lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Mayat Mangsa Lemas Terakhir Ditemui
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Januari - Mangsa terakhir tragedi empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara  di sini, ditemui petang ini.Mayat Mohamad Amir Izzudin  Zulkiflee, 21, dijumpai di Muara Sungai Kuala Dungun pada jam 3.10 minit petang tadi iaitu hampir dua hari dilaporkan hilang dibawa arus ombak.Allahyarham Amir Izzudin yang berasal  di Melaka telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besar Dungun untuk dibedah siasat dan pengurusan jenazah sebelum di bawa kediamannya.Terdahulu,empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dari Kuantan; Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka, dikatakan mandi di pantai terbabit kira-kira jam 6 petang pada hari Jumaat baru-baru ini.Sementara itu, mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed, 21, ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.Penemuan mayat ketiga itu kurang satu jam daripada penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang dikesan kira-kira jam 11.35 pagi oleh  pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut.Sebelum itu, mayat Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi.
19 Jan 20
51
Empty Image
SMIDI Menjadi Pilihan Ibu Bapa
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 19 Januari - Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang ditubuhkan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) menjadi pilihan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak dunia dan akhirat.Seramai 110 pelajar yang melepasi temuduga telah terpilih untuk mengikuti pengajian di sekolah terbabit.Tinjauan pemberita pada hari pertama SMIDI tersebut beroperasi hari ini mendapati rata-rata ibu bapa yang ditemui menyambut baik usaha kerajaan negeri menubuhkan SMIDI.Salah seorang pekerja syarikat Teknologi Maklumat dari Selangor, Muhd Nasirin Abdul Ghani berkata, anaknya Muhammad Wafiy beruntung apabila turut terpilih ke sekolah berkenaan."Kerana SMIDI menawarkan satu aliran lengkap bersepadu, meliputi akademik dan keagamaan."Malah ianya menggunakan bahasa pengantar Inggeris dan Arab, selepas taklimat yang diberikan saya nampak akan komitmen Kerajaan Terengganu dalam memartabatkan bidang pendidikan, "ujarnya yang berasal dari Dungun.Beliau berkata demikian, ditemui pihak media, selepas Taklimat Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu SMIDI AMBS, hari ini.Manakala, seorang Juruteknik dari Kemaman, Zainal Ali berkata beliau beserta isterinya Nur Hazida Mohamed memilih sekolah berkenaan untuk anaknya Muhammad Musyrif kerana yakin dan percaya anaknya akan mendapat didikan dunia dan akhirat terbaik di sekolah terbabit."Tambahan pula penekanan terhadap al-Quran itu sendiri, dengan hafalan 10 juzuk akan dihabiskan."Itu menjadi nilai tambah yang akan memastikan bukan hanya sekadar kecemerlangan dari sudut akademik semata-mata, saya dapat tahu mengenai sekolah ini melalui sebaran melalui media sosial," jelasnya.Sementara itu pengajar di Penjara Marang, Muhammad Najmi Liew berkata, SMIDI AMBS menjadi pilihan kerana memang anaknya Muhammad Syafiq mempunyai minat mendalami ilmu agama."Diantara faktor yang lain memang saya amat yakin dengan sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri itu," ujarnya.Sementara itu,  Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata dengan penubuhan SMIDI berkenaan membuktikan bahawa kerajaan mengambil serius mengenai dunia pendidikan."Memang kita menyambut baik ianya diadakan didalam DUN Bukit Besi," ujarnya.
18 Jan 20
2224
Empty Image
MPKK Seberang Baroh Serah 75 Kampit Beras
Wan Sukairi ketika menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk terlibat.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 19 Januari - Sebanyak 75 kampit beras diserahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Baroh bagi membantu meringankan kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah di kampung berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agihan tersebut bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah."Penyampaian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang kurang bernasib baik, memandangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini," katanya.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan berkenaan di rumah salah seorang penerima terbabit.Pada majlis yang sama, turut diadakan gotong-royong pencegahan Aedes yang melibatkan penduduk kampung di kawasan setempat sebagai langkah pengamalan gaya hidup sihat dan perpaduan dalam komuniti.
18 Jan 20
73
Empty Image
Mangsa Lemas Kedua Dan Ketiga Pantai Teluk Bidara Ditemui
Oleh: Nooreni Abu Bakar/Foto: Ehsan Page IPD DungunDUNGUN, 19 Januari- Mayat kedua dan ketiga daripada empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara, disini telah ditemui.Penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu ditemui kira-kira jam 11.35 pagi dalam jarak lapan kilometer dari Pantai Teluk Bidara.Manakala, mayat ketiga Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, 21, ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat tidak sampai sejam selepas penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan pada jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.Kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.Sebelum itu, mayat pertama Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Pusat Peranginan Mayang Sari kira-kira 7.30 pagi tadi.Kini usaha mencari seorang lagi mangsa, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, sedang giat dijalankan.Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu,keempat-empat penuntut PSMZA itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan mereka di pantai tersebut.
18 Jan 20
81
Empty Image
TDM Kupas Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kumpulan TDM Berhad (TDM) meneruskan program 'Corporate Social Responsibility (CSR) siri kelima dengan penganjuran program Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar.Ianya berkisar tentang ketokohan Tok Ku Tuan Besar dan sumbangannya dalam perkembangan Islam di Terengganu. Secara langsung, peserta dapat mengetahui tentang salasilah keluarga Tok Ku Tuan Besar; kelahiran, pendidikan, perkahwinan serta karya penulisan dan sumbangan ilmiahnya.Ianya telah disampaikan oleh Profesor dari Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti PengajianKontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Engku AhmadZaki Engku Alwi.Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Zainal Abidin Shariff berkata, TDM merasa bertanggungjawab mengangkat sejarah mengenai ciri kepimpinan yang terdapat pada Tok Ku Tuan Besar."Seperti kita sedia maklum, Tok Ku Tuan Besar telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat Terengganu. Hal ini bukan semata-mata kerana ilmu dan pengalaman beliau, bahkankerana akhlak yang menjadi kepercayaan pemimpin pada ketika itu serta penerimaanmasyarakat terhadap diri beliau melalui ketokohan dan keperibadiannya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital di sini baru-baru ini.Program ini merupakan salah satu program bulanan tanggungjawab sosial CSR TDM. Program CSR dilaksanakan secara bersiri pada setiap bulan, minggu ketiga dan pada hari Rabu.TDM sebagai penganjur program menyediakan tempat kepada orang awam yang berminat mendalami peradaban dari tiga sudut iaitu sejarah, budaya dan bahasa.Ianya menjadi salah satu platform kepada orang awam yang berminat untuk mendalami peradaban sebagai pengantara unggul wadah ilmu dan maklumat rakyat.Turut hadir, orang awam, badan-badan korporat dan warga universiti selain daripada kakitangan Kumpulan TDM Berhad.
18 Jan 20
460
Empty Image
Panel Penyelidik Bantu Perkasa Badan Legislatif - YDP DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Panel penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri adalah bertujuan untuk memberikan pandangan dan cadangan bagi membantu dan memperkasakan badan legislatif negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali berkata, panel itu ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan yang ditubuhkan oleh DUN.Katanya, fungsi panel penyelidik tersebut di antara lain adalah untuk menyemak dan mengkaji serta membuat penambahbaikan berkait dengan soal pentadbiran, pengurusan dan juga peranan DUN.“Yang kedua bagi mengkaji dan menyemak serta menambah baik perkara yang berkait dengan perjalanan sidang dewan.“Dan yang ketiganya berkait dengan mengkaji serta membuat penambahbaikan berkait dengan ‘standing order’ ataupun peraturan dan perintah tetap dewan,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan laporan akhir kajian pemantapan DUN di sebuah hotel di Kuala Lumpur di sini kelmarin.Katanya, sebahagian dapatan kajian tersebut telah pun dilaksanakan termasuk berkait dengan teknologi maklumat (ICT) dalam pakej E-Dewan.“Kita juga berusaha untuk membina keterampilan ahli-ahli dewan. Di sana ada disediakan pelbagai kursus dan juga bengkel untuk ahli dewan dan seterusnya ia juga berkait dengan perkara-perkara lain iaitu kajian-kajian perbandingan yang dibuat oleh pihak panel berdasarkan pengalaman di tempat-tempat yang lain,” ujar beliau.Menurutnya, negeri Terengganu mengemukakan moto untuk menjadi negeri Maju, Berkat dan Sejahtera.“Antara yang dimaksudkan dengan maju itu adalah memperkasakan kerajaan melalui badan legislatif sebagai salah satu cabang kerajaan.“Kita mahu menjadikan badan legislatif lebih unggul dan lebih profesional serta memainkan peranan ‘semak dan imbang’ bagi membantu pihak eksekutif,” katanya.Justeru itu, beliau yang mewakili pihak kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak panel penyelidik yang banyak membantu Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan.“Kita harap laporan yang dikemukakan ini sekiranya dapat dilaksanakan menjadi satu model dan momentum bagi memperkasakan badan legislatif ataupun DUN,” tambah Dato’ Yahaya.
18 Jan 20
46
Empty Image
Ubah Budaya Kerja, Percepat Proses Keperluan Rakyat
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 19 Januari - Sesebuah organisasi atau jabatan digesa agar mengubah dan memperbaiki budaya kerja terutama yang melibatkan keperluan segera rakyat.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, setiap entiti perlu bergerak secara proaktif supaya manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.Katanya, sekiranya prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada menyebabkan sesuatu urusan menjadi lambat, maka SOP tersebut perlu dikaji dan diperhalusi semula. “SOP yang diguna pakai pada tahun 2000 tentu sekali sudah tidak sesuai diguna pakai pada tahun 2020. Apatah lagi kalau ia sudah digunakan sejak lebih 30 tahun lalu. “Dalam mesyuarat, kita tak mahu terima laporan bahawa sesuatu urusan sedang ‘dalam proses'. Kalau ia dalam proses, maka harus diperincikan apakah proses tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, beliau turut mencadangkan agar semua jabatan membuat perbincangan pengurusan selepas mesyuarat induk bagi menyelesaikan hal-hal teknikal. “Tidak ada istilah selepas mesyuarat, wakil jabatan balik tanpa berbuat apa-apa. Kemudian mesyuarat bulan terbaharu pula barulah melihat kembali minit mesyuarat lepas untuk bagi maklum balas.“Maklum balas yang diberi pula adalah ‘dalam proses’. Ini cara lama yang tak akan membawa kita ke mana-mana,“Rakyat tak berminat nak tahu apa SOP yang kita lalui untuk menyelesaikan sesuatu urusan kerja. Yang rakyat mahu tahu adalah hasil. Ini adalah hak rakyat untuk menuntut apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.
18 Jan 20
46
Empty Image
Penghasilan Sayur Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Pengeluaran sayur-sayuran di Terengganu telah meningkat dan hasilnya telah berjaya dipasarkan ke negeri lain.Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, pada tahun 2019, Terengganu telah berjaya menghasilkan sayur sendiri untuk pasaran dalam dan luar negeri."Jabatan Pertanian telah pun ada teknologi tersendiri terutama melibatkan penanaman pada musim tengkujuh, di mana sebelum ini bila tiba musim tersebut kita terpaksa mengimport sayur-sayuran dari luar."Kita dah boleh pasarkan barangan ke luar negeri apabila tiba musim banjir," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak tanaman kelapa di Batu Putih di sini baru-baru ini.Menurutnya, ramai usahawan baharu dan muda tidak kira sama ada memegang lulusan diploma ataupun ijazah telah menceburi bidang fertigasi.Antara contoh tanaman fertigasi ialah cili, timun dan terung.Beliau menambah, mereka juga harus memastikan sayur-sayuran yang dikeluarkan di negeri Terengganu bukan sekadar cukup tetapi selamat untuk dimakan oleh pengguna."Selama ini kita import dari luar kita pun tak tahu selamat ke tak."Setakat ini kita telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan hypermarket seperti Mydin dan Giant. Ia adalah satu lonjakan untuk menghasilkan sayur-sayuran secara berterusan," tambah beliau.
18 Jan 20
62
Empty Image
Masalah Bekalan Baja Padi Dalam Perhatian NAFAS, LPP
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinBESUT, 19 Januari – Masalah bekalan baja padi yang dibangkitkan para pesawah sudah diberi perhatian dan berada dalam perhatian Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permasalahan yang sudah berlarutan selama dua musim berturut-turut itu berlaku kerana proses bekalan Skim Bantuan Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBBPKP) tidak berjalan dengan lancar.Katanya, IADA Ketara merupakan antara kawasan yang agak terjejas dengan isu tersebut dan menyebabkan penanam padi berdepan masalah lain.“Padi di Kawasan Besut sudah perlu ditabur baja untuk kali yang pertama. Pesawah masih menunggu bekalan baja yang masih tak kunjung tiba.“Semoga pihak NAFAS dapat menyelesaikan isu berkaitan seberapa segera dan bekalan baja sampai kepada pesawah kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menegaskan, kepentingan dan bebanan yang ditanggung para petani sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.“Berhadapan dengan isu ini, kepentingan petani adalah keutamaan kita. Saya juga telah panjangkan isu ini kepada pihak LPP supaya proses tindakan lanjut dapat dijalankan dengan segera.“Kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bersama membantu apa yang perlu demi manfaat rakyat kita, kita akan cuba usahakan sebaik mungkin apa yang terdaya,” tambah beliau.Untuk rekod SBPKP adalah bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada penanam padi yang bertujuan meringankan kos ditanggung pesawah dalam penanaman padi.Dalam masa yang sama ia dijangka mampu memastikan kelestarian pengeluaran padi dan beras negara.Dari sudut pengurusan SBPKP, LPP sebagai agensi pelaksana sentiasa memantau kesemua 198 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berperanan sebagai pengedar baja subsidi agar mematuhi manual pelaksanaan atau pun prosedur operasi standard (SOP) SBPKP.
18 Jan 20
166
Empty Image
Kerajaan Negeri Seru Komuniti Bersama-sama Bangun Pelancongan Terengganu
Monumen Batu Penyu yang perlukan proses pembaikan.DUNGUN, 19 Januari- Kerajaan negeri meletakkan kepercayaan kepada komuniti setempat untuk bersama-sama membangunkan produk pelancongan Terengganu ke aras lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, komuniti setempat merupakan entiti yang paling dekat dengan produk pelancongan Terengganu dan wajarlah dijadikan 'rakan kongsi' dalam mempromosikan kawasan mereka."Pada saya, komuniti paling bawah iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk kampung lebih dekat untuk menjaga kawasan mereka yang mana akhirnya mereka akan mendapat hasil daripada produk itu.Ariffin Deraman."Isu utama kita adalah bagaimana nak menguruskan kawasan pelancongan yang ada.Pihak majlis dan kerajaan negeri boleh sediakan kemudahan dan infrastruktur, tetapi ada kekangan untuk menguruskannya dari segi tenaga kerja dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu meninjau beberapa lokasi pelancongan di daerah Dungun, baru-baru ini.Turut serta, Pengarah  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Terengganu, Zanariah Zakaria dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dungun, Aisyah Abu Bakar.YDP Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat dan pegawai daerah, Anuar Awang membawa Ariffin meninjau Batu Penyu.Dalam lawatan tersebut, Ariffin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi memulihkan kawasan Bukit Penyu yang memiliki tarikan lagenda Batu Penyu."Selaras apa yang kita rancang, pejabat daerah dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang akan berkerjasama melaksanakan pemulihan dan pembaikan secara komuniti."Kita juga mencadangkan pembinaan 'broadwalk' merentasi Teluk Gadong dengan jumlah kos sekitar RM1.3 juta melalui kerajaan Persekutuan," jelasnya.Beliau bagaimanapun, turut memperuntukkan RM20,000 untuk membaik pulih taman permainan di kawasan berkenaan serta mencari alternatif pembangunan jangka masa pendek untuk tarik orang ramai ke sana.Ariffin melihat lokasi dan pelan perancangan pembangunan semula Teluk GadongMenurutnya, lawatan itu memperlihatkan potensi Dungun untuk membangun sebagai salah satu lokasi pelancongan terbaik negeri."Di sini, kita ada Pulau Tenggol yang dikatakan antara pulau terbaik di Malaysia dan dunia."Projek pemuliharaan muara Sungai Paka juga sebenarnya sangat cantik untuk pembangunan Dungun dan Paka sendiri," katanya.Beliau menjelaskan, apabila selesai projek itu, kawasan seluas 40 hektar boleh dibangunkan pusat pelancongan."Ini kerana, benteng pemecah ombak ini akan mewujudkan tempat yang sesuai untuk beriadah dan selamat mandi laut yang mana faktor ini akan dikaji lagi oleh JPS selepas ini," katanya.Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka dalam proses dan dijangka siap tahun hadapan.
18 Jan 20
572