lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Hotel Dan Tempat Peranginan Terengganu Ditutup
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Operasi hotel dan tempat peranginan di seluruh negeri ini ditutup selari Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam, bagi mengekang penularan COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, tempoh kawalan pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac bukan tempoh untuk bercuti."Tempoh dua minggu ini bukan untuk bersantai-santai."Mereka yang berada di tempat-tempat sedemikian perlu 'lock down' di tempat itu."Ini bukan sekadar saranan tetapi perkara yang diperuntukkan di bawah perlembagaan dan undang-undang," ujarnya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.Katanya, orang ramai diminta tidak boleh memandang remeh gesaan daripada pihak berkuasa.Dalam pada itu, beliau turut menggesa petugas media agar membuat ujian saringan."Kita semua berisiko sebenarnya, tidak ada orang terkecuali termasuk petugas media yang perlu berjumpa pelbagai pihak ketika membuat liputan dalam melaksanakan tuntutan tugas masing-masing," ujarnya.
17 Mar 20
47
Empty Image
COVID-19 : Sukarelawan Terengganu Bantu Penjagaan Anak Petugas & Kakitangan Hadapan - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau keadaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Kerajaan Terengganu mengambil langkah untuk membantu penjagaan anak para petugas dan kakitangan hadapan yang bertungkus-lumus melindungi masyarakat daripada wabak COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka adalah termasuk petugas hospital iaitu doktor, jururawat dan wira-wira COVID-19 yang terpaksa meninggalkan keluarga dan anak kecil."Oleh kerana pusat jagaan dan taska ditutup maka mereka tiada pilihan. Justeru kita sedang dalam proses untuk menyelesaikan perkara ini. Ramai sukarelawan yang tampil ke hadapan menawarkan khidmat mereka membantu meringankan beban petugas hospital."Hasil perjumpaan saya dengan Perdana Menteri semalam, beliau menekankan semua langkah perlu diambil dengan serius oleh semua pihak dan sekiranya tempoh dua minggu ini tidak mendatangkan kesan yang sepatutnya, pihak Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri akan mengambil langkah yang lebih drastik daripada itu."Untuk mengelakkan langkah yang lebih drastik dikenakan, semua pihak bukan sahaja hospital yang saya rasakan sangat berdedikasi dalam menjalakan tugas mereka tapi semua rakyat perlu sama-sama mainkan peranan."Kepada yang belum lagi menjalankan ujian, tolong datang ke depan," rayunya dalam satu kenyataan kepada pemberita ketika tinjauan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Mengulas tentang keselamatan masyarakat, beliau menambah, kerajaan negeri menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya agar mendengar dengan teliti apa yang diminta dan dimaklumkan kepada mereka oleh pihak kerajaan sama ada Kementerian Kesihatan atau Majlis Keselamatan Negara."Semua penduduk diminta menghentikan aktiviti dan berada di rumah masing-masing. Ini adalah penting untuk mengelakkan penularan COVID-19 ini berterusan."Sepanjang laluan saya tadi ada lagi satu dua tempat kedai makan yang buka secara terbuka. Saya merayu sangat-sangat kepada mereka supaya menutupnya sementara. Ini bukan masa untuk kita 'enjoy' tetapi bersama-sama mainkan peranan masing-masing."Pihak kedai makan dan lain-lain semua ada peranan masing-masing supaya hanya menyediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja."Dan kepada rakyat negeri Terengganu, duduklah di rumah masing-masing dan tidak menjadikan kepulangan mereka ini seperti tempoh bercuti raya," tegasnya.
17 Mar 20
119
Empty Image
COVID - 19 : YPU Tangguh Bayaran Pembiayaan Dan Penyewaan Premis
KUALA TERENGGANU, 18 Mac-Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memberikan kelonggaran kepada usahawan-usahawan dibawahnya menangguhkan semua pembayaran balik pembiayaan dan bayaran sewaan premis-premis perniagaan YPU bagi bulan April 2020.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata ia selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.Justeru itu katanya, kelonggaran ini diberikan bagi mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat."Dengan pengumuman itu, maka pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu juga akan ditutup bagi tempoh tersebut."Segala aktiviti keusahawanan yang telah dirancang oleh YPU dalam tempoh tersebut juga akan ditunda sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan," ujarnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU dalam satu kenyataan media baru-baru ini.Tambahnya lagi, sebagai rakyat, semua pihak juga disarankan agar memainkan peranan yang penting agar virus ini dapat dibendung."Oleh yang demikian, diharapkan kita semua dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala wabak yang kini kian merebak," ujarnya.
17 Mar 20
906
Empty Image
COVID -19 : Pasar Malam Diarah Tutup, Restoran Hanya Boleh Jual Makanan Bungkus Sahaja
Foto Ehsan GogglePUTRAJAYA, 17 Mac - Restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula tengah malam ini.Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing."Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam," katanya.Menurutnya, jarak sosial yang selamat antara individu merupakan kunci utama pelaksanaan perintah tersebut."Pasar malam tidak dibenarkan beroperasi kerana ia mengundang ramai orang," katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan Tealive di kementeriannya di sini hari ini.Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat."Kita arahkan peniaga segera menambah bekalan keperluan semasa," katanya.Justeru katanya, rakyat tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik."Kita sudah bercakap dengan peruncit dan pemborong," katanya.Alexander berkata, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP turut diarahkan untuk menjalankan pemantauan di lokasi tertentu."Arahan sudah dikeluarkan bagi mengekang kenaikan harga barang dalam tempoh ini," katanya.SUMBER : SINAR HARIAN
17 Mar 20
911
Empty Image
COVID-19 : Kakitangan Awam Terengganu Diarah Kerja Dari Rumah
KUALA TERENGGANU, 17 Mac - Semua pegawai awam Kerajaan Negeri Terengganu diarah bekerja dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa esok hingga 31 Mac, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, menerima pakai surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar berkata, arahan tersebut dipanjangkan pemakaiannya kepada semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.Terdahulu, Mohd Khairul memberitahu, ketua jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting di kementerian atau jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai terbabit hadir bertugas di pejabat.Menurut Mohd Khairul, bagi pegawai yang diarah bekerja dari rumah, mereka hendaklah mematuhi arahan termasuk sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat atau bekerja yang ditetapkan kerajaan.“Pegawai mesti sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana tempat lain dan pastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,” katanya.Mohd Khairul berkata, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara yang dinyatakan itu, melainkan mendapat kebenaran ketua jabatan.“Pegawai tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang mana bersesuaian,” katanya.Mohd Khairul berkata, arahan itu turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
17 Mar 20
135
Empty Image
COVID-19 : Malaysia Catat Dua Kematian
PUTRAJAYA, 17 Mac - Dua kematian COVID-19 pertama negara dilaporkan hari ini.Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia merupakan kes ke-178 dan kes  ke-358."Kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini."Sementara kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac."Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Selasa.Sehingga Selasa pukul 12 tengah hari katanya, terdapat 120 kes baharu yang telah dilaporkan.Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes."Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling."Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.Pada Isnin, KKM melaporkan, sebanyak 125 kes positif COVID-19 dilaporkan.Dengan angka tersebut, jumlah kes positif COVID-19 setakat pukul 12 tengahari Isnin adalah sebanyak 553 kes.Dalam pada itu pihaknya turut menggesa orang ramai untuk mematuhi segala arahan berkaitan dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) yang akan dikuatkuasakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 3020.Tegasnya, kegagalan mematuhi mana-mana arahan tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342."Kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya."Kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda, atau kedua-duanya."Kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi RM200.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan," ujarnya.Dr Adham sebelum ini menjelaskan, pihaknya akan menambah 830 jururawat dalam usaha menangani penularan COVID-19 di negara ini.Beliau berkata lantikan secara kontrak itu bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif COVID-19 semakin ketara sejak minggu lepas.SUMBER : ASTRO AWANI
17 Mar 20
44
Empty Image
COVID-19 : Jemaah Tabligh Tidak Dibenar Mengadakan Program Di Masjid
KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Semua masjid serta surau di daerah ini dan Kuala Nerus dinasihat untuk tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh untuk mengadakan sebarang program.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 di negeri ini yang berkait dengan jemaah berkenaan.“Bagi mencegah penyakit itu daripada terus menular di negeri ini, maka pentadbiran ini mengarahkan semua masjid dan surau dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh utnuk mengadakan apa jua program,” ujarnya.Tambah beliau, arahan tersebut berkuatkuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
17 Mar 20
369
Empty Image
COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Mac-Kerajaan Negeri Terengganu mengambil maklum tentang pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dalam Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin semalam.Setelah mendapat titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, maka saya mengumumkan bahawa aktiviti-aktiviti keagamaan di Negeri Terengganu mesti menepati keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ketiga Penggal Ketiga Belas yang bersidang pada 17 Mac 2020.Berkaitan dengan pentadbiran, Kerajaan Negeri Terengganu menerima pakai Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020 seperti yang terkandung di dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19.Ketua Setiausaha Negara membenarkan semua penjawat awam untuk meneruskan tugas dan kekal berada di rumah.Walau bagaimanapun, bagi perkara yang melibatkan perkhidmatan penting negeri (essential services), ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai terlibat menyelesaikan proses-proses mengikut keperluan semasa.Saya menyeru kepada semua rakyat Terengganu untuk memanfaatkan tempoh ini, ambil kesempatan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah dan keluar apabila ada keperluan sahaja. Tidak perlu keluar secara beramai-ramai.Sila patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan amalkan langkah pencegahan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang masa. Pencegahan wabak ini perlu bermula daripada diri sendiri. Jika kita menjaga diri sendiri, maka kita juga menjaga orang lain.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui talian 09-6229775 atau 09-6353752 pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja) dan 9.00 pagi hingga 3.30 petang (hari minggu dan cuti umum).Akhirnya, marilah kita bermunajat dan bermohon kepada Allah S.W.T agar segala musibah yang menimpa negara kita akan segera pulih dengan izin-Nya.
17 Mar 20
62
Empty Image
RTB Terkilan Gantian Tasik Bungkus Terengganu Bakal Selesai
Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 17 Mac - Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Gantian Tasik Bungkus di Ibok sedang diusahakan bagi memenuhi keperluan rakyat.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, RTB itu menggantikan RTB Terkilan Tasik Bungkus."Sekarang ini berjalan kerja-kerja meratakan tanah RTB Pondok Pasir bagi menggantikan RTB Terkilan Tasik Bungkus yang diambil dahulu bagi menjalankan perusahaan perlombongan Kaolin," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan RTB di Ibok di sini semalam.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pondok Pasir, Yak Yah dan Bukit Takal, Zawawi Mohamed ketika ditemui menyatakan rasa syukur beliau di atas perjalanan kerja tersebut."Alhamdulillah dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kijal dan Pejabat Tanah Kemaman, hal ini telah meredakan kegelisahan para peserta RTB Tasik Bungkus yang setia menunggu selama 16 tahun."Kerja meratakan tanah bagi lot perumahan sebanyak 110 lot ini dijangka siap dalam 45 hari insya-Allah."Selebihnya kita mengharapkan kerjasama dari Pejabat Tanah Kemaman bagi menyiapkan secepat mungkin untuk pembahagian lot kepada para peserta," ujar beliau.
17 Mar 20
564
Empty Image
COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac - PM
KUALA LUMPUR, 17 Mac - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat kerana kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua.Katanya, Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.Justeru itu, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.“Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.“Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac (semalam),” kata Muhyiddin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.Bagi Perintah Kawalan Pergerakan kedua, beliau berkata, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.Katanya, bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela atau self quarantine selama 14 hari.“Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti.“Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.“Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” katanya.Muhyiddin berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran.“Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini,” katanya.Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari (Selasa).Perintah kawalan pergerakan tersebut susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di Malaysia. Kementerian Kesihatan merekodkan 553 kes sehingga semalam.Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban Covid-19 yang telah meragut 6,650 nyawa di seluruh dunia.
16 Mar 20
98