lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Family Day PERANTAU Pupuk Cinta Pada Terengganu
Anak-anak perantau di Melaka bergambar bersama Wan Sukairi.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 12 Februari - Program yang dilaksanakan di kalangan ahli Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama mereka, tetapi perasaan cinta kepada negeri asal iaitu Terengganu sentiasa dibugarkan apabila dapat berkumpul bersama.Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berharap, melalui penganjuran program-program yang diadakan secara berterusan dapat memberikan manfaat kepada semua anak-anak PERANTAU.“Program ini merupakan satu aktiviti yang julung kali diadakan bagi mengumpulkan semua anak-anak Terengganu  yang berada di Melaka dalam satu tempat dan satu masa.Wan Sukairi.“Ini adalah satu platform untuk kita bertemu mata, berukhuwah, saling mengenali satu sama lain dan bertukar-tukar fikiran dalam suasana kekeluargaan,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika hadir meraikan program Hari Keluarga PERANTAU Melaka di Bukit Katil, baru-baru ini.Beliau juga menyatakan bahawa majlis pertemuan dengan perantau adalah pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Terengganu yang bekerja di luar.“PERANTAU adalah tali penghubung antara kita dalam membina Terengganu yang lebih baik melalui penyaluran maklumat, informasi penting dan pusat pengumpulan data anak-anak negeri kepada kerajaan negeri,” katanya.Turut hadir Pengurus Besar Duyong Marina & Resort, Wan Mohd Faizul Wan Abas.Pelbagai aktiviti santai turut diadakan untuk mengukuhkan ukhuwah anak-anak negeri.
12 Feb 20
267
Empty Image
Tujuh Perdana Menteri Hiasi Dinding Dewan Tunku Abdul Rahman Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Orang ramai yang melalui Dewan Tunku Abdul Rahman di sini, pasti terpegun melihat mural potret tujuh Perdana Menteri Malaysia menghiasi dinding bangunan itu.Potret hitam putih tujuh Perdana Menteri itu dilukis dan disiapkan empat anak jati Terengganu diketuai Raja Badruddin Hakim Shah Raja Kamarul Bahrin (Ku Bad), 34, Wan Ansri Nizam Wan Ismail (Obi Wang), 37, Zulkarnain Abd Latif (Joe Janggot), 40, dan Mohd Fahmi Abdullah Sani (Moc), 31.Potret Perdana Menteri terdiri daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad disiapkan dalam tempoh 28 hari.Ku Bad berkata, mereka rasa bertuah kerana diberi tanggungjawab menyiapkan tujuh mural potret Perdana Menteri Malaysia pada dinding bangunan berusia 47 tahun itu.“Dewan itu antara bangunan paling lama di negeri ini dan dirasmikan Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak pada 3 Mei 1973.“Oleh itu kerja-kerja menyiapkan potret tokoh perdana menteri di bangunan itu dijalankan dengan rasa bertanggungjawab dan penuh penghormatan.“Kami siapkan mural itu bermula jam 3 petang hingga 11 malam bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.Tambahnya, mural yang paling tinggi adalah potret Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohamad yang terletak di kedudukan paling tengah iaitu lebih 10 meter.“Potret yang paling mencabar untuk disiapkan adalah potret Tun Abdul Rahman Putra Al Haj yang mengenakan tengkolok bersongket.“Bagaimanapun semua potret mempunyai cabaran dan kesukaran tersendiri namun selepas disiapkan, kesemuanya memberi kepuasan yang paling maksimum,” katanya.Sementara itu, Penolong Jurutera Bahagian Bangunan dan Elektrikal MBKT, Mohd Tarmizi Mohd Yusof berkata, idea menghiasi dewan itu dengan mural tujuh Perdana Menteri dicetuskan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok.“Harapan MBKT supaya dengan adanya mural yang menghiasi bangunan itu akan menceriakan lagi suasana di dalam bandaraya.“Selain diharap akan menjadi penarik seterusnya merancakkan semula penggunaan dewan tertua itu dengan penganjuran pelbagai program di negeri ini,” katanya.
12 Feb 20
1447
Empty Image
Terengganu Optimis Kekal Juara SUKMA Johor - MB
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar optimis kontinjen Terengganu mampu mengukuhkan kedudukan sebagai juara bertahan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 pada kejohanan dwitahunan yang akan berlangsung di Johor bermula 11 hingga 19 Julai ini.Katanya,  selain persiapan awal serta strategi yang diatur oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama setiap pengurusan pasukan dan jurulatih sukan masing-masing, Terengganu turut melantik bapa dan jabatan angkat untuk setiap sukan yang disertainya.“Sasaran kita untuk kekalkan kejuaraan, kita ada strategi dan kita buat secara bertahap malah mekanisma yang kita gunakan bagi persediaan kontinjen SUKMA Terengganu pada kali ini juga telah kita laksanakan pada SUKMA 2018 yang lalu yang mana kita berjaya merampas piala kejuaraan SUKMA 2018 setelah kali terakhir kita berjaya laksanakannya pada tahun 2012 di SUKMA Pahang .“Termasuklah dengan pelantikan bapa-bapa angkat ini yang akan memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan motivasi kepada ahli-ahli sukan di bawah jagaannya,” ujar beliau.Ahmad Samsuri berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pentauliahan Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen, Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma Johor 2020 di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis berkenaan, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zainal Abidin Hussin dilantik sebagai Ketua Kontinjen SUKMA Terengganu 2020.Sementara, Pengarah Tanah dan Galian negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil sebagai Timbalan Ketua Kontinjen I dan Pengarah Pelancongan Negeri, Ab Rasid Jusoh sebagai Timbalan Ketua Kontinjen II.Mengulas mengenai pelantikan berkenaan katanya, beliau yakin hasil gandingan mantap antara ketua kontinjen dan kedua-dua timbalan yang sangat berpengalaman dalam pembangunan sukan negeri itu akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada kontinjen Terengganu, seterusnya mencipta rekod pencapaian terbaik.“Pertama kali bagi SUKMA, kita melantik dua orang timbalan ketua kontinjen pada satu masa, kerana kita memerlukan tumpuan yang lebih dengan pertambahan bilangan sukan serta acara, dan saingan yang sangat mencabar kali ini terutama daripada kontinjen tuan rumah,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada para atlet yang akan mengambil bahagian dalam 29 acara supaya sentiasa menjaga kesihatan.“Di samping  menjaga disiplin serta solat fardu dan memperbanyakkan solat-solat sunat dan solat hajat, kekalkan semangat yang telah dipupuk, berlatihlah dengan sekuat mungkin serta mantapkan keyakinan diri supaya mendapat pingat emas di SUKMA nanti.“Berkat kerjasama semua, hasrat kepimpinan serta seluruh rakyat negeri yang ingin melihat kontinjen Terengganu mengekalkan kejuaraan di SUKMA Johor, semoga ianya mampu direalisasikan dan saya yakin harapan dan tanggungjawab yang diberikan mampu dilaksanakan dengan syarat melalui usaha yang  terbaik dan sentiasa menghubungkan diri dan pengharapan kepada Allah SWT,” ujarnya.
12 Feb 20
45
Empty Image
Terengganu Ikrar Pertahan Kejuaraan SUKMA
Hishamuddin Abdul Karim.Oleh: Mohd Zukifli MatMARANG, 12 Februari - Juara bertahan Sukan Malaysia (SUKMA), Terengganu berikrar untuk mempertahankan gelaran itu buat kali keenam apabila temasya itu berlangsung di Johor tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bidang sukan sememangnya menjadi agenda kepada kerajaan negeri yang ingin melihat Terengganu terus kekal sebagai kuasa utama sukan di Malaysia.“Misi tahun ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mempertahankan kejuaraan membawa balik piala juara keseluruhan ke negeri Terengganu.“Walaupun tugas mempertahankan kejuaraan tidak mudah terutamanya menentang tuan rumah iaitu Johor yang pasti memberi tentangan sengit,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem 2020 ‘Victory Mission’ siri dua di Perkarangan Masjid Rhu Muda di sini kelmarin.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Dalam perkembangan sama, Hishamuddin menjelaskan, Terengganu telah mencipta sejarah menjadi juara buat kali pertama pada tahun 2008 iaitu semasa menjadi tuan rumah dengan kutipan 61 pingat emas.“Ia melonjak 15 pingat berbanding kejohanan sebelumnya iaitu peningkatan melebihi 400 peratus satu pencapaian yang menakjubkan dan sukar dilakukan mana-mana pasukan.“Kontinjen negeri selepas daripada itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila kita dinobatkan sebagai kontinjen terbaik untuk tiga edisi berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012,” katanya.Tambah beliau, kenangan manis itu pastinya akan berulang sekiranya setiap atlet bekerja keras dan mendapat sokongan serta doa seluruh rakyat.Ujarnya, setiap atlet juga harus menjadikan kejohanan SUKMA sebagai platform terbaik untuk lebih berjaya dalam sukan masing-masing sehingga ke peringkat tertinggi.“Saya percaya perancangan rasmi dan bersepadu serta pelan latihan tersusun yang disediakan termasuk kem-kem sebegini bagi mempersiap para atlet pada prestasi kemuncak pada hari kejohanan nanti,” jelasnya.Sebanyak 31 jenis sukan bakal dipertandingkan dalam kejohanan yang akan bermula 11 hingga 19 Julai ini dan ia akan disertai seramai lebih daripada 500 orang atlet negeri.
11 Feb 20
82
Empty Image
Orang Awam Perlu Patuhi Ketetapan Pengambilan Ubat-Ubatan
Dr. Farhaana bertanyakan keadaan salah seorang penduduk yang diziarahi.Oleh: Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 12 Februari - Masyarakat setempat perlu diberi penekanan tentang kepentingan mematuhi ketetapan pengambilan ubat-ubatan yang disediakan oleh pihak hospital mahupun klinik.Pengamal perubatan, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah berpandangan bahawa hal ini disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak mengikut ketetapan akan mengakibatkan komplikasi buruk kepada pesakit.“Penyakit kencing manis dan darah tinggi sukar dikawal sekiranya makan ubat tidak mengikut aturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu menyertai program ziarah kebajikan di Kampung Padang Gong Pak Maseh, kelmarin.Pemeriksaan kesihatan turut dijadikan rutin dalam program.Beliau yang merupakan Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, turut mengingatkan pesakit agar meneruskan pemeriksaan kesihatan secara berkala mengikut janji temu yang ditetapkan samada di hospital mahupun di klinik.Dalam program berkenaan, beliau turut menziarahi beberapa warga emas dengan pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan hipertensi (tekanan darah tinggi)."Selain ziarah dan menyampaikan bantuan, kita juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan berikan khidmat nasihat kesihatan kepada pesakit," katanya.Program selama setengah hari itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Gong Pak Maseh bagi mendekati dan menyelami kehidupan penduduk setempat di DUN tersebut.Add captionProgram ziarah tersebut turut disertai oleh
11 Feb 20
591
Empty Image
Exco Redah Hutan, Tinjau Kerosakan Kawasan Tadahan Air
Dr Azman bersama pihak yang terlibat meredah hutan.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim meredah hutan bagi meninjau kerosakan kawasan tadahan air di Bukit Felda Selasih di sini kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, beberapa kerosakan  telah dikenal pasti menjejaskan aktiviti pertanian dan ia memerlukan pembaikian segera.“Sekarang, inilah sumber utama bagi sistem bekalan air untuk pengairan pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor.“Pembaikian sistem pengairan ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemulihan TKPM sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan.Kawasan tadahan air yang menjadi sumber peserta TKPM Tok Dor.Meskipun meredah hutan dan mendaki bukit sejauh tujuh kilometer, Dr Azman berpuas hati dengan tinjauan itu yang bakal merungkai segala permasalahan peserta TKPM.“Dulu kawasan tadahan air inilah yang membekalkan air untuk kegunaan penduduk Kampung Tok Dor sebelum mendapat bekalan air bersih,” tambah beliau.Tinjauan tersebut turut melibatkan Pegawai Jabatan Pertanian Negeri, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dor dan Felda Selasih serta peserta TKPM Tok Dor.
11 Feb 20
764
Empty Image
‘Rumah Dihempap Pokok, Rasa Macam Nak Kiamat’ - Norhayati
Norhayati menunjukkan bumbung rumahnya yang dihempap pokok kelapa.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Februari -  Lima sekeluarga terselamat apabila pokok kelapa menghempap bumbung rumah mereka akibat hujan lebat dan ribut di Kampung Bharu, Tok Dor di sini semalam.Kejadian jam 4.40 petang itu menyebabkan sebahagian bumbung rumah kediaman milik Norhayati Omar, 45, rosak.Menceritakan detik cemas itu, Norhayati berkata, ketika berdepan dengan kejadian itu dia merasakan seolah-olah dunia sudah kiamat.“Ketika itu suami dan anak-anak ada di rumah. Kebetulan saya balik awal, biasanya 5.30 petang baru sampai di rumah.“Berdepan dengan kejadian itu umpama dah nak kiamat. Dengan bunyinya yang kuat. Kami panik dan tidak tahu nak lari ke  mana. Nak buka pintu pun tak boleh, tiba-tiba ia berkunci,” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kediamannya pagi tadi.Katanya lagi, mereka sekeluarga melakukan pelbagai usaha bagi menenang dan menyelamatkan diri.“Kami duduk di hujung dinding dengan anak-anak, berzikir tidak putus di bibir dan hanya mampu melihat serpihan atap jatuh.“Alhamdulillah, tiada kecederaan yang berlaku namun anak saya yang berumur lapan tahun sedikit trauma akibat terkesan dengan kejadian tadi,” jelasnya.Rumah Ismail Malik yang turut terjejas dalam kejadian semalam. Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung, Ismail Malik, 64, dan pasangan Noriah Jusoh, 59, turut terkesan apabila angin yang kuat itu telah menerbangkan sebahagian atap garaj kereta dan rumahnya.“Kami sedang berehat dalam bilik menanti masuk waktu asar, terdengar bunyi guruh dan kemudian terdengar bunyi sesuatu yang jatuh, rupanya atap yang rumah dan garaj kereta tercabut dan kami berlari menyelamatkan diri.“Alhamdulillah, kami lima orang sekeluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kereta yang diletakkan bawah garaj pun tidak mengalami sebarang kerosakkan.“Banyak juga kerosakan berlaku namun ini ujian buat kami. Alhamdulillah tak terlalu teruk, orang lain teruk pada ini lagi,” jelasnya yang pasrah dengan ujian yang melanda.Dalam pada itu, kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang bergegas menziarahi dan berjanji akan membantu keluarga-keluarga berkenaan.“Insya-Allah, di peringkat DUN kita akan cuba usahakan bantuan dan pertolongan yang termampu bagi membaiki rumah yang rosak terbabit,” tambah beliau.Keaddan bumbung yang rosak.
11 Feb 20
372
Empty Image
Komited Kekalkan Momentum Pertumbuhan Ekonomi Negeri - MB
KUALA NERUS, 11 Februari- Kerajaan negeri komited dalam usaha untuk memperkasakan warga tempatan agar mereka mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan mengambil peluang yang diwujudkan hasil daripada limpahan ekonomi di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pembangunan modal insan merupakan faktor yang penting  bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Terengganu."Saya difahamkan ECERC menumpukan kepada bimbingan akademik dan latihan kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai warga tempatan yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi, sekali gus mencorak budaya keusahawanan di negeri ini."Setakat ini, lebih 17,000 peserta B40 yang terdiri daripada pelajar, belia menganggur, kaum wanita terutamanya suri rumah, ibu tunggal dan usahawan sedia ada telah menerima manfaat daripada program empower ECER di Terengganu"Para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka manakala peserta dewasa berjaya mendapat pekerjaan yang lebih baik atau menjadi usahawan yang berdaya saing," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Dan Penyampaian Anugerah empower Ecer Terengganu 2019 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin.Dalam majlis berkenaan seramai 800 orang peserta empower ECER yang telah berjaya menamatkan kursus mereka menerima sijil masing-masing.Manakala seramai 11 orang peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan menerima Anugerah Usahawan empower ECER Terengganu serta 15 pelajar akan menerima pengiktirafan Anugerah Juara empower ECER kerana mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun lepas.Beliau juga berkata  ECERDC telah membangunkan 2,499 usahawan sedia ada mikro dan SME, yang mana 25 peratus daripada mereka kini memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000, 53 peratus memperoleh RM10,000 hingga RM100,000, manakala 22 peratus mencatatkan jualan bulanan purata melebihi RM100,000.
11 Feb 20
187
Empty Image
LTdL 2020 : Pecutan Harrif Sambar Tempat Pertama
Harrif mengulangi sejarah LTdL tahun lalu. Foto ihsan - Google.KUALA TERENGGANU, 11 Februari – Pecutan bertenaga Harrif Saleh pada 400 meter terakhir memberi keceriaan kepada Terengganu Cycling Team (TSG) apabila pelumba itu meraih tempat pertama dalam peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sebentar tadi.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang dilakarnya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal memenanginya.Hari ini, Harrif sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila mengungguli perlumbaan dari Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Jaya, Ipoh sejauh 165.8 kilometer dengan catatan masa tiga jam 39 minit 42 saat.Ia sekali gus menyaksikan beliau muncul pelumba Asia pertama yang memenangi dua peringkat LTdL dalam tempoh dua tahun berbeza.Pecutan Harrif turut menafikan kehebatan penyarung Jersi Hijau (raja pecut) dari pasukan NNT Pro Cycling, Maximilian Richard Walscheid yang berada di tempat kedua.Manakala, Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani Csf Faizane melengkapkan podium tiga pelumba terbaik.Pecutan di 400 meter terakhir membawa kegembiraan untuk anak Terengganu itu.Kejuaraan yang dicipta Harrif turut melonjakkan beliau ke kedudukan ketiga raja pecut keseluruhan di samping mengekalkan TSG sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan LTdL ketinggalan lima minit di belakang Sapura Cycling Team (TSC).Untuk perebutan Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), Putih (terbaik Asia) dan Merah (Raja Bukit) pula menyaksikan tiada perubahan berlaku.Ia selepas Danilo Celano dari TSC, pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff juga dari TSC mengekalkan jersi masing-masing yang dimenangi semalam.Saingan peringkat keenam akan bersambung esok iaitu bermula di Taiping dan berakhir di Pulau Pinang dengan jarak perlumbaan sejauh 151.3 kilometer.
11 Feb 20
122
Empty Image
UNITEN Juara SUMZOT 2020
Satiful bergambar bersama semua atlet yang bertanding. Foto oleh - Amirullah MansorKEMAMAN, 10 Februari - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Pahang muncul juara Kejohanan Sukan Masiswa (Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia) Zon Timur (SUMZOT) 2020 yang berakhir, kelmarin.Berlangsung di University College Terengganu Advanced Technical Institute (UC TATI), Kemaman, UNITEN berjaya mengutip 7 emas, 2 perak dan 4 gangsa dengan jumlah 13 pingat melalui 11 jenis sukan dan 12 acara yang dipertandingkan sepanjang empat hari kejohanan. Ketua kontinjen UNITEN menerima piala kejohanan SUMZOT 2020.Paling menarik, institusi tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara SUMZOT buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat ketika merasmikan penutup kejohanan, merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang yang meraih pingat SUMZOT. Satiful Bahri.“Alhamdulillah, tahniah juga kepada UC TATI yang dipilih sebagai tuan rumah tahun ini dengan penyertaan peserta teramai kali ini iaitu seramai 1,061 atlet.“Moga tercapai segala matlamat dan hasrat untuk membina generasi mahasiswa di pantai timur yang lebih baik,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program, kelmarin.Sementara itu, Profesor Dr. Anuar Ahmad turut mengambil kesempatan pada Majlis Penutup SUMZOT untuk merakam rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu menaja penganjuran kejohanan tersebut. Dr. Anuar Ahmad.Jelasnya, ia merupakan usaha yang besar dalam membantu golongan mahasiswa menimba pengalaman dan ilmu baharu.Kenyataan tersebut juga disokong Presiden Masiswa, Profesor Dr. Zamri Yusoff yang menyifatkan kejohanan tersebut sebagai platform untuk pembangunan bidang sukan di kalangan pejalar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dr. Zamri.“Ia adalah salah satu usaha kita mendukung hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menyediakan atlet yang akan bertanding dalam dua sukan besar iaitu Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Sukan Universiti Asean yang akan berlangsung di Thailand tahun ini,” katanya.SUMZOT kali ini merekodkan penyertaan 1,061 atlet, 139 pegawai daripada 17 kontinjen terdiri daripada IPTS dan sekaligus merupakan penyertaan terbesar sejak ia diadakan.Atlet UNITEN bersorak kegembiraan ketika diumum sebagai juara kejohanan.
10 Feb 20
686