lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Teliti Usaha Pulihara Pura Tanjung Sabtu
Keadaan bangunan yang penuh khazanah itu semakin usang.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan Terengganu meneliti cadangan pemuliharaan Pura Tanjung Sabtu bagi memastikan bangunan yang penuh dengan khazanah tradisi Melayu itu kembali terjaga.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat untuk menguruskan kompleks rumah itu.“Sebenarnya, bukan kerajaan negeri tidak ambil tahu tentang bangunan ini, kami sudah ada maklumat tentang perkara ini. Namun, ia memerlukan banyak prosedur yang perlu diperhalusi.“Setakat ini tiada sebarang keputusan lagi. Kita akan cuba tengok apa yang boleh kita buat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di Pura Tanjung Sabtu, semalam.Ariffin bersama MPKK Tanjung Sabtu ketika meninjau keadaan Pura berkenaan.Tinjauan tersebut turut disertai Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Lawatan ke rumah antik yang menjadi tumpuan pengunjung itu turut memperlihatkan struktur yang semakin usang dan terdapat barang-barang perhiasan yang telah hilang dan dirosakkan.Pura Tanjung Sabtu merupakan sebuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu dan difahamkan rumah dan istana tersebut telah berusia hampir 100 dan 200 tahun.Ia mendapat namanya hasil gabungan perkataan Sanskrit iaitu ‘Pura’ yang membawa maksud istana dan ‘Tanjung Sabtu’ iaitu nama desa di mana ia dibina.Walaupun usang, binaannya masih indah dan unik ditatap.Pura Tanjung Sabtu telah dibina oleh Allahyarham YM Tengku Ismail YM Tengku Su pada awal 90-an. Namun kini, bangunan-bangunan di sana sudah berkeadaan usang dan tidak terurus setelah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2011.
30 Jan 20
1857
Empty Image
Kuala Besut Johan Kumpulan Setelah Membelasah Hulu Besut
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 30 Januari - Kuala Besut muncul Johan Kumpulan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut setelah membelasah Hulu Besut dengan 10 jaringan tanpa berbalas.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri berkata, perlawanan itu telah memasuki hari ke lima tetapi pasukan Kuala Besut telah pun layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir setelah menang ketiga-tiga perlawanan.“Kedua-dua pasukan Kuala Besut muncul sebagai satu pasukan yang menang kesemua perlawanan dan layak untuk beraksi diperingkat seterusnya."Hari ini merupakan satu sejarah buat Kuala Besut B setelah menjaringkan 10 gol mengatasi lawan dan menjuarai Kumpulan A," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan antara Kuala Besut B dan Hulu Besut A di Padang Bola Astaka Gong Kemuntong, Jerteh pada hari Rabu, 29Januari.Menurutnya, beliau berharap agar para pemain sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan."Setakat hari ini sebanyak 44 jaringan telah dihasilkan oleh semua pasukan dengan Muhamad Supian dari Pasukan Kuala Besut B muncul sebagai penjaring terbanyak.“Perlawanan sebegini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama belia agar terhindar daripada melakukan aktiviti yang kurang baik," tambah beliau.
30 Jan 20
345
Empty Image
Mempersada Intelektual Wanita, Fokus Utama KWM
Oleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 29 Januari – Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia (KWM) bakal mempersadakan tahap inteklektual dalam kalangan wanita Malaysia sebagai salah satu objektif penganjurannya selama dua hari bermula 30 Januari ini.Pengarah KWM, Mardhiyyah Johari berkata wanita sering dikaitkan dengan hal-hal yang remeh serta bersifat emosional dan jarang sekali program yang dianjurkan bagi mendekati golongan wanita bersifat membahaskan polisi dan dasar mahupun isu-isu fundamental negara.“Barangkali sulit sekali mengakui peranan penting golongan wanita dalam pembentukan generasi. Betapa besarnya isu wanita sehingga Rasulullah s.a.w mengangkat peringatan tentang wanita sebagai isu ketiga dalam khutbah wida' Baginda”.“Tawakkul Karman, pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2011 serta Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang membawa watak keamanan adalah antara simbol penyelesaian konflik melalui kepimpinan wanita di celah hiruk-pikuk ketidakstabilan politik dunia”, kata beliau ketika diminta mengulas mengenai penganjuran KWM, baru-baru ini.Kata Mardhiyyah lagi, wanita muda yang berperanan sebagai penerus generasi hari ini harus sedar tentang  pentingnya idea dan gagasan mereka diberi pertimbangan dalam melakar hala tuju negara.“Memasuki tahun 2020 wanita muda harus melangkah sepuluh tapak lagi ke hadapan. Kita tidak harus dilihat hanya dari sisi kelemahan yang harus diberi simpati, tetapi dari segi kemampuan dan kompetensi diri.“Konvensyen kali ini adalah satu usaha menghimpunkan golongan wanita muda yang peduli isu masyarakat dan berinisiatif menawarkan solusi.Pembentangan Kerta Kerja dalam pelbagai sektor melibatkan wakil wanita muda adalah satu platform untuk mempersada pemikiran intelektual wanita”, tambahnya.Beliau turut menyeru kepada semua wanita untuk sama-sama hadir ke Stadium Negeri Terengganu pada 31 Januari hingga 1 Februari ini, untuk menjadi sebahagian dari sejarah himpunan wanita muda terbesar negara.
30 Jan 20
289
Empty Image
Darren Lok Sah Sertai Terengganu FC
Darren Lok.KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Bekas penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok sah menjadi rekrut terbaharu Terengganu Football Club (TFC) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.Menerusi kenyataan dikeluarkan TFC hari ini, Darren yang pernah bermain untuk Johor Darul Takzim (JDT) II mendapat kepercayaan ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain bagi mengisi barisan serangan bersama Dominique Da Sylva.Kehadiran penyerang kacukan Malaysia-England juga pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada Nafuzi untuk merencanakan corak serangan yang beliau ingin sajikan.“Setelah seminggu Darren Lok menjalani latihan bersama TFC, saya berpuas hati dengan prestasi beliau dan memutuskan untuk mendapatkan khidmat Darren bagi mengharungi Liga Super 2020.“Darren pernah mewakili kelab Eastbourne Borough England, bersama JDT dan JDT II selain pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan boleh membantu pasukan TFC terutamanya posisi serangan agar lebih mantap,” kata Nafuzi.Selesai menandatangani kontrak bersama TFC.Sebelum ini, beberapa gambar tular di laman media sosial memaparkan Darren menyaksikan perlawanan pra-musim melibatkan TFC serta terlibat dalam beberapa aktiviti pasukan kendalian Nafuzi itu.Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi daripada peminat bola sepak seluruh Malaysia dan Terengganu.Untuk rekod, sebelum menyertai JDT II bermula 2016, Darren pernah mewakili Kelab Eastbourne Borough di England.
30 Jan 20
515
Empty Image
‘Hidupkan Kembali Budaya Gotong-Royong’ - Dr Azman
Azman Ibrahim membersihkan parit yang tersumbat.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 28 Januari - Orang awam terutamanya para nelayan dan petani diseru untuk menghidupkan kembali aktiviti gotong-royong agar masalah menimpa masyarakat tidak berlarutan menjadi lebih parah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, semangat itu perlu kembali disemai supaya anggota masyarakat turut menyedari bahawa tanggungjawab membina persekitaran berkualiti tidak hanya terletak pada pihak berkuasa.“Dengan memanfaatkan jentera yang ada di Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan lain-lain, ayuh kita bergotong-royong membersihkan kawasan kita mencari rezeki.“Semangat yang ingin saya semai ialah bukan semua kerja kerajaan perlu buka tender dan bagi kontrak, kita perlu hidupkan semula budaya murni gotong-royong,” katanya mengulas masalah tentang longkang dan parit yang tersumbat baru-baru ini.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, masalah yang membelenggu rakyat pastinya akan mudah untuk diselesaikan sekiranya komuniti kampung berperanan dengan baik.Katanya, dalam masa yang sama masalah sawah padi yang tersumbat sememangnya dalam makluman dan perhatian pihak kerajaan. “Sebab itulah kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM500 ribu dalam Bajet 2020 untuk penyelenggaraan sistem pengairan dan perparitan di kawasan sawah padi luar jelapang.“Bajet itu tak terlalu banyak. Saya telah berbincang dengan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Yusof dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) supaya kerja-kerja ini turut dilaksanakan secara gotong-royong terutamanya bagi membersihkan parit ‘secondary’ dan ‘tertiary’.“Ada banyak kawasan padi di luar jelapang yang memerlukan penyelenggaraan seperti Kerandang Timur, Gong Machang, Gong Telikong, Kepala Gajah, Gong Ubi Keling, Padang Lengkuas, Bukit Jeruk, Pelagat, Kampung Nangka dan lain-lain,” ujarnya yang mengharapkan kerjasama daripada penduduk sekitar.
29 Jan 20
499
Empty Image
APKT Perkasa Industri Pelancongan, Kebudayaan Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Setelah hampir 30 tahun berlalu, Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019 akan kembali diadakan pada Sabtu ini sekali gus mampu merancakkan lagi sektor itu di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran majlis tersebut adalah sebagai tanda keseriusan kerajaan negeri dalam mengangkat industri serta pihak yang mempelopori pelancongan dan kebudayaan Terengganu.“Kita berada dalam keadaan masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia sedang memerhatikan produk-produk pelancongan serta keindahan yang ada di negeri ini.“Jadi anugerah ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat kepada pemain-pemain industri pelancongan yang selama ini bertungkus lumus menjulang nama Terengganu,” katanya pada sidang media khas di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Menurut Ariffin, sebanyak 13 kategori melibatkan 31 anugerah akan disampaikan kepada seluruh penggiat pelancongan yang terpilih dari dalam dan luar Terengganu.Katanya, dalam majlis terbabit, tokoh, personaliti dan ikon pelancongan menjadi anugerah utama yang diberikan khas oleh kerajaan negeri selain pengiktrafan kepada pengusaha pelancongan domestik terbaik.“Kita juga tidak lupakan para media sama ada cetak atau elektronik, peranan yang dimainkan oleh mereka akan kita balas dengan beberapa penghargaan,” ujarnya yang bercadang untuk mengadakan acara itu sebagai acara dwitahunan.Selain itu, Ariffin memaklumkan produk pelancongan berinovasi, berpotensi dan terbaik turut akan diumumkan pada 1 Februari ini.“Di samping pakej pelancongan, perkhidmatan hotel, inap desa, pemandu pelancong, program acara pelancongan, pengangkutan, seni budaya dan daerah terbaik turut disampaikan dalam majlis tersebut.“Majlis penyampaian anugerah ini dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” tambah beliau.
29 Jan 20
181
Empty Image
Kanak-Kanak Maut Ditikam Bapa Saudara
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 29 Januari - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh membabitkan anak saudaranya, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang maut ditikam dalam kejadian di Felda Cherul 2 di sini kelmarin.Perintah tahanan reman yang bermula semalam dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Azman Mustaffa.Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Suspek yang memakai baju lokap ungu dibawa ke mahkamah diiringi anggota polis, kira-kira jam 8.45 pagi.Dalam kejadian tersebut, mangsa meninggal dunia selepas ditikam bapa saudaranya dengan pisau pemotong sayur.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengahari, suspek yang berusia 26 tahun itu, dikatakan menikam mangsa di dada.Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat meluahkan kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa sewaktu mengadakan kunjungan semalam."Sesungguhnya kematian itu sangat hampir. Sama ada sihat atau sakit, jika ajal sudah datang, sesaat pun kita tidak boleh mengatasinya. Inilah akibat daripada tidak kuat pada pegangan agama Islam."Apatah lagi apabila manusia mula terlibat dengan dadah. Akhirnya, manusia mula bertindak di luar batasan," ujarnya."Saya mengharapkan kejadian ini akan menjadi contoh dan tauladan kepada semua anak muda supaya sedar perbuatan sedemikian akan membinasakan diri sendiri."Saya juga ingin mengingatkan ibu bapa agar perlu terus memantau kegiatan anak-anak, bukan sahaja di peringkat sekolah rendah malah tumpuan perlu diutamakan apabila mereka melangkah ke alam remaja. Waktu anak remaja inilah masa yang paling sukar dan mencabar bagi ibu bapa," jelasnya.
28 Jan 20
199
Empty Image
Senyum Dan Beri Salam Amalan Yang Baik
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT - 28 Januari - Senyum dan memberi salam adalah satu rutin yang baik untuk dijadikan amalan harian ketika bertemu dengan seseorang.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan  Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, orang ramai digalakkan melakukan amalan tersebut kerana ia merupakan amalan yang terpuji dalam Islam.“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa senyum dan memberi salam kepada orang yang lebih  tua tanda kita menhormati mereka,“ ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam program Kempen Jom Beri Salam & Senyum pada Isnin, 27 Januari.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut."Dalam masa beriadah juga kita nak kempenkan memberi salam. Peserta-peserta yang hadir diingatkan supaya memberi salam dan senyum kepada pengunjung yang datang ke Bukit Keluang."Kempen yang biasa tapi ia semakin dilupakan, didalam agama Islam apabila setiap kali bertemu sesama muslim digalakkan memberi salam dan senyum," tambah beliau.
28 Jan 20
206
Empty Image
Solat Hajat Hindar Coronavirus
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 28 Januari -  Seruan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri kepada seluruh qariah masjid di Terengganu supaya mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib di seluruh negeri bagi memohon pertolongan Allah S.W.T agar dijauhi dari dijangkiti wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) disambut baik oleh majoriti rakyat di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turut hadir menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat hajat di Masjid Jamek Chukai di sini kelmarin.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir."Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kita semua agar tidak panik dengan isu virus ini."Saya juga mengharapkan kita tidak cepat mempercayai sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Kita perlu mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang boleh dipercayai."Ia penting bagi mengelakkan kegusaran di hati rakyat apabila menerima maklumat yang salah yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut mengingatkan, semua pihak perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri."Jika anda demam, batuk, selsema dan sebagainya segeralah merujuk kepada doktor yang bertauliah di hospital berdekatan," katanya lagi.
28 Jan 20
148
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Kerajaan Terengganu dan Jabatan Kesihatan terus memantau beberapa kawasan terutamanya tempat penginapan pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pelabuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus (2019-nCoV) di negeri itu.   Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, meskipun tiada kes melibatkan virus itu di Terengganu, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil bagi menghilangkan kebimbangan rakyat.   “Semua kawasan akan dipantau, termasuklah kemasukan kapal-kapal dari pelabuhan Kerteh dan Kemaman, alhamdulillah setakat ini pemeriksaan mendapati tiada apa-apa yang berlaku.   “Dalam tempoh ini ada sekitar 1,400 orang dari negara luar termasuk yang bekerja telah masuk melalui pelabuhan berkenaan, dan apabila dijalankan imbasan, mereka ini tidak dijangkiti virus,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman hari ini.   Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memaklumkan, kehadiran pelancong dari negara China telah dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui beberapa pintu masuk utama.   “Pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu melalui lapangan-lapangan terbang antarabangsa sama ada di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang akan diperiksa oleh KKM.   “Sebelum masuk ke Terengganu, mereka diperiksa di sana dahulu, ada pun yang masuk melalui sempadan negara, contohnya Thailand-Kelantan, kerajaan turut menjalankan pemeriksaan.   “Buat masa ini, di pihak kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan, kita sentiasa lakukan pantauan, langkah waspada kita tingkatkan,” tambah beliau.     Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil maklumat yang tepat dan sahih daripada pihak berautoriti sebelum membuat apa-apa tindakan.   Untuk rekod, jumlah kematian akibat virus meningkat 26 hingga132 orang di China, manakala jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 5,974 kes.   Jumlah kes di China kini melebihi 5,327 kes Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh kira-kira 800 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.  
28 Jan 20
136