lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
40 Keluarga Miskin Terima Bantuan
Oleh : Mohd IzriSETIU, 10 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Sekolah mengagihkan bahan mentah kepada 40 keluarga miskin di kampung berkenaan hari ini bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.Isteri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Umi Masmira Mat Ali berkata, agihan bahan keperluan itu adalah hasil sumbangan orang ramai.“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat melancarkan aktiviti harian mereka yang kurang bernasib baik.“Tambahan pula sekarang kos sara hidup sangat tinggi sehingga menggangu kelancaran keperluan harian mereka,” katanya ketika merasmikan program itu di Surau Ikhwan Kampung Gong Sekolah di sini semalam.Turut hadir, Penolong Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTs) Batu Rakit, Muhammad Nasrullah Kamaruddin, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat DUN Batu Rakit, Mohd Fadhol Ismail.Kata Umi Masmira lagi, kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama dan ia bukan harus dijaga oleh kerajaan semata-mata.“Semua pihak termasuklah syarikat swasta, orang kampung, individu persendirian dan sebagainya mesti bersatu dalam usaha ini.“Jika ini berlaku secara rancak, ia adalah suatu yang cukup membanggakan bagi penduduk dan kerajaan negeri,” ujarnya.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Gong Sekolah, Mohd Irwami Abdul Wahab berkata, program seperti itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.“Kita tidak akan berhenti di sin, banyak lagi perancangan yang akan kita jalankan selepas ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan,” tambahnya.
10 Feb 20
86
Empty Image
LTdL 2020 : Ovechkin TSG Ketiga, Celano Rampas Jersi Kuning
 Pelumba TSG, Artem Ovechkin. Foto ihsan-News Straits Times.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin meraih tempat ketiga dalam peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Putrajaya ke Cameron Highlands hari ini.Ovechkin pada mulanya hampir menamatkan saingan di kedudukan pertama apabila mendahului pelumba-pelumba lain di tiga kilometer (km) terakhir.Bagaimanapun pelumba senior yang berasal dari Rusia itu berjaya dikejar dua pelumba lain di dua km sebelum garisan penamat.Perlumbaan yang dianggap peringkat penentuan kerana pendakian sukar di kawasan tanah tinggi itu menyaksikan pelumba pasukan Androni, Kevin Rivera serta Sapura Cycling (TSC), Danilo Celano mendapat tempat pertama dan kedua.Dengan kemenangan podium itu, TSG muncul pasukan kedua terbaik keseluruhan ketinggalan lima minit di belakang satu lagi pasukan dari Malaysia, TSC.Sementara itu, tempat kedua yang diraih Celano melonjakkan dirinya ke tangga pertama keseluruhan sekali gus berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov.Meskipun terlepas jersi kuning, Fedorov masih berjaya mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia, manakala Jersi Hijau (raja pecut) pula dimenangi Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling dan Jersi Merah (raja bukit) kekal milik pelumba TSC, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.Saingan peringkat kelima akan bersambung esok iaitu bermula di Kuala Kubu Bharu dan berakhir di Bandar Meru Jaya dengan jarak perlumbaan sejauh 165.8 km.
10 Feb 20
41
Empty Image
Usahawan U-GATES, U-BES Catat Jualan Memberangsangkan
KUALA TERENGGANU, 10 Februari -  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)  merekodkan  hampir 95 peratus daripada  70 usahawan daripada Program Graduan Sejahtera (U-GATES) dan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) tahun lalu mencatatkan jualan memberangsangkan.Menurut Ketua Pegawai Operasi,  Zulkifli Yunus, kebanyakan mereka iaitu 40 usahawan U-GATES dan 30 usahawan U-BES menjalankan perniagaan menjual makanan, minuman dan komestik melalui laman sosial.“’YPU pantau golongan itu dengan mewajibkan agar mengikuti kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama setahun, selain dibawa melawat kilang dan industri milik usahawan yang sudah ada nama.“Pendekatan itu nyata membuahkan hasil kerana mereka berjaya menghasilkan  produk berkualiti selain bijak mencari pasaran dan berani berdepan dengan masalah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas program bual bicara di TV Darul Iman baru-baru ini.Tahun lalu, kerajaan negeri ada memperuntukan RM500,000 untuk program U-GATES dan RM100,000 untuk usahawan  yang mengikuti Program U-BES.Peserta U-GATES yang terdiri daripada lepasan diploma dan ijazah layak menerima pinjaman sebayak RM12,000 dan U- BES  pula pesertanya  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia layak membuat pinjaman RM5,000.   
10 Feb 20
145
Empty Image
Terengganu FC Kekal Jersi Hitam Putih
Hishamuddin. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Warna hitam putih terus menjadi pilihan Terengganu Football Club (TFC) untuk jersi pertama pasukan itu dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2020.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim bagaimanapun berkata, rekaan penuh jersi untuk tuan rumah, tempat lawan dan ketiga akan diumumkan secara rasmi pada Khamis ini.Jelasnya, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan melancarkan jersi itu sempena Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi di Dataran Batu Buruk tepat jam 5.00 petang.“Jersi TFC kita kekalkan tema ‘Black and White’, cuma sedikit kelainan bagi jersi tempat lawan dan ketiga. Apa pun, ciri-ciri Terengganu kita kekalkan pada jersi kita,” ujarnya ketika ditemui media baru-baru ini.Mengulas tentang laporan pemain TFC diintai kelab Liga 1 Thailand, Hishamuddin berkata, perkara itu sudah berada dalam makluman pihaknya.Pemain muda, Azalinullah antara pemain yang disebut-sebut diminati kelab Thailand.“Memang ada beberapa pemain kita yang sedang diminati oleh kelab Thailand, namun buat masa ini pemain itu akan terus bermain bersama TFC selagi belum ada pengumuman rasmi.“Kita juga sentiasa memberi dorongan kepada para pemain supaya memperagakan aksi terbaik terutama dalam Liga M 2020 nanti supaya selepas ini mereka dapat beraksi luar Liga M,” katanya yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut.Skuad bimbingan Nafuzi Zain akan membuka tirai Liga Super bertemu juara Piala Malaysia 2018, Perak FA di Stadium  Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), 29 Februari ini.
09 Feb 20
217
Empty Image
Ziarah Mingguan Platform Selami Hati Rakyat
Ustaz Hilmi bertanyakan khabar kepada salah seorang penduduk dalam program ziarah mingguanOleh: Ahmad MawardiMANIR, 9 Februari  - Nasib penduduk yang uzur dan memerlukan bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir  dalam usaha membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembelaan sewajarnya menerusi program ziarah secara mingguan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, program berkenaan adalah hasil kerja keras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Manir yang aktif turun padang untuk mengenalpasti penerima yang layak.Katanya, ziarah berkenaan juga sebagai tanda prihatinnya dengan nasib penduduk selain platform untuk merapatkan silaturahim antara pemimpin dan orang kampung.Menurutnya lagi, pada masa sama beliau turut berkesempatan mendengar keluhan mereka.“Ziarah kasih menjadi platform kepada saya untuk turun padang dan bertemu penduduk dalam DUN ini."Biasanya kami akan turun ziarah warga emas dan mereka yang uzur. Sebagai buah tangan dan tanda ingatan, kami akan sampaikan sedikit sumbangan kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai menziarahi lima rumah yang terdiri daripada penduduk yang uzur sekitar kampung Kubang Tepak Manir.Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Masyarakat I-MITS Manir, Razali Mamat berkata, mereka menerima banyak aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan."InsyaAllah kami akan sedaya upaya memenuhi hajat pemohon mengikut kemampuan kami. “Jika ada di antara mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya, kita akan ambil perhatian.“Ini antara jalan dan kaedah terbaik untuk terus membela nasib penduduk dalam DUN Manir,” katanya.
09 Feb 20
124
Empty Image
'Terengganu Kuatkan Hati Saya Di Jalan Dakwah' - Ustaz Abdul Somad
Ustaz Abdul Somad ketika menyampaikan ceramah di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus.KUALA NERUS, 9 Februari - "Malam ini saya diperkasakan oleh Terengganu," kata Daie Nusantara dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.Menurut beliau,  lemahnya dakwah disebabkan caci maki netizen di media sosial tetapi hati beliau dikuatkan dengan sokongan masyarakat Terengganu yang hadir dalam Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS)."Malam ini saya akan pulang dengan hati yang kuat sebab sokongan yang amat kuat dari masyarakat Terengganu," jelasnya ketika berucap di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, di sini semalam.Ustaz Mohd Nor (kiri) dan Ustaz Ariffin (kanan) turut hadir di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus.Terdahulu, Daie Ummah, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan tazkirah maghrib dimoderatorkan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Kira-kira 50,000 rakyat negeri Terengganu hadir di himpunan nusantara pertama diadakan selepas kerajaan Terengganu baharu memerintah sejak 2018.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan beberapa pimpinan kerajaan lain.Menurut Ustaz Abdul Somad, ramai kunjungan jemaah di dalam masjid dan surau untuk mendengar ceramah adalah perkara biasa tetapi ramai kunjungan orang ramai di padang untuk berbuat demikian adalah luar biasa.Antara para hadirin di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir Kuala Nerus."Bila (ceramah) di dalam masjid ramai (mengunjung hadir) biasa, bila di dalam surau ramai, biasa tetapi di padang dengan hujan lebat orang tetap ramai tak berkurang itu barulah luar biasa."Yang hadir di hadapan saya ini dalam para mujahid fi sabilillah, yang hadir ini adalah pemuda, di masa akan datang, di tangan merekalah kekuasaan Islam," tegas beliau.Bagi Ustaz Abdul Somad majlis tazkirah yang paling ramai beliau hadir tahun ini ialah di negeri Terengganu.
09 Feb 20
590
Empty Image
NGO Perlu Bergerak Secara Inklusif
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 9 Februari - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak boleh bergerak secara eksklusif sesama ahli sahaja.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, mereka perlulah bergerak secara inklusif dengan melibatkan masyarakat umum."Saya harapkan kepimpinan (yang kuat) di kalangan kita inilah yang akan menggerakkan NGO dengan suatu pembahagian tugas yang betul-betul terancang dan baik."Yang kedua menempatkan dan manfaatkan pengalaman serta kepakaran yang ada dalam kalangan ahli-ahli kita tak kiralah sama ada ia ada jawatankuasa ke ataupun tidak," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung NGO Muafakat di Paya Bunga Square pada hari Khamis, 6 Februari.Menurutnya, badan NGO mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan kuat daripada semasa ke semasa."Kita nak lebih kuat dari segi kewangan sudah tentu untuk soal pentadbiran dan pengurusan kita nak buat kebajikan."Kita juga kena turun ke bawah bersama msyarakat dan apatah lagi matlamat NGO kita berkait dengan soal kebajikan, ekonomi dan seumpamanya," ujar beliau.Justeru itu, beliau berharap agar perpaduan di kalangan ahli-ahli NGO mesti kuat."(Kalau ada) sedikit sebanyak masalah jangan diperbesar-besarkan."Mesti ada  sikap berlapang dada, mesti ada keutamaan kepada NGo dan jemaah supaya kita boleh bergerak dengan lebih terancang," tambah Dato' Yahaya.
09 Feb 20
37
Empty Image
Rakyat Terengganu Cinta Ilmu, Harus Sampai ke Hujung Papua
 Oleh: Aslam WiraKUALA TERENGGANU, 9 Februari - Rakyat Terengganu sememangnya cintakan ilmu seperti dinyatakan oleh pendakwah terkenal, Dr. Ustaz Abdul Somad dari Indonesia dalam ceramah perdana beliau, semalam."Hai Abdul Somad, kau belum tahu bagaimana orang Terengganu mendengar tazkirah, inilah orang Terengganu sesungguhnya, bahawa cerita ini mesti kau bawa dari Pulau Sabang di hujung Acheh sampai ke hujung Papua, yang kau pernah sampai di Terengganu bertazkirah, hujan lebat datang mereka tetap bertahan, “katanya.Beliau berkata ketika menyampaikan ceramah perdana dalam program anjuran Kerajaan Negeri, Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran Jambatan Angkat Kuala Nerus, malam tadi..Beliau berkata "mengapa malam ini Allah buatkan hujan, mengapa malam ini Allah turunkan air, sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada Ustaz Abdul Somad keperibadian dan semangat orang Terengganu dalam menuntu ilmu dan mendampingi ulama.“Ucapan daripada Ustaz Mohd Nor Hamzah, saya ke terengganu untuk memperkasakan dakwah, tetapi saya rasa saya yang sebenarnya diperkasakan oleh rakyat Terengganu.”Bila di masjid ramai itu biasa, bila di surau ramai itu biasa, tetapi bila di padang, dalam hujan lebat, orang masih ramai dan tidak berkurang itulah baru luar biasa,”katanya.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.Menurutnya lagi, maka tidak hairanlah jika 700 tahun lalu, rakyat Terengganu sudah mengucap syahadah dan menerima islam melalui sejarah batu bersurat.“Bila orang melihat apa yang sedang berlaku di Terengganu pada malam ini, orang akan berkata ini lah agama yang diredhai oleh Allah,” tambahnya.
09 Feb 20
157
Empty Image
Himpunan Daie : Redah Lautan Manusia, OKU Teruja Aura Penceramah
Normelisa Mohd YadiOleh : Hidayah AzlinFoto : Pok AbasTerengganu, 9 Februari – Kekurangan diri tidak pernah mematahkan semangat dua Orang Kurang Upaya (OKU) meredah lautan manusia kerana begitu teruja dengan aura penceramah yang ditampilkan sempena Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera.Normelisa Mohd Yadi, 22 salah seorang pelajar OKU dari Universiti Sultan Zainal Abidin, berkata walaupun terpaksa berkerusi roda dia tidak mahu terlepas peluang untuk meraih aura para penceramah yang julung kali bersiaran langsung di negeri ini."Saya jarang terlibat dengan ceramah tetapi bila peluang ini ada depan mata yang turut menyediakan pengangkutan, saya rebutlah untuk hadir.‘’ Lagipun, Dr H. Abdul Somad pun bukan selalu  datang. Selama ini pun kita tengok di ‘Youtube’ je. Apabila tengok depan-depan ni, kita boleh ambik aura dia,’’ katanya yang menderita sakit saraf akibat demam panas ketika berusia 11 tahun.Normelisa juga mengharapkan agar Kerajaan Terengganu meneruskan dan perbanyakkan program sebegini supaya dapat memurnikan lagi perpaduan dan kesatuan antara rakyat.‘’Selain boleh tengok orang ramai, dapat kawan baru, ilmu baru, kita juga dapat melihat ulama’. Ia suatu rahmat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program, malam tadi.Menampilkan pendakwah nusantara, Ustaz Dr H. Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus telah mencipta satu himpunan bersejarah buat rakyat Terengganu yang memecahkan panggung wayang.Seorang lagi peserta istimewa OKU lelaki dari Kampung Bukit Payung juga tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk turut serta HDUNTS.‘’ Walaupun seluruh badan saya lemah, terpaksa menggunakan  bantuan kerusi roda untuk bergerak, itu tidak menjadikan alasan untuk saya ‘ponteng’ ceramah Ustaz Dr H. Abdul Somad malam ini. ‘’ Alhamdulillah, tahniah kerajaan negeri yang berjaya menganjurkan program sehinggakan mendapat sambutan yang hangat. Kehadiran memang terbaik.‘’ Mesti buat lagi. Tampilkan para ustaz dan penceramah  yang lebih hebat dan terbaik lagi. Semoga kita terus menimba ilmu yang bermanfaat,’’ katanya.
08 Feb 20
281
Empty Image
Mukjizat Al-Quran Perkara Ilmu Tertinggi
Oleh: Aslam WiraFoto: Hishamuddin AbdullahMARANG, 6 Februari - Sejak daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam a.s sehingga nabi akhir zaman, Muhammad SAW, perkara ilmu merupakan agenda utama dan tertinggi oleh Allah SWT.Al-Quran merupakan mukjizat yang mengandungi semua ilmu termasuk ilmu dunia dan melaluinya, umat Islam telah membina tamadun yang hebat.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata kita sedang melihat keruntuhan tamadun barat sekarang akibat ilmu yang salah. Katanya, walaupun mereka maju dengan alat-alat teknologi yang canggih, namun institusi keluarga dan jati diri mereka telah musnah.“Oleh itu, agenda ilmu pendidikan sangat penting bagi umat Islam dalam menjana kemajuan ummah dan memakmurkan muka bumi.“Orang islam juga telah membuktikan kejayaan dalam ilmu sains dan teknologi dengan mencernakan ilmu-ilmu daripada Rom, Parsi, China, India dan lain-lain,”katanya.Beliau berkata ketika hadir merasmikan Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRI DQ) Rhu Rendang di bangunan sementara bersebelahan Masjid Rhu Muda, Khamis lalu.Turut hadir adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bati Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.Menurutnya lagi, masyarakat perlu kembali kepada acuan islam, mendidik anak-anak dengan pendidikan yang mempunyai roh islam.“Di sini kita dirikan pusat-pusat pendidikan kita sendiri, yang kini mendapat sokongan dan pandangan positif di seluruh negara bahkan dunia,” tambahnya lagi.SRIDQ Rhu Rendang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 37 pelajar dengan enam tenaga pengajar serta tiga kakitangan sokongan.
08 Feb 20
172