lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bantuan COVID-19 : Beri Bukti Jika Ada MPKK Pilih Kasih
Sebahagian petugas DUN Kota Putera bersiap sedia untuk mulakan penagihan bantuan kepada penduduk yang layakBESUT, 1 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, menafikan isu yang di viralkan di laman sosial yang menyatakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengagihkan borang bantuan COVID-19 secara pilih kasih dan diberikan kepada parti-parti tertentu sahaja.Beliau berkata zaman pemikiran itu telah berlalu kerana pada peringkat awal pelantikan MPKK telah diberi penekanan supaya tidak berlaku masalah ini."Dari mula pelantikan, saya telah menekankan kepada MPKK supaya jangan pilih kasih, jangan pilih bulu kerana orang yang layak akan dibantu."Jadi di sini saya tekankan, kepada yang berfikiran sebegitu, kepada yang sedang meviralkan atau  'keyboard warrior' yang sedang menulis tolong dapatkan senarai terperinci MPKK mana, kawasan mana dan kampung mana jika ia berlaku."Jika dalam kawasan DUN Kota Putera, boleh terus serahkan kepada saya senarai tersebut."Saya tak mahu lagi diviralkan dengan kata-kata, bagi puak dia..bagi puak dia sedangkan bukti tidak ada. Jadi bagi yang ada bukti tolong ambil nama MPKK tersebut dan hantar bukti itu  dan saya akan ambil tindakan sewajarnya bila ada yang layak tetapi tidak diberikan," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya semalam.Tambahnya lagi. buat masa sekarang bantuan adalah terbatas dan ada yang belum sampai lagi."Bagi penduduk Kota Putera, insha Allah sekarang ni MPKK dan pengerusinya sedang bertungkus lumus untukmendapatkan senarai- senarai rakyat yang terkesan dengan arahan PKP ini."Saya mengucapkan terima kasih banyak atas usaha yang dijalankan dan juga kepada rakyat yang masih menanti bantuan dan jika layak, bantuan akan sampai ke rumah mereka dari semasa ke semasa," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri.Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau tidak mahu lagi persepsi rakyat dimainkan atau dimomokkan oleh mereka yang tidak jujur sedangkan dalam pemerintahan sekarang, akan membantu sebaik mungkin mereka yang layak dan bukannya penyokong mana-mana parti.
31 Mar 20
140
Empty Image
COVID-19 : 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan
Oleh : Wan Abdul HadiKEMAMAN, 1 April - 750 warga felda di daerah ini teruja apabila menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Dr Khairuddin menyerahkan bantuan tersebut kepada badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagihkan kepada komuniti felda setempat.Pengerusi Generasi, Naraza Muda berkata, bantuan seperti beras, minyak masak dan keperluan lain itu pastinya akan membantu warga felda untuk hidup dengan lebih sempurna dalam suasana penularan wabak COVID-19."Terima kasih kepada semua kerana memberi kepercayaan buat Generasi bagi menguruskan agihan barang bantuan ini," ujarnya dalam ucapan penghargaan.Majlis penyampaian bantuan berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Majlis tersebut diadakan di Pejabat Felda Kertih 1 dengan mengamalkan penjarakan sosial sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
31 Mar 20
56
Empty Image
COVID-19 : Elakkan Kes Keganasan Rumahtangga Semasa PKP - Zuraida
KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor menyuarakan kegusarannya berkenaan masalah keganasan rumahtangga yang mungkin berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Beliau berkata stastik kes keganasan rumahtangga meningkat dengan mendadak sejak wabak COVID-19 menular di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia, apabila panggilan ke Talian Kasih bertambah 57 peratus sejak PKP.Menurutnya, di Tennesse panggilan kes keganasan rumahtangga meningkat sebanyak 55 peratus manakala di New South Wales, Australia 40 peratus, di Perancis pula 32 peratus.“Memang benar, bagi sesetengah orang, duduk di rumah adalah seperti di neraka. Ada aduan suami pukul isteri, isteri derhaka pada suami, ibubapa pukul anak, anak tengking dan pukul ibubapa.“Dalam hal ini, mereka akan merasa tertekan apabila duduk di rumah. Saya sendiri menerima aduan dan luahan hati seorang ibu, isteri, anak-anak dan bicara hati seorang menantu,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam media sosial miliknya, kelmarin.Zuraida turut meluahkan kesedihannya apabila mendengar pelbagai rungutan dan aduan daripada pelbagai latar belakang wanita.“Kadang-kadang, saya rasa seperti tidak percaya dengan luahan mereka tetapi apabila melihat dengan mata kepala saya sendiri, terdiam saya seribu bahasa. Tidak tersangka, berjurai air mata, isteri mengabaikan rumahtangga, hilang hormat antara mertua dan menantu.“Saat ujian datang menyapa, pasangan masing-masing semakin mudah melatah, sehingga menyebabkan rasa tawar hati dan bersikap kasar antara satu sama lain. Tambahan sekarang mereka teruji dengan masalah kewangan, kesusahan dan kemiskinan,” tambahnya.Zuraida turut berpesan supaya sentiasa bermuhasabah diri, perbaiki kelemahan dan banyakkan bersabar. Hakikat kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari ujian.Katanya, ujian dan kesusahan yang berlaku itu terselit beribu hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum tatkala mengetahuinya.Beliau juga menggesa supaya keganasan rumahtangga dihentikan dan segera hubungi Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di talian 15999 jika ada aduan berkaitan kes keganasan rumahtangga.
31 Mar 20
113
Empty Image
COVID-19 : Cadangan Sistem Giliran Kenderaan Ditangguhkan
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Polis Terengganu menangguhkan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya menerusi Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan bermula esok 1 April 2020 .Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dan terperinci dijalankan.“Perancangan kita untuk melaksanakan giliran nombor plat pada esok, 1 April terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kajian impak yang lebih terperinci.“Sebab banyak komen yang kita terima, ada yang baik ada yang tidak menyenangkan. Justeru saya dengan ini mengesahkan bahawa pelaksanaan penggiliran nombor plat kenderaan pagi esok terpaksa kita tangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.Sebelum ini, Polis Terengganu mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya akan memperketatkan Perintah kawalan Pergerakan(PKP) fasa dua bagi tujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh.PDRM akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil iaitu nombor plat terakhir bagi mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.
31 Mar 20
62
Empty Image
COVID-19 : Tiada Pelajar Dan Kakitangan TATIUC Positif
KUALA TERENGGANU, 31 Mac- Kolej Universiti TATI (TATIUC) mengesahkan bahawa tiada pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi itu disahkan positif COVID-19 setakat ini.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana melindungi mereka semua dari wabak berkenaan."Pada 10 hingga 11 Mac lalu telah berlangsung Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2020) kerjasama di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan TATIUC, di mana kita  merupakan tuan rumah bagi MPI 2020 yang berlangsung di Dewan Canselor TATIUC."Salah seorang juri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) telah disahkan positif COVID-19 selepas itu. Justeru, saya amat bimbang kemungkinan berlaku jangkitan di kalangan peserta yang melibatkan 445 produk inovasi serta hampir 2000 pengunjung dan peserta yang terlibat," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad Katanya, hari ini adalah hari terakhir bagi  semua pelajar dan kakitangan yang terlibat dengar MPI 2020 menjalani 'self-quarantine'."Pada malam 13 Mac lepas, kami telah menunaikan solat sunat hajat bersama-sama pelajar Huffaz Fast Track SPM, memohon kepada Allah semoga semua warga TATIUC dilindungi daripada wabak ini," katanya.Justeru, beliau turut mengharapkan semoga semua warga TATIUC sentiasa dalam keadaan tenang dan menjaga kesihatan dan kebersihan."Berusaha untuk solat diawal waktu, melaksanakan solat-solat sunat dan membaca al-Quran serta jangan berhenti berdoa."Semoga semuanya di dalam keberkatan dan sentiasa dilindungi Allah," ujarnya.
31 Mar 20
349
Empty Image
COVID-19 : MPKK Teluk Menara Agih 450 Ekor Ayam
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 30 Mac  - Sebanyak 450 ekor ayam bersih diagihkan kepada 420 buah rumah di kampung Teluk Menara, Manir, di sini semalam, dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Menara, Manir, Hamazah Mohd Latif berkata, kesemua rumah mendapat seekor ayam hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai."Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja."Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur berkebetulan ada sebuah pengusaha ayam di kampung kami bermurah hati bekalkan ayam bersih tersebut dengan harga murah untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan," katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam."Selain ucapan terima kasih, kegembiraan jelas terbayang di wajah-wajah penerima dengan rezeki yang diterima walau terlalu kecil berbanding keperluan mereka ketika ini."Juga ada sebahagian keluarga berkemampuan menolak dengan penuh sopan dan kalimah penghargaan tetap dihadiahkan kepada seluruh petugas kami,"ujarnya lagi.Beliau berharap pemberian ayam berkenaan dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin."Terdahulu, hampir 200 bungkusan bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan kepada yang benar-benar terkesan selepas pihak kami kenal pasti."Selepas ini gabungan MPKK, Jawatankuasa Masjid dan Belia tubuhkan TM Care akan bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.Hamazah yang juga merupakan Penasihat TM Care menyeru orang ramai untuk terus menyumbang terutamanya wang tunai ke akaun 13010005864714 Bank Muamalat  MPKK Teluk Menara.
31 Mar 20
300
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Wujudkan Tabung Pemulihan Bantu PKS
Nurkhuzaini (dua dari kiri) melihat produk PKS.KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM4 juta untuk Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Terengganu bagi membantu peniaga yang terjejas teruk disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, mereka yang terdiri daripada peniaga swasta (persendirian) layak untuk memohon pinjaman sehingga RM50,000.“Tempoh bayaran balik adalah selepas enam bulan daripada tarikh permohonan pinjaman dan ia turut bergantung kepada tempoh lanjutan PKP COVID-19.“Insya-Allah dengan bantuan pinjaman tanpa riba (faedah) ini akan membantu peniaga-peniaga kita dan borang permohonan akan diedarkan secepat mungkin,” katanya ketika sidang media di Studio TV Darul Iman semalam.Dalam perkembangan sama, pada 27 Mac lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan tambahan peruntukan daripada RM4 bilion kepada RM13.1 bilion bagi membantu individu dan PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19.BNM dalam kenyataan berkata, antara penambahan peruntukan ialah Kemudahan Bantuan Khas (SRF), daripada RM2 bilion kepada RM5 bilion dengan kadar pembiayaan maksimum diturunkan daripada 3.75 peratus setahun kepada 3.5 peratus setahun.“Selain peruntukan tambahan kepada Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) daripada RM5.8 bilion kepada RM6.8 bilion bagi meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan dan kadar pembiayaan maksimum dikurangkan daripada lapan peratus setahun kepada tujuh peratus setahun,” ujarnya.Menurutnya, PKS boleh memohon tiga kemudahan lain di bawah Tabung itu, iaitu Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Agromakanan (AF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).Jelas BNM, PKS yang berminat boleh memohon pembiayaan dengan menelefon atau menghantar e-mel kepada institusi kewangan peserta (PFI), atau melawat platform rujukan pembiayaan perniagaan di www.imsme.com.my.“PKS boleh memohon skim BizMula-i dan BizWanita-i yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) bagi pembiayaan sehingga RM300,000.“Institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi kemudahan itu,” tambah BNM.
30 Mar 20
160
Empty Image
COVID-19 : PKP Diperketatkan, Arahan Penggiliran Keluar Kenderaan Dilaksana
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Pihak Polis di Terengganu akan memperketatkan Perintah kawalan Pergerakan(PKP) bermula esok 1 April 2020  bagi tujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh.Ketua Polis Negeri, Dato' Roslee Chik berkata ia juga akan dilaksanakan  bagi mengelakkan ramai berkumpul di Pasar atau Pasaraya sepanjang arahan PKP ini.Katanya lagi, perintah ini akan dimulakan di Negeri Terengganu sebagai perintis."PDRM akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil iaitu nombor plat terakhir."Setiap hari secara bergilir contohnya untuk 1 April hanya kenderaan nombor ganjil sahaja dibenarkan keluar dan berada diatas jalan. Manakala nombor genap hanya keluar pada 2 April," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial facebook Polis Terengganu pada hari ini.Tambahnya lagi, pengecualian hanya diberikan kepada kenderaan esential dan pekerja yang membawa surat pengesahan majikan bagi perjalanan yang dibenarkan.Jika didapati mana-mana kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak ini melalui mana-mana sekatan, akan diarahkan kembali ke rumah masing-masing.Pendekatan ini terpaksa dibuat bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalanraya seolah-olah tidak menghiraukan PKP yang sedang dikuatkuasakan, dan pelaksanaan arahan ini akan diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkanJusteru itu, bagi Fasa dua PKP di negeri itu juga setiap kenderaan hanya dibenarkan dinaiki seorang pengguna.
30 Mar 20
1244
Empty Image
COVID-19 : MDS Mulakan Disinfeksi Tempat Awam Di Setiu
Petugas MDS melakukan operasi nyah kuman di gerai makan.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 30 Mac : Majlis Daerah Setiu (MDS) memulakan operasi disinfeksi atau nyah cemar di tempat tumpuan awam di daerah ini hari ini bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus merebak.Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 11 anggota Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Setiu itu bermula di kawasan Rehat dan Rawat R&R (Hentian) Rahmat, stesen bas, tandas awam, dan gerai makan di sekitar Bandar Permaisuri.Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDS, Nurul Asmera Zamli berkata, langkah tersebut secara tidak langsung dapat membasmi wabak pandemik itu secara total sebagaimana saranan kerajaan. “Operasi nyah cemar ini akan berterusan setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan dan merangkumi semua premis milik MDS, tempat tumpuan awam seperti jeti, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak serta pasaraya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Hadir sama Yang Dipertua MDS, Mohd Iskandar Muhammad Aziz.Dalam pada itu, Nurul Asmera turut mengingatkan masyarakat agar terus mengamalkan amalan kebersihan yang terbaik apabila berurusan di tempat awam.“Orang ramai digalakkan untuk memakai topeng muka, menggunakan ‘hand sanitizer’ dan membasuh tangan apabila selepas menyentuh sesuatu,” tambah beliau.
30 Mar 20
533
COVID-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
COVID-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan, sumbangan tersebut disampaikan kepada seramai 120 atlet dan 42 kakitangan MSNT di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. “Hari ini kita menyampaikan sumbangan yang merupakan inisiatif MSNT untuk membantu atlet kepada sebahagian mereka, mudah-mudahan dapat ringankan bebanan sepanjang tempoh PKP yang sedang berlangsung ini,” katanya. Wan Sukairi puji inisiatif MSNT. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan ringkas yang turut dihadiri Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu di pejabat MSNT, hari ini. Jelasnya, sumbangan itu akan turut disalurkan secara berperingkat kepada atlet-atlet di daerah lain. Wan Sukairi turut memuji inisiatif pemantauan menggunakan video yang dilaksakan MSNT dalam mempersiapkan atlet untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang masih ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19. “Ia satu kaedah yang cukup baik, walau dalam keterbatasan kita masih mampu mengaktifkan atlet pada kadar paling minima dan sedikit sebanyak membantu para atlet berada dalam keadaan siap siaga sentiasa,” katanya.  
30 Mar 20
137