khalil.“Sesungguhnya pelaburan dan saham yang paling besar dan perlu ditekankan adalah pelaburan dan saham untuk membina generasi pada masa yang akan datang”."Mudah-mudahan, dengan sumbangan sebegini Allah SWT memelihara dan sentiasa memberikan rahmat kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian zakat tersebut.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Koordinator Pegawai Agama Pantai Timur, Mohd Sabli Shamsudddin dan Ahli Lembaga Pengarah Madrasah Darul ‘Ulum.Dalam pada itu, Pegawai Agama Kerteh Integrated Petrochemical Complex (KIPC), Mohd Aidil Adha Tahir yang turut hadir menyatakan bahawa agihan tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat bernilai RM3.7 juta yang akan diagihkan ke seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat.Khalil sempat beramah mesra bersama para pelajar madrasah.
09 Jan 20
206
Empty Image
Agong Perkenan Terima Pimpinan PAS Menghadap
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Dato' Seri Abdul Hadi Awang semalam. Foto ihsan - Istana NegaraKUALA LUMPUR, 9 Januari - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima menghadap teraju utama kepimpinan PAS yang diketuai Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Ini pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dengan delegasi parti tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari tahun lalu.Abdul Hadi dalam suatu kenyataan di Facebook rasminya semalam menjunjung kasih Baginda atas limpah perkenan menerima kehadiran mereka."Menjunjung kasih KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan Tuanku menerima kehadiran patik-patik sekalian."Ampun Tuanku," ujarnya.Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
08 Jan 20
444
Empty Image
MPKKP Jangan Terburu-Buru - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 9 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dinasihatkan agar lebih teliti dan tidak terburu-buru dalam apa jua tindakan yang melibatkan kemaslahatan ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, saranan itu dibuat berikutan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar dewan dan balai raya diserahkan kepada mereka.“Beberapa MPKK memaklumkan bahawa mereka menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar jawatankuasa MPKK keluar dari beberapa premis yang didakwa dibina oleh Kerajaan Persekutuan. “Sukacita saya nasihatkan pimpinan MPKKP supaya jangan terburu-buru bertindak dan perlu meneliti terlebih dahulu latar belakang pembinaan premis dan infrastruktur yang dimaksudkan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan rasminya semalam. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memaklumkan, semua data serta maklumat telah diteliti dan didapati  premis-premis yang dimaksudkan itu terletak di atas tanah milik Kerajaan Terengganu.Jelasnya, walaupun bangunan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan tetapi pemilik tanah lebih berhak kepada premis yang dituntut. “Di sinilah kita perlu cermat dalam membuat tuntutan dan keputusan kerana tuan tanah mempunyai lebih hak kepada bangunan yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.“Janganlah bertindak tanpa usul periksa yang boleh mengeruhkan keadaan dalam masyarakat,” tegasnya.
08 Jan 20
192