Artikel "Semasa" Terkini
Himpunan Daie: Tahniah Kerajaan Terengganu - Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar (kiri) berceloteh menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Kamaruzaman.KUALA NERUS, 9 Februari - Daie Ummah, Ustaz Azhar Idrus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Terengganu kerana menjayakan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) di Dataran Drawbridge Hujung Tanjung Seberang Takir di sini semalam."Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu semua telah bersusah payah menjayakan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera."Terima kasih kepada rakyat Terengganu kerana kamu telah pun membanggakan pemimpin-pemimpin negeri Terengganu sebagai rakyat yang sukakan akhirat dengan berkumpulnya kita pada malam ini," katanya ketika berucap dalam Sesi Tazkirah Maghrib HDUNTS itu.Antara rakyat Terengganu menyertai HDUNTS sambil mendengar Ustaz Azhar menjawab soalan dari Ustaz Kamaruzaman.Kira-kira 50,000 umat Islam berhimpun di sini bagi mendengar dua orang Murabbi Ummah berucap termasuk Pendakwah Nusantara Dr H Abdul Somad dan Ustaz Azhar.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.Manakala Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah hadir sebagai moderator sesi tazkirah tersebut.Ustaz Azhar seterusnya berharap kerajaan negeri akan mengatur banyak lagi program besar seumpama itu di masa akan datang.sebagai tanda rakyat Rakyat Terengganu suka berkumpul untuk bersatu padu.Antara muslimat yang hadir di HDUNTS di Dataran Drawbridge Hujung Tanjung Seberang Takir, di sini."Ingatan kita (saya) kepada seluruh umat Islam walau apa parti sekali pun bersatulah atas nama Islam untuk menyelamatkan Islam."Orang tolong agama Allah, Dia tolong orang itu daripada segenap penjuru. Kita buat semua ini kerana Allah, kita duduk berkumpul dapat rahmat, para malaikat pun melebarkan sayap, haiwan pun minta ampun bagi kita," ujarnya.
08 Feb 20
1029
Himpunan Daie : Hujan Lebat Tidak Halang 100,000 Banjiri ‘Drawbridge’
100,000 hadirin penuhi segenap ruang di Dataran Jambatan Angkat. Foto Oleh - Amiirullah Mansor.KUALA NERUS, 9 Februari - Hujan lebat di sekitar ‘Drawbridge’ tidak menghalang hampir 100,000 hadirin daripada berganjak dalam Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di sini semalam.Perhimpunan bagi mendengar pengisian daripada pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad menyaksikan kawasan lapang tersebut dipenuhi lautan manusia dari pelbagai daerah dan negeri.Sementara itu, siaran langsung di laman sosial Facebook turut mencatatkan tontonan melebihi 1 juta setakat jam 1.00 pagi hari ini.Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan konvoi anak muda Terengganu dan dianggarkan sekitar 3,000 peserta menyertai perarakan tersebut.Barisan kepimpinan negeri bersama Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar.Program kemudiannya disusuli dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah selepas solat Isyak.Himpunan berkenaan turut diselitkan dengan kutipan amal untuk Tabung ‘Terengganu For Yaman’, dilaporkan kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM80,000.Tinjauan media turut mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda yang datang dari pelusuk Terengganu dan negeri jiranAntara generasi muda yang hadir. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
677
Himpunan Daie : Terengganu Perkasa Pendidikan, Lahir Generasi Ulul Albab
Mohd Nor berucap di hadapan 50,000 rakyat dari dalam dan luar Terengganu.KUALA NERUS, 9 Februari – Kerajaan Terengganu terus komited untuk memperkasakan pendidikan bermula dari usia kanak-kanak bagi melahirkan generasi Ulul Albab yang bakal memimpin negeri dengan acuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, memahami cabaran besar dalam memperkasakan syariat Islam pihaknya percaya sistem pendidikan akan membina masyarakat yang mampu berhadapan dengan apa jua situasi.“Kita sedang menyediakan rakyat yang celik Islam dan memahami kewajipan memperjuangkan Islam ini melalui proses tarbiah atau pendidikan, bermula daripada peringkat kanak-kanak iaitu nurseri dan taska.“Kemudiaanya dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menangah Islam Darul Iman (SMIDI), Sekolah Imtiaz di seluruh daerah negeri Terengganu,” ujarnya.Generasi yang bakal memimpin negeri suatu hari nanti. Foto Oleh - Pok Abbas.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran ‘Drawbridge’ di sini semalam.Mengulas lanjut, Mohd Nor memaklumkan, kerajaan negeri juga dalam usaha menubuhkan Kolej Universiti al-Quran Terengganu (KUQT) sebagai melengkapkan sistem pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi.“Di samping itu, kita juga mempunyai banyak pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat yang telah kita berikan bantuan untuk memastikan anak-anak kita semua dididik dengan ilmu-ilmu Islam.“Nanti, agama dan negeri ini akan dibangunkan dan dipertahankan oleh anak-anak kita ini. Mereka bukan sahaja profesional dalam kerjaya bahkan mempunyai fikrah Islam sebagai pedoman kehidupan,” tambah beliau.Himpunan tersebut dihadiri lebih 50,000 rakyat dari dalam dan luar Terengganu bagi mendengar pengisian yang disampaikan oleh pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad.Anak muda khusyuk mendengar pengisian. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
154
Himpunan Daie : Peniaga Sup Utara Raih Rezeki Berganda
Oleh : Hailmey MansorKUALA TERENGGANU, 8 Februari - Seorang peniaga Sup Utara meraih hampir RM5,000 dalam tempoh enam jam berniaga di Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera(HDUNTS).Mohd Noor Ismail dari Jerai, Kedah berkata dia mula meniaga pada jam lima petang sehingga 11 malam dan teruja apabila jualan habis sebelum program berakhir.Mohd Noor IsmailDia yang berniaga hampir 30 tahuntelah merantau ke seluruh negeri di Semenanjung dan negeri Terengganu menjadi kegemarannya untuk mencari rezeki."Saya seronok berniaga di Terengganu kerana dapat lebih sedikit daripada biasa lebih-lebih lagi kehadiran malam ni menjangkau hampir 50 ribu pengunjung."Alhamdulillah semua barang niaga saya habis dijual sebelum habis program," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program. di sini, malam ini.Tambahnya lagi, Sup Utara Abang Noor cukup popular dikalangan pelanggan selama tempoh dia berniaga dan para pengunjung akan mencari gerai jualannya jika mengetahui tentang kedatangannya ke program.Sempena himpunan kali ini. sebanyak 25 kanopi dan 104 tapak kosong dibuka bagi memberi ruang para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.Rata-rata peniaga amat berpuas hati dengan hasil jualan mereka kerana laku dan mengharapkan program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.
08 Feb 20
48
Himpunan Daie : Redah 500 KM Demi Daie Nusantara
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 8 Februari - Demi secangkir ilmu, seorang pemuda sanggup meredah hampir 500km menaiki motosikal untuk mengikuti Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) di pekarangan Jambatan Angkat (Drawbridge) malam ini.Afifi Zhakwan Mohd Nazeri.Afifi Zhakwan Mohd Nazeri, 24, lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia ingin melihat secara dekat Daie Nusantara iaitu Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi idolanya."Saya bonceng motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mendengar dan mengikuti secara dekat Ustaz Abdul Somad ini."Selain itu, boleh juga melihat secara dekat ikon terbaharu negeri Terengganu iaitu Drawbridge yang kini popular hampir seluruh negara," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di perkarangan lokasi, di sini malam ini.Abdul Hadi Haron.Sementara itu, bagi Abdul Hadi Haron, 27, dia berkongsi rasa seronok apabila dapat membonceng motor secara beramai-ramai dan dapat bersama dai yang disayangi oleh semua rakyat."Seronok la bila dapat konvoi dengan dai yang dikenali ramai ni."Kita jadi koho (semakin) semangat bila dapat konvoi beramai-ramai ni," ujarnya.Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Urusetia Belia,Sukan dan NGO, Ustaz Nasir Abdul Razak, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Soud Said.Program ini menghimpunkan dai yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus iaitu ikon anak muda negeri Terengganu dan Ustaz Abdul Somad yang cukup dikenali dan berpengaruh di Indonesia.
08 Feb 20
324
Himpunan Daie : Konvoi Anak Muda 'Sesakkan' Drawbridge
KUALA NERUS, 8 Februari - Kehangatan Himpunan Daie Nusantara di Dataran Drawbridge hari ini terserlah apabila lebih 2,000 anak muda dari seluruh Terengganu tiba di lokasi dengan bermotosikal.Acara yang bermula pada pukul 6.30 petang itu diketuai oleh Alternative Riding Club (ARC) sebagai simbolik anak muda cintakan majlis ilmu.Konvoi sejauh enam kilometer melalui beberapa lokasi bermula di Kompleks Sukan Gong Badak, merentasi Pantai Seberang Takir kemudian bergerak ke tapak program.Majlis akan bermula dengan pengisian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada petang ini.Kemudian disusuli dengan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah sejurus selepas solat Isyak.Daie Nusantara, Ustaz Abdul Somad pula dijangka akan menyampaikan pengisian pada pukul 9.30 malam.
08 Feb 20
430
Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang
Ustaz Ariffin (berbaju kuning ) melepaskan itik untuk program menangkap itik sempena Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih Marang.MARANG, 8 Februari - Kerajaan negeri merancang mengadakan pakej pelancongan khusus mengenai daerah Marang termasuk Dataran Batu Putih. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau agak teruja dengan Dataran Batu Putih kerana yang menghidupkannya adalah masyarakat kampung dibantu oleh Pejabat Daerah Marang di bawah kendalian pegawainya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri sentiasa memberikan sokongan untuk memajukan industri pelancongan di negeri ini. "Tahun lepas saya datang ke sini, naik bot lalu ikut dataran ini, tidak ada apa-apa aktiviti yang dilakukan.Ustaz Ariffin Deraman. "Hari ini (7 Februari) sehingga esok, pelbagai program yang sangat menarik diadakan di sini, " jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih di sini semalam. Apa yang menarik katanya, di dataran tersebut terdapat 'floating market' (pasar terapung) bersama program pelancongan lain.Suasana di Dataran Batu Putih tenang dan aman.Ini termasuk produk makanan tradisional seperti Lokan Bakar, Labu Feringgi Masak, Air Tuak Kelapa Matang, Manisan dan Pengat Pisang. Di samping itu, terdapat juga pertandingan menangkap itik, pasar terapung dan lain-lain. "Saya yakin Dataran Batu Putih akan mendapat sambutan yang lebih baik di masa akan datang," ujarnya. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Jabatan Pelancongan Negeri dan Pejabat Daerah Marang bekerjasama mempromosikan produk pelancongan daerah itu. "Exco Pelancongan ada kaedah promosi di peringkat negeri secara menyeluruh khususnya Dataran Batu Putih. "Kita (kerajaan negeri) bercadang adakan program bulanan, seperti program macam hari ini setiap bulan di peringkat awal, maksudnya, apabila orang sudah kenal Dataran Batu Putih mereka akan datang dengan sendirinya," jelas beliau.
08 Feb 20
699
LTdL 2020 : Jones Takluk Terengganu, Harrif Hampiri Podium
Peserta melalui jalan pantai di Marang.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaguh pecut ARA Sunshine Coast, Taj Jones memenangi peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sekali gus melonjak ke tangga ketiga kedudukan keseluruhan sebentar tadi.Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Kerteh yang juga jarak terpanjang pada edisi kali ini sejauh 175.5 kilometer (km) dengan catatan masa empat jam lima minit 29 saat.Tempat kedua menjadi milik Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling Team, manakala Lecroq Jeremy dari pasukan B&B Hotels Vital Concept melengkapkan kedudukan podium.Pelumba terbaik Malaysia merupakan anak jati Terengganu, Harrif Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dengan berjaya menduduki tempat kelima dari kedudukan ke-10 dalam peringkat pertama semalam.Dengan meraih tempat kelima tersebut, Harrif turut dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia pada peringkat kedua.Pelumba melalui Jambatan Marang.Sementara itu, meskipun menamatkan peringkat kedua di tempat ke-40, pelumba pasukan Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov terus mengekalkan Jersi Kuning (keseluruhan), Jersi Hijau (pecut) dan Putih (pelumba terbaik Asia).Tidak banyak drama yang berlaku pada perlumbaan hari ini dengan pecahan solo yang dilakukan pelumba NTT Pro Cycling Team, Rylee Field berjaya ditangkap semula di dua km terakhir perlumbaan.Majlis pelepasan pelumba sebelah pagi tadi telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azhar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Peringkat ketiga esok akan bermula di Temerloh dan berakhir di Kuala Lumpur dengan jarak perlumbaan sejauh 162.5 km.Majlis pelepasan pelumba di Dataran Batu Buruk.
08 Feb 20
278
Demografi Faktor Masjid Jambu Bongkok Dibesarkan - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 8 Februari - Kerajaan negeri memperbesar Masjid Jambu Bongkok kerana faktor demografi dan laluan strategik.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara faktor yang menjurus kepada pembesaran masjid tersebut adalah demografi penduduk yang meningkat jumlahnya sejajar dengan perubahan masa.Selain itu katanya, kedudukan masjid yang terletak di tepi jalan laluan utama menjadikannya antara tempat persinggahan pilihan musafir menunaikan solat.“Ini turut ditambah dengan kehadiran pengunjung ke Kampung Jambu Bongkok dari semasa ke semasa sama ada daripada pengunjung tempatan mahu pun luar negeri kerana landskap dan pantainya yang menarik,” jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Masjid Jambu Bongkok di sini semalam.Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat merasmikan masjid tersebut diiringi Menteri Besar dan Ahli Dewan Pangkuan Diraja negeri, Syeikh Harun Syeikh Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Jemaah yang hadir di Masjid Jambu Bongkok Marang, sempena Perasmian Masjid tersebut semalam.Mengimbau sejarah masjid itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, masjid tersebut terletak dalam Mukim Merchang, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan dan Parlimen Marang.Katanya, masjid ini mulanya dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1963 di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Puan Seri Abdul Kadir yang berkapasiti 500 jemaah.Menurut beliau, pada tahun 2017, kerajaan negeri telah meluluskan pembangunan semula Masjid Kampung Jambu Bongkok dengan peruntukan sebanyak RM7.1 juta.“Masjid yang tersergam indah dengan keluasan kira-kira 1,300 meter persegi ini mampu menampung sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa,” jelasnya.Dalam pada itu tambahnya, pada 4 Februari tahun lalu, masjid ini secara rasminya siap dibina dan Jabatan Kerja Raya Marang membuat penyerahan kepada pihak JHEAT.Sementara itu katanya, kerajaan juga berhasrat menjadikan beberapa masjid sebagai model yang boleh dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain.Tujuannya adalah menjadikan masjid sebagai satu institusi informasi Islam yang membolehkan umat Islam dan manusia menangani, memahami, meyakini, mencintai dan menghormati Islam melalui masjid yang makmur.Di samping itu jelasnya, kerajaan juga menggerakkan masjid sebagai pusat ilmu dan pembangunan insan bersepadu serta sebagai pusat kecemerlangan yang mampu menyalurkan pelbagai nilai mulia kepada masyarakat.“Ia juga membudayakan kaedah pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian dari cara hidup masyarakat negeri Terengganu,” ujarnya.Justeru katanya, pegawai dan ahli jawatankuasa masjid seharusnya mengambil pendekatan proaktif bagi mengurus dan mengimarahkan masjid sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW.“Dalam memantapkan kesepaduan dan kemajuan ummah kita perlu melihat dalam pespektif yang lebih luas.“Apa yang pasti kejayaan membangunkan sebuah negeri yang masyarakatnya majmuk tentunya memerlukan sokongan, kerjasama dan komitmen daripada seluruh lapisan masyarakat,” jelasnya lagi.Umat Islam juga katanya, wajib bersatu apa lagi dalam keadaan sekarang di mana umat Islam ditindas di serata dunia.
07 Feb 20
575
DUN Terengganu Bersama Rakyat
KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menjadi lebih mesra rakyat setelah beberapa pembaharuan dilaksanakan.Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, pengurusan DUN akan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk bertukar maklumat dengan pihak kerajaan melalui lawatan, perbincangan dan perbahasan."Sebenarnya ini adalah meneruskan tradisi yang ada dalam DUN untuk menggalakkan lebih ramai pelawat datang dari semasa ke semasa."DUN adalah satu institusi yang penting dalam kerajaan dan jika ada peluang dan kesempatan kita akan berdialog dengan isu-isu yang berbangkit," jelasnya.Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada badan bukan kerajaan (NGO) GENERASI bersama seluruh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Wilayah Terengganu di Wisma Darul Iman di sini kelmarin.Turut hadir, Pengerusi GENERASI, Naraza Muda.Menurutnya, MPKK dan GENERASI boleh membangkitkan isu-isu yang berkait dengan kerajaan negeri."Saya rasa puas hati dengan apa yang mereka lakukan pada hari ini yang menggambarkan hasrat mereka untuk membantu kerajaan terutamanya dalam isu-isu yang berbangkit dari semasa ke semasa," ujar beliau.Sementara itu, beliau juga menyarankan pihak yang terbabit agar mencari jalan untuk menangani masalah sosial yang berterusan berlaku di kawasan Felda.
07 Feb 20
48