Artikel "Semasa" Terkini
Wanita Muda, Antara Kerjaya Dan Rumah Tangga
Haji Hanafiah ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri Kuala Terengganu hatri ini.KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Wanita dinasihatkan supaya lebih bijak mengurus kerjaya sekali gus tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kegagalan dalam menguruskan kedua-dua profesion itu menjerumuskan seseorang wanita kepada permasalahan seperti ‘depression’ (kemurungan) dan lain-lain penyakit berkaitan dengan emosi.Kerana itu katanya permasalahan wanita perlu dikongsi bersama dengan pasangan mereka.Tetamu dan peserta yang hadir di Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Kali-1 di Stadium Negeri Kuala Terengganu hari ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini dihadiri kira-kira 2,500 wanita muda dari seluruh negara.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zuraida Md Noor, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Sharifah Nabihah Syed Umar, Senator Nuraidah Mohd Salleh dan Pengarah Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia, Mardhiyyah Johari.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, sebahagian besar wanita sekarang terlibat dalam pelbagai pekerjaan sama ada di dalam ataupun di luar rumah.Wanita Muda antara kerjaya dan keluarga satu cabaran semasa yang perlu ditempuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan.“Peranan mereka tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri tetapi juga dalam pelbagai aktiviti pekerjaan di luar rumah termasuk aktiviti ekonomi tidak formal hingga bidang profesional.“Justeru wanita yang berkerjaya hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengimbangkan antara kerjaya dan menguruskan rumah tangga,” jelas beliau.Tambahnya lagi, kerjaya adalah penting namun mengurus rumah tangga termasuk menjadi ibu dan isteri kepada suami serta anak-anak perlu diberi perhatian serius
01 Feb 20
353
Sambutan Tahun Baru Cina Berbentuk Kekeluargaan
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) dan Ustaz Ridzuan (tiga dari kiri) meraikan kaum Tionghoa di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 31 Januari –Sambutan Tahun Baru Cina disifatkan sebagai satu perayaan berbentuk kekeluargaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana dalam perayaan tersebut terdapat satu majlis yang dinamakan Makan Malam Besar. Menurutnya, semua kaum keluarga dalam masyarakat Cina berkumpul untuk mengadakan majlis tersebut. Dr Mohd Khairuddin hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Katanya lagi, mereka pulang dari jauh berhimpun untuk meraikan majlis tersebut secara beramai-ramai yang diadakan di malam sambutan perayaan tersebut. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Jamuan sempena Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangn Negeri (DUN) Buluh Gading, di Taman Sri Manir di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terenggamu, Dr Balachandran G Krishnan.Dr Mohd Khairuddin seterusnya berkata, sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama akan mengecapi kebahagiaan apabila hidup dalam suasana bersahabat dan bersilaturahim."Hal tersebut merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar umatnya untuk saling mengenali antara satu sama lain."Perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala bagi untuk menggambarkan keperibadian manusia," jelasnya.Tambah beliau, ia merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala berikan.“Hal ini bagi menggambarkan keperibadian manusia untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain,” jelas beliau lagi.
01 Feb 20
130
Ganding Bahu Angkat Martabat Wanita - Nuridah
Nuridah merasmikan majlis penutup konvensyen.KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Semua pihak daripada pelbagai latar belakang digesa untuk berganding bahu bagi menyelamatkan masyarakat terutamanya melibatkan wanita sekali gus mengangkat martabat kaum itu ke tahap terbaik.Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, pelbagai masalah yang membabitkan wanita adalah berpunca daripada kurangnya perhatian dan peranan semua pihak.“Daripada pembentangan yang dibuat, kita dapat melihat betapa banyaknya masalah yang perlu kita selesaikan bersama.“Mudah-mudahan pelbagai masalah (melibatkan wanita) yang dipaparkan akan menambahkan lagi semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi manfaat diri dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri di sini hari ini.Nuridah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor bersama barisan pembentang yang mewakili setiap bidang.Dalam pada itu, Nuridah turut menyarankan agar orang ramai terutamanya wanita muda untuk menambah ilmu pengetahuan dalam segenap bidang.“Dalam masa yang sama kita terus berada dalam organisasi untuk membawa ketamadunan Islam ke dalam masyarakat demi kesejahteraan rakyat.“Penyelesaian yang kita bawa ini mestilah berlandaskan wahyu Allah supaya masalah yang sama dihadapi wanita tidak berulang di masa depan,” tambah beliau.Konvensyen yang dihadiri lebih 2,500 peserta dari seluruh negara itu akan diadakan di negeri Kelantan pada tahun hadapan.Lima bidang melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi menjadi teras perbincangan konvensyen.Kehadiran peserta memenuhi stadium negeri. Foto oleh - Hidayah Azlin.
01 Feb 20
34
Pandangan, Idea Wanita Muda Akan Dibawa Ke Dewan Rakyat
Hanafiah Mat. Foto Oleh - Hidayah Azlin.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Pandangan serta idea wanita muda yang diutarakan dalam Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia akan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kertas kerja berkaitan beberapa isu penting melingkari wanita dan kanak-kanak itu akan diteliti dengan rapi.“Kos sara hidup, penambahbaikan sistem pendidikan negara, naratif sebenar perjuangan hak wanita dan kesihatan mental serta solusi jenayah seksual melibatkan kanak-kanak adalah contoh masalah utama yang dibincangkan.“Ia bukan hanya bermain di Sidang DUN, tetapi wakil parlimen akan membawa isu ini ke parlimen, untuk isu yang memerlukan tindakan segera, kita akan usahakan ke jabatan yang berkaitan,” katanya.Zuraida Md Noor.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri di sini hari ini.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor memaklumkan, penubuhan Urus Setia Wanita oleh kerajaan negeri menjadi medan terbaik untuk semua pihak bersatu menyelesaikan masalah wanita.Jelasnya, hal berkaitan wanita adalah isu penting yang harus dicakna semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.“Semua pihak seperti Puteri UMNO, PAS (Ameerah) dan Wanita Bersatu kami jemput untuk jayakan program serta seruan ini.“Sebab kita membawa satu suara wanita, semua boleh bersuara mewakili mana-mana entiti, tetapi pada akhirnya apa yang ingin kita bawa adalah kesepakatan untuk menyelesaikan semua masalah tersebut,” ujar beliau.Sementara itu, Pengarah Program, Mardhiyyah Johari berkata, konvensyen yang dihadiri lebih 2,500 peserta dari seluruh negara itu turut menjadi platform terbaik untuk beliawanis bersuara berkongsi pendapat.“Ramai bijak pandai dalam kalangan wanita muda yang ingin sampaikan pandangan, jadi kita sediakan ruang untuk mereka berbicara dalam apa jua isu melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi,” tambah beliau.Mardhiyyah Johari.
01 Feb 20
281
‘G25 Patut Minta Maaf Kepada Umat Islam’ - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang. Foto oleh - Hidayah Azlin.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Kumpulan bekas penjawat tinggi awam, (G25) harus memohon maaf kepada umat Islam atas pelbagai kenyataan dan pembawakan mereka yang mengelirukan.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pemikiran kumpulan tersebut bukan hanya memeningkan tetapi turut membahayakan akidah orang Islam. “Sepatutnya mereka yang harus minta maaf, bukan saya, mereka harus minta maaf kepada umat Islam. Saya hanya bercakap dan menulis mewakili pihak Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap dalam program Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini. Semalam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.Abdul Hadi dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.“Apabila mereka menegaskan konsep kehidupan manusia tidak boleh dicampur dalam urusan agama kerana agama itu urusan Tuhan.“Maka jelas terang lagi bersuluh bahawa mereka telah beriman kepada Kitab Injil yang telah diubah daripada ajaran Nabi Isa A.S. mengikut catatan para paderi yang mengubah kitab Allah,” tambah beliau.Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk ' Administration of Matters Pertaining Islam ' yang mengkritik terhadap undang-undang Islam dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan Tuhan.
31 Jan 20
139
Yahaya Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalami Ilmu Agama
Yahaya tetap hadir walaupun rakan-rakanya sudah ramai meninggal dunia.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 1 Februari - Biarpun sudah menginjak ke hujung usia, seorang pengunjung Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini tetap mengagahkan diri hadir mengikuti majlis ilmu terbabit.Menurut Haji Yahaya Abdullah, 83, berkata, walau bertongkat keadaan tersebut bukan alasan untuk dirinya tidak hadir setiap minggu mendengar pengisian dan mutiara kata daripada Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang."Alhamdulillah, sehingga hari ini masih berkesempatan datang ke kuliah dhuha Mingguan di Rusila setiap kali hari jumaat."Bila kita jahil, kita mari dengar daripada orang berilmu. Jangan biarkan dalam diri terus menerus dalam kejahilan.Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Presiden PAS."Kawan-kawan saya semua sudah meninggal. Tinggal saya sahaja yang masih mendengar kuliah di Rusila ini," katanya warga emas Kampung Kuala Kejir itu.Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menggagahkan diri ke kuliah dhuha itu sejak berusia muda lagi."Pada usia muda saya datang dengan kawan-kawan, setiap minggu wajib hadir, walaupun jauh dengan kampung halaman kami," ujarnya.
31 Jan 20
56
Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Buka Tirai Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 31 Januari -Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia (KWM) yang mula membuka tirainya menyaksikan penyertaan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada golongan berkenaan dari seluruh pelusuk negara di Stadium Negeri Terengganu, di sini hari ini.KWM mempersadakan tahap inteklektual dalam kalangan wanita Malaysia sebagai salah satu objektif penganjurannya mempunyai pelbagai tarikan dan program bagi menjayakannya.Sempena hari pertama konvensyenForum Keluarga Bahagia: Kerana Syurga Bukan Percuma Bersama Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff mendapat sambutan hangat dari peserta yang hadir.Antara pengisian forum pada kali ini membicarakan kesejahteraan wanita dari aspek mental, emosi dan kerohanian wanita dalam mengurus kehidupan dan menghadapi konflik seharian.Pengisian yang cukup mantap dibawakan khas untuk wanita agar mempunyai jati diri yang teguh dan mantap serta mampu menyediakan persekitaran yang sihat untuk anak-anak, membina kehidupan berkeluarga yang bahagia demi menjamin kelestarian dan keharmonian ummah seluruhnya.
31 Jan 20
449
Amar Makruf Nahi Mungkar Pasangan 'Kurang Sopan'
Ahmad Shah dan Dr. Fauzi menasihati pasangan terlibat.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Pelaksanaan penguatkuasaan syariah yang menjadi dasar kerajaan negeri terus diperkasakan melalui sesi dakwah kepada pasangan-pasangan yang difokuskan dalam program Amar Makruf Nahi Mungkar.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed berkata, program tersebut merupakan salah satu langkah dakwah dalam usaha mencegah perlakuan kurang sopan terutama di kalangan belia.“Malam ini, ada beberapa pasangan yang kita tahan setelah didapati mewujudkan suasana yang kurang baik di tempat awam. “Sebanyak tiga pasangan kita tahan, bukan untuk didakwa ataupun kita bawa kepada pengadilan, tetapi kita lebih kepada hendak berdakwah dan memberi nasihat kepada mereka,” katanya.Ahmad Shah menjelaskan program diadakan sebagai pendekatan dakwah kepada umum.Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan di Dataran Pantai Batu Buruk, malam tadi.Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lajnah Dakwah Kuala Terengganu (LDKT) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berdekatan.Turut serta, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah, Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Fauzi Yusuf yang berperanan menyampaikan tazkirah dan Ketua Polis Balai Kuala Terengganu, Md Nasri Md Nasir.Menurut Ahmad Shah, tujuan utama program itu diadakan adalah sebagai pendekatan untuk menyampaikan pedoman kepada anak-anak muda khususnya yang berada di negeri Terengganu.Risalah mengenai penjagaan aurat dan pencegahan maksiat turut diedarkan kepada orang ramai.“Kami dapat memfokuskan beberapa pasangan malam ini yang memang daripada sudut etika, sudut hukum syariatnya mereka telah melanggar batasan tersebut.“Jadi, proses seterusnya adalah memberi nasihat supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat lebih jauh daripada pertemuan yang pada asasnya perkara biasa, tetapi mungkin boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk,” katanya.Secara umumnya, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, pasangan-pasangan terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 34 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
31 Jan 20
207
Unit Penyelaras Masjid DUN Bakal Ditubuh
Ustaz Ridzuan (tengah) mendoakan agar masjid menjalankan fungsi sebenar dalam masyarakat.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 31 Januari – Kerajaan negeri bakal menubuhkan Unit Penyelaras Masjid di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.Unit ini bakal terdiri dari 18 orang ahli jawatankuasa bagi memastikan semua masjid di negeri ini bergerak seiring sekali gus program masjid bersama masyarakat diatur dengan jayanya.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, jawatankuasa berkenaan dipilih dari kalangan pengerusi-pengerusi masjid di seluruh negeri Terengganu.“Jawatankuasa itu bakal ditubuhkan bertujuan supaya mereka dapat berbincang dan bertukar tukar pandangan agar tiada masjid yang terlalu aktif dan tiada yang terlalu terkebelakang, semuanya bergerak seiring dalam memastikan peranan sebenar masjid dapat dilaksanakan,” jelasnya.Ustaz Ridzuan Hashim.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengurusan Berkualiti Ahli Jawatankuasa Masjid DUN Buluh Gading di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini kelmarin.Turut hadir Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah, Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah dan ahli jawatankuasa 18 buah masjid dalam DUN Buluh Gading.Kursus itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama JHEAT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading itu seterusnya berkata, bagi menjalinkan hubungan antara masjid dan masyarakat setempat, kerajaan negeri merancang mewujudkan Unit Rakan Masjid.Beliau berkata, syarat penyertaannya terbuka kepada orang ramai dan sesiapa sahaja boleh berdaftar dengan pihak masjid di kampung masing-masing bagi mengikuti perkembangan dan menyertai aktiviti masjid dari semasa ke semasa.“Kerajaan negeri berhasrat untuk melihat masyarakat berjinak dengan masjid, terutamanya orang muda walaupun tidak datang masjid pada peringkat awalnya, namun boleh menyertai program yang dianjurkan atas nama rakan masjid,” tambahnya.Katanya, ini kerana kerajaan negeri berhasrat menjadikan masjid sebagai suatu produk yang diminati oleh masyarakat agar semua ahli kariah dapat manfaat dari aktiviti masjid yang diatur. “Kita (kerajaan) tidak mahu masyarakat melihat masjid sebagai satu institusi berasingan dari masyarakat, sebaliknya kerajaan berhasrat supaya masjid berperanan dalam erti kata sebenarnya termasuk menyediakan pelbagai bentuk manfaat kepada masyarakat dari sudut sosial dan kebajikan, bukan sahaja tempat untuk bersolat secara berjemaah lima waktu sehari semalam.“Oleh itu tidak salah pihak masjid menganjurkan pertandingan bola sepak atas nama rakan masjid agar masjid itu sentiasa berada di hati dan pemikiran masyarakat,” tambah beliau lagi.Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah kepada mana-mana jawatankuasa masjid yang berjaya mengadakan kelas fardhu ain, kursus solat dan kursus al-Quran sempena cuti sekolah baru-baru ini.
31 Jan 20
55
Pengunjung China Merosot, Terengganu Optimis Capai Sasaran Pelancong Tahun 2020
Ariffin optimis sasaran lima juta pengunjung dapat dicapai.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan negeri optimis sasaran lima juta pelancong ke Terengganu pada tahun ini akan dapat dicapai walaupun berdepan risiko kemerosotan pengunjung dari negara China.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihak pelancongan negeri melihat isu itu secara menyeluruh dan menumpukan promosi peluang-peluang lain yang ada.“Secara asasnya, kita melihat memang akan ada masalah. Tetapi keseluruhannya, pelancong yang datang bukan dari China sahaja, ramai sebenarnya pelancong seperti dari Eropah, Timur Tengah yang datang ke pulau dan tanah besar kita.“Kebanyakan pelancong dari negara China suka berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Terengganu. Bagaimanapun, sehingga hari ini pulau-pulau masih belum dibuka lagi kepada orang ramai setelah ditutup musim tengkujuh lalu. Jadi kita tidak tahu lagi sejauh mana kesannya,” katanya.Ariffin ketika meninjau keadaan Pura Tanjung Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau kompleks rumah unik, Pura Tanjung Sabtu yang semakin usang, semalam.Turut serta, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Menurut Ariffin, kerajaan negeri juga lebih menumpukan promosi kepada pelancong tempatan, yang mencatatkan lebih 80 peratus kunjungan ke Terengganu.“Berdasarkan rekod kita, setakat ini, hanya 15 hingga 20 peratus pengunjung yang datang ke negeri ini merupakan pelancong luar negara.“Kita masih ada harapan untuk mencapai sasaran 5 juta itu dengan menumpukan peluang-peluang lain dan membuat promosi di negara-negara lain,” jelasnya yang turut mendoakan agar wabak Coronavirus berjaya ditangani segera.
30 Jan 20
160