Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19: KKM Nasihatkan Peserta Ijtimak Tabligh Buat Pemeriksaan Kesihatan
Sebahagian peserta yang hadir ke “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala LumpurKUALA TERENGGANU, 12 Mac - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Februari hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.Ini berikutan survelan KKM, satu kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) telah dikesan dijangkiti COVID-19. Menurut kenyataan tersebut, kes ke 131 disiasat dengan teliti iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan “ijtimak tabligh” selama tiga hari.Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema pada 4 Mac 2020, sebelum kemudiannya mengalami sesak nafas pada 8 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama. Kes ini kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac 2020 dan Ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini telah disahkan positif pada 10 Mac 2020. Beliau sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan.Berikutan dari kes ini, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri perhimpunan tabligh itu sekiranya mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau CPRC Negeri atau menghubungi Virtual HealthAdvisory (kolaborasi KKM bersama DoctorOnCall) melalui pautan di laman sesawang KKM, untuk nasihat lanjut. Justeru itu, KKM juga menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti.Sementara itu, situasi jangkitan COVID-19 di Brunei, pihak International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei telah memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID19 dikesan di negara itu mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan “ijtimak tabligh”.Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia. Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing. Justeru itu, KKM juga ingin menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (massgathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan,dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan dan individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.Orang ramai juga tidak digalakkan tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19; dan rakyat Malaysia yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.
11 Mar 20
376
COVID-19: 20 Kes Baharu Dikesan, Jumlah Terkini 149
KUALA LUMPUR, 12 Mac - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 20 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 149 kes pada Rabu.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.Daripada jumlah ini, sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation(PUI) jangkitan COVID-19, 124 kes dari kalangan kontak rapat, satu (1) kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan COVID-19 dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.Sehingga ini dua (2) kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.Daripada dua (2) kes ini, satu (1) kes sedang dirawat di Hospital SungaiBuloh, manakala satu (1) kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.Dalam pada itu, berdasarkan laporan yang dihantar kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes ke-78 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital.Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 600 sampel (138 SARI dan 462 ILI) telah diuji dan setakat ini satu (1) sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Siasatan masih sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kes sporadik ini.
11 Mar 20
84
150 Kontena Sisa Plastik Dikembalikan Ke Negara Pengeksport
Tuan Ibrahim ketika memulakan tugas sebagai Menteri di hari pertama.PUTRAJAYA, 11 Mac - Sebanyak 150 kontena sisa plastik telah dihantar semula ke negara pengeksport bagi membanteras kemasukkan sisa plastik ke dalam negara.Menteri Alam Sekitar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penguatkuasaan bersepadu itu turut akan menghantar baki 84 kontena lagi dalam masa terdekat."Usaha ini akan diteruskan oleh Kementerian Alam Sekitar bagi membanteras pengimportan sisa plastik secara haram."Antara negara yang terlibat dalam proses itu ialah Belgium, United Kingdom, Perancis dan Vietnam," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Parcel F11, di sini, hari ini.Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Ahmad Masrizal MuhammadMengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, tempoh bagi menyelesaikan penghantaran semula semua kontena sisa plastik itu bergantung kepada dokumen penting yang perlu diteliti.Selain itu, pemakluman kepada negara pengeksport juga menjadi prosedur yang perlu dijalankan."Kontena ini apabila sampai, kita perlu buat pemeriksaan yang sangat teliti."Ia bagi mengesahkan ia melanggar peraturan yang kita kuatkuasakan dan kita putuskan bahawa kontena ini akan dihantar balik," katanya.
11 Mar 20
33
Kerajaan Aktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim.PUTRAJAYA, 11 Mac – Kementerian Alam Sekitar telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dalam mendepani cuaca kering yang dijangka berakhir pertengahan April depan.Menteri Alam Sekitar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia sebagai langkah pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkaitan dalam menangani pembakaran terbuka."Kementerian juga mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Kebakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi (SOP) Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut."Walaupun keadaan cuaca dijangka hanya berakhir pada minggu kedua atau pertengahan April 2020, usaha ini tetap kita teruskan," katanyaBeliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Parcel F11, di sini, hari ini.Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Ahmad Masrizal MuhammadTerdahulu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS turut memaklumkan, kewujudan Kementerian itu menjadi bukti komitmen kerajaan dalam mengarusperdanakan pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim dalam memacu pembangunan negara.Katanya, Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan pada 2 Oktober 2002 dengan objektif memastikan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif."Memandangkan terdapat perkembangan baharu dalam isu berkaitan, saya telah mengarahkan Kementerian untuk menyemak semula DASN 2002 bagi melengkapi dimensi alam sekitar dan perjanjian antarabangsa."Kita juga akan menyemak Dasar Perubahan Iklim, bagi mencadangkan strategi dan pelan tindakan dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat kebangsaan," tambah beliau.
11 Mar 20
202
Terengganu Sambut Baik Penjenamaan Semula Beberapa Kementerian
Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Mac – Terengganu menyambut baik penjenamaan semula beberapa kementerian setelah perubahan barisan Kabinet Menteri yang baharu dilantik di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, amat menarik apabila Bahagian Industri Asas Tani dijenamakan sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan selaras dengan fungsi utamanya untuk jaminan makanan (food security) bagi negara Malaysia. "Kerja utama kita ialah mencukupkan bekalan makanan negara sehingga paling minima mencapai tahap ‘Self Sufficient Level’ (SSL),’’ katanya dalam satu kenyataan semalam.Tambah beliau, berbilion wang negara mengalir keluar setiap tahun bagi tujuan pengimportan bahan makanan di negara kita."Sedangkan Allah mengurniakan kepada kita bumi yang subur, sungai yang mengalir, pantai yang panjang dan pelbagai lagi sumber yang boleh dimanfaatkan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengembalikan semula kepimpinan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kepada orang Melayu."Sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Industri Utama yang dipimpin Menteri DAP yang berasal dari kota raya."Inilah kementerian yang menjaga kepentingan majoriti orang Melayu yang mengusahakan kebun getah, sawit, kenaf, lada hitam dan lain-lain lagi di kampung serta desa. Cabaran besar menunggu Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali dan pasukan."Hampir dua tahun bekerja di sektor ini, tentunya ada banyak perkara yang telah kami dilalui. InsyaAllah, saya akan menyusun kunjungan hormat segera kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Ronald Kiandee berserta Timbalan-timbalan beliau bagi mengadakan perbincangan dua hala," jelasnya.
11 Mar 20
77
Pergiat Usaha Beri Kesedaran Mengenai Covid-19
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 Mac- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pergiat usaha memberi kesedaran mengenai jangkitan COVID-19 dan penyakit Tibi kepada masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, usaha itu dijalankan dengan turun ke lapangan terutamanya di kawasan tumpuan awam.“Seperti pasar malam, di sekolah-sekolah juga melibatkan surau dan masjid, dimana kita telah memberikan maklumat dan penerangan bagaimana penyakit ini boleh tersebar.“Apa tindakan awal yang perlu diambil dan langkah-langkah bagi mencegahnya didalam memastikan seluruh masyarakat dapat menikmati kehidupan yang berkualiti,” ujarnya.Beliau yang juga merupakan Panel Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) berkata demikian, ketika ditemui sejurus selepas mengadakan taklimat mengenai penyakit berkenaan di AMBS, hari ini.Pada program berkenaan turut ditunjukkan cara pemakaian topeng yang betul serta kepentingan memakainya terutama di kawasan yang dikhuatiri tercemar dengan jangkitan berkenaan.Katanya, mengikut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, COVID-19 yang menjadi kebimbangan penduduk dunia pada hari ini dapat dicegah melalui amalan dan gaya hidup sihat.“Seperti mengelak daripada menerima toksik ke dalam badan seperti tabiat merokok, mesti memastikan tidur yang berkualiti, elakkan stres ataupun menanganinya dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.“Diantanya ialah dengan melakukan senaman dan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dengan memilih sayur-sayuran atau buah-buahan yang segar,” ujarnya.
10 Mar 20
57
Kabinet Baharu, Nelayan Luah Kegembiraan
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Mac – Perubahan barisan kepimpinan negara yang baharu memberi kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan petani, nelayan dan penternak. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, para nelayan dari seluruh negara yang menghadiri program Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Kuala Lumpur di sini mengharapakan perubahan positif dengan pertukaran kerajaan."Kawan-kawan daripada Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) berkali-kali memohon maaf sebab tidak dapat menjemput kita hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan dan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Terengganu."Puncanya kerana ada surat hitam putih yang melarang. Sedangkan hubungan kami di lapangan sangat rapat samada di daratan atau di lautan. Nak hadir majlis rasmi, kita dihalang," beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.Tambah Dr Azman, beliau menyedari terdapat banyak halangan yang diletakkan apabila kerajaan negeri dan Persekutuan tidak selari."Namun sepatutnya ia tidak ditonjolkan kepada khalayak dan juga rakyat. "Kita tetap berfikiran positif, berlapang dada dan berjiwa besar demi rakyat. Kita mahukan para nelayan sentiasa gembira dan optimis bahawa masalah mereka dalam perhatian kerajaan negeri dan kita sedang bekerja untuk mengatasinya."Kesukaran dan kesedihan kita jangan dizahirkan depan rakyat. Kalau kita sebagai pemimpin dah menangis maka rakyat akan meraung," tegasnya.
10 Mar 20
82
'PH Tebuk Atap, Kita Datang Baiki' - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.KUALA LUMPUR, 11 Mac - Perubahan kerajaan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan wujudnya usaha menggulingkan Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, ia sekali gus menafikan dakwaan songsang mengatakan kerajaan yang terbina hari ini hasil gabungan pintu belakang."Apabila berlakunya kerja memecahkan diri sendiri oleh Pakatan Harapan (PH), bukan kami yang buat (iaitu) terdapat usaha menggulingkan Perdana Menteri."Mereka menekan dengan cara yang dilihat oleh umum (seperti) desakan dan sebagainya. Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan pintu belakang. Mereka (PH) tebuk atap," kata Presiden PAS itu dalam perutusan khas yang disiarkan melalui facebook beliau semalam.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, menyedari perpecahan dalaman itu sejak awal, pihaknya bersama UMNO bertindak menubuhkan satu muafakat."PAS mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan bagi menyelamatkan kerajaan (dan) negara dengan proses demokrasi serta mengambil Sunnah Nabi S.A.W iaitu menyatukan umat Islam dan masyarakat majmuk."Alhamdulillah akhirnya kita berjaya dengan cara demokrasi iaitu Mengikut Perlembagaan yang sah dan berlakulah satu perubahan yang sangat menarik serta tidak mengorbankan dan menyusahkan rakyat, bukan cara pintu belakang," ujarnya.Tambah beliau, pihaknya bersyukur kerana berjaya membentuk Kabinet Perpaduan Umat terdiri daripada parti-parti politik yang terlibat dalam perubahan itu."Bukan sahaja jumlah wakil rakyat yang dipilih rakyat termasuklah jumlah parti-parti politik yang berbagai. Bukan dua parti, tiga parti sahaja, (sebaliknya) yang berbagai," jelasnya.
10 Mar 20
122
KMI Healthcare Sahkan Kakitangan TDMC Negatif COVID-19
KUALA LUMPUR, 11 Mac- Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), salah satu hospital di bawah KMI Healthcare (Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd) yang mengesahkan satu kes pesakit COVID-19 pada 5 Mac lepas, telah beroperasi semula secara penuh sejak semalam.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KMI Healthcare,TDMC baru-baru ini telah menguji 43 Pekerja Penjagaan Kesihatan (PPK) bagi COVID-19 dan hasil ujian bagi kesemuanya adalah negatif.“Walau bagaimanapun, untuk melindungi enam lagi pekerja penjagaan kesihatan tersebut telah di kuarantin di rumahnya. Nasopharyngeal tests dilakukan pada setiap hubungan primer dan sekunder yang telah berinteraksi rapat dengan pesakit yang dijangkiti penyakit ini. “Sebagai langkah berjaga-jaga juga, ujian kedua akan dijalankan tidak lama lagi,” ujar kenyataan tersebut.Pada 25 Feb, pesakit yang dimasukkan ke TDMC dilaporkan positif jangkitan virus itu pada 4 Mac dan hospital tersebut telah mengambil langkah segera dengan menutup semua bilik wad yang dijangkiti dan semua PPK yang berhubungan dengan pesakit dikenal pasti untuk tapisan.Menurut kenyataan tersebut, sifat pekerjaan mereka meletakkan pekerja penjagaan kesihatan pada peningkatan risiko dalam mengesan sebarang penyakit berjangkit, termasuk COVID-19. Justeru, KMI Healthcare telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pesakit dan komuniti.
10 Mar 20
127
Khairuddin Mahu Teroka Potensi Pasaran Baharu
Khairuddin (tengah), Wee Jeck Seng (kiri) dan Willie Mongin (kanan).PUTRAJAYA, 10 Mac - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memulakan tugas hari ini menyatakan komitmen untuk meneroka potensi pasaran baharu dalam tiga bidang tersebut.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, langkah itu sangat perlu bagi memastikan negara tidak hanya tertumpu kepada pasaran sedia ada."Di samping kita akan terus mengekal dan mengukuhkan pasaran sedia ada yang sudah kita kuasai iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama di India, China, Eropah dan Amerika Syarikat."Mudah-mudahan pasaran baharu itu akan membantu hampir sejuta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang minyak sawit khususnya," katanya dalam sidang media selepas melapor diri dan menghadiri taklimat kementerian itu di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri I, Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri II, Willie Mongin.Mengulas lanjut, Khairuddin menegaskan, matlamat itu akan direalisasikan dengan mengadakan rundingan bersama negara luar oleh kementeriannya.Khairuddin berkata, kementerian itu akan diperkasakan dengan dua paksi utama iaitu kualiti dan integriti."Dalam merealisasikan kewujudan pasaran baharu terutamanya dalam mengimport minyak kelapa sawit perkara tersebut (rundingan) akan kita usahakan."Pentingnya untuk kita berunding dan saya yakin dengan rundingan pelbagai perkara boleh kita selesaikan kerana rundingan adalah asas kepada penyelesaian masalah," katanya.Terdahulu, beliau memaklumkan pasukan kerja yang dibentuk nanti akan melibatkan segala kepakaran."Mereka dibentuk dengan menggabungkan pelbagai kepakaran sama ada pada tenaga fikir kementerian, pengkaji dan penyelidik universiti."Mahupun juga pengalaman pemain industri bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam sektor perladangan dan komoditi seperti isu kemampanan, diskriminasi produk dan kempen anti minyak sawit di peringkat antarabangsa," ujarnya
10 Mar 20
97