Artikel "Semasa" Terkini
MyDebit Diperluas Ke Sekolah Dan Universiti
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Kemudahan kad MyDebit akan diperluaskan ke semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan setiap universiti di seluruh Malaysia.Ketua Jabatan MyDebit, Payments Network Malaysia Sdn Bhd, Azrul Fakhzan Mainor berkata, perkara tersebut telah disokong oleh bahagian pengurusan pendidikan sekolah.“Pada tahun 2019 kita ada 13 buah SBP di seluruh Malaysia dan dua di Kuala Terengganu.“Kami punya perancangan adalah untuk melaksanakannya di semua SBP di mana kita ada 67 buah sekolah,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, kelmarin.Menurutnya, pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd akan bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk inisiatif tersebut.“Bank Rakyat akan mengeluarkan kad Automated Teller Machine (ATM) dengan gambar logo sekolah dan pelajar. Para pelajar boleh membuat pembayaran di kantin dan koperasi malah di luar kawasan sekolah.“Kad tersebut boleh digunakan di mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan kad Mydebit,” jelasnya.Beliau menambah, sehingga kini seramai 2,000 pelajar di 13 buah sekolah telah menggunakan kad MyDebit.“Terdapat dua fasa iaitu fasa pertama di sekolah menengah dan fasa yang kedua di peringkat universiti.“Di peringkat universiti penting kerana para pelajar di universiti akan melangkah ke alam pekerjaan, jadi mereka semua memang pemegang kad ATM sedia ada,” katanya.Azrul turut memaklumkan, sebelum ini pernah terjadi kecurian dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah, universiti dan kawasan terdekat kerana ATM rosak.“Jadi dengan adanya kad ATM yang sedia ada, mereka boleh menggunakan kad tersebut untuk tujuan pembayaran,” ujar beliau.
14 Jan 20
998
Kerajaan Negeri Sasar RM1.6 Juta Dana 'Terengganu For Yaman'
Wan Sukairi (tengah) di sidang media di pejabatnya hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) menyasarkan RM1.6 juta untuk Tabung Terengganu For Yaman.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukari Wan Abdullah berkata, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali dijangka akan melancarkan tabung tersebut di Dewan Teater Wisma Darul Iman pada 21 Januari ini."Kempen yang kita sasarkan ini akan bergerak selama sebulan lebih dan kita akan membuat majlis penyerahan dana kepada Tabung Terengganu For Yaman ini dan akan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 22 Februari nanti.Beberapa NGO sedang bermesyuarat dengan Ustaz Wan Sukairi (empat dari kiri) di Wisma Darul Iman."Manakala target kami pada 7 Mac nanti, kita akan melancarkan misi kemanusiaan ke Yaman," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Katanya, kerajaan negeri akan menyasarkan kempen-kempen seperti Tabung Kemiskinan Rakyat Yaman, Kempen Pendidikan Rakyat Yaman, Kempen Perubatan Rakyat Yaman, Kempen Peralatan Perubatan Untuk Hospital-hospital Yaman dan Kempen Tabung Tangki Air Untuk Kem-kem Pelarian Yaman.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, misi ini akan diketuai oleh UBSNT dan NGO negeri dengan kerjasama Yaman Care, sebuah NGO yang telah beberapa kali melakukan misi di negara Yaman dan ia merupakan misi mereka yang keempat."Kali ini kami mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan mereka untuk mengutip satu jumlah yang kita sasarkan dalam mesyuarat tadi iaitu sebanyak RM1.6 juta."Jadi semua projek itu kita sasarkan untuk pelarian di Yaman RM1.6 juta. Kita harap kerjasama UBSNT akan menggerakkan kutipan melalui semua Terengganu Volunteers (T-VOLT) di seluruh daerah, pasar-pasar malam dan di tempat tumpuan awam," ujarnya.Di samping itu katanya, UBSNT juga berkolaborasi dengan agensi-agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Tererengganu (JHEAT) untuk tujuan tersebut.Justeru, kerajaan negeri akan mengadakan majlis-majlis penerangan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri sekali gus mengadakan kutipan dana untuk membantu rakyat Yaman."Ini adalah misi yang pertama di bawah unit NGO di bawah UBSNT dan sekiranya misi ini berjaya, kita akan mengadakan misi yang sama untuk tujuan yang berbeza pula di masa akan datang."Atas nama kemanusiaan, atas nama saudara sesama Islam, saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu pelbagai bangsa, keturunan dan kaum agar sama-sama kita mendokong misi kemanusiaan Terengganu For Yaman yang akan dilancarkan."Kita sama-sama mengutip dana bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat Yaman yang terkesan dengan apa yang berlaku kepada mereka dalam tempoh lima tahun yang lepas," ujarnya lagi.Menurutnya, sehingga kini tidak kurang daripada puluhan juta rakyat Yaman berada dalam keadaan terkesan, kemiskinan begitu ketara dan mendiami kem-kem pelarian di bumi sendiri akibat daripada peperangan saudara yang berlaku di negara mereka."Atas nama Kerajaan Terengganu, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh rakyat Terengganu agar ayuh bersama-sama kami NGO serta agensi-agensi yang lain di seluruh negeri untuk menyumbang kepada tabung kemanusiaan Terengganu For Yaman ini," tambahnya.
14 Jan 20
225
Derita Bayi Istimewa Dapat Perhatian
MARANG, 14 Januari - Bayi pra matang, Abdul Raihan Abdul Rahim, 35 hari yang menderita pelbagai penyakit serius yang boleh mengancam nyawa mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.Anak kecil itu disahkan mengalami kecacatan dinding abdomen (major omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (cloacal exstrophy), kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna sejak dalam kandungan lagi.Menurut ibunya, Nurul Suhada Che Mahmud, 25, yang kini kesempitan dan merayu bantuan pihak berkaitan kerana anaknya memerlukan ubat-ubatan, pampers dan susu khas yang menelan kos lebih RM600 setiap bulan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pihaknya akan sentiasa memantau dan melihat dari semasa ke semasa bagi memastikan keluarga ini mendapat perhatian dan sumbangan dalam bentuk yang sesuai.“Alhamdulillah hari ni saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Alur Limbat, Ariffin Deraman, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zuhami Omar, Pengurus Tabung Darul Iman( TDI) dan wakil Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hadir ke sini bagi menziarahi adik kita ini dan menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan kewangan keluarga ini.“Hari ini kita menyerahkan sedikit sumbangan wang tunai dan juga daripada JKM, kita hantar susu dan lampin pakai buang (pampers). Kita juga berharap keluarga dia akan isi borang Tabung Darul Iman dan juga tabung Maidam untuk sumbangan seterusnya dan saya dimaklumkan selepas daripada ini JKM akan menghulurkan sumbangan sara diri sebanyak RM350 sebulan.“Selepas ini mungkin adik ini akan menjalani pembedahan memasukkan semula buah pinggangnya yang duduk diluar untuk dimasukkan kedalam... InshaAllah kerajaan negeri akan pantau kondisi melalui TDI dan saya berharap Maidam juga membuat sesuatu bagi memastikan keluarga ini berada dalam keselesaan,” katanya kepada pemberita di kediaman keluarga ini di Kampung Binjai Bongkok di sini hari ini.Sementara itu, Nurul Suhada merasa sangat bersyukur apabila kisah anaknya mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.“Saya gembira sangat sebab dapat bantuan daripada pihak kebajikan, ADUN dan TDI yang ringankan beban saya kerana anak kedua saya dilahirkan pramatang 33 minggu dan sering berulang alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu bagi mencuci luka dan rawatan."Kos perubatan memang perlu belilah dan memang saya sangat berharap kalau ada pihak yang berwajib datang dapat membantu saya dengan keluarga ni untuk meringankan beban kami,” ujarnya lagi. Abdul Raihan juga dikatakan terpaksa membuang air besar melalui lubang yang ditebuk di bahagian abdomen kerana tidak mempunyai dubur disamping hanya satu sahaja buah pinggang yang berfungsi.Menurut Nurul Suhada, jantina anaknya terpaksa ditentukan melalui ujian deoksiribonukleik (DNA) kerana organ kelakiannya tidak terbentuk dengan lengkap dan turut mengalami masalah tulang belakang bengkok.Mana-mana pihak yang berhasrat membantu bayi malang ini boleh membuat sumbangan di akaun BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) milik Nurul Suhada 1110041000174344 atau menghubungi nombor 014-2546378.
13 Jan 20
45
Terengganu Menuju Masyarakat Tanpa Tunai
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Rakyat Terengganu sedang menuju menjadi masyarakat tanpa tunai jika mereka menggunakan sepenuhnya kad MyDebit dalam urusan seharian.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali berkata, kempen penggunaan kad yang diadakan bersama di antara kerajaan negeri dengan dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd akan dapat merealisasikan hasrat meningkatkan penggunaan kad MyDebit.“Tujuan program adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai.“Sistem ini akan memudahkan masyarakat dari segi transaksi perniagaan yang melibatkan jabatan kerajaan, pembayaran dan seumpamanya,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kerana mengadakan program yang memudahkan masyarakat sama ada jabatan kerajaan dan orang ramai.Pada majlis tersebut, seramai tiga puluh pemenang bertuah menerima hadiah masing-masing di mana lima pemenang berjaya membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.Sementara itu, sepuluh pemenang menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM5,000 setiap satu, sepuluh pemenang lagi menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM3,000 setiap satu dan lima lagi pemenang menerima baucar yang sama bernilai RM1,000 setiap satu.
13 Jan 20
183
Belanja RM30 Guna MyDebit, Dapat Hadiah!
KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Rakyat negeri Terengganu yang membelanjakan minimum RM30 dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah yang lumayan.Pembayaran melalui kad MyDebit itu, mestilah dibuat di semua Jabatan Tanah dan Galian Negeri, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah , Pusat Urusan Zakat dan Mahkamah Syariah serta agensi yang lain.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan itu, secara tidak langsung ia memberi manfaat dan kesedaran serta menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tanpa tunai.“Hari ini, kita sama-sama berkumpul bagi meraikan kejayaan para pemenang dari lima agensi yang telah mencatatkan peratusan tertinggi dalam bilangan dan nilai transaksi MyDebit di sepanjang kempen yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2019.“Objektif utama kerjasama di antara Kerajaan Terengganu Darul Iman dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet bagi menjurus kepada masyarakat tanpa tunai (cashless society),” ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit anjuran Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, pada hari ini.Teks ucapan Menteri Besar itu telah dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.Beliau turut berharap agar kempen itu dapat menggalakkan dan meningkatkan jumlah penggunaan kad MyDebit.“Semoga jalinan kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan ini akan di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat secara berterusan.“Marilah sama-sama kita membantu kerajaan dalam mempertingkatkan lagi penyampaian perkhidmatan berkesan dan cekap kepada rakyat selari dengan era digital pada masa kini,” tegasnya.Pada majlis tersebut, seramai tiga puluh pemenang bertuah menerima hadiah masing-masing di mana lima pemenang berjaya membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.Sementara itu, sepuluh pemenang mendapat hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM5,000 setiap satu manakala sepuluh pemenang lagi menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM3,000 setiap satu dan lima lain pemenang menerima baucar yang sama bernilai RM1,000 setiap satu.
13 Jan 20
210
Kebun Komuniti Bandar Permaisuri Bantu Peserta Jana Pendapatan
SETIU, 13 Januari - Projek Pertanian Bandar (Komuniti) atau lebih dikenali sebagai program kebun komuniti yang dijalankan di daerah ini telah membuahkan hasil dan menjana pendapatan sampingan kepada peserta terlibat.Pengerusi Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Permaisuri, Shamsiah Mohamad berkata, tanah terbiar seluas 2.5 hektar milik Majlis Daerah Setiu dibersihkan dan ditanam dengan pelbagai jenis tanaman jangka pendek.“Projek ini bermula tiga bulan lalu bermodalkan sumber sendiri dan hasil pengumpulan wang secara berkumpulan berjumlah RM40,000.“Bermula dengan 200 polibeg sehinggalah sekarang mempunyai 5,000 polibeg, pelbagai tanaman boleh dinikmati seperti cili, timun, terung, petola, bayam brazil, kangkung, sawi, kailan dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Bandar Permaisuri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, di Setiu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa'), To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh.Katanya, tercetusnya idea untuk mengusahakan kebun komuniti itu adalah disebabkan melihat terlalu banyak tanah kosong yang terbiar di daerah terbabit.“Mula-mula saya terfikir untuk memajukan dan mewujudkan kasih sayang di daerah Setiu ini.“Melihatkan di Setiu ini begitu banyak tanah terbiar membuatkan saya nekad membuat kertas kerja untuk melaksanakan kebun komuniti dan diangkat kepada Majlis Daerah Setiu dan alhamdulillah ianya diluluskan,” ujarnya yang merupakan seorang pengusaha perabot.Bagi Shamsiah, selain mampu menjana pendapatan sampingan, aktiviti bercucuk tanam juga merupakan salah satu terapi untuk medapatkan ketenangan.“Sebenarnya projek kebun komuniti yang dilaksanakan di atas tanah terbiar milik kerajaan ini bukan sahaja membantu peserta menjana pendapatan tetapi secara tidak langsung memupuk kasih sayang sesama peserta dan masyarakat selain kehijauan tanaman memberikan rasa tenang kepada kita,” ujarnya.Katanya, kini Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Permaisuri yang diusahakan secara bersama oleh 10 ahli itu telah menjadi model dan rujukan kepada penduduk daerah itu.
13 Jan 20
1618
'Sayu Hati Lihat Keuzuran Adik Mohd Zafran' - Kak Zah
Tuan Faizah (kiri) ketika menziarahi Adik Mohd Zafran di Setiu.SETIU, 13 Januari - "Sayu hati semasa menziarahi adik Mohd Zafran Amsyar Zamzuri yang viral sehari dua ini dengan empat penyakit di rumahnya di Permaisuri, Setiu," kata isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.Katanya, adik Zafran Amsyar menghidap sakit jantung berlubang, uluran angin pasang dan telah menjalani pembedahan membuang hempedu ketika berusia dua bulan.Menurut Tuan Faizah, kini beliau memerlukan bantuan untuk membiayai pertukaran hati dengan kos yang agak tinggi selain kos rawatan berkala."Musibah bagi insan lain juga sebenarnya merupakan ujian bagi kita. Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain dan bertindak balas dengannya."Bersama kita hulurkan bantuan kewangan dan doa agar keluarga ini dipermudahkan urusan," ujarnya di status Facebook miliknya hari ini.
13 Jan 20
251
Usahakan Tanah Terbiar Dengan Kaedah Pertanian Fertigasi
SETIU, 13 Januari- Semua kelompok masyarakat, termasuk graduan dan mereka yang berkerjaya boleh mengambil peluang bergelar usahawan tani dengan mengerjakan tanah terbiar menggunakan kaedah fertigasi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahimberkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan sama ada dari segi insentif kewangan dan pemasaran produk.Katanya, mereka yang mahu menyertai perniagaan berasaskan pertanian tidak perlu terlalu bergantung kaedah konvensional, sebaliknya bertukar kepada teknologi terkini yang mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan.“Sebagai contoh, projek pertanian bandar yang diusahakan komuniti Bandar Permaisuri menerusi kaedah fertigasi diatas tanah seluas 2.5 hektar ini telah mula menampakkan kejayaan.“Walaupun dengan keluasan yang tidak begitu besar, dalam tempoh tiga bulan projek ini dijalankan dengan tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran tempatan secara puratanya komuniti yang mengusahakan boleh menghasilkan 20 tan metrik dengan nilai pengeluaran RM30,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Bandar Permaisuri di Setiu, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa'), To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh.Katanya, projek pertanian bandar adalah salah satu program yang menunjukkan teknologi pertanian pada masa kini dan akan datang yang mana teknik penanamannya lebih kepada penggunaan air baja secara fertigasi dan hidroponik.“Melalui kaedah penanaman ini, keluasan tanah yang minima boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian dan medium yang digunakan juga boleh didapati dengan kos yang agak murah.“Setakat ini medium yang banyak digunakan di Terengganu ialah sekam padi, sabut kepala dan juga sisa buangan dari kilang kelapa sawit,” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri sememangnya menggalakkan semua kelompok masyarakat terlibat dengan aktiviti pertanian yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.“Pertanian bukan setakat satu perniagaan yang menghasilkan sumber pendapatan tetapi pada masa yang sama satu usaha murni untuk kita menghasilkan satu sumber bekalan yang bukan setakat halal, berkat tetapi dalam masa yang sama bersih dan terjamin selamat,” ujarnya.
12 Jan 20
374
Peniaga Lagun Kuala Ibai Mula Operasi Di Tapak Baru
Tengku Noruzawati sedang menyediakan pesanan pelanggan gerainya. KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Para peniaga yang membuka gerai di tapak baharu berhampiran kawasan rekreasi Kuala Ibai, di sini bermula semalam berharap agar mereka dapat mengulangi hasil jualan sebagaimana sebelum-sebelum ini.Rata-rata peniaga yang ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) berpendapat, perubahan yang diputuskan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu bertujuan memberi kebaikan jangka panjang kepada mereka.Antaranya, peniaga Pisang Goreng Cheese K.E, Tengku Noruzawati Tengku Jaafar, 35, menyifatkan keputusan itu membolehkan para peniaga mendapat tempat yang lebih selesa untuk menjual barangan terutamanya makanan.“Dari segi keselesaan, selesa di sini. Dari segi orang ramai pula, memanglah ramai di sana. Tetapi, kalau fikirkan semula, jika orang memang nak membeli orang akan datang juga ke sini.“Terima kasihlah kepada kerajaan negeri dan MBKT kerana beri peluang kepada peniaga untuk meneruskan jualan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.Tambahnya, ini kerana pihak MBKT tidak mengenakan sebarang cas sewa tapak kepada mereka untuk berniaga di situ.Mohd Fairul yakin, tapak baharu itu akan diserbu pengunjung yang datang nanti.Perkara itu diakui Mohd Fairul Ibrahim, 36, yang menjual Ayam Goreng Cheese Leleh. Katanya, sebelum ini juga memang tidak pernah dikenakan sewa.“Selama kami berniaga di sini memang tidak pernah bayar. Buat masa ini, MBKT suruh meniaga dahulu sebulan kerana mereka hendak lihat perkembangannya.“Setakat ini, peniaga tiada masalah berurusan dengan MBKT. Mereka cuma suruh jaga bahagian sampah, kebersihan sahaja,” jelasnya.Menurutnya lagi, sudah menjadi kebiasaan sekiranya tapak baharu akan menimbulkan rasa tidak puas hati kerana hasil jualan yang berkurang.“Biasalah tapak mula-mula ini memang perlahan sedikit. Insya-Allah kalau ramai peniaga di sini orang akan datang. Mula-mula memang begini di mana-mana pun. Percaya pada rezeki,” katanya.Tengku Faizul (dua dari kanan) dan rakan peniaga lain akan memanfaatkan peluang yang diberikan.Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Lagun Ibai, Tengku Faizul Tengku Mohd, 32, berkata, sebahagian besar peniaga sudah memulakan perniagaan di tapak baharu sejak ia berkuatkuasa awal pagi semalam.“Terima kasih kepada MBKT kerana beri tapak secara percuma selama sebulan. Kita akan tengok keadaan jualan sebulan awal ini dan kami akan lakukan yang terbaik atas peluang ini.“Kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Lagun Kuala Ibai selepas ini, harap dapat datang ke gerai-gerai kami di tempat baharu ini sebelum beriadah di taman rekreasi,” katanya.Kawasan tapak perniagaan baharu lebih luas dan tersusun turut memudahkan pengunjung yang datang membeli.Sementara itu, Penolong Pengarah Perlesenan MBKT, Hama Hakim Wahyudi Awang memaklumkan, perubahan itu dilakukan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang memperuntukkan larangan berniaga di dalam kawasan rekreasi.“Perubahan tempat ini telah dirancang lebih setahun. Bemula dengan beberapa aduan yang diterima oleh pengunjung, kami juga telah mengadakan tinjauan berkala melalui medium atas talian serta di lapangan dan mendapati 76 peratus responden bersetuju tapak perniagaan itu dialih ke tapak baharu.“Ia berdasarkan beberapa faktor iaitu keselesaan pengunjung yang berekreasi, memudahkan untuk menyelia keselamatan peniaga dan pengunjung kerana kawasan itu dipenuhi pokok-pokok besar serta kebersihan kawasan,” jelasnya.Dimaklumkan, MBKT juga dalam usaha memulihkan kembali fungsi kawasan Lagun Kuala Ibai sebagai kawasan rekreasi sebagaimana selayaknya serta secara berkala membantu mempromosikan tapak baharu perniagaan di situ.Setakat tinjauan semalam, sebanyak 32 daripada 56 peniaga yang telah dipindahkan sudah membuka gerai dan terdapat beberapa pengunjung juga telah mula datang membeli.Mohamad Hafizul dan isteri, Nur Affiza antara peniaga yang membuka jualan pada hari pertama di tapak baharu.
12 Jan 20
994
94 Asnaf Terima Zakat BAKIP
Alias menyampaikan sumbangan zakat BAKIP kepada salah seorang penerima majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan baru-baru ini.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Januari - Seramai 94 orang asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim telah terpilih untuk menerima zakat daripada Badan Kebajikan Islam Petronas(BAKIP).Pegawai Agama Petronas Pantai Timur, Kerteh, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata kali ini pihaknya telah memilih penerima dari Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang untuk agihan zakat daripada pihak mereka. "Petang ini kita menyerahkan kepada 84 penerima di Majlis i-Asnaf manakala 10 orang lagi penerima adalah pelajar - pelajar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin(SRABZA) di sekolah mereka pagi tadi," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini baru-baru ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Rantau Abang, Alias HarunSementara itu, Alias mengambil kesempatan untuk mengingatkan jangan sesekali memberhentikan persekolahan anak-anak akibat kesempitan hidup."Rezeki itu bukan hanya duit, tetapi antaranya anak-anak yang diberikan pendidikan dan bila dia berjaya dengan pegang jawatan tinggi, dia beramanah dengan kerja-kerjanya. " Ini merupakan anugerah Allah yang paling berharga mungkin disebabkan oleh apa yang kita telah laksanakan dalam diri kita, jadi saya amat berharap jangan mudah - mudah berhentikan anak," tambahnya.
12 Jan 20
127