lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Bebas Koronavirus
Foto oleh - Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 28 Januari - Kerajaan negeri mengesahkan Terengganu bebas daripada sebarang kes 2019 Novel Koronavirus (2019-nCOV).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, walaupun tiada kes dilaporkan di negeri itu, rakyat diminta terus mendapatkan rawatan jika ada tanda dijangkiti bakteria koronavirus.Katanya, virus itu sangat merbahaya, mudah berjangkit dalam tempoh singkat antara manusia hanya melalui udara, selain  sentuhan, batuk dan selesema.“Sesiapa yang mengalami sakit tekak dan kerongkong, menghadapi kesukaran untuk menelan makanan, lesu, pucat dan mengalami degupan jantung yang pantas, diminta segera mendapatkan rawatan. “Melihat keadaan itu semakin serius, kerajaan negeri sudah mengarahkan Jabatan Kesihatan, hospital dan semua klinik kesihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes penularan koronavirus di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Dr Alias turut memberitahu, kerajaan perlu mempertimbangkan sekatan sementara terhadap kemasukan pelancong dari China, selain melakukan saringan kesihatan dengan lebih ketat.Katanya, penularan wabak itu menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat kerana pelancong dari China dikecualikan daripada visa oleh kerajaan Malaysia."Sudah ada beberapa kes wabak koronavirus yang melibatkan pelancong asing dari China dan masalah ini akan bertambah buruk jika kerajaan tidak bertindak tegas dengan segera,” katanya.
28 Jan 20
52
Empty Image
Walau Berbeza Pegangan Politik, Peruntukan Terus Disalur
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 28 Januari - Walaupun berbeza fahaman dan pegangan politik, peruntukan bagi tujuan tertentu terus disalur agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan perkiraan itu, dalam sektor pertanian, kerajaan negeri sentiasa memberikan peruntukan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program serta projek yang bermanfaat kepadaa rakyat. “Antaranya peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Perikanan untuk program memperkayakan sumber laut serta bantuan peralatan nelayan.“Manakala peruntukan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang untuk program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dan peruntukan tampungan harga duku kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya dalam satu kenyataan semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, perbezaan politik yang wujud tidak wajar dijadikan alasan untuk setiap pihak berkelahi sepanjang masa kerana pada akhirnya membebankan rakyat.“Perkiraan kita, walaupun tugas-tugas tersebut berada di bawah bidang kuasa Jabatan Persekutuan, tetapi yang mendapat manfaat ialah rakyat kita. Maka negeri dan pusat perlu bekerjasama dan berganding bahu. “Atas dasar ini jugalah, peruntukan Bantuan Am RM250,000 diberikan juga kepada ADUN bukan kerajaan di Terengganu.
27 Jan 20
48
Empty Image
300 PEKIDA Kemaman Diraikan
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 28 Januari - Seramai 300 orang ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diraikan dalam Program Ramah Mesra YBC (Yang Berhormat Cukai) Bersama PEKIDA Kemaman yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, baru-baru ini.ADUN Cukai, Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, ahli jawatankuasa dan ahli PEKIDA yang hadir memeriahkan majlis tersebut."Malam ini kita bertemu, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan supaya kita dapat mengenali di antara satu sama lain."Pertemuan ini bukanlah yang pertama dan yang terakhir. Pintu pejabat kami akan sentiasa terbuka untuk kita sama-sama duduk bertemu mata, berbincang, bertukar pandangan dan sebagainya," ujarnya.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut memberitahu, perjuangan yang dibawa oleh mereka adalah sama."Saya dimaklumkan PEKIDA hari ini dalam usaha untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin."Inilah sebahagian daripada perjuangan kami dan sebahagian besar adalah perjuangan kalian. Ia adalah harapan kita bersama," katanya ketika berucap bagi merasmikan program tersebut.PEKIDA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membela orang Melayu di Malaysia.
27 Jan 20
1304
Empty Image
Persembahan Akrobatik Dari China, MBKT Tak Terima Permohonan Permit
KUALA TERENGGANU, 28 Januari - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak pernah menerima sebarang permohonan permit untuk mengadakan persembahan akrobatik dari negara China daripada pihak pengurusan pusat membeli belah Kuala Terengganu City Center (KTCC) Mall.Persembahan akrobatik itu dijadualkan berlangsung selama dua hari di pusat membeli belah baharu tersebut bermula semalam.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, pihaknya kesal dengan tindakan KTCC Mall kerana telah mengadakan persembahan tersebut semalam, sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa."Mereka sepatutnya perlu mengemukakan permohonan untuk permit terlebih dahulu kepada kita sebelum membuat apa-apa persembahan di pusat belah belah itu.“Kita telah memberikan amaran kepada pihak pengurusan KTCC Mall agar tidak meneruskan persembahan akrobatik tersebut untuk hari ini yang dijadualkan berlangsung pukul 3 petang dan 8.30 malam ini,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Shahidan berkata, MBKT telah berhubung dengan pihak pengurusan KTCC Mall berhubung perkara berkenaan dan mereka akur dengan keputusan tersebut.“Mereka juga telah mengeluarkan notis untuk membatalkan persembahan pada hari ini di laman facebook rasmi KTCC Mall,” ujarnya.
27 Jan 20
441
Empty Image
Terengganu Cadang Perluas Skop Kerja MARRIS
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 28 Januari - Terengganu mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya skop kerja peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) diperluaskan demi keselesaan dan kesenangan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia perlu ditambah baik kepada kerja-kerja pembinaan jalan baharu dan bukan hanya tertumpu penyelenggaraan sahaja.Katanya, sebab itulah kerja-kerja menyelenggara lebih rancak berbanding pembinaan jalan raya baharu.“Setakat ini, MARRIS hanya membenarkan skop kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan sedia ada yang berdaftar sahaja. Tidak boleh digunakan untuk bina jalan baharu.“Untuk bina jalan baharu, kita guna peruntukan daripada sumber di bawah skop lain. Di Jabi, jalan baharu kita bina, penyelenggaraan jalan sedia ada pun kita buat,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab persoalan penduduk kampung pagi ini.Untuk rekod, peruntukan MARRIS di bawah Kerajaan Persekutuan hanya membenarkan skop kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan sedia ada yang berdaftar sahaja. Dana tersebut tidak boleh digunakan untuk membina jalan raya baharu sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang.
27 Jan 20
204
Empty Image
Tiada Lagi Kelibat Ashaari 'The Silent Killer'
Ashaari Samsudin (dua dari kiri) dipeluk skuad muda TFC selepas menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 28 Januari – Terengganu Football Club (TFC) mengambil keputusan untuk menghormati keputusan bekas pemain berbisa pasukan itu, Ashaari Samsudin yang bertindak bersara daripada dunia bolasepak professional.Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana ia adalah kehendak Ashaari, 34, meskipun ramai peminat mendesak agar pengurusan bola sepak Terengganu kembali mendapatkan khidmat  pemain yang digelar ‘the silent killer’.“Bagi saya, dia adalah pemain tempatan yang berkualiti dan sememangnya kami memerlukan khidmat Saha (Ashaari), sejak awal kami telah menawarkan kontrak padanya.“Tetapi keputusan itu (bersara) telah dibuat olehnya, dan itu pilihannya, kami menghormati keputusan itu,” ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Dalam pada itu, mengulas tentang kecederaan yang dialami oleh Faiz Nasir, Nafuzi memaklumkan pemain itu sudah dalam proses pemulihan.“Faiz dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang sepak mula Liga Super 29 Februari nanti, dia dah mula berlatih bersama pasukan.“Mungkin dalam seminggu dua ini Faiz akan cergas seperti biasa dan dapat digandingkan dengan pemain-pemain lain,” jelas beliau.
27 Jan 20
344
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 Januari - Orang ramai khususnya rakyat Terengganu dinasihatkan agar tidak panik dan mempercayai sebarang berita palsu berkaitan jangkitan Novel Coronavirus di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menegaskan perkara itu selepas tersebar berita seorang kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Coronavirus dilarikan dari Hospital Kemaman. Sebaliknya apa yang berlaku katanya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak faham dengan apa yang dimaklumkan oleh doktor kerana masalah komunikasi bahasa lalu membawa pulang semula anaknya ke tapak ECRL dan bukannya melarikan diri. "Tambahan pula kanak-kanak berkenaan cuma mengalami simpton Coronavirus dan masih belum disahkan positif penyakit itu sebagaimana tular di laman sosial. "Sebarang maklumat selanjutnya akan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Hospital Terengganu dalam masa terdekat, warga Kemaman khususnya jangan panik dan mempercayai khabar angin," tegasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk dikuarantin. "Pihak Hospital meminta bantuan Polis untuk mengesan kanak-kanak ini. Polis serta-merta mengambil tindakan bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak ini di ECRL. "Kemudiannya membawa kanak-kanak ini menaiki ambulans dan terus dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu," tambah beliau. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azimi Yunus mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Bagaimanapun pemeriksaan mendapati, kanak-kanak itu tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit disyaki Patient Under Investigation (PUI) atau pesakit Coronavirus. Pihak hospital memberi rawatan biasa kepada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad di hopsital berkenaan jam 6.15 petang tadi, Terdahulu dilaporkan, kanak-kanak itu bersama ibu bapanya ke Hospital Kemaman jam 13.34 tengah hari tadi untuk mendapatkan rawatan.  
27 Jan 20
92
Empty Image
Riadah Santai Tarik Minat Belia
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 27 Januari - Riadah secara santai dapat menarik minat belia untuk menyertai aktiviti sihat.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, aktiviti itu dapat mengeratkan hubungan antara belia secara lebih dekat.“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membendung gejala yang kurang sihat."Dengan riadah dan perjumpaan sebegini, kita dapat merasai serta menghayati keinginan golongan muda masa kini dengan lebih jelas," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita di Dewan Futsal Bukit Kenak, Jerteh, pada Sabtu, 25 Januari.Menurutnya, kerajaan negeri amat menggalakkan para masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat melahirkan rakyat yang sejahtera."Aktiviti riadah ini diadakan setiap bulan bagi mengumpulkan golongan muda dan dapat menyampaikan maklumat penting mengenai hasrat kerajaan negeri.“Penyampaian nasihat dan makluman secara spontan merupakan salah satu cara untuk menghubungan belia dengan hasrat kerajaan iaitu melihat Negeri Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera," tambah beliau.
26 Jan 20
65
Empty Image
‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ – Dr Mohd Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) mengutip sampah di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS, 26 Januari – Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melancarkan kempen ‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir di sini bagi memperingatkan semua warga Terengganu dan para pelancong tidak membuang sampah di merata-rata tempat.“Kita boleh kutip sampah tetapi apa yang kita nak sampaikan ialah sampah anda adalah tanggungjawab anda.“Kita mengharapkan semua warga Terengganu dan para pelancong yang datang di tempat kita, mereka bawa sampah dan mereka pulang dengan sampah supaya kita tidak perlu setiap minggu bergotong royong membersih sampah,” katanya ketika bercakap kepada media di Program Bersih Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir di sini semalam.Dr Mohd Khairuddin (kanan) menemui petugas kebersihan di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.Dr Mohd Khairuddin berharap pantai berkenaan tetap bersih, cantik dan indah sekali gus budaya warga Kuala Nerus juga menarik.“Saya menyeru semua orang tidak kira siapa mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kerana ia separuh daripada iman. Sampah anda adalah tanggungjawab anda” jelasnya.Program itu dianjurkan oleh Persatuan Belia Bestari (M.A.Y.C.) Kampung Banggol, Manir dengan kerjasama Kelab Terjoh 4x4 Kuala Terengganu, Terengganu Volunteers (T-VOLT), dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Dr Mohd Khairuddin bersama petugas bersih Pantai Seramai 100 peserta termasuk warga Seberang Takir, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) hadir dalam program tersebut.Turut hadir, Ketua Turus PTCM Negeri, Dato' Ramli Embong, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Seberang Takir.
26 Jan 20
184
Empty Image
MB Seru Solat Hajat Esok
KUALA TERENGGANU, 26 Januari – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan seluruh rakyat negeri Terengganu mengambil langkah penjagaan diri ketika berdepan dengan ancaman wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).Justeru itu beliau menyeru seluruh qariah masjid di Terengganu supaya mengadakan solat hajat selepas solat maghrib di seluruh negeri esok.“Saya menyeru pada semua rakyat di negeri Terengganu untuk mengambil langkah penjagaan diri, anggota keluarga dan orang yang di bawah jagaan mereka ketika berdepan dengan ancaman wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).Dr Harmy Mohamed Yusoff.“Sehubungan dengan itu juga saya meminta kepada seluruh qariah masjid di Terengganu untuk mengadakan solat hajat pada hari Isnin 27 Januari 2020 selepas solat maghrib, memohon pertolongan Allah SWT agar dijauhi mala petaka dan wabak jangkitan ini dapat dibendung dengan segera.“Semoga Allah SWT melindungi kita semua,” katanya dalam satu kenyataan bertulis di status Facebooknya hari ini.Sementara itu Pakar Perubatan Keluarga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Harmy Mohamed Yusoff dalam satu kenyataan media berkata, jangkitan influenza Wuhan merupakan penyakit salur pernafasan  yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang dikenali sebagai Coronavirus (2019-n-COV) yang kali pertama dikenalpasti di Wilayah Wuhan Cina. Menurut beliau kes pertama jangkitan ini telah dilaporkan pada 30 Disember tahun lalu.Katanya, sehingga kini seramai 1,316 orang telah disahkan dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 41 kematian. “Sebahagian besar jangkitan ini berlaku di wilayah Wuhan Cina namun telah merebak ke 29 daripada 31 wilayah Cina yang lain. “Di luar negara Cina pula, sehingga hari ini ia telah mula menular ke 14 buah negara termasuk Perancis, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Japan, Macau, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, Nepal, Taiwan, Brazil dan Mexico,” jelasnya. Jangkitan ini katanya, dipercayai bersumber daripada pasar basah Huanan yang merupakan pasar basah terbesar, mengandungi lebih 1,000 kedai dan terkenal menjual makanan laut dan daging binatang liar dan eksotik seperti kelawar, musang, ular, buaya, keldai dan lain-lain. “Virus Coronavirus ini umumnya bersifat zoonosis (menjadikan haiwan sebagai habitat hidupnya). “Walau bagaimanapun terdapat kes di mana virus ini boleh berjangkit kepada manusia seperti dalam penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Penyakit Respiratori Timur Tengah (MERS) di mana kedua dua jenis Coronavirus itu menular daripada haiwan kepada manusia,” tambahnya. Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu berkata, bagi kes jangkitan Selesema Wuhan, pesakit yang pertama yang dikesan mengidap penyakit ini mempunyai kontak dan pendedahan secara berterusan dengan pasar tersebut dan sebahagian besar daripada kelompok awal pesakit ini juga didapati mempunyai kontak dan pendedahan dengan pasar berkenaan. “Namun senario terbaru yang dilaporkan di Journal perubatan Lancet mengesahkan penyakit ini mula merebak kepada mereka yang tidak mempunyai kontak dengan pasar tersebut tetapi mempunyai hubungan dengan mereka yang mengidap penyakit ini. “Ia mengesahkan bahawa virus ini sudah berupaya merebak melalui manusia kepada manusia,” jelasnya lagi.
26 Jan 20
116