Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19 : Rakyat Terengganu Diseru Patuhi Langkah Pencegahan
Alias Razak.Oleh : Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 16 Mac – Berikutan empat rakyat Terengganu yang telah disahkan positif COVID-19 hari ini, masyarakat di negeri itu diseru untuk terus mengambil langkah pencegahan bagi menangani jangkitan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, orang ramai juga dinasihati untuk tidak menghadiri sebarang perhimpunan besar di tempat awam, pasar raya dan pusat hiburan.“Hal ini kerana penularan wabak ini boleh berlaku sama ada melalui sentuhan atau saluran pernafasan seperti bersin dan batuk.“Orang ramai juga mesti untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi iaitu mencuci tangan secara kerap dengan air dan sabun atau menggunakan ‘hand sanitizer’ khususnya sewaktu keluar rumah,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media mengenai perkembangan semasa kes COVID-19 di Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.Menurut beliau, pesakit dan individu disyaki dijangkiti wabak COVID-19 mestilah memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan melalui saluran pernafasan dan sebagai langkah pencegahan penerimaan wabak kepada individu lain.“Orang yang mempunyai gejala disaran tidak melawat tempat-tempat tumpuan orang ramai dan sekurang-kurangnya menjarakkan diri satu meter ketika berurusan dengan orang lain.“Dalam pada itu, cadangan saya agar tempat-tempat awam seperti pasaraya, masjid dan surau menyediakan 'hand sanitizer" sebagai langkah awal menangani penyebaran wabak,” jelasnya yang mengharapakan kerjasama semua pihak.Terdahulu beliau turut memaklumkan, pada Sabtu seramai 87 penghuni Madrasah Kubang Bujuk dirawat dan dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sebagai Pesakit Dalam Siasatan (PUI) kerana disyaki dijangkiti COVID-19.HHT dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan selain Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, Scout Inn dan Pusat Latihan di Tepoh.
16 Mar 20
45
COVID-19 : Empat Individu Positif Di Terengganu
Foto ihsan - Medical News Today.KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Empat individu dari Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu telah disahkan positif COVID-19 sekali gus menjadikan kesemua negeri di Malaysia terjejas dengan wabak berkenaan.Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham Baba memaklumkan, sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat 125 kes baharu yang telah dilaporkan di Malaysia termasuk Terengganu. “Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 553 kes. “Berdasarkan siasatan awal, daripada 125 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.“Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Bilangan positif COVID-19 mengikut negeri.Mengulas lanjut beliau berkata, dengan pertambahan kes yang ketara sepanjang minggu lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu ‘late containment’.“Dalam tahap pembendungan akhir, ia bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih serius di Malaysia,” jelasnya.Adham juga menasihatkan orang ramai agar mematuhi segala arahan KKM bagi mengelakkan usaha mengekang virus tersebut berjalan lancar.“Rakyat Malaysia diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. “KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah beliau.
16 Mar 20
87
Kayuhan Kebajikan Santuni Masyarakat
Oleh: Shahril AswadGambar: Naim AbdullahHULU TERENGGANU, 16 Mac - Seramai 70 peserta menyertai Kayuhan Kebajikan Bersama Pegawai Daerah Hulu Terengganu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, mereka menjadikan acara berbasikal itu sebagai platform Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah dan agensi kerajaan turun padang menyantuni masyarakat dengan lebih dekat."Ianya juga dapat menyelami masalah yang dihadapi mereka.“Kita mengambil peluang dengan aktiviti berkayuh ini untuk menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan penghidap penyakit kronik disamping dapat menyantuni masyarakat dengan lebih dekat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) seusai program tersebut baru-baru ini.Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bersama Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Altenative Riding Club (ARC) dan peminat sukan berbasikal.Ia membabitkan kayuhan sejauh 25 kilometer (km) bermula dari perkarangan Masjid Kampung Mesah melalui beberapa “Checkpoint” di Kampung Bukit Tadok, Kepah dan Tengkawang seterusnya berakhir di Persisir Sungai Kuala Ping.Pelepasan peserta dilakukan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Selain itu katanya, acara berbasikal ini juga diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan secara santai.“Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai cara hidup sihat, ini berikutan basikal adalah antara aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini dan boleh disertai seisi keluarga,” ujar beliau.
16 Mar 20
251
COVID-19 : Kuliah Dhuha Masjid Rusila Dilaksana Dalam Talian
Kuliah Dhuha Masjid Rusila.KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kuliah Dhuha di Masjid Rusila akan dijalankan secara dalam talian mulai Jumaat ini bagi membendung penularan virus COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar mengeluarkan arahan supaya perhimpunan atau program yang melibatkan lebih daripada 100 orang ditangguhkan.“Sehubungan itu, saya bersetuju untuk menangguhkan program Kuliah Dhuha yang melibatkan kehadiran orang ramai di Masjid Rusila, namun sesi pengajian akan tetap diteruskan secara atas talian (online).“Penangguhan ini akan bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya dalam kenyataan itu.Tambah Abdul Hadi, penyampaian kuliah secara atas talian (online) akan disiarkan secara langsung di Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Terengganu Kini dan saluran media-media lain.
15 Mar 20
1564
COVID-19 : 87 Penghuni Madrasah Disyaki Dijangkiti
Alias Razak memaklumkan operasi menjejaki kontak rapat pesakit COVID-19 sedang berjalan.KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Seramai 87 penghuni Madrasah Kubang Bujuk di sini dirawat dan dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu sebagai Pesakit Dalam Siasatan (PUI) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, tindakan yang bermula kelmarin itu dibuat ekoran seorang peserta Himpunan Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling singgah di madrasah berkenaan baru-baru ini.“Kesemua penghuni itu adalah kontak rapat kepada tabligh terbabit, namun 87 orang ini masih diperiksa dan belum disahkan positif oleh pihak kesihatan.“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) juga telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjejaki kontak-kontak rapat suspek positif ini bagi membendung wabak ini tersebar,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas COVID-19 di Tingkat 6, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Tambah Alias, hospital dan pusat yang dijadikan tempat kuarantin akan beroperasi seperti biasa untuk pesakit biasa, hanya wad-wad tertentu sahaja dibuka untuk kes COVID-19.Semalam, Harian Metro melaporkan, madrasah berkenaan ditutup dan 330 pelajar dikuarantin selama 14 hari dalam pusat tersebut bermula Sabtu lalu.Dalam pada itu, kerajaan negeri telah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyebaran virus COVID-19 dengan menyediakan empat pusat kuarantin di negeri itu.“Antaranya Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu sebanyak 58 katil, Hospital Hulu Terengganu 156 katil, Scout Inn dan Pusat Latihan di Tepoh di daerah Kuala Nerus masing-masing 77 dan 44 katil,” ujarnya.Tambahnya, cadangan untuk menangguhkan sementara operasi pusat hiburan seperti panggung wayang akan diteliti dan dibawa ke dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat.“Sekiranya tak ditutup, kita akan mohon supaya setiap pusat ini menyediakan ‘hand sanitizer’ secukupnya supaya wabak ini mampu kita tangani,” ujarnya.Orang ramai tidak perlu panik sebaliknya perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
15 Mar 20
75
TESDEC Terengganu Pusat Servis BCM Pertama Di Pantai Timur
Wan Sukairi (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian denagan Donald Choo.PETALING JAYA, 16 Mac - Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) mencipta sejarah baharu apabila menjadi pusat servis pertama di Pantai Timur bagi kenderaan keluaran Berjaya China Motors (BCM).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, langkah itu merupakan inisiatif terkini TESDEC setelah menjalinkan hubungan kerjasama pintar (Smart Partnership) bersama PROTON sebelum ini.“Saya dimaklumkan pihak BCM berpuas hati dengan kelengkapan yang ada di bengkel automotif TESDEC selepas melakukan beberapa lawatan dan penelitian.“Insya-Allah, sekiranya semua berjalan lancar, perkongsian kemudahan dan prasarana tersebut akan memanfaatkan kedua-dua pihak untuk kemajuan TESDEC melalui teknologi yang ada pada BCM,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatanganii Memorandum Persefahaman (MoU) antara TESDEC dan BCM di Pejabat BCM di sini baru-baru ini.Wan Sukairi yakin kerjasama itu akan memangkin perkembangan pelajar TESDEC.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif BCM, Datuk Donald Choo Keng Kit, Pengarah BCM, Dato’ Amer Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Dato’ Kamaru Al-Amin Ismail.Mengulas lanjut, Wan Sukairi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC mengatakan, pihaknya melalui unit akademik akan turut mempertimbangkan untuk memasukkan teknologi yang ditawarkan BCM ke dalam silibus pembelajaran TESDEC.“Usaha ini akan membantu TESDEC menghadapi cabaran utama 2020 iaitu untuk mewujudkan ekosistem yang mampu melahirkan tenaga mahir cekap, dinamik serta seiring keperluan zaman.“Saya turut berharap semoga perjanjian persefahaman ini akan dikembangkan lagi meliputi program pelaksanaan latihan industri dan ‘On Job Training’.“Sekali gus memastikan 100 peratus para graduan TESDEC memperoleh peluang pekerjaan dalam bidang automotif dan bidang berkaitan pembuatan automotif,” tambah beliau.
15 Mar 20
927
COVID-19 : Madrasah Dikuarantin 14 Hari
Notis kuarantin ditampal di pagar madrasah di Kuala Terengganu. Foto Ihsan - Harian MetroKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Sebuah madrasah di Kuala Terengganu dikuarantin selama 14 hari bermula semalam bagi mengekang penyebaran virus Covid-19.Difahamkan, penutupan madrasah didiami lebih 300 orang termasuk pelajar tahfiz, tenaga pengajar dan staf sokongan itu dipercayai ada kaitan dengan kes ahli tabligh singgah di madrasah berkenaan disyaki positif Covid-19 pada pemeriksaan peringkat awal.Lelaki terbabit dikatakan pernah menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling, Selangor pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dan sudah dihantar ke wad isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.Difahamkan, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) ada menghubungi polis pada 9 pagi semalam bagi mendapatkan bantuan membuat kawalan terhadap penghuni madrasah dari keluar dan menghalang kemasukan orang luar di premis berkenaan.Tinjauan NSTP mendapati polis membuka pusat kawalan tempat kejadian manakala kakitangan pejabat kesihatan daerah dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan dan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap warga madrasah berkenaan.Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi mengesahkan penutupan madrasah berkenaan.Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, polis menubuhkan pusat kawalan tempat kejadian sejak semalam dengan dua pegawai dan 10 anggota ditempatkan di madrasah berkenaan bagi membuat kawalan.Katanya, polis akan membuat kawalan 24 jam sepanjang tempoh kuarantin itu.SUMBER: HARIAN METRO
15 Mar 20
758
Hand Sanitizer Lengkapi Majlis Kesyukuran Menteri
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran sempena pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diminta menggunakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) sebaik tiba dan pulang dari majlis itu.Berdasarkan pemantauan pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman mendapati setiap tetamu yang hadir disarankan menggunakan cecair itu yang disediakan ahli keluarga Dr Zulkifli.Majlis sama turut meraikan pasangan pengantin iaitu Khadijah Munirah Suhaimi dan Muhammad Syahidan Abd Aziz yang juga anak saudara perempuan kepada Dr Zulkifli.Penggunaan hand sanitizer itu adalah hasil idea mempelai kerana mereka tidak mahu ada tetamu yang jatuh sakit susulan penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di negara ini.Sementara itu, bapa pengantin, Suhaimi Mohamad Al-Bakri berkata, lebih 1,000 jemputan hadir pada Majlis Kesyukuran bagi meraikan adiknya, Dr Zulkifli yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Khadijah Munirah yang menamatkan zaman bujangnya.“Hampir semua tetamu yang hadir secara sukarela menggunakan hand sanitizer, masing-masing mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan wabak itu,” katanya.Tetamu dari Tepoh, Amir Shahrudin Ahmad Said, 42, memuji langkah tuan rumah dengan menyediakan hand sanitizer bagi mecegah penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan itu.“Walaupun di Terengganu belum ada laporan yang dijangkiti wabak itu, tidak salah orang ramai ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
15 Mar 20
530
COVID-19 : Kerajaan, Rakyat Perlu Berganding Bahu
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 15 Mac - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir mengharapkan agar rakyat dan kerajaan berkerjasama bagi membanteras penularan wabak COVID-19 yang mengancam kesihatan masyarakat.Dalam satu kenyataan media semalam, beliau turut menasihati masyarakat awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan aktiviti di luar rumah dan peka dengan arahan kerajaan.“Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindak-tanduk yang ingin dilakukan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya semalam.Dalam kenyataan itu juga, Shahrizukirnain menyatakan sokongan kepada keputusan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang solat jumaat dan garis panduan keselamatan.“Saya menyokong penuh keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan solat Jumaat,” tambah beliau.Setakat jam 10.00 pagi tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 238 kes positif COVID-19 di negara ini.Kesemua pesakit sedang dirawat dan dikuarantin di hospital bagi mengelakkan jangkitan bertambah serius.
15 Mar 20
37
COVID-19 : Terengganu Atur Strategi Rangsang Ekonomi Pelancongan
Ariffin Deraman.KEMAMAN, 14 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengatur tiga strategi bagi merangsang industri pelancongan negeri ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di seluruh negara termasuk Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pakej rangsangan tersebut secara tidak langsung akan menampung kemerosotan pelancong dan ekonomi sejak kemunculan virus itu.“Insya-Allah pakej ini akan dibentangkan kepada mesyuarat kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk diluluskan.“Kita fokuskan kepada pelancongan domestik dan insentif-insentif tertentu akan diberikan kepada penggiat-penggiat industri ini, ia bakal diumumkan kelak,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Terengganu Negeri Pelancongan Berisiko Rendah COVID-19 di Resort World Kijal, di sini hari ini.Demontrasi pemeriksaan COVID-19.Mengulas lanjut Ariffin memaklumkan, pantai-pantai dan pulau-pulau di Terengganu masih selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.Namun katanya, langkah keselamatan dan pencegahan tetap dikuatkuasakan dengan rapi di setiap hotel dan pusat-pusat penginapan.“Saya telah mengarahkan pemilik-pemilik hotel di negeri Terengganu untuk menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 kepada semua pengunjung sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.“Pemeriksaan itu adalah tapisan sampingan selepas saringan utama dijalankan di setiap pintu masuk utama negeri dan lapangan terbang,” jelasnya.Terdahulu, Ariffin menegaskan, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya juga akan mematuhi saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu segala aktiviti berskala besar ditangguhkan.“Justeru, terdapat beberapa program besar, antaranya Terengganu Bike Week pada 27 hingga 29 Mac dan Conference on Digital Intelligence Technology (DIGIT) 2020 pada selasa hingga Khamis ini kita tangguhkan serta merta,” tambah beliau.
14 Mar 20
175