Artikel "Semasa" Terkini
PAS Tegas Lantik Ahli Kabinet Berintegriti - Abdul Hadi
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.Oleh : Hidayah AzlinMARANG, 6 Mac – PAS mengulangi ketegasan supaya Perdana Menteri melantik barisan Jemaah Menteri yang terdiri daripada kalangan berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cadangan yang dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu perlu dijayakan supaya negara berada di landasan terbaik setelah kemelut politik berakhir."Saya tegas dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, PAS istiqamah, konsisten dengan pendirian kita memilih anggota kabinet yang punyai integriti, yang bersih, berkepakaran, kalangan ahli politik dan kalangan profesional kerana kita mahu menyelamatkan negara," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Rusila hari ini.Mengulas tentang kes pemimpin tertentu yang sedang dibicarakan di mahkamah, beliau berkata, kerajaan baharu tidak akan mencampuri urusan terbabit.Sebaliknya, ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk badan kehakiman untuk menjalankan proses pengadilan.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir."Kita juga berharap agar semua pihak menghormati proses kehakiman. Jangan kita jadikan media sosial (sebagai) keputusan mahkamah. Itu tidak boleh, biar mahkamah buat keputusan."Mengikut konsep kehakiman Islam, orang yang dituduh belum didapati bersalah lagi kecuali sudah dibuktikan di mahkamah."Kita mengambil kira keputusan mahkamah. Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), tengah perbicaraan pun dia hentikan kerana ada orang tertentu yang ada kes ini termasuklah yang diletak di bawah karpet. Kita tahu, kes-kes besar dia letak bawah karpet," ujarnya.Dalam masa yang sama, Abdul Hadi mahu kerajaan baharu meneruskan segala agenda yang memberi manfaat kepada rakyat."Apa yang baik dari kerajaan dulu kita teruskan. Sebarang janji mustahil, kita tak boleh buat. Janji dia yang elok kita akan buat, walaupun PH dah jatuh."Termasuklah juga janji kita sendiri. Ada perkara yang sama,ada yang berbeza. Ia akan dilihat," tambah beliau.
06 Mar 20
88
Kampung Gong Pok Amat Bakal Bercahaya Tanpa Pelita
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 6 Mac – Sebahagian penduduk Kampung Gong Pok Amat, Jabi bakal menikmati bekalan letrik tidak lama lagi setelah sekian lama bergantung kepada cahaya pelita.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya sedang berusaha keras untuk memberikan ‘cahaya’ baharu buat penduduk dan ‘memanggil’ mereka yang merantau untuk kembali ke kediaman masing-masing.‘’ Terdapat sebelas buah rumah di sini yang sebahagiannya terpaksa ditinggalkan pemiliknya lantaran ketiadaan kemudahan asas.‘’ Namun, tuan rumah telah memberi komitmen sekiranya ada elektrik, maka mereka akan pulang menetap di sini,’’ katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas membuat tinjauan di beberapa lokasi yang bermasalah di Kampung berkenaan, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, walaupun projek ini bakal menelan kos yang tinggi namun usaha ini haruslah diteruskan demi kepentingan rakyat.‘’ Satu usaha bersepadu Pejabat Adun Jabi bersama Pejabat Daerah Besut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dimulakan sejak tahun lepas bagi membekalkan bekalan lektrik ke kampung ini dengan kos sekitar RM 1.15 juta.‘’ Kita sangat yakin, bila dilengkapi dengan keperluan asas ini, kampung ini akan dapat dimajukan seiring dengan pembangunan negara. Doakan semoga dipermudahkan usaha ini,"ujar Dr Azman.
06 Mar 20
67
Peralihan Kerajaan : MPKK Terengganu Berjalan Seperti Biasa
Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Gerak kerja melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Terengganu akan berjalan seperti biasa walaupun berlaku perubahan kepimpinan di peringkat persekutuan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, ini kerana kerajaan negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan bayaran elaun bagi kesemua 1046 MPKK Terengganu.Jelasnya, ia setelah kerajaan pusat sebelum ini menghentikan kerjasama serta menamatkan bayaran elaun kepada MPKK lantikan negeri.“Kita laksanakan inisiatif itu bagi menjamin kelangsungan fungsi dan peranannya dalam membantu masyarakat.“Kerana itu, maka perjalanan MPKK di Terengganu akan terus berjalan seperti biasa di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sehingga satu keputusan baharu dibuat di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Pada 4 Mac baru-baru ini, Ketua Setiausaha KPLB dalam satu makluman berkata, segala urusan berkaitan MPKK dan MPKK Persekutuan (MPKKP) diminta untuk ditangguhkan sementara waktu berikutan peralihan kerajaan.“Ia telah mengakibatkan berlaku rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana turut melibatkan MPKK dan MPKKP.“Jadi dipohon untuk menangguhkan sementara semua urusan MPKK dan MPKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, pembayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.“Berkuatkuasa sehingga mendapat dasar dan hala tuju baharu daripada Menteri KPLB,” ujar kenyataan itu.
06 Mar 20
91
SMK Cherul Cipta Kejutan SPM Terengganu
Salim Ab Ghani turut zahirkan kegembiraan atas kejayaan SMK Cherul.KUALA NERUS, 5 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Cherul, Kemaman membuat kejutan apabila dipilih sebagai sekolah yang mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bagi seluruh negeri Terengganu.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani turut melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan."Kita agak teruja apabila SMK Cherul; sebuah sekolah pedalaman yang terletak di kawasan Felda di Kemaman yang mempunyai hanya 22 calon sahaja, boleh mengetengahkan tiga calon 'straight A' yang belum pernah mereka capai sebelum ini."Sekolah ini mencapai 13.64 peratus GPS yang merupakan peningkatan paling tinggi dalam negeri dan kita nobatkan sebagai sekolah yang menerima Peningkatan Semua A Terbaik," katanya.Salim menyampaikan sijil peghargaan kepada bapa Mohamad Shafiq Akram Shafee, pelajar terbaik negeri Terengganu.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman keputusan SPM 2019 di Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, hari ini.Tambahnya, sekolah berkenaan turut menerima penghargaan Peningkatan GPS Terbaik dengan peningkatan kepada 4.21 GPS berbanding 5.65 pada tahun 2018.Selain itu, sebanyak sembilan buah sekolah dipilih sebagai Sekolah Cemerlang SPM 2019 iaitu SM Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Intrgrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun, SM Kebangsaan Agama Durian Guling dan SM Sains Hulu Terengganu.Daripada kesembilan sekolah terbabit, sebanyak lima sekolah Lulus Semua Mata Pelajaran 100 Peratus iaitu SM Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu, SBP Integrasi Batu Rakit dan SM Sains Dungun.
04 Mar 20
1252
Terengganu Catat Dua Rekod Baru SPM 2019
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan semua A dari SM Sultan Mahmud meraikan kejayaan mereka. KUALA NERUS, 5 Mac - Negeri Terengganu berjaya mencatatkan rekod baharu negeri melalui Prestasi Gred Purata Negeri (GPN) dan Pencapaian Lulus Semua Mata Pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan, hari ini.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani memaklumkan, Terengganu mencapai gred purata 4.69, mencatatkan peningkatan prestasi gred sebanyak 0.21, sekali gus merupakan rekod baharu negeri."Bagi kita, ini rekod yang besar yang kita belum pernah capai lagi sebelum ini."Terengganu turut merekodkan pencapaian keseluruhan lulus mata pelajaran dengan peningkatan sebanyak 61.21 peratus dengan bilangan 10,510 daripada 19,550 calon yang mengambil peperiksaan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman SPM di Sekolah Sains Sultan Mahmud, di sini.Jelasnya, Terengganu turut merekodkan peningkatan dengan seramai 293 daripada 19,550 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Negeri Terengganu bagi tahun 2019 berjaya memperoleh pencapaian semua A dalam semua mata pelajaran.Pencapaian ini merekodkan lonjakan sebanyak 0.13 peratus bagi pencapaian semua A dengan peningkatan 293 (1.71%) pelajar pada tahun 2019, berbanding 276 (1.58%) pelajar pada 2018.
04 Mar 20
168
Beri Ruang Kepada Muhyiddin Selesaikan Polemik Negara
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 5 Mac - Ahli Parlimen Setiu meminta rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan pelbagai polemik yang melanda negara sebelum ini.Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, isu-isu yang melingkari pendidikan dan ekonomi seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta kos sara hidup rakyat merupakan perkara yang perlu diselesaikan dengan teliti.“Pelantikan tersebut juga diyakini telah menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ekoran sikap kerakusan pihak tertentu,” ujar beliau dalam satu kenyataan media kelmarin.Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah.“Semoga di bawah kepimpinan beliau, negara akan membangun dengan cemerlang di samping beliau diberi kekuatan untuk mentadbir negara ini,” tambahnya.
04 Mar 20
46
Amzad Harap Perikatan Nasional Jana Kemajuan Negara
Oleh: Husein HusainiKUALA TERENGGANU, 5 Mac - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berharap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan yang disertai Muafakat Nasional (MN) serta parti-parti lain akan menjana negara ke arah yang lebih maju dan saksama melalui gabungan kerajaan Perikatan Nasional.Jelas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, setelah piagam muafakat dibuat dan pelancaran muafakat dirasmikan, MN dilihat stabil dan teguh menghadapi cabaran daripada mana-mana kuasa besar parti politik lain di negara ini.Kerjasama politik yang dibuat mempamerkan kredibiliti yang mampu mentadbir negara dengan baik serta bersih dari kuasa asing yang mampu menggugat keharmonian negara.Pentadbiran di Terengganu sendiri dilihat telah hampir memenuhi separuh daripada manifesto PAS yang dijanjikan kepada rakyat.“Sebagaimana yang telah dijanjikan, kerajaan Terengganu akan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 5 tahun.Tetapi tidak sampai dua tahun, kini sudah 18,000 peluang pekerjaan mampu disediakan.”, tegasnya ketika menghadiri program Bicara Politik di Dataran Kedai Makan, Pasar Borong Gong Pauh, baru-baru ini.Tambahnya, kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada lima pilihanraya kecil yang terkini termasuk di Tanjung Piai dan Kimanis menunjukkan bahawa rakyat sudah lali dengan mainan politik Pakatan Harapan.Ahmad Amzad juga turut menzahirkan rasa syukur beliau dengan perlantikan ini menerusi hantaran di laman facebooknya dan turut melahirkan rasa hormat atas apa yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
04 Mar 20
121
Syukur Jadi Sebahagian Daripada Detik Bersejarah - Zuraida
Zuraida Mohd NoorOleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 5 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor menzahirkan kesyukuran kerana ditakdirkan untuk menjadi sebahagian daripada parti yang terlibat dalam detik bersejarah politik negara.Zuraida berkata secara peribadinya, beliau amat bersyukur kerana berpeluang menyaksikan serta terlibat dalam peristiwa 1 Mac 2020 yang menyaksikan Parti Islam se-Malaysia (PAS) telah tergolong sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia.“Sebenarnya jika kita singkap kembali sejarah, PAS bukan pertama kali menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan tetapi kali kedua. Kali pertama ialah pada tahun 1972 iaitu kira-kira 48 tahun yang lalu, dalam kerajaan campuran bersama-sama Parti Perikatan.“Selaku suara tertinggi Muslimat Muda PAS ataupun lebih dikenali dengan nama Ameerah, saya menyaksikan satu gabung jalin yang baik antara PAS dan parti-parti lain dalam persefahaman politik, Perikatan Nasional ini”, ujarnya.Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Beliau yang juga Ketua Pengarah Ameerah Malaysia berhasrat agar Perikatan Nasional ini dapat membela dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia.“Saya berharap dan berdoa agar dipermudahkan perjalanan PAS dalam kerajaan pusat, semoga kehadiran PAS mampu memberi impak yang besar. Mudah-mudahan kita mampu terus istiqomah membawa agenda Islam, sekaligus menjadi rujukan kepada parti-parti lain insya-Allah.“Sebagai seorang anak muda, pastinya saya mengharapkan agar kerajaan yang baru dibentuk ini, dapat membela, menjaga dan menunaikan hasrat anak-anak muda terutamanya dalam sektor pekerjaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan tidak ketinggalan dari sektor pendidikan mahupun ekonomi.“Saya doakan PAS terus maju dan semoga semua pendokong terus teguh berdiri di sisi parti walau dalam apa jua keadaan dan tahniah sekali lagi saya ucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini," tambahnya
04 Mar 20
276
TDM Berhad Meterai Perjanjian Pembelian Saham THP-YT Plantation
KUALA TERENGGANU, 3 Mac– TDM Berhad (TDM) menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) dengan TH Plantations Berhad (THP) bagi memperoleh 70 peratus saham THP-YT Plantation Sdn Bhd dengan pertimbangan pembelian sebanyak RM7.0 juta.Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata pada masa yang sama, pihaknya turut menandatangani Perjanjian Penyelesaian (SA) untuk menyelesaikan pendahuluan antara syarikat sebanyak RM78.6 juta yang terhutang oleh THP-YT kepada THP Suria Mekar Sdn Bhd (THSM), anak syarikat THP yang dimiliki sepenuhnya. Katanya, sebahagian daripada pendahuluan RM62.0 juta akan diselesaikan melalui kemudahan bank dan pendahuluan pemegang saham dan baki akan diberikan oleh THSM kepada TDM dengan kadar RM1.00."Pengambilalihan yang dicadangkan ini akan meningkatkan jumlah kawasan tanaman TDM di Terengganu dari 31,346 hektar kepada 33,653 hektar."Di samping itu, profil usia muda yang mana antara dua hingga sembilan tahun akan menyumbang secara positif untuk meningkatkan profil umur purata keseluruhan TDM. "Atas faktor lokasi yang berhampiran antara ladang THP-YT dengan perladangan sedia ada TDM, pengambilalihan itu dijangka dapat mengoptimumkan kapasiti dan kecekapan pemprosesan FFB, dan selanjutnya menurunkan kos pemprosesan kilang di kilang minyak sawit TDM di Sungai Tong,"ujarnya dalam satu kenyataan bertulis hari ini.Tambahnya lagi, di bawah Pelan Pembangunan Perniagaan (BDP),Kumpulan sentiasa mencari prospektif lapangan sedia ada dengan matlamat untuk mencapai peningkatan perolehan dalam kedua-dua sektor perladangan dan juga penjagaan kesihatan.Justeru itu katanya, pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan Kumpulan untuk meningkatkan profil umur purata dan mengurangkan turun naik dalam hasil pendapatan. "TDM secara strategik meletakkan dirinya untuk terus berdaya saing dalam keadaan pasaran yang sangat mencabar."Walau bagaimanapun, Kumpulan bersifat optimistik terhadap asas-asas mampan jangka panjang industri dan akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran," ujar beliau.
03 Mar 20
248
Dendong Mukim Tembila Projek Rumah Mampu Milik Terengganu
BESUT, 3 Mac - Projek pembangunan perumahan mampu milik dan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 60 ekar di kawasan Dendong, Mukim Tembila di sini merupakan usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40) memiliki rumah pertama.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata,pihaknya telah melantik pemaju iaitu Syarikat Wanland Metro Sdn Bhd untuk melaksanakan projek berkenaan dengan mengutamakan pembinaan rumah patuh syariah.“Pembangunan perumahan mampu milik dan bercampur di kawasan ini mengandungi 200 unit rumah teres satu tingkat mampu milik jenis A, 152 unit rumah teres satu tingkat mampu milik jenis B, 237 unit rumah teres dua tingkat jenis C dan 300 unit pangsapuri lima tingkat.“Terdapat juga 18 unit rumah kedai dua tingkat serta masing-masing seunit medan selera, surau, tadika serta dewan serbaguna,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau pembinaan rumah contoh di tapak berkenaan, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed.Dr. Alias berkata, unit kediaman tersebut akan dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM310,000 seunit kepada orang ramai.Menurut beliau, projek berkenaan akan dijalankan secara berperingkat di mana fasa pertama dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.“Kita akan adakan majlis pecah tanah pada awal April ini dan sekiranya tiada apa-apa halangan projek untuk fasa pertama akan terus berjalan dan dijangka siap 2023,” ujarnya.
03 Mar 20
1994