lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Sambut Baik Kunjungan Wakil Uyghur
Ustaz Mohd Nor (kiri) memperkatakan sesuatu ketika menemui dua wakil kaum Uyghur di Kediaman Seri Iman Batu Burok Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 26 Januari – Kerajaan negeri menyambut baik kunjungan dua wakil kaum Uyghur ke Terengganu dalam sesi jelajah Malaysia bagi menceritakan keadaan sebenar umat Islam itu di China.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut ketibaan mereka di Kediaman Seri Iman Batu Burok di sini hari ini.Mereka itu ialah Ketua Lujnah Penerangan Kesatuan Ulama Turkistan Timur beribu pejabat di Turki, Abdul Varis Hoten dan Presiden Persatuan Turkistan Timur di Austaralia, Nurmuhammad Majid.Ustaz Mohd Nor (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abdul Varis (tengah) dan Nurmuhammad (kanan).“Di masa akan datang kita (kerajaan) cuba mengadakan seminar yang lebih baik dan lebih besar untuk kita bagi ruang kepada rakyat Terengganu untuk mendapat maklumat tentang perkembangan sahabat-sahabat kita (di luar negara),” jelas Ustaz Mohd Nor.Katanya mereka terbabit akan mengikuti program yang sedang disusun di masjid-masjid terpilih di sekitar negeri Terengganu beberapa hari akan datang bermula hari ini.“Ini adalah pertemuan pertama dan kita akan adakan pertemuan lebih bermakna di masa akan datang supaya umat Islam tidak sahaja melihat permasalahan di Palestin, Yaman, Syria dan di sekitarnya tetapi juga melihat umat Islam Timur dan Barat sedang berhadapan dengan tekanan serta kekangan daripada musuh.Abdul Varis Hoten.“Saya mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan selamat datang kepada dua saudara kita yang datang menziarahi negeri Terengganu dan menceritakan tentang perkembangan umat Islam Uyghur Turkistan Timur (yang dijajah oleh China),” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media di kediaman tersebut hari ini. Turut hadir di majlis pertemuan  itu, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu juga berkata, wakil masyarakat Uyghur itu datang untuk menceritakan kepada rakyat negeri Terengganu tentang perkembangan terkini di negara tersebut.Nurmuhammad Majid.“Moga-moga rakyat negeri ini bukan sahaja melihat Terengganu tetapi menyedari bahawa di sana ada umat Islam, saudara-saudara mereka yang berhadapan dengan tekanan dalam berbagai-bagai keadaan.“Kita perlu mengambil perhatian tentang seluruh umat Islam bukan sahaja di negeri dan negara kita tetapi seluruh dunia yang kini berhadapan dengan pelbagai ujian,” jelasnya lagi.Justeru beliau mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada kedua-dua wakil kaum Uyghur itu yang bersedia untuk mengunjungi negeri Terengganu.“Moga-moga negeri Terengganu ini bertambah ceria dan diberkati oleh Allah dengan kehadiran pendakwah dan pejuang ini,” tambahnya lagi.
26 Jan 20
146
Empty Image
Futsal Piala Belia Platform Kembangkan Bakat
KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Kejohanan Futsal Piala Belia Terengganu menjadi platform terbaik untuk anak muda negeri itu mempamerkan kebolehan dan mengembangkan bakat ke tahap yang lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan sebanyak 66 pasukan dari seluruh negeri membuktikan futsal sangat diminati oleh belia dan ia akan dipelihara sebaik mungkin supaya Terengganu dapat melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan itu.“Mudah-mudahan program ini bukan dianjurkan pada hari ini sahaja, tetapi terus dirancakkan pada bulan-bulan berikutnya, mungkin kejohanan besar seumpama ini boleh diadakan setiap dua atau tiga bulan.“Kita boleh melihat, penyertaan sangat ramai, ada yang datang dari Kemaman, dan menyeluruh dari Terengganu, tidak ketinggalan pasukan dari negara jiran kita, Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Hazlan Indoor Soccer, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan bakat belia dan sukan di Terengganu.“Kecenderungan yang tinggi anak muda dalam sukan futsal mahupun bola sepak akan dijaga sebaik mungkin agar ia memberi hasil utuk negeri kita.“Insya-Allah kita juga sedang menjalankan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang mana peringkat akhir akan berlangsung Februari nanti,” tambah beliau.
25 Jan 20
423
Empty Image
Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu Sudah Ada - Nafuzi
Nafuzi Zain.KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain mengakui beliau sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Walau bagaimanapun Nafuzi berkata, keputusan muktamad mengenai kesebelasan tersebut hanya akan diumumkan sebaik sahaja perlawanan persahabatan pra-musim berakhir.Katanya, ia ekoran rata-rata pemainnya menunjukkan prestasi membanggakan dan sukar untuknya membuat keputusan dalam tempoh yang singkat.“Kesebelasan utama pemain saya akan tentukan pada akhir Februari ini, iaitu selepas tiga atau empat lagi perlawanan persahabatan.“Kita akan guna platform perlawanan persahabatan untuk mencari kelemahan, keserasian dan menilai prestasi pemain sebelum dapat tentukan barisan utama pasukan,” katanya yang akan berlepas ke Bangkok pada 28 Januari ini untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Indonesia, Madura United, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Mengulas tentang kemenangan yang diraih semalam, beliau berpuas hati dengan prestasi semua pemain yang mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan persahabatan dan juga latihan.“Namun, biar pun kita menang pada malam ini, kita juga kelemahan dan kekurangan pasukan, ia akan diatasi sebelum aksi sebenar bermula,” tambah beliau.
25 Jan 20
439
Empty Image
Masyarakat Tionghoa Aset Negeri Terengganu - Dr Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Keberadaan masyarakat Tionghoa sebagai  salah satu aset negeri amat dihargai kerana setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri yang berdaya maju.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kalangan masyarakat Tionghoa amat membantu kerajaan negeri untuk memahami keperluan setiap rakyat. Justeru katanya, inisiatif ini dilihat memberi kesan positif kepada perpaduan kaum di Terengganu. Tahun Baharu Cina disambut meriah oleh kepimpinan kerajaan negeri dan masyarakat Tionghoa Terengganu - Gambar Hiasan.“Sebagai wakil rakyat kepada penduduk negeri ini, saya amat berbangga melihat ramai masyarakat Tionghoa boleh bertutur dalam loghat Terengganu dengan fasih. Inilah keunikan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Terengganu,” jelasnya dalam Perutusan Tahun Baharu Cina 2020 yang disiarkan dalam status facebooknya semalam.Perutusan penuh seperti berikut:-Tahun Baharu Cina 2020 : Hayati Kepelbagaian, Nikmati Keharmonian.Selamat Tahun Baharu Cina 2020 saya ucapkan kepada semua masyarakat Tionghoa seluruh negara terutama di negeri Terengganu. Semoga Tahun Tikus bagi tahun ini melahirkan suatu permulaan yang baik kepada kehidupan sekali gus membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian.Terengganu hormati kepelbagaian budaya dan masyarakat berbiklabg kaum untuk melihat keharmonian dan kesejahteraan rakyat berjalan dengan baik. - Gambar Hiasan.Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum dan agama yang perlu diraikan demi memperkukuh perpaduan nasional dalam kalangan 32.6 juta penduduk.Relevan dengan perkembangan terkini, semua masyarakat tanpa mengira kaum boleh mempelajari serta mendalami keindahan warisan dan tradisi unik antara satu sama lain bagi memahami identiti masing-masing seperti tulisan Jawi, khat dan kaligrafi Cina. Pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’ perlu dihayati sebaiknya dalam kehidupan masyarakat berbeza bangsa dan agama.Hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum merupakan tunjang kepada sebuah kedamaian. Perbezaan yang wujud antara kita adalah untuk saling melengkapi dan membentuk satu kebersamaan.Tidak dinafikan, semua rakyat yang berada di Terengganu menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Keberadaan masyarakat Tionghoa sebagai aset negeri Terengganu amatlah dihargai kerana setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang berjaya menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri yang berdaya maju.Pelantikan MPKK dalam kalangan masyarakat Tionghoa amat membantu Kerajaan Negeri memahami keperluan setiap rakyat. Justeru, inisiatif ini dilihat memberi kesan positif kepada perpaduan kaum di Terengganu.Sebagai wakil rakyat kepada penduduk negeri ini, saya amat berbangga melihat ramai masyarakat Tionghoa boleh bertutur dalam loghat Terengganu dengan fasih. Inilah keunikan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Terengganu.Akhir kata, selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati memandu di jalan raya. Ambil kesempatan waktu ini untuk bertemu dan menziarahi keluarga serta sanak saudara.Selamat Tahun Baru Cina 2020 Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu25 Januari 2020
24 Jan 20
352
Empty Image
Lapan Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras Parlimen Besut
Oleh: Saifullah JusohFoto: Jusmawari BESUT, 25 Januari - Lapan pasukan bola sepak dari Besut akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Bola Sepak Penyelaras Parlimen Besut 2019.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, setiap DUN menghantar dua pasukan bagi merebut piala berkenaan yang akan bermula pada 23 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020.“Kejohanan ini diadakan bagi memupuk semangant kesukanan dalam kalangan anak muda di Besut. “Selain itu juga kejohanan ini mewajibkan semua pemain berpakaian mematuhi syariat iaitu dengan menutup aurat,” jelasnya.Beliau yang juga Pengarah program berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Penyelarasan Kejohanan di Pejabat Pusat Khidmat Dun Jerteh, pada Khamis, 23 Januari.Menurutnya, kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Besut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Besut serta Persatuan Bola Sepak Besut itu akan berlangsung di Padang Bola Sepak Astaka Jerteh dan Padang Pacakan, Kuala Besut.Beliau menambah, ia bertujuan bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili Parlimen Besut bagi merebut Piala Menteri Besar yang akan bermula pada 28 Februari 2020. “Kita juga berharap kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh mencemarkan kejohanan ini,” ujar Hakim.
24 Jan 20
49
Empty Image
Terengganu FC Garang Tundukkan MU 2-0
Jaringan pertama TFC dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di SSINS.KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Walaupun turun tanpa kelibat Dominique Da Sylva dan Sanjar Shaakmedov, Terengganu Football Club (TFC) tetap berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab Indonesia, Madura United (MU) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Perlawanan berlangsung sengit sejak wisel permainan dibunyikan dengan serangan bersilih ganti daripada kedua-dua pasukan.Bagaimanapun setiap peluang terhidang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh pasukan bimbingan Nafuzi Zain dan Rahmad Darmawan.Situasi tersebut memaksa kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0.Deretan peluang hadir, namun gagal dimanfaatkan.Bersambung babak kedua, TFC dilihat lebih garang mengasak kubu MU, gerakan menarik  dijana dari kiri dan kanan pintu gol MU menerusi Faris Ramli serta D Saarvindran.Hasilnya, pada minit ke-60, gerakan lincah Faris memaksa pertahanan Madura menjatuhkan pemain itu di luar kotak penalti.Muhd Azalinullah Mohd Alias yang ditugaskan mengambil sepakan percuma akhirnya berjaya meledak gol pertama TFC dengan lecongan menarik yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol MU, Muhammad Ridho.Tersentak dengan jaringan itu, MU mempertingkatkan corak serangan namun benteng pertahanan TFC yang dikawal Babacar Diallo tenang mengawal keadaan.Menjelang penghujung minit perlawanan, kemasukkan Lee Tuck dan Syafik Ismail menambah variasi serangan TFC.Deretan peluang keemasan hadir namun ketiadaan Dominique Da Sylva jelas menghampakan 7,600 penyokong TFC yang memenuhi stadium sejak 7.30 malam.Kemunculan Lee Tuck mengembirakan penyokong TFC.Perlawanan hampir berkesudahan 1-0, namun sepakan sudut lewat yang diperolehi Terengganu merubah keadaan.Sepakan penjuru Lee Tuck, ditanduk cantik ke sudut kanan gawang Madura oleh Nasrullah Hanif untuk menamatkan saingan 2-0 memihak TFC.
24 Jan 20
196
Empty Image
Sultan Mizan Solat Jumaat Di Masjid Banggol Katong
Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan pegawai dan kakitangan Masjid Banggol Katong Serada Kuala Terengganu diiringi Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan).KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada di sini hari ini.Baginda diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md. Azahar.Turut mengiringi baginda, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Osman Muda.MB (kanan) bersalaman dengan Dato' Osman (kiri) diperhatikan oleh Ustaz Ariffin.Baginda berangkat pulang setelah selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan diiringi Dr Ahmad Samsuri dan Mohd Zahari.Sebelum berangkat baginda sempat bersalaman dengan kepimpinan negeri, ahli jawatankuasa masjid dan ahli jemaah masjid itu.Dr Ahmad Samsuri turut beramah mesra dengan jemaah dan bersalaman dengan mereka selepas mengiringi ke bawah duli Sultan Mizan ke masjid berkenaan.Kira-kira 800 orang jemaah setempat menunaikan solat jumaat di masjid itu hari ini. Antara 800 orang jemaah yang menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada Kuala Terengganu.
24 Jan 20
991
Empty Image
DUN Wakaf Mempelam Rancang Program ‘Kampung Ku Syurga Ku’
Wan Sukairi (empat dari kanan) bersalaman dengan salah seorang dari ahli komuniti masjid dan suaru DUN Wakaf Mempelam.KUALA NERUS, 24 Januari – Kerajaan negeri berhasrat melaksanakan program ‘Kampung Ku Syurga Ku’ di Masjid Ibadur Rahman Kuala Bekah Kuala Terengganu Mac ini bagi melahirkan masyarakat suka pergi ke masjid, membaca Al-Quran, hormat kepada orang tua sekali gus melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri juga merancang melaksanakan program hafazan al-Quran di kalangan kanak-kanak berpusat di masjid dan surau bagi mewujudkan suasana yang baik (biah solehah) di seluruh kawasan tersebut.Serentak itu beliau mengajak ahli jawatankuasa masjid dan surau berganding bahu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam menyelesaikan masalah kampung di kawasan DUN berkenaan tanpa membawa permasalahan mereka keluar dari kampung.Wan Sukairi Wan AbdullahBeliau juga berkata semua jawatankuasa berkenaan boleh berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan ahli kariah masing-masing tanpa perlu membawa masalah mereka keluar.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi Tea Bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau DUN Wakaf Mempelam di Pusat Konvensyen Taman Tamaddun Islam di sini hari ini.Kira-kira 400 orang ahli jawatankuasa masjid dan surau DUN tersebut hadir di majlis itu. Untuk rekod terdapat sebanyak 65 buah surau dan 14 buah masjid di kawasan DUN berkenaan.Wan Sukairi (tiga dari kiri) bersama komuniti masjid dan surau DUN Wakaf Mempelam.Seterusnya Ustaz Wan Sukairi berkata, jawatankuasa masjid dan surau bukan hanya mengurus institusi itu sahaja tetapi juga berperanan untuk mengurus penduduk setempat.Katanya, tanpa menjaga dan menyelesaikan urusan siapa yang memakmurkan masjid dan surau, institusi itu tidak berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya.Justeru itu jawatankuasa masjid perlu mengatur program mengadakan ziarah ke rumah penduduk sekitar dan mengambil cakna permasalahan kebajikan dan kesihatan mereka.“Ada masjid yang menyedia barangan harian termasuk beras, gandum, gula dan lain-lain di tempat khas untuk mereka yang memerlukannya mendapatkan barangan tersebut secara percuma.“Ini satu aktiviti yang menarik penduduk setempat untuk mendekati masjid sekali gus mendorong mereka sentiasa berkunjung ke masjid bagi menunaikan dengan solat lima waktu secara berjemaah,” jelasnya.
24 Jan 20
189
Empty Image
Umat Islam Bersatu Hadapi Musuh Islam - Titah Sultan Mizan
Sultan Mizan Zainal Abidin.BESUT, 24 Januari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh masyarakat di negeri itu bersatu padu bagi menggagalkan usaha musuh yang cuba memporak-perandakan kedudukan Islam sejak akhir-akhir ini.Baginda bertitah, pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan."Golongan ini bertindak dengan melakukan pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber."Mereka turut mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan mahkamah syariah dan bidang kuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu serta kewujudan dan peranan institusi keagamaan di negara ini," titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M, di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja di sini semalam.Baginda beramah mesra bersama orang ramai.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN).Sultan Mizan turut bertitah kepada semua rakyat agar menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru al-Quran dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi yang celik dan memahami kalam Allah."Peranan golongan qari dan qariah, ahli taranum dan guru-guru al-Quran amat berkait rapat dengan pembinaan masyarakat."Mereka memainkan peranan penting sejak dahulu sehingga kini dan merupakan tenaga perubahan yang menjadikan masyarakat Terengganu tinggi akhlaknya."Catatan telah mengambarkan bahawa masyarakat Terengganu pada zaman dahulu telah khatam al-Quran sebelum umur akil baligh," titah baginda lagi.Menteri Besar turut berpesan agar setiap rakyat sentiasa menjadikan al+Quran sebagai panduan.
24 Jan 20
72
Empty Image
Mahasiswa Disaran Sertai Lebih Banyak Program
KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Golongan Mahasiswa  disarankan menyertai pelbagai program bukan hanya fokus kepada akademik semata-mata tetapi perlu mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku sekarang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Mohd Noor berkata, ia bagi mengelakkan mahasiswa dikatakan sebagai golongan yang lesu oleh masyarakat.Katanya, salah satu contoh terbaik ialah  program Sidang DUN 2.0 (Jom Pakat Bahas yang sesuai untuk golongan berkenaan.“Alhamdulilah, satu program yang sangat baik  dan paling penting percambahan ilmu serta minda anak-anak kita dapat hasil yang sangat baik dan juga dapat melontarkan idea.“Mereka dapat berbahas  dengan harmoni dan bagi saya ia satu pendekatan yang sangat baik untuk mendekatkan  mahasiswa kepada keadaan sebenar persidangan DUN ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas program Sidang DUN 2.0 Persatuan Kebajikan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Putra Malaysia (PAKAT UPM) di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya lagi, program tersebut penting kerana para pelajar dapat menyatakan hasrat dan idea mereka kepada kerajaan negeri."Lontaran fikiran para mahasiswa itu boleh saya  lontarkan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti," ujarnya.Selain itu katanya, program itu juga dapat melatih dan membantu para pelajar mengatasi perasaan gemuruh ketika berucap  dihadapan orang ramai.“Saya melihat program yang dijalankan pada kali ini menjadi saluran kepada  mahasiswa dan mahasisiwi untuk menyuarakan  pandangan mereka dalam memperbaiki kualiti graduan  yang lebih baik sesuai dengan permintaan keperluan pasaran.“Keberkesan program ini juga mampu mengajar mahasiswa cara-cara atau teknik berkomunikasi dengan lebih baik bagi meningkatkan keyakinan untuk berucap dalam kalangan  mahasiswa dan menunjukkan kepimpinan  berwibawa dan berdaya saing,” jelas Zuraida. Justeru itu, beliau yakin dan percaya ia memberi satu manfaat yang besar khususnya kepada mahasiswa yang akan menjadi pelapis untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan negeri Terengganu.
24 Jan 20
268