lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
COVID-19 : 'Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang' - Satiful Bahari
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 5 April - Ibu bapa kepada sekitar 1,262 pelajar Terengganu yang berada di luar negara dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keadaan anak masing-masing di sana.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penuntut diMesir adalah yang tertinggi iaitu 500 orang, diikuti Indonesia 200, Jordan 170, Turki 122, United Kingdom (Ireland) 100, Sudan 70, Arab Saudi 50, Jerman 30 dan Yaman 20.Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti keadaan pelajar-pelajar di negara lain dan akan memastikan kesemua penuntut terbabit dijaga dengan baik termasuk kebajikan mereka."Baru-baru ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah memperuntukan RM100,000 untuk pelajar di Jordan dan Mesir."Pada 19 Mac sebelum ini, pihak Yayasan Terengganu (YT) turut memberikan peruntukan khas (kecemasan) berjumlah RM65,000 kepada penuntut di Mesir, justeru para ibu bapa tidak perlu khuatir tentang keadaan mereka di luar Malaysia," katanya ketika dihubungi media hari ini.Di samping itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin memaklumkan, kerajaan melalui agensi penaja akan menampung sepenuhnya kos penginapan dan makanan pelajar Malaysia yang tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara."Bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, penaja pelajar berkenaan bersetuju untuk menanggung semua kos meliputi sewa rumah, makan minum dan sebagainya di negara masing-masing," jelasnya.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Abu Umair Mohd Yusof berkata, seramai 48 pelajar yang menuntut di Universiti Islam Ar-Raniry, Aceh sudah dibawa pulang ke Malaysia dan sedang dikuarantin di Cyberjaya."Manakala 23 orang lagi pelajar di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau sedang dikuarantin di Desaru, Johor Bharu," tambah beliau.
05 Apr 20
426
Empty Image
COVID-19 : Tempoh Permohonan Anugerah Pingat Emas, Hadiah Kecemerlangan Terengganu Dilanjutkan
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 3 April - Tempoh permohonan Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan untuk pelajar Sijil Pelajaran (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dilanjutkan ke 20 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, langkah itu diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan menghadkan aktiviti orang ramai."Permohonan untuk pelajar yang layak masih lagi dibuka dan dilanjutkan supaya setiap pelajar cemerlang mempunyai masa untuk melengkapkan sebarang dokumen."Kita juga tidak mahu ada pelajar yang layak tercicir ekoran PKP yang membataskan pergerakan mereka," katanya ketika dihubungi media hari ini.Sementara itu, ekoran wabak COVID-19, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim memaklumkan, insentif Anugerah Sarjana Terengganu untuk 204 graduan Terengganu yang cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama telah selesai dibayar secara atas talian pada 23 Mac lalu."Iaitu mereka dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 atau 80 peratus ke atas daripada keseluruhan peperiksaan tanpa mengira bidang  pengajian dari dalam dan luar negara," ujarnya.Katanya lagi, insentif bernilai RM4,000 diberikan kepada 26 graduan Bidang Ikhtisas seperti bidang Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan lain-lain.Manakala 178 graduan Bidang Bukan Ikhtisas seperti bidang Pendidikan, Pengajian Islam, Bahasa dan lain-lain pula diberikan insentif sebanyak RM2,000."Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang kita peruntukan untuk graduan kelas pertama ijazah Sarjana Muda 2019 adalah RM460,000," tambah beliau.
03 Apr 20
316
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Sumbang RM50,000 Untuk Perantau
Setiausaha Akhbar Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada wakil PERANTAU.KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan Terengganu memperuntukan bantuan sebanyak RM50,000 untuk diagihkan kepada anak Terengganu di luar negeri yang terjejas akibat wabak COVID-19.Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Dr 'Awasi Mohamad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) utama bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar."Kita sedang mengumpul data dan bilangan keluarga yang benar-benar terkesan dalam situasi ini."Insya-Allah sekiranya semua berjalan lancar, bantuan dianggar dapat disalurkan pada minggu depan," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam.Mengulas lanjut, beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang hilang pendapatan akibat diberhentikan, hilang gaji harian dan tidak dapat bekerja atau berniaga."Keluarga yang positif atau pesakit dalam siasatan COVID-19 (PUI) dan juga ibu tunggal yang mempunyai anak-anak kecil tidak akan dilupakan."Pengumpulan maklumat akan dibuat secara berpusat sebelum diagihkan kepada negeri-negeri mengikut bilangan keluarga yang terjejas," jelas beliau.Katanya lagi, beliau menghargai keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat di perantauan yang sedang mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup."Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban rakyat yang terhimpit."Diharapkan juga peruntukan dapat digandakan lagi memandangkan PERANTAU menjangkakan lebih ramai rakyat yg terkesan akibat daripada lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," tambah beliau.
02 Apr 20
71
Empty Image
COVID-19 : MAIDAM Umum Lapan Insentif Untuk Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengumumkan lapan insentif bagi meringankan beban rakyat di negeri itu yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Menurut kenyataan itu semalam, selain bantuan sebanyak RM86,000 untuk Petugas Hadapan COVID-19 , Dana Ramadan sebanyak RM11 juta kepada 23,000 asnaf turut disalur dan diawalkan pembayaran.Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda berkata, pengagihan untuk fakir miskin dilakukan lebih awal sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.“Bantuan itu sepatutnya diagihkan pada minggu pertama Ramadan yang dijangka pada 24 April depan.“Tetapi kita memutuskan membuat bayaran awal bagi meringankan beban golongan itu yang terpaksa mematuhi perintah PKP,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro baru-baru ini.Selain itu, antara insentif lain yang boleh meringankan beban masyarakat ialah Bantuan Bulanan dan Sara Hidup Asnaf, ia telah diberi pada 18 Mac lalu dengan sebanyak RM3,352,600."Termasuk RM2,655,100 Bantuan Sara Hidup fasa kedua disegerakan melibatkan 1,578 asnaf setakat yang diluluskan pada 26 Mac 2020."Kemudian, RM500 bantuan kepada keluarga mangsa positif COVID-19. Seramai 39 orang (bagi fasa pertama) dan keseluruhan berjumlah RM19,500.00."Dan RM50,000 bantuan khas COVID-19 Kepada pelajar di Jordan dan Mesir. Keseluruhan berjumlah RM100,000," jelas kenyataan itu.Di samping itu, bantuan makanan berjumlah RM12,150 kepada 81 penerima di Perumahan Asnaf melibatkan Perumahan Asnaf Banggol Peradong (Kuala Terengganu), Perumahan Mak Chili (Kemaman) dan Perumahan Padang Nenas (Kuala Nerus).Kata kenyataan itu lagi, MAIDAM memperuntukan RM5,000 sebagai keperluan Rumah Orang Tua melibatkan Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong, Rumah Ehsan Dungun (AMBS), Pusat Jagaan Kanak-Kanak Terencat Akal, Padang Midin dan Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir."Keseluruhan dana tersebut berjumlah RM20,000 bagi mengurangkan kesusahan yang dihadapi mereka sepanjang wabak ini berlaku," tambahnya.
02 Apr 20
824
Empty Image
Abdul Hadi Dilantik Sebagai Duta Khas Ke Timur Tengah - PM
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.KUALA LUMPUR, 2 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hari ini.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, pelantikan bertaraf Menteri itu dibuat selaras dengan pengalaman luas di peringkat global yang dimiliki Presiden PAS terbabit."Abdul Hadi merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS)."Beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004," jelasnya kenyataan itu.Menurut Perdana Menteri lagi, kecemerlangan dalam bidang akademik juga menjadi faktor Abdul Hadi dipilih."Selain itu, beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Sains Politik."Di samping tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016," jelas kenyataan itu.
02 Apr 20
331
Empty Image
COVID-19 : Anak Felda Terharu Dengan Keprihatinan Wakil Rakyat
Oleh : Rizauddin Mohammad SabruKEMAMAN, 2 April - Penduduk di Felda Kerteh terharu dengan sumbangan 750 pek barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ismail Jusoh, 54, antara penduduk yang terkesan akibat penularan wabak covid-19, menyatakan rasa gembira apabila bantuan tersebut sampai tepat pada waktunya.Katanya, dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban keluarganya disebabkan beliau hanya bekerja kampung."Saya ada keluarga untuk dijaga dan diberi makan, wabak yang sedang merebak ini membuatkan saya tak boleh pergi kerja berikutan arahan kerajaan untuk terus tinggal di rumah."Tetapi alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada para wakil rakyat yang sudi menghulurkan bantuan disaat kami kesempitan," ujarnya ketika ditemui pemberita.Sementara itu, Zahidah Kasim, 46, dari Felda Kerteh 6 pula berkata, pendapatannya terjejas teruk selepas lebih dua minggu kurang menjual kuih."Malah, saya kini bergantung kepada wang simpanan untuk teruskan kehidupan. Tetapi dengan adanya bantuan ini, saya boleh kurangkan kos perbelanjaan harian dan kami semua sangat gembira," luahnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut berkata, sumbangan berkenaan menjadi bukti kecaknaan terhadap rakyat.Di samping memberi mereka sedikit ruang hidup dengan selesa selepas hilang sumber pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Apa yang perlu kita tumpukan perhatiaan sekarang hanyalah keadaan rakyat. Oleh kerana itu, sumbangan akan terus disalurkan dari masa ke masa. Kami tidak mahu ada yang tertinggal dalam menerima sumbangan," katanya.Segala proses penyerahan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagih kepada orang ramai.
02 Apr 20
61
Empty Image
COVID-19 : DUN Tepoh Agih 4,216 Pek Barangan Keperluan
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 2 April - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh  telah selesai mengagihkan 4,216 pek barangan harian kepada sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan penduduk yang terjejas pendapatan harian."Melalui itu, PKM dan badan bukan kerajaan (NGO) Tepoh Care mengeluarkan sejumlah 2,003 kit bekalan makanan manakala PKM Kuala Nerus mengeluarkan sebanyak 1,306  dan sumbangan pihak luar sebanyak 907."Rekod ini hanya agihan melalui pihak MPKK. Manakala sumbangan terus individu perseorangan, NGO dan sebagainya secara langsung kepada penduduk tidak direkodkan oleh pihak kami,"  katanya dalam satu kenyataan semalam.Menurut beliau, dalam situasi semasa ini, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bekalan makanan kesan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Insya-Allah, jika ada yang masih terlepas pandang dalam situasi ini, pihak MPKK dan PKM DUN Tepoh sentiasa terbuka untuk menerima maklumat dan memproses aduan tersebut sebaik mungkin," katanya.Tambah beliau, barangan keperluan makanan yang diedarkan melalui penyelarasan bersama pihak MPKK adalah bersumberkan kerajaan negeri."Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua rakyat terutamanya di kawasan DUN tepoh agar berdisiplin bagi memastikan baki PKP dua minggu ini mampu memutuskan rantaian COVID-19," nasihatnya.
02 Apr 20
137
Empty Image
COVID-19 : MPKK Kolam Agih 500 Kilogram Ikan Kepada 500 Keluarga
KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam mengagihkan 500 kilogram ikan kepada kira-kira 500 keluarga di kampung itu yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi MPKK Kolam, Muhammad Hamdi Abas berkata, sumbangan tanpa mengira fahaman politik itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung orang ramai."Usaha ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Ia juga tidak terhad kepada ikan sahaja, mungkin selepas ini kita akan kaji inisiatif lain yang kita rasa boleh membantu orang ramai," katanya selepas menghulurkan bantuan tersebut hari ini.Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu, bantuan lain seperti keperluan harian daripada pihak kerajaan negeri sentiasa berjalan."Bekalan beras, minyak masak, gula, susu dan sebagainya berjalan seperti biasa."Kerajaan negeri telah amanahkan kepada kami (MPKK) untuk salurkan bantuan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan dengan tidak memilih kasih."Alhamdulillah, kita sudah memasuki beberapa fasa untuk itu, insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk rakyat," tambah beliau.
02 Apr 20
92
Empty Image
Kerajaan Negeri Alu-Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu
Penyerahan sumbangan cek oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak kepada Menteri BesarKUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri  masih lagi membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan mereka untuk Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau berharap ada sumbangan daripada semua pihak sama ada pihak individu ataupun syarikat-syarikat dan penderma-penderma lain untuk menyumbang dan akan digunakan untuk COVID-19."Sumbangan ini akan digunakan sama ada untuk kelengkapan,  kegunaan para frontliner (barisan hadapan) ataupun kepada mereka yang memerlukan termasuklah masyarakat yang terkesan dengan virus ini."Jadi , buat masa ini kita masih mengumpulkan dana dahulu dan kita akan tengoklah nanti bagaimana cara penggunaan. Tapi mana yang berkait dengan penggunaan peralatan kesihatan yang diperlukan oleh frontliner itu, kita akan terus gunakan untuk perkara sedemikian,"ujarnya.Penyerahan sumbangan dari wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Menteri BesarBeliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas penyampaian cek oleh oleh Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak,  dalam satu majlis ringkas di Kediaman Seri Iman.Terdahulu, Terengganu Incorporated salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri menyumbang RM1 juta kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu.Dalam pada masa yang sama, Tenaga Nasional turut menyumbang RM1juta termasuk syarikat yang menjalankan pembinaan loji air di negeri , Konsortium KAJV Sdn Bhd yang memberi sumbangan sebanyak RM500 ribu untuk Tabung COVID-19.Penyerahan sumbangan cek dari Konsortium KAJV Sdn Bhd kepada Menteri BesarSementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, menyokong inisiatif kerajaan negeri mewujudkan Tabung Bantuan COVID-19 dan berharap sumbangan itu akan dapat membantu golongan yang memerlukan dalam tempoh yang mencabar ini."Sumbangan sangat bermakana terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac telah dilanjutkan kepada 14 April 2020 dalam usaha membendung virus pandemik itu,"ujar beliau.
01 Apr 20
161
Empty Image
COVID-19: Agihan Bantuan Perlu Adil, Jangan Pilih Kasih-MB
Pengerusi  MPKK KG Losong Masjid Kuala Terengganu,  Wan Musa Wan Endut menyampaikan bantuan makanan kpd warga emas,  Nong AliKUALA TERENGGANU, 2 April-Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan bahagian pelaksana diseru supaya bertindak dengan adil dalam proses pengagihan bantuan COVID-19 kepada golongan yang terkesan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bantuan perlu diberikan kepada golongan yang memerlukan pada waktu ini."Saya sebenarnya, pada peringkat awal lagi saya telah menyeru kepada semua pihak termasuklah bahagian pelaksana, MPKK dan sebagainya supaya kita harus bertindak dengan adil."Kita ada pelbagai kategori dalam masyarakat yang memerlukan bantuan tidak mengira dari parti mana, daripada latar belakang mereka sebagaimana virus ini juga tidak kenal dari parti mana, daripada org mana, bangsa mana, agama mana, semua itu tidak kenal."Jadi, begitulah juga kita, semua pihak terutama yang menyampaikan bantuan ini tidak boleh sesekali pilih kasih dan haruslah bertindak adil,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)selepas penyampaian cek sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 oleh Terengganu Inc, Konsortium KAJV Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad di Seri Iman, hari ini.Tambahnya lagi, mereka yang perlu diberi bantuan tanpa mengira apa latar belakang, warna kulit, agama dan sebagainya."Ini adalah perkara asas yang sangat penting yang kita kena tunjukkan, perbezaan kita di negeri Terengganu ini berbanding dgn negeri-negeri yang lain ataupun di tempat-tempat yang lain diseluruh dunia,"katanya.
01 Apr 20
481