Artikel "Semasa" Terkini
Kerapuhan Institusi Keluarga Penyumbang Penyalahgunaan Dadah
Dr Alias Razak merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Terengganu Kali Pertama di Pejabat Daerah Kuala TerengganuOleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 27 Februari - Kerapuhan institusi kekeluargaan menjadi salah satu penyumbang kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antaranya masalah keretakan rumah tangga yang menjadi faktor penyumbang terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda masa kini selain terpengaruh dengan rakan sebaya."Ibu bapa lazimnya menjadi tempat untuk anak-anak mengadu masalah yang dihadapi mereka, namun kurangnya perhatian dan kasih sayang di rumah mengakibatkan mereka lebih cenderung untuk meluah segala permasalahan kepada orang yang salah pertimbangannya," ujarnya.Katanya, penagihan dadah menyebabkan berlakunya kes-kes jenayah seperti samun, curi dan bunuh yang memberi impak kepada kehancuran generasi yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.Ujarnya lagi, mereka yang terjebak dengan dadah berisiko lemah daya tahan dan kerosakan mental yang boleh mengancam intitusi keluarga mereka.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Terengganu Kali Pertama di Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali.Tambah beliau, antara faktor lain yang turut menyumbang gejala tersebut ialah ibu bapa meletakkan seratus peratus tanggungjawab mendidik anak mereka hanya pada bahu pihak sekolah.“Walhal cara didikan yang betul adalah bermula daripada suri teladan baik yang dipamerkan oleh kedua ibu bapa agar ia dapat diteladani anak masing-masing,’’ katanya.Selain itu, Dr. Alias memperbetulkan salah tanggap ibu bapa mengenai ukuran kejayaan anak-anak bukanlah melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi ianya mestilah seiring dengan penguasaan ilmu pengetahuan dalam pendidikan agama."Hal ini terbukti apabila kajian yang dijalankan mendapati peratusan pelajar yang menunaikan solat masih pada tahap mendukacitakan. Inilah perkara yang lebih membimbangkan kita kerana solat adalah benteng kepada segala perbuatan keji dan mungkar," jelasnya.Justeru, beliau turut menasihatkan ibu bapa dan masyarakat agar bekerjasama dalam menangani isu dadah.
26 Feb 20
279
Islam Menjaga Kesejahteraan Masyarakat
Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 27 Februari- Islam ternyata suatu agama yang sangat menitikberatkan anggota masyarakat agar mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan dalam kehidupan.Mufti Negeri Terengganu, Dr. Zulkifly Muda berkata, bagi menjaga kesejahteraan dan keharmonian Islam mengharamkan beberapa perkara.“Sebagai contoh Islam mengharamkan arak, memang betul (terbukti) kita dapat lihat pemabuk-pemabuk menyebabkan pelanggaran kesejahteraan manusia dengan berlakunya kemalangan dan membawa kematian serta timbul rasa tidak puas hati daripada keluarga mangsa.“Ini menunjukkan bahawa Islam apabila mengharamkan arak, maka kita nampak kesejahteraan di sebaliknya.Beliau berkata demikian, ketika bersiaran langsung di TV Darul Iman, ketika Program Bicara Mufti, hari ini.Katanya, apa yang berlaku di China juga menjadi pengajaran dan iktibar bahawa larangan memakan binatang seperti kelawar mengundang kepada ‘Corona Virus’ Covid 19 yang membawa penderitaan mengakibatkan kematian masyarakat negara berkenaan.“Apabila Islam mengharam perkara itu memang Islam hendak supaya manusia ini sejahtera dan mendapat keharmonian dalam kehidupan,” ujarnya.Katanya, kekerasan hati membawa kepada segelintir umat Islam sukar mengikuti segala peraturan. Justeru beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa meningkatkan ibadat yang wajib mahupun sunat, sentiasa sentiasa berdoa serta melazimi ‘istighfar’ agar lembut hati mengikut segala peraturan, undang-undang serta sistem ditetapkan Islam.
26 Feb 20
121
UPDI Timba Pengalaman Kelantan
Mohd Soud (dua dari kiri).KOTA BHARU, 27 Februari - Dalam usaha menambah baik sebaran maklumat berkaitan Kerajaan Terengganu, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) menimba pengalaman daripada Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) semalam.Pengarahnya, Mohd Soud Said@Mat Ali berkata, UPKN boleh disifatkan sebagai abang kepada UPDI kerana mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam bidang tersebut melebihi 30 tahun.“Hasil lawatan kali ini, kita mendapat banyak input, perkongsian dan pengalaman dari Kelantan yang sememangnya kita tahu sudah lama bergiat dalam kerja menyampaikan maklumat kepada masyarakat ini.“Kita melihat banyak idea dan sistem yang dijalankan di sini dari segi segmen dan penerbitan boleh diaplikasikan di UPDI nanti,” katanya.Zulkifli Mamat.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kunjungan ke Pejabat Operasi UPKN di sini.Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dr Md Yusnan Yusof.Kunjungan tersebut memperkenalkan tentang pengurusan dan teknologi penyiaran terbaharu yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri.Lebih menarik, Mohd Soud turut berkesempatan berbincang dengan Pengarah UPKN, Zulkifli Mamat mengenai kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.
26 Feb 20
83
Syabas Dan Tahniah Pelajar-Pelajar STPM 2019 Terengganu - Dr Mohd Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 27 Februari - Terengganu telah diumumkan sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi peringkat nasional selama dua tahun berturut-turut.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar STPM 2019 Terengganu kerana melayakkan Terengganu dinobat sebagai pencapaian negeri terbaik Malaysia.Katanya, hal tersebut berkat kesungguhan pelajar-pelajar dan guru-guru Terengganu yang telah bersusah payah berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.Dr Khairuddin juga berharap agar prestasi yang terbaik ini dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.“Tahniah dan syabas kepada semua pelajar STPM kerana pencapaian terbaik peringkat Malaysia.“Semua ini adalah berkat kesungguhan baik pelajar-pelajar mahupun guru-guru yang telah bersusah payah berusaha sehingga ketahap ini dan saya berharap agar prestasi terbaik ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada masa dan tahun-tahun akan datang, “ ujar beliau sewaktu dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Tambahnya lagi, ia lebih menggembirakan kerana prestasi kali ini telah meningkat berbanding tahun 2018 yang memperolehi PNGK 2.99.
26 Feb 20
506
‘Fun Ride Against Drugs’ Semai Semangat Gaya Hidup Sihat - Dr Mohd Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 27 Februari - Penganjuran program ‘Fun Ride Against Drugs’ mampu menyemai semangat gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah tanpa dadah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program seumpama ini harus diteruskan dari semasa ke semasa demi menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan dan bersukan.“Program Fun Ride Against Drugs yang dianjurkan boleh menerapkan semangat gaya hidup yang sihat dikalangan rakyat Kuala Nerus dengan melakukan aktiviti berfaedah tanpa dadah.“Program seumpama ini harus diteruskan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan menjaga kesihatan,” ujar beliau sewaktu dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.'Fun Ride Against Drugs' sempena Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 merupakan program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu di Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir.Mohd Fazil WahabProgram bermula pada jam 8.30 pagi dengan Bacaan Perutusan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, mewakili Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Peserta-peserta seramai lebih 60 orang berbasikal sejauh 15 kilometer (km) bermula Darul Hilmi hingga Masjid Ladang, Kuala Terengganu.Antara objektif utama program ini ialah mewujudkan amalan gaya hidup sihat tanpa dadah dengan aktiviti sihat dan berfaedah.
26 Feb 20
93
PAS Terengganu Siap Hadapi Kemungkinan
Satiful Bahri Mamat.DUNGUN, 27 Februari - PAS Terengganu bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dalam kemelut politik tanah air ketika ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan, konflik dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sebelum ini merupakan yang terbesar pernah berlaku.“Situasi sekarang tidak sebagaimana yang kita nampak, ia menjurus kepada pelbagai arah yang tidak dijangka.“Setakat ini, kita bersetuju dengan keputusan yang ditentukan oleh kepimpinan pusat kedua-dua parti dan dalam masa sama kita juga bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah.Jelasnya, rakyat Malaysia bagaimanapun perlu taat menanti titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah terhadap perkara ini.“Kita jelas dengan perkara ini. Secara peribadi, saya mengharapkan keputusan yang diputuskan akan menghasilkan kestabilan dalam negara sama ada dari segi ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan antara kaum.“Sebagaimana yang diutarakan oleh wakil MN iaitu Dato’ Seri Anuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media lalu, lebih baik keputusan diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu yang lebih stabil dan mampu memperbaiki isu-isu yang berlaku dalam negara,” katanya.
26 Feb 20
126
Kubur Dalam Taman Pertama Di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga di sini akan diinovasikan sebagai tanah perkuburan dalam taman.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin berkata, projek yang membabitkan kawasan seluas 5.2 hektar itu adalah projek perintis di Pantai Timur.Katanya, ianya berkonsepkan wakaf dan bakal diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)."Lengkap dengan pejabat pengurusan, surau, ruang menunggu, tandas, parkir, perabot taman dan landskap."Bilangan kubur sedia ada 16,000 lot dewasa, kanak- kanak (6,000 lot) dan kubur lama sebanyak 200 lot itu akan dikekalkan di lokasi sama," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga di Hotel Primula di sini, petang ini.Hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, apa yang menarik kubur-kubur itu akan ditambah baik agar kelihatan lebih tersusun dan menarik."Waris si mati boleh mendapatkan segala maklumat termasuk kedudukan kubur melalui sistem e-Pusara."Projek itu bertujuan memberi keselesaan persekitaran dan pengurusan bersistematik serta keindahan kepada tanah perkuburan itu yang sebelum ini berselerak dan dipenuhi semak, " katanya.Beliau berkata, jika dibiar terus dipenuhi semak, pastinya mendorong individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan itu sebagai tempat melepas gian dadah, melepak dan lokasi pembuangan sampah."Faktor itu mendorong MAIDAM menaiktaraf lokasi itu sebagai kubur dalam taman," ujarnya.
26 Feb 20
546
Tabung ‘Terengganu For Yemen’ Kutip RM1.2 Juta
KUALA TERENGGANU, 26 Februari- Kerajaan negeri melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) setakat ini berjaya mengumpul RM1.2 juta bagi Tabung Terengganu For Yemen untuk disalurkan kepada negara Yaman sebagai tanda prihatin terhadap rakyatnya yang berhadapan krisis kemanusiaan akibat peperangan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, walaupun jumlah berkenaan belum mencapai sasaran, melihatkan kepada solidariti rakyat Terengganu, pihaknya yakin mampu mengumpul kutipan yang disasarkan sebanyak RM1.6 juta sebelum para sukarelawan Misi Kemanusiaan Yaman 2020 berlepas ke negara itu pada 5 Mac nanti.“Alhamdulillah, sejak tabung ini dilancarkan pada 21 Januari lalu, dalam tempoh sebulan sahaja jumlah kutipan yang berjaya diperolehi amat memberangsangkan.“Saya difahamkan sukarelawan Terengganu T-Volt turun ke pasar-pasar malam dan tempat tumpuan untuk mengumpulkan dana ini, tahniah kepada UBSNT dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain kerana bersama-sama dengan kerajaan negeri menyatakan solidariti terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Yaman,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana ‘Tabung Terengganu For Yemen’ Sempena Misi Kemanusiaan Yaman 2020 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Abdul Razak.Mohd Nor berkata, krisis yang berlaku di Yaman menyaksikan berjuta-juta rakyatnya hidup dalam kemelaratan serta kehabisan sumber makanan dan ubat-ubatan.“Lebih menyayat hati, mereka kini berhadapan dengan tragedi kerakusan tangan manusia termasuk konflik bersenjata berat yang dahsyat, kebuluran dan malnutrisi serta penularan wabak kolera, difteria dan bermacam lagi,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat negeri ini khususnya agar terus menghulurkan sumbangan yang termampu untuk meringankan kesengsaraan rakyat Yaman."Diharapkan sumbangan dari orang ramai akan berterusan kerana selagi konflik di Yaman tidak berakhir kita akan sedaya upaya membantu dari semasa ke semasa.“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, masjid, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), anak syarikat kerajaan negeri (GLC), syarikat swasta, NGO serta orang ramai yang turut sama memberikan sumbangan untuk Tabung Terengganu For Yemen yang pertama kali dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati semua penyumbang selain dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian,” ujarnya.
25 Feb 20
86
Dekatkan Diri Dengan Allah, Resepi Kejayaan Pelajar Cemerlang STPM
Mohamad Salman mendapat ciuman daripada ibu tersayang selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada sepuluh pelajar terbaik STPM 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Jaga hubungan dengan Allah dan banyakkan berdoa merupakan kunci kejayaan Muhamad Salman Hakim Mahayadin, 20, yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019.Katanya, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu memudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.Ditanya apakah petua yang diamalkan untuk lebih fokus semasa belajar, Salman berkata, tiada petua yang diamalkan kecuali memberi tumpuan lebih ketika guru mengajar.“Biasanya saya akan memberi keseluruhan fokus kepada sesi pembelajaran dalam kelas dan akan membuat latihan tambahan di rumah.“Bukan mudah nak korbankan masa untuk berjaya tapi saya kuatkan semangat dengan berusaha setiap masa untuk capai kejayaan selepas merasai kecewa kerana mendapat keputusan kurang memberangsangkan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman hari ini.Salman antara sepuluh pelajar cemerlang SMK Sultan Sulaiman yang mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan hari ini.Anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu menganggap kejayaannya juga hasil titik peluh ibunya yang banyak membantu menyara mereka sekeluarga selepas ketiadaan bapanya.Salman berkata, dia berazam memperbaiki nasib keluarga selepas melihat susah payah ibunya yang terpaksa keluar awal pagi mencari rezeki dengan bekerja sebagai pengamal urutan melayu tradisional.“Ibu saya bekerja sebagai tukang urut dan dialah yang bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat bersekolah dengan sebaiknya selepas kematian ayah pada tahun 2016.“Berbekalkan azam yang kuat dan kata-kata semangat ibu serta guru, saya cuba bangkit dan buat yang terbaik sehingga memperoleh kejayaan ini dan ia merupakan hadiah istimewa buat ibu saya yang menjadi tonggak dalam kehidupan. “Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraan ini bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolahan saya,” katanya yang bercita-cita mengambil jurusan ekonomi di Universiti Malaya.Bagi ibunya, Mazini Abdullah, 56, segala pengorbanan terdahulu akhirnya berbaloi dan beliau cukup teruja dengan kejayaan anaknya itu.“Saya jaga segala keperluan dan pemakanan dia sejak lahir kerana ketika dilahirkan, Salman anak pramatang, jadi memang perlu jagaan rapi.“Dia anak yang baik, tak melawan dan kebiasaannya saya bekalkan air solat hajat dan bacaan Yasin sebagai air minuman,” kata ibunya.
24 Feb 20
774
STPM : Terengganu Terus Cipta Sejarah Kejayaan
Sepuluh pelajar terbaik STPM SMK Sultan Sulaiman yang menerima sijil penghargaan di Majlis Pengumuman Keputusan STPM di SMK Sultan Sulaiman hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan lebih cemerlang mengatasi peringkat nasional.Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri, Azman Othman berkata, Gred Purata Nilai Kumulatif (PNGK) Terengganu adalah 3.02 berbanding peringkat nasional 2.77.Katanya, daripada 2,275 calon yang menduduki peperiksaan itu, 1,932 calon mencatatkan keputusan cemerlang dengan pencapaian lulus penuh dalam semua mata pelajaran.Azman Othman.Beliau juga berkata, semua 45 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus dan 42 daripadanya juga berjaya mengatasi Min PNGK Nasional 2.77.“Alhamduliilah, bagi negeri Terengganu kita telah mencapai PNGK 3.02 yang merupakan peningkatan dari tahun lepas iaitu 2.99 dan angka ini merupakan yang terbaik di peringkat kebangsaan serta rekod baharu bagi negeri.“Bagi pencapaian semua A iaitu 4.00, kita telah mencapai 72 orang berbanding tahun lepas hanya 47 orang yang merupakan peningkatan hampir 60 peratus dan juga buat kali pertama dalam sejarah, semua sekolah lulus seratus peratus dalam STPM dan ia merupakan sejarah penting bagi Terengganu.“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) mencatat PNGK 3.41 diikuti Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), 3.39 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas, 3.29,” ujarnya.Azman berkata demikian pada sidang media selepas Pengumuman Keputusan STPM 2019 Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini.Menurutnya, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha sama JPNT, Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah dan Majlis Guru Tingkatan Enam dengan melakukan pelbagai bedah siasat tentang pencapaian lalu dan juga melihat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki.“Kita adakan kolokium-kolokium, kajian-kajian tindakan dan juga kem-kem akademik bagi membantu para pelajar mencapai keputusan yang lebih baik," ujarnya.Tambahnya lagi, satu sejarah lagi turut tercipta apabila pencapaian sekolah luar bandar juga lebih baik daripada sekolah-sekolah di bandar iaitu mencapai PNGK 3.06 berbanding dengan sekolah di bandar yang mencapai PNGK 2.96.
24 Feb 20
1239