lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tindakan Lelaki Menyerupai Wanita Di Tanah Suci, Mempersendakan Agama Dan Syariat
Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda berpandangan bahawa tindakan seseorang lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya ketika melaksanakan ibadah di tanah suci sebagai mempersendakan agama dan hukum syariat serta memperlekehkan Mekah dan Madinah.Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Dr. Zulkifly Muda, semalam, beliau menjelaskan persoalan hukum perbuatan tersebut adalah haram kerana ibadah yang dilakukan wajib berdasarkan jantina asalnya.“Kalau seseorang lelaki berpakaian wanita (atau sebaliknya)ketika di tanah suci dan bersolat di saf wanita serta bersentuhan dengan wanita, kesemua perbuatan itu adalah haram,” katanya.Menurut beliau, hukum hakam mengenai perkara tersebut jelas dinyatakan dalam kitab al Mufassal Fi Ahkam al Mar'ah karangan Dr Abdul Karim Zaidan.Kitab tersebut juga turut terdapat dalam bahasa Melayu Indonesia dengan tajuk, Ensiklopedi Fiqh Wanita. Tambah beliau, pandangannya tidak ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya sekadar menjawab persoalan semasa yang diajukan oleh masyarakat.“Sekiranya berlaku, langkah yang wajar diambil ialah pihak pemerintah dikedua-dua negara iaitu Malaysia dan Arab Saudi perlu menghalang perbuatan mereka,” katanya.
04 Feb 20
194
Empty Image
Tiga Elemen Jayakan Kerajaan Rakyat - Wan Sukairi
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Tiga elemen iaitu ketenteraman, keamanan dan kestabilan menjadi teras utama dalam menjayakan kerajaan rakyat dan menjadi asas kepada keharmonian serta kekuatan negeri di bawah Kerajaan PAS selepas diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, apabila berjaya mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengisytiharkan kerajaan yang akan diwujudkan adalah kerajaan rakyat.Justeru itu katanya, pihak kerajaan negeri terus bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan."Dalam tempoh setahun, kerajaan negeri berjaya melaksanakan 13 daripada 20 manifesto yang telah dijanjikan dahulu."Ini sebagaimana kata-kata Menteri Besar Terengganu iaitu kita akan pulangkan kepada rakyat apa yang diperlukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan  Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kuala Terengganu di tapak pasar pagi Kampung Tiong, di sini hari ini.Wan Sukairi mengagihkan Ang Pau kepada kaum Tiongha yang hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Tiong.Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan ADUN Wanita, Zuraida Mohd Noor.Hadir sama, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan wakil-wakil pertubuhan kaum Tiongha.Tambahnya, Kerajaan PAS akan terus menunaikan apa yang telah dijanjikan dan tekad untuk melaksanakannya.Sementara itu, dalam majlis yang sama, sebanyak 1,000  'Ang Pau' turut diagihkan kepada orang ramai yang hadir bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
04 Feb 20
97
Empty Image
‘Tanah Diambil Kerajaan, Demi Kepentingan Rakyat ’ - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 4 Februari - Rakyat dinasihatkan agar memahami duduk perkara sebenar sekiranya kerajaan memutuskan untuk tindakan mengambil balik tanah bagi kepentingan awam berikutan hak pemilik sudah dijamin di bawah Akta Pengambilan Tanah (Pindaan 2016).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, nilaian kepada setiap tanah yang diambil akan dipastikan setimpal dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.Malah, akta tersebut hanya dibenarkan untuk pengambilan balik tanah bagi maksud dan tujuan awam sahaja.“Maknanya apabila kerajaan nak ambil tanah kita untuk tujuan kegunaan awam seperti membina sekolah, hospital, jalan raya, balai polis, tapak perkuburan, masjid, padang bola, dewan orang ramai dan sebagainya, pengambilan balik tanah tersebut mestilah dengan nilai harga yang dipersetujui oleh tuan tanah. Hak tuan tanah dijamin dalam hal ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Dialog Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Oh dan Kampung Cabang Tiga Oh di sini kelmarin.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, sekiranya persetujuan harga tidak boleh dicapai antara kerajaan dan pemilik tanah, rakyat boleh memanjangkan perkara ini ke atas untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.“Maka tuan tanah boleh membawa kes ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan yang setimpal.“Pada kebiasaannya, Pegawai Penilai akan menilai setiap struktur binaan dan setiap batang pokok atas tanah yang akan diambil di samping nilai tanah tersebut,” tambah beliau.
04 Feb 20
47
Empty Image
TLHT Terus Hambat Hockademy KL Di Puncak Liga
Aksi yang berlangsung di SHBB sebentar tadi.KUALA TERENGGANU, 4 Februari – Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) terus menghambat kedudukan Akademi Hoki Kuala Lumpur (Hockademy KL) di puncak liga selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Sabah sebentar tadi.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk di sini bagaimanapun bermula dengan agak perlahan apabila kedua-dua pasukan menyajikan aksi berhati-hati.Jurulatih TLHT, Mohd Nasihin Nubli berkata, walaupun mengutip tiga mata, anak-anak buahnya dilihat melakukan banyak kesilapan teknikal yang mengakibatkan permainan tidak berlangsung rancak.“Sepatutnya bermain di tahap ini kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mancari gol yang lebih besar.“Tetapi apa yang positifnya, mereka sudah faham taktikal gaya permainan dengan mencipta banyak peluang, namun perkara kecil yang saya sebutkan tadi menjadi masalah pada kita,” ujarnya yang masih optimis merebut kejuaraan liga.Dalam perlawanan petang tadi, TLHT dilihat agak bergelut untuk mencari gol pembukaan meskipun mendominasi sebahagian besar perlawanan.Mohd Nasihin.Tetapi usaha berterusan juara musim lalu itu akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-14, TLHT berjaya di depan menerusi jaringan sudut penalti oleh Nursyafiqah Mohd Zain.Tersentak dengan gol itu, Sabah mengatur strategi untuk menyamakan kedudukan, namun keputusan 1-0 kekal memihak Terengganu sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, TLHT dilihat lebih agresif dengan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol tambahan, pada minit ke-33, Fatin Naimah Zaki menceriakan lebih 200 penyokong Terengganu apabila menjaringkan gol cantik untuk TLHT menjarakkan kedudukan.Berselang 11 minit kemudian, kealpaan benteng pertahanan Sabah sekali lagi dihukum Terengganu apabila Nuraslinda Said meledak gol sebelum Auni Atikah Gahni menambah derita Sabah untuk merubah keputusan 4-0.Kedudukan itu ternyata melemahkan semangat skuad muda Sabah, beberapa strategi mereka juga tidak menjadi menyebabkan TLHT berjaya menambah satu lagi gol melalui pukulan sudut penalti Juliani Mohamad Din pada minit ke-56.Add captionDengan kemenangan itu, TLHT berjaya memungut 13 mata untuk terus kekal di tangga kedua di belakang Hockademy KL yang berkelebihan lima mata.Perlawanan menentang Hockademy KL pada 8 Februari ini akan menjadi perlawanan penting untuk TLHT memungut tiga mata sekaligus terus mencabar kejuaraan bersama pendatang baru Liga Hoki Wanita Malaysia itu.
04 Feb 20
339
Empty Image
Celoteh PU Rahmat ‘Pukau’ Penonton
Pengunjung khusyuk mendengar kuliah daripada PU Rahmat.Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 4 Februari - Celoteh Pencetus Ummah (PU) Rahmat dalam Kuliah Dhuha di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, kehadiran selebriti agama sangat menarik minat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.“Setiap minggu kita akan atur penceramah yang berbeza dan hebahan kita maklum dari semasa ke semasa di samping hebahan melalui media sosial.“Insya-Allah, kehadiran golongan ilmuan yang mempunyai pelbagai gaya penyampaian dapat memahamkan orang ramai tentang agama.“Kita mengharapkan majlis ilmu seperti ini terus kekal bagi memberi kefahaman ilmu agama kepada masyarakat setempat dan dalam masa yang sama kepada mereka yang berkunjung ke pasar tani ini,” ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).PU Rahmat.Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 9.30 pagi itu berjaya menarik ramai pengunjung ke pasar tani itu.Kuliah Dhuha yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Setiu mendapat kerjasama pelbagai jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Setiu dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri.
03 Feb 20
115
Empty Image
Terengganu Tambah Baik Dasar Tanah Negeri
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 4 Februari - Kerajaan Terengganu telah berjaya membuat pembaharuan Dasar Tanah Negeri setelah menaungi tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu bagi memudahkan urusan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penambahbaikan dari semasa ke semasa sentiasa dilakukan bagi membuka peluang dan membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.“Antara beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah menaikkan tempoh pajakan mukim bagi tanah pertanian dari 60 kepada 99 tahun. “Ia sama sebagaimana tempoh pajakan mukim tanah bangunan dan kediaman,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Sementara itu, menurut beliau, kelayakan untuk memohon bayaran premium tanah secara ansuran juga telah dinaikkan daripada pendapatan bulanan tidak melebihi RM700 kepada pendapatan RM1,700 sebulan. “Dengan ini lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan layak untuk memohon bagi membayar premium tanah secara ansuran selama tempoh tiga tahun.“Selain itu, permohonan tanah haram turut dibuka semula bermula Mei 2019 sehingga Disember 2020 setelah ia ditutup sebelum ini pada tahun 2012," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menyeru agar seluruh rakyat Terengganu merebut dan memanfaatkan peluang itu sebaiknya sebelum tamat tempoh.
03 Feb 20
221
Empty Image
Ladang Ternakan Rusa Bakal Wujud Di Setiu
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 4 Februari - Kerajaan negeri bakal membina sebuah ladang ternakan rusa di daerah ini bagi merancakkan industri itu di Terengganu sesuai dengan peruntukan dalam Bajet 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengubahsuaian kepada Ladang Ternakan Haiwan di Chalok akan dilakukan dalam beberapa masa lagi selepas proses kajian dibuat.Katanya, antara kemudahan perlu disiapkan di kawasan berkenaan adalah struktur pagar siklon (cyclone) setinggi enam kaki yang mempunyai daya lenturan bagi mengelakkan kecederaan kepada rusa. “Dengan ketinggian enam kaki itu ia sudah mencukupi dan tidak mampu dilepasi oleh rusa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kawasan yang dipagar itu juga perlu dibahagikan kepada beberapa sektor ragutan bagi memudahkan aktiviti untuk haiwan itu dilakukan secara bergilir-gilir dan teratur.“Kawasan ragutan itu juga perlu ditanam dengan rumput bermutu seperti rumput jenis ‘pasture humidicola’.“Selain itu, pokok-pokok hutan yang besar sebahagiannya perlu dibiarkan sebagai tempat rusa berteduh dan berehat dan memberi suasana hutan yang hampir sama dengan habitat asalnya,” jelasnya.Dalam pada itu, Dr Azman turut berkata, spesies rusa ‘Timorensis’ telah menjadi pilihan atas beberapa sebab terutamanya penjagaan yang mudah, tahan penyakit dan cepat membiak.
03 Feb 20
636
Empty Image
Ladang Solar 100MW Bakal Dibina Di Merchang
Gimik pelancaran Projek Solar 100 MW di Merchang, Marang dirasmikan di Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In Non-Metallic Minerals Processing kepada TSC dalam 2nd AMA 2019 dan pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang, Marang di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 4 Februari - TRG Silica (Marang) Sdn Bhd (TRG Silica) telah bekerjasama dengan Syarikat Jerman yang akan mengusahakan ladang solar sebagaimana diluluskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Tenaga baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, Projek Solar Skala Besar itu adalah dengan kapasiti 100 MegaWatt (MW) dan akan dibangunkan di lot (PT 14366 & PT 12430) yang berasingan pada bulan Mac ini.Katanya, anggaran pelaburan pembangunan di Marang bagi projek Kilang Benifikasi TRG Silica Marang serta Ladang Solar itu adalah dianggarkan sebanyak RM550 juta.Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Dalam masa yang sama menurutnya, kedua-dua projek itu akan membuka peluang pekerjaan seramai 200 orang warga tempatan secara langsung dan tidak langsung pada fasa 1 pembangunan.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In Non-Metallic Minerals Processing kepada Terengganu Silica Consortium (TSC) dalam 2nd AMA 2019 dan Pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang Marang, di Primula Beach Hotel, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd (TSC), Tengku Sri Temenggong Raja, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Tengku Seri Bijaya Raja.Dato' Tengku Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang seterusnya berkata, pembangunan bersama Projek High Purity Silica dan Projek Solar Skala Besar (100MW) tersebut memberi impak besar dan mendatangkan kemakmuran serta pertumbuhan sosio ekonomi bagi manfaat warga Mukim Merchang, Marang.Dato' Tengku Hassan (dua dari kiri) berbual dengan tetamu di Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In-Non-Metallic Minerals Processing kepada TSC dalam 2nd AMA 2019 dan Pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang Marang, di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Tambahnya lagi, kerajaan negeri telah meluluskan lima lot tanah deposit silika berasingan di mukim tersebut kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAW) untuk dipajak kepada TRG Silica."Perusahaan Syarikat TRG Silika (Marang) Sdn Bhd adalah mirip kepada perusahaan Terengganu Silica Consurtium Sdn Bhd," jelasnya.Menurut beliau, TRG Silica akan memulakan kerja tanah bagi pembangunan aktiviti perlombongan dan kilang benifikasi pada pertengahan tahun ini membabitkan dua lot tanah PT 14368 dan PT 14367."Keutamaan peluang pekerjaan adalah kepada anak watan Terengganu dan jangka hayat perlombongan adalah dalam anggaran lebih dari 200 tahun," katanya.
03 Feb 20
388
Empty Image
Terengganu Silica Consortium Raih Anugerah Amalan terbaik Pembangunan Mineral Asean
Dato' Tengku Hassan (kanan) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Tengku Sri Temenggong Raja di  Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In-Non-Metallic Minerals Processing kepada TSC dalam 2nd AMA 2019 dan Pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang Marang, di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Syarikat Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd (TSC) kerana memenangi Anugerah Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral Yang Mampan (Pemprosesan Mineral Bukan Logam) di 2nd ASEAN Mineral Award (AMA) Tahun 2019 di Bangkok, Thailand, 23 Disember lalu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, dengan anugerah tersebut syarikat terbabit telah mengharumkan nama negara dan negeri Terengganu di persada antarabangsa."Anugerah ini adalah anugerah pertama yang diterima oleh syarikat di negara kita melalui Syarikat Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd (TSC) dan tercatat dalam sejarah Mineral dan Geosains Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Syarikat TSC," katanya.Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In-Non-Metallic Minerals Processing kepada TSC dalam 2nd AMA 2019 dan Pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang Marang, di Primula Beach Hotel di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi TSC, Tengku Sri Temenggong Raja, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Seterusnya Dato' Tengku Hassan berkata, dengan memenangi anugerah itu juga, TSC telah diiktiraf sebagai penggiat industri perlombongan Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral Yang Mampan di rantau ASEAN.Dato' Tengku Hassan (tiga dari kanan) dn Tengku Sri Temenggong Raja (empat dari kanan) bercakap sesuatu kepada seorang tetamu yang hadir di Majlis Sempena Meraikan Anugerah Best Practices In-Non-Metallic Minerals Processing kepada TSC dalam 2nd AMA 2019 dan Pelancaran Projek High Purity Silica oleh TRG Silica (Marang) Sdn Bhd, Merchang Marang, di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang itu menjelaskan bahawa terbukti dengan 'standard' pengoperasian Projek High Purity Silica di Kampung Bari, Setiu dan inisiatif aplikasi Teknologi Hijau yang sedang diguna pakai oleh TSC adalah ke arah pembangunan mampan.Katanya, projek High Purity Silica di daerah Setiu yang dimulakan sejak September 2016 itu merupakan integrasi aktiviti perlombongan, aktiviti kilang benefikasi serta aktiviti pelabuhan persendirian di Kampung Bari Kecil di daerah tersebut."Projek High Purity Silica ini adalah bertaraf antarabangsa terbesar di rantau Asia dan Oceania," jelasnya.Menurut beliau, kakitangan yang berkhidmat dalam projek tersebut adalah 100 peratus warganegara Malaysia dengan bilangan sebanyak 90 peratus terdiri daripada rakyat Terengganu.Katanya, TSC adalah syarikat 'subsidiary' milik TRG Industrial Minerals Sdn Bhd yang diusahasama dengan syarikat antarabangsa, Toyota Tsusho Corporation dan Tochu Corporation dari Jepun.Sementara itu tambahnya, TSC telah melabur di Terengganu sebanyak RM250 juta sehingga hari ini."Latihan kepakaran dan pengenalan serta penggunaan teknologi luar negara diperkenalkan kepada kakitangan melalui kerjasama rakan niaga di Jepun," ujarnya lagi.
03 Feb 20
820
Empty Image
DUN Kuala Besut Dominasi Bola Sepak
Oleh: Saifullah JusohFoto: Afiq ZohirBESUT, 3 Februari- Pasukan Bola Sepak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendominasi kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut 2019 pada tahun ini.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kedua-dua pasukan dari DUN tersebut bakal berentap di perlawanan akhir kejohanan tersebut pada 4 Februari di Padang Astaka Jerteh."Pasukan DUN Kuala Besut A bejaya menewaskan pasukan Kota Putera A di perlawanan separuh akhir dengan jaringan 2-1."Manakala pasukan Kuala Besut B berjaya menewaskan pasukan Kubang Bembam melalui penentuan sepakan penalti," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir, di sini, pada semalam. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri.Menurutnya, beliau melahirkan rasa gembira apabila kedua-dua pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan pengurus pasukan yang bertungkus lumus bagi memastikan pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.“Saya berharap penduduk DUN Kula Besut dapat hadie bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pada perlawanan akhir nanti," jelas Azbi.
03 Feb 20
742