lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Imtiaz Berupaya Lahirkan Lebih Ramai Teknokrat
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 6 Februari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Islam berupaya untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seiring dengan pendidikan agama.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, pelajar Imtiaz merupakan harapan bagi rakyat Terengganu dalam mendepani cabaran semasa yang melingkari isu Islam.Ini kerana katanya, terlalu banyak salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan ia memerlukan golongan penghafal al-Quran sebagai pemimpin.“Kita perlukan lebih ramai profesional teknokrat yang hafiz kerana al-Quran adalah benteng yang kuat dalam menghadapi cabaran umat luar sana,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Angkasakan Kecemerlangan dan Pemantapan Target Pentaksiran Tingkatan tiga (PT 3) anjuran SM Imtiaz Yayasan Islam di sini hari ini.Tambahnya lagi, penambahan peruntukan sektor pendidikan dalam Bajet 2020 baru-baru ini menunjukkan kerajaan negeri serius dan komited bagi menjulang pendidikan di Terengganu.Selain itu, beliau juga berkata, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dibina oleh kerajaan negeri bukanlah untuk bersaing dengan Imtiaz tetapi untuk melengkapi antara satu sama lain.“SRIDI, SMIDI bukanlah saingan bagi Imtiaz tetapi untuk menggalakan pendidikan agama semua peringkat.“Kita harap kedua-dua sekolah ini dapat memberi contoh terbaik kepada sekolah lain di luar sana,” jelas beliau.
06 Feb 20
158
Empty Image
Abdul Hadi Rasmi SRIDQ Terengganu
MARANG, 6 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang tiba di Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) bertempat di Masjid Rhu Muda pagi tadi bagi merasmikan bangunan sementara sekolah berkenaan.Ketibaan beliau bersama isteri, Datin Seri Norliza Taat disambut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hassan Awang serta kepimpinan tertinggi PAS Marang.SRIDQ yang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 37 pelajar dengan enam tenaga pengajar serta tiga kakitangan sokongan.Hassan dalam ucapannya berkata,  SRIDQ merupakan salah satu daripada rangkaian sekolah-sekolah agama milik Dewan Ulama PAS Terengganu.“SRIDQ akan beroperasi di bangunan sementara yang terletak bersebelahan Masjid Rhu Muda ini sementara menunggu bangunan rasmi siap dibina di Bukit Kor.“Buat masa ini hanya dua kelas dibuka kepada pelajar Tahun Satu sahaja,”  ujarnya ketika berucap di majlis berkenaan.Katanya, SRIDQ merupakan sekolah yang menekankan pendidikan agama dan al-Quran tanpa mengabaikan bidang akademik.
05 Feb 20
907
Empty Image
LTdL 2020 : Harrif Saleh Laung Amaran Awal
Harrif Saleh.KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Pelumba handalan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh melaungkan amaran awal apabila berjaya merangkul tempat kedua dalam aksi pemanas sebelum jelajah sebenar PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 bermula esok.Dalam acara Kriterium Antarabangsa Malaysia sejauh 90 kilometer yang berakhir sebentar tadi, Harrif berada di kelas tersendiri untuk mengatasi 112 peserta lain.Dengan hanya ketinggalan beberapa saat di belakang jaguh Jerman, Maximilian Richard Walscheid, Harrif pastinya sudah bersedia bagi mengharungi peringkat pertama di Kuching, Sarawak.Pada Sabtu ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah dalam saingan berprestij antarabangsa itu dengan jarak 175.5 kilometer dari Kuala Terengganu ke Kerteh.Untuk saingan LTdL kali ke-25 ini, TSG menampilkan lima pelumba, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Harrif Saleh, Metkel Eyob, Artem Ovechkin, Drew Morey dan Carlos Quintero untuk merebut kejuaraan.
05 Feb 20
360
Empty Image
Kerajaan Negeri, Yayasan PETRONAS Rai Golongan Cina Kurang Berkemampuan
Ribuan masyarakat Cina berkumpul bersama kepimpinan negeri dan PETRONAS dalam Sentuhan Kasih.KEMAMAN, 6 Februari - Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada 400 penduduk kurang berkemampuan di sekitar Kemaman.Sumbangan hamper dan angpau bernilai RM200 itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dalam Majlis Sentuhan Kasih di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Menurut Wan Mohd Hasnan, sumbangan tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan pihaknya dalam meringankan beban golongan kurang berkemampuan."Ia juga merupakan satu usaha PETRONAS dan kakitangannya mendekati masyarakat setempat.Dato' Wan Mohd Hasnan."Tahun ini, seramai 1,500 golongan kurang bernasib baik diraikan di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan kakitangan PETRONAS," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu itu, semalam.Beliau turut merakamkan rasa terima kasih atas kerjasama kerajaan negeri dalam membantu menyantuni masyarakat setempat."Sejak 2005, PETRONAS telah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyumbang kesejahteraan masyarakat di negara ini."Sentuhan Kasih telah diadakan setiap kali perayaan utama di Malaysia," katanya.Yayasan PETRONAS sebagai cabang CSR syarikat berhasrat untuk  menghasilkan kesan lestari,  meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi bidang tumpuannya iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua di Kemaman.
05 Feb 20
332
Empty Image
MB Terengganu Seru Rakyat Kekal Keharmonian
Dr. Samsuri bersama Exco Kebajikan Negeri, Hanafiah Mat dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman bersama sebahagian penduduk Tionghua Kemaman.KEMAMAN, 6 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk mengekalkan keharmonian yang wujud dalam negeri.Jelasnya, walaupun berbeza agama dan bangsa, semuanya mendiami tanah air yang sama dan menghirup udara yang sama."Kita adalah rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia, tugas kita adalah memupuk keharmonian tidak kira di mana berada," katanya.Dr. Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Tambahnya, seharusnya semua pihak bersyukur dan gembira dapat bersama meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum tanpa sebarang masalah."Ini menunjukkan bahawa kita boleh hidup secara bersama dalam Terengganu ini. "Program ini juga menjadi medan untuk kita beramah mesra dan kenal antara satu sama lain sebagai usaha untuk hidup harmoni dalam negeri yang permai ini," katanya.Majlis Sentuhan Kasih di Kemaman.Dalam program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Pantai Timur itu, sebanyak 400 penduduk kurang bernasib baik turut menerima angpau dan hamper makanan bernilai RM200 sebagai bantuan perayaan.Dr. Samsuri turut menyampaikan penyerahan tanah rumah mayat yang dijanjikan untuk kemudahan masyarakat Tionghua sebelum ini kepada Persatuan Tionghua Kemaman.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Zahari Md Azahar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
05 Feb 20
124
Empty Image
THT Berhempas Pulas Raih Tiga Mata
Aksi pemain THT dan TNB-T di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Terengganu Hokey Team (THT) memungut tiga mata penuh dengan tiga jaringan berbalas dua, menumpaskan TNB Thunderbolts (TNB-T) dalam Perlawanan  Hoki Liga Premier di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini. TNB-T memulakan aksi memungut jaringan pertama pukulan sudut penalti melalui Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-13 perlawanan. Bagaimanapun THT terus mengasak kubu lawan sehingga memperoleh pukulan sudut penyamaan 1-1 pada minit ke-15 melalui pukulan padu pemain import, Jang Jong Hyun.Pemain THT diasak pemain lawan.Pada minit ke-24 melalui hantaran tengah Mohd Fitri Saari, THT memperoleh tambahan jaringan 2-1 melalui Faizal Saari melepasi kawalan penjaga gawang TNB-T, Che Shahrul Azmi Che Saupi. Kemudian pada minit ke-42 TNB-T menyamakan kedudukan 2-2 apabila pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti. Sekali lagi Muhammad Fahmi membuat pukulan penalti 'stroke' melepasi kawalan penjaga gol THT,  Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri.Akhirnya pada minit ke-55 THT mendapat mata penuh melalui Jang dengan pukulan sudut kencangnya melepasi kawalan penjaga gol lawan. 
05 Feb 20
323
Empty Image
Lulus Bantuan, Beli Beruk
Oleh: Aslam WiraMARANG, 5 Februari - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menganggap permohonan bantuan seorang penduduk, Mat Yusoff Noh, 56, untuk membeli beruk sebagai unik dan jarang berlaku.Bagaimanapun permohonan itu tetap diluluskan kerana ianya memenuhi syarat kelayakan selain melihat kesungguhan Mat Yusoff yang mahu mengubah nasib keluarga mencari rezeki dengan mengait buah kelapa menggunakan keringat haiwan itu.Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman berkata, permintaan seperti itu tidak pernah berlaku.Katanya, pihaknya bersetuju untuk membantu Mat Yusoff, oleh kerana beliau sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan haiwan itu untuk mengambil upah mengait kelapa.“Selain daripada membeli beruk tersebut, bantuan pinjaman modal lain turut diagihkan,” katanya yang tinggal di Kampung Gong Beris.Turut hadir dalam ziarah itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.Mat Yusoff berkata, pemberian haiwan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk  bekerja di mana dia kini mampu mendapatkan 300 sehingga 500 biji kelapa sehari,“Saya tidak dapat bekerja berat kerana menghidap penyakit usus, jadi ini salah satu kaedah memudahkan dan mengurangkan kudrat dalam mencari rezeki,” katanya yang turut memperoleh bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
04 Feb 20
113
Empty Image
'PERKESO Abai Kebajikan Pekerja' - Dr Mohd Khairuddin
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 5 Januari - Tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperketatkan syarat kelayakan untuk menerima rawatan percuma bagi pesakit buah pinggang tahap akhir adalah suatu pengabaian terhadap kebajikan dan kesihatan sejumlah besar pekerja di negara ini.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan statistik, pada 2016 sahaja terdapat seramai 14,023 penerima kemudahan rawatan dialisis yang disediakan oleh PERKESO.Katanya, ini mewakili 35 peratus daripada 39,711 orang yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menerima rawatan dialisis di seluruh negara."Jika syarat ini diperketatkan, pasti akan mengurangkan jumlah penerima sedangkan pada tahun ini dijangkakan jumlah pesakit buah pinggang ini adalah melebihi 50,000 orang dan mencecah 106,000 orang pada 2040 yang sebahagian besarnya sudah pasti adalah pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk produktiviti isi rumah masing-masing dan negara," ujar beliau.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di status facebooknya hari ini.Menurut beliau, ditambah pula 64 peratus penerima rawatan dialisis ini juga menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes. "Sekiranya golongan pekerja ini tidak diberikan bantuan rawatan, mereka pasti terjejas dengan beban kewangan yang lebih besar."Justeru, saya menggesa supaya Menteri Sumber Manusia memberikan maklum balas segera dan memainkan peranan sewajarnya supaya PERKESO menarik semula keputusan tersebut. "Sikap Menteri yang masih berdiam diri mengenai perkara ini adalah sangat mengecewakan," ujarnya.
04 Feb 20
64
Empty Image
Malaysia Tidak Perlukan PPSMI - MP Setiu
Shaharizukirnain (berdiri tengah).Oleh: Muhammad A RahmanSETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu menggesa Kerajaan Persekutuan mengekalkan sistem pendidikan sedia ada dan membantah pelaksanaan semula Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ini kerana kegagalan PPSMI sudah terbukti sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.Katanya, pentaksiran yang dilakukan oleh ‘Trends in International Mathematics and Science Study’ (TIMSS) dan ‘Program for International Students Assessment’ (PISA) menunjukkan penurunan ketara prestasi pelajar setelah PPSMI dilaksanakan.“Pelaksanaan PPSMI kali kedua atau PPSMI 2.0 akan memudaratkan para pelajar khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.“Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah memahami konsep Sains dan Matematik, malah turut dibebani dengan pembelajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris jika ia diteruskan,” ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.Menurut beliau, Kerajaan Pusat seharusnya menyelesaikan polemik yang lebih penting seperti bantahan penggunaan jawi dalam kalangan pelajar dan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).“Saya juga memohon agar kerajaan berhenti menjadikan pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai bahan kajian yang akhirnya memangsakan para pelajar,” tambah beliau.Pada 31 Januari, Perdana Menteri, Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.
04 Feb 20
53
Empty Image
KPDNHEP Terengganu Rampas 571 Pakaian Berjenama
MARANG, 5 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu (KPDNHEP) berjaya merampas 571 helai pakaian bernilai RM19,985 yang dipakaikan cap dagangan secara salah menggunakan jenama Adidas melalui Ops Jeriji yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagang berdaftar.Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Nor Azmi Lamisza berkata, dua lelaki telah ditahan di premis perniagaan yang diserbu di Bukit Payung, Marang bagi membantu siasatan.Katanya, ia adalah hasil risikan dan aduan pemilik cap dagang yang kemudiannya berjaya membongkar aktiviti peniaga yang tidak beretika dan ingin mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah sehingga mengabaikan kepentingan pengguna.“Hasil pemeriksaan di premis pertama di Jalan Kuala Berang, pihak kami merampas sejumlah 139 helai baju jersi dan 192 helai seluar yang dipakaikan cap dagangan secara salah dengan nilai rampasan dianggarkan RM11,585.“Sejumlah 240 helai seluar turut dirampas di premis kedua yang terletak di Pekan Bukit Payong dengan anggaran nilai sitaan RM8,400.“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 100(1)(ii) di bawah akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga tiga  tahun atau kedua-duanya,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Tambahnya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda sehingga RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Sementara itu, pihak KPDNHEP negeri menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak memilih pakaian berjenama dalam pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik sesetengah peniaga yang tidak beretika dan cuba mengambil keuntungan yang mudah. KPDNHEP turut mengalu-alukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan maklumat melalui saluran yang telah ditetapkan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. i)                    Talian Bebas Tol 1-800-886-800ii)                   Aduan melalui aplikasi whatsapp 019-279 4317  Iii)          Aduan secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.myiv)          SMS aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUANv)           Aplikasi telefon pintar EZAdu KPDNHEP vi)          Media Sosial Tweeter dan Facebook KPDNHEP vii)         Lapor/ hadir sendiri ke pejabat terdekat.
04 Feb 20
661