lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
THT Tagih Sokongan Padu Penyokong Malam Ini
Fitri Saari (tengah).KUALA LUMPUR, 22 Februari - Fitri Saari berharap penyokong Terengganu akan membantu menyemarakkan semangat pasukannya ketika aksi balas dendam menentang UniKL dalam perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu berkata, kehadiran penyokong yang ramai pasti meningkatkan lagi semangat pemain, seterusnya memberi mereka sedikit kelebihan untuk membenam ego UniKL."Kehadiran penyokong yang ramai memberi impak kepada permainan kami kerana 'disuntik' oleh sorakan semangat penyokong."Saya yakin penyokong kita dapat melakukan. Oleh itu saya harap Stadium Hoki Bukit Jalil akan dibanjiri penyokong Terengganu malam ini," katanya ketika dihubungi media.Dalam pada itu Fitri berkata, persiapan pasukannya untuk menghadapi perlawanan malam ini berjalan lancar dengan kesemua rakan sepasukan berada pada tahap terbaik."Apa pun kita juga mengharapkan doa daripada penyokong-penyokong di seluruh Terengganu yang tidak berkesempatan hadir," tambah beliau.Pada perlawanan malam ini, THT turun selaku juara bertahan Piala TNB manakala UniKL yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara liga pastinya mahu merampas kejuaraan itu. Untuk rekod, dalam dua perlawanan liga musim ini, UniKL menang tipis ke atas THT sekali gus mereka dianggap pasukan pilihan.
21 Feb 20
83
Empty Image
Lepasan Pelajar Negeri Terengganu Perlu Bersama Kerajaan Negeri
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 21 Februari - Lepasan pelajar sekolah negeri Terengganu disarankan supaya tidak mengasingkan diri dari memberi sumbangan dalam pembangunan negeri Terengganu bagi mencapai mencapai status negeri maju, berkat dan sejahtera.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato'  Yahaya Ali berkata, sudah tiba masanya untuk tidak menyisihkan diri dan memberi sumbangan kepada negeri tercinta."Kita tak boleh hanya sekadar mempunyai karier sendiri yang hebat tetapi mengambil sikap pentingkan diri sendiri."Kita ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan bukan sekadar kepada diri dan keluarga tetapi kita juga  bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Tautan Ukhuwah SESMA '76' di Hotel Paya Bunga Square, pada semalam.Majlis yang santai dan meriah ini dihadiri oleh hampir 80 orang bekas pelajar tahun 1976 juga berjaya menemukan kembali sebahagian dari mereka terpisah sejak 44 tahun yang lalu.Turut hadir, bekas Pengetua pada waktu itu iaitu Dato' Haji Mohamad Mustafa yang pernah menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.Dato' Yahaya yang juga pelajar lepasan sekolah ini menegaskan bahawa Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) berjaya melahirkan ramai golongan profesional yang hebat dalam perkhidmatan awam, swasta, politik serta ahli-ahli perniagaan pelbagai sektor."YAB Menteri Besar yang juga dari sekolah kita sentiasa mengambil sikap terbuka dan memberi komitmen bahawa semua pihak adalah pemegang taruh (stake holder) kepada kemajuan dan pembangunan negeri ini."Apatah lagi dari golongan profesional seperti  kita ini yang boleh beri sumbangan kepada pembangunan negeri kita tanpa mengira latar belakang," ujar beliau.Justeru itu, beliau berharap agar tidak ada pihak yang ketinggalan untuk memberi idea dan sumbangan dalam proses pembangunan negeri Terengganu."Saya yakin bahawa kita semua mempunyai sikap optimis kepada  masa depan dalam membina kehidupan diri dan masyarakat. Tetapi semuanya itu mesti ada sikap pergantungan kepada Allah SWT," tambahnya.
20 Feb 20
114
Empty Image
Beliawanis Sejahtera Terjemahkan Hasrat Kerajaan Negeri
Oleh : Syazwana M. ZohirFoto oleh : Media i-MITSKUALA TERENGGANU, 21 FebruariBeliawanis Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) disarankan berdaya saing dan kreatif dalam menyampaikan dakwah serta membantu untuk menterjemahkan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat di peringkat akar-umbi.Pegawai Seranta Beliawanis Ibu Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Nurhidayah Ali berkata, beliawanis atau remaja merupakan tenaga pelengkap yang mempunyai kemahiran tersendiri menuju negeri maju.Beliawanis i-MITS sepatutnya  menjadi patrun kepada pemudi daripada segi kepimpinan, keilmuan, juga termasuk sahsiah yang tinggi. Antara misi beliawanis juga adalah untuk menerapkan kefahaman yang berteraskan konsep kesyumulan Islam terhadap anggota kerajaan dan rakyat Terengganu.“Pada masa sama, kita juga merakyatkan program dan memberi fokus kepada pembinaan modal insan dan sepertimana yang kita sedia maklum bahawa membina modal insan kelas pertama sememangnya memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan,” katanya.Norhidayah AliBeliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.Justeru itu, penyelarasan gerak kerja agar lebih efisyen dan teratur menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Pengurusan Beliawanis Sejahtera di Dewan Jamuan Tingkat 18, Wisma Darul Iman, baru-baru ini.Bengkel tersebut telah dihadiri hampir 100 orang peserta dalam kalangan barisan kepimpinan beliawanis dari seluruh Terengganu yang telah diberi tanggungjawab bagi merangka dan menjalankan program-program beliawanis di DUN masing-masing.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Md Noor dan Felo Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS), Noor Asyanti Abu Bakar.Menurut Nurhidayah lagi, aspirasi kerajaan tersebut diterjemahkan melalui program dan kempen yang dijalankan oleh beliawanis.“Kita anjurkan program hiburan dan sukan yang seiring dengan kehendak syariat. Setakat hari ini, pelbagai jenis program yang telah dibuat untuk pelbagai kumpulan sasaran anak muda meliputi bukan sahaja aspek sukan dan rekreasi bahkan aspek keilmuan.“Untuk rekod, hampir 2000 program yang telah dijalankan oleh beliawanis di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh 2019 yang lalu dan kalau boleh saya sebutkan beberapa program iaitu termasuklah senamrobik, kempen menutup aurat, kempen menjaga pergaulan, program kecantikan dan ‘hiking’ (pendakian) beliawanis,” tambah beliau.Selain menggerakkan program untuk wanita-wanita muda, beliawanis juga perlu cakna terhadap isu kebajikan dalam kalangan wanita muda, atas dasar itulah program ziarah merupakan satu kemestian.“Kami berharap pada tahun 2020 ini, program beliawanis lebih rancak dianjurkan dengan meliputi sasaran yang lebih menyeluruh.“Sebolehnya luaskan lagi bulatan itu, ambil peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik,” ujarnya.
20 Feb 20
186
Empty Image
Kerajaan Negeri Cakna Peningkatan Kes Bayi Istimewa
Oleh : Syazwana M. ZohirKUALA TERENGGANU, 21 Februari – Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat tentang isu pertambahan kelahiran bayi dengan kecacatan pada fungsi otak di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata  dalam konteks kesihatan prenatal, kerajaan negeri  sememangnya memandang serius akan pertambahan kelahiran cacat fungsi otak dalam kalangan bayi seperti ‘cerebral palsy’, ‘down-syndrome’, ‘autism’ dan sebagainya.“Penjagaan awal dan rapi amat penting bagi mereka. Sebilangan ibu bapa yang menjaga anak-anak kelainan upaya seperti ini mengalami pelbagai konflik terutamanya dari aspek kewangan dan begitu juga emosi.“Sokongan yang berterusan harus kita berikan bagi membantu mereka untuk membesarkan anak-anak syurga ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Klinik Tihani, sebuah klinik rawatan khusus untuk ibu hamil di Panji Curve Business Park, di sini semalam.Zuraida turut mengingatkan para pengusaha institusi kesihatan diluar sana bahawa di samping menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, sektor perniagaan kesihatan begini mestilah menilai jurang perbezaan antara golongan bandar dan luar bandar, kaya dan miskin.Katanya, hal ini bagi menjamin kesaksamaan yang bukan sahaja daripada skop dan jenis perkhidmatan bahkan juga dari segi kualitinya.“Kerajaan berusaha memberi kesedaran penjagaan kesihatan dengan memberikan khidmat pemeriksaan percuma bagi ujian ‘pap-smear’ sebagai contoh, di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).“Usaha-usaha sebegini elok juga dibuat oleh sektor swasta bagi merancakkan kesedaran terhadap kesihatan diri," tambahnya.
20 Feb 20
816
Empty Image
Dasar Tanah Negeri Terengganu Pelihara Hak Bumiputera
Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 20 Februari – Dasar Tanah Negeri Terengganu memainkan peranan penting dalam menjaga dan memelihara kepentingan orang melayu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan adanya dasar itu, tanah hak bumiputera tidak boleh dipindah milik kepada bangsa lain dengan sesuka hati."Pindah milik tanah ini boleh berlaku samada melalui proses jual beli, pemberian kasih sayang atau pusaka."Namun di Terengganu, apabila tanah tersebut dimiliki oleh orang Melayu, maka secara automatik ia akan menjadi Tanah Pegangan Melayu (Malay holder) yang tidak boleh dipindah milik kepada kaum lain," katanya dalam satu kenyataan semalam.Menurutnya lagi, terdapat banyak pertanyaan yang diajukan kepadanya disebabkan kebimbangan bahawa tanah milik orang Melayu akan beransur-ansur menjadi milik bangsa lain."Tanah Pegangan Melayu berbeza dengan Tanah Rizab Melayu (Malay reserved). "Di Terengganu tak banyak tanah rizab Melayu. Yang banyaknya ialah tanah pegangan Melayu,"u Tambah beliau, hanya tanah berstatus pegangan bebas (free hold) sahaja yang boleh dipindah milik kepada kaum lain.
20 Feb 20
155
Empty Image
Sekolah Tahfiz Mandarin Pertama Di Malaysia
Dua pelajar SM Imtiaz sedang membaca terjemahan al Quran di dalam bahasa mandarinMARANG, 20 Februari - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang menjadi sekolah tahfiz pertama yang menubuhkan kelas aliran bahasa Mandarin di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran menguasai pelbagai bahasa.Katanya, kurikulum pembelajaran di SMIYT adalah sebagaimana yang dilaksanakan dalam Kurikulum Bahasa Antarabangsa Bahasa Cina yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah berasrama penuh."Para pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran seperti biasa termasuk program hafazan dan mereka juga akan belajar bahasa Mandarin untuk mengikuti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah lima tahun pengajian."Saya berharap dengan adanya pengajian bahasa Mandarin ini akan memberi laluan kepada pelajar-pelajar di sini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam atau luar negara," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penubuhan Program Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMIYT Marang, Sulaiman Sulong.Tambah beliau lagi, pembelajaran ini akan meningkatkan komunikasi dua hala dan pada masa yang sama membuktikan Islam adalah syumul yang boleh mencakupi semua bahasa.IshamudinSementara itu, Ishamudin berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan ini dengan kaedah-kaedah yang terbaik bagi memastikan kejayaannya.Justeru itu katanya, seorang guru bahasa Mandarin yang khusus telah dilantik untuk pengajarannya di SMIYT.Tambah beliau lagi, pihaknya turut melihat pembelajaran Tahfiz Mandarin ini untuk satu jangka masa panjang dalam bidang teknologi alaf baharu di Terengganu.Untuk rekod, pendaftaran pelajar Tingkatan Satu, Program Tahfiz Mandarin bermula 28 Januari 2020 melibatkan seramai 19 orang pelajar yang lulus dalam proses temuduga sebelum ini.
19 Feb 20
1907
Empty Image
Jong Hyun Mengganas, THT Ke 'Final'
Jong Hyun (kiri) meleburkan hajat TNB. Foto ihsan - MHC.KUALA LUMPUR, 20 Februari - Pakar pukulan sudut penalti, Jang Jong Hyun, muncul wira Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam pertemuan menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam apabila meledak hatrik untuk memastikan kemaraan ke pentas akhir Piala TNB.THT yang turun dengan misi mempertahan kejuaraan musim lalu bagaimanapun terpaksa berkerja keras sebelum berjaya membenam kebangkitan TNB dengan keputusan 4-3.Segala-galanya tampak mudah buat THT apabila skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu mula meledak gol menerusi Jong Hyun pada minit ketujuh melalui pukulan sudut penalti.Jong Hyun terus mengganas apabila menyempurnakan hatriknya dalam perlawanan itu selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-27 dan 28 untuk THT selesa 3-0 di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, anak buah Nor Saiful Zaini seakan mendapat tonik baharu apabila bangkit merapatkan jurang pada minit ke-33 menerusi Muhammad Azrai Abd Kamal dan Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-35 untuk kedudukan 3-2.Perlawanan terus berlangsung rancak dengan aksi berbalas serangan disajikan kedua-dua pasukan.Fitri (tengah) mahu rakan-rakan kekal fokus menghadapi UniKL.Namun, THT lebih bernasib baik apabila berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-37 menerusi Luqman Nul Hakim hasil gerakan menarik dari tengah padang.Berbaki 20 minit permainan, TNB masih belum mahu mengaku kalah apabila terus bersemangat melancarkan serangan kilat ke kubu THT.Usaha itu ternyata berbaloi selepas TNB berjaya menjaringkan gol melalui Aminuddin Mohd Zain untuk kedudukan menjadi 4-3.Bagaimanapun THT terus kebal bertahan bagi mengekalkan keputusan 4-3 sehingga tamat masa perlawanan sekali gus menyaksikan Terengganu melangkah peringkat akhir berdepan UniKL, Sabtu ini.Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Dhaarma memuji semangat dan kebijaksanaan anak-anak buahnya memanfaatkan setiap peluang terhidang."Tetapi kebangkitan yang dipamerkan TNB di separuh masa kedua sedikit mendebarkan kita, namun pertahanan kita berjaya mempertahankan gawang gol daripada dibolosi untuk mengecewakan mereka," katanya.Sementara itu, kapten THT, Fitri Saari mahu rakan sepasukannya belajar dan bangkit daripada kesilapan sebelum bertemu UniKL 22 Februari ini."Apabila kita dah 'lead' tiga kosong, tiba-tiba permainan kita sedikit terjejas sehingga bolos dua gol berturut-turut, itu perlu kita perbaiki sebelum Sabtu ini," katanya.
19 Feb 20
42
Empty Image
Nurasma'a Teraju Gawang TLHT Aksi Malam Ini
Nurasma'a.KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Ketiadaan penjaga gol utama dari Kazakhstan, Guzal Bakhavaddin yang terpaksa pulang ke negaranya, bukan alasan bagi Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) untuk memberikan cabaran mudah kepada pasukan lawan dalam aksi separuh akhir Piala Vivian May Soar yang akan berlangsung di Stadium Hoki Kebangsaan, Bukit Jalil malam ini.Penjaga gol pasukan, Nurasma’a Ahmad Kamil, 22, berkata, beliau bersedia untuk beraksi sebagai tonggak utama di gawang pasukan memberikan saingan sengit kepada pasukan di kedudukan ketiga Liga Hoki Wanita Malaysia 2020, PKS Uniten.“Untuk piala ini, saya telah bersedia fizikal dan mental dari awal dan saya telah beberapa kali beraksi menggantikan penjaga gol utama dalm saingan liga, baru-baru ini.Barisan pemain TLHT 2020.“Memang ada sedikit tekanan bagi kami sebab tahun lalu kami bergelar juara, jadi untuk kekalkannya bukanlah senang,” katanya.Bagaimanapun, beliau menganggap ia merupakan peluang untuk membawa pulang kejayaan ke negeri Terengganu.Kami jadi naib juara TNB-LHM (Wanita) 2020 kali ini, jadi kami akan cuba rebut piala ini untuk Terengganu,” katanya.Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu merupakan antara tonggak utama TLHT selama empat musim berturut-turut.
19 Feb 20
197
Empty Image
Pengakap Terengganu Perkasa Hubungan Antarabangsa - MyLEAF
KUALA NERUS, 19 Februari - Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) memperkasa hubungan strategik antarabangsa dengan meneroka peluang program penyelidikan dan latihan yang berpotensi.Usaha itu dijalankan bersama pihak Malaysia Environment Adventure & Fellowship Society (MyLEAF) dalam Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.Memorandum tersebut dimeterai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Che Soh Muda dan Pengerusi MyLEAF, Azmi Nashriby Abu Bakar, .Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Taib dan Penasihat MyLEAF, Mohd Taib Wahab serta turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin.Che Soh Muda berkata, jalinan kerjasama melalui MoU ini akan membuka lebih banyak ruang kepada pihaknya dalam mengendalikan program antarabangsa seperti Program Pertukaran Pelajar serta Program Kem Kaunselor antara Malaysia dan Rusia.“Pada masa sama membantu merancakkan sektor pelancongan di mana melalui program peringkat antarabangsa yang dianjurkan sebelum ini berjaya menarik lebih 13,000 peserta dari pelbagai negara,” katanya.
19 Feb 20
479
Empty Image
Ke Mana RM1.14 Bilion Bakal Dibelanjakan?
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) dan Dato' Seri Azmin Ali (kanan).KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan rasa terima kasih kepada Menteri hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali atas kelulusan peruntukan sebanyak RM1.14 bilion untuk pembangunan infrastruktur negeri itu bagi tahun 2020.“Terima kasih kerana telah meluluskan peruntukan untuk Rolling Plan keempat tahun 2020 bagi negeri Terengganu melaksanakan 281 projek dalam negeri ini.“Daripada jumlah itu, sebanyak 39 projek baharu diluluskan dengan kos RM18.15 juta, manakala sebanyak 242 projek sambungan dengan kos RM1.115 bilion,” katanya ketika berucap di Kem Seri Pantai 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) Seberang Takir, baru-baru ini.Jelasnya, di samping kelulusan itu, beliau juga amat mengalu-alukan kelulusan projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada rakyat seperti penyelenggaraan surau, masjid dewan orang ramai, jalan-jalan kampung, longkang parit dan sebagainya.“Kita melihat beberapa persoalan yang berlaku di negeri Terengganu yang berkait dengan isu-isu hakisan yang berlaku serta keperluan untuk pembinaan infrastruktur bagi perhubungan rakyat di Pulau Redang dan sebagainya .“Semua perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut antara kerajaan negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terutamanya dengan kerjasama Dato’ Seri Azmin Ali,” katanya.Dr. Samsuri berharap pembangunan Terengganu tidak dilupakan oleh Persekutuan kerana ia sama-sama memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri, tetapi juga kepada negara secara amnya.“Hubungan yang baik ini akan diteruskan, dan saya percaya inilah yang kita mahu bukan sahaja dalam negeri Terengganu, bahkan di semua negeri dalam Malaysia ini,” katanya.
18 Feb 20
41