Artikel "Semasa" Terkini
'Api Marak Tak Sampai Lima Minit'
Keadaaan rumah Melati hangus terbakar.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 15 Februari – Itu luahan mangsa, Melati Yusof, 53, ketika menceritakan keadaan sewaktu rumahnya terbakar kira-kira jam 12.30 pagi tadi.Menurutnya, kejadian tersebut pada awalnya disedari oleh anak perempuannya yang terhidu bau hangit berpunca dari sebuah bilik di dalam kediamannya yang terletak di Kampng Gong Parit.“Selepas Natasha (anak) buka pintu bilik itu, dia lihat api sedang marak dengan cepat dan kami bertindak menyelamatkan diri.Khalil berbincang dengan keluarga terbabit berkaitan kebakaran tersebut.“Kami tidak sempat membawa apa-apa barang keluar dan hanya sempat alihkan kereta dari rumah”, katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di lokasi selepas kejadian itu.Melati yang merupakan pengusaha kedai makan di kampung itu bagaimanapun bersyukur kerana keempat-empat ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu selamat tanpa sebarang kecederaan.Sementara itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang hadir sama bagi melihat keadaan rumah mangsa memaklumkan pihaknya akan cuba untuk membantu mangsa dalam menghadapi musibah itu.Muhammad Khalil ketika meninjau keadaan rumah mangsa."Terima kasih diucapkan kepada pihak bomba yang bertindak tangkas memadamkan api dan memastikan ia tidak merebak ke rumah-rumah yang berdekatan," katanya.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Batu Buruk, Salleh Abdullah dan wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gong Parit.
15 Feb 20
72
Tangkapan Pasangan 'Basah' Catat Penurunan
Operasi di beberapa buah hotel awal pagi tadi. Foto oleh - Wan Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Bilangan tangkapan pelaku maksiat di daerah ini dan Kuala Nerus mencatatkan penurunan mendadak sejak operasi penguatkuasaan syariah dijalankan secara agresif bermula 1 Januari lalu.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, dalam operasi khas sempena 'Hari Kekasih' awal pagi tadi hanya tiga pasangan ditahan berbanding 10 sebelum ini.Katanya, operasi yang melibatkan 20 anggota penguatkuasa dan sukarela berjalan selama lima jam bermula tiga pagi dengan menyasarkan lapan hotel dan premis yang telah dikenal pasti di dua daerah berkenaan."Enam orang yang ditahan akan didakwa bawah Seksyen 31 (a) dan (b) (berkhalwat) serta Seksyen 29 (perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan)."Bilangan itu menunjukkan berlaku penurunan yang banyak, biasanya sebelum ini 20 orang ditangkap, ini mungkin disebabkan peranan penguatkuasa dan media yang menimbulkan kegerunan kepada pelaku untuk membuat maksiat," katanya.Azmi Tengah.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas operasi tersebut di Kompleks Seri Iman, pagi tadi.Menurutnya lagi, pelaku yang ditahan dalam operasi tersebut juga kebanyakannya adalah berasal dari luar Terengganu."Pasangan dari negeri ini ada, cuma bilangannya amat sedikit berbanding pelaku luar yang datang berkunjung ke sini."Jadi kita juga berharap agar pihak berkuasa negeri terus memainkan peranan dengan melakukan sebaran media berkait kemungkaran ini supaya ia menjadi cegahan umum."Ia selaras peruntukan undang-undang bagi merealisasikan Terengganu sebagai negeri sifar maksiat," tambah beliau.Untuk rekod, seksyen 29 serta 31 (a) dan (b) di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
15 Feb 20
53
Pantau Pemakanan Kanak-Kanak - AP Setiu
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 15 Februari - Pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan kanak-kanak perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, ini kerana ia akan memberi kesan kepada proses pertumbuhan kanak-kanak melibatkan kecekapan berfikir dan perkembangan otot.Jelasnya, kajian Nutrisi Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS) mencatatkan kanak-kanak dalam satu daripada tiga keluarga di Malaysia mengalami kekurangan zat penting seperti Vitamin C dan Kalsium"Perkara ini membuktikan bahawa Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan yang disediakan sejak dua dekad lalu masih belum dapat menangani masalah ini," ujar beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.Mengulas lanjut, beliau juga meminta agar kerajaan menambah baik prosedur program itu supaya isu berkenaan dapat diselesaikan."Ibu bapa juga mestilah menyedari kepentingan pengambilan makanan sihat dan menjaga pemakanan anak-anak terutama dibawah umur enam tahun."Ia juga penting supaya generasi anak bangsa yang sihat dan cerdas dapat dibina dengan baik," tambah beliau.
15 Feb 20
34
Santuni Pesakit Di Hospital Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bersama dengan kakitangan Pusat Khidmat Dun (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyantuni pesakit-pesakit di Hospital Besut.Pegawainya, Azbi Salleh berkata, pesakit juga turut menerima sedikit sumbangan daripada PKM Dun Kuala Besut."Program ini diadakan supaya kita dapat meringankan beban orang diuji dengan sakit.“Selain itu juga kita dapat bertemu mata dan bertanya khabar mereka yang berada di dalam wad," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari Selasa, 11 Februari.Turut sama dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir, Pegawai Khas Penyelaras, Mohd Sulaiman dan kakitangan i-MiTS.Menurutnya, pihak Hospital Besut turut berterima kasih kepada PKM dan i-MiTS kerana meluangkan masa melawat pesakit-pesakit di sini."In shaa Allah kita akan pastikan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang," tambah beliau.
15 Feb 20
722
Pesakit Kronik Diberi Perhatian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 15 Februari- Pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus diberi perhatian oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Azbi Salleh berkata, program sebegini sangat penting kerana dapat mengambil cakna masalah yang di hadapi oleh masyarakat setempat."Ramai rakyat yang ditimpa masalah dan kita akan sedaya upaya untuk membantu meringankan beban mereka bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.“Saya berpesan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya aktif bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat agar kita dapat membantu," ujarnya ketika ditemui pihak media pada hari Khamis, 13 Februari.Turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUNKuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Ayer Terjun, Nik Ma Nik Adek.Menurutnya, beliau yang mengetuai program tersebut telah menziarahi seramai enam orang pesakit kronik dan ia merupakan ziarah berkala di kawasan tersebut.
15 Feb 20
30
Jeti Pusat Pelancongan Dibersihkan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Jeti pusat pelancongan Kuala Besut yang dipenuhi sampah sarap dibersihkan dengan cara bergotong-royong.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, program itu diadakan bagi membersihkan kawasan tersebut yang bakal menerima pelancong tidak lama lagi."Sampah sarap yang terdiri daripada serpihan kayu terkumpul menyebabkan ianya tidak elok untuk dipandang apatah tempat itu merupakan tumpuan pelancong."Yang dihanyutkan oleh arus sungai menyebabkan ianya terperangkap di sini (jeti) mencacatkan permandangan kepada orang ramai yang datang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, pada hari Khamis, 13 Februari.Menurutnya, jeti tersebut bakal dibuka kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian pada akhir bulan Februari selepas habisnya musim tengkujuh.Turut hadir dalam program gotong-royong tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Dun Kuala Besut, Hafiz Yusof.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini agar kebersihan tempat ini terus terjaga," tambah beliau.
14 Feb 20
57
Masyarakat Digesa Budayakan Jaga Kebersihan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Masyarakat digesa membudayakan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa bagi memastikan sentiasa bersih dan terjaga.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, terutamanya di seluruh persekitaran penempatan masing-masing."Saya ingin menasihati kepada masyarakat supaya lebih cakna tentang kebersihan agar kita jauh daripada terkena penyakit berbahaya terutamanya denggi yang boleh menyebabkan kematian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Perdana Bersama Komuniti di Kampung Taman Sri Seratus pada hari Khamis, 13 Februari.Menurutnya, masalah kesihatan tertutamanya denggi sangat tinggi di kawasan Besut.“Islam juga mengajar kita kebersihan merupakan sebahagian daripada iman dan kita sebagai orang Islam perlulah cakna akan kebersihan”, katanya lagi.Program tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, SMK Kuala Besut, Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Sri Seratus.
14 Feb 20
80
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Empat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar 7 Februari lalu, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan-nelayan itu ditemui lebih kurang 10 batu nautika ia dilaporkan hilang pada 5.15 petang.
"Kami menerima laporan kehilangan pada 10.00 malam dua hari lalu dan memulakan pencarian awal pagi semalam menggunakan Kapal Maritim (KM) Jujur dan KM Gemia.
Komander Maritim Ariffin Ghazali.
"Hari ini merupakan hari kedua pencarian pihak APMM dan nelayan terbabit ditemui oleh KM Gemia setelah tujuh hari hilang di laut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di jeti Ibu Pejabat APMM Terengganu, di sini, malam ini.
Menurutnya, nelayan berkenaan iaitu Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek@Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29 yang menaiki bot kelas A dengan nombor pendaftaran TRF 1178 itu ditunda Kapal Maritim (KM) Gemia ke jeti APMM, sebentar tadi.
"Keempat-empat nelayan terbabit kini berada dalam keadaan stabil setelah kita memberikan makanan serta rawatan awal.
Bot nelayan yang hilang sejak tujuh hari lalu.
"Pemeriksaan awal, kita dapati bot mengalami kerosakan pada bateri menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan dan mereka hanyut," katanya.
Terdahulu, bot dinaiki nelayan dari Kampung Losong dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Jumaat lalu.
Adik Azuan yang merupakan tekong bot, Mohd Amri Yusof, 33, melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dua hari lalu setelah abangnya tidak dapat dihubungi.
KM Gemia sedang menunda bot ke jeti.
14 Feb 20
553
THT Kenduri Gol Belasah Hockademy KL
Faizal melakukan gelecekan menarik sebelum menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tempoh hari, Pasukan Hoki Terengganu (THT) meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah pasukan Hoki Akademi Kuala Lumpur (Hockademy KL) 6-0 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk, sebentar tadi.THT yang sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala TNB yang akan berlangsung Rabu depan bermula garang dengan melancarkan serangan pantas ke kubu Hockademy KL.Hasilnya, pada minit keenam, pemain muda THT, Muhamad Shahrin Izzuddin Shamsuri yang tidak dikawal berjaya meledak gol pembukaan selepas menerima hantaran cantik daripada Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee.Tersentak dengan gol THT, anak buah kendalian Selvaraju Sandrakasi cuba mengubah permainan dengan melancarkan serangan balas ke pintu gol THT.Namun pertahanan Terengganu yang dikawal Jung Manjae tenang mengawal asakan, kedudukan 1-0 kekal hingga tamat suku pertama.Pemain Hockademy KL bertahan selepas diasak THT.Bersambung suku kedua, pada minit ke-26, THT mendapat pukulan sudut penalti selepas bola terkena kaki pemain Hockademy KL dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Jang Jong Hyun untuk menggandakan jaringan.Perlawanan terus berlangsung rancak dengan THT dilihat lebih merbahaya ketika melakukan seranganPada minit ke-35, Jang terus menjarakkan kedudukan THT selepas menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti bagi memastikan skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu selesa dengan tiga gol di depan. Jaringan itu ternyata melemahkan semangat skuad ibu kota apabila THT semakin selesa menguasai permainan dengan melakukan asakan ke kubu pelawat dan hasilnya pada minit ke-56, gol keempat berjaya dijaringkan menerusi sentuhan Muhammad Umar Bhutta.Berselang empat minit kemudian, THT terus mengganas dengan serangan bertali arus ke pintu gol yang dikawal oleh Mohd Safiuddin Sahrom.Fitri Saari memperdaya dua pemain Hockademy KL.Bagaimanapun penjaga gol Hockademy KL itu gagal menafikan gol kelima Terengganu selepas sungkitan bersahaja Faizal Saari menambah derita pasukan di tangga terbawah liga.Ketika permainan dijangka berkesudahan dengan 5-0, Jang membuktikan kehebatannya dengan melengkapkan hatrik, gol itu dijaringkan sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti pada 10 saat sebelum wisel penamat.Perlawanan terakhir liga menentang Maybank Ahad ini akan menjadi perlawanan penentuan sama ada THT akan menamatkan saingan di tangga kedua atau ketiga.
14 Feb 20
211
Valentine’s Day Bertentangan Dengan Ajaran Islam – Zuraida
Foto Ehsan: GoggleOleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 14 Februari – Umat Islam dinasihatkan agar tidak meraikan Hari Kekasih (Valentine’s Day) kerana ia adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata demikian setelah merujuk kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 (22 -24 November 2005).“Pada 14 Februari setiap tahun, ia sinonim bagi muda-mudi di Malaysia menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine's Day. Bahkan segelintir masyarakat kita tanpa segan silu menyambut serta memperingati sambutan ini.“Asimilasi budaya barat ini wajib dihentikan segera oleh masyarakat Islam kerana ia menjerumus kepada pembudayaan maksiat." Umum mengetahui bahawa amalan menyambut Valentine's Day di dalamnya menggalakkan budaya bercinta, 'dating' (janji temu), memberi hadiah dan sebagainya”, ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial ' facebook' beliau baru-baru ini.ZuraidaKatanya, lebih menggusarkan apabila Valentine's Day ini boleh mendorong anak muda ke arah perbuatan zina."Zina adalah perbuatan yang keji dan buruk dalam Islam. Ia merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah serta membuka pintu kemaksiatan dan gejala sosial yang lain," ujarnya lagi.Menurut Zuraida, agama Islam sama sekali tidak melarang umatnya untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang namun, berkasih sayanglah mengikut tatacara yang telah dianjurkan dalam syariat Islam.“Semoga kita semua pada hari ini kembali berpegang teguh kepada acuan al-Quran dan as-Sunnah dengan memelihara maruah diri dan menjauhi perkara yang dilarang bagi membentuk masyarakat negara yang sihat rohani dan jasmani.“Sungguh, bercinta dan berkasih sayang selepas nikah itu jauh lebih indah," ujar beliau.
14 Feb 20
101