Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19 : Peniaga, Pengunjung Pasar Gong Pauh Perlu Patuh PKP, Elak Pasar Ditutup
Dari kiri, Wan Sukairi, Datuk Roslee dan Ahmad Amzad meninjau antara jualan di Pasar Gong Pauh.KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim memohon kerjasama peniaga dan pengunjung Pasar Borong Gong Pauh untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjaga keselamatan dan kebersihan diri selain melaksanakan penjarakan sosial sewaktu berjual beli.“Ekoran penularan situasi di pasar ini semalam, kerajaan negeri telah berhubung dengan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik untuk meningkatkan penguatkuasaan PKP dengan segera. Kita telah ambil langkah supaya kesesakan ini dapat dikurangkan dengan penglibatan pelbagai pihak.“Jika ingkar, kita tidak akan bertolak ansur kerana langkah penutupan pasar adalah antara yang dipertimbangkan sekiranya tidak terkawal,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam tinjauan ke pasar berkenaan, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belila, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.Para peniaga memaklumkan keadaan di Pasar Borong Gong Pauh.Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menegaskan, peningkatan kes COVID-19 memaksa pihak berkuasa mengetatkan PKP untuk memutuskan rantaian penularan pandemik itu.“Pasar borong ini adalah pusat pengedaran bahan-bahan makanan mentah untuk empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.“Kita masih membenarkan perniagaan ini berlangsung berikutan tidak mahu memutuskan rantaian pengedaran makanan kerana akan menjejaskan orang ramai. Kerana itu, saya minta kerjasama supaya mematuhi keadaan yang dihadapi ini,” katanya.
30 Mar 20
231
COVID-19 : Terengganu Wujud Bazar Ramadan 'Online'
KUALA TERENGGANU, 30 Mac- Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu akan menyediakan satu platform perniagaan 'online' atau secara atas talian kepada peniaga bazar Ramadan tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, langkah tersebut diambil selari dengan larangan pembukaan bazar Ramadan di seluruh negeri ini dalam usaha mengekang penularan COVID-19.Katanya, aplikasi bagi membantu peniaga bazar Ramadan memasarkan produk mereka secara atas talian itu akan dilancarkan pada minggu kedua April ini yang diselia terus oleh YPU."Kesemua 32 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan menjadi admin kepada bazar Ramadan 'Online' ini di tempat masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Studio TV Darul Iman di Pejabat Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini.Katanya, sebelum pelaksanaan aplikasi berkenaan pada Ramadan nanti, pihaknya akan memberi penerangan kepada wakil setiap Pusat Khidmat DUN di seluruh Daerah negeri ini."Terpulang kepada Pusat Khidmat DUN untuk wujudkan berapa banyak bazar Ramadan 'Online' ini, bagaimanapun ianya biarlah praktikal."Peniaga boleh berdaftar dengan sistem ini dan segala urusan jual beli adalah menerusi e-wallet untuk memudahkan peniaga dan pembeli," ujarnya.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata, Kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Terengganu sebagai inisiatif membantu peniaga yang terjejas teruk disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan."Mereka boleh memohon pinjaman tanpa riba menerusi tabung ini yang dikelolakan oleh YPU,"ujarnya.
30 Mar 20
66
COVID-19 : Usahawan Diseru Sertai SUT
KUALA TERENGGANU, 30 Mac-Semua usahawan di negeri ini diseru agar mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, bermula 1 Februari sehingga 30 April ini, pendaftaran SUT dibuka secara percuma kepada usahawan-usahawan di Terengganu."Sebelum ini, pendaftaran untuk SUT dikenakan bayaran sebanyak RM10 namun sehingga 30 April ini, ianya adalah percuma. Hanya klik pada pautan atau imbas kod QR sahaja."Kami di YPU amat menggalakkan usahawan di Terengganu untuk mendaftarkan diri sebagai ahli SUT dimana pelbagai kemudahan dibekalkan kepada mereka termasuk bantuan kewangan, kursus dalam meningkatkan perniagaan serta banyak lagi,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.Namun demikian, bagi meringankan beban kepada usahawan terutama yang terjejas akibat Covid-19 disarankan agar dapat mendaftarkan diri sebelum 7 April 2020 untuk memudahkan urusan YPU memperoleh data untuk membantu mereka."Ramai usahawan di sini telah terjejas dalam menghadapi krisis yang dilihat kini kian meruncing terutamanya usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)."Jadi, ini adalah salah satu kecaknaan YPU kepada usahawan dalam menghadapi Covid-19," katanya lagi.Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2006, seramai 3,145 usahawan telah berdaftar sebagai SUT.Tambahnya, sepanjang 2019 sahaja, 912 usahawan telah mendaftarkan diri untuk mendapat manfaat yang ditawarkan oleh YPU."Untuk suku pertama tahun ini, hanya 292 usahawan sahaja yang telah mendaftarkan diri."Oleh itu, kami amat berharap agar usahawan-usahawan lain di Terengganu mendaftarkan diri agar YPU dapat membantu anda terutama dalam keadaan sekarang dimana ramai yang terkesan akibat Covid-19,"ujar Ahmad Farhan.Untuk maklumat, terdapat tiga kaedah yang disediakan oleh YPU untuk pendaftaran SUT samada melalui pautan http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU atau saluran telegram https://t.me/SahabatUsahawanTerengganu Usahawan juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan bagi memohon menjadi sebahagian daripada SUT.
29 Mar 20
293
COVID-19 : Terengganu Batal Semua Bazar Ramadan
Bazar Ramadan. Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Demi kemaslahatan kesihatan rakyat akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus tersebut.Katanya, ia sekaligus akan merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak itu sepenuhnya."Sehubungan itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi bazar Ramadan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'."Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 pada 29 Mac 2020 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu," jelasnya.Dr Alias Razak.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Dalam masa yang sama, pihaknya menyarankan kepada para peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan akibat pembatalan itu.Ujarnya, beberapa alternatif boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung."Para peniaga disaran untuk mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online) selain membuat perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan."Di samping menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya atau boleh menjalankan apa sahaja alternatif lain yang difikirkan sesuai," cadang beliau.Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua PBT sebagaimana pengumuman pada 26 Mac baru-baru ini.
29 Mar 20
96
COVID-19 : AP Kuala Nerus Bantu Pengusaha Bot Penambang Terjejas
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 29 Mac – Pengusaha Bot Penambang Seberang Takir yang terjejas akibat tidak dibenarkan beroperasi rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata sumbangan ini bagi membantu mereka kerana sumber pendapatan secara tidak langsung terjejas kerana mereka tidak lagi mampu mencari rezeki dalam suasana penularan COVID-19 yang sedang melanda sekarang."Hari ini (semalam) saya datang melawat (ahli-ahli Persatuan) Bot Penambang untuk diberikan sumbangan bersempena dengan suasana COVID-19 yang berlaku sekarang.“Sumbangan kepada ahli-ahli Bot Penambang ini bukanlah kali pertama dibuat kerana saya selalu memberikan sumbangan kepada mereka pada bulan Ramadhan dan pada keadaan-keadaan tertentu pun turut diberikan bantuan," ujarnya.Dr Khairuddin yang juga merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata demikian kepada pemberita setelah menziarahi dan menyalurkan sumbangan berupa wang tunai kepada 18 Pengusaha Bot Penambang Seberang Takir di jeti penambang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir, Abdul Halim Che Ibrahim.Tambah Dr Khairuddin lagi, sumbangan kali ini adalah rantaian sumbangan beliau kepada pengusaha bot penambang yang akan diteruskan dari semasa ke semasa.
29 Mar 20
95
COVID-19 : Beri Kepercayaan Kepada MPKK Agih Bantuan
Dr Azman (paling kiri) bersama barisan MPKK memunggah barangan keperluan untuk diagih kepada rakyat.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 29 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya terus memberi kepercayaan terhadap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tekanan segelintir masyarakat kepada MPKK semakin ketara terutamanya di media sosial sehingga mengganggu fokus mereka.Katanya, pelbagai tohmahan yang dilemparkan dengan terbawa-bawa sikap buruk sangka dan tidak memberi kepercayaan kepada pemimpin setempat. "Malah ada yang komen belum mendapat bantuan itu majoritinya adalah daripada kelompok yang berkemampuan dalam masyarakat."MPKK yang dikecam itu hanya dibayar elaun RM900 sahaja sebulan. Saya kesian bila yang kecam kerana tidak dapat bantuan ialah kontraktor, kita boleh menilai."Pengerusi dan 15 AJK MPKK diberi amanah untuk menilai sebaiknya siapa sasaran kita dalam kampung. Mereka pergi ke rumah terus untuk hantar barang bantuan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Dr Azman.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, agihan barang bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi tanpa mengisi borang permohonan terlebih dahulu bagi memudahkan rakyat, namun tuduhan lain pula yang timbul."Beri barang dia minta borang. Selagi tak boleh borang, selagi itu dia tidak berpuas hati. Dituduh pula kita sorok borang untuk diberi kepada anak beranak."Musim bencana bantuan boleh diagihkan tanpa borang. Kalau hanya yang isi borang diberi bantuan, macam mana dengan orang tua dan rakyat yang tak biasa dengan borang," soalnya.Sementara itu, beliau mengagumi beberapa MPKK yang mengambil banyak inisiatif sendiri untuk membantu rakyat dalam kampung. "Tetapi tentu sekali bantuan tak akan sampai ke setiap rumah kerana ini adalah bantuan dan bukannya peluang. Saya pantau secara dekat agar yang susah dibantu tanpa mengambil kira warna parti."Bukan tak akan dapat, cuma bantuan secara berperingkat ini dibahagikan terlebih dahulu kepada yang lebih memerlukan," tambah beliau.
29 Mar 20
62
COVID-19 : PKM Kota Putera Agih 800 Bungkusan Keperluan Asas
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 29 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kota Putera mengagihkan 800 bungkusan keperluan asas kepada penduduk kampung yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 secara berperingkat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan bebanan penduduk yang terkesan akibat daripada wabak tersebut melanda daerah dan negeri kita ini.“Sumbangan fasa pertama dan dua telah diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama Pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera kepada penduduk kampung.“Keperluan asas makanan berupa beras, gandum, gula dan beberapa jenis lagi telah diagihkan kepada 37 MPKK masing-masing serta turut diagihkan juga lima tan tembikai hasil tanaman petani sekitar Besut telah diagihkan secara berkala,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program mengagihkan sumbangan tersebut, di sini, pada semalam.Justeru itu, Nurkhuzaini berharap sumbangan yang diberikan ini dapat meredakan kegelisahan rakyat yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan ini.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan "first liner" yang membanting tulang dalam persiapan penghantaran bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung.“Saya memohon supaya masyarakat dapat bertenang dalam tempoh yang genting ini.“Dan semoga usaha murni kita yang kita lalukan ini mendapat keberkatan disisi Allah,” tambahnya lagi.
29 Mar 20
264
COVID-19 : Ingkar PKP, Pasar Borong Gong Pauh Akan Dikawal Polis
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah lebih ketat di Pasar Borong Gong Pauh susulan situasi sesak di Pasar Borong Gong Pauh Kuala Terengganu yang tentu sekali melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata tindakan ini terpaksa diambil kerana terdapat aduan orang ramai tentang keadaan di pasar borong berkenaan."Susulan aduan ramai keadaan di , Kuala Terengganu, saya telah minta Tuan Abdul Rahim, OCPD Kuala Terengganu mengambil langkah perlu Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan rakyat Kuala Terengganu."Terima kasih atas tindakan pantas PDRM sebentar tadi apabila Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Roslee Chik sendiri telah turun padang meninjau dan juga Tuan Suffian, Timbalan OCPD Kuala Terengganu yang memaklumkan kepada saya kemajuan pematuhan PKP ini," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosialnya hari ini.Tambahnya lagi, walaupun pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 3 pagi hingga 9 pagi untuk membolehkan hasil pertanian dipasarkan dan pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan asas namun pematuhan kepada PKP tetap menjadi keutamaan."Saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sememangnya sedang mengusahakan pembangunan semula Pasar Borong Gong Pauh ini agar lebih tersusun."Ia sangat penting sekiranya berlaku lagi masalah seperti COVID19 , perbekalan bahan makanan basah di Pasar Borong utama di Kuala Terengganu ini mudah diuruskan tanpa perlu berdepan kesesakan seperti ini," ujar Ahmad Amzad.Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi berkata beliau juga turut membangkitkan isu kesesakan di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri yang di pengerusikan oleh YAB Menteri Besar pagi tadi.Justeru itu, bermula esok pihak PDRM akan mengawal di pintu masuk dan di dalam pasar terutama di bahagian jualan ikan."Semoga penjual dan pembeli dapat mematuhi peraturan demi kebaikan kita semua dalam menghadapi ujian COVID 19 ini."Asasnya ialah tiada kesesakan, jarakkan diri anda sejauh satu meter antara satu sama lain, memakai mask dan tidak bersentuhan antara satu sama lain."Hanya satu orang setiap keluarga sahaja. Tiada isteri/suami dan anak anak yang mengikuti," tambahnya.
29 Mar 20
961
COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau
Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu."Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap agar semua rakyat jelata dalam negeri Terengganu bersabar menghadapi ujian ini."Dan baginda berdoa agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," kata kenyataan itu.
29 Mar 20
243
COVID-19 : NGO Wanita Gerakkan Usaha Bantu Golongan Terjejas
Zuraida bersama petugas yang terlibat dalam menyampaikan sumbangan kepada pihak yang terjejasOleh : Syazwana M.ZohirFoto : Media HANEESKUALA TERENGGANU, 29 Mac – Golongan yang terjejas ekoran pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan bermula 18 Mac yang lalu turut mendapat perhatian dan sumbangan Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera (HANEES) Negeri Terengganu dengan usaha sama Ameerah Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata usaha itu diambil setelah menyaksikan ramai rakyat tidak dapat keluar mencari rezeki dan menyebabkan mereka hidup tersepit kerana tidak dapat membeli barangan keperluan harian.Menurutnya, HANEES memulakan Tabung Cakna COVID-19 (TCC) sejak minggu pertama PKP dikuatkuasakan dan sehingga kini lebih RM30,000 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan orang ramai.“Daripada RM30,000 yang berjaya dikumpul itu, lebih RM22,000 telah kita agihkan kepada masyarakat yang terjejas meliputi mahasiswa, golongan miskin, ibu tunggal dan juga golongan petugas 'frontliner’ (barisan hadapan) termasuklah petugas kesihatan, polis dan juga tentera.“Kita agihkan dana itu mengikut keperluan golongan sasar kita. Ada yang diberi dalam bentuk barangan harian seperti beras, susu, gula dan lain-lain. Ada pula yang kita beri wang tunai untuk mereka beli keperluan seperti lampin pakai buang dan kita juga salurkan dalam bentuk makanan kepada petugas keselamatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Zuraida yang juga merupakan Penaung HANEES berkata dana TCC tersebut turut digunakan bagi membiayai kos penghasilan perisai muka (face shield) yang akan diagihkan kepada petugas kesihatan di Pusat Kuarantin COVID-19 atau Klinik Kesihatan (KK).“Sekarang, duit kita hanya berbaki sekitar RM8,000 sahaja lagi sedangkan masih banyak golongan yang masih memohon sumbangan daripada kita.“Sebolehnya, kami mahu semua golongan yang terjejas ini dibantu tanpa mengira bangsa, warganegara, agama ataupun parti tetapi kerana dana yang terhad ini, terpaksa kami utamakan dahulu yang betul-betul memerlukan,” tambahnya.Jelas Zuraida, walaupun pihak kerajaan negeri sudah menyediakan banyak isentif untuk golongan yang terlibat, tetapi itu masih tidak mengcukupi dan kerana itulah kami hadir untuk memenuhi kelompongan tersebut.“Saya menyeru kepada masyarakat yang mungkin mempunyai lebihan rezeki untuk sama-sama kita bantu, agih-agihkan rezeki kita kepada mereka yang kurang berkemampuan. Semoga Allah memurahkan rezeki para penderma. Kita tunjukkan kebersamaan kita dalam melawan wabak COVID-19 ini,” ujarnya lagi.Untuk maklumat, hampir 1000 orang golongan yang terkesan dengan PKP telah menerima manfaat daripada TCC ini dan masih ramai lagi yang berada dalam senarai menunggu berikutan kekurangan sumber kawangan tabung.Orang ramai yang mahu menyumbang kepada TCC ini, boleh berhubung dengan Pengerusi HANEES, Faradila Mohamad atau disalurkan terus ke akaun CIMB HANEES bernombor 8603354723.
28 Mar 20
87