Artikel "Semasa" Terkini
UPDI Timba Pengalaman TV AlHijrah
Wakil UPDI dan pengurusan TV AlHijrah merakam kenangan bersama. KUALA LUMPUR, 19 Januari- Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) berusaha menambah baik perkhidmatan dalam menyampaikan maklumat berkaitan kerajaan Terengganu bagi tahun 2020.Sehubungan itu, satu kunjungan diadakan ke stesen televisyen terkemuka negara, TV ALHIJRAH dalam rangka meningkatkan mutu penyampaian.Aswadi Mohamad.Penolong Pengarah (Operasi), Aswadi Mohamad menyifatkan, UPDI dapat mengambil pelbagai ilmu dan belajar mengenai teknologi terkini daripada syarikat televisyen islamik itu."Hasil lawatan kali ini, kita mendapat banyak input dan pengalaman sebagai satu unit yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Suasana di konti TV AlHijrah."Sepanjang 10 tahun beroperasi, kita melihat banyak idea dari segi segmen yang boleh diangkat daripada stesen televisyen ini dan teknologi yang digunakan akan kita aplikasikan di UPDI nanti," katanya.Beliau berkata demikian mewakili pengarah UPDI, ketika ditemui selepas kunjungan tersebut, di stesen berkenaan di Kompleks Pusat Islam, di sini, Jumaat lalu.Penerangan oleh TV AlHijrah tentang konsep penyiaran berita. Kunjungan tersebut memperkenalkan tentang pengurusan dan teknologi penyiaran terbaharu yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri.Lebih menarik, UPDI yang diwakili Pengarah, Mohd Soud Said turut berkesempatan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif TV ALHIJRAH, Namanzee Harris mengenai kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.Slot mempromosikan Terengganu oleh Exco Pelancongan negeri dan pengarah Tourism Terengganu.Kunjungan itu juga sebagai salah satu rangka mempromosikan Terengganu melalui slot temu bual di rancangan Assalamualaikum.
18 Jan 20
488
Mayat Pertama Penuntut PSMZA Ditemui
Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Ehsan BombaDUNGUN, 19 Januari –Mayat pertama kes lemas membabitkan empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dilaporkan hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, berjaya ditemui.Mangsa Muhammad Zul Fahmi Zuki,21, yang berasal dari Kemaman ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Pusat Peranginan Mayang Sari kira-kira 7.30 pagi ini.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan perkembangan itu.Ketika ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee.
18 Jan 20
52
Larian Ultron Catat ‘Malaysia Book Of Records’
Peserta kanak-kanak turut mencuri tumpuan dalam acara larian tahun baharu.KUALA TERENGGANU, 18 Januari - Penganjuran Larian Tahun Baharu 2020 Ultron di sini hari ini, turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).Program julung-julung kalinya diadakan di Dataran Drawbridge itu tersenarai sebagai penyertaan acara larian serentak tertinggi yang melibatkan sembilan buah negeri di seluruh Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran program sukan selagi mana ia berjalan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.“Sebagaimana kita sedia maklum, Terengganu merupakan negeri yang cukup kuat dalam pelbagai jenis sukan, melalui program ini sudah pasti ia mampu memberi kelebihan pada kita untuk terus kuasai bidang ini.“Sementara itu, aktiviti ini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan kecergasan tetapi turut mencetuskan suasana harmoni dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Wan Sukairi Wan Abdullah.Mengulas tentang garis panduan terbaharu, beliau berkata, perkara itu dijangka akan dirasmi dan dilancarkan dalam masa terdekat oleh Menteri Besar Terengganu.“Ia meliputi semua segmen di Terengganu termasuk sukan, hiburan dan pelancongan,” tambah beliau.Dalam pada itu, seramai 1,325 peserta dari seluruh negeri menyertai acara yang bermula jam 7.00 pagi dan ia juga melibatkan peserta termuda berumur empat tahun serta Orang Kurang Upaya (OKU).Peserta OKU yang menghangatkan lagi program.
18 Jan 20
339
Jaringan Saat Akhir Beri TLHT Kemenangan
Pemain THLT meraikan gol kemenangan.KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Jaringan pada saat-saat akhir Fazilla Sylvester Silin memberi tiga mata berharga kepada Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) apabila menumpaskan PDRM Blue Warriors 1-0 sebentar tadi.Gol pada minit ke-60 hasil pukulan sudut penalti itu menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan setelah permainan berlangsung sengit di Stadium Hoki Batu Buruk, di sini. Menurut Fazilla, perlawanan hari ini sangat mendebarkan dan dia tidak menyangka dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya. “Kami memang mengharapkan untuk meraih tiga mata penuh di tempat sendiri walaupun kami agak gementar pada mulanya kerana pemain-pemain dalam TLHT agak muda berbanding pasukan PDRM.“Alhamdulillah, kami berjaya capai mata penuh dan memberi tentangan sengit kepada pasukan hebat seperti PDRM,” jelasnya.Sementara itu, Jurulatih TLHT, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, pasukannya bermain dengan baik apabila mendominasi permainan dan beberapa strategi yang dirancang berjaya dilaksanakan.Jaringan TLHT yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan.“Namun, ketumpulan jentera serangan memanfaatkan setiap peluang terhidang menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga minit terakhir bagi menjaringkan gol.“Dan Alhamdulillah, kami berjaya juga akhirnya dalam keadaan pasukan lawan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, kredit diberikan kepada pemain saya termasuk pemain muda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dalam perkembangan sama, kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani berkata, meraih tiga pada hari ini adalah perkara yang paling mustahak perlu dilakukan oleh TLHT.“Kami sedikit bergelut pada awal permainan’, tetapi usaha yang ditunjukkan daripada keseluruhan pasukan berjaya memberikan kami tiga mata untuk terus mencabar Pasukan Hoki Akademi KL,” jelasnya.Dalam pada itu, ujar pemain tengah TLHT, Tuan Nurhidayah Tuan Ismail, bermain secara berpasukan dan fokus hingga wisel penamat menjadi kunci pasukannya meraih kemenangan.Tuan Nurhidayah (berbaju putih).“Kami juga mendapat tunjuk ajar daripada pemain-pemain senior dan kebangsaan, mereka membantu pemain-pemain baharu dengan baik,” ujarnya.
18 Jan 20
46
'Kekalkan Kecemerlangan Imtiaz' - Maliaman Kassim
Maliaman Kassim (tengah).KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) seluruh negeri digesa untuk terus mengekalkan rekod serta tradisi kecemerlangan yang telah dicapai sekolah itu sebelum ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, institusi pendidikan menengah itu telah melahirkan ramai tokoh hebat dalam membangunkan masyarakat, negeri dan negara.Ujarnya, kejayaan itu mestilah diteruskan bahkan perlu mencipta lebih banyak kecemerlangan agar ia menjadi contoh kepada institusi-institusi yang lain.“Pelbagai kecemerlangan telah dicipta oleh anak-anak Imtiaz yang bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, malahan kita juga berjaya di peringkat antarabangsa.“Perkara ini mesti diteruskan dan kita percaya dengan gabungan pembelajaran akademik serta al-Quran mampu melahirkan teknorat yang juga mahir dalam ilmu agama atau pun profesional yang pakar hadis,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT di Dewan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu hari ini.Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Mazlan Che Wil yang hadir sama berkata, setakat maklumat yang diperolehinya seramai 3,000 pelajar yang menamatkan pengajian di SM Imtiaz telah berjaya mencipta nama dalam lapangan kerja masing-masing.“Daripada 3,000 pelajar yang kita lahirkan itu, 600 menjadi doktor, 500 jurutera, 500 pendidik atau guru 200 juruterbang, manakala selebihnya berada dalam bidang agama.“Inilah produk yang telah berjaya kita lahirkan daripada SM Imtiaz ini, jadi yang berada di Imtiaz hari ini adalah bakal peneraju masa depan negeri dan negara,” tambah beliau.Dalam majlis berkenaan, seramai 620 pelajar tingkatan satu telah berjaya menamatkan orientasi yang bertujuan untuk memberi suntikan motivasi selain mengintegrasikan mereka daripada pelbagai sudut imtiaz.
17 Jan 20
495
Terengganu Sasar Halalkan ‘Tanah Haram’ Petani
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 januari – Kerajaan terengganu terus komited membantu para petani untuk menghalalkan tanah tanaman padi yang berstatus tanah haram. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum menjelang akhir tahun 2020 petani yang tidak layak mendapat skim bantuan subsidi baja, racun dan benih kerana tanah berstatus haram akan diberi perhatian.Jelasnya, status tanah halal atau mempunyai hak milik dijangka mampu meningkatkan hasil dan pendapatan para petani apabila memperolehi banyak keistimewaan.“Tanah padi haram perlu diubah status menjadi halal iaitu dengan pemberian geran hak milik atau paling kurang Lesen Menduduki Sementara (LMS). Memiliki LMS sudah melayakkan pesawah mendapat skim bantuan subsidi yang dimaksudkan.“Benih, baja dan racun padi semuanya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Kita kerajaan negeri hanya bantu sebagai pemudahcara antara bahagian Industri Asas Tani (MOA) dengan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana sasaran untuk menyelesaikan status tanah padi haram pada tahun lepas di baruh gong machang dan gong telikong besut telah tercapai hasil kerja keras semua pihak. “Saya menyeru kepada semua yang masih mengusahakan tanah haram dengan tanaman padi untuk tampil ke pejabat tanah daerah di mana lokasi tanah tersebut berada. Isi borang jadual 1 permohonan tanah atau isi borang permohonan LMS.“Untuk tanah padi keluasan maksimun yang boleh dimohon ialah dua ekar. Walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram.“Kerajaan bukan mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi kita mahu bantu supaya yang haram jadi halal,” jelasnya lagi.
17 Jan 20
294
Graduan Diseru Jadikan Pertanian Sebagai Kerjaya
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - Jabatan Pertanian Terengganu disaran melipat gandakan usaha agar sektor pertanian menjadi pilihan kepada para graduan, sebagai kerjaya yang menghasilkan pulangan lumayan.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato' Yahaya Ali berkata, kerajaan negeri melihat pertanian menjadi sektor yang diminati oleh rakyat negeri khususnya golongan muda termasuk kalangan lepasan pusat pengajian tinggi."Yang mana bidang pertanian itu boleh menjadi kerjaya dalam kehidupan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas lawatan kerja ke dua projek iaitu fertigasi tanaman cili di Jambu Bongkok dan tanaman kelapa di Batu Putih semalam.Turut hadir , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Timbalan Pengerusi ll Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ab.Razak Ibrahim.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed, ADUN Ajil Maliaman Kassim dan Pengerusi Mawaddah Negeri Terengganu, To' Puan Zarani Othman.Tambah Yahaya lagi, beliau juga berharap sektor pertanian akan menjadi sektor yang semakin penting dalam konteks pertumbuhan ekonomi di negeri Terengganu.Menurutnya, tujuan lawatan pada kali ini adalah untuk membuat tinjaun secara langsung (first hand) apa yang telah dan sedang berlaku berkenaan projek pertanian di negeri Terengganu."Kita lihat projek fertigasi di Jambu Bongkok yang mana usahawan berkenaan dari segi hasilnya mendapat hampir jutaan ringgit."Nak mengambarkan bahawa projek pertanian sekiranya diberikan tumpuan yang khusus dengan menggunakan teknologi moden dan juga kemudahan infra yang sepatutnya, akan mendapat hasil" jelas beliau.Dalam pada, beliau berharap pihak Jabatan Pertanian dengan bantuan peruntukan samada kerajaan negeri ataupun pusat akan memberi fokus yang khusus kepada projek pertanian agar ia dapat menghasilkan usahawan yang berjaya."Zaman sekarang ini ramai lepasan universiti yang menganggur dan mereka sedang mencari-cari peluang pekerjaan yang mereka boleh dapat."Pokoknya mereka perlu mengubah minda mereka supaya tidak lagi fikir bila keluar dari pusat pengajian tinggi nak kerja kerajaan, makan gaji."Sedangkan peluang mereka dalam bidang pertanian ini cukup besar dan mendatangkan pulangan yang lebih baik," tambah beliau.
17 Jan 20
61
Empat Pelajar Politeknik DiKhuatiri Lemas
Foto Ehsan GoogleOleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 17 Januari - Empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun, hari ini.Pegawai Petugas Pusat Gerakan Operasi ( PGO), Mohamad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang pada jam 6.30 petang. "Pasukan bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang pada jam 6.40 petang dan maklumat yang diterima daripada orang awam seramai enam pelajar sedang mandi dan disyaki empat daripadanya lemas."Keadaan ombak besar menyulitkan bomba untuk menjalankan operasi mencari dan kita terus berusaha menjalankan pencarian di persisir pantai, "katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi. Mereka yang terlibat ialah Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee.Tambah Mohammad Azrul, usaha mencari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun juga dibantu oleh BBP Chukai di lokasi kejadian. "Ianya melibatkan 14 anggota Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan kenderaan satu Water Tender, sebuah Emergency Medical Retrieval Service' (ERMS), dua utiliti dan sebuah Amphibious Rigid Inflatable Boat (ARIB) ," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, 30 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
17 Jan 20
63
Ustaz Azhar Idrus Berkuliah Seperti Biasa
Ustaz Ridzuan (kanan) menemui UAI di rumah beliau.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 16 Januari - Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI kini semakin pulih dan telah menyampaikan kuliah agama seperti biasa.Beliau yang memulakan kuliah pertamanya pada 10 Januari lalu di Surau Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, Kuala Nerus antara lain untuk menguji keadaan tulang rahang yang turut cedera dalam kemalangan basikal ketika menyertai kayuhan santai di sini pada 4 November tahun lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, pendakwah sejuta ummat itu kini semakin sihat dan sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Hadiah kenang=kenangan dari Ustaz Ridzuan kepada UAIBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menziarahi UAI di kediamannya bersama-sama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading petang semalam.“Malam ini (semalam) beliau akan berkuliah di Masjid Pengadang Baru, kuliah keempat selepas kemalangan tersebut yang membuktikan tulang rahang sudah semakin pulih untuk bercakap lama,” Ujar beliau.Ustaz Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berdoa agar UAI cepat sembuh sepenuhnya dan dapat menyampaikan kuliah seperti biasa.
16 Jan 20
1165
Sedia Bantu Waris Arwah Syamiru - Wan Sukairi
Wan Sukairi menyerahkan Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris arwah Syamiru di rumahnya di Kampung Kua Ajil.HULU TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri sedia melihat serta menimbang bentuk-bentuk sumbangan kepada waris bekas pemain hoki Terengganu, arwah Syamiru Aiman Bidin @ Pok Yu yang telah meninggal dunia akibat kanser baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara ini akan dibawa untuk perbincangan semasa mesyuarat mingguan EXCO kerajaan negeri dalam tempoh yang terdekat."Kita masih belum buat keputusan apakah bentuk sumbangan yang boleh disalurkan untuk waris arwah tetapi ia akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO tentang apa dan bagaimana untuk membantu mereka."Yang pasti kita akan buat sesuatu bagi memastikan waris keluarga mendapat sesuatu sebagai mengenang jasa arwah dalam sukan hoki yang banyak menyumbangkan pingat kepada negeri," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumah keluarga arwah di Kampung Kua, Ajil di sini hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 faedah pengurusan jenazah dan pencen Penakat PERKESO kepada waris, Badrul Hisham Bidin, 40 yang merupakan abang kepada arwah.Bekas pemain tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT), yang baharu berusia 27 meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pernah menyarung jersi THT dari 2013 sehingga 2016 dan muncul juara liga.Berdasarkan rekod, pemain tengah lincah itu pernah bersama dengan pasukan pasukan Sukma Terengganu pada 2014 selain THT bermula pada 2013 hingga 2016, arwah pernah beraksi bersama pemain import dari Korea Selatan, Seo Jong Ho yang kini menjadi penolong jurulatih THT.Arwah juga pernah beraksi bersama pemain adik-beradik, Fitri dan Faizal Saari, Shahrun Nabil, Muhammad Firhan Ashaari, Ismail Abu dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil bawah kendalian jurulatih Sarjit Sing.Arwah Syamiru pernah membantu THT mencipta sejarah muncul juara Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) pada 2014 buat pertama selepas mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Sapura pada aksi akhir liga berkenaan di Stadium Hoki batu Buruk Kuala Terengganu.
16 Jan 20
126