Artikel "Semasa" Terkini
Dua Bot Nelayan Asing Ditahan, RM 2 Juta Hasil Laut Dirampas
KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua buah bot nelayan bersama-sama 23 awak-awak Vietnam termasuk tekong yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini, semalam.Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan di dua lokasi berbeza iaitu pada jarak 107 dan 105 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan disyaki bot nelayan asing yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan.‘Kedua-dua bot tersebut berjaya ditahan oleh Kapal Maritim KM Segantang dan Bot Maritim Negeri Terengganu yang sedang melakukan rondaan OP Naga Barat dan OP Iman.“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di jeti Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, kedua-dua bot berkenaan telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat APMM, Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen kerana awak-awak tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.
03 Mar 20
136
MDS Gesa Masyarakat Patuhi Amaran Obor-Obor Beracun
Obor-obor beracun. Foto ihsan - Google.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 3 Mac - Majlis Daerah Setiu (MDS) menggesa orang ramai supaya mematuhi papan tanda amaran ancaman obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese man o' war di sepanjang pantai Terengganu terutamanya di daerah ini.Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDS, Nurul Asmera Zamli berkata, obor-obor berkenaan dipercayai boleh mendatangkan kesan teruk kepada kesihatan orang ramai seperti badan akan mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan kematian.“Papan tanda amaran telah diletakkan di kawasan Pantai Rhu 10 di sini, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada cuti hujung minggu,” katanya ketika dihubungi Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Menurutnya lagi, kesedaran orang ramai mengenai ancaman obor-obor beracun itu amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang melakukan aktiviti di laut dan pantai.“Semua diingatkan sekiranya terkena serangan obor-obor ini supaya mendapatkan rawatan dengan segera di hospital yang berdekatan,” tambah beliau.Pada pertengahan Februari lalu nelayan tempatan menemui obor-obor beracun di Pantai Rhu 10 dan Pantai Bari.Berikutan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati dengan kemunculan obor-obor tersebut.“Sehubungan itu, kita menasihatkan pengunjung agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai (negeri ini) buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor ini.“Ini kerana masih tiada anti venom untuk serangan obor-obor ini kecuali ubat penahan sakit sahaja. Menurut ahli sains, kesan serta merta yang dirasai dalam tempoh tiga minit ialah kekejangan yang menimbulkan kesakitan melampau,” katanya.
03 Mar 20
327
Berdakwah Tanggungjawab Bersama - Mohd Nor Hamzah
MARANG, 3 Mac - Usaha menyampaikan dakwah demi meningkatkan syiar Islam adalah tanggungjawab bersama dan bukannya terletak di bahu pendakwah dan pihak tertentu sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu wakil pemimpin terutamanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan dalam setiap aspek agar niat menyampaikan dakwah benar-benar berkesan.Katanya, pihak itu perlu menjadikan slot dakwah sebagai perbincangan penting dalam mesyuarat bulanan MPKK.“’Melaluinya, MPKK perlu turun padang menyampaikan dakwah di kampung-kampung dengan menumpukan golongan belia sebagai sasaran.“Pada masa sama sewajarnya perlu menyemarakkan program Bulan Penghayatan Ibadah Solat di mana perlu menjadi contoh kepada masyarakat setempat dengan datang awal ke masjid untuk solat berjemaah.“Mengikuti kuliah-kuliah agama tanpa rasa jemu terutama di waktu Subuh,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Seminar Pendekatan Dakwah, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini hari ini.Majlis itu diselitkan slot pembentangan kerja kerja bertajuk Kristian Ancaman Terbesar Melalui Gerakan Evagelist; Membudayakan Dakwah Dalam Masyarakat dan Dakwah Bukan Pilihan Tetapi Tuntutan.Mohd Nor turut memberitahu, pihaknya bercadang mahu menubuhkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar di setiap kampung agar perbuatan maksiat dapat dibanteras secara berperingkat-peringkat.“Melalui penubuhan yang dianggap cukup penting itu, ia bukan sahaja boleh menyampaikan dakwah secara bersemuka malah boleh mendidik pesalah ke jalan kebaikan,” katanya.
03 Mar 20
493
Proses Baik Pulih Kemudahan Lata Changkah Hampir Siap
Tandas, antara kemudahan yang dibaik pulih. Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 3 Mac - Lata Changkah bakal berwajah baharu apabila proses baik pulih kemudahan di pusat rekreasi itu sudah memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, kerja-kerja menyelenggara kemudahan seperti bilik persalinan, tandas dan surau kini hampir selesai sebagaimana dirancang.“Apabila siap nanti, ia memberi kemudahan kepada pengunjung yang hadir untuk menguruskan diri dengan lebih selesa dan boleh mendirikan solat di surau di sini.“Kalau sebelum ini kita lihat keadaan tandas, surau tidak terurus dengan baik, ditambah dengan sampah dan kebersihan yang tidak terjaga. Jadi selepas ini kita harap semua pengunjung yang hadir sama-sama menjaga tempat ini sebaiknya, insya-Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikan ketika mengadakan lawatan dan meninjau kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di sini bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seladang, Azman Abdullah.Zul Bhari (tengah).Julai tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman meluluskan peruntukan segera sebanyak RM60 ribu untuk membaik pulih infrastruktur di dua tempat rekreasi, Lata Cangkah dan Lata Payung.Kata Ariffin, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan beberapa isu kemudahan pusat pelancongan yang menjadi rungutan pengunjung.“Untuk jangka pendek peruntukan segera bagi membaiki infrastruktur di Lata Changkah dan Lata Payung akan melibatkan semua jabatan di peringkat daerah untuk menjayakan pelaksanaan itu.“Kami (kerajaan) juga akan bekerjasama dengan pejabat daerah dan majlis daerah serta jabatan pelancongan akan merangka strategi serta pelan jangka masa panjang dengan perancangan bajet melebihi RM1 juta,” katanya.Lata Changkah menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri terutamanya pada hujung minggu serta cuti umum kerana keindahan persekitarannya.
02 Mar 20
1146
Terengganu Lancar Buku Bela Hak Keluarga Tunggal
Buku bela hak keluarga tunggal dilancar - Foto oleh - Ahmad Ezani Razali.KEMAMAN, 2 Mac - Kerajaan Terengganu mengambil langkah proaktif membela nasib keluarga tunggal dengan melancarkan Buku Panduan Hak-Hak dan Tatacara Tuntutan di Mahkamah Syariah hari ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali berkata, inisiatif bersama antara Jabatan Kehakiman Syariah dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkaitan perundangan dalam institusi kekeluargaan."Ia sangat penting dan memudahkan orang awam untuk memahami beberapa perkara yang melibatkan undang-undang substantif dan prosedur secara ringkas dan padat."Buku ini menyentuh dua skop utama penerangan, iaitu hak-hak yang boleh suami serta isteri tuntut dan prosedur-prosedur yang perlu diikuti semasa prosiding kes berjalan," ujarnya di hadapan 3,000 peserta.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Himpunan 'Siti Aisyah : Seutuh Permata Seindah Humaira' di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.Ustazah Asma' Harun turut memeriahkan program dengan menitipkan beberapa pesanan.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan Pengarah YPKT, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah.Tambah Yahaya, Terengganu juga sedang mengorak langkah untuk merangka Dasar Wanita Terengganu bagi melahirkan golongan ibu yang berilmu dan lebih berdaya saing."Dasar berkenaan dirangka selari dengan suasana masyarakat Terengganu sendiri berlandaskan al-Quran dan hadis," katanya lagi.Sementara itu, Pengerusi Kelab Ibu Tunggal DUN Pengkalan Berangan, Wan Zaitong Wan Nik terharu dengan komitmen kerajaan negeri dalam membela nasib keluarga tunggal.Katanya, golongan terbabit sering menghadapi cabaran seperti masalah ekonomi, stigma sosial dan beban peranan dalam kehidupan seharian.Wan Zaitong (tengah) bersyukur dengan bantuan kerajaan negeri untuk setiap parlimen."Namun selepas dibantu, banyak perkembangan positif yang dicapai mereka, contohnya dalam daerah Marang ini ada antara mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan sabun."Walaupun baru di peringkat permulaan, sabun daripada madu kelulut itu telah dipilih oleh YPKT untuk dipamerkan di setiap program ibu tunggal, itu kejayaan cukup bermakna," tambah beliau.
02 Mar 20
154
PMINT Diharap Main Peranan Secara Menyeluruh
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 2 Mac - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diharap dapat memainkan peranan yang lebih menyeluruh dalam memajukan sosial ekonomi rakyat.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, ia merupakan satu tanggungjawab bagi memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini."Lawatan ini adalah kali pertama ke PMINT yang merupakan agensi utama kerajaan negeri dari segi pembangunan sosial ekonomi Terengganu."PMINT merupakan sebuah agensi yang besar dan terlibat dalam banyak sektor, antaranya Sektor Perumahan, Pembuatan, Pelancongan, Pertanian, Perlombongan, Pembangunan Hartanah, Pengangkutan serta Pengurusan Kompleks dan Strata," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program lawatan ke premis berkenaan, di sini semalam.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Pengerusi Mawaddah Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman.Menurutnya, antara syarikat yang terlibat di bawah PMINT ialah Pertima, TTI Management Sdn Bhd, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, CAS Ligas Sdn Bhd, PMINT URUS Sdn. bhd dan Paya Bunga Hotel."Pada keseluruhannya lawatan hari ini dapat memberi maklumat yang jelas berhubung dengan PMINT termasuk perumahan, perkedaian dan yang terbaru berkait dengan pembangunan industri," tambah beliau.
02 Mar 20
414
Kerajaan Negeri Prihatin Persatuan Pemandu Dan Pemilik Teksi / Kereta Sewa Melayu
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 2 Mac - Persatuan Pemandu dan Pemilik Teksi/ Kereta Sewa Melayu Daerah Kemaman menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri, kelmarin.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memberikan sumbangan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-49 persatuan tersebut yang diadakan di Bangunan Wisma Serangkai di sini."Saya bersetuju memberikan sumbangan RM5,000 untuk persatuan ini. Selepas daripada ini kami (kerajaan negeri) akan bantu lagi dari semasa ke semasa," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut memahami kesusahan dan kesukaran mencari rezeki yang dialami oleh semua ahli persatuan dalam keadaan ekonomi negara yang penuh mencabar ketika ini.Sementara itu, Pengerusi Persatuan, Mohd Kamar Wan Othman mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang sudi hadir bagi merasmikan mesyuarat agung yang diadakan pada kali ini."Kami sangat gembira di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak YB (Yang Berhormat)."Harapan kami agar kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian dan membantu kami," katanya.
01 Mar 20
223
Muhyiddin Angkat Sumpah Sebagai PM Ke 8
KUALA LUMPUR, 1 Mac – Hari ini sejarah sekali lagi tercipta apabila Ahli Parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 10.30 pagi ini.Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Dato' Seri Mohd Zuki AliMuhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas enam hari Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri ke-7 iaitu kurang dua tahun gabungan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu yang diterajui olehnya.Acara penuh istiadat itu bermula dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. supaya Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Muhyiddin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.Pengumuman itu menamatkan kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu.Peristiwa bersejarah hari ini sekali gus memuktamadkan polemik berkenaan seterusnya mendaulatkan sistem pentadbiran Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan.
29 Feb 20
193
'Terengganu Fly Fishing Festival', Perkenal Sungai Berang Ke Mata Dunia
Maliaman melihat peralatan memancing.HULU TERENGGANU, 29 Februari -Penganjuran 'Terengganu Fly Fishing Festival' bakal memperkenalkan Sungai Berang sebagai destinasi eko-pelancongan kepada seluruh kaki pancing dari dalam dan luar negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, ia dapat dibuktikan apabila lebih 100 peserta terdiri dari negara Amerika Syarikat, Filipina dan Great Britain menyertai pertandingan kali ini."Kehadiran mereka pastinya memberi peluang kepada komuniti setempat untuk memperkenalkan pelbagai spesis ikan air tawar di sini, dalam masa yang sama ia dapat menggalakkan komuniti untuk menceburi industri pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat."Program ini juga dilihat sebagai satu platform bagi mensasarkan sektor eko-pelancongan sebagai satu faktor yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan daerah dan negeri," katanya.Berucap merasmikan festival.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman merasmikan festival berkenaan di Dewan Komuniti Kampung Betong, di sini semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Normah Nik dan Pengerusi Kelab Terengganu Fly Fishing, Norhisyamuddin Abd Ghani.Dalam pada itu, penganjur program, Christopher Mcilravy yang hadir sama memaklumkan, beliau terharu dengan sokongan daripada pihak kerajaan negeri dalam merancakkan lagi festival yang sudah memasuki siri ketiga itu.Christopher teruja dengan keindahan sungai di Terengganu."Kita boleh melihat peningkatan peserta bermula sejak siri pertama, bermula dengan 32 orang kini sudah melebihi ratusan peserta."Kita juga ada wakil dari setiap negara luar termasuk media yang akan mempromosi dan menjadi pemerhati terhadap penganjuran ini," tambah beliau.'Terengganu Fly Fishing Festival' akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan akan berakhir esok.
29 Feb 20
715
‘Gi Mayang Jemaah, Boleh RM2’ - Shafizi
Kanak-kanak yang hadir ke masjid.Oleh: Mohd IzriSETIU, 27 Februari - Peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai menggambarkan inisiatif Masjid As-Salam di Batu Rakit yang menggalakkan remaja dan kanak-kanak di kawasan itu menunaikan solat Subuh berjemaah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, Kempen Solat Subuh berjemaah melalui pemberian insentif duit saku RM2 setiap seorang mendorong golongan itu hadir ke masjid sebelum ke sekolah setiap pagi.“Cabaran bagi kita untuk bangun dari tidur adalah sangat berat. Jika ibu, bapa atau pasangan tidak bangunkan kita dari tidur, hampir pasti kita terlepas solat atau terlewat bangun.“Jadi, atas sebab itu sebagai usaha untuk menggalakkan golongan muda datang ke masjid kita bagi duit belanja kepada pelajar sekolah pada hari Ahad sehingga Khamis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Ibadah Solat di sini kelmarin.Shafizi merasmikan Bulan Penghayatan Ibadah Solat.Katanya lagi, idea untuk melaksanakan pemberian insentif hadir ketika berbincang bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.Tambah beliau, selain pemberian wang saku kepada kanak-kanak, masjid itu turut menyediakan aktiviti lain seperti Kelas Mengaji Al-Quran secara percuma untuk 50 penduduk bermula 1 Mac.“Ia akan dilaksanakan tiga kali seminggu dan program seterusnya kita akan hidupkan aktiviti memanah pada 14 Mac nanti.“Semoga usaha ini dapat dicontohi masjid-masjid di kawasan lain dalam usaha mengimarahkan institusi perpaduan umat Islam itu,” jelasnya.
26 Feb 20
100