lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ramah Mesra Bersama Anak-Anak OKU
Oleh: Jusmawari JusohBESUT ,3 Februari - Seramai 38 orang anak-anak kurang upaya (OKU) dari Kota Setar, Kedah diraikan di Restoran Rambai Kampung Alor Keladi, Hulu Besut sempena hari kelahiran mereka.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, beliau beramah mesra dan menjamu selera bersama anak-anak istimewa ini serta keluarga sebelum mereka berangkat ke Batu Rakit tujuan lawatan.“Saya amat gembira dapat meluangkan masa bersama-sama mereka dan sangat terharu bila dijemput untuk meraikan anak-anak istimewa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari ini.Menurutnya, setiap kos makan dan minum ditanggung oleh beliau  sebagai tanda penghargaan terima kasih  diatas rombongan tersebut."Kita jangan abaikan mereka,kerana mereka juga sebahagian dari kita semua. Mereka ini adalah anugerah daripada Allah untuk keluarga."Terima kasih kepada semua penjaga kerana pertemukan saya dengan anak-anak istimewa ini dan bagi kita yang sempurna ini, taatlah kepada perintah Allah,” jelasnya.Justeru itu, beliau mendoakan agar perjalanan ke destinasi yang keseterusnya mendapat perlindungan dan barokah dari Alllah.
03 Feb 20
77
Empty Image
Jadikan KWM Sebagai Program Tahunan - Mardhiyyah
Oleh : Syazwana M.ZohirFoto oleh : Hishamuddin Abdullah dan media KWMKUALA TERENGGANU, 3 Februari - Konvesyen Wanita Muda se-Malaysia (KWM) yang telah melabuhkan tirainya pada hari Sabtu baru-baru ini wajar dijadikan sebagai program tahunan.Pengarah KWM, Mardhiyyah Johari berkata jika dilihatkan kepada dokongan baik yang diterima sepanjang dua hari penganjuran konvesyen tersebut, wajarlah untuk ia diteruskan secara tahunan.“Saya mengharapkan konvensyen seumpama ini dapat diteruskan secara tahunan, seterusnya dapat membudayakan wanita muda dengan ilmu dan fakta seterusnya memupuk sikap peduli kepada permasalahan yang dihadapi masyarakat.“Penganjuran konvensyen seumpama ini adalah satu usaha menyediakan ruang bersuara buat wanita muda dalam menyampaikan pandangan mereka berkenaan isu-isu masyarakat dan juga menjadi medium ilmu buat semua peserta," katanya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.MardhiyyahBeliau juga menzahirkan kesyukuran kerana KWM telah berakhir dengan jayanya dengan menyaksikan kehadiran ribuan  peserta yang memenuhi stadium, termasuk jumlah tontonan siaran langsung di ‘Facebook’ mencecah 67 ribu.“Kami selaku urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua wakil agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik, pasukan penyelidik serta orang perseorangan pelbagai latar belakang yang hadir dan memberi sokongan kepada penganjuran konvensyen ini.“Terima kasih juga kepada pihak media yang hadir membuat liputan," tambahnya.Ujar beliau lagi, pembentangan kertas kerja berkenaan solusi permasalahan kos sara hidup, penambahbaikan sistem pendidikan negara, memperbetulkan naratif barat tentang hak wanita.Katanya, ini termasuk cara menangani permasalahan kesihatan mental dan solusi jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak juga telah dibukukan dalam Kompilasi Kertas Kerja Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia.KWM merupakan program yang berkonsepkan simposium sulung pertama anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dan Perpaduan Nasional negeri serta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita.
03 Feb 20
117
Empty Image
Terengganu FC Perkenal Pemain, Jersi Khamis Depan
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Peminat setia skuad Terengganu Football Club (TFC) berpeluang mendekati pemain kesayangan mereka pada Majlis Memperkenalkan Jersi dan pemain TFC 2020 yang akan berlangsung Khamis depan di Dataran Batu Buruk di sini.TFC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu sebelum bermulanya majlis berkenaan, pada sebelah pagi akan diadakan kejohanan cabaran e-sport, pameran, jualan jersi rasmi TFC dan juga pesta makanan anjuran komuniti trak makanan.Acara perasmian majlis dan pelancaran jersi serta pemain akan dimulakan tepat jam 5.00 petang.Musim ini naib juara Piala Malaysia 2018 itu mempertaruhkan dua awang import baharu iaitu penyerang, Dominique Da Sylva dan pertahanan dari Senegal, Babacar Diallo.Selain pemain tengah Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov dari Uzbekistan yang terus dikekalkan skuad Peteh Terengganu Peteh itu.Selain bintang import yang bakal diperkenalkan, peminat setia turut dapat saksikan pemain terbaik Liga Singapura 2019, Faris Ramli serta barisan pemain tempatan yang lain.
02 Feb 20
267
Empty Image
Kecewa ‘Gelagat’ Pengadil, KHM Disaran Guna Rujukan Video
Aksi pengadil (berbaju kuning) acap kali mengundang jeritan penyokong dalam perlawanan THT menentang UniKL semalam.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) disaran untuk segera mengaplikasikan penggunaan rujukan video (video referral) pada setiap perlawanan Liga Hoki Malaysia (LHM).Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, kegagalan pengadil memberikan keputusan yang tepat sudah kerap kali menjejaskan rentak dan fokus anak-anak buahnya.Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk KHM menggunakan video rujukan, terutama apabila melibatkan aksi tumpuan saingan liga tempatan.  “Apabila berlaku keputusan yang tidak tepat, tiada cara lain menentukannya selain disahkan daripada video rujukan sendiri.“Perkara yang berlaku dalam perlawanan Sumbangsih lalu terus berulang, pengadil membuatkan pemain-pemain saya hilang fokus dalam situasi itu.Dhaarma Raj.“Pengadil tiba-tiba melayangkan kad hijau kepada pemain saya di saat kami sedang melakukan serangan. Saya belum pernah tengok pemain dapat kad hijau ketika membawa bola,” ujarnya ketika ditemui pemberita semalam.Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan Hoki Wanita Kebangsaan itu turut menyarankan kepada KHM untuk beralih kepada perakam video jika masalah kos menjadi penyebab teknologi 'video referral' tidak dapat digunakan.“Ia sebagai kaedah jimat bagi merealisasikan penggunaan rujukan video dan ia sekali gus membawa kepada keputusan lebih tepat oleh pengadil terutamanya di dalam kawasan 23 meter,” ujarnya.Malah, jika dibandingkan dengan kuasa besar hoki Eropah, kebanyakan negara terbabit sudah melaksanakan penggunaan rujukan video sepenuhnya untuk membolehkan pemainnya mengikut peredaran dunia hoki moden.Kapten THT, Fitri Saari turut membantah beberapa keputusan 'tidak cermat' pengadil semasa perlawanan. 
02 Feb 20
183
Empty Image
Hotel Paya Bunga Terengganu Terus Catat Untung
Keindahan Paya Bunga Hotel.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Hotel patuh syariah, Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu terus mencatatkan keuntungan setiap bulan dalam tempoh enam bulan terakhir 2019 meskipun baru satu tahun beroperasi.Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pada enam bulan tahun lalu, Hotel PB merekodkan pendapatan sebanyak RM6.4 juta dan mempunyai baki tunai melebihi RM800 ribu.Katanya, perkara itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi pihaknya kerana secara tidak langsung berjaya mengurangkan kerugian terkumpul RM1.8 juta setakat tahun 2018.“Hasil usaha gigih semua yang terlibat kita juga telah berjaya kurangkan kerugian yang dialami sejak 2015 yang sekarang hanya tinggal RM400 ribu.“Kita telah berjaya untung RM1.4 juta bagi membuang beban yang kita tanggung sejak awal hotel dibuka, alhamdulillah kita semua berjaya buat walaupun baru bermula,” ujarnya.Majlis Malam Jalinan Kasih di Hotel PB semalam.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Malam Jalinan Kasih Kali Pertama di Paya Bunga Hotel di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim yang juga Ahli Lembaga Pengarah Hotel PB.Mengulas lanjut, Khairuddin menegaskan, beliau yakin dengan kerjasama dan usaha berterusan daripada pihak terlibat, Hotel PB pastinya mampu mencatat keuntungan lebih besar pada tahun ini.“Insya-Allah kita boleh lakukan bersama, sebagai menghargai jasa dan memberi semangat kepada semua, pihak hotel telah memberikan bonus satu bulan gaji.“Semua ini akan berterusan apabila niat kita betul iaitu untuk membangunkan hotel dengan konsep patuh syariah dan sistem gerak kerja secara berkeluarga,” tambah beliau di hadapan 110 kakitangan.
02 Feb 20
1598
Empty Image
Jangan Jadi Golongan Angguk Dan Geleng - Zuraida
Oleh : Syazwana M.ZohirFoto oleh : Hishamuddin Abdullah dan Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 3 Februari - Menjelang Era 2020 ini, wanita tidak lagi boleh sekadar menjadi golongan yang mengikut arahan semata-mata tanpa berani menyuarakan pendapat sendiri (angguk dan geleng).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, para wanita harus bangkit bagi memenuhi ruang-ruang untuk menambah ilmu dan kemahiran serta menggunakan segala kudrat dan kelebihan yang ada bagi menyumbang kepada pembangunan dan keharmonian negara.“Era 2020 ini adalah era yang memaksa kita sebagai wanita untuk memutuskan banyak perkara penting dalam masyarakat. Era di mana pencapaian ditentukan oleh kecemerlangan modal insan. “Rebutlah peluang menjadikan diri sendiri sebagai mutiara yang berharga di tengah masyarakat yang sinarnya mampu menerangi kegelapan kejahilan,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia di Stadium Negeri ,baru-baru ini.Kata Zuraida lagi, Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia yang telah berjaya mempertemukan wanita dari segenap pelosok negara ini tidak boleh dibiarkan tamat begitu sahaja.“Semoga Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia yang telah berjaya menghimpunkan ribuan wanita pada hari ini tidak hanya berakhir di sini sahaja sebaliknya menjadi satu titik permulaan.“Jadikan ia sebagai titik mula untuk memacu kecemerlangan para wanita dalam perjuangan membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara yang sejahtera”, tambahnya.Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh.
02 Feb 20
80
Empty Image
SUK-PUSPANITA Adakan Kursus Protokol & Etiket Sosial
Tengku Seri Bijaya Raja (berdiri) sedang menyampaikan kursus kepada ahli PUSPANITA di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Terengganu mengadakan Kursus Protokol & Etiket Sosial di Primula Beach Hotel di sini mulai semalam hingga hari ini.Pengerusi PUSPANITA Negeri, To' Puan Sharifah Nor Madiah Syed Omar  berkata, kursus selama dua hari itu disampaikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja. Katanya, matlamat utama adalah bagi menyediakan pegawai dan individu yang berilmu untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan keramaian. Kursus diselang seli dengan kisah-kisah lucu berkait dengan protokol dan etiket sosial di kalangan kakitangan kerajaan.Kursus itu telah dihadiri oleh 45 orang peserta. Menurutnya, mereka didedahkan kepada etiket majlis jamuan mengikut peraturan serta protokol majlis rasmi kerajaan. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam. PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Ahli PUSPANITA menumpukan perhatian kepada kursus yang disampaikan oleh Tengku Seri Bijaya Raja.Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Cawangannya dibuka di seluruh negara termasuk di Terengganu.
02 Feb 20
447
Empty Image
Kecemerlangan David John Lebur Hasrat THT
David John menggagalkan peluang THT untuk menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk membalas dendam atas kekalahan kepada UniKL dalam Piala Sumbangsih awal tahun lalu berkecai apabila sekali lagi tumpas kepada pasukan itu 0-2 sebentar tadi.Kecemerlangan penjaga gol terbaik dunia, David John Harte yang menafikan deretan peluang THT pada separuh masa pertama ternyata mengecewakan hampir 300 penyokong di Stadium Hoki Batu Buruk di sini.Jurulatih THT, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, David melakukan kira-kira lima penyelamatan berkelas dunia untuk menafikan gol pasukan Terengganu.“Kita menampilkan aksi berkualiti terutamanya pada babak pertama perlawanan, namun saya rasa penjaga gol UniKL beraksi sangat cemerlang hari ini.“Dia menyelamatkan keadaan yang cukup penting bagi THT menjaringkan gol, dan permainan terus menjadi sukar (pemain hilang fokus) buat THT apabila UniKL mendapat gol pertama menerusi pukulan sudut penalti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dhaarma tetap berbangga dengan kesungguhan anak buahnya.Mengulas lanjut, Dhaarma turut mengakui beberapa keputusan yang dibuat pengadil dalam perlawanan hari ini banyak menjejaskan moral para pemainnya.Katanya, perkara itu boleh dilihat dengan lebih jelas dalam suku keempat permainan apabila pemainnya dilayangkan kad hijau dalam situasi yang sangat tidak wajar.“Sama seperti perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini, beberapa keputusan kontroversi pengadil mengganggu fokus dan emosi pemain.“Di saat kita memerlukan kemenangan dan ketinggalan jaringan, keputusan pengadil memang membuat pemain hilang semangat dan gagal mengatur strategi dengan baik, ini memberi tamparan hebat kepada kita,” tambah beliau.Dalam perlawanan itu, UniKL meneruskan rentak kemenangan untuk kekal di puncak liga hasil jaringan kapten kebangsaan, Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-33 dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin seminit sebelum permainan berakhir.Faizal Saari dikawal ketat oelh pertahanan UniKL.
02 Feb 20
209
Empty Image
Kelestarian Setiu Wetlands Akan Terus Dipelihara
SETIU, 2 Februari - Kerajaan negeri akan memastikan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) akan diuruskan dengan baik bagi menjaga kelestarian ekosistem untuk generasi akan datang.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar berkata, ia termasuk kerjasama masyarakat setempat untuk memberikan pandangan dan suara dalam usaha kerajaan negeri ini.“Kita akan pastikan ia diurus dengan baik dan dalam masa yang sama kita akan pastikan penduduk setempat memainkan peranan masing-masing supaya kawasan ini terus dijaga.“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus bekerjasama bagi memastikan alam sekitar terutama Setiu Wetlands dan juga Tasik Kenyir akan terurus dengan baik sebagai ekosistem yang mampan dan lestari untuk semua pihak,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Sayangi Setiu Wetlands Sempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2020 di Broadwalk Setiu, Setiu Wetlands di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Husin; Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sapian A Bakar, Pengarah Perhutanan Negeri, Muhammad Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasman Abdullah.Hadir sama, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri, Tengku Arifin Tengku A Rahman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mohd Iskandar Mohd Aziz.Untuk rekod, Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.Kawasan persekitarannya adalah habitat semula jadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
02 Feb 20
235
Empty Image
'Penyokong Terengganu, Ayuh! Penuhkan Stadium Hoki Petang Ini' - Faizal Saari
Faizal Saari.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari menyeru penyokong Terengganu memenuhi Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bagi memberikan sokongan kepada pasukan yang akan menentang pendahulu Liga Hoki Malaysia 2020, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), jam lima petang ini.Jelasnya, beliau mahukan peminat memberikan semangat kepada pemain dalam misi pasukan untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan tersebut.“UniKL memang salah satu 'team' gergasi dalam liga dan kami menjangkakan perlawanan yang sengit Ahad ini (hari ini).“Secara peribadi saya rasa kami tidak boleh ketinggalan mata, setiap ‘game’ kami perlu menang dan untuk perlawanan ini kita akan pergi semaksimum mungkin untuk menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelawanan menentang Maybank, Jumaat lalu.Katanya, kehadiran penyokong bakal meningkatkan semangat pasukan yang beraksi sebagai tuan rumah. Kehadiran penyokong amat diharapkan lebih-lebih lagi MBKT tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ke stadium. Antara aksi pemain THT, Fitri Saari dalam perlawanan menentang Maybank.
01 Feb 20
1085