lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Polis Kawal Pasar Borong Gong Pauh Mulai Esok
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawal di pintu masuk dan di dalam Pasar Borong Gong Pauh di sini bermula esok bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 berlaku.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ini kerana orang ramai yang hadir bagi membeli keperluan harian di pasar tersebut sangat ramai dan menyebabkan kesesakan berlaku.Katanya, masalah itu telah dibangkitkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pagi tadi dan tindakan tersebut telah dipersetujui bersama."Semoga penjual dan pembeli dapat mematuhi peraturan demi kebaikan kita semua dalam menghadapi ujian COVID-19 ini.  "Asasnya ialah tiada kesesakan, jarakkan diri anda sejauh satu meter antara satu sama lain, memakai 'mask' dan tidak bersentuhan antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah Wan Sukairi, hanya  seorang setiap keluarga sahaja dibenarkan untuk memasuki pasar berkenaan. "Tiada isteri atau suami dan anak-anak yang dibenarkan bersama ketika membeli," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu.
28 Mar 20
240
Empty Image
COVID-19 : ADUN BBC Terengganu Potong Gaji Untuk Tabung
KUALA NERUS, 29 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim  mewakili seluruh ADUN Kelab Penyokong Kerajaan Negeri atau lebih dikenali Backbencher (BBC) tidak ketinggalan untuk turut sama menyumbang bagi Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu dengan pemotongan 30 peratus gaji mereka selama dua bulan.Beliau yang juga PengerusiKelab ini berkata mereka juga terlibat sama secara langsung dalam menyokong usaha memerangi Covid 19 dari terus menular bersama usaha kerajaan negeri."Ini merupakan salah satu usaha selain usaha wajib yang dilaksanakan oleh semua ADUN secara rutin di dalam kawasan masing-masing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya lagi, ia dilihat berdasarkan perkembangan semasa penularan Covid 19 dan tekanan yang dialami keseluruhan rakyat menyebabkan seluruh anggota kabinet Malaysia memotong gaji penuh selama dua bulan.Perkara ini juga disambut baik pihak kerajaan negeri Terengganu melalui  Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri dengan memotong 50 peratus gaji selama dua bulan.Justeru itu, sebagai ADUN Backbencher, Hishamuddin berkata keputusan secara bersama-sama ini dibuat bagi mencontohi tindakan yang pihak kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat.
28 Mar 20
204
Empty Image
COVID -19 : 4,460 Kilogram Ikan Disumbang Kepada Penduduk DUN Kuala Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 28 Mac - Sebanyak 4,460 kilogram ikan disumbangkan kepada para penduduk DUN Kuala Besut yang terjejas punca rezeki dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, beliau bersama dengan Pusat Khidmat DUN berbesar hati membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini mereka yang terjejas merasai lauk di saat yang genting ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 36 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan kepada penduduk, di sini, pada semalam.Menurutnya, beliau menyerahkan kepada MPKK DUN Kuala Besut untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas seterusnya menyampaikan sumbangan ini."In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kula Besut,” ujar beliau.
28 Mar 20
41
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Lancar Tabung Kutipan Bantuan Untuk Rakyat
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban rakyat negeri itu yang terjejas akibat wabak pandemik berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah tersebut juga bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu."Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)."Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Akauntan Negeri Terengganu (Bank Islam) : 13017010034566) atau melalui cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Terengganu."Setiap transaksi kemasukan hendaklah dicatat 'Tabung COVID-19'," katanya dalam satu kenyataan.Tambah beliau, semangat kesatuan dan kecaknaan semua pihak sangat diperlukan bagi mendepani cabarang semasa."Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama."Semoga dengan sedekah dan sumbangan, mereka-mereka yang ikhlas menderma akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T," jelasnya.Sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi Urusetia Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu iaitu Wan Mohd Fahmi Wan Mohd (013-4467234), Noormadiana  Kamaruddin (019-9803666)d Mohd Yusoff Bin Aminudin (019-919 9886) atau emelkan kepada tabungcovid19trg@gmail.com.
27 Mar 20
789
Empty Image
COVID-19 : MB, Exco Terengganu Potong Gaji
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Gaji Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Terengganu akan dipotong sebanyak 50 peratus selama dua bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan COVID-19 negeri berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi membantu rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik tersebut yang melanda seluruh dunia."Sebagai sumbangan permulaan, saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) akan membuat pemotongan 50 peratus daripada dua bulan gaji untuk tabung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan semalamTambah beliau, inisiatif itu diambil kerana menyedari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan memberi impak yang lebih besar kepada sosioekonomi dan rakyat Terengganu.
27 Mar 20
44
Empty Image
COVID-19 : Amzad Beli 2,000 Tembikai Kurangkan Kesan Ditanggung Petani Terengganu
Pihak DUN memuatkan buah tembikai ke dalam lori untuk diagihkan.Oleh: Husein HusainiKUALA TERENGGANU, 28 Mac –Memahami keadaan para petani Terengganu yang terjejas di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengambil inisiatif membantu golongan ini dengan membeli 2,000 biji buah tembikai untuk diagihkan kepada kebanyakkan masyarakat di sekitar  Kuala Terengganu. “Sebanyak 500 biji tembikai diagihkan sama rata ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihak DUN sendiri yang akan agihkan ke setiap cawangan untuk disumbangkan kepada rakyat."Sambil kita tolong petani, kita juga dapat tolong rakyat.” katanya.Ahmad Amzad.Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyatakan, usaha tersebut turut dilakukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang lain untuk mengurangkan beban golongan tani negeri itu yang terjejas."Kebanyakan petani tidak dapat menjual hasil tanaman mereka dengan baik dan hilang punca pendapatan ketika ini."Ini kerana, kebanyakkan kedai dan pasar yang menyediakan bahan mentah juga terpaksa ditutup bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Amzad juga telah mengambil inisiatif menyumbang sebuah kanopi besar untuk kemudahan para petugas kesihatan di Klinik Hiliran bagi menzahirkan penghargaan kepada ‘front liner’ yang bertungkus-lumus memastikan penyebaran wabak COVID-19 ini terjaga.
27 Mar 20
248
Empty Image
COVID-19 : Golden Pharos Sumbang Makan Malam Kepada Frontliner HSNZ
Wakil GPB, Fauzan Abdul menyerahkan pek makanan makan malam kepada wakil HSNZ di perkarangan hospital petang semalamKUALA TERENGGANU -- Golden Pharos Berhad (GPB) salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri turut mengambil peranan membantu barisan hadapan 'frontliner' yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan sekitar bandar dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Nadza Abdul berkata bantuan dalam bentuk sumbangan makan malam yang diberikan adalah tidak seberapa berbanding dengan jasa serta usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertugas.Katanya, ia sebahagian usaha untuk meringankan beban mereka yang mengambil risiko bertugas ketika seluruh negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sejak dilancarkan."Sumbangan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang mereka telah korbankan termasuklah masa, keluarga dan tenaga."Ini menunjukkan bahawa GPB amat berterima kasih kepada frontliner ini kerana tanpa mengira penat dan lelah berjuang menentang wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.Seramai 50 kakitangan yang bertugas di hospital dan 20 kakitangan Polis Diraja Malaysia menerima sumbangan pek makan malam yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat GPB, Fauzan Abdul.Nadza Abdul berkata, pihaknya juga mengarahkan seluruh kakitangan Kumpulan untuk berada di dalam rumah dan tidak perlu keluar jika tiada apa-apa urusan yang penting."Pihak GPB sentiasa memantau pergerakan kakitangan bagi memastikan mereka patuh kepada arahan kerajaan dan sentiasa mengingatkan supaya menjaga kesihatan dan kebersihan supaya tidak dijangkit wabak yang merbahaya ini."Setakat ini, kami bersyukur kerana tiada lagi kakitangan GPB yang dilaporkan positif Covid-19," katanya lagi.Tambah beliau, GPB turut menghentikan operasi kilang dan pengurusan sepertimana yang diarahkan oleh kerajaan negeri sempena Perintah Kawalan Pergerakan.
27 Mar 20
197
Empty Image
COVID-19 : IPD Hulu Hasilkan Sendiri Penutup Muka
Sebahagian anggota polis dan tentera yang memakai penutup muka sewaktu melakutan sekatan jalan raya di daerah Hulu Terengganu.Foto Ehsan:IPD Hulu TerengganuHULU TERENGGANU, 27 Mac - Berhadapan dengan situasi getir dalam menangani penularan wabak Covid-19, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan sendiri penutup muka susulan kesukaran untuk mendapat bekalan produk terbabit.Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, penutup muka yang dihasilkan adalah untuk kegunaan pegawai dan anggota yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh daerah itu."Pihak kami menggunakan wang kelab IPD Hulu Terengganu bagi membeli barangan untuk membuat alat berkenaan yang berharga 50 sen setiap satu.“Penutup muka atau Face Protector itu akan diberi kepada lebih 200 anggota dan pegawai termasuk 40 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di seluruh daerah ini.“Kita bukan sahaja menjaga keselamatan petugas di lapangan, malah kebajikan keluarga mereka juga dititikberatkan,” katanya.Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai khususnya masyarakat yang tinggal di daerah berkenaan mematuhi arahan PKP dan sentiasa berada di rumah.“Kita tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan menahan sesiapa sahaja yang didapati dengan sengaja berada di luar rumah tanpa tujuan penting,” katanya.Sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac lalu sehingga kini,  Hulu Terengganu belum merekodkan kes COVID19 atau masih merupakan zon hijau.
27 Mar 20
493
Empty Image
Pakej Prihatin Rangsang Kitaran Pemulihan Ekonomi - Abdul Hadi
Abdul Hadi.MARANG, 27 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dijangka dapat merangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, inisiatif terbaharu kerajaan pusat itu juga memberi kelegaan kepada kepada petugas barisan hadapan, peniaga dan rakyat di segenap lapisan."Ia sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut beliau yang juga Presiden PAS,  pakej Prihatin tersebut akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik."Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini," tambah beliau.
27 Mar 20
50
Empty Image
COVID-19 : Enam Ditahan Ingkar PKP
Datuk Roslee Chik turun padang meninjau operasi pemeriksaan oleh anggotanya susulan PKP yang dilanjutkan bagi membendung wabak COVID-19. Foto ihsan - FB Polis TerengganuKUALA TERENGGANU, 27 Mac - Enam lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang ia dikuatkuasakan, dalam pemeriksaan di seluruh negeri Terengganu, setakat ini.Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, pihaknya sudah melakukan enam tangkapan termasuk dua semalam."Keenam-enam mereka melibatkan tangkapan di daerah Dungun (2), Marang (3) dan Kuala Terengganu (1)."Dalam pemeriksaan semalam, sebanyak dua tangkapan telah dilakukan di Marang, dekat sini, tanpa alasan munasabah," ujarnya.Beliau berkata, tindakan itu boleh mengundang risiko penularan COVID-19, malah ada antara mereka tidak memakai penutup muka dan hidung.“Kami ingatkan kepada semua bahawa kesalahan ini serius. Jika sabit kesalahan, denda adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.“Semua yang ditahan berusia antara lingkungan 20-an hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.Roslee Chik berkata, kesemua enam lelaki terbabit akan berdepan dengan pertuduhan di mahkamah pada Ahad ini.“Kita sudah beri nasihat kepada orang ramai supaya duduk di rumah sepanjang tempoh PKP, namun masih ada yang tidak patuh.“Kita akan meneruskan tangkapan sekiranya masih ada yang degil dan berkumpul di tempat awam sehingga boleh menyebabkan jangkitan berlaku,” katanya.
27 Mar 20
137