lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
'Tolong Simpan Label Benih Padi' - Dr Azman Ibrahim
Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 Februari – Petani di seluruh Terengganu diingatkan agar menyimpan setiap label benih padi yang digunakan sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang permasalahan di masa depan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, maklumat tertera pada label tersebut amat penting untuk dijadikan bahan rujukan dan bukti. “Kita selalu terima aduan yang berkaitan dengan masalah benih padi. Jadi, kita minta dijadikan amalan supaya mencabut terlebih dahulu label pada guni itu dan simpan baik-baik. “Jangan rendam sekali dengan label itu kerana apabila padi bermasalah dan mahu membuat aduan, segala maklumat pada kertas itu diperlukan,” katanya.Bergotong-royong bersama komuniti.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Komuniti di Skim Pengairan Gong Telikong dan Bukit Jeruk, Jabi hari ini.Katanya, di Malaysia hanya terdapat sembilan syarikat pengeluar benih padi yang diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).Tambahnya, kerajaan negeri menumpukan bidang penanaman padi kerana pengeluaran tanaman itu di Terengganu belum mencapai tahap yang diperlukan oleh rakyat. “Iaitu hanya 43 peratus sahaja. Ia separuh daripada keperluan. Dalam erti kata lain kita terpaksa import beras luar untuk keperluan rakyat kita.“Mudah-mudahan Allah merahmati kita dengan mengurniakan rezeki, menjauhkan kita daripada bencana dan bala yang boleh mendatangkan kerugian pada kita,” katanya.
18 Feb 20
972
Empty Image
Kesusahan Keluarga Autisme Akan Diringankan - ADUN Wanita
Zuraida (berdiri paling kanan) berkongsi cerita bersama anak-anak autisme.Oleh: Aslam WiraRAWANG, 18 Februari - Kerajaan Terengganu akan memberi perhatian serius terhadap keperitan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga anak-anak autisme.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan masalah emosi untuk menguruskan anak-anak yang mengalami autisme.Ujarnya, ada beberapa kes melibatkan ibu bapa atau penjaga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak autisme, malah ada yang mengalami masalah depresi dan kemurungan."Ada di kalangan mereka yang berkerja dalam bidang profesional seperti doktor, peguam, dan jurutera mengalami masalah dalam kes ini."Mereka ini adalah penyumbang kepada kerajaan negeri dan perlu dibantu dengan penyediaan pusat terapi yang bakal diwujudkan di Terengganu supaya kepakaran mereka tidak sia-sia begitu sahaja," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke pusat terapi autisme di tiga buah tempat berasingan di Setia Alam, Selayang dan Rawang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar.Menurutnya lagi, JKM telah mengumpulkan data terkini mengenai keluarga autisme dan kerajaan negeri sangat mengharapkan kerjasama yang erat daripada masyarakat."Kita juga dalam proses mewujudkan satu modul khas yang baik di pusat terapi untuk anak-anak autisme ini dengan sokongan kumpulan yang mempunyai kepakaran."Impian ini akan dijalankan di peringkat negeri Terengganu dan dalam masa terdekat pusat ini dijangka akan bertempat di Kuala Terengganu," tambahnya.
18 Feb 20
67
Empty Image
ECRL Pacu Pertumbuhan Ekonomi Terengganu - MB
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman. Foto oleh - Hishamuddin Abdullah.KUALA LUMPUR, 18 Februari - Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi ‘game changer’ atau pembawa perubahan kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM44 bilion itu dijangka membuka lebih 20,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negeri itu."Ini secara tidak langsung berupaya memangkin taraf ekonomi rakyat, perkembangan industri dan teknologi ke tahap yang lebih baik di masa hadapan serta menyemarakkan sektor pelancongan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL), di sini hari ini.Ahmad Samsuri berkata, memorandum berkenaan adalah bagi kerjasama strategik kepada pelaksanaan ECRL.Mengulas lanjut beliau memaklumkan, pembangunan di kawasan ECRL tidak hanya tertumpu semasa tempoh pembinaan projek sahaja."Tetapi ia akan terus ditambah baik melalui peranan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam merangkumi aspek-aspek pembangunan pusat industri dan logistik," jelasnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak yang hadir sama berkata, kolaborasi strategik itu sudah berada pada momentum terbaik.Darwis Abdul Razak."Ia dijangka akan terus memacu pembangunan infrastruktur dan pengangkutan di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu."Kerjasama ini memberikan pendekatan holistik kepada projek ECRL kerana tidak terhad kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga meneroka dan mengenal pasti pembangunan ekonomi lain di Terengganu," tambah beliau.
18 Feb 20
179
Empty Image
Kopi Asli Kampung Tembusi Pasaran Luar Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Bermula tanpa sebarang ilmu pengetahuan tentang memproses kopi, kini Wan Ahmad Fadli Wan Abdullah, 39, mampu memiliki produk kopi berjenama sendiri iatu Kopi Asli Kampung Cap Layar selepas mengalih alih perniagaan Allahyarham bapanya pada 2014.Pada masa sama, beliau juga berjaya membuka bengkel yang dilengkapi mesin memproses kopi, mesin penghancur, meja mengering dan mesin uncang pada 2017.Wan Ahmad Fadli berkata, sewaktu mengambil alih perniagaan arwah ayah, dia hampir putus asa kerana merasa terlalu penat, kekurangan modal dan pasaran kopi sangat terhad.Katanya, berkat kesabaran, hasil dorongan isteri, Halimatun Saadiah Yusof, 35, dan tunjuk ajar ibu tiri yang menurunkan ilmu bermula cara memproses sehinggalah siap membungkus.“Kini perniagaan  yang diambil alih itu berjaya menebusi pasaran sehingga ke luar Terengganu dan mendapat kepercayaan beberapa pasaraya terkenal di negeri ini.“Antaranya Pasaraya Sabasun, Pasaraya DM, Pasaraya Muslimah, Pasaraya Sinar, Pasaraya Marang dan puluhan kedai runcit,” katanya yang juga pengurus kepada syarikat kopi itu, Norwan Jaya Trading.Menurut Wan Ahmad Fadli, bagi memenuhi permintaan pasaran, syarikatnya perlu menyediakan stok kopi Robusta sekurang-kurangnya 500 kilogram atau lebih bagi tempoh sebulan.“Stok kopi itu akan dipekkan mengikut sukatan tertentu dan dibungkus secara uncang sebelum dijual dengan harga yang sangat berpatutan” katanya.Katanya, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan produk kopi kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi, ketelitian dalam setiap adunan bahan dan mempunyai tempoh masa lama untuk masak.“Sekiranya tersilap memproses, kopi yang dimasak akan cepat keras, selain hilang aroma kopi yang dimahukan.“Saya dibantu dua pekerja dan isteri, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 jam untuk proses menggoreng biji kopi, mengadun, mengering adunan dan membungkus,” katanya.Wan Ahmad Fadli  berkata, sewaktu arwah ayah mengendalikan perniagaan, semua proses itu  menggunakan kaedah  tradisional, bermula daripada proses menggoreng biji kopi mengunakan kayu api, menumbuk, mengering dan membungkus menggunakan api lilin.“Bila mengambil alih perniagaan ini, kini baru terasa  sukarnya memproses kopi, bagaimanapun tetap diteruskan amanat arwah agar legasi perniagaannya diterusnya oleh saya, “ katanya.
18 Feb 20
1274
Empty Image
Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme
Anak-anak autisme ceria bergambar bersama wakil Kerajaan Terengganu.RAWANG, 18 Februari - Terengganu sedang merumus pelan terbaik untuk mewujudkan pusat terapi anak-anak autisme di negeri itu yang sekali gus mampu membela nasib golongan terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, menyedari usaha membantu lebih 100 keluarga itu memerlukan masa dan dana yang banyak, pihaknya bercadang untuk memanfaatkan kepakaran masyarakat di Terengganu.Katanya, beliau berhasrat untuk turut menggunakan kemahiran institusi serta agensi yang pakar dalam bidang itu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Di samping itu, kurikulum serta sistem untuk pendidikan anak-anak ini akan diteliti bersama pakar-pakar atau pusat terapi yang sudah lama beroperasi di Malaysia."Kita juga mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu sosial sebegini, mereka ini akan kita manfaatkan sepenuhnya," jelasnya.Zuraida berkata, terdapat ramai ibu yang berkerjaya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak syurga ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tiga pusat terapi anak-anak austime di sekitar Selangor, di sini semalam.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang hadir sama menegaskan, keperitan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak austisme membuatkan kerajaan negeri serius untuk membina pusat terapi berkenaan."Idea-idea pusat pemulihan yang berjaya di Lembah Klang ini akan kita jadikan sebagai rujukan untuk diadaptasikan di Terengganu sebelum kita membuat perbincangan yang lebih mendalam."Dalam masa yang terdekat, insya-Allah kami dan JKM akan mengumpulkan keluarga yang ada anak austisme ini bagi mendapatkan pandangan serta pertolongan yang mampu diberikan," tambah beliau.Ramai ibu bapa tidak dapat menerima anak adalah seorang austisme.Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan.Mereka menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.
17 Feb 20
415
Empty Image
Harrif Saleh Mahu Anak Muda Terengganu Berani Capai Impian
Harrif menunjukkan pingat yang diperolehinya di LTdL 2020.KUALA NERUS, 17 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang mencatat sejarah sebagai pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL), Mohd Harrif Saleh menyeru anak-anak muda Terengganu supaya lebih berkeyakinan dan berani dalam mencapai impian.Bercerita tentang video temu bualnya bersama wartawan ketika memenangi peringkat ketujuh kejohanan yang tular baru-baru ini, Harrif, 31, menyatakan keyakinannya banyak membantu kelancaran bahasa Inggerisnya.  “Tahun lepas memang sudah ada video seperti itu, tetapi kali ini lagi tular. Saya pun bercakap memang begitu saja. Cakap ‘orang putih’ pun bunyi Terengganu juga.“Macam saya, memang saya beranilah. Ini kerana saya berkomunikasi memang kena cakap bahasa Inggeris dengan jurulatih, dengan rakan-rakan sepasukan yang lain seperti dari Itali,” katanya.Tambahnya, jangan sesekali rasa malu dan takut untuk bercakap dalam bahasa tersebut, sebaliknya berani sebagaimana rakan-rakan sepasukannya yang berbangsa lain dalam TSG.Kepimpinan negeri bersama pasukan TSG.“Kita tengok, dia cakap pun ‘berat’ juga macam kita, tetapi apa yang dikatakan kita boleh fahamlah. Kita jangan takutlah, yang penting kena ada keyakinan, keyakinan tu yang boleh bawa kita lagi jauh.“Anak-anak muda kena bersungguh-sungguh, kena ada impian yang besar. Semua boleh buat jika kita bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Pasukan TSG yang menduduki tempat kedua keseluruhan dalam saingan kali ini disambut meriah oleh sekitar 100 peminat tempatan.Turut hadir, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengarah TSG, Tengku Seri Bijaya Raja serta Dato’ Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.Keluarga Harrif turut menyambut ketibaannya di LTSM semalam.
17 Feb 20
74
Empty Image
Pesaka Ambil Alih Bangunan Permint Plywood
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Pesaka Trengganu Berhad (Pesaka) hari ini menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) bagi mengambil alih bangunan bernilai RM1.2 juta dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Golden Pharos Sdn Bhd (GPB).Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Nadza Abdul berkata, pembelian bangunan tiga setengah tingkat itu sekali gus menjadikan bangunan yang digunakan sebagai ibu pejabat GPB sebagai sebuah aset baharu kepada Pesaka.Katanya, SPA yang ditandatangani itu merupakan satu inisiatif Kumpulan GPB untuk menstrukturkan semula dan menyelesaikan hutang lama di antara anak syarikat atau dikenali sebagai "Group Exercise To Restructure Inter-Company Old Debts" (GERICOD).“Jumlah pembelian bernilai RM1.2 juta itu membolehkan PPSB membuat pembayaran hutang yang ditanggungnya kepada Pesaka serta lain-lain anak syarikat selepas beroperasi kembali mulai pertengahan tahun 2018."Jumlah penerimaan pembelian oleh PPSB ini akan dibayar kepada GPB sendiri, GP Dynamic Venture dan juga Golden Pharos Overseas Sales. PPSB juga akan menggunakan sebahagian hasil jualan ini bagi menjelaskan komitmen syarikat yang tertunggak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli berkenaan, di sini.Pesaka diwakili Pengerusinya, Wan Hassan Mohd Ramli manakala PPSB turut diwakili Pengerusinya, Maliaman Kassim.Katanya, inisiatif GERICOD yang dilaksanakan oleh Kumpulan GPB membolehkan anak-anak syarikat mengurang atau menghapuskan hutang-hutang lama antara syarikat dalam kumpulan GPB yang sebelum ini tidak diselesaikan. Pesaka dan PPSB merupakan anak syarikat milik penuh GPB, anak syarikat kerajaan negeri di bawah Kumpulan Terengganu Incorporated.
16 Feb 20
118
Empty Image
116 Diraikan Bersamamu Nelayan - Hanafiah Mat
Hanafiah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 16 Februari - Seramai 116 orang nelayan telah diraikan dalam program "Bersamamu Nelayan" yang telah diadakan di Jeti Nelayan Kampung Geliga, Cukai, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, semua nelayan tidak mengira latar belakang mahupun politik dijemput hadir bagi menerima sedikit sumbangan tersebut."Kita masih lagi berada di musim tengkujuh. Oleh yang demikian, kerajaan negeri komited membantu rakyat khususnya golongan nelayan sekali gus merapatkan silaturrahim serta berkasih sayang di antara satu sama lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program tersebut di sini.Difahamkan, selepas sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, angin masih lagi kuat dan sebahagian besar nelayan masih tidak dapat turun ke laut bagi mencari rezeki."Terima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Geliga yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program pada kali ini," tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.Sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi program ini. Setiap seorang membawa pulang sekampit beras dan barangan dapur.
16 Feb 20
149
Empty Image
Razali Penasihat Undang-Undang Baru Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Bekas Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Dato’ Razali Che Ani dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Terengganu yang baharu berkuat kuasa semalam.Pelantikan Razali bagi menggantikan Dato’ Azhar Abdul Hamid dan diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebentar tadi. “Tahniah kepada Dato’ Razali  Che Ani atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu yang baharu bermula 15 Februari yang lalu.“Saya yakin beliau mampu lakukan yang terbaik demi kesejahteraan Terengganu. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dalam menggalas tanggungjawab ini dan berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT,” ujarnya.Terdahulu Ahmad Samsuri turut merakamkan penghargaan kepada Azhar atas sumbangannya membangunkan negeri Terengganu.“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas segala khidmat beliau kerana sama-sama membangunkan negeri Terengganu dengan penuh dedikasi.“Beliau juga seorang sahabat yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengemudi negeri ini,” tambah beliau.
15 Feb 20
1313
Empty Image
Anak Terengganu Terus Lakar Sejarah
Foto ihsan - Facebook We Bleed Black & White.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Dua anak kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Saleh serta Muhammad Nur Aiman Zariff melakar sejarah baharu dalam sukan berbasikal negara dan Asia selepas meraih kejayaan di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang berakhir semalam.Harrif, 31, menutup mulut pengkritik apabila dia menjadi pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai LTdL pada 2008 walaupun LTdL kali ini turut disertai pasukan berbasikal berstatus dunia.Dua kejuaraan podium digondol tahun ini iaitu peringkat kelima dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebelum meraih kemenangan peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang diciptanya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal menjuarainya.Pecutan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu menyaksikan dia menafikan kehebatan jaguh pecut, Maximillian Walschield.Anak jati Kampung Ladang tersebut juga membuktikan fizikalnya yang lebih kecil berbanding lawan bukannya penghalang untuk dirinya mengenepikan jaguh Eropah.“Memang saya akui telah sampai tahap boleh bersaing dengan mereka. Saya rasa kami sudah setaraf,” ujarnya.Sementara itu, Aiman, 23, daripada Sapura Cycling Team (TSC) meletakkan dirinya sebaris dengan pelumba luar negara selepas unggul menyarung Jersi Merah selaku Raja Bukit pada LTdL edisi ke-25. Kejayaan anak peniaga pasar malam dari Setiu itu turut menjadikan dirinya muncul sebagai atlet sulung kebangsaan meraih gelaran itu.“Memang tidak menyangka kejayaan ini. Alhamdulillah dapat mencipta sejarah untuk rakyat Malaysia,” katanya yang juga pernah bersama TSG.Lebih manis, sejarah yang dicipta Harrif dan Aiman melepasi serta menyamai rekod dua pelumba negara, Annuar Manan, yang pernah menyarung Jersi Hijau Raja Pecut pada LTdL 2010 dan Adeq Husaini Othman dengan Jersi Putih Terbaik Asia (2016).Keempat-empat pelumba berkenaan berasal dari Terengganu sekali gus menjadikan Terengganu kekal sebagai ‘kilang’ menghasilkan pelumba berkualiti untuk Malaysia di pentas antarabangsa.
15 Feb 20
125