Artikel "Semasa" Terkini
Santai Kedai Kopi Dekati Rakyat
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 Mac - Santai kedai kopi bersama rakyat mampu mengeratkan hubungan antara penduduk dan pemimpin.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti santai sebegini dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa setiap penduduk kampung."Setiap permasalahan mampu diselesaikan melalui perbincangan secara terus antara dua belah pihak."Maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat mampu disampaikan secara cepat kepada pimpinan tanpa ada sebarang halangan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika bersarapan pagi bersama rakyat sekitar Kampung Lak Lok, Jerteh, pada hari Rabu, 11 Mac.Justeru itu, beliau berharap agar setiap usaha yang dibuat ini dapat memperbaiki prestasi terutama perkhidmatan kepada rakyat setempat bagi menjamin kesejahteraan hidup."Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," tambah beliau.
12 Mar 20
596
Hidupkan Majlis Ilmu Di Setiap Jabatan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 Mac - Program berbentukMajlis ilmu perlu dihidupkan di setiap jabatan sama ada kerajaan ataupun swasta bagi memberi pendedahan awal kepada kakitangan.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, penyampaian ilmu harus berterusan dari hari ke hari tanpa mengira had umur.“Ilmu amat penting bagi membentuk dan mengukuhkan sesebuah organisasi dari sebarang ancaman dan dugaan."Para kakitangan digalakkan untuk terus menuntut ilmu bagi memperbaiki dan menambah baik kualiti dalam kerja untuk melancarkan sesuatu urusan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Surau Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA), Jerteh pada semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera."Saya berharap usaha murni ini akan terus disuburkan bagi menjamin keharmonian rakyat setempat," ujar beliau.Tambah beliau, program Kuliah Dhuha kali ini melibatkan semua kakitangan Pejabat KETARA Jerteh.
12 Mar 20
88
TNB Terengganu Eratkan Kerjasama Dengan MPKK
MPKK bersama Khalil dan pihak TNB bergambar selepas majlis.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 11 MAC – Pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diharapkan agar dapat memberikan maklumat yang tepat berkenaan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).Pengurus Bisnes TNB Terengganu, Raja Nor Hisamuddin Raja Aris, berkata, kerjasama melalui penyampaian maklumat tersebut bagi memudahkan urusan masyarakat setempat.“Dalam program ini kita kumpulkan MPKK dalam parlimen Kuala Terengganu bagi menyatakan kepada mereka tentang tatacara yang betul dalam menguruskan sebarang aduan daripada rakyat seperti memohon lampu jalan, tiang elektrik dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Jalinan Ukhwah Tenaga Nasional Berhad Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Terengganu, di Mayang Hall Batu Buruk, baru-baru ini.Raja Nor Hisamuddin menyampaikan cenderamata kepada YB Khalil.Jelasnya, pihak MPKK juga akan diberi penerangan tentang kemudahan rebat RM40 kepada mereka yang berkelayakan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut hadir bagi merasmikan program berkenaan.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak TNB atas inisiatif ini dan berharap agar penerangan ini dapat meningkatkan keberkesanan gerak kerja semua pihak.“Program ini merupakan platform yang sangat baik bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi penumpuan diberikan kepada sendi yang sangat penting kepada masyarakat iaitu pihak MPKK”, katanya.Program di Parlimen Kuala Terengganu itu merupakan kali yang ke tujuh diadakan dalam siri jelajah penerangan TNB kepada MPKK bagi seluruh parlimen di Negeri Terengganu.
12 Mar 20
57
'Wanita Penting Dalam Pasaran Buruh Terengganu' - Zuraida
Zuraida menunjukkan poster sempena Hari Wanita.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 11 Mac - Laporan yang dikeluarkan oleh The World Bank yang bertajuk “Breaking Barriers: Toward Better Economic Opportunities for Women in Malaysia” menunjukkan bahawa 60.2 peratus wanita Malaysia menyatakan bahawa kerja rumah sebagai faktor utama mereka memilih untuk berhenti kerja.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, kajian berkenaan juga memperlihatkan majoriti golongan itu telah memilih untuk menjadi suri rumah selepas menerima kehadiran cahaya mata."Memahami betapa pentingnya penglibatan wanita untuk menyumbang dalam pasaran buruh di Malaysia, program-program seperti “Career Comeback” adalah sangat baik dan perlu diteruskan bagi menggalakkan agar wanita yang menjadi suri rumah untuk kembali bekerja. "Pada masa yang sama, inisiatif-inisiatif yang baru perlu terus diperkenalkan bagi memastikan suasana tempat kerja mesra ibu, seterusnya dapat membantu memudahkan wanita menguruskan keluarga," katanya.Beliau berkata demikian di dalam Program ‘Untukmu Wanita’ 2020 di Wisma Darul Iman Terengganu, semalam.Jelasnya, tanggapan bahawa wanita yang menjadi suri rumah sebagai membunuh potensi dan bakat kepimpinan yang boleh digunakan untuk membangunkan negara perlu diperbetulkan. "Hakikatnya, peranan wanita yang menjadi suri rumah tidak terbatas kepada pengurusan rumah semata-mata."Wanita merupakan tonggak kesejahteraan keluarga yang berperanan penting sebagai pendidik generasi akan datang," katanya.Menurut Zuraida, khidmat suri rumah juga tidak wajar dihadkan kepada ruang lingkup keluarganya semata-mata."Suri rumah boleh melibatkan diri dalam aktivisme sosial, iaitu memanfaatkan bakat kepimpinan dengan kepedulian dan kecaknaan yang tinggi terhadap masalah-masalah ummah."Sekalipun jika wanita tersebut tidak bekerja, ilmu dan bakatnya boleh dimanfaatkan dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan," katanya.Oleh itu, beliau menyarankan agar Hari Wanita pada tahun ini disambut dengan semangat baru bagi memaknakan peranan kepimpinan wanita dalam keluarga dan masyarakat walaupun mereka tidak menceburi bidang politik dan pekerjaan. "Di kesempatan ini, saya juga mengharapkan agar sambutan Hari Wanita pada tahun ini tidak dicemari dengan acara yang bercanggah dengan syarak seperti himpunan yang mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," katanya.
12 Mar 20
206
COVID-19 : Khutbah Solat Jumaat Dipendekkan
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.PUTRAJAYA, 12 Mac - Situasi semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.Menurut beliau, mereka yang mengalami gejala COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit."Individu yang disahkan positif COVID-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat, tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Tausiyah AM agensi agama di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.Yang turut hadir, timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya.Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai juga digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan.Zulkifli berkata, solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya.Zulkifli berkata, bagi mengelak kekeliruan, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat.Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor baru-baru ini dilaporkan berkata kerajaan wajib mengambil apa juga langkah untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa rakyat termasuk tindakan menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.Dalam pada itu, Zulkifli berkata JPM telah menyediakan kertas kerja permasalahan berkaitan COVID-19 seperti solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan urusan mandi jenazah.“Insya-Allah kita akan kemukakan dalam masa terdekat kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan,” katanya.Terdahulu dalam amanatnya, Zulkifli mengajak seluruh warga JPM supaya bekerja bersamanya sebagai satu pasukan bagi melonjakkan institusi agama ke tahap tertinggi.Beliau berkata stigma orang agama atau agensi agama lemah dalam urusan tadbir urus perlu dihentikan dengan cara memberikan perkhidmatan paling baik kepada masyarakat.SUMBER: BERITA HARIAN
12 Mar 20
42
Tiada Rombakan Exco Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, tiada sebarang keperluan rombakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri buat masa sekarang berikutan pentadbiran kerajaan negeri hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Menurutnya, bagaimanapun Terengganu bersedia melakukan penambahbaikan pada masa akan datang jika ada keperluan atau bergantung kepada situasi semasa.“Di peringkat lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ahli majlis daerah dan pentadbiran syarikat, kita akan tengok peranan yang mereka mainkan, jika ada keperluan dan perlu buat rombakan kita akan pertimbangkan.“Bukan saya kata mesti tapi kita akan pertimbangkan ikut kesesuaian sebab ianya bukan mengenai representasi mana-mana pihak tapi kecekapan dan efektifnya 'delivery' sesebuah kerajaan itu,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Indahnya Hidup Bersyariat di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.Katanya, jika apa yang ada itu sudah efektif, pihaknya akan teruskan dan jika sebaliknya akan dibuat penambahbaikan termasuk lakukan rombakan dan tambah kiri dan kanan supaya lebih efektif, itu 'keypoint' kita.“Yang penting adalah servis kita tidak terencat dan berjalan dengan lancar,” katanya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zaki Wan Mohd dan Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Mustafar Hamzah.Dr Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional memberi manfaat besar kepada Terengganu dan Kelantan khususnya dari segi peruntukan kerana bukan lagi negeri pembangkang.“Semua wakil rakyat negeri ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan sama dengan Pusat. Saya merancang untuk berjumpa dengan beberapa Menteri bagi membincangkan isu-isu tertentu yang tertunggak bagi memastikan kelancaran kerajaan negeri,” katanya.
12 Mar 20
42
Kabinet Baru Perlu Profesional Demi Keharmonian Rakyat
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Kabinet baharu dibentuk Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan kepakaran daripada pelbagai sektor diharap mampu membawa kestabilan politik dan ekonomi negara sekali gus memacu Malaysia ke landasan yang lebih baik.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, beliau yakin kesemua menteri yang baharu dilantik mampu memberikan kerjasama yang baik terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menggerakkan langkah bagaimana menetukan hala tuju, polisi serta dasar untuk kepentingan negara dan rakyat.“Kita mengharapkan barisan kabinet yang baharu ini terus kekal dengan integriti dan bersikap profesional dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat serta mengamalkan politik matang demi keharmonian rakyat.“Jangan bersikap terlalu gopoh dan ambillah pengalaman daripada kerajaan terdahulu dengan menentukan polisi dan dasar yang paling baik untuk kepentingan rakyat. Mereka akan menilai setiap keputusan dibuat kerajaan,” ujarnya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pelantikan barisan kabinet baharu di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Sementara itu, Mohd Nor berkata, berhubung dengan portfolio beliau, pembentukan kabinet baharu ini juga diharap dapat membawa lebih ruang dan peluang dalam memperkasa bidang agama dan dakwah serta memberikan satu impak yang positif kepada Kerajaan Negeri Terengganu sendiri memandangkan telah sealiran kepimpinannya.“Walaupun dahulu negeri pembangkang, kita telah adakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.“Dan sekarang apabila berada dibawah PN, kita akan teruskan kerjasama dengan harapan hubungan yang baik ini akan dapat meneruskan aktiviti keagamaan di negeri ini dengan bantuan dari segi peruntukan dan kemahiran dari peringkat pusat,” ujarnya.
11 Mar 20
64
Perpustakaan Desa Kekal Relevan Untuk Masyarakat Luar Bandar
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 12 Mac - Perpustakaan desa masih relevan dan berperanan untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dengan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ia juga dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dari masa ke masa.“Kewujudan perpustakaan desa dapat membantu membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan.“Kesedaran bahawa pentingnya ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat juga dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti ini,” ujarnya ketika ditemui di Perpustakaan Desa Kemasik, di sini semalam.Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan enam Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung yang terletak berhampiran khutubkhanah tersebut."MPKK juga ada peranan dalam memastikan perpustakaan desa ini lebih segar dan menepati peranan dalam era transformasi, teknologi dan komunikasi maklumat masa kini," tambah Ir Saiful Azmi.Sementara itu, Penolong Pustakawan Daerah Kemaman, Fauzilah Awang memberitahu, tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar."Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan sebuah pusat yang akan memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat," ujarnya lagi.
11 Mar 20
430
Muara Cetek Jejas Pendapatan Nelayan Kecil
Oleh: Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 12 Mac - Keadaan di muara sungai Kuala Ibai telah menjadi kian cetek akibat mendapan pasir pantai yang dibawa oleh ombak laut, menyukarkan para nelayan untuk turun ke laut.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika meninjau lokasi berkenaan bersama pihak Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan kontraktor bagi menyelesaikan masalah berkenaan menyatakan,“Apabila air surut, pasir akan timbul dan pasir ini 90% datangnya dari arah laut kerana perjalanan arus sehingga menyebabkan muara ini menjadi cetek dan ini menjadi masalah kepada nelayan-nelayan bot kecil,” kata beliau ketika meninjau lokasi berkenaan.Sementara itu, pengurus De Jaya Sdn. Bhd., Hanafi Ismail menjelaskan bahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk menggali pasir ini bagi membuka laluan kepada bot-bot nelayan kecil tersebut untuk turun ke laut.“Pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk kita menjalankan kerja-kerja sementara untuk laluan bot nelayan ini,”katanya ketika ditemuramah oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Menurut ADUN Batu Buruk lagi, ketika ini merupakan penghujung musim tengkujuh dan para nelayan sudah mula untuk turun ke laut bagi mencari rezeki.“InsyaAllah pihak Pusat Khidmat Dun Batu Buruk akan sentiasa memantau dan akan ‘follow up’ dengan pihak yang berkenaan bagi mempercepatkan urusan ini demi kemudahan rakyat,” ujarnya lagi.
11 Mar 20
171
Projek Muara Sungai Paka Terengganu Siap 60 Peratus
Dr Mamad Puteh (tengah) dan wakil Vista Infinity Development Sdn Bhd meninjau keadaan muara Sungai Paka di sini kelmarin.DUNGUN, 12 Mac - Kerajaan Terengganu mengumumkan Projek Muara Sungai Paka, Dungun di sini, yang merupakan penyelesaian menyeluruh kepada masalah muara cetek dan alur pelayaran yang sempit serta sering berubah-ubah di muara sungai kini sudah siap 60 peratus.Projek itu siap 10 peratus lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan, sebelum siap sepenuhnya pada 2021 dan membabitkan pelbagai komponen bernilai RM132.25 juta.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, proses pembangunan yang positif untuk projek muara Sungai Paka itu mendahului jadual awal sekali gus menunjukkan kemampuan Vista Infinity Development Sdn Bhd mengurus dan menyiapkan projek demi manfaat semua pihak."Alhamdulillah pada pagi ini kita melawat projek pemuliharaan muara Sungai Paka Terengganu yang mana kita dapat lihat satu projek yang besar yang dibuat tiga tahun yang lepas dan insya-Allah siap pada awal tahun hadapan."Projek ini membabitkan belanja sebanyak RM132.25 juta. Kira-kira projek ini seharusnya 50 peratus siap tetapi kontraktor membina dan menyiapkan 10 peratus 'ahead' (ke hadapan) bermakna sekarang ini 60 peratus sudah siap," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan muara Sungai Paka di sini kelmarin.Masalah muara cetek yang menghantui 600 nelayan dan penduduk di sekitar Sungai Paka bakal berakhir apabila projek pemuliharaan muara sungai itu yang sedang dibina, siap Mei 2021.Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang turut memberitahu, projek pemuliharaan itu meliputi beberapa pembinaan seperti struktur pemecah ombak (breakwater) dan benteng pemecah ombak (T-Groyne)."Jadi kita lihat sendiri bahawa di sebelah sana ada satu breakwater sedang dalam pembinaan kira-kira dalam 600 meter panjang kemudian ada enam T-Groyne dalam pembinaan."Duanya telah siap sepenuhnya dan empat lagi dalam pembinaan. Kemudian kita lihat di sebelah sana ada kerja-kerja yang membuat T-Groyne di sebelah sungai dan ada juga pendalaman air ataupun muara di sebelah belakang kita ini."Ini adalah kerja-kerja dalam 'progress' tanpa apa-apa masalah yang berbangkit setakat ini," katanya.Projek pemuliharaan muara Sungai Paka bertujuan mengawal hakisan pantai, mendapan di muara dan juga mencegah banjir di kawasan berhampiran muara yang sering berlaku apabila berlaku pertembungan antara air pasang besar dan hujan lebat.Pelaksanaan projek itu sekali gus menamatkan penantian penduduk selama 30 tahun yang terhimpit dengan masalah muara cetek serta hakisan yang teruk sehingga menjejaskan sumber pencarian utama mereka.
11 Mar 20
1446