Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19: Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui PKP Fasa Dua
KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri dengan kerjasama semua pihak dan agensi-agensi barisan hadapan (frontliner) akan memastikan suasana kes COVID-19 di Terengganu lebih terkawal dan dengan pelaksanaan baru Perintah kawalan Pergerakan(PKP) fasa dua ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya mahu Terengganu kekal dalam keadaan yang terkawal dan tidak ada kes-kes terpencil yang menyebabkan tindakan yang lebih drastik terpaksa ambil.Jelasnya, pihak kerajaan negeri dengan kerjasama Menteri Kesihatan dan agensi-agensi pelaksana 'enforcement' seperti polis, tentera, dan lain-lain seperti RELA dan lain-lain akademi sedang berusaha dengan gigih untuk memastikan Terengganu dalam keadaan terkawal."Jadi buat masa ini, kita harap semua pihak mengambil perhatian yang serius."Mana-mana yang tidak perlu keluar daripada rumah mereka itu, haruslah berada di rumah dan tentunya kita faham bahawa ada persoalan-persoalan psikologi apabila berkurung dlm tempoh yg begitu lama, stress, ruang yang sempit dan sebagainya, jadi masing-masing kena ambil pendekatan sesama ahli keluarga," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)selepas penyampaian cek sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 oleh Terengganu Inc, Konsortium KAJV Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad di Seri Iman, hari ini.Justeru itu katanya, pastikan emosi terkawal, pastikan gunakan masa ini untuk menjalankan ibadah dan sebagainya dalam keadaan terkawal semuanya."InsyaAllah kita akan sama-sama menghadapi perkara ini sebagai satu pasukan rakyat negeri Terengganu."Dan kepada semua barisan hadapan, seluruh rakyat negeri Terengganu berdoa supaya mereka kuat semangat, mengikut semua prosedur, kita berdoa mereka dapat menghadapi tugas mereka dengan baik tanpa sebarang risiko-risiko yang boleh memberi keburukan kepada mereka," ujarnya.
01 Apr 20
56
Kilang Padi Termoden Di Malaysia Beroperasi Hujung April Ini
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 2 April – Sebuah kilang padi termoden bernilai RM25 juta yang telah siap dibina di daerah ini akan mula beroperasi pada hujung April nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Konsortium Kilang Padi PP Terengganu yang berada di bawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mempunyai kemampuan untuk menjalankan pemprosesan padi sehingga 400 tan metrik sehari.Katanya, ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah kekurangan kilang padi yang membelenggu pesawah di negeri Terengganu selama ini."Kilang ini terletak di Kampung Dalam Oh, Jabi. Saya dimaklumkan bahawa, ini adalah antara kilang padi dengan penggunaan teknologi termoden."Sebelum ini, masalah kilang padi yang tidak dapat menampung keperluan pengeluaran setempat menyebabkan padi dari Terengganu terpaksa dihantar ke Kedah untuk diproses."Ia melibatkan kos tambahan dari segi pengangkutan dan logistik,’’ katanya dalam satu kenyataan, semalam. Tambah Dr Azman, beliau mewakili kerajaan negeri terharu dengan usaha dan peranan yang dimainkan kerajaan Persekutuan."Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta LPP atas usaha bagi memajukan lagi industri padi beras di Terengganu," ujarnya.
01 Apr 20
1288
COVID-19 : 1,200 Buah Keluarga Terima Ikan Segar
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 1 April - Sebanyak 1,200 buah keluarga menerima sumbangan ikan selayang dan cencaru di sekitar DUN Kota Putera yang hilang punca pendapatan dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian tersebut bukanlah secara keseluruhan setiap rumah dalam setiap kampung."Ini adalah bantuan kecil yang dapat disampaikan buat penduduk secara berkala.“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini, mereka yang terjejas dapat mempelbagaikan menu masakan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan secara rawak kepada 30 orang penduduk di sini, pada semalam.Menurutnya, ia merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Kota Putera hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin dikumpulkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. "Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut terjejas untuk keluar mencari rezeki. "In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kota Putera,” tambah beliau.
01 Apr 20
65
COVID-19 : Hanafiah Serah 3,500 Pek Barangan Keperluan Bantu Pekerja Gaji Harian
Hanafiah (kiri) dan petugas DUN Cukai menjalankan kerja-kerja akhir sebelum diagihkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 1 April - Sebanyak 3,500 pek barangan keperluan berupa beras, gandum dan lain-lain telah diagihkan kepada mereka yang layak melalui seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Cukai.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri berusaha membantu mereka yang layak termasuk pekerja bergaji harian yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19."Kira-kira 3,500 beg beras dan barangan dapur telah diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan terus menghulurkan bantuan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa ketika ini," ujarnya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut mengharapkan segala bentuk bantuan ini dapat disalurkan dengan cara yang terbaik."Kita memberi kepercayaan penuh kepada MPKK untuk melaksanakan bantuan ini dan hanya diberikan kepada mereka yang layak. Dalam masa yang sama kita mengharapkan semua pemohon bantuan ini dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak MPKK," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai, baru-baru ini.Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan selaras dengan slogan 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.
01 Apr 20
187
COVID 19 : Tidak Perlu Hadir Ke Pejabat Untuk Ambil Bantuan
Oleh : Norekwan MamatBESUT, 1 April - Penduduk yang tinggal di sekitar Hulu Besut tidak perlu ke datang pejabat untuk mengambil bantuan sebaliknya kekal tinggal di rumah masing-masing.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, bantuan tersebut akan diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.“Sebanyak 600 bungkusan keperluan asas berupa beras, gandum, gula dan jenis-jenis lain diberikan kepada MPKK untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas “Inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada Isnin, 30 Mac.Menurutnya, setiap MPKK akan mendapat sebanyak 17 bungkusan keperluan asas untuk dibahagikan kepada penduduk kampung masing-masing yang layak menerima.“Saya berharap agar sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak kegusaran yang melanda rakyat akibat daripada Covid-19."Saya juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan memohon kepada semua rakyat di negeri Terengganu khususnya dapat bertenang, mengamalkan kebersihan dan mematuhi perintah kerajaan supaya terus berada di rumah bagi mengelakkan penularan virus maut ini.
01 Apr 20
41
COVID-19 : RM400 Ribu Nilai Tangguhan Sewaan Premis Terengganu
Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman.KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan Terengganu menanggung kos sebanyak RM463,340 susulan langkah penangguhan bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Menurut Nurkhuzaini, beliau sangat berterima kasih kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar di atas langkah yang diambil tersebut."Kita merasakan ini adalah langkah yang sangat baik yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meringankan beban usahawan-usahawan, peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil kita ke atas sewaan-sewaan premis ini dalam tempoh PKP."Ianya kerana sepanjang tempoh kawalan ini, sudah pasti akan menjejaskan teruk peniaga-peniaga kecil kita, jadi langkah menangguhkan bayaran itu sangat sesuai dengan keadaan semasa," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.Tambahnya, beliau mengharapkan agar para usahawan dan peniaga yang menyewa premis-premis berkenaan menerima langkah kerajaan dengan penuh kesyukuran."Kerana dalam keadaan ketika ini menggambarkan kerajaan negeri merasa denyut nadi rakyat khususnya denyut nadi peniaga-peniaga kita yang terjejas akibat wabak COVID-19," jelasnya.
31 Mar 20
42
COVID-19 : Pelawat Tidak Dibenarkan Ke Zon Operasi TDM Terengganu
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam tinjauannya ke Akademi TDM, Sungai Tong, Setiu, baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 1 April - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memuji usaha Kumpulan TDM Berhad tidak membenarkan pelawat dalam zon operasi anak syarikat Kerajaan Terengganu tersebut dalam tinjauannya di sini baru-baru ini.Beliau sendiri turun padang dalam usaha memastikan industri minyak sawit terutamanya ladang dan kilang beroperasi dengan lancar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.Kumpulan TDM Berhad menerima kunjungan dari Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bertempat di Akademi TDM, Sungai Tong, Setiu, Terengganu selain lawatan beliau ke Kilang Kelapa Sawit Sungai Tong dan pertemuan dengan pekerja dalam bilangan yang dihadkan selaras dengan pelaksanaan PKP.Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn Bhd, Jailaini Che Kar berkata, TDM berusaha memastikan ladang dan kilang dikendalikan berdasarkan protokol-protokol yang telah ditetapkan di bawah PKP bagi mencegah virus COVID-19 yang sedang merebak dengan meluas."Untuk membanteras pandemik ini dan mematuhi PKP, kami memantau pergerakan pekerja ladang dan kilang. Kakitangan dan pekerja tidak dibenarkan meninggalkan zon operasi. Bagi mereka yang telah meninggalkan dan kembali semula, mereka akan dikuarantin selama 14 hari. Mereka diletakkan di kawasan khas untuk mengelakkan hubungan interaksi dengan orang lain."Di samping itu, pelawat tidak dibenarkan masuk ke zon operasi. Dalam situasi terhad, pelawat yang telah diperiksa tahap kesihatan mereka akan dibenarkan memasuki zon operasi tetapi mereka akan dikuarantin selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.Tambahnya, bagi pekerja yang tinggal di luar zon operasi, mereka akan bekerja di kawasantertentu dan tidak akan digabungkan dengan mereka yang tinggal di dalam zon operasi."Kami telah membuat beberapa pengaturan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi. Kesemua bekalan akan dibawa secara sistematik ke zon operasi ladang dan kilang. Interaksi dengan pembekal akan dihadkan selepas meneliti status kesihatan mereka."Bagi membantu kerajaan dalam mencegah penularan penyakit ini, syarikat Kumpulan TDMB yang terdiri daripada syarikat perladangan, yang juga merupakan anggota Malaysian Palm Oil Association, serta syarikat penjagaan kesihatan, telah membuat sumbangan dalam bentuk topeng muka, termometer dan pembersih tangan kepada YBM (Yang Berhormat Menteri)."Sumbangan ini secara tidak langsung membantu YBM untuk membantu meringankan beban orang ramai terutamanya dalam mencegah dan meminimumkan risiko virus COVID-19 dari terus merebak," jelasnya.
31 Mar 20
302
COVID-19 : MOSTI Usaha Pastikan Pandemik Mampu Ditangani
Ahmad Amzad.KUALA TERENGGANU, 1 April- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus memastikan usaha menangani pandemik COVID-19 oleh kerajaan berjaya dilakukan secepat mungkin.Timbalan Menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim melalui satu hantaran di laman Facebooknya menyatakan, pihaknya terus berperanan membantu setiap kementerian dan agensi yang berkepentingan untuk mengatasi masalah berkenaan."MOSTI semestinya akan menjadi tumpuan bagi segala usaha penyelidikan saintifik berhubung pandemik wabak Covid-19 ini dan menyelaraskan usaha di peringkat nasional dengan pelbagai kerjasama strategik rentas kementerian."Kita juga melihat beberapa perkara yang perlu disegerakan termasuk menggerakkan industri tempatan, menyegerakan proses bagi sumber - sumber yang diperlukan oleh pihak industri, digitalisasi, 'autonomous robotic', peralatan perubatan dan beberapa lagi keperluan penting yang harus disegerakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI )," tulisnya.Beliau secara peribadi berharap, semua usaha dan koordinasi yang dilakukan dapat membantu menangani wabak Covid-19 daripada merebak dengan lebih teruk."Saya juga harap agar rakyat secara keseluruhan dapat membantu kerajaan dengan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan terutamanya Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah pun memasuki fasa kedua, hari ini," katanya.
31 Mar 20
43
COVID-19 : DUN Bandar Selesaikan Fasa Ketiga Bantuan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna
Oleh: Shahril NizamKUALA TERENGGANU, 1 April– Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar kini dalam proses menyelesaikan bantuan fasa ketiga kepada golongan terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, bantuan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna itu mengutamakan mereka yang amat memerlukan, yang terjejas kerana tidak dapat mencari rezeki dan tidak mempunyai pendapatan tetap."Banyak rungutan dan aduan yang kami terima mengatakan bahawa mereka tidak mendapat bantuan, namun apabila kami rujuk kepada data-data, ternyata bahawa mereka adalah golongan yang tidak layak mendapat bantuan, terutamanya mereka yang memiliki pendapatan tetap."Walaupun dalam tempoh PKP ini mereka tidak bekerja, tetapi mereka tetap mendapat gaji bulanan," katanya.Beliau juga menyeru individu yang mempunyai pendapatan lebih serta berkelapangan dari sudut kewangan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan membantu golongan yang kurang bernasib baik."Sepanjang tempoh PKP ini, saya mengharapkan kepada semua warga mematuhi serta menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing."Arahan PKP bukanlah bertujuan menyusahkan kita, tetapi sebagai salah satu proses pencegahan bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak ini," katanya.Sebanyak 2,100 pek barangan keperluan disumbangkan pihak DUN Bandar dalam tiga fasa pakej rangsangan itu melibatkan 300 pek untuk fasa pertama, 300 pek (fasa kedua) dan 500 pek bagi fasa ketiga selain 1,000 pek sumbangan Parlimen Kuala Terengganu.
31 Mar 20
54
COVID-19 : Terengganu Perkukuh Perniagaan Atas Talian Bantu IKS
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan Terengganu melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bertindak memperkukuh inisiatif digital bagi membantu syarikat-syarikat menggunakan pemasaran dalam talian (online marketing) dan ‘runner’ negeri berkenaan untuk beroperasi lebih baik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, satu pasukan petugas dibentuk bagi menyokong kumpulan ini dan membantu perkembangan pendigitalan perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui konsep E-Dagang."Konsep ini berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi menangani perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 dengan menyediakan platform lebih baik dan berdaya saing."Kita jangkakan ia akan memacu peluang pasaran baharu dalam peruncitan, perniagaan asas tani, makanan dan lain-lain di negeri Terengganu," katanya.Produk IKS mampu dipasarkan secara dalam talian.Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, beliau memaklumkan, inisiatif ini membolehkan pengiat industri 'online' mengautomasikan operasi dalam talian dengan lebih cekap dan membantu rakyat membuat pembelian barangan harian dengan lebih mudah.Jelasnya, antara syarikat terlibat dalam kerjasama itu adalah TD1303, Top IT Sdn. Bhd, getrunner.my, ganufresh.com, eruncit.my, hunggaexpress (apps) dan beberapa platform 'online' yang akan dibina."Kerjasama ini juga melibatkan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dalam menyediakan produk-produk IKS sama ada barang-barang keperluan harian, industri asas tani mahupun makanan agar dapat terus memasarkan produk mereka di pasaran terbuka.Kerajaan negeri akan memberi pendedahan kepada rakyat Terengganu untuk melihat platform teknologi maklumat terutama 'online marketing' sebagai rangkaian untuk perniagaan yang lebih efisyen dan menguntungkan," katanya.
31 Mar 20
96